Friday, January 31, 2014

manusia selepas di syurga



     manusia selepas di syurga
Komponen manusia terbahagi kepada tiga. Pertama badan, kedua roh badan dipanggil nasamah dan ketiga roh natiqah. Roh natiqah itu dipanggil roh malaikat.
Roh natiqah adalah roh manusia di alam roh itu sewaktu tuhan tanya siapa tuhan kamu, jawab semua manusia kamulah tuhan kami. Itu terjadi di alam roh.
Manusia telah tercetak secara semulajadi fitrah insaniyah yang cenderong kepada fitrah akhlak empat. Suci, tolak ansur, membesarkan-besarkan tuhan dan kemuncak adalah adil.
Roh badan atau pun roh nasamah, ia mempunyai keinginan badan seperti makan sedap, hidup selesa, mewah serta mahu mengatasi orang lain terdorong kepada kepentingan diri keluarga dan puak atau dinamakan fitrah jibillah.
Nasamah juga ada dua jendela yang menerima ilham, satu dari setan dan jendela yang satu lagi ilham malaikat. Antara dua aliran insaniyah dan jibilah yang pertama ekstrim (tajazzuk)  iaitu salaing tarik menarik antara malaikat dan  binatang dan yang kedua adalah damai iaitu saling bantu membantu antara kehendak nafsu dan akal dalam memenuhi keperluan malakiyah dan bahimiah. Bila manusia terpisah antara badan (iaitu mati), tetapi kedua roh itu masih bersatu (iaitu antara roh nasamah dan natiqah) masih bersatu nasamah menjadi badan semula natiqah menjadi roh.
Di syurga adalah keperluan nasamah yang menyambung keinginannya di dunia. Selera dan keinginan manusia terpenuh di syurga tetapi tidak selama-lamanya.
Kemuncak di syurga ialah dapat apa yang dia mahu sepertimana keinginan di dunia termasuk apa yang dia minat.  Seperti mana seorang yang berminat dalam hal pertanian. Ia merasa bahagia jika tanamannya hidup subur. Itu maksudnya syurga.
Walaupun keenakan disyurga tiada bandingan  tetapi segala nikmat itu bukan satu keperluan kerana kalau tak makan pun tak lapar. Kalau tak minum pun tak dahaga.
Adalah berbeza dengan hidup di dunia. Makanan dan minuman adalah satu keprluan.
Disyurga manusia kerap menikmati makanan dan sebagainya. Peringkat mula-mula masuk syurga. Ia berlaku dan semakin berkurangan lama kelamaan sampai kepada satu tahap yang amat kurang kerana keranatekanan kekuatan malakiyah semakin kuat serta kelemahan dan kekurangan tuntutan keinginan nasamah semaki kurang sehingga sampai kepada satu tahap yang tidak seimbang antara kekuatan malakiyah semakin bertambah dan kelemahan nasamah yang sentiasa berkurangan fungsi sehingga tidak memerlukan lagi syurga kerana kekuatan malakiyah dapat menguasai nasamah sepenuhnya dan nasamah dalam keadaan yang tidak berfungsi. Ketika itu roh malakiyah dan nasamah itu terpisah maka roh malakiyah akan kembali ketempat asalnya. Tempat asalnya itu ialah alam malaikat.asal roh, pulang ke roh. Asal tanah, pulang ke tanah maka manusia berlaku dua kali mati.
Selepas manusia masuk syurga ulama fiqah tidak membincangkannya. Yang mengatakan manusia itu kekal selama-lamanya disyurga tanpa berkesudahan. Mereka lupa bahawa syurga dan neraka itu adalah makhluk yang dijadikan. Sebagai makhluk akan berlaku tempoh tamat dan akan hancur seperti mana makhluk yang lain.
Dan maksud syurga neraka seperti yang dinukil dalam kitab-kitab Allah adalah kekal sekadar masa yang lama dan tidak mungkin kekal syurga dan neraka itu sama dengan kekal Allah. Dalam hadis termizi meriwayatkan penghuni neraka yang akhir sekali meminta kepada penjaga neraka supaya dibolehkan di tepi-tepi neraka supaya boleh pergi ketepi sedikit demi sedikit dan telah sekian lama ia memohon pula supaya boleh naik ke tebing neraka sehingga dapat menikmati bau syurga dan akhirnya ia dapat masuk ke syurga.
