Wednesday, November 27, 2019

SALAM


SALAM
Nabi saw telah bersabda apabila baginda dikemukakan persoalan yang berbunyi: “Amalan Islam apa yang paling baik?”
12. dari Abdullah bin ‘Amrur anhuma, bahawasanya ada seseorang lelaki bertanya pada Nabi saw: “Manakah kelakuan dalam Islam yang dilakukan oleh seseorang muslim yang lebih baik?. Beliau saw menjawab: “ Iaitu hendaklah kamu memberikan makanan serta mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan juga kepada orang yang tidak atau belum kamu.
(BUKHARI.)
Pengenalan
1.1  ucapan ‘assalamualaikum’ ataupun disebut juga sebagai memberi salam adalah amalan lazim bagi masyarakat kita pada masa ini apabila mereka berjumpa atau bersua muka dengan seseorang. Salam sebegini juga diucapkan kepada sesiapa yang belum dikenali tetapi diucapkan juga sebagai asas kepada sesuatu perhubungan. Salam juga diucapkan apabila seseorang itu ingin memastikan sama ada seseorang yang dicari itu berada atau tidak di rumah yang mereka lawati. Rata-rata ucapan slam seperti di atas ini diucapkan secara spontan apabila bermulanya sesuatu perhubungan baik secara individu atau berkumpulan seperti mana spontannya ucapan selamat pagi, selamat petang dan sebagainya. Bagi yang menerima ucapan salam tersebut juga dengan secara spontan mengucapkan kata-kata “waalaikumussalam” sebagai jawapan.
1.2.  Di dalam keadaan yang lebih formal lagi, salam diucapkan apabila seseorang itu memulakan ucapan di sesuatu majlis sama ada majlis itu rasmi ataupun sebaliknya iaitu sebagai tanda pembuka kata.
1.3  Ada juga beberapa golongan yang menjadikan salam ini lebih bermakna atau dengan mengukuhkan maksud salam ini dengan konsep doa iaitu sebagai mengandungi makna bahawa sesuatu ucapan itu mengharapkan orang yang diberi salam tersebut sentiasa di dalam keadaan yang selamat dan sejahtera. Semoga mereka yang menerima salam tersebut sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan seperti ketakutan dan kebimbangan. Inilah konsep doa yang spontan yang diberi kepada sesiapa sahaja sebagai doa kemanusiaan seseorang ke atas orang lain.
1.4  Ekoran  daripada situ, golongan tersebut menzahirkan tujuannya kepada tahap yang lebih murni, menyeluruh dan meluas iaitu dengan secara yakin bahawa si pemberi salam perlulah mempunyai niat yang jujur yang jauh sekali daripada sifat hipokrit di dalam mendoakan orang yang di doakan itu. Memandangkan kepada niat yang suci dan diamal secara menyeluruh oleh anggota masyarakat, ianya diharapkan akan mencetuskan daya gerak bagi masyarakat supaya aktif dengan aktiviti untuk melaksanakan apa jua perbuatan atau tindakan susulan yang boleh menghasilkan kesejahteraan kepada masyarakat sehingga pada akhirnya akan terzahirlah masyarakat tersebut tercelup dengan ideologi yang baik dan murni selaran dengan ideologi al-Quran.
1.5  Dengan cara ini mereka percaya bahawa Negara Islam seperti mana contoh  yang terlaksana pada zaman Nabi saw hingga ke zaman khalifah Ar-Rashidin akan terbentuk iaitu daulah islamiah yang mencirikan perpaduan, kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan dari semua aspek penghidupan, peraturan dan undang-undang, ekonomi dan politik dan sebagainya tercapai. Inilah juga impian yang ingin dicapai oleh semua golongan masyarakat kita termasuklah golongan tabligh kita yang menggunakan kaedah yang hampir-hampir sama dengan kaedah tersebut.
2.0   Definasi dan Liputan
2.1  Definasi:
2.1.1      Hadith ini terbahagi kepada dua bahagian sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukan kepada Baginda Nabi saw.
Bahagian pertama,
Jawapan yang diberi iaitu memberi makan kepada orang yang memerlukan dan
Bahagiaan kedua,
Menghambur salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali.
Perkaitan antara dua bahagian ini memang rapat walaupun aspeknya berlainan. Bahagian pertama maksudnya memberi makan kepada orang yang memerlukan-membawa implikasi kepada perancangan ekonomi yang meluas dan tuntas dan sudah pasti pula menuntut satu penelitian yang lanjut dan mendalam untuk dihuraikan. Bahagian kedua pula bunyinya agak mudah iaitu menghamburkan salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali; tetapi difahamkan bahawa maksud kepada ungkapan ini bukanlah semudah ucapan sekadar “Assalamualaikum dan dijawab pula dengan Waalaikumussalam” dan habis di situ kerana kalau beginilah maksudnya kepada bahagian kedua itu maka tidak akan wujud perimbangan yang saksama di antara kedua-dua jawapan yang diberi oleh Nabi saw tersebut yang secara fakta terkenal dengan sifata fatonahnya itu. Dengan demikian untuk tujuan rencana ini perbincangan akan dtumpukan kepada bahagian kedua sahaja.
2.13        Di suatu peristiwa, Nabi saw lantas menjawab apabila ditanya “Amalan Islam apa yang paling baik? Memberi makan (kepada orang yang memerlukan) dan menghamburkan salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali’. Pada peristiwa lain pula apabila orang bertanya kepada Rasulullah saw tentang jenis amalan yang baik untuk dilaksanakan oleh umat Islam untuk membawa mereka ke syurga. Lantas Nabi saw membaca ayat 4 dari Surah Al-Saff yang bermaksud.
