Saturday, February 22, 2014

Benarkah tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum?



Benarkah tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum?
1.       Maka dibacalah ayat “tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dan setakat terhenti di situ sahaja dan meninggalkan aqidah yang sebahagian lain yang membuatkan orang syirik.
Baginya ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Ar-Ra`d[13]:11
2.       Ayat ini di fahami oleh umum seolah2 ketentuan nasib manusia di tentukan oleh manusia itu sendiri.
3.       Promosi kaedah memahami ayat seperti ini berlaku di zaman pemerintahan Tengku Abdul Rahman yang ketika itu sedang memikirkan bagaimana untuk mengisi kemerdekaan kepada orang-orang melayu, maka di bacakan setengah daripada ayat itu oleh menteri yang tidak berpot polia  sebagai galakan untuk orang melayu tidak menjadi pemalas kerana telah sekian lama di bius oleh inggeris supaya kekal menjadi pemalas supaya inggeris kekal memerintah dengan memperbodohkan pribumi melayu. Dan yang  pada  masa itu dato razak sebagai menteri luar bandar yang dulunya di perkenalkan untuk melancarkan projek luar bandar supaya rakyat mengubah nasib.
4.       Daripada saat itu, ayat ini sentiasa bermain di bibir tokoh politik dan terutama di pihak penentang  supaya rakyat sedar dan bangkit untuk mengubah pemerintah yang ada dan memilih mereka sebagai pengganti pentadbir negara.
5.       Sampai ke hari ini rakyat menjadi sasaran supaya mengubah sikap tetapi di sebaliknya mereka menyembunyi dasar dan prinsip khusus yang menjadi penyebab yang kaku kepada perubahan.
6.       Saya pernah menghadiri majlis kasim ahmad, beliau pernah menyebut baahwa manusia mempunyai pilihan antara yang baik dan buruk. Pada sesiapa yang memilih yang buruk maka pembalasannya buruk demikianlah sebaliknya.
7.       Bagi beliau pilihan manusia adalah mutlak sebagai penentu segalanya.
8.       Pendapat beliau ada persamaannya dengan pandangan dengan ulama2 yang ada cuma berbeza pada gaya sahaja.
9.       Sebenarnya pilihan manusia tertakhluk kepada pilihan Allah dan marilah  kita sama2 renung kisah nabi yusuf a.s.
10.   Ianya bermula dengan mimpi yusuf yang menggambarkan satu ideal yang menyeluruh dn difahami oleh ayahnya nabi yaakub bahawa akan berlaku sesuaut anugerah yang amat besar kepada yusuf maka bermulalah episod kepada yusuf. Ayahnya sendiri bersikap pilih kasih di kalangan ahli keluarganya sebagai mendorong saudara2 yusuf bersikap irihati terhadap yusuf dan tindakan seterusnya mereka bersepakat untuk membunuh tapi dengan takdir Allah, yusuf di buang kedalam telaga.
11.   Episod kedua berlaku fitnah dengan isteri raja sehingga yusuf diperjara, ada individu (kasim ahmad) yang mengatakan penjara adalah universiti kedua.
12.   Demikian juga yusuf dengan hikmat Allah ia di penjara, beliau dapat bertemu dengan sekumpulan individuindividu yang bermasalah dan daripada individu2 itu yusuf mendapat ilmu daripada perkenalan itu.
13.   Allah mahu memberi petunjuk kepada yusuf melalui individu2 di dalam penjara sebagai persediaan memikul tugas yang akan berlaku.
14.   Apabila yusuf dapat men ta’bir mimpi raja dan raja memahami kebenarannya dan sedar bahawa beliau salah menghukum orang yang tidak bersalah, sebagai hendak menebus kesalahan daripada tindakan raja, raja telah menawarkan satu jawatan yang istimewa kepada yusuf, maka yusuf telah memilih jawatan perbendaharaan negara.
15.   Daripada liku2 kehidupan yusuf yang meniti diatas pilih kasih, irihati, fitnah dan keinsafan raja menghukum orang yang tidak bersalah menjadi penyumbang atau ‘takribah’ (jalan pintas) untuk meletakkan yusuf sebagai pemerintah.
16.   Di dalam penjara itu adalah masyarakat  yang paling terkebawah. Yusuf dapat menyelami perasaan dalaman golongan perasaan yang paling terkebawah. Maka yusuf pun fahamlah bagaimana untuk mengatasinya
17.   Kalau tidak dikerana ayahnya tidak bersikap pilihkasih maka tidak akan berlaku iri hati dan tidak akan berlaku di campakkan ke dalam telaga. Keburukan keluarga yusuf semata2 berlaku daripada  hikmat dan kehendak Allah di dalam mentakmirkan mimpi yusuf, lahirlah susunan tadbir masyarakat yang menyeluruh kepada umat manusia, maka apa yang berlaku kepada yusuf adalah ikhtibar umum yang berlaku kepada semua manusia. Susun tadbir Allah adalah melibatkan semua manusia.  Manusia dapat  membina sesuatu yang lebih baik kepada masyarakat   perlu mengambil iktibar daripada perasaan mereka2 yang bermasalah dan   masyarakat yang paling terkebawah (menyelam ke masyarakat terkebawah barulah boleh memahami masyarakat yang sebenar.)
18.    bukan hanya melihat pada yang zahir semata2 tetapi semuanya  berlaku adalah susun atur dari tadbir Allah yang harus di ambil iktibar daripadanya di guna pakai oleh manusia di guna pakai keseluruhan.

