Sunday, September 20, 2015

50 troli di samak




Akhbar Sinar harian 7 Sept memaparkan berita yang menjadi bahan ketawa setaraf dengan pesta raja lawak berhubung dengan troli yang di samak oleh pihak yang berkenaan yang dikatakan tempat rujuk perkara-perkara yang berkait dengan agama Islam tetapi apa yang berlaku mereka telah meletakkan melebehi daripada yang sepatutnya gara-gara seekor anak anjing. Umat islam telah meletakkan anjing itu sebagai seolah-olah seperti hantu yang mengusiknya.
Dizaman nabi anjing di guna untuk berburu.
Sifat anjing boleh dimanafaat apabila diberi perhatian bilangan anjing yang kecil tetapi bila ia ramai menjadi sekumpulan yang besar, ia menjadi ganas sebagai makhluk perosak dan nabi pernah menyarankan supaya anjing dibunuh. Perintah itu di lihat sifat perosaknya kerana ramai dan tidak tidak terkawal dan apabila jumlah mereka tidak ramai nabi melarang daripada membunuh.
Hadis nabi , malaikat rahmat tidak masuk ke rumah apabila ada gambar ada orang berjunub dan ada anjing.
Maksud malikat rahmat itu ialah kunjungan kawan-kawan teman tidak gemar berkunjung apabila ada ketiga-tiga itu.
Hadis nabi, kepada bekas-bekas makan dan minum yang dijilat anjing hendaklah membasuh tujuh kali termasuk air tanah.
Untuk penjimatan air membasuh kesan lendir daripada jilatan anjing mengguna bahan-bahan mudah seperti tanah adalah wajar untuk zaman manusia yang tiada sabun.
Ada pihak yang mengatakan sentuhan anjing dibolehkan apabila kering sama kering sebenarnya tanggapan oleh hukama fukaha yang tidak muhakik.
Umat Ashabul kahfi di dalam gua bersama anjing.
Anjing adalah satu binatang yang mempunyai deria bau yang tajam. Ia dimanafaaatkan oleh manusia dimana-mana sahaja diguna untuk memburu, mengesan dadah, penjenayah amat banyak berguna untuk membantu pihak polis.
Apabila seseorang itu terjerumus ke dalam kejahilan itu lalu gambaran azab di dunia dan di akhirat merka dalam keadaan buta.
Pengertian azab yang pedih ialah jahil apabila sesuatu kaum berada dalam kejahilan maka kaum itu sudah hilang serinya untuk dicontohi, mereka sudah hilang pedoman daripada kitab Allah.
Mereka menyangjung ulama-ulama yang jahil yang menyekat umat Islam daripada mengkaji Al-Quran kerana ditakuti bercahnggah dengan agama warisan nenek moyang mereka. Ajaran mereka memadai dengan membaca sekadar membetul sebutan dan memperindahkan lagu serta hafal tanpa niat untuk mengambol faham dan berpandukannya.
Saranan seperti itu adalah untuk melalaikan umat manusia daripada ... matlamat Al-Quran diturunkan untuk memerintah bumi.
Mereka mengambil tafsir Al-Qran sebagai ruhban dengan berbekalkan bahasa Arab dan fiqah.
Oleh Hasan Muahamad, kg tok ku

Sunday, September 6, 2015

Tidak ada kebaikan/keburukan mutlak pada kejadian tuhan


(dipetik dari tafsir al hakm)
Tafsiran Kali Kedua.