Oleh Hasan muhamad, kg tok ku

Saturday, January 18, 2014

Teori Adam dan teori evolusi tidak berchanggah dengan Al Quran



Teori Adam dan teori evolusi tidak berchanggah dengan Al Quran

1.       Khalifah ini bagi yang saya faham itu yang maknanya penganti bagi pihak tuhan untuk manusia sebagai penganti untuk mengimarahkan bumi , dan ianya adalah keperluan manusia dan memang manusia memerlukan, melibatkan undang-undang dan tinggal lagi yang induknya sememanglah nabi.  orang yang membuat undang-undang itu ialah hakim tetapi pencetus undang-undang itu ialah orang jahat. Kalau penjenayah tidak membuat jenayah, bagaimana? Tidak keluar lah pula ideal hakim mencipta undang-undang. Jadi, penglibatan peringkat-peringkat tertinggi ialah penglibatan peringkat jenayah itu satu kombinasi atau gabungan barulah boleh diciptakan satu rang undang-undang dunia hasil daripada kombinasi dan gabungan ini. Jadi, khalifah ini adalah khalifah Allah dan khalifah Allah hanyalah satu yang terutamanya.
2.       Khalifah yang mengurus alam sekarang ini ialah Amarika yang telah diberikan Tuhan kuasa memerintah dan mengatur politik semua negara atau lebih tepat lagi mengurus alam samada bertepatan dengan kehendak Allah ianya adalah masalah kedua.
3.       Jadi berbalik kepada teori Adam manusia pertama ataupun pemeritah pertama,pada saya teori evolusi tidak berchanggah dengan Al Quran.
4.       Masalah teori evolusi tidak pernah dibangkitkan  oleh ulama-ulama mutaqaddimin  sebab ianya   persoalan tuntutan ilmu sains iaitu ilmu asbab itu belum merupakan satu kebangkitan ilmu pada masa itu.
5.       Masalah kejadian ataupun tajali hanya dibincang ulama-ulama secara sepintas lalu dan menolak hukum alam, hukum asbab atau hukum logik dan ianya tidaklah dibangkitkan sebab ianya berkaitan dengan ilmu sains dan mathematik.
6.       Yahudi, kristian , Islam dan ahli-ahli agama lain, mereka sekata itu bukan pendapat orang Islam(berkenaaan teori Adam itu).
7.       Sebenarnya teori Adam yang ada sekarang ini hanyalah merupakan andaian ahli kitab Yahudi dan orang Islam dan kristian telah  mengguna pakai dan telan bulat-bulat andaian ahli kitab Yahudi itu dan mengatakan atau mengcapkan itu hak Islam kerana sikap cemburu di hati ulama Islam terhadap bangsa Yahudi.
8.       Andaian itu hendaklah jangan di telan bulat-bulat.
9.       Kalau di perhatikan dari sudut lain, ulama-ulama Yahudi ini adalah pembohong dan sudah tentu dari sudut ini pun sama atau lebih kurang sama pembohongannya. Dan hendaknya janganlah kita terima bulat-bulat dan perlu ada satu pengkajian semula ulama-ulama Islam untuk menentukan masalah ini.
10.   Oleh kerana orang Islam baca Al Quran dan terdorong dalam bentuk cerita dan dalam bentuk kisah maka andaian itu dianggap betul. Kalau kisah itu tidak cukup dalam Quran,  mereka cari dalam kisah ambia karangan ahli kitab dan sudah tentunya dari Yahudi. Tentunya bukan kitab Budha atau kitab Hindu.
11.   Maka, cerita nabi-nabi dan termasuklah cerita Adam ini ada dalam kitab mereka iaitu kitab kesah ambia ataupun qasasusambia secara menyeluruh dan ini adalah andaian dan rekaan ahli kitab Yahudi semata-mata. Untuk tujuan apa, tiada siapa yang tahu. Mungkin sesetengahnya ada kebenaran dan bukan semuanya salah tetapi kemungkinan telah dimasuki kepalsuan.
