Sunday, March 23, 2014

Amalan tarikat bukan kaedah umum.



Amalan tarikat bukan kaedah umum.

1.     Seorang pengamal tarikat mendakwa dengan yakin bahawa ilmu tarikat adalah mengatasi semua ilmu lain di dalam Islam dengan membuktikan beliau telah berjaya hidup dan mendapat keuntungan dalam perniagaan.

2.     Demikianlah pandangan peribadi daripada seorang yang melihat ilmu atau pun amalan tarikat daripada satu segi tertentu.

3.     Tarikat sebenarnya bukan ilmu malah boleh dikatakan sebagai pakaian kepada seseorang yang berilmu.

4.     Ilmu terbahagi kepada tiga, ilmu naqli, ilmu akli dan ilmu kasyaf. Ilmu naqli itu maksudnya illmu alat, alat untuk memahami al quran.ilmu akli itu ialah  ilmu akal   dan arah tumpuan nya ialah falsafah dan ilmu hikmah. Falsafah ketuhanan dan juga falsafah kemanusiaan. Keinginan semula jadi manusia dalam memahami manusia. Antara dua ilmu itu harus seimbang. Jangan terlalu tidak menggunakan akal dan tidak terlalu menggunakan akal. Dan yang satu lagi ialah ilmu kasyaf. Ilmu yang dapat memahami sesuatu yang tidak dapat difahami oleh umum. Yang paling tinggi ilmu ialah ilmu tauhid(penyatuan dan ilmu keesaan).

5.     Ilmu alat iaitu ilmu hadis dan juga ilmu memahami Al Quran. Jadi, mereka yang mempunyai pengetahuan nakli dan akli yang mengcukupi dia dapat menilai dari sudut hikmah dan falsafah dan layak untuk memiliki dan mengamalkan tarikat sebagai pembuka jalan menghubungi penghubung. Maksudnya,menghubungi guru-guru melalui sanad-sanad ilmu sebagai rangkaian ‘penghubung’ hingga kepada Rasulullah.

6.     Pencapaian amalan itu , dapat menghubungi guru-gurunya walaupun yang sudah meninggal dunia dan kepada mereka yang memiliki alat yang sempurna ia dapat ‘membaca’ dan dapat memahami kilatan ilmu pada kasyafnya.

7.     Kepada mereka yang dapat isyarat di alam misal (ghaib), dia dapat menterjemah daripada kilatan ilmu itu. Di kalangan orang-orang sufi  yang muhakik dapat menulis bab-bab alam misal dengan kaedah itu daripada ahli-ahli tarikat dan ahli-ahli sufi dapat mengabadikan ilmu nabi dalam   karangan mereka dan dapat dimanafaat oleh manusia berhubung dengan alam misal dan alam kubur.

8.     Jika orang yang tidak mempunyai alat yang cukup, dia tidak boleh hendak baca isyarat-isyarat yang di tunjukkan kepada mereka. Iniah ilmu kasyaf. Ilmu yang tidak dimiliki oleh ramai orang Yang tidak mampu ‘dapat’ menterjemah   daripada kilatan alam misal.

9.     Sebahagian apa yang berlaku oleh pengamal tarikat yang tidak memiliki ilmu alat (nakli dan akli) yang cukup, mereka lebih nayak mengundang bahaya.

10.                       Katakan mereka ditakdirkan mendapat kilatan ghaibi daripada kashafnya, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup.

11.                       Kadang-kadang mereka cuba terjemah kilatan itu dalam keadaan meraba-raba dan tidak menepati kehendak sebenar, maka ilmu yang mereka sebarkan tidak memberi manafaat kepada manusia lain malah berchanggah dengan ajaran Al Quran dan mendorong pengikut-pengikutnya mencari sumber lain daripada Al Quran.Berchanggah kerana ilmu alat untuk memahami dan mentafsirkan ‘khayalan abstrak’   maka mereka meraba-raba dalam gelap dan membuat andaian sendiri yang sama sekali tidak menepati dan agak bertentangan dengan pendapat umum maka mereka akan menjadi manusia tidak mempunyai apa-apa   untuk di ambil faedah,  mereka akan menghabiskan masa ‘melayan keasyikan’ sesuatu yang dilihatnya tanpa berpijak kepada kenyataan dan mereka akan menjadi manusia yang rugi dan sia-sia.

