Kelebihan kaum quraisy
Bangsa quraisy adalah keturunan nabi ibrahim.doa beliau
supaya keturunannya akan lahir manusia yang mewarisi perjuangannya dan Perjuangnanya
adalah terbukti.
Ada yang berpendapat keturunan nya ialah nabi muhammad
s.a.w.sahaja,kenyataan itu tidak dinafikan tetapi hasil daripada didikan nabi
muhammad dan hasil daripada pimpinan nabi muhammad bangsa quraisy berada
dihadapan, mendidik bangsa-bangsa yang hidup dan agresif, telah menjadi ikutan
kepada perubahan dunia.
Gelaran umi sebanarnya dituju kepada
bangsa quirasy tapi ramai yang tidak menyedari dan berpegang hanya kepada
individu nabi saw sahaja. Al-Qurʾān: 62: 2 menyatakan dari kaum ummi itu lahirnya satu nabi yang
ummi.( Perutusan Nabi (S.A.W.) terdiri dari dua peringkat. Pertama,
perutusan kepada bangsa ʿArab seperti yang
diisyaratkan pada
firman Allāh yang bermaksud: “Dia yang mengutus dari kalangan umat ummi seorang
rasul dari kalangan mereka”. (Surah Al-Jumaat: ayat 2).)
ramai yang berpendapat ummi itu dengan maksud tidak tahu
membaca dan tidak tahu menulis kerana mereka mentafsir dan metakwil ummi itu
hanya kepada muhammad sahaja sedangkan
ummi yang dimaksudkan quran itu ialah ditujukan
kepada kaum quraisy dan tidak memberi
erti(kaum) tidak tahu membaca dan menulis,sedangkan kaum quraishlah yang
menulis wahyu.(bukan quraish sahaja tetapi ditekankan kepada quraish kerana
nabi dari kalangan quraish),dan nabi muhammad itu kalau tidak tahu membaca,
bagaimana beliau bertindak mempastikan penulisan wahyu itu menepati atau tidak
jikalau beliau buta huruf.
Dalam surah quraish allah menjelaskan peranan orang-orang
quraish menjaga baitullah.(kena tengok tafsir)....menjaga keamanan dan
kebajikan pengunjung-pengunjung.....menjaga baitullah serta keamanan dan
bajikan kepada pengunjung-pengunjung baitullah, keselamatan dan kebajikan.(dilampirkan
surah quraish tafs al hakm haji wan abdullah wan musa)
Bangsa quirasy juga terbabit dalam perniagaan yang dirintis
jalan oleh nabi ibarahim laluan perniagaan antara mekah dan syiria dan daripada
mekah ke baitul maqdis dan yaman.
Walaupun mekah tidak banyak bahan-bahan pengeluaran tetapi
ia dapat menampung keperluan penduduk
mekah hidup daripada aktiviti-aktiviti perniagaan.
Dengan aktiviti dan kegiatan perniagaan yang meredah sempadan
itu, bangsa quraisy dapat mengikuti perkembangan politik antarabgansa dan
mendapat maklumat dari tempat-tempat mereka berniaga yang negeri itu dijajah
oleh rom dan parsi.
Mekah ditakdirkan allah contoh negeri yang tak subur yang penduduknya hidup dalam keadaan yang
sederhana menjadi penyebab negeri mekah tidak diminati oleh kuasa penjajah
untuk menakhluk mekah.
Penduduk mekah menjadi satu bangsa yang merdeka terlepas dari
cengkaman kuasa penjajah.
Dalam era politik antarabangsa. Pemimpin quraish terbahagi
kepada tiga, ada yang pro rom,ada yang pro parsi dan ada yang berpendirian bebas
daripada kedua-dua penjajah itu.
Semangat merdeka yang ada pada kaum quraish,ia dihormati
oleh kabilah-kabilah lain.
Dalam peristiwa ancaman meruntuh kaabah yang dilakukan oleh
raja abrahah dengan menggunakan pasukan tentera bergajah,penghuni padang pasir
seperti burung-burng hearin(pemakan bangkai) dapat memahami apabila ada pasukan
untuk berperang.
