Sunday, May 31, 2020

SYARIAT, RUKUN ISLAM, RUKUN IMAM


SYARIAT, RUKUN ISLAM,
 RUKUN IMAM


OLEH
Nik Hassan bin NikAbdullah.
Pertubuhan pengajian Islam negeri kelantan
lot 1474, kampung binjai, jalan p.c.b.
15450 kota bharu
(2011-07-18)





Lampiran IV
SHARI’AT-SHARI’AT UTAMA
Tidak banyak yang diketahui tentang pengajaran yang dibawa oleh Nabi Idris (A.S) kerana beliau diutus lebih awal daripada Nabi Ibrahim a.s. Idiris merupakan rasul yang tertua. Jika Krishna telah berlalu selalma 68 kurun, maka Idris dan Syith telah berlalu lebih lama lagi. Permulaan sejarah kehidupan mereka tidak diketahui. Jika kesan-kesan Mesir purba tidak mendedahkan sejarah, kehidupan mereka tidak diketahui. Jika kesan-kesan Mesir purba tidak mendedahkan kepada kita pengajaran Idris yang bercampur dengan legenda, tentu kita tidak dapat mengetahui sesuatu yang berfaedah mengenainya. [1] antara ungkapan yang ditinggalkan berbunyi “Aku benar-benar beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan”[2]. Sekarang kami kemukakan secara ringkas asas-asas pengajaran agama yang dibawa oleh nabi Idris a.s. Pertama, ialah beriman kepada Allah sebagai Pencipta yang Tunggal. Keimanan yang sedemikian ternyata dari peninggalan Idris yang sudah digali dalam kumpulan kesan purba sehingga sekarang, kerana antaranya ada menyebut: “Kami beriman dengan Allah yang Maha Tunggal lagi Maha Tersembunyi”. Sesungguhnya Idris diutus untuk menghapuskan tuhan-tuhan yang dicipta daripada bahan-bahan alam yang dijadikan, sebagaimana para rasul dahulu yang pernah diutus sebelumnya. Kedua, beriman kepada para rasul. Asas ini terdapat dengan jelas dalam kata-kata semua roh semasa bermuhasabah: “Aku tidak menyalahi kitab-kitab wahyu yang diturunkan”. Ketiga, beriman dengan alam kedua, bukti wujud piramid di Mesir. Mereka mengawet mayat dan menyimpannya kerana mereka tidak percaya bahawa hanya roh yang akan dibangkitkan dan akan memakai jasad baru yang akan dicipta oleh Allah sesuai untuk berada di alam kedua. Malah mereka percaya semua jasad ini akan dibangkitkan bersendirian dan roh tidak meninggalkannya melainkan untuk satu tempoh dibangkitkan bersendirian dan roh tidak meninggalkannya melainkan untuk satu tempoh ia dapat berehat sedikit dari segala bahan kepenatan kehidupan. Tambahan lagi, kami dapat keimanan dan kekekalan roh,hisab dan seksaan, alam kedua, syurga dan mereka dalam mana-mana  shari’at  seperti yang kami dapati dalam pengajaran Idris yang terdapat dalam kalangan orang Mesir purba. Keempat, kasihkan manusia. Dalam petikan ini ada menyebut: “Aku tidak berbohong, aku tidak mengadu, aku tidak menganiayai sesiapa. Aku tidak berbuat jahat terhadap sesiapa . Aku tidak mengutamakan kejahatan dengan meninggalkan kebaikan. Aku pernah memberi roti kepada orang yang lapar dan air untuk orang yang dahaga. Aku memberi pakaian kepada orang yang bertelanjang. Aku tidak pernah bergaul dengan yang jijik. Aku tidak mengangkat diriku lebih daripada martabatnya. Aku tidak pernah menipu seseorang. Aku tidak pernah mengurangkan sukatan. Aku tidak pernah melanggar sumpahku. Aku tidak pernah inginkan harta orang. Aku tidak pernah merampas sejengkal tanah orang. Aku tidak pernah merosakkan tanah pertanian. Aku roh suci, aku bersih, aku murni. Aku berharap aku menjadi golongan berjaya”. Kelima, “Aku tidak membunuh satu nyawa pun, aku tidak menggalakkan sesiapa melakukan pembunuhan. Keenam, “Aku tidak pernah berzina. Aku tidak pernah terangsang terhadap wanita kerabatku”. Ketujuh, aku tidak pernah mencuri. Kelapan, aku tidak pernah berbohong. Kesembilan, menghormati dua ibu bapa . orang Mesir purba menghormati ibu bapa mereka dengan cara yang amat aneh. Mereka setia kepada orang tua semasa mereka hidup, memuliakan dan memerhatikan segala nasihat mereka, malah mereka sama-sama berpindah ke tanah perkuburan, sanggup menunggu malam dan siang di sekitar kubur, mereka mengukir patung dan memuja roh mereka hingga berlebihan yang membawa kepada penyembahan roh-roh orang tua-tua. Kesepuluh, hari minggu. Hari minggu  ialah hari meriah dalam seminggu. Mereka berkumpul pada hari sabtu yang mereka pusakai daripada Ashuria dengan amat meriah dan aman damai dirumah ibadat yang terbesar yang di bina atas nama nabi Idris a.s.
SHARI’AT HINDU
Shariat Hindu muncul kira-kira 3500 tahun sebelum masihai. Pengajaran shariat ini terkandung dalam  mpat buah kitab veda.[3] Kemudian pada kurun ke enam sebelum masihi, muncul shariat Budha yang dianuti oleh kumpulan penganut shariat Hindu yang tidak patuh kepada kelakuan yang diterima dalam shariat Hindu yang sedia ada. Shariat Budha ini telah mempengaruhi kira-kira separuh dari India supaya menerima agama asal mengikut pengertian etika yang terhad degan cara menolak atau tidak lagi mengikut upacara ritual dan metafizik (cabang falsafah mengenai tabii kewujudan); tetapi dalam tempoh beberapa kurun, India telah menyerap golongan yang baru muncul ini kedalalam agama yang bebas di India. Dengan berbuat demikian,shariat Hindu telah menerima banyak ciri-ciri baru yang menarik dalam shariat Budha.
Kemudian shariat Budha ini membawa perubahan dalam shariat Hindu yang diamalkan hampir tiga ribu tahun sebelumnya. Maka dapat dikatakan  Budha adalah seorang pejuang agama dalam shariat Hindu. Di samping itu terdapat dua kitab Hindu lagi iaitu bhagvad gita dan ramayana. Pada zamanBudha India sedang mengalami transformasi sosial yang meluas dengan kemunculan zaman pengunaan besi.  Shariat Hindu berasaskan veda telah merosot hingga keperingkat ritual sahaja. Susun lapis masyarakat India menjadi rigid berdasarkan kasta-kasta yang lebih rendah menanggung beban ekonomi yang berganda akibat ekploitasi ekonomi dan fahaman penyisihan sosial. Golongan muda yang pintar mencari-cari satu ideolagi yang akan menunjukkan individu-individu cara hidup yang bererti pada zaman yang tiada ketentuan.
Budha
Budha (563 – 483) sm adalah seorang ahli falsafah, seorang doktor minda, seorang pemimpin agama. Para pengikutnya terdiri daripada pelbagai kelas dalam masyarakat termasuklah raja-raja, jurubank, surirumah dan para pelacur kelas atasan.[4]  Shariat yang diasaskan oleh Budha tersebar dari India ke seluruh asi sejak dua ribu lima ratus tahun dahulu. Pengajarannya begitu lemah dan bertolerensi sehingga tidak terdapat satu contoh penyeksaan atau penumpahan darah setitik pun semasa mengubah kepercayaaan orang ramai kepada umat shariat Budha.
Shariat Majusi
Syariat  Majusi di asaskan oleh Zoroaster (660- 583). Zoraster adalah  seorang nabi Parsi. Selepas melihat visi di angkasa dia mengubah kepercayaan raja-raja dan golongan golongan istana Bactria kepada kepercayaannya. Kata-kaatanya terkumpul dalam kitab Avesta. Beliau menegakkan kasta Majusi dan mengasaskan satu syariat berasaskan kepercayaan bahawa kebaikan dan keburukan adalah  mutlak. Kedua-duanya diwakili oleh Ormazd dan Ahriman yang sentiasa berperang. Para penganut dewa Omazd hendaklah berjuang untuk mendapat kesucian fikiran, kata-kata dan perbuatan berdasarkan kod etika yang ketat. Seseorang boleh mencapai kesempurnaan melalui pilihan baik individu. Shari’at Majusi menjadi agama rasmi kebangsaan negara Parsi dan berpengaruh di Timur Tengah hingga kebangkitan Islam  pada kurung ketujuh Masehi oleh orang Parsi di India berakidah dengan bentuk kepercayaan ini.
Zaroastrianisme
Zoroastisnisme, yang kebiasaannya dikenali sebagai Parsi-Isme adalah  agama purba di Parsi.  Ini adalah  agama penduduk Iran sebelum Islam. Agama ini didapati dalam Ugama “Penyembah Api” dan agama Majus. Kitab suci agama Parsi ini didapati dalam dua bahasa, Zendi dan Pahlawi. Di samping dua kitab suci ini terdapat beberapa karya dalam tulisan cuneform. Kitab suci ini dalam bahasa Pahlawi menyerupai kitab orang Parsi sekarang tetapi Zendi dalam tulisan cuneform berbeza daripadanya. Ada dua bahagian kitab suci Parsi purba yang penting. Satu dikenali sebagai Dasafir, dan yang kedua dikenali sebagai Vesta atau Zend Avesta. Setiap kitab itu dibahagikan kepada dua jenis bahagian – Khurda Dasatir dan kAlam Dasafir; dan khurda avesta dan kalam avesta, yang juga dikenali sebagai zend atau maha zend.[5] 
Para pengikut zoraster mengakui diri mereka percaya kepada satu  , tetapi orang lain mendakwa mereka sebagai mempercayai dua Tuhan. Mereka menamakan Tuhan mereka Athurmazda. Athur bererti tuan dan mazda bijaksana, dengan itu nama Tuhan mereka bererti “Tuan yang bijaksana”.[6]
Beberapa Pengajaran Zoroasterisme’
Sebahagian daripada pengajaran shari’at Zoroastrian adalah  juga bersesuaian dengan pengajaran Taurat dan Injil, dan Beramal salih yang suci. Berikut adalah  beberapa contohnya :
Pertama
Penciptaan Alam ini disempurnakan dalam tempoh enam masa. Athurmazda,[7]mula-mula mencipta langit-langit, kemudian air,kemudian bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan, kemudian haiwan, dan akhir sekAli Dia mencipta manusia.
Kedua
Manusia dilahirkan berpasangan dan digelar Masha dan Masyana (lelaki dan perempuan) Mashya bererti lelaki.
Ketiga
Tuhan memberitahu kepada Yim (Nuh) bahawa ribut salji yang kencang akan berlaku segera, yang akan menyebabkan semua orang yang zalim mati. Nuh kemudian diperintah membuat bilik bawah tanah untuk mengumpulkan manusia. Maka dia membuat demikian, melainkan mereka yang berlindung dalam bilik itu, semua kejadian musnah.
Keempat
Yin atau Nuh dinyatakan sebagai rasul pertama pembuat undang-undang, tetapi dikatakantelah menjadi lemah menyebarkan kerasulannya;  dan  dengan itu Zoroaster menjadi pembuat undang-undang pertama.
Kelima
Sebagaimana Isa dan para rasul lain menyampaikan berita kedatangan seorang rasul yang dijanjikan; demikian juga Zoraster telah memberitahu kedatangan seorang yang sepertinya. Nama nya dikatakan Soesyant yang bererti rahmat kepada seluruh Alam. Ciri utama beliau ialah, dia akan menjadi Astvet-erata atau pendukung dan penghimpun semua bangsa. Dia akan dibangkitkan untuk memimpin dan mengadakan reformasi ke atas semua manusia. Ramalan ini bukan sahaja terdapat dalam zend Avesta, tetapi juga dinyatakan oleh para cendekiawan shari’at-shari’at lain dalam pengkajian mereka.
Api yang dinyalakan oleh pengikut Zoroaster sebenarnya satu simbol bagi menyembah Tuhan. Dengan menyalakan api, mereka sepatutnya membuat satu perjanjian bahawa mereka akan sentiasa mengikuti cahaya ketuhanan dan patuh dengan undang-undang keagamaan mereka. Zoroaster sendiri menerangkan perkara ini seperti berikut, “Aku menerangkan kepada kamu yang berhimpun di sini, kebijaksanaan Tuhan yang melodi-melodi roh-roh yang memperlihatkan kebaktian  yang mendalam kepada agama, yang mana kebenaran yang teguh aku dapat menjulang dari lidah api yang suci ini. Perhatikan dengan teliti kepada hakikat fenomena-fenomena ini dan fikirkan dengan cermat dengan minda terang dan patuh tentang lidah-lidah api dari api”[8]. Dengan cara ini telah jelas dari kata-kata yang bijaksana oleh Zoroaster, bahawa Api dalam kuil adalah  satu tanda biasa untuk berjanji patuh kepada undang-undang agama dan memberikan mereka berfikir dengan mendalam.
Beberapa Bahagian Zoroaster Yang Serupa Dengan Pengajaran Yang dibawa oleh Nabi Muhamad S.A.W[9]
Pertama
Allah berfirman, maksudnya: “Allah itu esa”[10], tetapi keesaan bukan keesaan secara bilangan, malah satu sifat persendirian. Demikian juga Zoaroaster Zardasht berkata: “Dia lah adalah  satu, bukan satu dalam bilangan”. [11]
Kedua
Allah berfirman maksudnya: “Tiada sesiapa serupa denganNya” [12]. Demikian juga kita dapati dalam Dasafir: “Dia tiada sesuaut sepertinya”. Dalam Dasafir, terdapat “Tiada sesuatu yang serupa”[13].
Ketiga
Dalam Beramal salih ada tersebut : “ Tiada sesuatu serupa seperti Dia”[14]. Dalam Dasafir kita dapati: “Tiada sesuatu yang serupa Dia”.[15]
Keempat
Dalam Dasafir ada tersebuat, “Dia tanpa satu awalan atau satu akhiran,tanpa satu bersaing, tanpa satu musuh, tanpa satu prototaip, tanpa kawan, tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa isteri, tanpa anak, tanpa satu tempat tinggal, tanpa badan atau bentuk dan tanpa warna dan bau”.[16]
Al- Parsi menyebutnya dalam bentuk yang lebih elok. Maksudnya, “Dialah Allah Tunggal. Allah lah tempat sekalian bergantung. Tidak Ia beranak; dan tidak diperanakkan Dia. Dan tidak ada sesiapa yang sebaya dengannya.”[17]
Kelima
Dasafir menyatakan bahawa: Dia memberi kehidupan dan kewujudan kepada semua perkara”.[18] Al Quranmengesahkan kenyataan itu dengan firmannya yang bermaksud: “Dia mengadakan semua perkara”.[19]
Keenam
“Tidak juga mata dapat lihat Dia, begitu juga kuasa pemikiran tidak dapat memikirkan tentang dia.”[20] Al Quran menyatakan, maksudnya” “Pemadangan tidak boleh melihatnya, tetapi Ia boleh melihat pemandangan-pemandangan itu, kerana ia amat Halus, amat tersembunyi”.[21]
Al Quran bukan sahaja membuat kenyataan, malah mengemukan hujah yang wujud yang merangkumi semua penglihatan dan pada masa yang sama dia adalah  halus dan agama tanpa batasan. Tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Dia adalah  roh dan boleh dilihat hanya dengan mata hati. Fakta ini juga dinyatakan dalam Dasafir. “Beritahu kepada dunia bahawa Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini. Beberapa mata tak diperlukan untuk melihatNya”.[22]
Ketujuh
“Jirim dan roh tidak kekal selama-lamanya seperti Dia engkau adalah  paling kuno; tiada sesuatu sebelum Kamu dan tidak akan ada sesuatu selepas Kamu.[23]Al Quran menyebut menyebut, maksudnya: “Dia adalah  terawal dan Terakhir dan menguasai ke ata semua, dan Maha Mengetahui semua perkara yang tersembunyi”.[24]
Kelapan
Dalam Dasafir ada menyebut: “Dia mengatasi semua perkara yang kamu boleh khayalkan”. Al Quran yang suci menyatakan: “Dia dalam kedudukan yang paling tinggi”.[25]
Kesembilan
Pengajaran Dasarit ada menyebut: “Jangan jadi kecewa dengan pertolongan Dia dan budi baikNya”. Al Quran menyokong dan mengesahkannya dengan firmanNya, maksudnya: “Jangan jadi kecewa dari rahmat Allah.”