12.                       Manusia ini tidak berguna untuk di dekati kerana mereka hilang tumpuan kepada kenyataan dan tenggelam di alam maya dan tenggelam di alam fantasi dan alam khayalan mereka dan tidak timbul-timbul dan sukar untuk kembali kepada pemikiran masyarakat umum. Itulah bahayanya kepada mereka meraba-raba di dalam kegelapan alam yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Yang terpegaruh dengan mereka menggelarkan mereka itu mempunyai keramat hidup atau pun orang keramat. Perkara ini bukan sahaja wujud dalam syariat muhamad sahaja malah dalam syariat lain tidak kurang banyaknya ilmu yang seperti ini.

13.                       Mereka memandang selain dari kelompok mereka lebih rendah darjat di sisi ilmu, dan hampir sama juga dengan pegangan tarikat ‘salbiah’, di mana semua manusia semuanya najis dan jika mahu memohon atau mendoakan sesuatu hendaklah di serahkan kepada mereka kerana hanya kepada mereka yang mengamalkan tarikat mereka sahaja tergolong dalam golongan  suci.

14.                       Mereka-mereka ini dan tidak boleh di ajak berunding.mereka-mereka ini hanya memerdayakan dan memperalatkan manusia lain untuk kesenangan mereka. Dan mereka ini ingin menjadi berhala kepada manusia-manusia lain untuk di sembah. Kami gelarkan mereka ini ‘berhala hidup’ dan  keramat hidup.

15.                       demikianlah bahayanya pengamal tarikat yang tidak selari dengan persediaan.Mereka tenggelam di alam fantasi bersama pendewaan terhadap seseorang dalam khayalan mereka. Mendewa-dewakan sheikh.

16.                       Sebarang pemujaan, pengagungan sesuatu yang tidak berfaedah adalah berhala.Untuk pengentahuan umum, berhala yang di dekati oleh manusia ada yang berbentuk, ada yang terukir di dinding ,ada berhala makan minum dan berhala yang paling tidak di sedari pengamal tarikaq ialah berhala yang dalam khayalan.

17.                       Berhala pada mereka yang mengamal tarikat ada dalam khayalan mereka.Berhala ausan, asnan, Cuma berhala makan minum sahaja yang tiada nama.

Oleh hasan muhamad, kg tok ku, kedai lalat.

Monday, March 10, 2014

tiada paksaan dalam ugama?