12.   Ada juga orang Islam yang meragui andaian-andaian mereka ini tetapi tidak dibuat satu penyelesaian semula kerana mereka tidak begitu yakin dan tidak mahu menentang arus. Mereka orang-orang Islam ini juga melihat Al Quran ini adalah satu kitab cerita dan bukan menganggap Al Quran diturunkan untuk mengajar pembacanya.
13.   Kita seharusnya melihat kitab itu dari sudut hikmat. Biarlah kita anggap cerita itu daripada ulama Yahudi dan sumber itu tidak mutlak dan janganlah di ambil sewenang-wenangnya hanya untuk memenuhi cerita dalam Al Quran. Al Quran bukan buku sejarah dan bukan juga buku undang-undang. Undang-undang lahir dari perlembagaan Al Quran. Itulah hikmat yang sebenar-benarnya. Seharusnya kita anggap cerita itu daripada pihak Yahudi  dengan tujuan untuk menjadikan syariat mereka teristimewa dan akan menarik ramai penyokong untuk menyokong syariat mereka, syariat ini samalah macam parti-parti politik pada hari ini. Dan bila kita yakin sumber itu tidak mutlak dan hanya Al Quran sahaja yang mutlak.
14.   Berbalik kepada Al Quran yang di lihat secara hikmah dan bukan dilihat buku cerita sejarah lampau, di gabungkan pula dengan maklumat ilmu sains. Ada baiknya hendaklah dibuat andaian semula mengikut falsafah Al Quran.  
15.   Mereka yang dari kalangan umatIslam,Yahudi dan kristian melihat kejadian manusia dari sudut cerita walau pun mereka sedar dari sudut cerita itu telah berlaku tokok tambah dan sudah tentulah sumber itu dari dari satu sumber dan ideal ataupun andaian semata-mata.
16.   Jikalaulah Yahudi itu di kutuk oleh umat Islam kenapa dalam kejadian manusia di terima bulat-bulat? Dan tanpa kajian semula malah di anggap andaian itu sebagai mutlak?.
17.   Sewajarnya umat Islam membuat kajian yang lebih jelas sesuai dengan perkembangan ilmu pengentahuan baru yang lebih mencabar.
18.   Kejadian Adam, Allah jadikan Adam daripada tanah. Ayat Al Quran yang maksudnya ; dijadikan manusia daripada tanah itu ditujukan kepada semua manusia tanpa membeza samada manusia pertama atau seterusnya.
19.   Mengikut kisah,manusia pertama di buat  seperti manusia membuat serulin tanah dan seterusnya Allah katakan ada maka ada ‘kun faya kun’ maka jadilah Adam. Apakah manusia berikutnya tidak termasuk kun fa ya kum sedang apa yang orang Islam faham kun fa yakun adalah untuk semua makhluk dan yang sememangnya manusia ini semua di jadikan dari bahan yang sama. Iaitu dari air mani yang berasal dari pati makanan dari hasil tumbuhan yang berasal dari tanah ataupun bumi.
20.   Kalaulah manusia terdahulu terjadi dari segempal tanah dan hari ini terjadi dari air mani yang diproses dari zat-zat makanan yang berasal dari tanah , maka sudah tentulah sunah itu berbeza sedang Allah berfirman...kamu tidak akan dapati sunah Allah berubah-ubah... (Al-Ahzab:62)
21.   Kalaulah hari ini terjadi dari air mani sudah tentu dahulu pun terjadi dari air mani kerana air mani pun kalau hendak di ambil kira berasal dari tanah dan bumi,melalui zat-zat apa yang kita makan.kalau dahulu dari segempal tanah maka sekarang ini pun sudah tentu dari segempal tanah juga dan sekarang ini terjadi dari air mani sudah tentu sunah Allah berbeza sedang dalam Al Quran firman Allah yang kita sebut-sebutkan Tuhan berkata,kita kata sunah Allah tidak berbeza,tidak berubah.