Kesepuluh
Zoroaster berkata: “Aku lebih hampir  kepada kamu daripada diri kamu”.[26]Al Quran juga menyebut: “Kami lebih hampir kepada dia daripada urat lehernya”.[27]
Kesebelas
Mengenai para Malaikat, Zoroaster berkata: “Malaikat adalah  terlalu banyak untuk dihitung.”[28] Dalam Beramal salihada menyebut, maksudnya: “Tiada sesiapa yang mengetahui tentera Tuhan kamu”.[29]
Keduabelas
Tuhan berkata kepada Adam: “Kata-kata Tuhan ialah diwahyukan oleh Malaikat ke hati kamu”.[30] Al Quran mengesahkan kebenaran kata-kata ini dengan firmanNya, maksudnya: “Sesungguhnya dia (jibril) mewahyukan ke hatimu dengan perintah Allah”.[31]
Ketigabelas
“Apabila seseorang membuat kebaikan”, Zoaroaster berkata: “meninggalkan jasad ini, Aku menghantanya kesyurga” [32] Al Quran yang suci menyatakan: “Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal salih, tempat mereka bergembira adalah  kebun-kebun syurga”.[33]
Ke empat belas
Mengenai syurga Zoroaster berkata: “Penghuni syurga akan mendapat melalui rahmat Tuhan, satu jasad yang tidak akan lusuh dan tidak akan tua dan tiada sesuatu yang kotor akan memasukinya”.[34] Sekali lagi dia berkata : “mereka akan tinggal selama-lamanya ditempat tinggal yang mengembirakan.”[35] Kenyataan Parsi mengenainya adalah  seperti berikut: “sesungguhnya yang berbakti adalah  dalam syurga-syurga dan Kami cabut kedngkian yang ada dalam hati mereka, hal keadaanmereka bersaudaraan, berhadap-hadapan atas tempat sandaran. Tidak akan mengenai mereka penat, dan tidak akan mereka dikeluarkan daripanya.”[36]
Kelima belas
Penghuni neraka akan tinggal di situ selama-lamanya. Mereka akan diseksa dengan kepanasan atau kesejukan yang melampau.[37] Beramal salih yang suci mengesahkan fakta ini dengan firmannya yang bermaksud: “tidak akan mereka merasakan dingin padanya dan tidak minuman, melainkan air yang mendidih dan air luka dan nanah”.[38]
Keenambelas
Di samping itu tersebut dalam Dasafir, rukun-rukun yang berhubung dengan kelakuan yang sopan, seperti perkahwinan, kesucian, dan berakhlak baik, menunaikan janji, mengharamkan arak, bercukur anak yang baru lahir, membersih badan dengan mandi, wudud dan tayamun.
Ketujuhbelas
Pada permulaan setiap nama (bab) dalam Dasafir terdapat ayat yang menyerupai “Dengan nama Allah” dan “Maha Berlindung dengan Allah”, sebagaimana setiap surah Beramal salih bermula dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.
Kelapanbelas
Tiga cara yang berbeza disampaikan wahyu yang suci. Pertama mimpi, kedua, dalam keadaan antara mimpi dan sedar, ketiga, dalam keadaan sedar.[39]
Kesembilanbelas
Dua jenis perintah. Pertama, muhkam dan kedua mutashabih yang diterangkan sebagai Parkhida Aparkhida.[40]
Kedua puluh
Mengenai kenabian, Zoroaster berkata: “Seorang rasul diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang yang setiap orang dapat mematuhinya.manusia saling memerlukan, dan mereka memerlukan undang-undang keTuhanan yang diterima oleh mereka semua. Dengan undang-undang itu dapat dihapuskan kezaliman,penipuan dan sakit hati dan mewujudkan keamanan dan keharmonian dlaam masyarakat. Penguatkuasa ini mestilah seorang lelaki yang  mendapat ilham suci supaya semua orang memathinya.[41]
Berhubung dengan seseorang nabi, Zoroaster berkata: ”mereka bertanya kamu bagaimana mereka hendak seorang rasul dan mempercayainya benar dalam apa yang dikatakan; beritahu mereka apa yang dia ketahui dan orang lain tidak mengetahui; dan dia akan memeberitahu kamu walaupun apa yang berada dalam tabiaat kamu; dia mampu memberitahu kamu apa sahaja yang kamu bertanyakan dia dan dia akan melakukan perkara-perkara seperti itu yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain.[42]
Tidak berapa lama dari kedatangan Nabi S.A.W di tanah Arab, Parsi adalah  di bawah  pemerintahan Sasan V. Apabila para sababat Nabi S.A.W menyerang Parsi dan menghubungi pengikut Zoroaster dan mempelajari pengajaran-pengajaran ini; mereka segera membuat kesimpulan bahawa Zoroaster adalah  seorang nabi . dengan itu mereka segera menyambut dengan layanan yang sama kepada penganut Zoroaster yang mereka lakukan kepada ahli kitab yang lain.
Walaupun nama Zoroaster tidak tersebut dalam Beramal salih yang suci, dia masih dianggap sebagai salah seorang nabi  yang nama mereka tidak dinyatakan dalam Al-Quran, kerana terdapat satu ayat dalam Beramal salih yang menyatakan: “dan sesungguhnya Kami telah utus beberapa rasul sebelummu.”sebahagian dari mereka Kami telah ceritakan kepada kamu, dan sebahagian dari mereka tidak Kami ceritakan kepada kamu”.[43] Jadi penganut Islam melayan pengasas Zoroasterisme sebagai seorang rasul yang benar dan mempercayai dalam agamanya sebagaimana mereka lakukan dalam kepercayaan-kepercayaan lain yang di ilhamkan; dan dengan itu mengikuti ramalan, melindungi Zoroastrian.
Shariat Toaisme dan Confuciusnesme.
Toaisme adalah satu agama china yang diasaskan oleh Lao-Tsu pada kurun keenam sebelum masehi.
Toaisme klasik bedasarkan konsep Toa, iaitu daya sejagat yang mengharmonikan alam semulajadi. Untuk mencapai keharmonian, seseorang hendaklah mengenali dirinya dengan roh asas alam semulajadi. Jadi secara khusus. Falsafah Toaisme ini dipengaruhi oleh pengajaran Budha dan pengajaran confucius yang muncul pada kurun ke lima sebelum masehi ke dalam sebuah agama yang mempercayai bahawa tuhan adalah segala-galanya dengan ritual-ritual seperti puja wira, sihir dan mistik dengan arahan-arahan biara.
Confuciusnisme adalah satu sistem moral dan agama di negeri Cina yang di asaskan oleh Confucius pada akhir kurun ke -6 SM. Pendapat beliau yang asal (Analec) telah di edit dan di sertakan dengan pentafsiran oleh Mencius pada kurun ke 4 SM. Falsafah nya diperkembangkan lagi oleh Chu Hsi pada kurun ke 12 dan oleh  Wang Yang Ming pada kurung ke-16. Pada asasnya Confuciusnisme adalah satu sistem peraturan etika terutama sekali untuk perilaku, kasih sayang yang pemurah, perbuatan yang benar daripada segi akhlak, sopan santun, kepimpinan yang bijaksana, kejujuran direkabentuk untuk mengilhamkan dan memelihara pengurusan yang baik dalam keluarga dan masyarakat. Satu dimensi teologi ini menjadi doktrin rasmi empayar china di bawah dinasti Han (kurun ke-2 SM – kurun ke 2 M). Pengorbanan ritual dalam kuil yang ditentukan menjadi ciri dalam Confuciusnisme daripada kurun pertama Masehi hingga pembetukan Republik Rakyat China pada tahun 1949. Kehilangan kemasyuran Confuciusnisme di sebabkan oleh Toaisme dan Budhisme  dari kurun ke- 3 hingga kurun ke 7, dan dipulihkan dan dijadikan agama negara dibawah dinasti Tang (618 – 906M). Confuciusnisme baru dan kuat antara kurun ke 10 hingga kurun ke-13, menentang kecenderungan-kecenderugan dari alam ghaib yang berdasarkan penerimaan tenang dan pasif terhadap kehidupan dan penyingkiran semua keinginan dalam Bhudisme dan Toaisme. Menyokong pencarian kebenaran bercorak kemanusiaan. Dari kurun ke -2 SM hingga kurun ke-20 M, Confuciusnisme menjadi falsafah yang tersendiri di China dan asas organisasi sosial, pendidikan dan pentadbiran.
Shariat Musa (AS).(Yahudi)
Shariat Yahudi berasal dari pengajaran nabi Haniffi (AS) pada awal kedua sebelum masehi. Beliau adalah ketua suku kaum dan pengasas millah Hanifi. Beliau juga leluhur orang Yahudi dan melalui ismail as beliau juga leluhur bangsa arab. Millah Haniffi terdiri daripada shariat Yahudi yang dibawa oleh Musa as pada kurun ke-14 atau kurun ke-13 sm. Musa as adalah seorang nabi dan seorang ahli perundangan dan beliau adalah seorang yang terpenting dalam perjanjian lama (Taurat). Beliau memimpin orang Israil keluar dan membebaskan mereka daripada perhambaan di Mesir, selama empat puluh tahun merentasi padang pasir menuju Canaan iaitu (kerajaan yang dijanjikan), tetapi Musa mati sebelum sampai ke situ.   menerangkan bagaimana sepuluh hukum disebarkan melaluinya dan penggubalan undang-undang yang menetapkan sembahyang awam di adakan di gereja untuk orang Israil.
Shariat Isa as (Kristian)
Shariat ini dibawa oleh Isa a.s. dan merupakan satu shariat dalam millah hanifi. Suatu shariat muncul apabila shariat yang sedia ada didapati sudah ketinggalan zaman atau sudah hilang daya tarikan untuk diamalkan. Disamping itu berlaku banyak penyelewengan dan perselisihan dalam shariat yang sedia ada sehingga Allah membuat keputusan, mengutuskan seorang rasul atau pembaharu shariat tersebut.  Golongan pemerintahnya pula melakukan pelbagai bentuk penindasan terhadap golongan lemah dan miskin semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan. Rakyat dibebankan dengan pelbagai bentuk cukai dan peraturan yang menyusahkan. Dalam keadaan ini keburukan melebihi kebaikan. Perhatikan kisah Musa as yang dilahirkan Bani Israil yang baharu lahir hendaklah dibunuh; tetapi tipu daya Tuhan mengatasi perancangan firaun dimana orang yang paling digeruni oleh Firaun menjadi anak angkatnya sendiri tanpa disedari. Maka akhirnya kerajaaan Firaun runtuh dan Firaun dimatikan dalam laut.
  Kedah kedua. Isa as dilahirkan pada zaman pemerintahan maharaja Herold Rom yang membuat keputusan membunuh semua bayi lelaki yang dilahirkan di Baitullaham, dimana mengikut tradisi akan muncul seorang penyelamat (Messiah), tetapi Herold meninggal pada tahun ke -4 SM. Pada masa itu Isa cuma berumur tiga atau empat tahun. Maka ancaman terhadap Isa terhapus dengan kematian Herold dan arahan membunuh kanak-kanak yang dilahirkan dilupakan begitu sahaja.[44]demikian juga kemunculan shariat Budha setelah shariat Hindu sudah hilang daya tarikan. Kemudian muncul pula shariat Tao dan Confucius setelah shariat Budha mulai hilang daya tarikan.
Shariat Isa as muncul pada tahun 40 SM . Isa merupakan idea Yahudi  iaitu “Kerajaan Tuhan” sebagai inti pengajarannya, tetapi itu diberi roh baharu dengan pengertian yang universal. Pengasas teologi Kristian ialah seorang pengikut Isa bernama Paul yang memastikan bahawa shariat Isa  as bukan hanya sebagai satu mazhab dalam syariat Yahudi. Antara dua tempoh penyeksaan pada separuh akhir kurun pertama dan kurun ke tiga, shariat Isa as telah tertubuh dengan tetap di seluruh empayar rom sebagai sebuah hiraki organisasi yang diurus dengan baik yang berasingan dairpada pemerintahan shariat Isa as juga termasuk dlaam milah hanifi yang diasaskan oleh Ibrahim as.
Shariat Muhamad (saw), (Islam)
Shariat ini dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Shariat ini juga termasuk dalam millah hanafiyah yang diasaskan oleh Ibrahim as. Kurun pertama Masehi menyaksikan kemunculan shariat Islam. Pada kurun itu muga pengaruh dua kerajaan besar rom di bawah qaisar dan parsi di bawah kisra tersebar luas di negara-negara arab. Dua empayar ini menjadi kiblat negara-negara di bawah jajahan takluk mereka. Tahap kekejaman, penindasan dan kemewahan dalam kalangan para peminpin dua kerajaaan ini sudah menjadi maksimum dan mengancam kesejahteraan rakyat di bawa kekuasaan mereka.
Maka Allah swt mengutuskan nabi Muhamad saw untuk menghapuskan pengaruh dua empayar ini dan memulihkan pengajaran yang diasaskan oleh nabi Ibrahim as. Maka kita dapati dalam millah haniffiyah terdapat shaariat Musa as, shariat Isa as dan syariat Muhamad saw.
Sebelum millah hanifiyah terdapat millah sabiah yang meliputi shariat Hindu dan shariat Idris a.s.. . iaitu kira-kira 2,000  tahun sebelum millah Ibrahim atau 4000tahun sebelum masehi. Shariat muhammad saw menyempurnakan perkembangan agama Islam sejak zaman nabi Idris a.s.. Penyempurnaan inilah yang dimaksudkan dengan firman Tuhan yang bermaksud: “Pada hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agam kamu dan Aku telah cukupkan antara kamu nikmatKu dan Aku telah reda Islam itu sebagai agama untuk kamu”.[45]
Perhatikan persabdaan nabi saw yang berikut yang bermaksud: “Dari Hurairah ra, rasul Allah saw bersabda: sesungguhnya perbandinganku dan nabi-nabi sebelumku seperti orang yang membangun sebuah rumah. Dibuatnya dengan sangat baik dan amat bagus, tetapi satu tempat batu bata terluang di sudutnya. Orang ramai mengelilingi rumah itu dan hairan sambil berkata: Mengapa tidak dipasang batu bata ini? Baginda bersabda: Akulah batu-bata itu dan akulah penutup nabi-nabi”.[46]



Lampiran V
RUKUN ISLAM DALAM SHARIAT UTAMA
Rukun Islam dalam shariat Idris
1.       Beriman kepada Tuhan, Pencipta yang Esa terdapat dalam pengajaran Idris a.s.. Nama Tuhan dalam pengajaran Idris ialah Amun. Keimanan sedemikian ternyata dari peninggalan Idris a.s. yang digali dalam kumpulan kesan purba hingga sekarang, kerana antaranya ada menyebut: “Kami beriman dengan Tuhan yang Maha Tunggal lagi Maha Tersembunyi”. [1]
2.       Solat
Orang Mesir purba berkumpul pada hari sabtu yang mereka pusakai dalam kalangan mereka dengan amat meriah dan aman damai di rumah ibadat yang paling besar yang dibina atas nama nabi Idris a.s..[2] Petikan ini membayangkan ada ibadat solat beramai-ramai di rumah ibadat dalam pengajaran shariat Idris a.s.
3.       Sedekah dan zakat
Pengajaran dalam shariat Idris ada menyatakan: “Aku memberi roti kepada orang yang lapar dan air untuk yang dahaga. Aku memberi pakaian kepada yang bertelanjang”.[3] Petikan ini menunjukkan ada sedekah atau zakat dalam pengajaran shariat Idris.