“Sesungguhnya Allah swt mengasihi orang yang berperang pada jalanNya berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu binaan yang tersusun.”
2.1.4      kedua-dua jawapan Nabi saw tersebut sekalipun bunyinya berbeza menjurus kepada matlamat yang sama kepada masyarakat iaitu keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan – salam. Namun natijah yang sama ini boleh dicapai melalui dua kategori iaitu pertamanya melalui pelaksanaan ke atas peraturan-peraturan Allah, undang-undang Allah dan segala perlaksanaan yang berteras kepada polisi Allah (Al-Quran). Kategori ini boleh dilaksanakan apabila sudah terdapatnya keselarasan di antara peringkat “Hablin mina Allah” dan “Hablin mina nas”. Iaitu sesebuah Negara seharusnya mempunyai satu system pemerintahan sahaja. Maksudnya apabila manusia merujuk kepada “Hablin mina allah” bererti mereka mempunyai system agama daripada Allah swt, jangan pula dari segi pemerintahan di dunia ini mereka diperintah oleh system pemerintahan yang lain ataupun mereka masih di bawah system pemerintahan yang tidak yakin dengna sistem keadilan hukum-hukum Islam yang terkandung di dalam syariatNya. Di dalam suasana yang sebegini rupa (telah wujud keseirasan tersebut) tanggungjawab mempertahankan polisi Allah dan ideologi al-Quran menjadi seiring dengan seruan kepada peraturan-peraturan Allah serta undang-undang Allah dan tidak boleh dinokhtahkan. Cabaran bagi umat Islam tulen ialah sentiasa jangan leka dengan amanah Allah. Allah melarang orang beriman berundur dari perjuangan suci walaupun seorang diri kerana perjuangan ini adalah sebagai suatu ujian Allah dan Allah memberi pertolongan untuk tujuan tesebut.
Sepertimana firmanNya dlaam ayat 15,16, 17 surah Anfal.
15. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakagi mereka (mundur).
16. barangsiapa yang membelakgi mereka (mundur) diwaktu itu, kecuali berbalik untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah neraka jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.
17. maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tapi Allah lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mu’min dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2.1.5      menyeru kepada polisi Allah ialah perjuangan untuk menguasai pemerintahan dan kuasa pemerintahan adalah Negara. Perjuangan kearah ini adalah perjuangan yang mulia. Tanpa kekuasaan pemerintahan, maka hukum-hukum daripada  Al-Quran iaitu jalan kehidupan yang murni serta jalan tamadun tinggi yang dapat menentukan batas-batasnya tidak dapat dilaksanakan. Natijahnya ialah tidak akan wujud tahap keadilan sosial dan segala aktiviti pengawalan ke atas tahap ini tidak akan dapat dijadikan ibadat yang dapat dilaksanakan tanpa terhalang.
2.1.6 Di suasana di mana kuasa pemerintahan telah di perolehi ataupun keselarasan di dalam sisitem pemerintahan di antara Hablin min Allah dan Hablin mina nas maka penyampaian salam adalah gambaran nikmat yang diterima masyarakat melalui dasar atau program yang telah pun dilaksanakan. Sementara pihak yang menerima nikmat daripada usaha murni di atas akan mengucapkan salam mereka dalam bentuk penghargaan yang tinggi dan dengan penuh kesedaran akan berusaha menjaga supaya nikmat tersebut akan sentiasa kekal dan dipertahankan.
2.1.7      Di dalam suasana  berbeza iaitu kategori kedua apabila tidak ada keselarasan di antara Hablin mina Allah dan hablin mina nas maka ini sudah pasti ucapan salam yang diberi adalah berbeza dari segi dasarnya. Di dalam keadaan di mana kuasa pemerintahan belum diperolehi ataupun salama yang diberi adalah dalam bentuk inzar iaitu memberi peringatan bahawa sesuatu peristiwa besar yang akan mengancam diri atau masyarakat akan berlaku baik dari dalam ataupun dari luar dan peristiwa ini akan menggugatkan kestabilan masyarakat dan Negara jika tidak dicegah, ditangani dan dihalangi daripada berlaku. Caranya ialah manusia perlu bebas daripada amalan syirik iaitu mesti bersatu padu dan tidak menjadi pengampu yang hina. Kaedah ini disebut juga segabai seruan kearah polisi Allah dengan cara teori dan bersikap optimistik,
2.1.8      perbezaan di antara dua kategori ini tergambar dalam dua peringkat perjuangan Nabi saw iaitu semasa baginda berada di Mekah di mana kuasa pemerintahan tidak ada di tangan baginda, kebaikan Islam tidak dapat dilaksanakan sepertimana tidak dapat diamalkan keadilan Islam sebagaimana ssepatutnya dan hanya terbatas kepada teori yang berkembar dengan jiwa dan sikap yang sudsah pasti optimistik. Akan tetapi apabila Rasulullah saw bertapak di Madinah, baginda mempunyai Negara dan baginda memenangi kuasa pemerintahan, keadilan sosial dapat dilaksanakan bukan sahaja pada masa hayat baginda malah ke zaman Khalifah Ar-Rasyidin dan seterusnya menjadi contoh kepimpinan kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi dengan tahap keadilan sossial yang dibangunkan di atas dasar fitrah manusia diwujudkan.
2.2          liputan