Untuk meneggakkan keharmonian perlukan kekerasan. Adakah benar tiada paksaan dalam ugama?
Kebanyakan ulama Islam kini berpendapat agama Islam disebarkan tanpa menggunakan sebarang paksaan sejak zaman Nabi ( s.a.w.) hingga ke zaman yang kemudiannya.  Pendapat mereka berdasarkan firman Allah taala: 
Tiada paksaan dalam agama. (Al Quran 2:256)
Para ulama Islam ini telah cuai mempertahankan maruah agama Islam, mengabaikan pengajaran Al Quran, mengenepikan contoh amalan Nabi (s.a.w.) menyebabkan mereka terlupa hakikat falsafah pengajaran Al Quran, khususnya dalam masalah ini.
 tiada paksaan dalam agama dan meninggalkan akidah ayat sedang ayat seterusnya ialah:
Tiada paksaan dalam urusan keadilan, sesungguhnya telah ternyata kebenaran itu dari kesesatan .( Al Al Quran: 2: 256).....dan seterusnya.
Mereka membacakan ayat Al Quran tanpa memahami hikmah ayat al Al Quran. Mereka menyembunyi kan sebahagian dari keterangan dan tidak membaca keseluruhan ayat demi untuk kepentingan politik mereka. Ini lah ayatnya. Mereka hanya membaca setakat tiada paksaan dalam agama. Seterus ayat  ialah , telah jelas yang benar daripada jalan yang salah .... di sembunyikan. Maka orang Islam berpegang dengan tidak memahami hikmah ayat. Yang jelasnya, ada paksaan dalam agama. Semua agama tidak mahu keburukan kepada masyarakat. Ini dikeranakan pada zaman penjajah inggeris, telah menghadkan supaya hanya orang melayu yang akan dikenakan hukuman syariah bila ada  tentera atau penjawat awam mereka berzina dengan perempuan melayu. Ualama di sogok mebaca sekerat ayat dan meinggalkan yang selebihnya. Selain mahu melepaskan orang inggeris. Itulah yang telah terjadi kepada ulama di negara kita suatu masa dulu. Ulama-ulama disogok untuk mengelirukan sehinggakan kekeliruan berlarutan sampai sekarang. orang melayu sanggup berhujjah dengan akidah ayat yang separuh dan meninggalkan akidah yang separuh lagi. Sebenarnya ada paksaan dalam agama. agama menerangkan fitrah, iaitu keinginan semulajadi manusia dan menentang apa yang berchanggah dengan kehendak semulajadi keinginan diri. semua syariat bersetuju dan akui benar dengan hukum kemanusiaan ini.Mereka terlepas pandang ayat 9 surah as shaff
Dibangkitkan rasul untuk memberi hidayah dan ‘din nul haq’ (keadilan tulen) untuk menlahirkan kebenaran di atas semua syariat (agama).
Tetapi orang tafsir ayat ini ialah ‘mengatasi agama lain’ (tanpa hikmah). Maksud sebenarnya ialah ‘ di atas agama lain’. Maknanya, ugama sebagai struktur kerjasama untuk membina kerasulan nabi adalah bukan sesuatu yang berasingan.
Jika sekarang kita umat syariat muhamad disuruh berjihad untuk menegakkan keadilan dan kemanusian(adil dan ihsan).menentang kemungkaran dan kejahatan.bagaimana pula hendak dikatakan tak ada paksaan. Paksa supaya orang buat baik dan larang buat jahat dan jika buat  juga akan di hukum. Bukankah hukum itu adalah paksaan buat baik kepada yang belum buat jahat dan seterusnya tidak buat jahat. Itu dari sudut ‘din nul haq’ iaitu mencapai kesepakatan dalam undang-undang dan untuk laksana pemerintahan  adil. Memang ada paksaan. Dan ini sudah tentu bukan dari sudut memberi hidayah.
Ugama ini ada dua tujuan, pertama dari  sudut hidayah dan yang keduanya pula ialah dari sudut semangat kemanusiaan yang tulen atau ‘din nul haq’(keadilan yang tulen). Dibangkitkan rasul untuk memberi hidayah dan keadilan yang haq yang menzahirkan kebenaran, keadilan yang tulen di atas semua pegangan syariat atau pun din nul haq.
Pelaksanaan ugama dipecahkan kepada dua. Pertama , secara objektif , untuk mengurus manusia supaya wujud hak keadilan sebenar dan perlu berdepan dengan golongan kuat dan zalim. Perlukan kepada kekerasan dan jihad kepada yang menyimpan  daripada prinsip itu dinamakan kafir atau engkar akan kebenaran pengajaran  Al Quran, semua syariat turut berjihad untuk menegakkan hak-hak keadilan. 
