(Petikan dari tafsir al-hakim
karangan haji nik abdullah bin haji wan musa.terhad untuk ahli sahaja.)
Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri. (3). Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan kepadanya.(4). (Al-Qurʾān: 53: 3,4).
Satu
Peringatan
Di sini, ramai ahli tafsir mutakhir
telah sesat di mana mereka mentafsirkan semua percakapan Nabi (S.A.W.) adalah
wahyu. Kesamaran ahli tafsir tentang
martabat kewalian yang besar, yang mana tempat fananya dari wujud, tidak sempurna dan kekal dengan wujud rohani.
Maka tidak lahir
daripada jisimnya suatu pergerakan melainkan pergerakan itu suatu urusan rohani,
tidak secara khayalan dan pemikiran yang dinisbahkan kepada jisim. Orang yang
mahu memahami perkara itu, hendaklah membaca kitab Futuḥ al-Ghaib
oleh Shaykh ʿAbd
al-Qādir al-Jailānī . Beliau berkata: “Aku tidak makan dan aku tidak minum, sehingga
dikatakan kepadaku makanlah dan minumlah”. Kiaskanlah
dengannya semua perubahan lain.
Tokoh-tokoh agung yang mendapat martabat wali besar dinamakan ibdāl . Itulah
peringkat tertinggi bagi manusia. Kemudian ada beberapa peringkat ibdāl, di mana
pangkat ketua mereka itu tidak dapat
difahami oleh pemikiran orang ramai.
Golongan mutakhir
menyamakan martabat kenabian dengan martabat ibdāl,[1] kerana mereka mengetahui sedikit ilmu hakikat melalui
pakar ilmu hakikat yang mendalam. Ramai
dalam kalangan orang ramai yang
membincang hakikat dan menyebarkan kitab-kitab yang besar yang mana mereka ini
tidak lebih dari golongan mubtadik.[2] Orang yang tidak mengetahui ilmu itu tertipu oleh
tokoh-tokoh yang tidak mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam ilmu hakikat. Kesilapan mereka itu dimaafkan.
Al-Imām Walī Allāh al-Dihlawī telah
menetapkan bahawa sumber kenabian
berbeza dari sumber kewalian, tetapi dari jenis yang sama. Para walī adalah dari
golongan siddīq dan ḥukamāʾ sahaja. Apabila kita menerima ilmu kenabian dengan
perantaraan seorang ḥukamāʾ, kita tidak jatuh ke dalam kesamaran dan
keadaan seperti itu.
Dan ia tidak
memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (Al-Qurʾān: 53: 3).
Tidak ada bagi nabi melainkan pada masa Al-Qurʾān diwahyukan. Adapun pada masa-masa lain beliau adalah
manusia biasa seperti saudara-saudaranya dan para sahabatnya. Jika orang ramai
merujuk kitab ʿAbaqāt
dengan sempurna, nescaya terbuka kepadanya perbezaan antara nabi dan ḥukamāʾ.
Satu Kesilapan Besar
Mereka
yang menyamakan martabat nabi dengan
martabat ibdāl menumpu kepada ilmu ḥadīth. Mereka mengesahkan setiap ḥadīth yang diriwayatkan daripada para walī dan ḥadīth-ḥadīth itu
dinisbahkan kepada Nabi (S.A.W.) oleh mereka yang tidak mengetahui perbezaan antara sumber kewalian dan sumber kenabian.
Sesungguhnya telah masyhur dari kalangan
ahli ḥadīth yang kami tidak lihat orang ṣāliḥ sedikitpun yang lebih berbohong daripada mereka dalam bidang ḥadīth.
Kata-kata ini disalin daripada Muslim dalam Ṣaḥīḥnya,
riwayat daripada Yaḥyā bin Saʿīd Al-Qattān,
kemudian dihuraikan oleh Muslim. Beliau berkata: “Pembohongan berlaku melalui percakapan mereka, dan mereka tidak
berpegang dengan pembohongan, mereka tidak
memperbanyakan riwayat ḥadīth dan mereka tidak berpegang dengan kitab Jalaluddīn al-Sayūṭī dan Al-Muttaqā,
malah mereka berpegang dengan kitab Al-Hafiz Ibn Hajar dan berpegang dengan
kitab gurunya dari ʿIrāq dan
kepada pengarang kitab Majma al-Dhawaʾid ; semua kitab itu menjauhkan orang ramai dari
pangkat kenabian ke pangkat kewalian.
Shaykh berkata, jika
ḥadīth-ḥadīth itu berada
dalam kumpulan orang Islām yang khusus, mereka bercakap dalam
kalangan mereka, percakapan mereka tidak
menzahirkan kesan yang membahayakan; tetapi jika ḥadīth-ḥadīth itu
sampai kepada golongan yang bukan-Islām, kamu
dapat lihat perkara itu merosakkan
pengajaran Islām
dan kamu dapati perkara itu meragukan seperti kesamaran dalam kitab Injīl dan Taurāt.