2.2.1      seringkali akan timbul beberapa soalan tentang perbincangan ke atas tajuk “salam” ini yang mungking berkisar di sekitar aspek-aspek berikut:
·         Apakah salam hanya mempunyai satu sudut pandangan;
·         Bagaimana salam diucapkan;
·         Siapa yang mengucapnya;
·         Siapa pula yang dituju;
·         Kenapa salam diucapkan; dan
·         Bila pula masa yang perlu diucapkan salam yakni apakah pengucapannya perlu mempunyai asas-asas yang sesuai terlebih dahulu ataupun tanpa dikira masa dan boleh dizahirkan dengan spontan sahaja.
2.2.2      Allah swt telah berfirman di dalam surah Al-Baqorah ayat 178.
178.        Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan  orang-orang  yang dibunuh: orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema’afan dari saudara-saudaranya, hendaklah  (yang memaafkan) mengikut dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang di beri maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampau batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.
Ayat tersebut memberi keterangan bahawa masyarakat manusia terbahagi kepada tiga golongan. Ketiga-tiga golongan ini ialah:
Pertama, golongan manusia di gelar Al-Hur;
Kedua, golongan Al-Abd;
Ketiga, golongan Al-Untha.
Golongan Al-Untha terdiri daripada kaum wanita, kaum kanak-kanak digabungkan di bawah kumpulan Al-Untha.
Ketiga-tiga golongan ini menjadi kompenen yang amat penting untuk meneruskan kelangsungan masyarakat tersebut. Kerjasama daripada setiap golongan ini akan membawa kepada kesejahteraan dan kebahagiaan kepada anggota masyarakat dan Negara. Memandangkan setiap golongan mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri tetapi secara saling berkaitan yang boleh membawa kepada kesejahteraan masyarakat maka kombinasi dari segi fungsi-fungsi yang sesuai oleh golongan ini akan melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Suasana yang aman dan sejahtera inilah yang menjadi idaman setiap anggota masyarakat dan merupakan matlamat kepada  maksud salam yang menjadi topik perbincangan rencana ini.
2.2.3      Golongan  Al_Hur
2.2.3.1   Golongan ini dari segi bilangannya adalah kecil sahaja berbanding dengna dua yang lain. Mereka ini dari segi mental dan fizikal adalah pintar dan merdeka dan memimpin masyarakat dengan akal mereka. Mereka adalah negarawan agung, memimpin dan memerdekakan Negara, Pembina Negara dan mencorakkan masyarakat di sesuaut zaman. Dari kalangan mereka lahir
Al-Rashikum fi ilm yang menzahirkan sunah Allah melalui mereka. Mereka adalah golongan yang menghamburkan polisi Allah, melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang Allah. Dari golongan mereka ini jugalah Tuhan membangkitkan Nabi dan RasulNya.
2.2.3.2   Dari sudut yang lain pula mereka memperlihatkan kehadirian mereka dalam bentuk penulis agung, pahlawan terbilang, pakar sosiologi, para saintis dan dalam banyak kes menjadi pentadbir yang cekap dan bijaksana dan pernah disebut sebagai uli-al amr.
2.2.3.3   lantaran mempunyai akal fikiran yang pintar dan bebas mereka menjalankan kewajiban yang murni terhadap Negara mereka. Sumbangan mereka terjelma dalam bentuk pembebasan umat daripada penyakit buta huruf serta kebodohan, masalah sosio-ekonomi seperti pengangguran serta kemiskinan. Kalangan anggota masyarakat terasa terselamat dari segala bentuk ancaman, baik dair dalam mahupun dari luar. Mereka Berjaya menghindar secara berkesan daripada penyakit syirik iaitu penyakit pemujaan individu dan sesiapa sahaja secara bijak dalam mengaturkan apa sahja bentuk kerjasama yang erat di antara golongan dalam masyarakat mereka di samping dengna jelas dan berkesan memimpin golongan-golongan wanita dan kanak-kanak untuk kepentingan golongan ini bagi jangka masa panjang dan semasa.
2.2.4      Golongan Al-Abd
2.2.4.1   Golongan ini adalah bahagian yang terbesar dari anggota masyarakat sesebuah Negara. Golongan ini dari segi akal fikiran adalah lebih rendah berbanding dengan golongan Al-Hur malah mereka memerlukan kepimpinan dari golongan Al-Hur tadi. Mereka memenuhi pelbagai sector pekerjaan seperti petani, nelayan dan buruh dan pelbagai sector kemahiran tertentu. Dalam sector perkilangan dan perindustrian mereka juga memain peranan yang besar. Mereka juga muncul dalam sector perkhidmatan dan teknikal. Golongan ini  sekirannya tidak disusun rapi oleh golongan Al-Hur akan terdedah kepada masalah yang boleh membelenggu hidup mereka sehingga ke tahap di mana meeka akan menghadapi kekangan untuk menjalankan kewajiban terhadap Negara mereka. Masalah bodohan, kemiskinan, pengangguran, buta huruf, ketakutan, sikap memuja-muja peribadi ataupun menjadi pengampu yang luar biasa adalah ciri-ciri amalan yang sering dilakukan oleh golongan ini. Namun daripada kaeah yang baik daripada golongan al-Hur, mereka mudah menerima pengajaran dan boleh dibentuk.
2.2.5      Golongan al-Untha.