Yang kedua ialah hidayah. Ianya dikehendaki berlemah lembut supaya dapat lahir prinsip kebenaran yang tersembunyi pada semua ajaran syariat. Ini yang  dinamakan hukum akhirat  yang terlibat dengan balasan di akhirat dan seksa alam kubur dan engkar terhadap hukum itu di namakan munafik. Munafik yang maknanya sikap pura-pura. Hipokrit.
Hidayah itu dengan maksud kita disuruh menyampaikan dengan percakapan dan penerangan yang lemah lembut supaya orang ramai boleh memahami kehendak Islam yang sememangnya di kehendaki di dalam diri setiap manusia itu , iaitu fitrah kemanusiaan atau kehendak semulajadi manusia atau falsafah kemanusian yang berasaskan kebenaran tulen. Dari sudut hidayah, itu hanya untuk memberi kefahaman tentang keseragaman kehendak manusia.hal ini adalah dengan kebijaksanaan dan bukan paksa, kena terangkan dengan sebaik-baik mungkin  secara ilmu hikmah  dan ilmiah untuk mudah difahami. dalam memberi hidayah ,kita tidak boleh paksa.  itu hak mutlak Allah. Baca ayat:
“ Dan jika menghendaki Tuhan engkau (wahai Muhammad) nescaya berimanlah mereka yang di dalam bumi ini semuanya; adakah engkau mahu memaksa manusia supaya mereka semuanya beriman?”. (Al Al Quran: 10: 99)
Cuma boleh paksa dari sudut ketenteraman awam iaitu utuk menegakkan kebenaran , keadilan, keamanan. Itulah maksudnya ialah keadilan yang haq atau ‘Din nul haq’. ianya adalah keadilan yang haq, dikehendak berjihad untuknya kepada orang yang menafikan keadilan secara rujukan. Keadilan perlu mendapat kerjasama yang menyeluruh daripada penganut-penganut semua syariat. Kearah mewujudkan keadilan untuk kepentingan bersama perlu tindakan kekerasan atau akta keselamatan jika ada keperluan. Jika tidak ia boleh meruntuhkan tamadun bangsa. Baca ayat
Hendaklah kamu lakukan dengan kekerasan terhadap mereka yan g tidak beriman dengan Allah  dan juga tidak beriman dengan kebangkitan nabi akhir zaman  dan tidak mengharam apa yang diharamkan oleh Allah dan rasulnya dan tidak berbuat adil mengikut keadilan undang-undang yang tulen, dari golongan-golongan mereka-mereka yang telah dikurniakan kitab sehingga mereka membayar jizyah serta hidup dalam keadaan yang hina diiri. (29 surah taubah)
Huraian ayat.
Sekiranya Allah tidak mengizinkan kepada nabi di dalam melaksanakan keadilan undang-undang ini dengan secara kekerasan tentulah mustahil dapat dibentuk sebuah masyarkat yang benar-benar adil bahagia, merdeka, kerana kadang-kadang dengan sebab orang yang jahat itu boleh merosakkan satu kumpulan dan dengan sebab sekumpulan manusia yang jahat itu pula boleh meruntuhkan tamadun dan boleh meruntuhkan sesebuah negara. Dengan secara jihad atau pun berbagai kekerasan tapi Allah taala menafikan kekerasan yang dilakukan sebenar-benar bukan kekerasan. Atau paksaaan merupakan sesuatu yang  berlawanan dengan kehendak manusia itu sendiri. Maka pun, mencabul hak-haknya kerana mereka dalam diri mereka telah mengakui apa kebenaran dan perlunya pada perlaksanaan itu keselamatan semua manusia.
Mereka di ibarat dalam diri manusia yang ada banyak penyakit barah. Doktor menasihatkan supaya memotong sebahagian daripada anggota yang berpenyakit itu – anggota yang buruk kepada seseorang manusia. Maka istilah memotong daripada sebahagian manusia itu lah maksudnya jihad.Membuang sebahagian manusia yang merosakkan. itulah falsafah jihad. Maksud dengan hina ini, dia hidup bagai orang yang kalah. Orang yang dijajah.
