Monday, June 29, 2015

Pandangan dakwah tabligh memundurkan umat islam.





Mereka menumpu akhirat hanya selepas mati semata2 dan mereka menolak dunia tanpa membeza antara dunia mazratu akhirat (dunia tempat bercucuk tanam untuk akhirat.) dan dunia itu bangkai.
Dimaksudkan dunia itu bangkai ialah mengambil manafaat sementara, Seperti berjoli tanpa mengambil kira masa depan.
Adapun dunia akhirat ialah mereka ambil manafaat dunia secara berkekalan dengan mengambil kira kepentingan masa depannya, generasinya, masyarakat dan negaranya Hingga selepas mati.
Tetapi dikeranakan sifat syirik kepada ulama itu amat tebal, mereka melihat kitab2 sanjungan mereka itu lebih mutlak daripada al-Quran, maka andaian ulama dianggap sebagai mutlak.
Mereka sarankan supaya meninggalkan dunia, dalam andaian mereka dunia sentiasa mengejar kita seperti bayang2 yang mengejar kita sekuat mana kita lari sekuat bayang2 turut. Itulah kalimah mereka jaja sana sini.
Apabila manusia tinggal kepentingan dunia umat Islam akan hilang kuasa politik dan ekonomi secara tidak langsung mereka berusaha meruntuhkan politik dan ekonomi  bangsanya sendiri.
Dan kesannya akan berlaku apabila bangsa lain mengisi politik mereka akan menjajah umat Islam dan generasi akan datang menjadi mangsa kecuaian dan kesilapan mereka ini.  
Seruan mereka bercanggah dengan tujuan manusia dijadikan untuk mengimarahkan bumi dan sejauh mana seorang berjaya mengurus masyarakat kepada adil dan ihsan. Itulah nilai manusia mendapat ganjara Allah di akhirat.
Tanpa bumi dan kuasa politik tidak mungkin manusia yang mengaku hamba Allah dapat meletak hukum Allah dibumi.
 Beramal dan berjuang untuk semua manusia dan semua zaman kerana manusia memerlukan hidup dalam keadilan – kebenaran. Kenapa kita harus menunggu seseorang (imam Mahadi) sedangkan nabi telah meninggalkan kita al-Quran.
Mereka mendakwa imam Mahadi sedang bersiap sedia untuk turun bila2 masa, dijangka tahun 1500 daripada kebangkitan islam.
Dalam keadaan dunia kacau bilau akan bangkit imam Mahadi.
Kebangkitan imam Mahadi adalah iktikad Shiah tetapi ia ditelan bulat oleh Melayu Islam hari ini.Berhubung dengan iktikad cukuplah apa yang ada dalam al-Quran .Tidak memadai berpegang dengan hadis yang bersumberkan rowi daripada seorang sahabat sahaja.Hadis sahih yang sebenar sahih berhubung dengan iktikad sekurang-kurangnya bersumberkan rowi tiga sahabat dan perkara yang sama ada dalam al-Quran.
Shiah adalah bermula daripada kumpulan politik yang menentang pemerintahan Muawiyah. Dan muslihat politiknya supaya penyokong2 Shiah tidak menyokong kerajaaan pada masa itu. Terus sabar menyokong perjuangan mereka kerana akan lahir anak cucu ali yang akan menyempurnakan perjuangan islam.
Akan lahir imam Mahdi yang tiada tempoh yang sebenar semata2 kerana muslihat politik tetapi hari ini dan kebangkitan semula Imam Mahadi sebagai iktikad umat islam hari ini dan tertipu dengan muslihat.
Dalam keadaan meraba mereka hanya menumpukan akhirat dengan bermodalkan air sembahyang dan berjihad di atas sejadah.
Kalau mereka sembahyang pun hanya terhenti setakat rukun 13 sahaja. Mereka tidak membincangkan semangat sembahyang dan peranan dan tangungjawab orang sembahyang pada makhluk Allah dibumi.
Kesan kepada sembahyang nabi musa as 5 tahun  boleh jatuhkan kerajaan firaun dan kesan sembahyang nabi Muhammad saw 5 tahun dapat bina kerajaan di madinah dan di mekah.
Amalan bukan setakat fardu ain sahaja malah kerja harian yang berhubung dengan masyarakat, negara yang buat adalah amalan baik. Hari ini masjid2 tidak lagi dapat mengimarahkan ilmu al-Quran kalau hanya setakat melagu2kan tajwid, tidak memadai sekadar membaca tanpa niat untuk mengambil iktibar dan pedoman. dan masjid diletakkan bertaraf rumah ibadat yang tempat itu tidak boleh dirujuk ilmu daripada kalam Allah.
Untuk menutup kelemahan itu mereka hanya sekadar menghafal, melagu-lagukan taranum dan tajwid. Semakin dibesar-besarkan,sedangkan  umat Islam semakin teraba2.
Sejarah  kegemilangan Islam dapat mencipta hakikat tauhid iaitu meng Esa kan hakikat yang satu pada fitrah insaniyah yang sedia tercetak pada setiap manusia dan pada setiap kitab Ilahi yang ada pada milah hanifi, dan milah sabiah yang di anuti oleh semua manusia.
Sekiranya tidak wujud hakikat persamaan itu, Allah tidak utus nabi Muhammad saw supaya menyeru kepaa kalimah yang satu seperti firman Allah. Marilah pada kalimah yang satu....