4.       Puasa
Walaupun tiada catatan yang jelas yang menyatakan pengajaran shariat Idris a.s. mengandungi perintah berpuasa kepada umatnya, tetapi kita yakin ada ibadat puasa dalam shariat Idris a.s.. Keyakinan ini berdasarkan firman Tuhan yang bermaksud: “Diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang dahulu daripada  kamu supaya kamu bertakawa[4]”. Umat Idris a.s. termasuk dalam maksud “orang yang dahulu daripada kamu”. Maka mereka juga diwajibkan puasa. Natijah puasa itu terdapat dalam catatan pengakuan berikut: “Roh akan berkata: Aku tidak menganiayai sesiapa. Aku tidak berbuat jahat terhadap sesiapa. Aku tidak mengutamakan kejahatan dengan meninggalkan kebaikan. Aku roh suci, aku bersih, aku murni. Aku berharap aku menjadi golongan yang berjaya”. Semua pengakuan ini mencerminkan semangat takwa kesan daripada matlamat ibadat puasa, sebagaimana maksud firman Tuhan: “Semoga kamu bertakwa”.[5]
5.       Korban dan mengunjungi tempat suci
Walaupun tidak terdapat bukti yang jelas adanya ibadat korban dan megunjungi tempat suci dalam pengajaran shariat Idris a.s. dan prinsip-prinsip wahyu yang ditinggalkan oleh beliau menjadi samar dalam kegelapan pelbagai kisah lama dan dongeng, tetapi kami yakin bahawa ibadat korban dan ibadat megunjungi tempat suci juga terdapat dalam pegajaran idris as kerana Allah berfirman yang bermaksud: “bagi setiap umat, Kami telah adakan (ibadat) korban yang mereka kerjakannya.”[6] Kita yakin dalam pengajaran shariat Idris a.s. ada ibadat korban dan mengunjungi tempat suci berdasarkan nas Al Quran ini, kerana  “Setiap umat” itu juga merangkumi umat Idris a.s.. Setiap umat meliputi semua umat dahulu dan sekarang dalam semua shariat  yang besar - tidak dikhususkan kepada satu umat. Maka pada prinsipnya dalam pengajaran Idris ada ibadat korban dan mengunjungi tempat suci, walaupun mungkin cara perlaksanaan ibadat itu berbeza daripada perlaksanaan shariat Muhamad saw dan shariat-shariat lain.

Rukun Islam dalam shariat Hindu
1.       Mengakui kepada Tuhan yang esa
Dalam Ramayana, Seeta berkata kepada hanuman:
“devise your plans dan help him to come here and redeem me. I trust in you, Hanuman absolutely. May GOD  bless you”.
Terjemahannya:
“ fikirkanlah rancangan kamu dan tolong dia supaya datang ke sini dan selamatkan aku. Aku percaya kepada kamu,Hanuman, secara mutlak. Semoga Tuhan rahmatkan kamu”[7]
“He is One, Wonderful, Mighty and Strong by holy laws”.(R.VIII.1,27).
Terjemahannya:
“Dia yang satu, yang menakjubkan, berkuasa dan gagah dengan undang-undang suci”.[8]
“Tuhan adalah pencipta dan sumber kewujudan. Dia adalah Tuan semua benda yang wujud – Yang Maha Agung di alam semesta”.[9]
“He is the One Lord of all haly service. Here this One god, the lord of men, looks forth exceeding far and wide, and we , for the welfare observe His haly laws”.[10] (R.VIII.25.16).
Terjemahannya:
“Dialah satu Tuan bagi semua upacara sembahyang yang suci.
Di sini, Tuhan satu ini, Tuan bagi manusia, melihat keluar terlalu merata-rata, dan kami untuk kemakmuran kamu, mematuhi undang-undangNya yang suci”.(R.VIII.25.16)
Perhatikan petikan tersebut
The one absolute
Dalam petikan di atas “The One” (dalam bentuk yang bukan maskulin atau feminin – genus neuter). The One Absulute atau “Satu Yang Mutlak”ini telah dikatakan satu-satunya kewujudan sebelum alam benda dijadikan.[11]
Tuhan adalah sumber semua kekuatan rohani dan jasmani. padaNya manusia mempunyai sumber perlindungan.
“Come together, you all, with power and spirit to the Lord of heaven,
Who is the only One, the Guest of the people;
He the Ancient, desire to come to new;
To him all path-ways turn; really,He is One”.[12]
Terjemahan;
“Mari bersama, kamu semua dengan kuasa rohani kepada Tuan langit
Dia yang Satu sahaja, Tetamu semua manusia,
Dia yang terawal, kerinduan untuk datang kepada yang baru,
Kepada Dia semua jalan menuju; sesungguhnya, Dia adalah Satu”.
Manakala “semua” bermaksud semua dijemput untuk memuja tanpa pengecualian dan tanpa perbezaan, kuasa rohani atau kekuatan jiwa yang disemai secara khusus dalam shariat Hindu. “Satu”- merujuk kepada keesaan ketuhanan. “tetamu” merujuk kepada seseorang yang amat di alu-alukan. Tuhan adalah Tuhan untuk semua”.[13]
“God is One – but is contemplated in many ways”.[14]
Terjemahan;
“Tuhan itu satu – tetapi dipandang dengan banyak cara”
“The Upanishad affirm that Brahman was the sole source of all thirty-three gods of the earlier Vicdic. The gods, like all creatures, are equally subordinate to the one absolute (parameshvara). All this is prefigured in the words of the Rig Veda;” he who is the One existent, sages name variously”.[15]
Terjemahan;
“Upanishads menegaskan bahawa Brahman adalah sumber tunggal kesemua tiga puluh dewa pada zaman vida yang lebih awal. Dewa-dewa itu, seperti makhluk , adalah lebih rendah daripada segi pangkat atau kedudukan berbanding dengan Tuan satu yang mutlak (parameshvara). Semua ini dibayangkan lebih awal dalam kata-kata Rig veda; dia yang Satu sebenarnya (wujud), orang bijaksana menamakan dengan cara yang lebih berbeza menurut masa, tempat dan sebagainya”.
“similarly, when the sage says to indra: there is no ine like There Besides Thyself, O Thou immortal!”  he refers – not to one of many gods – but to God. This implies very clearly that the Vedic religion is not polytheistic. It contemplates One God”[16]
Terjemahan:
“demikian juga, apabila orang bijaksana berkata kepada Indra: “Tiada seorang pun seperti kamu daripada dewa-dewa. O! Kamu hidup selama-lamanya!”dia merujuk – bukan kepada satu daripada dewa-dewa – tetapi kepada Tuhan. Ini membayangkan dengan jelas bahawa agama  Vedic bukannya polythesis. Agama ini merenung dengan khusuk Satu Tuhan”.
Semua petikan diatas menunjukkan dlaam shariat Hindu terdapat kepercayaan kepada Tuhan yang mencipta alam ini, Tuan bagi manusia. Tuhan yang Maha Berkuasa dan mengadakan undang-undang yang suci untuk dipatuhi oleh manusia. Tuhan sebagai tempat mansuia berlindung. Tuhan sebagai sumber kekuatan rohani dan jasmani. Tuhan yang terawal dan dirindui oleh manusia dan semua jalan menuju kepada Tuhan yang Satu.
2.       Sembahyang dalam shariat Hindu
Sembahyang atau doa dalam syariat Hindu bukan meminta perlindungan, pertolongan, belas kasihan atau kasih sayang, tetapi berdoa untuk kepintaran atau untuk pegentahuan kebendaan dan rohani, bakat, kecekapan dan kualiti-kualiti yang seperti ini menjadi prinsip cahaya intelek.
Ada doa untuk kebijaksanaan. Contohnya:
“God! Give us wisdom as a father gives wisdom to his son.
Guide us, much-invoked, in this path.
May we live and have a light”[17]
(R.VII.32-26)

Terjemahannya:
“Tuhan! Berikan kami kebijaksanaan sebagaimana seorang bapa memberi kebijaksanaan kepada anak-anak lelakinya.
Pimpinlah kami dengan banyak doa di jalan ini.
Semoga kami hidup dan mempunyai cahaya”.
(R.VII.32-26)
Analoginya, “sebagaimana seorang bapa memberi kebijaksanaan kepada anak-anak lelakinya” menunjukkan bahawa isi rumah shariat Hindu, bapa adalah guru kepada anak-anaknya.
Sembahyang atau doa untuk kekuatan mental. Doa berikut dikenali sebagai gayart telah diulangi setiap hari oleh penganut shariat Hindu sejak 4000 tahun atau lebih, adalah untuk kekuatan mental yang tinggi yang membawa kepada pegentahuan.
“we contemplate that adorabel glory of the Deity, - which is in the earth, the sky, the heaven!
May He stimulate oru mental power”.[18]
(R.III.62-16)
Terjemahannya
“Kami merenungi puji-pujian yang menimbulkan kasih-sayang terhadap Dewa – yang berada di bumi, di langit dan disyurga!
Semoga Dia merangsang kekuatan mental kamu”.
(R.VII.32-26)
Doa gayatri ini dianggap doa yang paling mewakili dalam veda, kerana doa ini untuk manusia mencapai kekuasaan yang tertinggi menguasai kepintaran yang  lebih tinggi yang menghasilkan pengentahuan, kebendaan dan transendal (melebihi batas pengetahuan manusia, pengalaman atau akal, terutama sekali dengan cara mistik atau agama).
“the following morning, the tree got up and bathed in the cool water fragrant with flowers, lit the sacrificial fire, performed their worship and touched the feet of the sage”[19]
Terjemahannya:
“pada pagi berikutnya, mereka bertiga bangun dan mandi dalam air yang nyaman, wangi dengan bunga-bungaan, menyalakan api sacrificial, melaksanakan pemujaan mereka dan menyentuh kaki orang yang bijaksana”.
“One morning in early winter, the tree  went as usual to the Gadaavari for their bath and to offer their morning prayer...”[20]
Terjemahan:
“Satu pagi pada awal musim sejuk, mereka bertiga pergi seperti biasa ke Godaavari untuk mandi dan berdoa sembahyang pagi”
“the riatual is not essential to prayer. Peoople may pray in their minds at any time, anyhere.
The high and the low and the middling,
And men ho are going, and men who are returning – the pray to Indra
Men who dell at home, and men who are battle..
Men who, disiring strenth, pray to Indra”(R.IV.25.8)[21]
Terjemahan:
“ritual tidak penting untuk sembahyang. Orang ramai diharuskan sembahyang dalam minda mereka pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Yang tinggi dan yang rendah dan yang sederhana,
Dan orang yang pergi, dan yang pulang
Mereka berdoa kepada Indra
Orang yang tinggal dirumah dan orang yang sedang bertempur,
Semua orang yang memerlukan kekuatan berdoa kepada Indra”.(R.IV.25.8).
dalam seloka (25):
“The votaries of the lesser Power go to them; the devotees of spirits go to them; they who worship the Powers of Darkness, to such Powers shall they go; and so, too, those who worship Me shall come until me”.[22]
Terjemahan:
“Yang memuja Dewata pergi kepada dewata; kepada leluhur perginya yang memuja leluhur mereka; dan kepada roh-alam perginya yang memuja roh-alam, tetapi mereka yang memuja Aku kepada Ku”.
Dalam seloka ini Krisna menjelaskan bahawa ada tiga macam kekeliruan yang umum dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang Brahman (ini adalah karaktristik di seluruh dunia) iaitu, pertama pemujaan terhadap dewa-dewa,  kedua pemujaan kepada jin atau roh suci yang ada dalam alam.
Memang sebenarnya ketiga-tiga pemujaaan tersebut di atas tidaklah salah, sebab setiap pemujaan (apapun bentuk dan tujuannya) akan mendatangkan pahala, tetapi dipandang keliru, sebab tidak mencapai tujuan yang sesungguhnya dan yang tertinggi. Dengan perkataan lain, pemujaan yang terbatas (kepada dewa-dewa atau leluhur atau roh suci) menghasilakan anugerah terbatas pula. Maka Krisna menasihatkan: Pujalah Brahman. (Tuhan yang esa).[23]
Memuja dan menyembah dengan apa cara sekalipun. Kedua-duanya mengandungi doa dan harapan kepada Yang Maha Esa sama ada Tuhan atau Allah atau Brahman atau nama-nama lain yang sama maksud dengannya. Yang Maha Esa itulah yang terdapat dalam semua shairat.
Itulah sebabnya Al Quran melarang penganut shariat Muhamad mencaci cara ibadat penganut shariat lain kerana Allah menampakkan keelokan dalam ibadat mereka. Jika mereka di caci, nanti mereka akan mencaci Allah. Itulah maksud firman tuhan yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mencaci mereka yang menyeru  selain daripada Allah, nanti mereka akan mencaci Allah dengan melampau dengan tidak mempunyai pengetahuan. Demikianlah Kami hiaskan bagi setiap umat amalan mereka; kemudian kepada tuhan merekalah tempat kembali mereka; maka Ia akan terangkan kepada mereka apa-apa yang mereka kerjakan”.[24]
Secara umumnya, penganut sesuatu shariat tidak sepatutnya memandang serong atau buruk terhadap cara beribadat penganut shariat lain. Tegahan ini ditegaskan oleh tuhan dengan firmanNya seperti di atas.
Petikan-petikan di atas dudah cukup menunjukkan ada upacara sembahyang atau berdoa dalam pengajaran shariat Hindu.
3.       Puasa dalam shariat Hindu
Puasa memupuk semangat takwa pada manusia. Manakala takwa pula ialah membuat kebaikan dan berlaku adil, menolong kaum kerabat dan melarang dari perbuatan keji, perbuatan mungkar dan permusuhan. Tidak dapat dinafikan terdapat ibadat puasa dalam shariat Hindu, kerana penganut shariat Hindu juga termasuk dalam maksud “diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat yang dahulu”.[25] Maka umat Hindu yang dahulu juga diwajibkan berpuasa.
Sekarang adakah terdapat ketakwaan kesan dari puasa mereka yang menganut shariat Hindu kerana puasa tanpa mendatangkan ketakwaan adalah seperti tidak puasa walaupun berlapar dan dahaga?
Perhatikan petikan berikut:
“the people for Kosala were happy, contended and virtous. The land was protect by a mighty army, and no enemy could come anywhere near. If contained forts with moat around them as well as many defensive installations and true its name, Ayodhya defied all enemies. Dasaratha had eight wise ministers, ever ready to advise him and execute  his orders. Great sages like Vasishta and Vaamadeva and other Brahmanas taught the dharma and performed rituals and sacrifices. Taxes were light and punishment of crime was just and inflicted according to the capacity of the wrong -doer”.[26]
Terjemahan:
“Rakyat Kosala hidup bahagia, puas hati dengan apa yang ada dan berakhlak mulia. Negeri dijaga dengan selamat oleh tentera yang kuat dan tiada musuh yang dapat datang menghampiri...Ayodhya menentang dengan berani semua musuh.
Dasaratha mempunyai lapan orang menteri yang bijaksana, sentiasa menasihati beliau dan Vaamadeva dan Brahmanas lain mengajar dharma (tugas yang ditetapkan oleh agama atau adat) dan melaksanakan ritual-ritual dan korban. Cukai-cukai adalah ringan dan hukuman kerana jenayah adalah adil dan didenda mengikut keupaayaan orang yang membuat kesalahan”.
Petikan ini menggambarkan keadaan sebuah kerajaan yang adil dan makmur dan selamat di diami oleh rakyatnya. Negara dijaga dengan selamat dari pencerobohan asing dan rakyatnya dapat melaksanakan ritual-ritual dengan baik. Inilah ketakwaan kesan daripada puasa.
Perhatikan petikan berikut:
“Her atrocities are intolerable. To punish the wicked, whether mala or female is the duty of kings. It is right to kill her, as to kill wild animal for the sake of human safety. This is a duty cast on rullers. Many women have been punished with death for their crimes. Hence do not hesitate”.[27]
Terjemahan:
“Kekejaman yang tidak tertanggung. Menghukum orang jahat sama ada lelaki atau perempuan menjadi tugas raja-raja. Membunuhnya adalah benar-benar sebagaimana membunuh binatang buas untuk kepentingan keselamatan manusia. Ini adalah tanggungjawab yang diletakkan ke atas pemerintah. Banyak perempuan yang dihukum mati kerana jenayah mereka. Dari sekarang jangan teragak-agak”.