22.   Mengikut pandangan ramai ahli-ahli agama yang sepakat memahami mengikut hikmat Al Quran, alam ini mempunyai tujuh. Tak kiralah, tujuh lapisan ke, tujuh bumi ke, tujuh langit ke, maka sudah tentu Adam pun mempunyai tujuh juga.( Pada fahaman saya yang dimaksud tujuh itu ialah tujuh benua. Sudah tentu Adam pun ada tujuh juga dan sememangnya di iktiraf oleh semua bangsa manusia sekarang ini).
23.   Definasi manusia ada tiga(pada saya dan pada pendapat umum). Pertama, haiwanulnatiq, adalah yang pandai berkata-kata, yang kedua,iaitu haiwan yang pandai menggunakan alat [dan memperalatkan apa sahaja makhluk ciptaan Allah lain termasuklah memperalatkan manusia lain untuk kepentingan sendiri  dan mencipta alat dari sumber-sumber bumi lain untuk kemajuan tamadun manusia untuk meningkat, dan yang ketiga, haiwan yang mengenal masalah dan menyelesaikan masalah.
24.   ...nabi-nabi selepas Adam di suruh,diseru, diperintah menyeru kepada manusia berbuat baik ke atas manusia lain(atau ke arah fitrah atau berbalik kepada kehendak/keinginan semulajadi manusia) dan dilarang membuat kerosakan,kejahatan di muka bumi ini tetapi persoalannya ,mengapa tidak kepada Adam? Dan Adam (mengikut mereka) tugasnya hanya memberi nama,menamakan benda ciptaan Allah sahaja. Hanya itu sahaja kah tugas Adam? Itu sahajakah kebolehan Adam?
25.   Maknanya, mesej Adam dan mesej kepada nabi-nabi seterusnya adalah berlainan.  
26.   Apa yang hendak kami beritahu di sini pada pendapat kami, sebelum apa yang kita namakan Adam itu, telah wujud manusia sebagaimana dalam Al Quran Tuhan berkata yang hampir maksudnya ... telah berlalu satu zaman yang ketika itu tidak di namakan apa-apa pun taraf  kepada manusia, semuanya taraf binatang(dan manusia pun kita panggil orang binatang atau sejenis haiwan spesis manusia,satu jenis mamalia sebelum di masukkan roh suci,roh fitrah). Sebab itulah apabila malaikat di beritahu , hendak dijadikan manusia khalifah di muka bumi ini, malaikat membantah(maknanya malaikat sudah pun mengenali manusia). Lalu malaikat menjawab adakah hendak dijadikan orang haiwan yang bertumpah darah sebagai khalifah di muka bumi ini . ini menunjukkan malaikat sudah mengenali manusia dari jenis yang suka berlawan dan bertumpah darah,berperang  itu (yang sebagai binatang itu atau pun tak ada tamadun atau orang yang betul-betul asli) untuk menjadi khalifah.
27.   Dan kerana sebab(pandai bertumpah darah,perang) itu lah mengikut hikmat Tuhan menjadikan,memilih manusia sebagai khalifah,pentadbir,pemerintah. Ini ialah satu kelayakan (berbuat zalim) kepada manusia untuk menegakkan keadilan di bumi ini (mengikut hikmah Allah). Dan apabila Tuhan menyebut makhluk lain (gunung, bukit,langgit, pokok, air, semuanya tak sanggup kerana tidak mempunyai kelayakan itu) semua tak layak melainkan manusia (haiwan mamalia yang berkaki dua).
28.   Sifat manusia ini zalim dan jahil. Ini sangat berbeza dengan  tanggapan umum  terhadap manusia iaitu sesorang yang layak  mentadbir/ (satu-satu kerajaaan/politik/negeri/negara) itu ialah orang  yang baik-baik dan tidak pandai atau tidak tahu berbuat kesalahan,kezaliman dankesilapan (biar pun tidak berkaliber) dan bukannya orang yang berilmu atau berkaliber dalam pengurusan pentadbiran mukabumi  dan untuk kebaikan manusia sejagat untuk  membangunkan pembagunan tamaddun manusia sejagat. Maksud saya, ini di lihat secara keseluruhan didunia/PBB dan membidas ulamak dari semua syariat yang nampak sahaja baik tapi tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan umum .