2.2.5.1   Golongan ketiga ialah golongan al-Untha. Golongan Al-Untha ini terdiri daripada kaum perempuan atau wanita dan golongan kanak-kanak digabung bersama dalam kumpulan ini. Maksud perempuan adalah hanya dari segi jenisnya sahaja iaitu secara umum. Ianya sama sekali tidak membawa maksud sesuatu kebolehan atau kepakaran tertentu kerana daripada golonga perempuan ini juga terdapat mereka yang Al-Hur. Umumnya golongan perempuan ini memerlukan kepada kepimpinan seperti juga golongan Al-Abd ataupun rakyat biasa memerlukan kepada kepimpinan al-Hur. Sementara itu umpulan kanak-kanak perlu disusun sebaik-baiknya dengan disiplin tertentu dan acuan serta peraturan yang boleh menjamin sifat-sifat harga diri, keberanian serta bertanggungjawab kepada manusia dan masyarakatnya di masa akan dating. Semuanya ini menjadi kewajiban kepada golongan Al-Hur untuk merangka apa jua dasar dan polisi yang menjurus kea rah pencapaian nilai-nilai tersebut.
3.0          Empat Perspektif
3.1          Memandangkan komposisi masyarakat terdiri daripada tiga golongan tersebut, maka apa sahaja peranan, tanggungjawab dan komitmen akan dizahirkan oleh mereka. Yang berbeza ialah dari segi liputan dan bidang peranan, tanggungjawab dan komitmen akan dizahirkan oleh mereka. Yang berbeza ialah dari segi liputan dan bidang peranan tersebut dalam konteks memenuhi hendak salam iaitu nilai kesejahteraan yang dikehendaki. Kewaban yang berbeza-beza dan peranan yang berlainan di dlam usaha setiap golongan untuk mencapai tujuan murni tersebut adalah lumrah dan ini sudah pastinya akan diperlihatkan dalam perpektif yang berbeza-beza. Di titik ini akan ditekankan kepaa perpektif salam yang berlainan yang dimainkan oleh golongan-golongan yang berbeza ini di dalam usaha mereka secara insat dan sedar serta mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai natijah yang sama. Salam tersebut akan dilihat daripada empat perpektif yang juga secara sekaligus dapat mencerminkan dairpada golongan manakah yang secara relevan memain peranan berkenaan mengikut kesesuaiannya dan adalah seperti berikut:
3.1.1      allah swt berfirman di dalam surah Al-Qadar ayat 4 dan 5 dan
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
                5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan roh dengan izin Tuhannya daripada setiap urusan. Selamat ia (malam itu) hingga naik fajar.
Pengeritan: Bermula dari masa Nabi saw dibangkitkan menjadi Rasul hingga tamat pemerintahan Mu’awiah pada tahun 61 hijrah merupakan zaman selamat dan sejahtera dari semua ancaman, bencana dan penakhlukan. Selepas daripada tempoh itu, Negara Islam telah dilanda pelbagai bencana. Pencapaian yang sebegini rupa adlah hasil daripada suaha gigih dan komitmen golongan Al-Hur di dalam usaha mereka mereka mewujudkan system tunggal yang melibatkan keselarasan di antara kedua-dua system pemerintahan iaitu Hablin mina Allah dan Hablin mina Nas-
                Berpegang kepada tali (agama) allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.
Usaha gigih ini diperjuangkan melalui pelbagai cara dan peringkat seperti penerapan Ideologi serta polisi, perlaksanaan peraturan, baik social mahupun undang-undang, dasar-dasar sosio-ekonomi yang berkesan, tahap psilologi dan iman yang teguh. Ssemuanya perkara ini dilaksanakan di semua peringkat institusi social dan individu. Demikianlah perspektif salam yang diberikan oleh golongan Al-Hur ini kepada masyarakat secara keseluruhannya iaitu telah diwujudkan system pemerintahan yang tunggal yang dihidangkan kepada masyarakat yang penuh dengan nikmat dan kesejahteraan sehingga menjadi suatu Daulah yang selesa untuk beribadat dalam pengertian yang amat luas.
3.1.2      Salam dalam perpektif penghargaan, penghormatan dan ucapan tahniah terhadap mereka yang berjasa dan Berjaya di dalam sesuatu usaha (orang beriman).
3.1.2.1   Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Ahzab ayat 44:
Terjemahannya
Ucapan penghormatan pada hari mereka menemui Tuhannya ialah: “Salam” dan dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.
Pengertian: Orang-orang mukmin yang sudah diberi pencerahan ke atas konsep “bapa” ke atas Nabi saw telah keluar dari kegelapan fahaman mereka yang asal dan setelah perubahan tersebut mereka layak diucapkan salam ke atas mereka dan mereka pula meningkat ke tahap iman yang lebihh tinggi iaitu mereka menyebut nama allah banyak-banyak serta bertasbih kepadaNya pagi dan petang. Natijahnya mereka layak diberi penghormatan salam kepada mereka. Ringkasnya kejayaan mereka meninggalkan fahaman yang salah dan berpegang kepada yang benar melayakkan mereka diberi penghormatan dengan salam. Hal yang demikian boleh berlaku kepada golongan yang insaf dan bercita-cita  menjunjung kebenaran di dalam masyarakat. Manakala mereka yang memberi penghormatan dan penghargaan pula terdiri daripada mereka yang amat mengerti dengan nilai-nilai kebenaran ini malah sudah menjadi pandangan dan nilai hidup mereka.
3.1.2.2   allah swt berfirman lagi di dalam Surah Al-Saffat ayat 79, 109, 120, 130 dan 181 yang terjemahannya ialah:
Ayat 79:
Salam kehormatan untuk Nuh di antara bangsa-bangsa.
Ayat 109:
Salam kehormatan untuk Ibrahim.
Ayat 120:
Salam kehormatan untu Musa dan Harun.