Secara mudah kita tidak perlu mencari nas dalam kitab-kitab shariat Hindu untuk menunjukkan puasa terdapat dalam shariat Hindu. Memadai dengan petikan berikut tentang seorang tokoh agung perjuangan kemerdekaaan India penganut shariat Hindu. Beliau ialah Ghandi:
“kerap kali beliau (Ghandi) berpuasa dalam keadaan nyawanya terdedah kepada kebinasaan ketika jahilan itu menjadi musuh, bermaharajalela dalam kalangan umat Islam dan saudara mereka orang Hindu yang dinisbahkan kepada pengajaran Nabi Ibrahim. Dari itu beliau (Ghandi) berkata: “Sebahagian orang boleh bergembira melihat perbalahan di antara Hindu dan Muslim, manakala sebahagian lain pula melihatnya dengan perasaan kecewa dan dukacita”. Ada pun kami (Ghandi) sendiri mengakui kerap kali tunduk kepada bisikan syaitan. “Puasa aku semata-mata tidak dapat menutup dosa. Penutup dosa yang sebenar hanya orang Muslim tidak menyimpan perasaan buruk terhadap saudaranya beragama Hindu dan orang Hindu pula tidak menyembunyikan niat jahat terhadap saudaranya beragama Islam”.
“Saya tidak mahu meminta kepada seseorang sama ada beragama Hindu atau Islam meninggalkan satu huruf dari agamanya, malah wajib ke atasnya mengetahui dengan yakin bahasa (satu huruf) itu adalah pengajaran agama. Perkara yang benar-benar menyedihkan saya ialah ada orang sanggup menghina agama orang lain atau melepaskan kata-kata liar, kata-kata dusta atau sengaja membangkitkan perbalahan dan akhirnya membunuh yang tidak berdosa dan menceroboh kehormatan rumah-rumah ibadat dan masjid. Inilah kekafiran yang sebenar. Inilah sebenarnya menafikan kewujudan Allah”.[28]
“Ghandi is still observing his twenty-four hours fast every Monday to indicate to all that self is unattained”.[29]
Terjemahannya:
“Ghandi masih meneruskan puasanya selama dua puluh empat jam setiap hari isnin bagi menunjukkan kepada semua yang berkaitan bahawa pemerintahan masih belum dicapai”.
4.       Zakat atau sedekah dalam shariat Hindu
Dalam shariat Hindu terdapat pengajaran supaya penganutnya tidak kedekut atau bersifat murah hati. Petikan berikut menggambarkan sifat tersebut:
“the unwise man obtains foodgrain to little purpose;
I tell you the truth – it is as good as his death
He feeds neither a friend nor a comrade.
And one who eats all by himself sins all by himself”’
(R.XX.117.6)
The last literally means “the lonely eater is the lonely sinner”.
Life must be live on altruistic principle.
“those evil people partake of sin who only cook for themselves”[30]
Terjemahan:
Orang bodoh memperolehi makanan untuk tujuan kecil;
Aku beritahu kamu perkara sebenar – ia sebanding dengan kematiannya.
Dia tidak memberi makan sama ada seorang kawan atau seorang teman.
Dia seorang yang memakan semua secara sendiri berdosa semua dengan dirinya sendiri”.
Baris terakhir bermaksud: orang yang makan seorang diri adalah orang yang berdosa seorang diri. Hidup mesti diteruskan berdasarkan prinsip mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum kebajikan dan kebahagian diri sendiri.
Orang jahat makan atau minum sebahagian dari dosa mereka yang memasak hanya untuk diri mereka sahaja”.
Maka jika tidak mahu berdosa, seorang hendaklah berkongsi makanan dan keperluan harian yang lain. Perkongsian ini melibatkan pengorbanan harta untuk orang lain dalam masyarakat berdasarkan prinsip mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum kebajikan dan kebahagiaan diri sendiri. Inilah prinsip zakat atau sedekah dalam shariat Hindu yang mengutamakan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum kebajikan dan kebahagiaan diri sendiri.
5.       Upacara korban dan megunjungi tempat suci
Setiap umat ada ibadat korban. Dalam shariat Hindu juga ada ibadat korban. Korban yang teringgi dalam shariat Hindu ialah korban nyawa kerana Tuhan, kerana tujuan yang mulia dan kerana manusia.
“He chose death, for the sake of God,
And for men’s sake, he chose not immortality.
They make a sacrifice of Brihaspati, the sage.
Yama gave up his own dear body” (R.X.12.8; A)[31]
Terjemahan:
“Dia memilih kematian kerana Tuhan-Tuhan,
Dan kerana manusia, dia tidak memilih keadaan yang kekal abadi.
Mereka mengadakan satu pengorbanan dari Brihaspati, seorang ber‘tapa’.
Yang menyerahkan badannya yang disayangi”. (R.X.12.8; A)
Berkorban jiwa raga kerana Tuhan dalam shariat Hindu ini selaras dengan mengorbankan jiwa dalam shariat Muhamad seperti yang dicontohkan oleh nabi Ibrahim, anak dikorbankan kerana mematuhi perintah Tuhan.
Perhatikan maksud yang tersirat dalam petikan berikut:
“You are like the goat tied to the alter-post for sacrifice, doomed to death”.[32]
Terjemahan:
“Kamu seperti kambing terikat pada tiang meja untuk dikorbankan, ditakdirkan kematian”.
Ibadat korban juga terdapat dalam pengajaran shariat Hindu.
Penganut shariat Hindu berduyung-duyng mandi dalam air sungai suci di Allahabd di mana muara dua sungai, sungai Ganges, dan sungai Yamuna, bertemu, untuk melaksanakan upacara Ard Kumbh Mela satu daripada perhimpunan agung manusia dimukabumi ini. Dalam upacara ini terdapat enam hari mandi untuk mendapat harapan baik yang menandakan Makar Sankranti iaitu peralihan matahari ke dalam kawasan garisan jadi. Para pengunjung mandi dalam air sungai itu dengan harapan memutuskan pusingan dalam kepercayaan kelahiran semula dalam badan baru selepas mati. Penganut pelbagai mazhab Hindu berkemah di situ dan membersihkan diri mereka dalam air sungai di mana dipercayai setitik madu kekal abadi telah terjatuh. Upacara ini untuk memperingati satu peperangan yang wujud dalam mitos di antara dewa-dewa dan syaitan yang berebut se-jag madu ‘kekal abadi’. Para penganut merayau dari kemah ke kemah yang diterangi sepanjang malam dan di sediakan tempat duduk yang khusus untuk orang suci menyampaikan khutbah.[33]
Inilah gambaran ringkas pelaksanaan ibadat haji dalam shariat Hindu.
Rukun Islam dalam shariat Musa as (Yahudi)
1         Kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dalam shariat Musa as.(Yahudi)
Dalam shariat Musa as terdapat pengajaran tentang beriman kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi. Kepercayaan ini dinyatakan dalam perjanjian Lama seperti berikut:
“Akulah Allah Yang Maha Kuasa”[34]
“Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi”[35]
“selanjutnya Allah berfirman kepada Musa ,”beginilah kau katakan kepada orang Israel: TUHAN Allah nenek moyang mu, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub”.[36]
“Akulah TUHAN Allahmu”[37]
“Jangan ada pada mu Allah lain dihadapanKu”[38]
“Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada dibumi di bawah, atau yang ada di dalam air dibawah bumi, jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadat kepadanya atau beribadat kepadanya, sebab AKU, TUHAN Allahmu.”[39]
2         Sembahyang dalam shariat Musa as.
Sembahyang juga terdapat dalam pengajaran shariat Musa as. Orang Yahudi berkumpul di rumah ibadat untuk beribadat pada hari sabat (sabtu). Kami dapati sembahyang telah diamalkan sejak zaman Nabi Ibrahim as lagi.
“Kata Abraham kepada kedua bujangnya itu: Tinggalkan kamu di sini dengan keldai ini; aku beserta anak ini akan pergi ke sana; kami akan sembahyang, sesudah itu kami kembali kepada mu”.[40]
Kalimah “Kami akan sembahyang: menggambarkan bahawa ada ibadat sembahyang dalam shariat Musa as yang berasaskan pengajaran Ibrahim as.
“Jangan sembah tuhan-tuhan lain, sembahlah Aku sahaja”.[41]
“Hormatilah, Allah kamu dan sembahlah Dia sahaja dan buatlah janji kamu demi namaNya sahaja”.[42]
Semua petikan ini diambil dari teks Perjanjian Lama, kitab shariat Musa as yang menggambarkan adanya ibadat sembahyang dalam shariat tersebut.
3         Puasa dalam shariat Musa as (Yahudi).
“Berfirmanlah TUHAN kepada Musa as: “Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Ku adakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel”. Dan Musa berada di sana bersama-sama dengan TUHAN empat puluh hari empat puluh malam, tidak makan roti dan tidak minum air dan dan ia menuliskan pada loh itu sebagai perkataan perjanjian; yakni Kesepuluh Firman Tuhan.[43]
Kalimah “tidak makan roti dan tidak minum air” menunjukkan Musa berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam sebagai persediaan melayakkan dirinya untuk menerima Taurat yang mengandungi sepuluh firman Tuhan.
Dalam satu petikan lain seperti berikut:
“Tuhan kepada mereka: “Ketika kamu berpuasa, kamu mementingkan hal sendiri dan menindas pekerja-pekerja kamu. Puasa kamu menyebabkan kamu ganas, kamu bergaduh dan bertengkar. Jangan sangka puasa seperti itu akan menggerakkan hatiKu untuk mendengar doa-doa kamu. Apabila puasa kamu menyeksa diri, kamu menundukkan kepala seperti daun rumput yang runduk. Kamu berbaring di atas kain guni dan abu. Itukah yang kamu sebut puasa? Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan perbuatan kamu itu?[44]
“Inilah puasa yang Aku kehendaki: Tanggalkanlah penindasan dan beban ketidakadilan, serta bebaskan orang yang tertindas. Bahagilah makanan kamu dengan orang yang lapar dan sambutlah orang miskin yang tiada tempat berteduh ke dalam rumah kamu. Berikanlah pakaian kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian dan jangan tolak sanak saudara kamu sendiri yang memerlukan pertolongan. Maka cahaya kamu akan bersinar seperti fajar merekah dan luka-luka kamu akan segera sembuh”.[45]
Puasa dalam shariat Musa difardukan untuk menghapuskan perasaan buruk, menghapuskan kezaliman dan penindasan menolong kerabat yang hampir supaya muncul nilai-nilai baik dan murni dan menegakkan keadilan dalam kalangan manusia. Ringkasnya, puasa tu mendatangkan ketakwaan kepada mereka yang berpuasa. Itulah yang dimaksudkan dengan “maka cahaya kamu akan bersinar seperti fajar mereka dan luka-luka kamu akan segera sembuh”.
4         Zakat dan sedekah dalam shariat Musa as (Yahudi)
Zakat juga terdapat dalam pengajaran shariat Musa as. Perjanjian lama ada menyebut:
“Enam tahun lamanya engkau menabur di tanahmu dan mengumpulkan hasilnya, tetapi pada tahun ketujuh haruslah engkau membiarkannya dan meninggalkannya begitu sahaja supaya orang miskin di antara bangsamu dapat makan,  dan apa yang ditinggalkan mereka haruslah dibiarkan dimakan binatang hutan”.[46]
“Pada akhir tiga tahun engkau harus mengeluarkan segala persembahan persepuluhan dari hasil tanahmu dalam tahun itu dan menaruhnya didalam kotamu; maka orang Lewi,kerana tidak mendapat bahagian milik pusaka bersama-sama engkau, dan orang asing, anak yatim dan janda yang di dalam tempatmu, akan datang makan dan menjadi kenyang, supaya TUHAN, Allahmu memberkati engkau di dalam segala usaha yang dikerjakan tanganmu”.[47]
“Apabila engkau menuai di ladangmu,lalu terlupa seberkas di ladang, maka janganlah engkau kembali untuk mengambilnya; itulah bahagian orang asing, anak yatim dan janda – supaya TUHAN ,Allahmu memberkati engkau dalam segala perkerjaanmu”.[48]
“Apabila dalam tahun ketiga, tahun persembahan persepuluhan, engkau sudah selesai mengambil segala persembahan persepuluhan dari hasil tanahmu, maka haruslah engkau memberikannya kepada orang Lewi, orang asing, anak yatim dan kepada janda, supaya mereka dapat makan di dalam tempatmu dan menjadi kenyang.[49]
Empat petikan diatas menunjukkan terdapat zakat dan sedekah dalam pengajaran shariat Musa as. Sedekah itu untuk anak yatim, orang miskin dan janda. Kedua, sedekah juga mendatangkan keberkatan dalam segala hal pekerjaan mereka.
5         Korban dalam shariat Musa as (Yahudi).
Ibadat korban yang pertama dalam shariat Millah Hanifi dilakukan oleh nabi Ibrahim as . peristiwa korban itu tersebut dalam perjanjian lama seperti berikut:
Ia berfirman kepadanya: “Abraham,” lalu sahutnya: “Ya Tuhan”. FirmanNya: “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah kepada dia disana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu”.[50]
“Sesudah itu Abraham mengulurkan tangannya, lalu mengambil pisau untuk menyembelih anaknya.[51] Tetapi berserulah malaikat TUHAN dari langit kepadanya; “Abraham, Abraham” sahutnya “Ya, Tuhan” lalu ia berfirman: “Jangan bunuh anak itu dan jangan kau apa-apakan dia, sebab telah Kuketahui sekarang, bahawa engkau takut    akan Allah, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepadaKu” “Lalu Abraham menoleh dan melihat seekor domba jantan di belakangnya, yang tanduknya tersangkut dalam belukar. Abraham mengambil domba itu lalu mengorbankannya sebagai korban pengganti anaknya.[52]
Dalam shariat Musa as terdapat beberapa jenis korban. Antara haiwan yang dikorbankan dalam upacara korban itu ialah binatang ternakan seperti lembu sapi atau kambing domba. Jenis-jenis korban dalam shariat Musa as ialah korban bakaran,[53]
Korban sajian,[54]korban keselamatan[55],korban penghapus dosa[56],korban penebus salah[57]. Korban-korban ini merupakan persembahan kepada Allah untuk memuliakanNya.
Rukun Islam dalam shariat Isa as (Kristian).
1         Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Esa
Para pemimpin masyarakat Kristian awal bebas menggunakan kebijaksanaan mereka dan merujuk mana-mana kitab injil yang mereka fikir mengandungi pengajaran yang terbaik oleh Isa as.
Dengan perkembangan , penggubalan dan penerimaan secara rasmi doktrin Triniti pada tahun 32M, maka kebebasan berpendapat tanpa batasan ini tidak lagi diterima oleh pihak Gereja Paul. Empat kitab injil telah dipilih, manakala semua kitab injil yang lain ditulis selepas kelahiran Isa as diharamkan. Walau bagaimanapun pemimpin Gereja Paul tidak puas hati sepenuhnya dengan doktrin “mistri” mereka yang mulai berkembang; dan mereka mengiktirafkan kesahihan beberapa buku yang diharamkan ingin mengekalkan beberapa buku tersebut, walaupun mereka bercanggah secara langsung dengan doktrin baru pihak Gereja. Buku-buku itu dikenali sebagai Apocryha yang bererti tersembunyi daripada orang ramai. Buku ini kemudiannya dibuang dari Bible dan hanya sedikit orang yang memiliki salinan buku-buku itu yang dimusnahkan secara terbuka bersama-sama dengan mereka yang memiliki buku-buku tersebut. Demikianlah nasib Bible Barnabas dan buku The Shepherd karangan Harmas. Buku ini tidak dimasukkan kedalam perjanjian baru; dan disebabkan buku ini mewujudkan kesamaran dalam pemikiran orang ramai yang diminta mempercayai doktrin Triniti, maka ada usaha-usaha memusnahkan buku itu sepenuhnya.
Usha-usha terbukti gagal. Terdapat catatan-catatan yang dibuat mengenai buku-buku itu; tetapi tiada simpanan di Barat yang berpeluang membacanya sejak lama dahulu. Kemudian, tiba-tiba pada tahun 1922 , sebuah manuskrip papirus teks itu pada kurun ke-tiga telah dijumpai.
Di dapati dalam bahasaGreek yang digunakan oleh Harmas adalah dalam loghat yang mudah. Bahasa itu boleh difahami oleh orang biasa dan ternyata buku itu ditulis untuk semua orang dan bukan untuk golongan intelektual yang elit. Gayanya jelas dan terus terang dan tidak formal dan dia memiliki suatu keaslian ungkapan yang menjadikan buku itu senang dibaca.