Apa yang hendak diberitahu di sini bahawa tukang-tukang syarah yang berpakaian ugama mengambil faham seakan-akan Allah tidak berkuasa dan tidak mengetahui apa yang akan terjadi sedang kita di beritahu Allah sudah pun mengetahui apa yang akan terjadi sedangkan kita di beritahu bahawa allah maha tahu dengan makna allah tahu apa yang akan terjadi seperti dalam ayat 255 surah al baqarah. Dengan tidak berpegang dengan ketentuan baik dan ketentuan buruk yang ditentukan oleh tuhan, aqidah kita semacam separuh-separuh. Beriman separuh dan tidak beriman separuh. Kita hampir sama macam aqidah yahudi yang mengatakan kerja tuhan sudah selesai selepas enam hari, dan kita ini adalah dari rupa tuhan.  Kemudian kita katakan yahudi itu sesat sedang kita hampir sama dengan yahudi. Tuhan ialah sebahagian daripada kita.
Maksud sebenar ayat itu ialah:
Walaupun kamu cuba hendak mengubah maka tak akan terubah dan itulah yang sebenarnya. (Q 13;11)

Walaupun kamu cuba nak mengubah maka tak terubah dan itulah yang sebenarnya.
Di sini bawah ada di bawakan sedikit rujukan:
Semua perbuaatan hamba adalah pilihannya, tetapi pilihan dalam pilihan itu. Semua perbuatan yang berlaku dijadikan Allah. Jika demikian dari manakah datangnya pembalasan, kerana maksud pembalasan merujuk kepada perbuatan Allah yang berlaku kepada hambanya? Kehendak hikmat perbuatan itu supaya terjadi perbuatan lain sama ada nikmat atau azab. Ikhtiar dan usaha hamba hanya dijadikan syarat pada pembalasan itu ssecara mendatang tidak secara hakiki, kerana nafs natiqah tidak menerimanya
1.       Warna amalan yang tidak berkait dngannya.
Amalan yang tidak di sandarkan kepada pilihan dan qasad seseorang
Allah tidak membalas seorang hamba dengan perbuatan yang mana warna perbuatan itu tidak diterima oleh nafs natiqah
Dalam keadaan demikian, pilihan hamba dengan tidak bebas dari syarat, setelah perbuatan itu sudah dipastikan untuk nafs natiqah menerima warnnya. Untuk memastikan hamba melakukan sesuatu perbuatan, maka dikembarkan dengan usaha. Kepastian ini suatu perkara yang mulia yang difahami dariapda kata-kata sahabat dan tabiin.

mengikut tafsir al hakm ayat 11 surah  al rad'
Maksudnya: Allah hanya menurunkan sesuatu peraturan hidup (syariat) atau hukum yang sesuai dengan perubahan dan persediaan yang ada di sisi mereka. Maka ada dari kalangan mereka tidak boleh menerima peraturan dan undang2 itu. Mereka terus menegakkan peraturan (taghut) dan mereka berdegil mempertahankan kebatilan mereka. Mereka tidak perlukan pembaharuan. Tidak ada penolong selain daripada Allah. Orang islam berpegang teguh dengan hukum Allah dan Allah tetap memelihara mereka. (Tafsir hakm jilid 3 ms 435.)


