Saturday, July 15, 2017

Berpegang dengan rupa

Petikan tafsir al hakim

Di sini tamatlah fasal tentang falsafah. Sekarang akan diterangkan fasal lain iaitu tentang berpegang kepada rupa sahaja, maksudnya berpegang kepada agama dengan rupa dan maksudnya, tetapi apabila sebahagian rupanya mendatangkan kerosakan, maka rupa itu ditegah.

Berpegang Dengan Rupa.
    Shaykh berkata, berpegang di dunia dengan rupa sahaja, apabila falsafah dan pemikiran mereka telah rosak dan pelbagai perkara batil memasuki maksudnya, mereka tidak mampu membeza antara kebenaran dan kebatilan kerana hanya melihat pada rupa; sedangkan rupa pasti berubah setiap zaman sekadar yang diperlukan, tetapi maksudnya tidak berubah selama-lamanya. Apabila rupa berubah, mereka ingkar kerana tidak memahami maksud.

Wahai orang yang beriman! Jangan kamu berkata “rāʿinā” tetapi katalah “unẓurnā” dan dengarkanlah; (Al-Qurʾān: 2: 104).
    Dalam bahasa Yahudi “rāʿinā” bererti “bodoh” Shaykh berkata, perkataan “rāʿinā” sama ertinya dengan “unẓurnā” tetapi berlainan rupa.

Kerana adalah bagi orang kafir itu seksaan yang pedih. (Al-Qurʾān: 2: 104).

Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang mushrik tidak suka bahawa diturunkan atas kamu kebaikan dari Tuhan kamu, (Al-Qurʾān: 2: 105)
Maksud kebaikan ialah undang-undang Al-Qurʾān, kerana apabila manusia beramal dengannya mereka akan mendapat kebaikan di akhirat dan berkerajaan di dunia. Orang Yahudi dan Naṣranī bimbang rupa Kenaṣranīan dan Keyahudian yang khusus kepada mereka akan berubah kerana Nabi (S.A.W.) datang mengiktiraf maksud-maksud yang terdapat di sisi Mūsā tetapi dengan rupa yang berbeza. Oleh kerana mereka terikat dengan rupa yang khusus di sisi Mūsā dan ʿĪsā; mereka tidak menerima rupa yang dibawa oleh Nabi (S.A.W.).

Dan Allah menguntukkan rahmatNya atas sesiapa yang Ia sukai kerana Allāh itu mempunyai pemberian yang luas. (Al-Qurʾān: 2: 105).

Mana-mana ayat yang Kami mansuhkan dia, atau Kami lupakan dia, Kami gantikan dengan yang lebih baik daripadanya atau seumpamanya. Tidakkah engkau ketahui, bahawa Allāh itu amat berkuasa atas setiap sesuatu? (Al-Qurʾān: 2: 106). Tidakkah engkau ketahui, bahawa Allāhlah yang mempunyai kerajaan langit-langit dan bumi; dan kamu tidak mempunyai pengawal dan penolong lain daripada Allāh? (Al-Qurʾān: 2: 107). Apakah kamu hendak bertanya kepada rasūl kamu sebagaimana ditanya Mūsā dahulu dari ini, (Al-Qurʾān: 2: 108).
    Maksudnya, mereka memohon supaya diperlihatkan kepada mereka Allāh secara jelas.

Dan sesiapa menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang lurus. (Al-Qurʾān: 2: 108).

Kebanyakan dari Ahli Kitab suka mahu memalingkan kamu jadi kafir sesudah kamu beriman, kerana dengki dari hati mereka sesudah ternyata kebenaran kepada mereka. Lantaran itu, ampunkanlah dan biarkanlah hingga Allāh datangkan urusanNya. (Al-Qurʾān: 2: 109).
    Maksud “sehingga Allāh datangkan urusanNya” ialah melalui jihad.

Sesungguhnya Allāh itu amat Berkuasa atas setiap sesuatu. (Al-Qurʾān: 2: 109).

Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat. (Al-Qurʾān: 2: 110).
    Maksudnya, kamu wajib mengasaskan satu ijtimak untuk menyatukan pemikiran dan harta sehingga kamu memperolehi kekuatan kesatuan.

Kerana apa-apa amal baik yang kamu sediakan untuk diri kamu, nanti kamu dapatinya di sisi Allāh; kerana sesungguhnya Allāh itu amat Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 110).

Dan mereka berkata: “Tidak akan masuk syurga melainkan siapa-siapa yang jadi Yahudi atau Naṣranī, (Al-Qurʾān: 2: 111)
Maksudnya, orang Yahudi berkata bahawa tidak masuk ke syurga sama sekali melainkan dalam bentuk Yahudi yang khusus. Orang Naṣranī mendakwa demikian juga. Ayat ini menerangkan satu contoh mereka yang terikat kepada rupa yang khusus dalam sharīʿat mereka sahaja dan mereka berpegang dengan rupa agama yang khusus tanpa memahami maksudnya.

Yang demikian itu angan-angan mereka. Katakanlah: “Tunjukkanlah keterangan kamu jika memang kamu orang yang benar”. (Al-Qurʾān: 2: 111)

Malah sesiapa serahkan dirinya kepada Allāh sedangkan ia berbuat baik, (Al-Qurʾān: 2: 112)
Inilah jawapan kepada mereka, dan membatalkan sifat mereka yang terikat dengan rupa yang khusus di sisi mereka tanpa mengambil maksudnya.