Harmas memulakan dengan menerangkan empat visi yang telah di alami, visi terakhirnya yang beliau panggil wahyu, kerana pada peristiwa itu satu malaikat berpakaian seperti seorang gembala kambing datang menemui beliau. Malaikat memberitahu Harmas bahawa dia diutus oleh “malaikat yang paling dihormati”(iaitu malaikat Jibril), supaya tinggal bersama-sama Harmas hingga akhir hanyatnya.
Kemudian malaikat itu mengarahkan Hermas menulis semua “suruhan dan cerita ibarat”. Oleh sebab suruhan dan cerita ibarat ini direncanakan kepadanya oleh malaikat yang hanya mengisahkan apa yang dia diberitahu supaya berkata oleh “malaikat yang paling dihormat”, maka catatan itu diterima sebagai sebuah buku yang diwahyukan oleh penganut Kristian yang awal.
Arahan yang diberitahu supaya ditulis adalah seperti berikut:
“Percayalah bahawa Tuhan itu satu, dan bahawa dia mencipta semua benda dan menguruskan mereka, dan keluar dari apa yang tidak wujud, mencipta semua benda ada, dan Dia mengawal semua perkara tetapi Dia Seorang sahaja diri tidak dikawal.  Oleh itu percayalah kepadaNya dan takutlah kepadaNya, dan takut akan Dia, hendaklah mengawal diri. Jagalah arahan ini dan kamu akan membuang semua kekejaman daripada diri kamu, dan memakai setiap ketegakan yang mulia dan kamu akan hidup kepada Tuhan jika kamu menjaga hukum ini.”[58]
Mengikut Aristides, salah seorang dari orang yang terawal mempertahankan sesuatu pengajaran dengan hujah-hujah yang lojik; pemujaan oleh penganut Kristian yang awal adalah monotistik yang lebih tulen walaupun berbanding dengan orang Yahudi.[59]
Dalam al kitab ada menyebut:
“Tetapi Yesus berkata kepadanya: “Ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti”.[60]
Semua petikan diatas menerangkan bahawa pengajaran shariat Isa as yang sebenar mengandungi kepercayaan kepada Tuhan yang Esa.
2         Sembahyang dalam shariat Isa as (Kristian)
Para penganut Kristian membina gereja-gereja untuk mereka sembahyang pada hari minggu (hari ahad).
“maka berkatalah Yesus kepadanya: “Enyahlah iblis! Sebab tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia engkau berbakti!”.
Orang farisi itu berkata pula kepada Yesus: “Murid-murid Yohanes sering berpuasa dan sembahyang; demikian juga murid-murid orang Farisi”.[61]
Kalimah “Engkau harus menyembah Tuhan” bererti engkau harus sembahyang kerana Tuhan sahaja. Dalam shariat Isa as ada ajaran mengenai sembahyang.
“The most fundamental act of Jesus was that of worship of the Creator, the whole purpose for which man was created. Yet it is evident no
Christian today in the synagogue. He prayed at lf his prayer is no longer extant, but it is known that it was based on the prayer which Moses was given.”[62]
“Perbuatan Isa yang paling asas ialah beribadat kepada Pencipta, tujuan keseluruhan manusia dicipta. Tetapi terbukti bahawa tiada penganut Kristian hari ini melakukan perbuatan-perbuatan beribadat yang dilakukan oleh Isa. Isa biasanya sembahyang dalam gereja Yahudi. Dia sembahyang pada waktu-waktu yang ditetapkan setiap hari, pada waktu pagi, pada waktu tengahari, dan pada waktu petang. Bentuk sembahyangnya yang sebenar tidak wujud lagi,  tetapi diketahui bahawa sembahyang itu berdasarkan sembahyang yang diberikan kepada Musa”.
3         Puasa dalam shariat Isa as (Kristian).
Perhatikan petikan berikut:
“Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik, supaya orang melihat bahawa kamu sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: “Sesungguhnya mereka mendapat upahnya, tetapi engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahawa engkau sedang berpuasa”.[63]
“Orang Farisi itu berkata pula kepada Yesus: “Murid-murid Yohanes sereing berpuasa dan sembahyang; demikian juga murid-murid Farisi, tetapi murid-muridmu makan dan minum. Jawab Yesus kepada mereka: “Dapatkah sahabat mempelai laki-laki disuruh berpuasa sedangkan mempelai itu bersama mereka?  Tetapi akan datang waktunya,  apabila mempelai itu diambil dari mereka, pada waktu mereka akan berpuasa”.[64]
“Jesus fasted, but again it is not know, whre and when he fasted. His science of fasting has been lost. The records of jesus’ massage as revealed to him by God are incomplete and inaccurate.”[65]
Terjemahannya: Isa puasa, tetapi tidak diketahui bagaimana, di mana dan bila dia berpuasa. Pengetahuan mengenai puasanya telah hilang. Catatan-catatan mengenai amanat Isa seperti yang diwahyukan kepadanya oleh Tuhan adalah tidak sempurna dan kurang tepat. Secara ringkasnya, dalam shariat Isa as juga terdapat pengajaran berkenaan puasa.
4         Sedekah dalam shariat Isa as (Kristian).
Dua petikan berikut menunjukkan ada sedekah dalam pengajaran shariat Isa as.
“Jadi apabila engkau memberi sedekah, janganlah engkau mencanangkan hal itu”.[66]
“tetapi jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu. Hendaklah sedekahmu itu diberi dengan tersembunyi.”[67]
Shariat Isa menggalakkan pemberian sedekah tanpa memberitahu kepada orang ramai.
5         Korban dalam shariat Isa as (Kristian).
Penganut Kristian dianjur untuk berkorban seperti dalam petikan berikut:
“kerana itu, saudara-saudara, demikian kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan hidup yang kudus dan berkenaan kepada itu adalah ibadahmu yang sejati”.[68]
“sebab itu marilah kita. Oleh Dia sentiasa mempersembahkan korban syukur kepada Allah, yaitu ucapan yang memuliakan namaNya. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan memberi bantuan, sebab korban-korban yang demikianlah yang berkenaan kepada Allah”.[69]
Kesimpulannya, dalam shariat Isa as juga terdapat ibadat korban.
Rukun Islam dalam shariat muhammad saw
1         Percaya kepada tuhan yang esa.
Rukun pertama ini terdapat dalam kalimat “tiada tuhan melainkan Allah”. Inilah pengakuan setiap penganut shariat muhammad saw. Tuhan yang esa, yang maha kuasa ini diterangkan dalam Al Quran dan antaranya seperti berikut:
“Katakanlah , “Dialah Allah Yang Tunggal; Allahmu tempat sekelian bergantung, tidak Dia beranak, dan Dia tidak pula diperanakkan; dan tidak ada sesiapa pun sebaya denganNya.”[70]
Keagungan tuhan ini diterangkan lagi dengan firmanNya yang bermaksud: “Allah itu, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang berdiri dengan sendiriNya, Dia tidak dihampiri oleh mengantuk dan tidak tidur. kepunyaanNyalah apa yang ada dilangit dan bumi. Bukankah tidak ada siapa-siapa yang boleh meminta shafaat dihadapanNya melainkan degan izinNya? Ia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang dibelakang mereka, sedang mereka tidak meliputi (sedikitpun) daripada ilmuNya. pegentahuanNya meliputi langit-langit dan bumi; dan memelihara dua itu tidak menjadi berat bagiNya, dan Dialah Yang Maha Besar”.[71]
2         Sembahyang dalam shariat muhammad saw.
Sembahyang adalah satu syiar Allah yang mesti diagungkan. Seorang yang sedang sembahyang sebenarnya dia sedang meluahkan perasaan kepada Tuhannya, dan Tuhannya berada di antaranya dan kiblat. Tiga perkara  asas dalam sembahyang ialah hati tunduk kepada Allah, lidah menyebut tuhan dan dia mengagungkan Tuhan dengan jasad, dengan cara yang paling agung. Semua umat dalam shariat sekata dia tas tiga perkara ini, walaupun mereka berbeza dalam perkara lain. Tiga perkara ini tidak diberi kelonggaran oleh nabi saw.
Penganut shariat Muhamad saw diwajibkan sembahyang dalam lima tempoh masa yang ditetapkan sehari semalam. Gesaan ini ditegaskan dengan firman tuhan yang bermaksud:
“Dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang dan pada sebahagian dari malam”.[72]
“dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Ku”.[73]
Seterusnya tuhan berfirman yang bermaksud: “dirikanlah sembahyang”.[74]
Allah perintahkan supaya mendirikan sembahyang untuk mengingati tuhan. Satu tujuan utama sembahyang dalam semua shariat ialah untuk mengingati tuhan.
3         Puasa dalam shariat Muhamad saw.
Pada manusia ada dua sifat, iaitu sifat haiwan dan sifat malaikat, sifat haiwan yang kuat menghalang kelahiran sifat malaikat pada manusia. Maka sifat haiwan pada manusia perlu dikawal. Perbuatan yang menyebabkan sifat haiwan bertambah kuat pada manusia ialah makan dan minum secara mewah dan bergelumang dengan kegiatan seks.
Kekuatan sifat haiwan boleh dikurangkan dengan mengurangkan makan dan minum dan mengurangkan kegiatan seks. Maka semua manusia telah sekata bahawa cara untuk melahirkan sifat malaikat ialah dengan mengurangkan makan, minum dan mengurangkan kegiatan seks; walaupun cara mereka mengurangkan tiga perkara tersebut berbeza.
Tujuan puasa supaya sifat haiwan menerap dan patuh kepada sifat malakat. Sifat haiwan mengikuti dorongan sifat malaikat. Keadan ini terjadi, apabila setiap kehendak sifat malaikat disampaikan kepada sifat haiwan yang mematuhinya berulang kali sehingga menjadi kebiasaan. Semua ini menyusahkan sifat haiwan dan sebaliknya melapangkan sifat malaikat pada diri seseorang yang berpuasa. Suasana ini memaksa jiwa manusia menyerupai para malaikat dan menjenguk ke alam jabarut. Kedua-dua sifat ini meninggalkan perbuatan yang digemari dan dirindui semasa sifat haiwan kuat. Inilah puasa.
Dalam shariat Muhamad saw puasa berdasarkan firman tuhan yang bermaksud:
“wahai orang yang beriman! Diwajibkan puasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa”.[75]
4         Zakat dan sedekah dalam shariat Muhamad saw.
Pada dasarnya ada dua kebaikan zakat. Pertama, kebaikan yang merujuk kepada pembersihan jiwa dari kebakhilan. Kedua, kebaikan untuk negara. Sifat bakhil adalah buruk dan membahayakan seseorang selepas mati. Kebakhilan juga menyebabkan hati manusia bergantung kepada harta. Dua keburukan ini menyebabkan seorang itu diazab setalah dia mati.
Sentiasa memberi zakat adalah baik untuk menghapuskan kebakhilan. Manakala sikap murah hati dan patuh kepad Allah adalah berguna kepada seorang apabila dia mati. Sikap murah hati membebaskan seseorang dari pelbagai bentuk kehinaan dunia. Murah hati adalah sikap malaikat yang menguasai sifat haiwan pada manusia di mana sifat haiwan patuh kepada sifat malaikat.
Antara tindakan yang menyedarkan sifat malaikat ialah dengan mengorbankan harta, memaafkan orang yang zalim, bersabar menanggung kesusahan dengan cara memandang rendah kesusahan di dunia kerana yakin kepada akhirat.
Nabi saw menggalakkan perkara-perkara di atas dengan memberi penekanan yang khusus kepada pengorbanan harta mengikut cara yang betul. Dalam Al Quran sering dinyatakan zakat dan sembahyang bersama-sama iman. Inilah maksud firman : Orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat”.[76]
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkan zakat dan tunduklah bersama-sama orang yang tunduk”.[77]
Roh zakat merujuk dua kebaikan. Pertama, kebaikan yang merujuk kepada galakan berbelanja supaya lebih gemar berbelanja. Kedua, galakan berbelanja supaya bersikap murah hati. Dua kebaikan ini merujuk kepada pembersihan jiwa. Tidak perlu berbelanja adalah sama dengan tidak berbelanja, kerana kedua-duanya merujuk kepada sifat bakhil yang membahayakan seseorang yang tidak berbelanja. Maka orang ramai diberi peringatan supaya mengeluarkan zakat dengan sikap murah hati kepada pemungut zakat.
Mengenai sedekah, dikatakan orang kaya adalah berkat yang besar pada hartanya. Manakala sedekah orang miskin menghilangkan kebakhilannya lebih banyak. Sedekah yang tebaik ialah barang yang lebih dari keperluan dan dimulakan sedekah kepada mereka yang wajib nafkah. Seseorang yang menunaikan kewajipan bersedekah tanpa halangan menunjukkan dia seorang yang bersikap murah hati dan dia berpuas hati menyempurnakan sedekah itu. Inilah ciri-ciri seseorang yang bersedekah.
5         Korban dan mengunjungi tempat suci dalam shariat Muhamad saw
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bagi setiap umat Kami telah adakan (ibadat) korban supaya mereka menyebut nama Allah di atas pemberianNya kepada mereka dari binatang ternak. Maka tuhan kamu itu tuhan yang Tunggal”.[78]
 “Bagi setiap umat Kami telah adakan (Ibadat) korban  yang mereka kerjakannya”.[79]
Dalam shariat Muhamad saw ibadat korban dikembarkan dengan ibadat haji iaitu mengunjungi Rumah Allah atau Kaabah sebagai kiblat untuk semua manusia. Al Quran menyebut bahawa Kaabah adalah rumah ibadat yang pertama dibangunkan untuk manusia. Penyataan ini ditegaskan dengan firman tuhan yang bermaksud:
“Sesungguhnya pertama rumah yang didirikan untuk manusia ialah di Bakkah (Mekah) sebagai rumah yang berkat dan petunjuk bagi manusia”.[80]
“Dan ingatlah tatkala Kami jadikan Rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia”.[81]
Ayat  ini menunjukkan bahawa Ibrahim as membangunkan Kaabah untuk semua manusia yang menganut pelbagai shariat dengan tujuan menyatukan mereka di bawah agama tauhid. Kaabah dan Mekah dijadikan tempat tumpuan penganut semua shariat. Ini ditegaskan dengan kalimat “untuk manusia” yang bermaksud bukan dikhususkan untuk penganut dalam millah Hanifi dan millah sabiin, kerana mereka juga manusia secara umum. Itulah matlamat asal, walaupun kini kita dapati penganut setiap shariat tertumpu ke tempat suci mereka masing-masing.
Ibadat korban dalam shariat Muhammad saw diwarisi daripada ibadat  korban yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim as. Al Quran menyebut peristiwa korban oleh Nabi Ibrahim as berdasarkan mimpi Ibrahim as menyembelih anaknya Ismail seperti berikut. Allah berfirman yang bermaksud:
“setelah sampai umurnya untuk berusha, Ibrahim berkata (kepadanya). Wahai anaku! Aku melihat dalam mimpi bahawa engkau akan aku sembelih. Sebab itu perhatikanlah bagaimana pendapat engkau. Dia menjawab: wahai bapaku! Berbuatlah apa yang diperintahkan kepada engkau, nanti engkau akan mendapati aku, jika tuhan menghendaki (insyaAllah) termasuk orang yang berbesar hati benar”.
