Sunday, May 8, 2016

FALSAFAH

FALSAFAH

Al-Quran banyak membiarkan jmanusia mencernanya sendiri bagi perkara2 yg boleh difikir dgn akal sejahtera.

Al-Quran ingin memberi semangat kepada akal serta melahirkan percaya diri seterusnya menimbulkan 'appreciate' anugerah Tuhan yang luar biasa, iaitu akal budinya.

Ilmu Falsafah sebenarnya berasal dari para Nabi/Rasul jua. Dalam istilah Dr. Ghulam Avani - philosophy from a land of prophecy. Ilmu falsafah merupakan suatu 'rasionalisation' yang disempurnakan secara sistematik setelah diuji, dikritik dan sebagainya. Ilmu Falsafah juga merupakan terbitan (imtidad) dari al-Quran, sebagaimana ilmu feqah, tafsir, ushul feqah dan lain-lain.

Melalui ahli falsafah orang dapat menangkap rahsia2 misi kenabian, ilmu Tuhan, takdir, amal baik dan buruk dan lain-lain lagi.

Nabi saw sendiri adalah seorang pembawa risalah, namun dari sisi lain adalah seorang ahli falsafah. Kerana akal Nabi saw telah mencapai akal mustafad, iaitu tahap akal tertinggi dan dapat menyatu dengan akal suci.

Ilmu Falsafah sebenar tidak akan bertentangan dengan al-Quran. Menurut Mulla Sadra, jika ada sebuah teori yang dianggap teori falsafah tapi bertentangan dengan al-Quran, maka ianya harus dibuang.

Penggunaan akal itu bukan semata2 menjadi alat berfikir atau obsesi bagi golongan elite bahkan ianya lebih dari itu. Akal digunakan sebagai 'amalan intelektual' yang akan memberikan buahnya di dunia dan juga di akhirat.
                                           
   وَإِذا قيلَ انشُزوا فَانشُزوا يَرفَعِ اللَّهُ الَّذينَ ءامَنوا مِنكُم وَالَّذينَ أوتُوا العِلمَ دَرَجٰتٍ ۚ وَاللَّهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ ﴿١١﴾
(Al Mujadilah:11) ..... Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yg kamu lakukan.

by admin.

No comments:

Post a Comment