Burung-burung reng itu, ia akan berkeliaran di ruang
angkasa untuk menunggu peluang bakal mangsa-mangsa perang itu menjadi
habuan.kesan daripada gelagat burung-burung pemakan mangsa itu yang
berlegar-legar itu di ruang angkasa, itu menjadi petunjuk arah yang difahami
oleh kaum quraisy dan dalam intipan mereka, mereka dapat menghidu tujuan
sebenar tentera abrahah. kaum quraisyh dengan pantas membuat serangan menyerang
hendap terhadap pasukan yang belum bersedia dan berehat itu.
Gajah bukannya binatang padang pasir walaupun ia kelihatan
kuat tetapi di padang pasir ia tidak kuat.apabila ia terkena lontaran batu yang
dipanaskan menyebabkan gajah itu bertindak liar dan jerlus di padang pasir dan
tidak boleh diselamatkan.
Ada setengah ahli tafsir
yang mengandaikan burung ababil itu sejenis burung yang didatangkan khas
daripada allah diluar daripada bumi dan mengambil batu-batu beracun dari neraka
dan dilemparkan keatas gajah-gajah itu, maka gajah-gajah itu pun mati serta merta.
Kaum quraisy yang disedia allah sebagai penjaga kaabah itu
lari kebukit melihat peristiwa itu dari jauh..
apakah allah tersalah puji kepada kaum quraish yang penakut
dan tidak bertanggungjawab itu sebagai penjaga kaabah?Sebenarnya dua surah ini
menceritakan, kaum quraisyh itu bersikap ummi.adalah tidak munasabah dan adalah tidak menepati dua surah difahami
dari keturunan ibrahim. Sebenarnya dua surah itu menceritakan bahawa kaum
quraish yang bersifat ummi.
Dua surah yang difahami daripada ibarahim itu adalah satu
bangsa ummi serta bertindak mendahului teori sebagai satu bangsa yang layak
menyambung tugas kenabian(nubuwah)selepas nabi. Mengambil tugas-tugas selepas
nabi dan menyebarkan keseluruh dunia.
Oleh hasan muhammad kg tok ku
Lampiran surah
quraish dan surah al fil yang menerangkan kaum quraish dan tentera bergajah
abrahah dari tafs al hakm wan abdullah wan musa. Boleh disemak di perpustakaan
uiam(tidak boleh dikeluarkan- sensitif)
WçR×
QURAISH
(BANGSA QURAISH)
Surah ke 106: 4 Ayat:
Diturunkan Di Mekah.
Pendahuluan.
Dalam surah ini Allāh menerangkan kehidupan kaum Quraish dalam kalangan kaum ʿArab yang lain yang berada di Ḥijāz pada masa
kelahiran junjungan kita Muḥammad (S.A.W.).
Asal Bangsa Quraish
Quraish adalah satu kaum dari keturunan Ibrāhīm (A.S.), iaitu
daripada darah bangsa ʿAjam dan mempunyai
pertalian darah dengan kaum Ariyan yang masyhur sebagai bangsa yang bijaksana
di dunia dalam pelbagai pengetahuan dan falsafah.
Walaupun mereka hidup di sebuah negeri yang tidak mempunyai
tamadun yang tinggi seperti di Ḥijāz pada masa itu; tetapi kehidupan mereka adalah
berhubung rapat dengan pusat negara saudara-sauadara mereka yang tamadun
seperti negeri Shām (Syria) dan Yamen
melalui perniagaan dan pertukaran barang. Itulah yang menyebabkan Quraish masih
tetap di atas perasaan yang asal, iaitu sebagai kaum yang mempunyai peribadi
yang tinggi dan adab sopan yang teratur.
Bangsa Quraish Hidup
Sederhana.
Kehidupan kaum Quraish pada masa itu bolehlah disifatkan
sebagai kehidupan yang sederhana, tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalu mundur. Sifat dan akhlak mereka menjadikan
mereka sebagai satu kaum yang mempunyai kelebihan yang istimewa kerana
kesederhanaan dalam kehidupan mereka.
Allah Memilih Quraish
Sebagai Bangsa Yang Layak Memimpin.
Dengan kelebihan ini, Tuhan telah memilih Quraish di antara
kaum-kaum lain seperti kaum di negeri Ḥijāz sendiri yang tebal dengan sifat kejakunan mereka,
dan jauh daripada sifat-sifat yang melayakkan mereka menjadi pemimpin
bangsa-bangsa di dunia ke arah agama Islām yang maha suci. Demikian juga kaum-kaum di seluruh dunia barat
seperti bangsa Rom dan Parsi, tamadun kedua-dua bangsa itu sangat tinggi dan
kehidupan mereka mewah sehingga mereka tergelincir dari landasan akhlak
kemanusiaan yang tinggi dan terpesong daripada pengajaran agama yang dibawa oleh
para nabi yang diutus kepada mereka.