29.   Pada falsafahnya, manusia mempunyai sifat zalim dan jahil lalu mereka berbuat kesilapan dan zalim dan menindas dan mereka terdedah kepada pertelingkahan dan itu juga  adalah satu persediaan kepada manusia(oleh Tuhan) untuk menerima qada (ketentuan baik buruk), menerima bala(balasan). Apabila manusia sudah mempunyai persediaan dan persiapan untuk menerima bala,pembalasan lalu manusia berikhtiar,memikir,berfikir untuk melepasi,berlepas diri,mengelak dan dalam berikhtiar itu, mereka(manusia)berikhtiar, berjuang,berperang dan menggunakan segala sumber dan bahan yang ada untuk mencipta sesuatu yang baru (alat perang) seperti belatang, tombak, keris, pisau, pedang hinggalah kepada pembuatan senapang, pistol,bom, kereta kebal, kereta ,motosikal dan bermacam-macam contoh lagi termasuklah roket ke angkasa,bom atom,nuklear dan sebagainya hanya untuk  semua itu ke arah kebaikan dan keamanan di samping menjelajah,menjajah manusia lain.
30.   Kalaulah dakwah tabligh sudah tidak ada lagi ideal,ilham jihad  ini,(seperti yang di nyatakan iaitu berkenaan (perkembangan) ilmu alat memerintah dunia ini) (dan hanya cukup dan berpuas hati kepada mereka bila hanya diberikan masjid dan tandas sahaja dan berjihad atas tikar beralaskan sejadah) dan tidak perlu bersusah-susah memikirkan ilmu alat tamadun, peperangan, membina alat perang. Boleh kah kita umat Islam ini menakhluki dunia dan menjadi khalifah di mukabumi ini?!!!...
31.   Kitab yang diberikan Tuhan kepada manusia itu memang kehendak Tuhan untuk mencetus perjuangan untuk berjuang menegakkan keadilan dan ihsan dan kitab itu juga pencetus semangat juang tinggi dan jihad yang mana sememangnya ada antara ayat-ayatnya menyeru supaya berbuat zalim. Sifat itu, iaitu sifat zalim di perlukan ). Tidak boleh terlalu berlembut dan bertolak ansur.  
32.   Jika kita orang-orang Islam tidak tahu berbuat silap,membuat kesilapan,zalim, Tuhan berjanji akan menukarkan khalifah dunia ini kepada orang yang tahu berbuat kezaliman kerana sifat itu diperlukan untuk menstabilkan dunia. Itulah kelebihan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Dan itulah juga kelebihan binatang manusia dari binatang-binatang lain.
33.   Sejak awal lagi malaikat sudah pun tahu,kenal spesis,nauk manusia ini makhluk yang suka bertumpah darah seperti yang di wahyu dalam Al Quran surah baqaroh yang pada masa itu manusia dari jenis binatang sebagaimana (sebab manusia sudah sedia wujud dalam bentuk binatang mamalia yang berkaki dua dan sudah tentu DNA nya tidak sama dengan DNA spesis monyet walaupun bentuk rupa hampir serupa dengan orang utan tapi orang utan sampai ke hari ini tidak sama macam manusia , maksudnya tidak pandai menggunakan bahan lain untuk di jadikan alat , membuat alat dan memperalat kan sumber bumi , termasuklah berpakaian)
34.   Samalah juga teori evolusi darwin mengatakan manusia berasal dari spesis monyet (jenis orang utan, gorilla dan sesuatu yang hampir sama dengannya). Dan contoh-contoh lain seperti terjadinya hujan melalui teori asbab dan melalui proses evolusi sebagai contoh hujan berasal dari air yang ada di bumi, bertukar menjadi gas dan udara dan kemudian menjadi air dan turun dari langit. Dan Al Quran hanya menyebut hujan yang dturunkan dari langit. Evolusi tidak boleh dinafikan jika melihat dari contoh-contoh sains masa kini, walaupun ianya tertakhluk kepada kehendak kuasa Tuhan pencipta rupa.