“Setelah kedua-duanya mematuhi (perintah Allah) dan dibaringkannya di atas keningnya, dia kami panggil : wahai Ibrahim! Sesungguhnya telah engkau laksanakan mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan dia Kami tebuskan dengan satu penyembelihan yang besar”.[82]
 Ibadat korban ini diwarisi oleh penganut shariat Musa as dan penganut shariat Isa as. Walaupun cara pelaksanaan korban itu berbeza dalam shariat tersebut, tetapi mereka masih melaksanakan ibadat korban yang sama seperti yang dikehendaki oleh tuhan mengikut keadaan dan keperluan zaman mereka. Itulah maksud firman tuhan: “Bagi setiap umat, Kami telah adakan (Ibadat) korban yang mereka kerjakannya”.[83]



RUKUN IMAM DALAM SHARIAT-SHARIAT UTAMA
Rukun Iman Dalam Shariat Hindu
1         Kepercayaan Kepada Tuhan.
Mahathma Ghandi pernah berkata:
“There is an indefunable, mysterious power that pervades everything. I feel it though I do not see it. It is unseen power which makes itself felt and yet defies all proof because it is so unlike all that I perceive through my senses. It is proved not by extraeous evidence but ini the transformed conduct and character of those who have felt the real prensence of god within. Such tertimony is to be found ini the experiences of an unbroken line of prophets and sages in all countries and climes. To reject this evidence is to deny oneself’ it can never be a matter for argument. If you have me convince others by argument, I am floored. But I can tell you this – I am surer of His existence that of the fact  that you and I are sitting ini this room. I can also terstify that I may live without air and water, but not witout Him. You may pluck my eyes, but that will not kill me. You may chop off my nose, but will not kill me. But blast my belief ini god an I am dead”.
We have to clim the mountain by different paths from the points where we happen to be, but that which we seek is the same. “The Allah of Islam is the same as the God of the Christians and the Isvara of the Hindus. Even as there are nurmerous names of God in Hinduisme, there many name of God in Islam, the names do not indivate individuality but attributes, and little man have tried in his humble way to describe mighty God by giving Him attributes, though he is above all attributes, Indescribable, Immeasurable. Living faith in this God means equal respect for all relegions. It would be the heigh of intolerance – and intelorance is the species of violence – to believe that your religion is superior to other religions and that you would justified in wanting others to change over to your faith”.[1]
Terjemahan:
“Terdapat satu kuasa yang tidak dapat ditakrifkan, penuh misteri yang meliputi semua perkara. Aku merasainya walaupun aku tidak melihatnya, kuasa yang tidak dapat dilihat inilah yang menjadikan dirasai dan mencabar semua bukti kerana ia begitu tidak sama dengan semua yang aku perhatikan melalui pacainderaku. Ia terbukti bukan dengan bukti luran, tetapi dalam bentuk tingkahlaku dan watak yang telah seluruhnya bertukar bentuk atau watak mereka yang telah merasa kehadiran sebenar Tuhan dari dalam. Kenyataan seperti itu terdapat dalam pengalaman para nabi dan orang yang sangat bijaksana yang bersambungan dalam semua negara dan iklim. Menolak bukti ini bererti menafikan diri sendiri. Ia tidak sekali-kali menjadi perkara untuk perbincangan. Jika anda aku meyakinkan orang lain, maka aku akan dikalahkan, tetapi aku boleh memberitahu anda ini – bahawa aku lebih yakin tentang kewujudan-Nya daripada keadaan sebenar bahawa kamu dan aku berada dalam bilik ini. Aku juga boleh memberi keterangan bahawa aku mungkin hidup tanpa udara dan air, tetapi tidak tanpa-Nya. Kamu boleh keluarkan biji mataku, tetapi tidak akan mematikan aku... kamu boleh memotong hidungku, tetapi tidak akan mematikan aku. Tetapi dengan meletupkan kepercayaanku kepada Tuhan, aku pun mati”.
“kita terpaksa mendaki gunung melalui jalan-jalan yang berbeza dari tempat mana kita ditakdirkan berada, tetapi perkara yang kita cari adalah sama. Allah dalam Islam adalah sama dengan Tuhan(god) dalam Kristian, sama dengan Isvara dalam penganut shariat Hindu. Walaupun terdapat banyak nama Tuhan dalam agama Hindu, terdapat juga banyak nama tuhan dalam Islam. Nama-nama itu tidak menunjukkan individu, tetapi sifat-sifatNya, dan manusia kerdil telah mencuba dengan cara rendah diri untuk menerangkan Tuhan yang Maha Kuasa dengan memberikanNya sifat-sifat, walaupun Dia mengatasi semua sifat, tidak terperikan, tidak dapat diukur. Hidup dengan kepercayaan pada tuhan ini bererti penghormatan yang sama pada semua shariat. Kemuncak sifat tidak bertoleransi- dan tidak bertelorensi adalah satu spesies keganasan – apabila mempercayai bahawa agama kamu adalah lebih tinggi dari segi pangkat atau kedudukan berbanding agama lain dan bahawa kamu mahu mewajarkan dalam menghendaki orang lain berubah kepada kepercayaan kamu”.
Sekarang perhatikan pula kepercayaan kepada tuhan seperti yang tersebut dalam kitab suci agama Hindu.
“Grieve no more. God bless you”.[2]
Terjemahan:
“Jangan bersedih lagi. Tuhan berkatkan kamu”.
2         Kepercayaan Kepada malaikat
Dalam shariat Hindu terdapat kepercayaan kepada dewa-dewa (deity) yang diberikan pelbagai nama. Contohnya dewi Agni, Indra, Maruts Ribhu, Asvin, Varuna, Rudra, Savita dan Soma. Setiap dewa ini dikaitkan dengan darjat atau kualiti yang tinggi. Dengan sifat paling menakjubkan. Indra dikaitkan dengan sifat paling bertolerensi, Varuna dikaitkan dengan sifat paling bijak.
Kepercayaan kepada malaikat juga terdapat dalam shariat Hindu. Perhatikan petikan berikut.
“Ask for a token which I might convey to you, the angel of purity gave me this jewel to be given to you”.[3]
Terjemahan:
“Apabila diminta satu bukti yang aku mungkin sampaikan kepada kamu, malaikat (bidadari)murni telah memberi kepadaku batu permata ini untuk diberikan kepada kamu”.
Kisah dalam petikan diatas, Seeta diganggap sebagai “malikat(bidadari) murni”. Maka dapat disimpulkan bahawa terdapat konsep dan kepercayaan kepada malaikat (bidadari) dalam shariat Hindu.
3         Kepercayaan Kepada Kitab-kitabNya
Mitologi merupakan satu bahagian penting dalam sahariat Hindu. Mitologi juga sama penting untuk agama dan kebudayaan nasional sebagai kulit dan rangkat yang menyimpan dalam keadaan sempurna sebiji buah dengan jus dan rasanya. Bentuk adalah sama pentingnya dengan bahan. Kita tidak boleh memerah agama dan berharap dapat menyimpan intinya berasingan dalam satu botol. Mitologi dan individu suci diperlukan untuk mana-mana kebudayaan yang agung yang berada di atas asas spritual yang stabil dan berfungsi sebagai inspirasi yang menghidupkan dan sebagai panduan.
Dalam shariat Hindu terdapat dua kitab suci iaitu Ramayan dan Mahabharata. Kitab-kitab ini menjadi pegangan penganut shariat Hindu sejak 2500 tahun yang lalu. Dua kitab ini menyatupadukan umat Hindu sebagai satu bangsa, tanpa terpengaruh oleh kasta, ruang dan bahasa yang kelihatan seolah-olah membahagikan mereka.
Kitab Bhagavad Gita adalah sebahagian dari Bhismaparva(iaitu buku VI epik besar Mahabharata yang merupakan kitab suci Weda yang ke –V setelah Rigveda, samaveda,Yajurveda dan Atharvaveda, yakni bab XXIII-XL Bhismaparva tersebut.[4]
4         Kepercayaan kepada rasul-rasulNya
Al-quran ada menyatakan: “Dan tidak ada satu pun umat melainkan telah ada padanya seorang rasul”.[5]
“Sesungguhnya telah Kami bangkitkan dalam setiap umat itu nabi supaya menyuruh mereka menyembah Allah dan menjauhi daripada taghut”.[6]
“Dan sesungguhnya telah Kami utuskan beberapa rasul sebelum kamu wahai Muhamad, sebahagian daripada mereka itu ialah rasul-rasul yang Kami ceritakan kepada kamu dan sebahagian lagi rasul-rasul yang Kami tidak pernah menceritakan hal mereka kepada kamu”.[7]
Maksudnya, semua umat manusia telah diutuskan rasul atau nabi yang memberi peringatan kepada mereka. Ini bererti umat Hindu juga tidak terkecuali dari maksud ayat ini. Al Quran juga menyatakan ada nabi yang Allah menyatakan dalam Al Quran terutamanya nabi-nabi yang diutus di negara-negara Arab , tetapi ada juga nabi-nabi yang tidak dinyatakan dan mereka adalah nabi yang diutus di negara-negara lain.
Maka siapakah nabi atau rasul yang diutus kepada umat Hindu yang memberi peringatan dengan pengajaran dalam shariat Hindu?
Dalam kata-kata pendahuluan Bhagavad gita ada menyebut:
“Nyanyian suci ini digubah dalam bentuk syair dalam bahasa Sanskerta yang sederhana tetapi indah, melukiskan satu dialog tentang ilmu pegentahuan, budi pekerti dengan unsur-unsur dramatis antara seorang teman seperjuangan hidup degan temannya, antara seorang siswa dengan gurunya, antara seorang penganut dengan Avaatar(Rasul), iaitu antara Arjuna dan Krisna.”[8]
Kalimat antara seorang penganut dengan avatar atau rasul menunjukkan Arjuna adalah seorang penganut manakala Krisna adalah rasul atau Avatar. Maka Shri Krisna adalah rasul yang diutus kepada umat Hindu dan pengajaran yang dibawa oleh Shri Krisna itu terdapat dalam Bhagavad Gita.
Nabi dan rasul lain ialah Zhar Dasht diutus di negara Iran, Socrates di Greec, Budha di India, Confucius di China dan Shinto di Jepun. Mereka adalah nabi dan rasul yang tidak dinyatakan dalam al Quran.
5         Kepercayaan kepada hari kiamat
                                            Dalam percakapan ketujuh – sloka enam ada menyebut:
                                            “ketahuilah bahawa semua insani mempunyai sumber kelahiran di
                                            sini Aku adalah asal-mula alam semesta ini
                                            Demikian pula kiamat kelak ini”
Dalam seloka ini dengan jelas dihuraikan oleh Krisna bahawa Tuhan adalah sumber kelahiran segala makhluk, asal-mula dan kiamat kelak alam semesta ini. Semua berasal dari Dia dan kembali kepadaNya.”[9]
Kitab Bhagavad Gita versi Inggeris ada menyebut tentang kiamat seperti berikut:
“Its is the womb of all being; for I am He by whom the worlds were created and shall be disolved”.[10]
Dalam shariat Hindu terdapat kepercayaan kepada hari kiamat.
6         Kepercayaan kepada ketentuan baik dan buruk adalah keputusan Allah.
Kepercayaan kepada takdir juga terdapat dalam pengajaran shariat Hindu. Kepercayaan ini ternyata dalam epik Ramayana seperti dalam petikan berikut:
“That she should suddenly conceive this idea  is surely the working of fate. We should not blame her for it. One proposees something and fate decides otherwise. Who can oppose destiny? Even that steadfast sages have swerved suddenly from their tapas.”[11]
Terjemahannya:
“Bahawa dia sepatutnya khayalkan serta merta idea ini pasti perjalanan takdir. Kita tidak sepatutnya menyalahkan Dia untuk itu. Seseorang mencadangkan sesuatu dan takdir menentukan tidak seperti diandaikan.
Siapakah yang boleh menentang takdir? Lelaki yang sangat bijaksana sekalipun, mengubah arah dengan tiba-tiba daripada mereka.”.
“The Supreme Being – mover all creatures like puppets tied to string”.[12]
Terjemahan:
“Supreme Being (Tuhan) menggerakkan semua kejadian seperti boneka yang terikat ke tali”.
“The ideal of soceity is to translate the order (Rita) of the cosmos social order. Like the Greek concept of fate, Rita is independent of the gods. But the Greek found in Fate a power which even the gods could not withstand, which was arbitrary, and which foreardained in course of mortal life beyond the capasity of anybody to alter it. This led to the typical Greek concept of Tragedy – the man was a helpless victim of Fate. In India, however, Rita never become for ordination; it remained Eternal Law and Eternal justice. As a result, however, of the working of Eternal Justice there could be no escape from the consequences of oour deed: a man must reap as he sows. So the conception of the stern Rita led to the doctrine of Karma. With the detail acceptance of the doctrine of rebirth, every soul was belief for the born with the residue of Karma of previous births (praktana) which, remaining unseen (adrishta), guide man’s present life to happiness or misery according to Eternal Justice. Thus India too came near the Greek idea of predetermination. But this was in the later ages. In the Vedas there is no predetermination. The is confident faith in man’s capacity to follow Rita in making order prevail again disorder, cosmos again chaos. The existence of evil is recognized, but it is believed that evil can be fought and fought successfully, within us and without us”.[13]
Terjemahannya:
“Keunggulan masyarakat ialah menterjemahkan peraturan (rita) dari alam semesta ke dalam peraturan sosial. Sebagaimana konsep Takdir orang greek, rita adalah bebas daripada kemahuan dewa-dewa. Tetapi orang greek mendapati dalam takdir ada satu kuasa yang tidak dapat ditentang sewenang-wenang, walaupun oleh dewa-dewa, dan telah ditakdirkan arah kehidupan yang fana diluar keupayaan sesiapapun untuk mengubahnya. Pandangan ini membawa kepada konsep tragedy orang greek – bahawa manusia adalah satu mangsa takdir yang tidak dapat bertindak tanpa pertolongan. Di India, walau bagaimanapun, rita tidak pernah menjadi takdir. Rita kekal sebagai hukum kekal abadi dan keadilan abadi. Kesannya, walau bagaimanapun, perjalanan kekal abadi tidak bebas daripada akibat perbuatan-perbuatan kita: seorang mesti menuai sambil dia menyemai. Maka konsep rita yang tetas membawa kepada doktrin karma. Dengan penerimaan doktrin kelahiran semula yang terperinci, setiap jiwa dipercayai akan dilahirkan dengan peninggalan karma dari kelahiran-kelahiran sebelumnya (praktana) yang kekal tidak kelihatan (adrishta), memimpin kehidupan manusia masa kini kepada kebahagiaan atau kecelakaan mengikut keadilan kekal abadi. Dengan demikian, India juga menghampiri idea ketetapan azali oleh orang greek, tetapi pada zaman-zaman yang lebih kemudian. Dalam veda tidak terdapat ketetapan azali. Terdapat kepercayaan mengatasi huru-hara, kosmos menentang kekacauan. Kewujudan kejahatan diiktiraf, tetapi dipercayai bahawa kejahatan dapat diperangi dan diperangi dengan berjaya dari dalam kita dan dari luar kita.”
Dalam shariat Hindu juga terdapat kepercayaan bahawa perbuatan buruk akan dibalas dengan seksaan di neraka. Ini dinyatakan dalam petikan berikut:
“Very soon you will see the river Vaitarani in hell. The red hot image is waiting you there for you embrace. So is the tree with iron spikes”.[14]
Terjemahan:
“Tidak lama lagi kamu akan melihat sungai Vaitarani dalam neraka. Patung merah yang panas membara sedang menunggu kamu untuk kamu mendakap. Demikian juga pokok yang berduri besi.”
Dalam Ramayana terdapat istilah “Swarga” yang bermaksud syurga di masa orang yang disucikan diterima selepas kematian”[15]
Rukun Imam Dalam Shariat Yahudi
1.       Kepercayaan Kepada Tuhan
“tetapi kamu harus beribadat kepada TUHAN Allahmu”[16]
“lalu Ia berfirman: “Akulah Allah ayahmu, Allah Ibrahim, Allah Ishak dan Allah Yaakub”[17]
“Supaya mereka percaya, bahawa TUHAN, Allah nenek moyang mereka, Allah Ibrahim, Allah Ishak dan Allah Yaakub...”[18]
“Pada mulanya Allah mencipta langit dan bumi.[19]
Berfirmanlah Allah: “Baiklah Kita jadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita”. Maka Allah mencipta manusia itu menurut gambaranNya.[20]
Lalu Allah menumbuhkan berbagai-bagai pohon dari Bumi, yang menaarik dan yang baik untuk dimakan buahnya.[21]
Semua petikan ini menunjukkan bahawa terdapat kepercayaan kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi serta manusia dan pohon-pohon. Shariat Yahudi mengesa penganutnya supaya kasih kepada Allah sebagai perintah yang utama.