Kelebihan pada bangsa Quraish berbanding dengan semua bangsa
itu, menyebabkan Quraish dipilih oleh Tuhan untuk menjadi bangsa yang pertama
di dunia untuk menyampaikan agama Islām kepada seluruh manusia dan membentuk sebuah masyarakat yang adil dan
bahagia.
Tafsiran.
Untuk
mereka amatlan jelas apabila Tuhan telah berfirman:
(Dengan Nama Allāh yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).
(Kerana) kebiasaan bangsa Quraish (Al-Qurʾān : 106: 1).
Kebiasaan mereka berpindah-pindah
pada musim dingin dan musim panas. (Al-Qurʾān :
106: 2).
Maka hendaklah mereka
menghambakan diri kepada Tuhan yang mempunyai rumah Kaʿbah ini. (Al-Qurʾān : 106: 3).
Tuhan yang memberi makan
mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Al-Qurʾān : 106: 4).
Melalui Perniagaan
Menjadikan Seseorang Layak Memerintah.
Surah ini menunjukkan dengan jelasnya betapa mustahak satu
bangsa yang mahu meningkatkan tamadun dan kebudayaan, mestilah hidup dengan
berniaga, kerana faedah perniagaan itu bukan sahaja mendapatkan wang dan
kekayaan, tetapi dapat mempengaruhi jiwa orang ramai dalam sesebuah negara
menerusi agen-agen mereka dan jaminan hidup yang disampaikan kepada mereka itu.
Dengan sebab itu tidaklah salah kalau dikatakan jalan yang dirintis untuk
pemerintahan itu ialah perniagaan. Nabi Muḥammad (S.A.W.) dan para sahabatnya adalah dari golongan ahli
perniagaan, Bekerja sebagai petani dan lain-lain tidak melayakkan seseorang ke
peringkat pemerintahan. Allāh Maha Mengetahui.
ovhÛ¯
AL-FĪL
(GAJAH)
Surah ke 105: 5 Ayat:
Diturunkan di Mekah.
Pendahuluan.
Dalam surah ini Allāh menerangkan kelebihan dan kelayakan kaum Quraish yang telah
berkembang subur dalam masyarakat mereka dari satu masa ke satu masa, hinggalah
ke tahun dilahirkan junjungan kita Nabi Muḥammad (S.A.W.) iaitu pada tahun gajah.
Bangsa Quraish
Mempertahankan Ḥijāz.
Mereka telah membuktikan sebagai satu bangsa yang benar-benar
bersatu padu dan bijaksana mempertahankan negeri Ḥijāz, apabila negeri
itu diserang oleh seorang panglima perang bangsa Habshah yang mengepalai
tenteranya yang menakluki negeri Yamen. Setelah Abrahah menakluki negeri Yamen,
dia mahu menakluki negeri Mekah pula. Lalu dia mengumpul tenteranya yang gagah
berani dan berjalan menuju ke negeri Mekah bersama-sama dengan gajah yang
besar-besar untuk membantu membinasakan negeri itu.
Panglima Abrahah Tiba Di
Ḥijāz.
Mengikut sejarah ʿArab, apabila panglima Abrahah bersama-sama tenteranya dan
gajah-gajahnya tiba di suatu tempat berhampiran dengan kota Mekah, mereka pun
berhenti di situ. Lalu Abrahah menghantar sepucuk surat kepada penduduk Mekah,
memberitahu bahawa kedatangannya hendak menyerang negeri itu. Setelah penduduk
Mekah menerima surat Abrahah itu dan mengetahui maksud-maksudnya, mereka pun
membuat keputusan meninggalkan kota Mekah dan terus pergi ke sebuah bukit yang dijadikan sebagai
benteng pertahanan mereka dari serangan Abrahah itu.
Pertempuran Abrahah
Dengan Tentera Quraish.
Pada keesokan harinya, berlakulah suatu pertempuran yang
hebat antara tentera Abrahah dengan tentera Quraish. Pada akhirnya, tentera
Quraish telah mendapat kemenangan yang cemerlang dalam pertempuran itu.