35.   Manusia pada masa itu dipanggil haiwan nul natiq. Iaitu haiwan manusia yang pandai berkata-kata. Selepas manusia pandai bercakap ianya satu peningkatan kepada manusia. Menggunakan alat. Kemudian membuat alat untuk memudahkan manusia lain. Tamadun sudah pun bermula. Tamadun peringkat pertama. peralatan itu diberi nama. Maka orang yang membuat bermacam2 ciptaan dan memberi nama itu kepada alatan. Seperti Pencipta kereta menamakan ianya kereta dan nama kepada komponan-komponannya yang pada asalnya tiada apa-apa hendak dipanggil. Dan dari itu, orang yang mencipta itu disifatkan orang yang utama atau dalam bahasa sangkritnya di panggil atam atau atama atau gautama atau maha atama dan bila di arabkan menjadilah Adam. Iaitu orang yang utama bermula dengan membangun tamadun peringkat ke tiga. Iaitu sudah pandai hidup bermasyarakat, mencipta alat dan memberi nama alat dan orang yang utama dalam pemerintahan di nisbahkan kepada zaman masyarakat nya. Manusia yang utama itu termasuk di dalam    imammulnauk termasuk dalam spesis Adam. Spesis orang utama inilah di berikan Tuhan ilham untuk mencipta dan menamakan alat untuk memberi kemudahan kepada manusia sampai bila-bila dan bukannya ilmu itu datang begitu sahaja tanpa pengentahuan daripada Tuhan. Semua itu kehendak Tuhan wujudnya. Semuanya adalah kehendak Tuhan wujudnya kapal terbang, kereta dan semua jenis benda yang ada  (yang di jadikan/diciptakan) dengan rahmat Allah semata-mata dan mereka yang terlibat dalam usaha penciptaan dan menamakannya termasuk orang yang mendapat ilham dari Allah termasuk dalam spesis imamunauq Adam.
36.   Contohnya,ford iaitu manusia yang mencipta kereta. Orang ini menamakannya kereta. Ia di ilhamkan oleh Allah untuk mencipta sesuatu untuk kemudahan umat manusia dan itu juga termasuk dalam golongan yang utama yang dalam bahasan sangkritnya atam atau dalam bahasa arabnya Adam.
37.   Di dalam Al Quran di sebut tiga golongan. Iblis, malaikat dan Adam.(jika di lihat sekali imbas dan semua orang akan faham). Apa yang hendak di beritahu di sini ialah ia adalah tiga golongan manusia. Mereka ini (ketiga-tiga golongan ini) wujud sampai bila-bila zaman-berzaman. Manusia/orang kereatif mencipta sesuatu,manusia/orang menentang, dan orang ikhlas. Bila mana orang kreatif membuat sesuatu pasti ada orang yang menentang dan orang yang ikhlas (dengan watak malaikat) menerimanya jika sesuatu itu untuk kebaikan umum dan kebaikan tamadun walaupun dia tahu orang kreatif itu bukannya baik sangat (walau pun aku tahu kamu itu tipu/tak betul pada sebahagiannya, tapi kamu boleh buat apa yang aku tidak boleh buat- inilah golongan yang jujur). Tetapi orang-orang yang menentang akan menentang sekeras-kerasnya walau pun mereka tahu (perkara)itu baik.
38.   Golongan menentang/kontroversi ini boleh kita samakan dengan iblis (sebagaimana dalam Al Quran surah baqaroh yang menyebut iblis tidak mengiktiraf Adam,(iblis berkata , aku hendak iktiraf Adam bagaimana sebab taraf/status Adam lebih rendah, Adam di buat daripada tanah sedang iblis di buat dengan pucuk api. Pucuk api sudah tentunya lebih tinggi daripada tanah. Tetapi iblis jua tidak pernah berkata apa yang Adam buat itu tak betul atau Adam buat apa-apa yang salah. Kebolehan Adam itu memang tidak munasabah/tak sesuai tidak pernah di pertikai iblis.