Ayat 130:
Salam kehormatan untuk Ilias.
Ayat 181:
Salam kehormatan untuk Rasul-Rasul.
Pengerian: Setiap seorang daripada Nabi yang disebut di atas telah melaksanakan kebaikan sebagaimana yang dituntuk oleh Allah ke atas mereka sehingga jasa-jasa mereka membawa manafaat yang amat besar kepada generasi kemudian daripada mereka. Penyaksian ini telah ditegaskan oleh allah sendiri di dalam ayat 78, 108, 119 dan 129 dalam surah yang sama yang bermaksud: Dan Kami tinggalkan nama baiknya kepada generasi yang kemudian. Penghargaan allah swt ke atas para nabi tersebut telah dirakamkan oleh Allah swt di dalam ayat 131 Surah al-Safaat.
Terjemahannya. “Begitulah Kami membalas kepada mereka yang membuat kebaikan.”
Secara padat telah digambarkan bahawa ucapan salam berhak diterima oleh sesiapa setelah kerja-kerja kebaikan telah dilaksanakan, sekaligus membawa erti bahawa kedua-dua pihak sama ada pihak yang memain peranan untuk melaksana kebaikan telah memainkan peranan mereka dan pihak yang memberi penghargaan ucapan salam tersebut telah menyaksi bahawa amalan kebaikan berkenaan telah menepati dengan nilai dan jalan yang sepatutnya.
3.1.2.3   Nilai penghargaan dan penghormatan yang sama dapat dilihat oleh ahli syurga iaitu sepertimana firman allah dalam surah Ya Sin.
Terjemahannya.
Ayat 55:
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu sibuk leka dalam kesenangan.
Ayat 56,
Mereka dan isteri-isterinya di tempat yang teduh berlteaku (bersantai) di atas pelamin.
Ayat 57:
Untuk mereka di dalamnya ada buah-buahan dan bagi mereka apa yang mereka minta.
Ayat 58:
Sejahtera sebagai ucapan daripada Tuhan yang penyayang.
3.1.2.4   Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Furqan ayat 63:
Terjemahannya: Dan hamba-hamba ar-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengna sopan santun dan apabila orang yang bodoh menghadapkan perkataan kepada mereka dijawabnya selamat.
Pengertian: Hamba-hamba yang bersifat ar-Rahman ialah mereka yang ada berhubungan dengan nur tajalli Illahi melalui ma’rifat latifah sirriyahnya kepada tajalli A’zam. Cara lain ialah mereka ini bersahabat dengan orang yang hamper iaitu mereka yang berhubung dengan nur tajalli Illahi tersebut. Sifat-sifat ini dimiliki oleh ahli-ahli jihad di mekah. Pada masa peperangan, ahli-ahli jihad ini, berjalan ke medan peperangan secara bermegah dan bangga diri, namun pada masa aman, mereka ini amat merendah diri sahaja yakni padsa masa aman mereka inilah yang berjalan di bumi dengna sopan santun dan inilah gambaran sifat orang yang menjadi hamba Tuhan. Pada masa ini, apabila orang bodoh menghadap perkataan kepada mereka, mereka menjawab “selamat”.
3.1.3      Salam dalam perpektif ucapan sebagai tanda  pengharapan baik dan potimis pihak yang benar ke atas pihak yang batil tanpa sebarang kekecewaan dairpada mereka.
3.1.3.1   Allah swt berfirman di dalam Surah Maryam pada ayat 47 dan terjemahannya ialah:
Nabi Ibrahim berkata “Semoga kamu selamat sejahtera. Aku akan memohon ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku”.
Pengertian: Nabi Ibrahim telah mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya lantaran peristiwa perselisihan pendapat di antara beliau dengan bapanyaseperti mana yang digambarkan oleh surah ini (Surah Maryam) iaitu “Bapanya menjawab: Apakah engkau benci kepada Tuhan-Tuhanku? Jika engkau (berdakwah) nescaya engkau akan aku lempar dengan batu. Dan tinggalah aku (pergilah) dalam waktu yang lama. (ayat 46). Nabi Ibrahim berkata “Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu dan juga daripada yang kamu sembah selain dari allah. Dan aku akan berdoa kepada Tuhanku. Semoga aku tidak kecewa dengan doaku kepada Tuhanku” (ayat 48).bagi mereka yang bebas dan berjiwa besar, berpegang kepada prinsip kebenaran apabila membuat seruan dan menghambur pemikiran dan ideology yang mereka yakini akan sentiasa potimis dan mengharapkan pihak yang didakwah tersebut di sesuaut masa kelak akan menerima jua apa-apa yagn baik dan bernilai itu. Demikianlah mereka sentiasa mengucapkan salam mereka kepada golongan ini walaupun mereka tidak menerima.
3.1.3.2   Allah swt berfirman lagi di dalam Surah Qashas ayat 55 dan terjemahannya ialah:
Terjemahannya: Dan apabila mendengar perkataan yang sia-sia mereka berpaling dan mereka berkata “Untuk kamilah amal-amal kami; dan untuk kamulah amal-amal kamu; mudah-mudahan sejahtera atas kamu, kami tidak mahu orang jahil”