Oleh sebab itu, menjadi kewajipan orang yang mempunyai kefahaman supaya tidak menerima ḥadīth melainkan
daripada para ḥukamāʾ, dan
tidak berpegang dengan kitab-kitab ḥadīth
melainkan enam kitab ḥadīth, iaitu Muwaṭṭāʾ, Bukhārī dan Muslim
dalam peringkat pertama;[3] kemudian Abū Dāʾwūd, Termidhī dan Al-Nasāʾī dalam
peringkat kedua.[4] Dirinya tidak mahu mengambil ḥadīth
selain daripada usul kitab ḥadīth
ini. Kenyataan ini tidak bererti menerima setiap riwayat dari enam kitab ḥadīth
ini; malah semua sanad disusun menjadi tiga martabat. Pertama, hadis mutawatir yang sedikit. Kedua, ḥadīth mustafidh yang banyak. Ketiga, ḥadīth gharib, termasuklah ḥadīth ṣaḥīḥ dan ḥadīth ḥasan. Maka janganlah kamu menumpu kepada ḥadīth
peringkat ketiga melainkan ḥadīth
peringkat ketiga ini dipegang oleh Ḥakīm; kerana orang ramai lalai apabila mereka melihat ḥadīth
yang dinisbahkan kepada ususl-usul ini mereka terus menerimanya sekalipun
diterangkan bahawa ḥadīth itu
lemah. Mereka tidak menerima kesulitan kerana bertolak ansur dengan
sanad-sanad. Mereka tidak mengharuskan kitab-kitab itu kepada kepada orang
ramai. Orang ramai haram mengikuti mereka. Manakala Ḥakīm tidak menerima ḥadīth
melainkan dari usul-usul itu sahaja dan beliau tidak menerima melainkan ḥadīth mustafidh.
Apabila beliau perhatikan ḥadīth gharib,
beliau lebih dahulu merujuk kepada Al-Qurʾān yang umum. Adakah Al-Qurʾān yang umum itu boleh menyokong ḥadīth gharib.
Mereka melihat kepada ahli kabinet negara umat Islām,
adakah mereka sanggup menerimanya. Setelah kedua-duanya berpuashati, mereka
menerima ḥadīth-ḥadīth gharib
yang ṣaḥīḥ dan ḥasan. Adapun ḥadīth
yang sudah dinaskan lemah atau telah diisyaratkan lemah, mereka menolaknya,
melainkan jika mereka berpegang dengan pendapat mereka yang sama dengan ḥadīth
lemah itu.
Orang yang bodoh memahami bahawa Ḥakīm menerima ḥadīth
lemah dan mereka mahu mengikuti Ḥakīm dalam masalah ini. Bagaimanakah kaitan mereka dengan
Ḥakīm?
Satu Fasal
Jika
Islām datang daripada Allāh untuk
memimpin manusia dan membangun semua anutan, maka perhubungan Islām dengan
Al-Qurʾān adalah amat pasti. Manakala ḥadīth
diterima secara contoh atau secara berpegang kepada fikiran. Al-Qurʾān telah menyerahkan urusan kepada fikiran dan pendapat
kita. Fikiran kita bertepatan dengan ḥadīth.
Jika maksud Islām ialah membangun agama kepada kaum ʿArab
dan ʿAjam
yang di sekitarnya, bukan kepada semua manusia; maka sudah pasti lebih
diutamakan berpegang dengan ḥadīth
daripada berpegang dengan Al-Qurʾān.[5] Tamat fasal.
“Nabi tidak bercakap mengikut keinginannya. Tidak adalah Al-Qurʾān itu melainkan wahyu yang diwahyukan”. (Al-Qurʾān: 53: 3, 4).
[1]
Shaykh berkata, dalam istilah ṣūfī, lelaki yang bijaksana dinamakan ibdāl.
Martabat nabi lebih tinggi daripada martabat ibdāl. Ibdāl ini telah tetap melalui kasyaf
dan rohani dan tidak ditetapkan melalui Al-Qurʾān dan ḥadīth
ṣaḥīḥ di sisi pakar imam ḥadīth. Malah mereka hanya isyaratkan
seperti yang disebut oleh Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Jailānī dalam Futuḥ
Ghaib dan disebut oleh Shāh Walī Allāh
al-Dihlawī.
[2]
Mubtadik ialah orang yang menjadikan sesuatu yang tidak mendatangkan
kebaikan kepada masyarakat.