Hal ini sungguh mengagumkan, kerana jika tidak kerana kukuh
perpaduan Quraish dan kelayakan-kelayakan lain yang ada pada mereka, mereka
mungkin tidak mendapat kemenangan ketika bertempur dengan tentera panglima
Abrahah yang gagah berani bersama-sama gajah-gajahnya yang besar itu.
Ḥijāz Menjadi Pusat Perkembangan Islām.
Kemenangan
ini, sesungguhnya menunjukkan bangsa Quraish telah menempa satu sejarah yang
membolehkan negeri Mekah dan Ḥijāz itu menjadi markas yang pertama bagi pergerakan Islām untuk menyebarkan dan mengembangkan Islām kepada seluruh umat manusia di dunia sebagai sebuah
markas yang sesungguhnya kuat, kukuh dan gagah perkasa. Kekuatan dan kelayakan
Quraish dalam mengekalkan markas ini telah difirman oleh Tuhan:
Tafsiran.
(Dengan Nama Allāh yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).
Tidakkah engkau lihat
betapa diperbuat oleh Tuhan engkau dengan orang yang mempunyai gajah? (Al-Qurʾān: 105: 1).
Tidakkah Tuhan menjadikan
tipu daya mereka itu untuk menyesatkan. (Al-Qurʾān: 105: 2).
Dan mengutuskan kepada mereka burung Abābīl. (Al-Qurʾān: 105: 3).
Engkau lontar kepada mereka
itu dengan batu daripada tanah bakar. (Al-Qurʾān: 105: 4).
Maka jadilah mereka itu
seperti rumput-rumput yang sudah dimakan. (Al-Qurʾān: 105: 5).
.
Pendapat Ulama Tafsir
Tentang Burung Abābīl.
Dalam
surah ini, sesungguhnya telah ditafsirkan oleh ulama tafsir dengan pelbagai
tafsiran, khususnya berkenaan burung Abābīl. Ada setengah ulama mengatakan burung yang banyak,
yang dengan keizinan Allāh telah melontar
tentera panglima Abrahah bersama-sama
gajah-gajahnya dengan batu tanah bakar yang halus, tetapi boleh
menghancurkan tentera dan gajah musuh itu; seolah-olah kejadian ini suatu
mu’jizat yang zahir pada tahun keputeraan junjungan kita Nabi Muḥammad (S.A.W.).
Sebahagian dari ulama tafsir dari golongan mutakhirīn seperti Muḥammad ʿAbdūh, Meṣir, serta
para pengikutnya mengatakan burung Abābīl itu membawa sejenis penyakit taun yang membinasakan
tentera Abrahah itu.Takwilan ini bukan sahaja tidak sesuai, tetapi berlawanan
terang-terang dengan ayat tentang mengatakan jenis burung Abābīl. Maka mengikut
erti zahir ayat ini lebih sesuai daripada taʾwilan yang teramat jauh, kerana bimbang kalau-kalau terpisah daripada
maksud asalnya. Oleh kerana setiap orang ahli tafsir itu telah membuat beberapa
taʾwilan di bawah ayat-ayat ini, kerana mencari
persesuaian yang dapat diterima oleh akal golongan mereka yang bijak pandai,
maka sukacita saya mengatakan bahawa ayat itu tidak perlu ditaʾwilkan apa-apa pun.
Tabiat Burung Abābīl.
Tidak
salah Tuhan menyebut burung Abābīl dalam peristiwa itu; kerana sudah menjadi tabiat
biasa kepada burung yang hidup di tanah ʿArab yang kering itu, apabila burung-burung itu melihat suatu kafilah hendak melanggar satu negeri,
burung-burung itu terus mengekori mereka dari belakang, kerana mahu memakan
bangkai mereka yang akan mati dalam peperangan itu.
Maka kedatangan burung-burung itu disifatkan sebagai suatu
tanda baik kepada Quraish supaya mengetahui bahawa bersama-sama burung itu
kebiasaannya ada kafilah-kafilah
manusia yang berkumpul untuk berperang. Dengan sebab itu Quraish sempat bersiap
sedia untuk menentangnya. Itulah maksud yang diterangkan oleh Tuhan dalam surah
Al-Fīl ini. Dan Allāh Maha Mengetahui.