Pengertian: Selain daripada golongan yang mendapat ganjaran dua kali iaitu mereka yang sudah beriman dengan Taurat Musa kemudiannya beriman pula dengan al-Quran kerana kedua-duanya berasaskan kepaa tujuan yang sama dan al-Quran adalah yang mempunyai matlamat yang tinggi seperti mana yang dikehendaki oleh Musa juga, terdapat golongan lain yang terlalu memperincikan ke atas cerita-cerita tertentu yang tidak bermanfaat. Mereka ini menghalusi tentang perkara yang remeh-temeh sahaja seperti tentang sejarah Adam as bersabit dengan bagaimana ia dilahirkan, berapa umurnya dan demikian juga tentang perincian mereka ke atas Nuh, sedangkan bahagian ini tidak diperlukan untuk memahami maksud sebenar yang dibawa oleh Musa as dan Muhammad saw. Semua dongeng ini adalah daripada cerita bangsa Yahudi. Lantaran itu golongan pertama tadi berpaling secara menyeluruh daripada golongan kedua itu kerana mereka faham bahawa perkara seperti itu kosong dan tidak membawa kepada matlamat Taurat dan al-Quran. Di atas kepercayaan inilah mereka mengucapkan “Untuk kamilah amal-amal kami dan untuk kamulah amal-amal kamu; mudah-mudahan sejahtera atas kamu iaitu Kami tidak mahu orang jahil” mereka ini tidak kecewa juga tidak berputus asa dan tidak berkecil hati berhadapan dengna golongan yang lebih rendah taraf pemikiran berbanding ciri mereka, malah menunjukkan sikap dan jiwa besar mereka dan potimis dalam bentuk pengucapan salam tersebut dengan harapan di suatu masa nanti golongan ini akan mendapat petunjuk jua.
3.1.4      Salam dalam perspektif bekerjasama dan sumpah setia kawan seperjuangan.
3.1.4.1   allah swt berfirman dalam surah Al-An’am. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih saying”)
Terjemahannya:
54. apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepada mu, maka katakanlah: “Salamun-alai kum) . tuhanmu telah menetapkan atas diri_Nya kasih saying). (iaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan”). Kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Maka katakanlah “Mudah-mudahan keselamatan atas kamu) (salamum alaikum)
Pengertian: Ini adalah anjuran Allah swt kepada Nabisaw agar mengucapkan “Assalamualaikum” kepaa mereka yang beriman dari kalangan orang desa yang fakir dan miskin. Mereka mempunyai niat yang baik untuk beriman kepada Nabi saw kerana ingin menyertai Jemaah Nabi saw tidak boleh menyombong diri daripad mereka. Mereka ini jauh lebih baik dairpada kalangan orang besar dan kaya dari kalangan Bandar yang bertamadun tinggi seperti Kaisar dan Kisra. Mereka ini (Kaisar dan Kisra) tidak dapat bersama Nabi malah mereka mendakwa bahawa: “Kami dari kalangan orang Bandar yang bertamadun, sedangkan mereka adalah orang desa. Kami lebih tahu dan lebih tinggi daripada mereka tentang pengetahuan agama, tamadun dan cara berkumpulan dan berjemaah” jadi ucapan salam diberi sebagai tanda wujudnya stu persetujuan bersama untuk memeterai kerjasama bagi tujuan perjuangan murni dlam bentuk organisasi sebagai ikatan yang berpanjangan.
4.0          Rumusan
4.1          Daripada analisis yang diperolehi bolehlah drumuskan bahawa:
4.1.1      Ucapan salam dalam bentuk pernyataan untuk menggambarkan bahawa telah diwujudkan suasana yang sejahtera dan selamat dalam bentuk daulah hasil dairpada peranan golongan yang menepati kehendak Malail a’la iaitu dicipta oleh golongan seperti mereka yang bebas daripada amalan syirik, patuh dan penegak keadidlan, berideologi al-Quran, komited, negarawan serta pentadbir-pentadbir yang dekap yang menzahirkan peraturan-peraturan yang selamat.
4.1.2      Ucapan salam ke atas mereka yang berjasa kepada masyarakat oleh golongan yang bertanggungjawab.
4.1.3      Ucapan salam ke atas mereka yang Berjaya meninggalkan perkara batil oleh golongan yang berilmu dan komited menyampaikan ilmu tersebut untuk membentuk masyarakat yang bertamdun tinggi. Dengan kata lain, golongan pendakwah tidak jemu-jemu memberi petunjuk agar mereka yang didakwah dibuka dada dan fikiran untuk menerima kebaikan (salam) di suaut masa kelak.
4.1.4      Ucapan salam sebagai tanda menerima semangat untuk bekerjasama dalam suatu usaha kepentingan bersama dan setia di dalam sesuaut ikatan untuk melaksanakan amalan-amalan yang murni.
4.2          dengan demikian, tidaklah aneh apabila didapati bahawa salam sesuaut ketua eksekutif I dalam sesuaut Negara kepada rakyatnya ialah komitmen yang amat tinggi untuk membuat segala kebijakan dan kebijaksanaan yang bertujuan mengzahirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dalam semua aspek penghidupan secara keseluruhannya dan bukanlah menjadi salam seandainya usaha-usaha yang dibuat membawa bencana kepada orang ramai dan merosakkan bumi. Badan-badan lain seperti Kehakiman dan Perundangan juga tidak terkecuali dairpada komitmen ini.
4.3          Demikian juga salam guru kepada murid bermakna komitmen untuk menyelamatkan murid dadripada kebodohan tertentu melalui pengajaran dan pendidikan yang baik yang dengan secara praktik diterima murid secara harmoni. Salam penghormatan kepada guru daripada murid ialah komitmen untuk menjada bagi menjamin hasil yang baik terpelihara dan mapan.
5.0          Kesimpulan dan Penutup
5.1          Matlamat salam yang terakhir untuk dicapai ialah apabila telah wujud suatu tahap kebaikan di mana boleh dihebohkan bahawa bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung telah dihampari dan dipayungi tiap-tiap satunya dengna taburan kesejahteraan dan cucuran nikmat dan rahmat yang terzahir daripada system yang tunggal yang Berjaya diwujudkan oleh warganya dan akhirnya terjadilah suatu Daulah yang selesa dan harmoni untuk beribadat secara pengertian yang luas.