[3] Secara kajian, peringkat pertama hanya ditetapkan
kepada tiga kitab iaitu Muwaṭṭāʾ, Ṣaḥīḥ Bukhārī dan
Ṣaḥīḥ Muslim. Imām Shāfiʿī berkata
bahawa kitab yang paling sah selain daripada kitab Allāh ialah Muwaṭṭāʾ Imām Mālik, dan
ahli-ahli ḥadīth
telah sekata berpendapat bahawa semua ḥadīth
dalam Muwaṭṭāʾ
adalah ṣaḥīḥ berdasarkan pendapat Imām Mālik dan
mereka yang sama dengannya. Adapun dua kitab ṣaḥīḥ [Ṣaḥīḥ Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim] telah sekata oleh
para ahli ḥadīth
bahawa semua ḥadīth
dalam kedua-duanya adalah dari kalangan ḥadīth muttasil
yang marfuk dan tetap ṣaḥīḥ
dan kedua-duanya mutawatir sampai kepada pengarang-pengarangnya; dan
setiap mereka yang memandang rendah urusan kedua-duanya dikira mubtadik
yang tidak mengikuti jalan orang beriman. (Ḥujjat
Allāh al-Bālighah, jilid I, bab ‘IçPLÛ¯ DFÙ EjCb ²°±’, ms. 133).
[4]
Peringkat kedua ialah kitab-kitab yang tidak sampai ke tahap Muwaṭṭāʾ
dan dua kitab ṣaḥīḥ, tetapi kitab-kitab itu
berada selepasnya, di mana pengarangnya terkenal dengan sifat lebih dipercayai,
adil, hafal dan melaut dalam pelbagai ilmu ḥadīth.
Dalam kitab mereka ini, mereka tidak reda dengan sikap bermudah-mudah tentang
apa yang mereka tetapkan sebagai syarat-syarat ke atas diri mereka. Maka
kitab-kitab mereka diterima oleh orang selepas mereka dan ahli-ahli ḥadīth, dan ahli perundangan Islām mengambil berat dengan kitab-kitab
mereka generasi demi generasi dan telah masyhur dalam kalangan manusia, dan
kaum telah berpegang dengan kitab-kitab itu untuk menerangkan kalimah-kalimah
yang ganjil dan mengkaji periwayat-periwayat dan menghasilkan kefahamannya. Di
atas ḥadīth-ḥadīth
itulah terbina kebanyakan ilmu; seperti Sunan Abū Dāʾwūd,
Jamiʿ Al-Termidhī dan Mujtaban al-Nasāʾī.
(Ḥujjat
Allāh al-Bālighah, jilid I, bab ‘’ , ms. 134). Sila
rujuk bab yang sama untuk keterangan kitab-kitab hadis peringkat ketiga,
keempat dan kelima.
[5]
Kami hanya memanjangkan perbahasan ini oleh guru
kami Mawlānā Muḥammad Qāsim di
Deoband daripada guru kami Shaykh al-Hind, yang mana mereka adalah ḥukamāʾ atau
orang yang menerima daripada ḥukamāʾ pada
masa itu.
Di sisi kami, ilmu ḥadīth
adalah satu bidang ilmu. Kemudian guru kami Shaykh al-Hind meninggalkan
Deoband. Beliau diganti oleh muridnya Anwār Shāh.
Kefahaman Anwār Shāh sama dengan kefahaman Imām Sayūṭī. Mereka
yang belajar daripadanya menjadi fuqahāʾ Ḥanafī yang
muhakik, sedangkan mereka lemah dalam bidang ḥadīth dan
menyakitkan kita.
Sekarang urusan ini kembali
kepada Shaykh Ḥusīn Aḥmad yang tidak mampu memperbaiki kerosakan oleh Anwār Shāh,
melainkan dengan mengambil masa selama dua puluh tahun.
Shaykh Anwār Shāh adalah
seorang alim yang zahid dan seorang imām dalam
ilmu balaghah. Ilmunya merangkumi usul yang difikirkan dan semua ḥadīth
sama ada ḥadīth ṣaḥīḥ atau ḥadīth
lemah. Kemuncak cita-citanya ialah melahirkan pelbagai jalan bagi mazhab Abū Ḥanīfah dan menjawab mereka yang mengkritik mazhab Ḥanafī dari
kalangan orang dahulu dan orang semasa. Dalam bidang itu beliau adalah seorang
tokoh dalam mazhab Ḥanafī. Beliau
seorang yang bertakwa. Beliau mengajar orang ramai bahawa setiap percakapan
Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Manakala Imām Walī Allāh telah menerangkan dengan jelas dalam kitab Fatḥ Al- Raḥmān bahawa
kata-kata nabi tidak lebih daripada Al-Qurʾān.