Maka ia akan dapat ganjaran di sisi Tuhannya, dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita. (Al-Qurʾān: 2: 112)
Mereka sama ada dari kalangan Yahudi, Naṣranī atau Islām.

Dan Yahudi berkata: “Naṣārā tidak atas sesuatu”. Dan Naṣārā berkata: “Yahudi tidak atas sesuatu”. Padahal mereka membaca kitab. Begitu juga orang yang tidak mengetahui berkata seperti perkataan mereka itu. (Al-Qurʾān: 2: 113)
    Maksud kalimah  “” ialah kata-kata orang musyrik. Demikian juga orang mushrik Mekah yang mempunyai rupa agama yang khusus yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka yang lalu.

Maka Allāh akan beri keputusan di antara mereka itu pada hari Kiamat, tentang apa yang mereka berselisihan. (Al-Qurʾān: 2: 113)
    Shaykh berkata, anda hendaklah memahami; pertama, rupa dan kedua, maksud yang diraikan yang mengawal hikmah dan kebaikan. Contohnya; rupa sembahyang, taharah, perbuatan-perbuatan sembahyang seperti rukuk, sujud dan lain-lain; dan maksud sembahyang ialah zikir dengan erti mengingati Allāh pada semua keperluan kita. Itulah sebabnya apabila seseorang sembahyang bersendirian di rumahnya, ingatannya kepada Allāh sedikit kerana segala keperluan yang merujuk kepada diri seorang individu adalah sedikit. Apabila sembahyang dilakukan secara berjemaah maka mengingati Allāh adalah lebih banyak kerana keperluan jemaah adalah banyak. Sekarang orang ramai tidak memahami maksud, tetapi mereka menumpu kepada rupa sahaja seperti menyamakan barisan, mengangkat tangan ke paras bahu atau telinga; dan mereka dapati banyak percanggahan.
    Shaykh berkata, maksud tidak berubah dan tidak bertukar. Rupa pasti berubah mengikut keperluan zaman. Sekarang ramai orang tidak faham perubahan itu dan mereka masih menetap di atas rupa itu kerana tidak memahami maksud. Mereka menganggap dengan rupa itu mereka boleh sampai kepada maksud juga.
    Shaykh berkata, pada masa dahulu manusia berdebat dengan golongan Muʿtazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan Jahmiyyah.
    Shaykh berkata, pertukaran rupa inilah yang dimaksudkan dengan nasah. Maksud perkataan “” pada firman Tuhan (Al-Qurʾān: 2: 106) ialah menangguhkan sedikit masa pelaksanaan amalan kerana terdapat hikmah.
Tafsir Kali Kedua.
    Contoh berpegang dengan rupa tanpa mengambil maksud.

Wahai orang beriman! Janganlah kamu berkata “rāʿinā” tetapi katalah “unẓurnā” (Al-Qurʾān: 2: 104).
    Maksud “rāʿinā” dan “unẓurnā” adalah sama tetapi di situ terdapat perubahan rupa mengikut kehendak dan keperluan zaman, sedangkan mereka tidak memahami perubahan atau pertukaran itu kerana mereka terikat dengan rupa sahaja tanpa memahami maksud.

Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang Musyrik tidak suka bahawa diturunkan atas kamu kebaikan. (Al-Qurʾān: 2: 105)
Mereka tidak suka kerana mereka (ahli Kitab) berpegang dengan rupa yang khusus iaitu syariat Yahudi. Demikian juga orang Musyrik dengan agama Taurāt dari nenek moyang mereka dengan rupa tertentu. Mereka bimbang Al-Qurʾān akan mengubah rupa khusus di sisi mereka. Tambahan pula undang-undang ini dinamakan “” kerana apabila manusia beramal dengannya, mereka mendapat kebaikan iaitu berkerajaan di dunia.

Mana-mana ayat yang kami mansuhkan dia atau Kami lupakan dia, Kami gantikan dengan yang lebih baik daripadanya atau serupanya. Tidakkah engkau ketahui bahawa Allāh itu amat Berkuasa atas setiap sesuatu. (Al-Qurʾān: 2: 106)
    Shaykh berkata, maksud nasah ialah pertukaran rupa dan perubahan mengikut keperluan zaman.

Apakah kamu hendak bertanya kepada rasūl kamu sebagaimana ditanya Mūsā dahulu dari ini, padahal sesiapa menukar iman dengan kekufuran, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang lurus? (Al-Qurʾān: 2: 108).
    Maksudnya, adakah kamu meminta daripada rasūl kamu perkara yang mustahil iaitu rupa tidak akan berubah umpamanya, sebagaimana Mūsā diminta dahulu supaya memperlihatkan Allāh dengan jelas.

Kebanyakan dari Ahli Kitab suka hendak memalingkan kamu jadi kafir sesudah kamu beriman. (Al-Qurʾān: 2: 109);
dengan membawa pelbagai perkara samar.

Lantaran dengki dari hati mereka sesudah ternyata kebenaran kepada mereka. (Al-Qurʾān: 2: 109)
    Apabila orang Islām mengetahui perkara itu sudah pasti mereka marah.

Lantaran itu ampunkanlah dan biarkanlah, (Al-Qurʾān: 2: 109).
    Maksudnya, sekarang kamu wajib memaafkan.

Hingga Allāh tunjukkan kekuasaanNya; kerana sesungguhnya Allāh itu amat Berkuasa atas setiap sesuatu. (Al-Qurʾān: 2: 109),
kerana ini masa untuk bersiap sedia.
Petikan s.baqoroh tafsir hakim. Fitrah Insaniyah like & share.