TAMAT.

Wednesday, November 13, 2019

Benarkah Nabi Muhammad (S.A.W.) Buta Huruf (ummī)?

Benarkah Nabi Muhammad (S.A.W.) Buta Huruf (ummī)?

    Satu mukjizat yang nyata pada Al-Qurʾān al-ʿaẓīm yang amat menonjol pada zaman ilmu ini ialah isinya yang terbukti benar. Zaman ini adalah zaman yang dipenuhi dengan karya-karya sastera yang agung, zaman tulis baca yang merangkumi seluruh manusia, zaman pengetahuan dan pengkajian sains yang tinggi, zaman manusia berfikir secara rasional; tetapi Al-Qurʾān masih dapat mempertahankan kebenarannya.

    Jika Al-Qurʾān dikatakan sebuah karya sastera, maka nilai estatika dengan bahasa dan gayanya masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana karya sastera pun di dunia ini. Jika Al-Qurʾān dikatakan sebuah kitab moden, maka kitab ini melahirkan banyak cabang ilmu seperti ilmu kemasyarakatan (ilmu tauhid), politik dan ilmu-ilmu lain. Jika Al-Qurʾān dikatakan sebuah kitab falsafah, maka kitab ini belum tertanding akan ketinggian falsafahnya. Keadaan ini amat jelas, kerana tiga per empat dari kandungannya terdiri dari ayat-ayat yang berfalasafah yang dinamakan ayat-ayat mutashābihāt. Makin dikaji ayat-ayat ini; makin jelas terbukti kebenaran hikmahnya. Al-Qurʾān inilah satu-satunya pusaka yang juga dikatakan mukjizat Nabi Muḥammad (S.A.W.)

    Al-Qurʾān telah membuktikan terhapusnya suatu kebodohan manusia dalam masalah buta huruf, sebab pengajarannya yang pertama ialah menganjurkan supaya manusia pandai menulis dan membaca. Dengan pengetahuan menulis dan membaca itu manusia akan meninggalkan banyak karya falsafah, agama dan sebagainya yang akan diwarisi kepada generasi yang kemudian. Al-Qurʾān adalah sebagai bukti yang jelas bahawa zaman ini adalah zaman persuratan yang amat hebat, dan membuktikan bahawa mukjizat itu mengatasi semua hasil persuratan pada zamannya.

    Apabila kita merenung kepada kebangkitan zaman persuratan sekarang ini dengan pesatnya, semuanya bergantung kepada hasil persuratan. Dalam penulisan semua ilmu falsafah dan agama dengan melihat kepada anjuran-anjuran Al-Qurʾān, dan Al-Qurʾān juga adalah salah sebuah karya yang terbesar; maka apakah pengajaran utama Al-Qurʾān dan adakah Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu seorang yang buta huruf – seorang yang tidak tahu membaca dan menulis?

    Sesiapapun akan merasa hairan apabila dikatakan bahawa Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu tidak pandai menulis dan membaca berdasarkan kepada istilah ummī yang terdapat pada ḥadīth-ḥadīth dan Al-Qurʾān khususnya pada zaman moden sekarang. Pendapat yang mengatakan Nabi Muḥammad (S.A.W.) adalah seorang yang buta huruf menjatuhkan martabat baginda dan amat memalukan.

    Amat mustahil daripada seorang yang buta huruf dapat memimpin umat pada satu zaman yang maha agung. Adakah Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu dikatakan buta huruf mengikut maksud istilah ummī; atau kerana kebodohan dan kebebalan kita tidak mengkaji dengan teliti dengan sebenarnya kandungan yang diperkatakan oleh Al-Qurʾān dengan istilah ummī itu.

    Pelbagai alasan diberikan untuk menetapkan bahawa Rasūl Allāh (S.A.W.) itu sesungguhnya buta huruf dengan tujuan menafikan bahawa baginda tidak menulis Al-Qurʾān itu atau baginda meniru dari kitab-kitab agama lain yang terdahulu. Dalam satu ḥadīth pernah dikatakan bahawa Nabi (S.A.W.) berdoa supaya baginda dimasukkan ke dalam golongan umat-umat ummī. Al-Qurʾān banyak menyebut tentang ummī, sebagaimana Allāh berfirman:

Katakanlah kepada Ahl al-Kitab dan umat ummī: “Adakah kamu Islām?”. Maka mereka telah mendapat petunjuk. (Al-Qurʾān: 3: 20).

Allāh berfirman lagi pada surah yang sama:

Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak berdosa kami menganiayai orang ummī yang tidak sama dasar dengan kami. (Al-Qurʾān: 3: 75).

    Di sini, istilah ummī menggambarkan satu umat sebagaimana dimaksudkan kepada umat Yahudi dan Naṣārā; dan umat ummī yang dimaksdkan itu ialah umat Quraish yang pintar dan berilmu, luas pengalaman dan masih berdikari, bebas dari penjajahan besar pada zaman itu iaitu kerajaan Rom Timur dan Parsi. Umat ummī inilah yang dimaksudkan oleh Allāh taʿālā sebagai umat terpilih yang akan lahir seorang nabi dari kalangan mereka untuk memimpin manusia hingga ke akhir zaman. Umat Quraish yang ummī ini terpilih dari kalangan bangsa ʿArab dengan tamadun induknya masih kekal.

    Dalam umat ummī inilah Allāh melahirkan seorang rasūl sebagaimana firman-Nya:

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang (ʿArab) yang Ummīyyīn, seorang Rasūl (Muḥammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allāh dan membersihkan mereka serta mengajarkan mereka Kitab Allāh dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Qurʾān: 62: 2).