“Dengarlah, hai orang Isra’il: TUHAN itu Allah kita, Tuhan itu esa! Kasihilah TUHAN, Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu”.[22]
2.       Kepercayaan Kepada Malaikat.
“Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan de depanmu, untuk melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah kusediakan.”[23]
“Lalu malaikat tuhan menjumpainya dekat suatu mata air di padang gurun.[24]
“Lalu malaikat tuhan menampakkan dirinya kepadanya di dalam di dalam nyala api yang keluar dari semak duri.[25]
“Ketika fajar menyinsing kedua malaikat itu mendesak. Lot supaya bersama...”[26]
Kedua malaikat itu tiba di Sadom pada waktu petang. Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom”.[27]
3.       Kepercayaan Kepada Rasul-rasulNya.
Dalam perjanjian lama ada menyebut rasul-rasul yang diutus kepada Bani Israil, antaranya Ibrahim, Lut, Yusuf, Yakub, Daud, Sulaiman, Musa dan lain-lain. Rasul-rasul ni membawa pengajaran yang diasaskan oleh Ibrahim a.s. Bani Israil dikehendaki beriman dengan rasul-rasul tersebut.
Lalu Musa berkata kepada Allah: “Tetapi apabila aku mendapatkan orang Israil dan berkata kepada mereka: Allah nenek moyangmu telah mengutus aku kepadamu, dan mereka bertanya kepadaku: Bagaimana tentang agamaNya? – apakah yang haruskku jawab kepada mereka? Firman Tuhan kepada Musa:AKU ADALAH AKU”. Lagi firmanNya: “Beginilah kau katakan kepada orang Israil itu: AKULAH AKU telah mengutus aku kepadamu. Selanjutnya berfirmanlah Allah kepada Musa: Beginilah kau katakan kepada orang Israil: “TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Allah Ishaq dan Allah Yaakub telah mengutus aku kepadamu.”[28]
4.       Kepercayaan Kepada Kitab-KitabNya
Kitab utama bagi bani Israil ialah Taurat. Dalam Taurat terdapat sepuluh rukun yang diwahyukan kepada Musa a.s.  Hukum-hukum ini dinyatakan dengan jelas seperti berikut: Ia berfirman: Akulah TUHAN Allahmu....Jangan ada padamu Allah lain di hadapanKu. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apa yang ada di langit di atas atau yang ada di Bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi, jangan sujud menyembah nama TUHAN, Allahmu dengan sembarangan... hormatilah ayahmu dan ibumu seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, supaya lanjut umurmu dan baik keadaanmu... Jangan membunuh. Jangan berzina. Jangan mencuri. Jangan mengucap saksi dusta tentang sesamamu. Jangan mengingini isteri sesamamu.[29]
Sepuluh hukum ini menjadi pengajaran Musa a.s yang terkandung dalam Taurat. Hukum-hukum ini disampaikan oleh Musa kepada kaumnya.
“Taurat yang engkau sampaikan adalah baik bagiku, lebih daripada ribuan keping emas dan perak.”[30]
“Biarlah rahmatMu sampai kepadaku, supaya aku hidup, sebab Taurat Mu adalah kegemaranku.”[31]
“Sekiranya TauratMu tidak menjadi kegemaranku, maka aku telah binasa dalam sengsaraku.[32]

“Aku selalu mempertaruhkan nyawaku, namun TauratMu tidak ku lupakan.”[33]
“KeadilanMu adil untuk selama-lamanya, dan TauratMu benar”[34]
“Ketika itu percayalah mereka kepada segala firmanNya, mereka menyanyi puji-pujian kepadaNya.”[35]
Semua petikan diatas menunjukkan dalam shariat Musa a.s. terdapat pengajaran supaya beriman dengan kitab yang diturunkan.
5.       Kepercayaan Kepada Hari Kiamat, hari kebangkitan, pembalasan syurga dan neraka.
“Ganjarilah mereka menurut perbuatan mereka dan menurut kelakuan mereka yang jahat, ganjarilah mereka setimpal dengan perbuatan tangan mereka. Balaslah kepada mereka apa yang mereka lakukan.”[36]
Berhubung dengan percaya kepada pembalasan syurga dan neraka dalam kalangan penganut shariat Musa a.s.; Al Quran menegaskan seperti berikut:
“Dan mereka berkata: Tidak akan masuk syurga melainkan sesiapa yang jadi Yahudi atau Nasrani.”[37]
Berhubung dengan beriman dengan pembalasan neraka, Allah berfirman:
“Dan mereka berkata: Tidak akan masuk syurga melainkan beberapa hari sahaja”.[38]
6.       Kepercayaan Kepada Takdir
“Tuhan melakukan apa yang dikehendaiNya, di langit dan di bumi, di laut dan di segenap samudera raya.”[39]
“Kuda diperlengkapkan untuk hari peperangan, tetapi kemenangan ada di tangan TUHAN.”[40]
Dua petikan di atas dari Perjanjian Lama menunjukkan kepercayaan kepada takdir juga terdapat dalam pengajaran shariat Musa a.s.
Rukun Imam Dalam Shariat Isa a.s.
1.       Kepercayaan kepada Tuhan
“Maka berkatalah Jesus kepadanya; “Enyahlah, Iblis! Sebab tertulis : Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu dan hanya  kepada Dia sajalah engkau berbakti!”.[41]
Fausto Paolo Sozini (1539 – 1604) atau dikenali dengan nama Socianus yang berasal dari Itali adalah seorang sarjana dalam bidang teologi. Beliau menegaskan tentang Tuhan seperti berikut:
“God is Supreme Lord of all. Omnipotence is not his only attribute, but rules every other attributes. There can be no question raised against God. The finite cannot be a measure of the infinite. Therefore all human conceptions of the nature of God must be a considered as inadequate grounds on which to base a critical judgement about Him. God’s will is free and bound by no law that the human mind can formulate. His purpose ane. His will are hidden form the human mind. God’s dominion comprises of a right and supreme authority to determine whatover He may choose, in respect of us all and all other things. He can read our thoughts even though they may be hidden in innermost recess of our heart. He can at pleasure ordain las and determine bnoth reward and punishment for the purity and the lapse in a man’s intentions. Thus man is an individual who has been given the freedom of choice, but who in fact is powerless.”[42]
Terjemahan:
“Tuhan adalah Tuan yang paling tinggi daripada segi kuasa, pangkat atau darjah untuk semua. Tuhan bukannya bersifat Maha Kuasa sahaja, tetapi menguasai setiap sifat lain. Tiada persoalan yang bangkitkan terhadap Tuhan. Yang terbatas tidak boleh menjadi satu pengukuran untuk yang tidak terbatas. Oleh sebab itu semua ide manusia tentang sifat Tuhan hendaklah dianggap sebagai tidak begitu baik untuk dijadikan asas bagi satu penilaian yang kritikal tentang Tuhan. Kehendak Tuhan adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana undang-undang yang boleh dicipta oleh minda manusia. Tujuan dan kehendakNya tersembunyi daripada minda manusia. Kuasa memerintah Tuhan terdiri daripada satu hak dan kuasa memberi perintah dan membuat orang lain ikut perintah yang paling tinggi untuk menentukan apa sahaja yang dia mungkin pilih berhubung dengan kita semua dan semua benda lain. Dia boleh membaca fikiran kita walaupun pemikiran itu tersembunyi di lubuk hati kita. Dia boleh dengan senang memerintahkan undang-undang dan menentukan kedua-dua ganjaran dan seksaan untuk orang yang suci dan kesilapan kecil atau kecuaian dalam niat manusia. Dengan demikian manusia adalah satu individu yang telah diberi kebebasan memilih, tetapi sebenarnya dia tiada sebarang kuasa”
Lubinietski dalam karyanya History Of The Reformation in Poland. Menulis:
“They came to the conclusion that there is but one God. Jesus was truly a man. He wwasw conceived by the operation of the holy Ghost in the chaste omb of a virgin. The doctrine of Trinity and the divinity of Jesus were the opinions introduse by the pagan philisophers”.[43]
Terjemahannya:
“Mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat satu Tuhan. Isa sebanarnya seorang lelaki. Di dihamilkan melalaui operasi Roh Suci dalam rahim seorang perawan yang suci. Doktrin Trinity dan sifat ketuhanan isa merupakan pendapat yang diperkenalkan oleh ahli falsafah yang tidak percaya pada agama Kristian”.
Al Quran menyebut bahawa Isa dengan keterangan, ia berkata: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan (membawa) kebijaksanaan (hikmat) dan untuk menerangkan kepada kamu sebahagian daripada yang kamu berselisih padanya. Dari itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.”
“Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu. Oleh itu sembahlah akan Dia. Ini satu jalan yang lurus.”[44]
Ada banyak penganut shariat Isa  yang terdiri daripada ahli teologi yang menolak Doktrin Trinity dengan pelbagai alasan kongkrit. Antaranya:
Pertama, Fusto Sizini (1539-1604) atau dikenali dengan nama Socianis yang berasal dari Itali. Beliau seorang sarjana dalam bidang teologi. Beliau menegaskan tentang Tuhan seperti berikut:
“God is Supreme Lord of all. Omnipotence is not his only attribute, but rules every other attributes. There can be no question raised against God. The finite cannot be a measure of the infinite. Therefore all human conceptions of the nature of God must be a considered as inadequate grounds on which to base a critical judgement about Him. God’s will is free and bound by no law that the human mind can formulate. His purpose ane. His will are hidden form the human mind. God’s dominion comprises of a right and supreme authority to determine whatover He may choose, in respect of us all and all other things. He can read our thoughts even though they may be hidden in innermost recess of our heart. He can at pleasure ordain las and determine bnoth reward and punishment for the purity and the lapse in a man’s intentions. Thus man is an individual who has been given the freedom of choice, but who in fact is powerless.”[45]
Terjemahannya:
“Tuhan adalah Tuan yang agung untuk semua. Kemahakuasaan bukan sahaja sifatNya, tetapi menguasai setiap sifat lain. Tidak mungkin ditanya terhadap Tuhan. Yang terbatas tidak boleh menjadi ukuran bagi yang tidak terbatas. Oleh itu semua fahaman manusia tentang keadaan Tuhan hendaklah dianggap sebagai asas-asas yang tidak memadai untuk dijadikan asas penilaian yang kritikal tentang Tuhan. Kehendak Tuhan adalah bebas dan tidak terikat oleh undang-undang yang boleh dirumus oleh minda manusia. tujuanNya dan kehendakNya tersembunyi daripada minda manusia. Kekuasaan Tuhan terdiri daripada satu hak dan kuasa agung untuk menentukan apa sahaja yang Dia mungkin pilih, berhubung dengan kita semua benda lain. Dia boleh membaca fikiran kita walaupun pemikiran itu mungkin tersembunyi dilubuk hati kita. Dia boleh dengan senang memerintahkan undang-undang dan menentukan kedua-dua ganjaran dan seksaan untuk orang yang suci dan kesilapan kecil atau kecuaian dalam niat manusia. Dengan demikian manusia adalah satu individu yang telah diberi kebebasan memilih, tetapi sebenarnya dia tiada sebarang kuasa”
Dalam kurun pertama selepas ketiadaan Isa, mereka mengikuti beliau terus menegaskan Keesaan Tuhan. Penegasan ini diterangkan dengan fakta bahawa Shepherd Of Hermas yang ditulis sekitar tahun 90M dianggap sebagai buku dari wahyu oleh pihak gereja. Hukum pertama dari dua belas hukum yang terkandung di dalamnya bermula dengan:
“Pertama, percaya bahawa Tuhan itu satu dan bahawa Dia mencipta semua perkara dan mengurus mereka dan keluar dari apa yang tidak wujud membuat semua perkara wujud, dan Dia menguasai semua perkara tetapi Dia sendiri tidak dikuasai....”
Mengikut Theodore Zahn, rukun imam hingga ke tahun sekitar 250M adalah “Aku percaya kepada Tuhan Maha Kuasa.” Antara tahun 180 dan 210M, perkataan “Bapa” di tambah sebelum kalimah “Maha Kuasa”. Penambahan ini ditentang hebat oleh beberapa pemimpin gereja.[46]
Hanya pada tahun 325M Doktrin Triniti di istiharkan sebagai kepercayaan penganut Kristian Orthodoks. Namun demikian beberapa orang yang menandatangani rukun imam ini mempercayainya, kerana mereka tidak dapati sebarang bukti yang sah dalam kitab-kitab injil Athanasius yang dianggap bapa rukun imam ini juga tidak pasti tentang kebenarannya.[47]
Kedua, Michael Servitus dari Spanyol (1511-1535). Beliau hidup pada zaman setiap orang mempersoalkan tentang Kristian. Beliau merasa ngeri dengan pertumpahan darah yang begitu banyak. Terdapat penempatan orang Islam dan orang Yahudi yang besar di Spanyol. Dua golongan ini dibunuh dengan ramai, melainkan mereka membuat pengancam secara terbuka kepercayaan mereka sebagai penganut Roman Katholik dan mengesahkan formula Triniti. Perasaan beliau meluap-luap apabila beliau mengkaji Bible secara teliti, beliau dapati bahawa Doktrin Triniti sedikitpun tidak menjadi sebahagian dari pengajaran Bible. Beliau juga mendapati Bible tidak menyokong apa yang diajarkan oleh gereja. Pada usia 20 tahun, beliau membuat keputusan memberitahu kepada dunia kebenaran yang ditemuinya. Susulan dari penemuan ini, jika orang Kristian menerima bahawa hanya terdapat satu Tuhan, maka semua sebab pertengkaran antara orang Kristian dan orang Islam akan berakhir dan kedua-dua golongan boleh hidup bersama dengan aman. Satu dunia yang bercorak tolak ansur dapat diwujudkan berdasarkan satu Tuhan.[48]
Ketiga. Seorang lagi Kristian yang menentang Doktrin Triniti ialah Francis David (1510-1579). Beliau dilahirkan di Kolazsar, Transylvania pada tahun 1510. Dua dogma yang menyebabkan banyak kekeliruan pada zaman beliau dalam kalangan orang ramai dan yang mengingkari huraian yang rasional ialah mengenai Ketuhanan Isa dan Triniti. Pemikiran David menjadi ragu-ragu oleh dua kepercayaaan yang tidak dapat dijelaskan. Beliau tidak faham megapakah seseorang yang mempercayai dua misteri tanpa cuba memahami kedua-duanya di anggap sebagai orang Kristian yang lebih baik. Beliau tidak bersedia mengikuti satu kepercayaan secara membabi buta. Secara beransur-ansur beliau membuat kesimpulan bahawa Isa bukannya Yang Maha Suci dan menegaskan kepercayaan dalam kewujudan satu Tuhan.
Keempat, ialah Lello Francesco Maria Sozini (12-162). Beliau dilahirkan di Bologna, Itali pada tahun 152. Beliau adalah seorang pakar undang-undang yang terdorong mengkaji Hebrew dan Bible. Beliau berpindah dari Bologna ke kawasan sekitar Venice. Di situ terdapat sedikit kebebasan beragama yang tidak diketahui ke bahagian-bahagian lain di Itali. Karya Servitus telah sampai ke situ dan mempengaruhi orang ramai. Antara mereka yang menerima kepercayaan beliau, seperti yang ditulis oleh Wallace dalam karyanya Anti-Trinitirian Biography, terdapat banyak tokoh yang berpangkat dan sarjana yang masyur dan ternama di Venice. Oleh kerana pendapat-pendapat ini tidak diterima secara terbuka oleh Senate, mereka yang berpegang dengannya nulai berhimpun secara rahsia. Tujuan mereka ialah mengkaji kebenaran agama Kristian dan mengasaskan semula pengajaran Isa yang tulen. Lubinletski dalam karyanya History Of The Reformation In Poland ada menulis:
“Mereka mencapai satu kesimpulan bahawa hanya terdapat satu Tuhan. Isa adalah benar-benar seorang lelaki. Beliau dihamilkan melalui Roh Suci di dalam rahim seorang perawan. Doktrin Triniti dan sifat ketuhanan Isa adalah pendapat-pendapat yang diperkenalkan oleh para ahli falsafah yang pagan.”[49]
2.       Kepercayaan Kepada Malaikat
Petikan berikut menunjjukkan ada kepercayaan kepada malaikat dalam shaariat Isa a.s.