Semua manusia mempunyai hak-hak asasi dan menuntuk hak keadilannya dan jika dinafikan hak-haknya, sesuatu perkara yang semacam itu akan berlakulah kezaliman dan ketidakadilan. Kezaliman itulah yang diwajibkan semua manusia berjihad ke atasnya dari semua syariat.Din nul haq juga kearah keadilan yang berkesan. Keadilan yang mutlak. Keadilan ini dikehendaki berjihad menentang kezaliman supaya wujud keadilan sejagat.keadilan perlu mendapat kerjasama yang menyeluruh daripada mana-mana syariat. Dengan kerjasama semua syariat itulah wujud dan lahir kebenaran ke atas semua penganut agama.
Sekiranya tidak diizinkan kepada nabi melaksanakan undang-undang keadilan ini dengan secara kekerasan tentu lah mustahil dapat membentuk sebuah masyarakat yang benar-benar adil dan bahagia, merdeka, kerana kadang-kadang dengan sebab seorang yang jahat itu telah merosakkan satu kumpulan dan dengan sebab sekumpulan manusia yang jahat itu boleh meruntuhkan sebuah negara.Dengan secara berjihad atau berbagai kekerasan, Allah telah menafikan bahawa kekerasan yang berlaku itu sebenarnya bukannya kekerasan atau paksaan yang merupakan sesuatu paksaan. sesuatu  yaang berlawanan dengan kehendak manusia itu sesuatu atau mencabul haknya kerana mereka dalam diri mereka telah mengakui atas kebenaran dan perlu kepada pihak, kepada perlaksanaan itu untuk keselamatan umat manusia.
Tiap-tiap seorang manusia telah kenal hakikat dirinya masing-masing dari penngenalan itu lah mereka akan patuh kepada kehendak fitrah demi untuk keamanan manusiia seolah-olah dia telah menyaksikan diri dia seorang yang berbuat salah. Itu ertinya, kebenaran yang ada pada agama itu sudah sedia ada, tetapi tidak zahir disebabkan ditenggelami oleh salah faham dan pengenalan yang salah. Dihijab oleh hijab-hijab resam, hijab tabie , hijab budaya walaupun  kebenaran yang tulen tersembunyi.  Maka  orang dari golongan Syariat muhammad lah yang patut membentang kepada semua ahli syariat lain supaya dapat menzahirkan kebenaran yang tersembunyi. Maka itulah jihad yang dimaksudkan, jihad yang menuju kepada keadilan, dengan kekerasan. Jika tidak, ia boleh meruntuhkan sesuatu tamadun bangsa. Bila disebut agama, kita harus kenal pasti mana iman,  yang mana pangkal yang mana hujung. .
iman ini, dia ada objektif dan subjektif. Perkara objektif atau kaedah umum itulah keadilan yang haq (mutlak). Perkara subjektif ini ialah (perkara) hidayah.Keadaan yang objektif itu memaksa orang (umum) supaya beriman walaupun secara dipaksa. Contoh, serupa orang jahat? Bila dia hendak tunduk, mesti dipaksa dengan hukuman, baru lah orang ini boleh terima kebenaran.
 Kalau sekadar hendak di ajak berunding dan di ajak berdialog, mana boleh? Keadilan adalah hukum zahir untuk menjamin keharmonian di dunia. Menentang dalam din nul haq ini (adalah kafir) berbeza soal menentang soal hidayah. Menentang dalam soal hidayah di panggil munafik.
Mereka yang dikuasai oleh hawa nafsu sanggup menderhaka dengan kepercayaan mereka sendiri seolah-olah mereka menyaksi diri mereka manusia jahat. Mereka sudah dibuta mata hati mereka oleh nafsu yang jahat.
Katakan dalam sebuah negara didapati segolongan daripadanya yang suka berjudi dan segolongan yang lain pula suka mencari wang dengan jalan yang zalim. Sekiranya golongan yang kedua ini dibiarkan atau diberi kebebasan sudah pasti akan membawa kemudaratan itu kepada semua masyarakat.Sekiranya tidak ditahan dan dijalankan ke atas mereka dengan kekerasan, jadi orang tidak merasa perbuatan jahat itu bukan kerja agama tetapi kerja polis.  
Inilah yang dipanggil din nul haq. Wajib berjihad dan wajib berperang sehinggakan abu bakar, terhadap mereka tidak membayar zakat di isytiharkan jihad keatas mereka.Kita tak bayar zakat tak bayar cukai kena hukum saja. Itu tidak dikira berjihad lagi.Dia tidak rasa hukuman orang yang terlibat dalam keperluan negara, keperluan masyarakat. Itu urusan agama. Dia tidak rasa. Itu bukan urusan agama. Itu urusan dunia. Itu urusan negara. Sebab mereka di fahamkan urusan dunia dan urusan agama adalah sesuatu yang berlainan. Politik dan ugama bukan sesuatu yang sama. Ini di fahamkan politik suku agama suku.
