Friday, May 6, 2016

TARTIL

TARTIL.

Allah swt memrintahkan agar kita membaca al-Quran dengan tartil,

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلا

Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartil. (Al-Muzammil: 4)

Menurut Maulana Ubaidillah Sindhi, antara intipati diturunkan surah Al-Muzammil di Mekah(ayat makkiah) itu adalah bertujuan utk memberi panduan bagaimanakah kaedah penyebaran pengajaran Al-Quran kpd Jemaah Markaziah Nabi saw.

Kata beliau, kaedah pengajaran yg terbaik adalah melalui teori dan amali yg seimbang. Cara-caranya ialah dengan;
1. Tawajjuh
2. Penyelidikan dan kajian - logical consistency, emphirical adequacy and relevants.

Para Nabi/Rasul memilih cara yg pertama.

Menurut fahaman umum masyarakat, 'tartil' itu memperelokkan bacaan dgn bertepatan bacaan tajwid, tarannum, lagu dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, menurut Maulana, sebenarnya 'tartil' itu mempunyai maksud yg lebih besar bagi memastikan objektif surah itu diturunkan tercapai.

Erti 'tartil' dari segi bahasa ialah 'terang dan perlahan-lahan'.

Allah swt menyuruh kita supaya membaca Al-Quran dgn terang dan perlahan-lahan supaya dapat difikirkan tentang pengajarannya.

Al-Quran yg dibaca/didengar dgn penuh perhatian(dgn memahami maksud) dan penuh pengertian itu akan membawa rahmat berbanding tanpa mengerti apa-apa.

Oleh itu maksud 'tartil' yg sebenarnya adalah apabila Al-Quran itu dibaca dgn terang, perlahan-lahan serta fokus maka akan dapat difahami secara
mendalam dan akan memberi gambaran pengertian yg sebenarnya dgn pimpinan tambahan dari guru-guru yg muktabar.

by admin.

No comments:

Post a Comment