Tuesday, February 18, 2014

Punca kemunduran umat Islam


Punca kemunduran umat Islam
1.      Punca kemunduran umat Islam adalah berpunca daripada mereka, yang salah satunya  ialah mengamalkan amalan sunat melebihi daripada amalan fardhu. Demikianlah tajuk yang diperkatakan di dalam feqah oleh Dr Yusuf Qardawi .  
2.      Peserta haji dan umrah   tujuh puluh peratus daripadanya mereka yang berulangkali mengerjakan haji dan umrah sehingga sampai sepuluh kali seorang sedangkan perintah Allah hanya sekali dan selebih itu adalah amalan sunat.  
3.      Bayangkan jumlah wang yang di habiskan oleh tujuh puluh peratus harta kepunyaan umat Islam setiap tahun.
4.      Kalaulah wang yang sebanyak itu digunakan untuk melabur, membina kilang , premis-premis  perniagaan dan lain-lain, sudah tentu dapat menyelesaikan masalah pengangguran, ibu-ibu tunggal,anak-anak yatim dan orang yang hilang tempat bergantung dan ini berlaku di negara-negara Islam yang yang dikenali sebagai terdiri daripada masyarakat miskin.
5.      Mereka menganggap harta ini milik mutlak mereka sedangkan harta itu amanah Allah kepada mereka untuk memakmurkan  manusia.
6.      Fardu kifayah bukan hanya terhad kepada sembahyang jenazah sahaja. Itulah yang difahamkan oleh umum, malah fardhu kifayah adalah sesuatu penyelesaian masalah umum.
7.      Dalam Islam fardu kifayah lebih besar daripada fardu ain. Fardu kifayah adalah matlamat fardu ain atau pencapaian fardu ain.  
8.      Fardhu ain adalah sebagai persediaan untuk memikul tanggung jawab  masyarakat, selain   supaya sesuatu tugas terselamat daripada dicemari oleh penyelewengan dan salah guna.  
9.      Demikianlah sikap orang yang menyalah gunakan amanah Allah apabila dia diberi petunjuk dan mencapai kejayaan. Makanya dia sesat dan durhaka dalam amalan mereka. Itulah yang dimaksudkan dengan hikmat ayat surah fatihah ayat 5 -7dengan maksud, “Mereka-mereka ini semasa memohon petunjuk tidak terkiralah  kesungguhannya tetapi apabila diberi petunjuk, mereka sesat dalam petunjuk.”
10.  Mereka-mereka ini kalau pun mengaji ugama pun, hanya  bermatlamatkan sijil dan pengiktirafan, mereka hanya bermatlamatkan makan gaji. Iaitu hamba  gaji. Ilmu hanya jadi alat sandaran untuk mendapatkan gaji. Bukan kerana sebab lain.Demikian juga  penyakit masyarakat miskin bertaklid kepada mereka-mereka yang di anggap idola , bertaklid kepada ulama  yang maksud ayat:
Dengan maksud:“mereka jadikan ulama feqah dan tasauh pengganti tuhan pendidik selain  Allah”. Kata ibnu abbas , mereka tidak menyembah ulama tetapi mengikut apa sahaja apa yang di kata ulama tanpa menilai, dan ulama mengambil kesempatan di atas kebodohan dan kejahilan mereka.
11.  Salah satu daripada yang di taklid oleh mereka yang miskin seperti aqiqah anak pada tanggapan mereka kalau tidak buat merasa berdosa. 
12.  Mereka ini sanggup bergadai untuk memenuhi tuntutan yang di sunatkan seolah-olah amalan aqiqah itu adalah sesuatu yang wajib.  
13.  Bagi istilah mereka, amalan aqiqah walau pun sunat tetapi seakan sesuatu yang wajib.
14.  Yang sunat menjadi wajib adalah sesuatu yang pelik dan menghairankan.  Dari manakah datangnya kalau tidak daripada seseorang yang memberitahu dan menggalakkannya.
15.  Bagaimana pemikiran mereka itu telah dipesongkan oleh tok lebai-tok lebai kampung dan bandar .
Budaya taklid dan salahfaham ugama adalah membawa kepada kemunduran. Komunis melihat golongan ini, mereka melebelkan ugama adalah dadah kerana mereka tidak dapat beza antara ugama sebenar dan banyak tahlil yang menjadi dedalu yang menyelubungi dan menutupi kebenaran agama itu sendiri.

16.  Kalaulah di ikutkan sejarah, aqiqah ini telah berlaku di zaman jahiliah lagi. Di kalangan masyarakat arab zaman nabi rasulullah s.a.w., mereka menyembelih binatang ternakan dan memberi makan kepada saudara, kenalan dan sahabat handai apabila dia mendapat anak laki-laki tetapi tidak berbuat demikian apabila dia mendapat anak perempuan.
17.  Rasulullah s.a.w telah menganggap budaya pemurah ini amat baik dan mengekalkannya menjadi kesinambungan amalan-amalan seterusnya kepada umat Islam sebagai satu kesinambungan kepada budaya pemurah amalan baik masyarakat arab maka nabi pun menggalakkan anak perempuan di aqiqah juga walau pun setengah daripada apa yang biasa di lakukan kepada anak laki-laki. Iaitu menggalakkan amalan pemurah.
18.  Berbalik kepada masyarakat kita, budaya ‘pemurah’ itu tidak wujud. Kalau dengan mengadakan majlis jamuan hanya kerana majlis keagamaan, ia hanyalah tertumpu kepada tok lebai-tok lebai sahaja dan bukan melibatkan orang miskin. Untuk memenuhi agenda majlis, tok lebai-tok lebai  berdoa, berselawat dan bertahlil. Itu sahaja yang di buat. Itu lah peranan tok lebai-tok lebai dalam masyarakat Islam melayu.
19.  Sedang nabi menyemarak dan menggunakan sikap pemurah dalam bentuk menyelesaikan masalah masyarakat pada masa itu menganjur supaya memberi makan kerana keperluan makanan pada masa itu adalah terlalu besar dan memerlukan permurahan hati daripada orang yang dikurniakan kelebihan nikmat.
20.  Ini melibatkan dalam usaha ke arah masyarakat, kearah penyelesaian adalah keperluan yang menjadi fardu kifayah yang  dapat menampung keperluan masalah umum.
Oleh: hasan muhamad kg tok ku kedai lalat.