Hukum kekerasan adalah berkait dengan keadilan kerana tiada satu penindasan, kezaliman dan boleh di hapuskan manusia tanpa  revolusi dan tindakan kuat kuasa undang2 sehingga mereka menerima kebenaran secara terpaksa.
Dengan membina satu kesatuan yang melibatkan satu kesatuan yang melibatkan semua penganut agama kembali kepada prinsip-prinsip fitrah yang sama, maka itulah yang dimaksudkan – menzahir kan kebenaran kepada mereka Cuma disembunyi oleh pengenalan yang salah di sebabkan oleh hijab resam. Berdasarkan fatkor ini Islam di kalangan ahli sunah telah menetapkan supaya percaya kepada sekalian kitab walaupun manusia itu umumnya tahu kitab suci yang tersebut sudah berlaku tahrif dan penyelewengan. Tetapi walau bagaimanapun asas kebenaran yang terkandung di dalaamnya masih ada dan masih boleh di ajak berunding untuk keadilan yang tulen.
Sekiranya kebenaran yang terkandung masih ada walaupun dalam keadaan yang bercampur aduk dan sekiranya kebenaran itu tidak wujud langsung, tidak mungkin Allah yang maha mengetahui telah menurunkan kepada nabi muhammad supaya dengan firmannya.
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian yang lain jadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah, kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam”.
  ....ali imran 64
Kalimah bersamaan masih ada tapi oleh kerana kita tidak mahu mengenali skil pengukuran kita dengan skil kitab feqah dan bukan dengan skil Al Quran. Maka dengan skil kitab fiqah kita tidak akan mengamal prinsip-prinsip yang boleh membentuk sosiety yang besar.Institusi  perlu disuburkan supaya tidak berlaku tokok tambah yang menyimpan daripada prinsip fitrah yang menjadi tonggak kepada kitab-kitab suci.
Adalah menjadi tabiat kepada setiap penganut agama menghormati kitab suci dan ulama mereka.Sekiranya kitab suci dan ulamanya dipinggir dan di nafikan kebenarannya, mereka tidak akan menghormati dan bekerjasama diatas keputusan yang dibuat.
Maka wajarlah kerajaan menubuhkan majlis agama yang diwakili oleh semua wakil agama mereka yang kitab-kitab suci mereka di bentang dan di nilai bersama Al Quran dan ketika itu Al Quran akan terbukti keunggulannya.Tidak guna kita mendakwaAl Quran itu hebat segala-galanya kalau proses ini tidak di lakukan. Al Quran telah mencabar supaya di kemukakan hujah iaitu membuat satu ayat yang sama dengan  Al Quran.Atau hujjah itu sebagai bahan untuk di nilai.
 Dialog antara agama tidak dapat diadakan kerana kita tahu di pihak kristian berhujah dengan  Al Quran.Saya ingin mengsyorkan pada ulama supaya membuat kajian  Al Quran mengikut kaedah  hikmah dan kefahaman yang mendalam mengikut hikmah kerana mereka   membaca  Al Quran mengikut kaedah feqah dan kaedah nahu ,sayangnya, dialog seperti itu di tolak oleh ulama Islam sendiri, kerana ulama kita bukan ulama Al Quran tetapi ulama kitab fiqah dan ulama hadis, mereka membaca  Al Quran untuk menyokong feqah atau untuk menyokong hadis.Mereka mengambil faham  Al Quran mengikut kaedah-kaedah nahu dan feqah semata-mata dan  mereka tidak bersedia jika ada pihak yang berhujah dengan  Al Quran.Tidak sedia berdepan dengan mereka jika mereka yang dari pihak ktistian berhujah dengan  Al Quran.
kita pada hari ini berbangga mengatakan Al Quran ini unggul, apabila orang lain buat hujjah ,kita tolak semuanya .sehingga menampakkan hilang keunggulan Al Quran . sekarang, Al Quran hanya dijadikan kitab berkat yang hanya dibaca pada malam jumaat dan tidak sedar fungsi Al Quran itu untuk dilaksanakan di dunia sebagai perlembagaan untuk membuat undang-undang yang tulen(haq). ‘din nul haq’
 Oleh Hasan muhamad,tok ku kedai lalat.