“Demikian juga pada akhir zaman, malaikat-malaikat akan datang memisahkan orang jahat dan orang benar.”[50]
“Sebab anak manusia akan datang dalam kemuliaan bapaNya di iringi malaikat-malaikatNya; pada waktu itu Ia akan membalas setiap orang yang menurut perbuatanya.”[51]
3.       Kepercayaan Kepada Pembalasan Syurga dan neraka dan Hari Kiamat
Petikannya:
“Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di Sorga, dan apa yang kau lepaskan di dunia akan terlepas di Sorga.”[52]
“Juallah apa yang kau miliki dan berikanlah itu kepada orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di Sorga”[53]
“Dan jika matamu menyesatkan engkau, cungkillah, kerana lebih baik engkau masuk de dalam Kerajaan Allah dengan bermata satu daripada dengan bermata dua di campakkan ke dalam neraka di mana ulat-ulat bangkai tidak mati dan api tidak padam.”[54]
“Tentang Hari Kiamat, Jesus berkata kepadanya: Kau lihat gedung-gedung yang hebat ini? Tidak satu bata pun akan dibiarkan terletak di atas batu yang lain, semuanya akan diruntuhkan.”[55]
“Sebab pada masa itu akan terjadi seksaan seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia yang diciptakan Allah, sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi”[56]
“tetapi pada masa itu, sesudah seksaan itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit, dan kuasa-kuasa langit akan goncang.[57]
4.       Kepercayaan Kepada Kitab-kitabNya
Dalam shariat Isa terdapat Injil Matius, Injil Markus, Inji Lukas dan Inji Yohana. Empat versi kitab Injil ini menjadi pegagan para penganut shariat Isa a.s di samping itu mereka juga beriman dengan Taurat dan Zabur.
“Dan pada hari Sabat, mereka beristirehat menurut hukum Taurat”[58]
“Lalu Ia menjelaskan kepada mereka apa yang tertulis tentang Dia dalam seluruh Kitab Suci, mulai dari kitab-kitab Musa dan segala kitab nabi-nabi”[59]
“Jangan kamu menyangka bahawa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab nabi-nabi. Aku datang bukan untuk tidak meniadakannya melainkan untuk menggenapinya.”[60]
“Kerana itu siapa yang tiada meniadakan salah satu hukum Taurat, sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajar segala perintah Hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang paling tinggi dalam Kerajaan Sorga.”[61]
“Kamu telah mendengar yang difirmankan kepada nenek moyang kita; jangan membunuh...”[62]
“Kamu telah mendengar firman: Jangan berzina...”[63]
“Kamu telah mendengar pula yang difirmankan kepada nenek moyang kita: Jangan bersumpah palsu...”[64]
Maksudnya, semua petikan di atas terdapat dalam pengajaran Taurat. Maka dapat dikatakan bahawa penganut shariat Isa juga beriman degan pengajaran Taurat dan kitab-kitab lain sebelum injil yang dibawa oleh Isa a.s.
5.       Kepercayaan Kepada Rasul-rasulNya
Petikannya:
“Tetapi jawabNya kepada mereka: Apakah perintah Musa kepada kamu? Jawab mereka: Musa memberi izin untuk menceraikannya dengan membuat surat cerai. Lalu kata Jesus keapada mereka: Justeru kerana ketegaran hatimulah maka Musa menuliskan perintah ini untuk kamu”[65]
“Jawab mereka: Apa yang terjadi dengan Yesus orang Nazaret. Dia adalah seorang nabi.”[66]
“Dan sama terjadi pada zaman Nuh”.[67]
“Demikian juga seperti yang terjadi pada zaman Lut.”[68]
Semua petikan diatas menunjukkan shariat Isa beriman kepada nabi-nabi seperti Musa,  (Yesus), Nuh. Lut dan nabi-nabi lain.
6.       Kepercayaan Kepada Takdir
Petikannya : “Tetapi Petrus menarik Yesus ke samping dan menegur Dia, katanya “Tuhan kiranya Allah menjauhkan hal itu! Hal itu sekali-kali tak akan menimpa engkau.”[69]
Dalam Perjanjian Lama ada menyebut:
“Kuda diperlengkapi untuk hari peperangan, tetapi kemenangan ada di tangan TUHAN.”[70]
Dua petikan di atas adalah mengenai kepercayaan kepada takdir dalam shariat Isa a.s. sebagai penggenap kepada shariat Isa a.s.
Rukun Imam Dalam Shariat Muhammad
1.       Kepercayaan kepada Tuhan
Allah berfirman:
“Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi shafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang megentahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada dibelakang mereka, sedang mereka tidak megentahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah yang Maha Tingggi, lagi Maha besar”.[71]
2.       Kepercayaan Kepada Malaikat
“Malaikat yang memikut Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman: “Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka”[72]
3.       Kepercayaan Kepada Kitab-kitabNyaa.
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabnya, dan Rasul-rasulNya. (mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan ) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.”[73]
4.       Kepercayaan Kepada Rasul-rasulNya
Mengenai kepercayaan kepada rasul-rasul, Allah berfirman:
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “ Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain rasul-rasulnya.” Mereka berkata lagi : Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan ) keampunanMu ahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
5.       Kepercayaan Kepada Hari Kiamat, Pembalasan Syurga dan Neraka
Mengenai hari Kiamat Allah berfirman:
“Aku bersumpah dengan hari kiamat.”[74]
Mengenai pembalasan neraka, Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang yang menimpa bencana untuk memesongkan orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman, kemudian mereka bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam, dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar.”[75]
Mengenai pembalasan syurga Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh syurga yang  mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.”[76]
6.       Kepercayaan Kepada Takdir
Mengenai kepercayaan kepada takdir, Allah berfirman:
“Dan apabila Allah kehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bila bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”[77]










wassalam



[1] S.Radhakrisnan Dr Mahathma Ghandi, Essays and Reflections, Jaico Publishing House, Bombay, 1957, page 14-15
[2] Ramayana ms 236
[3] Ramayana ms 241
[4] Njotnans Pendit, Bhagavad Gita, terjemahan oleh lembaga penyelengara penterjemah dan penerbit kitab suci veda dan dharmapada, department agama, R.I. 12 sept 1967. Ms 24
[5] Al-quran surah 35:ayat 24
[6] Al-quran surah 16:ayat 36
[7] Al-quran surah 40:ayat 78
[8] Njomans Pendit, Bhagavad Gita Oleh Lembaga Penyelengaraan Pertejemah Dan Penerbit Kita Suci Veda dan Dharmapada, Department Agama,R.Q.12 Sept 1967. Ms XXIII.
[9] Ibid, ms 170
[10] Sri Purohit Swami, Bhagavad Gita, jaico Publishing House, Mumbai, 2003, Chapter  7, No. 6 page: 59.
[11] Ramayana, ms 69.
[12] Ramayana, ms 184
[13] The call of Vedas, ms 51-52
[14] Ramayana, ms 156
[15] Ramayana, ms 303
[16] Al kitab keluaran 23:26
[17] Al kitab keluaran 3:7
[18] Al kitab keluaran 4:5
[19] Al kitab kejadian 1:1
[20] Al kitab kejadian 1: 26,27
[21]Al kitab kejadian 2:9
[22]Al kitab ulangan 6: 4,5
[23] Al kitab ulangan 23: 20
[24] Al kitab kejadian 16:7
[25] Al kitab keluaran 3:3
[26] Al kitab kejadian 19:15
[27] Al kitab kejadian 19:1
[28] Al kitab keluaran 3:13-15
[29] Al kitab ulangan 5: 6-12
[30] Al-Kitab Mazmur 119:72
[31] Al-Kitab Mazmur 119:77
[32] Al-Kitab Mazmur 119:92
[33] Al-Kitab Mazmur 119:109
[34] Al-Kitab Mazmur 119:142
[35] Al-Kitab Mazmur 106:12
[36] Al-Kitab Mazmur 28:4
[37] Al-Quran 2:111
[38] Al-Quran 2:80
[39] Al-Kitab Mazmur 135:6
[40] Al Kitab, tmsal 21;31
[41] Al Kitab, Matius 4;10
[42] Jesus A Prophet Of Islam. Ms 138-139
[43] Ibid ms 133
[44]Al Quran: 43: 63,64
[45] Jesus A Prophet Of Islam. Ms 138-139
[46] Jesus A Prophet Of Islam. Ms 9
[47] Ibid ms10
[48]Jesus A Prophet Of Islam. Ms 112-113.
[49] Ibid ms 132-133
[50] Al Kitab, Matius 13: 49
[51] Al Kitab, Matius 16: 27
[52] Al Kitab, Matius 16: 19
[53] Al Kitab, Markus 10: 21
[54] Al Kitab, Markus 9: 47-48
[55] Al Kitab, Markus 13: 2
[56] Al Kitab, Markus 13: 19
[57] Al Kitab, Markus 13: 24-25
[58] Al Kitab, Lukas 23: 56
[59] Al Kitab, Lukas 23: 27
[60] Al Kitab, Matius 5: 17
[61] Al Kitab, Matius 5: 19
[62] Al Kitab, Matius 5: 21
[63] Al Kitab, Matius 5: 27
[64] Al Kitab, Matius 5: 33
[65] Al Kitab Markus 10: 3,4,5
[66] Al Kitab, Lukas 24: 19
[67] Al Kitab, Lukas 18: 26
[68] Al Kitab, Lukas 18: 28
[69] Al Kitab, Matius 16: 22
[70] Al Kitab, Amsal 21: 31
[71] Al Quran 2; 255
[72] Al Quran 40 ; 7
[73] Al Quran, 2 : 285
[74] Al Quran, 75 : 1
[75] Al Quran, 85 : 10
[76] Al Quran, 85 : 11
[77] Al Quran, 13 : 11


[1] Din Ibarahim ms 61.
[2] Ibid ms 65
[3] Ibid ms 64
[4] Al-Quran 2:ayat 183
[5] Al-Quran 2:ayat 183
[6] Al-Quran 22:ayat 67
[7] Valmiki, Ramayana, terjemahan ke dalam bahasa inggeris oleh c rajagopalanchari, bharatiya vidya bhavan, chowpatty: bombay 1958.
[8] Bose, AC. The call of the vedas, Bharativa vidya, bhavan, Bombay ms139. Teks dalam bahasa inggeris di bawah tajuk : god is one.
[9] Ibid ms 82. “ God is creator an ultimate being. He is the lord of all exixtence – the supreme of the universe”
[10] [10] Ibid ms 139. (R.VIII.25.16)
[11] [11] Ibid ms 134
[12] [12] Ibid ms 83
[13] Ibid ms 83
[14] Ibid  ms 173
[15] Great thinkers Of the Eastern World, Harper Collins Publishers, 1993 ms 156
[16]  Bose A.C.The Call Of The Vedas, Bhartiya Vidya Bhavan, bombay, 1970
[17] The calls of the vedas, ms 111
[18] Ibid ms 112
[19] Ramayana ms 26
[20] Ramayana ms 130
[21] The call Of the vedas, ms 296
[22] Shri Purojit Swami, Bhagavad Gita, Jaico Publishing House, 121, Mahatma Ghandi road, Mumbai -400 023.2003, ms 75
[23] Bhagavad Gita ms213-216
[24] Al-Quran :6:ayat 108
[25] Al-Quran 2:ayat 183
[26] Rajagopalachari C.Ramayana, Bharatiya Vidya Bhavan, Bombay, 1958, ms 17
[27] Ibid ms 29
[28] Hashim al daftar darul madani dan muhammad ali al zaabi, din ibrahim, juzuk 1, beirut 1948M/1376H. diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh jawatankuasa terjemahan, pertubuhan pengajian islam negeri kelantan. Ms 103.
[29] Radhakrishnan dr s, mahatma ghandi, essays and reflections, jaico publishing house, 1957, ms 34.
[30] The call of the vedas
[31] The call of vedas. Ms 27.
[32] Ramayana, ms 18.
[33] New strait time , Monday, januari 15, 2007
[34] Kejadian 17:1
[35] Kejadian 1:1
[36] Keluaran 3: 15
[37] Keluaran 20:2
[38] Keluaran 20:3
[39] Keluaran 20:4 ,5.
[40] Keluaran 22:5
[41] Keluaran 20:3
[42] Ulangan: 6: 13
[43] Keluaran 34:27
[44] Al kitab: Yesaya 58: 3-5
[45] Al kitab: Yesaya 58: 6-8
[46] Al kitab,keluaran 23: 10-11
[47] Al kitab,ulangan 14: 28:-29
[48] Al kitab,ulangan 24: 19
[49] Al kitab,ulangan 26: 12
[50] Al kitab,ulangan 22: 22:-3
[51] Al kitab,kejadian 22: 1-3
[52] Al kitab,kejadian 22: 10
[53] Al kitab,Imamat:1:2
[54] Al kitab,Imamat:2:1
[55] Al kitab,Imamat:3:1
[56] Al kitab,Imamat:4:3
[57] Al kitab,Imamat:5:13
[58] Muhammad ‘Ata-ur-
Rahim, jesus, A Prophet Of Islam,MWH london publisher, 1979, ms 46-48
[59] Ibid ms 56
[60] Al kitab lukas 4:8
[61] Ibid, lukas, 5:33
[62] Muhammad ‘Atu ur-Rahman, jesus, A prophet of Islam, ms 199
[63] Ibid, matius, 16-17
[64] Ibid,lukas, 5: 33-35
[65] Jesus, A prophet Of Islam, Muhammad ‘Ata ur-Rahman, ms 200,201
[66] Ibid, matius 4:2
[67] Ibid, matius 6: 3-4
[68] Ibid, Roma 12:1
[69] Ibid, Ibrani 13: 15
[70] Al quran 112; ayat 1-4
[71] Quran surah 2: ayat 255
[72] Quran surah 11;ayat 144
[73] Quran surah 20;ayat 14
[74] Ibid 2: ayat 43
[75] Al quran, 2:ayat 183
[76] Al quran, 9:ayat 18
[77] Al quran, 2:ayat 43
[78] Al quran, 22:ayat 34
[79] Al quran, 22:ayat 67
[80] Al quran, 3:ayat 96
[81] Al quran, 2:ayat 125
[82] Al quran, 37:ayat 102-107
[83] Al quran, 22:ayat 67



[1] Hashim Al Aaftar darul madani, din ibrahim ms 13.
[2] Ibid ms 47
[3] Ibid, ms 61-65.
[4] Rig veda terdiri daripada 10 500 rangkap syair, soma veda terdiri daripada 1 875 rangkap syair, yujur veda terdiri daripada 1976 rangkap dan prosa, alharva veda terdiri daripada 5987 rangkap dan prosa. Bose A.C. the call of the vedas. 1970, ms 7
[5] Muhamad in worldscripture, ms 27-28.
[6] Muhamad in worldscripture, ms 29
[7] Muhamad in worldscripture, ms 30-31
[8] Gatha Yasht; 30-“1,2
[9] Mohammad In World scripture
[10] Al-Quran 112:1
[11] Namah shat vakshur zartuaht dasatir, ms 69
[12] Al-Quran 112:4
[13] Dasafir
[14] Al-Quran 42:11
[15] Dasafir
[16] Dasafir ms 3
[17] Al-Quran 112:1-4
[18] Dasafir ms 3
[19] Al-Quran 6:102
[20] Dasafir ms 68
[21] Al-Quran 6:103
[22] Dasafir ms 107
[23] Dasafir ms 66
[24] Al-Quran 57:3
[25] Al-Quran 30:27
[26] Dasafir ms 122
[27] Al-Quran 50:16
[28] Dasafir ms 6
[29] Al-Quran 74:31
[30] Dasafir ms 37
[31] Al-Quran 2:97
[32] Dasafir ms 13
[33] Al-Quran 18:107
[34] Dasafir ms 9
[35] Dasafir ms 13.
[36] Al-Quran 15:43-48
[37] Dasafir ms 38
[38] Al-Quran 78:24-25
[39] Namah Shat Zartusht, 5-7.
[40] Namah Shat Zartusht, 5
[41] Namah Shat Zartusht, 45-49
[42] Namah Shat Zartusht, 50-54
[43] Al-Quran 40:78.
[44] Muhammad ‘Ata ur-Rahim, jesus, A Prophet Of Islam, MWH london publisher, 1979, ms 25.
[45] Al-Quran 5:3
[46] Hadis riwayat bukhari III, ms 226, hadis nombor 1532 di bawah penyakit kolera