Oleh hasan muhamad, kg tok ku

Thursday, June 25, 2015

Pengertian ihsan





Saya berpendapat bahawa pengertian ihsan itu ialah kasih sayang. Kasih itu sama ada kepada Allah atau kepada ibu-bapa, kemudian kasih kepada kerabat yang hampir, jiran yang dekat, sahabat-sabahat yang dekat, anak-anak yatim dan orang miskin. Semua ini menjadi kewajiban ke atas setiap manusia supaya melakukan ihsan kepada mereka. jika manusia kasih kepada sesuatu atau seseorang, maka dia tidak akan melihat selain daripadanya, dan dia tidak mendengar suatu suara selain daripada suaranya, dan dia tidak melaksanakan sesuatu tugas melainkan hatinya tertumpu kepadanya. Nabi saw bersabda, yang bermaksud:  “Ihsan itu, kamu patuh kepada Allah seolah -olah kamu melihat-Nya”.  maka kalimah “kamu patuh kepada Allah” dinamakan kalimah khabar, bukan wajib yang bererti memberitahu bahawa erti ihsan ialah beribadat kepada Allah seolah-olah dia melihat Allah; sekalipun dia tidak dapat melihat Allah, Allah tetap melihatnya. Maka tidak ada kekurangan kerana kamu tidak dapat melihat Allah disebabkan oleh kekeruhan pada roh dan hatimu. Namun demikian kamu tetap diperintah secara paksaan supaya beribadat dan kasih kepada-Nya. apa yang jelas di sisi kami untuk mendapat ihsan dengan sempurna di mana yang dikasihi itu hanya Allah dan tidak terdapat yang dilihat melainkan Dia, dan tiada yang dirindui selain daripada-Nya, dan tiada yang ada selain daripada-Nya. maka seluruh alam ini adalah khayalan-Nya yang musnah di dalamnya. Jalan tadbir-Nya beransur meningkat peringkat demi peringkat, hingga yang lebih tinggi. Peringkat pertama, manusia mudah mengesannya iaitu ia kasih kepada ibu-bapanya, kerana  merekalah yang menyempurnakan segala hajat, kemudian berpaling kepada masyarakat dan keluarga-keluarga yang hampir dan berkongsi dengan mereka . jika masyarakat dan keluarga yang hampir tidak dapat menyempurnakan juga, dia berpaling kepada kaumnya dan kepada semua kaum, jika manusia berfikir bahawa tiada  sesiapa yang mampu menyempurnakan segala keperluannya melainkan Allah: maka pada waktu itu dia terpaksa menumpu kepada Allah dan kasih kepada-Nya. inilah penyudah dalam peningkatan pada manusia. Inilah perkara yang jelas kepadaku pegentahuan berada disisi Allah. (oleh haji nik mohd  salleh(fikri) bin musa).

oleh haji nik mohd salleh bin haji wan musa dipetik dari tafsir al hakm karangan haji wan abdullah

Friday, June 12, 2015

Pendakwah kenapa upah tinggi.