Allah berfirman:
Segala pujian kepunyaan Allah yang menjadikan langit dan bumi, (Al-Qurʾan : 6: 1).
       Shaykh berkata, ilmu falak adalah sebahagian daripada langit. Ada beberapa peringkat langit, dan pada setiap peringkat langit terdapat ilmu yang khusus.
       Para ahli sains membincangkan tentang dunia dan ilmu bumi. Ada beberapa peringkat ilmu bumi, misalnya ilmu mengenai haiwan dan tumbuhan. Para ukamaʾ membincangkan tentang langit. Setelah mereka faham tentang kejadian langit dan bumi, mereka berkata bahawa segala pujian bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi.
dan mengadakan gelap dan terang. (Al-Qurʾan: 6: 1).
Kegelapan melambangkan kesesatan oleh syaitan dan dajjal, dan cahaya melambangkan hidayah oleh malaikat dan para nabi. Salasilah kegelapan dan kesesatan sampai kepada syaitan. Allah yang Esa mencipta syaitan.
Salasilah cahaya sampai kepada malaikat dan penciptanya ialah Allah yang Esa. Salasilah kesesatan sampai kepada dajjal dan penciptanya ialah Allah. Salasilah hidayah sampai kepada nabi dan penciptanya ialah Allah yang maha Esa. Semuanya merujuk kepada sumber yang satu.
Shaykh berkata, keadaan ini mensabitkan sumber yang satu dan semua salasilah sampai kepadaNya. Para ukamaʾ yang lalu dan sekarang sama ada Yunani dan lain-lain tidak khilaf dalam masalah ini melainkan mereka yang terlalu jahil.
Orang jahil menerima kata-kata sahaja. Pendapat para ukamaʾ tidak terjejas seperti orang jahil berpegang kepada kata-kata. Para ukamaʾ dunia telah sekata bahawa tidak terdapat kebaikan yang mutlak dan kejahatan yang mutlak di dunia ini. Malah terdapat kejahatan dan kebaikan secara perbandingan. Contohnya, pada para nabi terdapat kebaikan secara sandaran dan selain daripada nabi terdapat kejahatan yang disandarkan.
Maksudnya, di dunia ini terdapat kebaikan yang pasti bercampur dengan kejahatan dan sebaliknya terdapat kejahatan yang bercampur dengan kebaikan.[1] Para ʿulamaʾ dahulu dan sekarang tidak khilaf dalam masalah ini, melainkan mereka yang jahil yang menerima hikmah dari kitab-kitab dan catatan. Mereka tidak menerima daripada ukamaʾ yang hakiki. Masalah ini telah diterangkan dengan jelas oleh Shah Walī Allah dalam ujjat Allah  al-Balighah, tetapi golongan orang Islam yang jahil mengatakan bahawa hanya jalan para nabi baik, dan  jalan bukan para nabi adalah buruk. Maka mereka menjauhkan diri dari hikmah lalu mereka terjatuh ke tempat yang paling bawah dalam kejahilan.
Shaykh berkata, istilah khalaqa  dan  jaʿala  daripada sudut bahasa adalah sama ertinya; tetapi jika dilihat daripada sudut hikmah ertinya berbeza. Yang demikian bahawa kalimah  dinamakan khalq,[2] kerana langit dan bumi dijadikan daripada satu bahan.
Kalimah  dinamakan  ibdaʿ kerana cahaya dan gelap diciptakan dari sesuatu yang bukan benda. Apabila para ukamaʾ faham dua kalimah ini, mereka mengucap syukur “alamdulillah”. Semuanya milik Allah yang Esa, maha Perkasa, tidak berkongsi pada ciptaanNya dengan sesiapapun. Semuanya adalah daripada sumber yang satu.

(dipetik dari tafsir al hakm karangan haji wan abdullah bin haji wan musa al-kalanti).




[1] Daya yang tersimpan dalam semua kejadian tidak terpisah daripada kejadian itu. Apabila kejadian itu bergeser dan berlanggar mengikut hikmah pentadbiran Allāh yang wajib, lahirlah pelbagai perkembangan sebahagiannya jauhar dan sebahagiannya sifat.
                Sifat itu mungkin perbuatan atau kehendak yang hidup atau bukan daripadanya. Tiada keburukan pada perkembangan itu dengan erti tidak lahir perkara yang tidak dikehendaki oleh sebabnya atau lahir perkara yang bertentangan dengan kehendak sebab kelahirannya.
                Apabila diambilkira sebab kewujudan sesuatu perkara, perkara itu pasti baik seperti hakikat besi ialah memotong sekalipun buruk kerana boleh mematikan manusia. Keburukan itu terdapat kerana lahir sesuatu yang lebih menepati kebaikan daripadanya melalui kesan-kesannya atau tidak lahir sesuatu yang berkesan baik. Apabila segala sebab keburukan tersedia, rahmat Allāh kepada hambaNya, sifat lembutnya, kekuasaan dan ilmuNya yang menyeluruh terhadap semua, dikehendaki supaya daya itu berfungsi dan perkara yang mendatangkan daya melalui al-qabdzu, al-basti, al-ihālah dan al-ilhām sehingga kumpulan itu mencapai matlamat yang dikehendaki. (ujjat Allāh Al-Bālighah, jilid 1, bab, ‘Rv±PFÛ¯ä knNÛ¯ä ͯP±í¯ ²°±’ ms. 12).
[2] Al-khalq, iaitu mengadakan sesuatu dari sesuatu seperti Allāh mencipta Adam dari bahan-bahan tanah. Allāh berfirman yang bermaksud: “Allāh ciptakan jin dari pucuk api” (Al-Qurʾān: 55: 15)   (ujjat Allāh Al-Bālighah, jilid 1, bab  Rv±PFÛ¯ä knNÛ¯ä ͯP±í¯ ²°±’, ms. 11).