39.   Di negara kita malaysia pun sudah berlaku demikian antara perdana menteri Dr Mahathir dengan golongan2 ulama ini semasa membentangkan wawasan 2020. Mahathir tak layak kerana bukan dari lulusan agama dan tidak setaraf dengan mereka yang mempunyai ijazah2, phd, master dll tidak dianggap sesuai mencadangkan wawasan itu.(ini kerana ada orang yang berstatus ulama pernah berkata mahathir tidak layak bercakap tentang 2020 keran tiada kelulusan agama dan hanya pandai dan layak mengubati kudis, jadi kita (mereka yang bergelar bersijil ulama itu) tidak boleh menerima dia kerana status dia memang tidak layak di iktirafkan, tetapi mereka tidak pernah kata yang cadangan atau wawasan Dr Mahathir itu tidak baik, berchanggah dengan Al Quran, tidak menepati kehendak agama, tidak Islamik. Mereka hanya tahu kata tak betul kepada Dr Mahathir.
40.   Bila status menjadi ukuran. Penolakan berlaku dan bukan kebenaran yang menjadi ukuran. Ibarat iblis dalam surah tadi(baqaroh tadi). Dan mungkin ada orang sekarang ini berbangga dengan sijil, ijazah, master, phd dan status-status untuk menolak kebenaran dengan menggunakan alasan status/tiket sijil, ijazah, master, phd dan status-status untuk menolak kebenaran.
41.    Tuhan menjadikan  dan yang pertama di jadikan ialah sifat JADI. Menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Kemudian khalqi, kejadian di peringkat rohani dan yang ketiga hayula (atom-atom jisim yang halus berterbangan). Menetapkan juzud2 yang tidak berjuzud. Inilah evolusi pada ciptaan maknanya ini juga tertakluk kepada kun payakun(dalam surah yasin)tadi. Jadi ulama-ulama kita memberi faham kepada umum yang kun payakun macam dalam cerita wayang kulit. Sumpah jadi katak puru, sumpah jadi lembu dan lain-lain. Macam ahli sihir. Keramat, dan ini boleh merosakkan.
42.   Kemudian manusia ini ada kejadian yang berpindah-pindah kepada alam-alam. Kejadian yang berpindah alam (alam nyata).seorang manusia daripada alam perut dan berpindah ke alam bayi dan berpindah dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan bila alam dewasa daripada alam jahil ke alam tak jahil (alim/tahu). Perpindahan alam seseorang memberi tanggapan yang berbeza dalam hidup manusia itu berlaku dengan hukum asbab. Hukum itu dipanggil buah khuldi. Misalnya seseorang yang sombong, bila kena dipukul maka hilanglah sombong. Boros dan bila jatuh bangkrap maka hilanglah boros. Bila seseorang itu sedar tanggungjawab, sedar sesuatu ilmu berubahlah tanggapan dalam hidup dia itu matlamat hidupnya akan berubah.
43.   Mengubah manusia daripada satu alam ke satu alam, satu keadaan ke satu keadaan itu sesuatu yang membawa dia kepada kesedaran ,membawa dia ke arah keinsafan. Itulah yang diibaratkan dengan buah khuldi. Buah itu dalam kitab injil di sebut buah perlakuan dan ilmu. sesuatu perubahan itu kadang-kadang berlaku tindakan-tindakan yang dilarang seperti memberontak, revolusi atau kata pepatah melayu kalau tak pecah ruyung manakan dapat sagunya. Ini kalau kita katakan pecah ruyung itulah buah khuldinya.
44.   Itulah sunah Allah yang berjalan jadi kita harus menerima hakikat perubahan itu seperti kita kata ,chontoh, kalau takut kanak-kanak jatuh, jangan bagi dia belajar berjalan. Kepompong rama-rama kalau dibantu anak rama-rama keluar dari kepompongnyasudah tentu akan ada kecacatannya, tak boleh terbang ke? Atau macam-macam lagi.
Oleh hasan muhamad kampung tok ku.