Masalahnya bila dibuat pertanyaan kepada pendakwah mengambil upah tinggi.
Allah menyatakan kepada nabi pendakwah tidak mengambil upah.
Demikian juga para hukama mereka menganggap sudah ditakdirkan kepadanya.
Ada pun bidang dakwah hari ini sudah menjadi industi mencari wang.
Mereka mengenakan upah yang tinggi pada masa yang sama mereka mendakwa dialah pengikut rasul.
Hari ini bidang dakwah menjadi industri mengumpul harta, barangkali inilah kaedah mengumpul harta cara islam. Dan untuk melebarkan rangkaian dan cawanan supaya lebih ramai menyertai kumpulan mereka.
Mereka mengadakan program-program yang bertopengkan agama dengan melengkapkan para peserta unsur2 lawak jenaka dan lagu2 , maka lahirlah generasi ustaz raja lawak dan ustaz boliwood yang dapat memenuhi pasaran semasa kononnya untuk menerap generasi muda yang berminat kepaa lawak jenaka serta berirama dan lagu tetrapi ilmu yang manafaat tidak lahirpun dicelah-celah lagu dan lawak iaitu ilmu2 yang dapat  jalan penyelesaian masalah hari ini seperti perpaduan, keadilan dan daulah islamiyah.
Hanya ilmu2 fardu ain yang dititk beratkan dan diperindahkan sekadar jadi hawa telinga.
Kumpulan ini dapat mempengaruhi pihak2 yang berkuasa membelanja wang negara untuk kepentingan mereka.
Siri pengajaran mereka hanya tertumpu kepada mengagung-agungkan nabi dan orang2 saleh dan menampilkan peribadi dan dirinya untuk disanjung dan mendorong supaya memberi wang kepadanya. Perbincangan mereka menjadi agresif kepada golongan2 yang tidak mampu memberi wang kepanya iaitu orang2 miskin.
Sebaliknya mereka telah menyentuh pihak2 yang mempunyai kepentinga dari memberi wang kepada mereka. Ugama bagi mereka menjadi hujah yang panjang lebar.
Apabila menyentuh soal anjing,arak, babi dan kain tudung bila sesiapa yang mempersoal kannya mereka hilang pedoman kerana baginya semua mutlak kerana dalam kitab Allah bukan hukum mutlak dan boleh dipertikaikan.
Musuh menyedari kelemahan ini dan menjadikan umat islam sentiasa melatah bila menyentuhnya.
Untuk mempertahankan industi cari wang menerusi agama ini dengan mengenakan bayaran2 yang mahal ini mereka berhujah   selain dari kitab allah kerana imam yang mereka jadikan ulama yang serasi dengan mereka.
Ayat, mereka jadikan ulama2 fiqah dan tasauh selain dari allah.
Kata ibnu abbas mereka tidak menyembah ulaam tapi mereka jadikan kata2 ualama itu tanpa menilai dengan kitab allah.
Sebenarnya mereka tidak berapa.
Ijtihad ulama itu lebih mutlak daripada al-quran
Dialog antara agama tidak berapa diminati dan ditolak kerana mereka mensyaratkan penganut agama lain tidak boleh berhujah dengna al quran.
Bagi mereka berhujah dengan quran itu dengan syarat masuk islam tetapi apabila golongan islam pun dipersoalkan daripada berhujah dengan alasan ataupun mereka itu islam liberal, syiah, pluralisma agama, khaidani, bererti semua pihak tidak dibenarkan berhujah melainkan segolongan mereka sahaja.
Maka dakwaan mereka ini sama dengan yahudi semasa nabi saw mendakwa tidak masuk syurga melainkan kaum yahudi sahaja.
Untuk memperbanyakkan rangkaian2 mereka , mereka menubuhkan kelas2 tahfiz supaya dapat sekeumpulan wang negara diperuntukkan untuk generasi burung kakak tua.

Oleh hasan muhamad.kg tokku.