    Rasūl yang dibangkitkan oleh Allāh dalam kalangan umat ummī ini ialah Nabi Muḥammad (S.A.W.)

    Adakah semua umat ummī ini tidak pandai menulis dan membaca? Inilah satu kekeliruan besar yang pernah diperkatakan oleh para ʿulamāʾ Islām mengenai Nabi Muḥammad (S.A.W.) Mereka telah merendahkan martabat Nabi Muḥammad (S.A.W.) kerana tidak teliti dalam memahami kalimah-kalimah Al-Qurʾān; tetapi mereka mengatakan alasan itu adalah untuk mempertahankan Nabi Muḥammad (S.A.W.)

    Maksud umat ummī di sini sudah jelas ditujukan kepada umat terpilih yang diisyaratkan oleh Allāh kepada Ibrāhīm (A.S.) dengan kalimah:

umat yang berserah diri kepadamu, (Al-Qurʾān: 2: 128).

    Umat yang berserah diri kepada Allāh itu ialah bangsa Quraish. Dan maksud umat ummī itu ialah umat yang lebih mengutamakan amali daripada teori. Maksudnya, umat yang menjadikan contoh dalam pelaksanaan perjuangan, umat yang tinggi tahap pencapaian amali berbanding dengan umat-umat lain. Nabi Muḥammad (S.A.W.) adalah pemimpin umat ummī ini. Umat ini tidak bercakap sahaja, malah membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Maka perbuatan dan kelakuan Nabi (S.A.W.) dijadikan sunnah yang menjadi ikutan orang yang kemudian. Itulah sebabnya falsafah dan hukum dari Al-Qurʾān diambil dan dicontohi daripada perbuatan Nabi (S.A.W.); kerana baginda tidak menyebut sesuatu melainkan baginda membuatnya.

    Al-Qurʾān berbeza daripada kitab-kitab yang lain seperti Zabur, Taurāt dan Injīl yang tidak mengandungi hukum-hukum selain daripada falsafah atau hikmah untuk memperbaiki akhlak umat, kerana tidak perlu mengutamakan amali. Keadaan Al-Qurʾān tidak demikian. Al-Qurʾān mengandungi hikmah atau falsafah yang diteruskan dengan hukum kepada manusia dan hukum-hukum itu hendaklah diamalkan secara fizikal. Maka Allāh (S.W.T.) mengatakan bahawa bangsa yang diutuskan Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu ialah umat ummī dan rasūlnya mestilah seorang yang ummī juga.

    Umat ummī ini ialah umat yang terpilih. Umat yang menjadi contoh untuk semua manusia, iaitu umat yang lebih banyak bekerja untuk memajukan agama, negara dan seluruh manusia – bukan umat yang banyak bercakap dan membentangkan teori itu dan teori ini.

    Umat ummī yang dikatakan itu bukannya Nabi (S.A.W.) seorang sahaja, malah semua bangsa ʿArab yang berjuang bersama-sama baginda adalah umat ummī.

    Di sini kita perlu menyebut satu kekeliruan yang pernah dikatakan kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.), bahawa beliau diutus dalam umat jahiliyah, bodoh dan tidak bertamadun. Mungkinkah mereka dapat menerima segala pengajaran rasūl? Mungkinkah seorang yang bodoh dan bebal menerima pengetahuan daripada seorang profesor? Hanya umat yang pintar dan bijaksana, luas pemikiran dapat menerima pengajaran rasūl, sebagaimana hanya mahasiswa yang cerdik dapat menerima pengajaran yang tinggi daripada seorang profesor.

    Maka umat ummī ini (umat Quraish) adalah satu bangsa yang bertamadun beribu tahun yang lalu. Mereka daripada keturunan Semite. Bangsa Semite ini sudah mulai tamadun sejak beribu tahun yang lalu di Babylon (Syria) dan Ethiopia. Serpihan daripada keturunan yang agung ini tersebar ke tanah ʿArab, Mekah yang dinamakan Quraish.

    Kebanyakan nabi diutus dalam umat yang bertamadun – bukan diutus kepada umat jahiliyah yang buta huruf; kerana umat yang bertamadun itu sanggup menerima pengajaran yang tinggi yang mengandungi falsafah, kerana mereka mempunyai persediaan yang cukup dengan kepintaran dan pengetahuannya.

    Sebenarnya, pada zaman itu ada tiga golongan bangsa ʿArab. Pertama, bangsa ʿArab Al-Badawah  iatu penduduk asli yang mendiami kawasan dusun dan padang pasir. Kedua, bangsa ʿArab yang dinamakan ʿArab al-ʿAribah, iaitu bangsa ʿArab yang sudah bercampur keturunannya. Dua bangsa ʿArab ini tidak pintar kerana kedudukan dan pergaulan mereka yang terhad. Manakala golongan ketiga ialah ʿArab Al-Mastaʿribah iaitu berasal dari keturunan Ibrāhīm (A.S.).Golongan inilah yang dipilih oleh Allāh (S.W.T.) seorang rasūl iaitu Nabi Muḥammad (S.A.W.).  

    Adapun maksud istilah jahiliyah atau hilang pedoman itu bukan bererti bodoh atau tidak berilmu; tetapi orang jahiliyah ini hanya terlalu bersikap perkauman dan fanatik kepada keturunan sendiri. Mereka bersuku-suku. Untuk memperbesarkan suku keturunan itu hingga membawa kepada peperangan dan perkelahian. Mereka membuat berhala untuk suku mereka dalam Kaʿbah. Dalam keadaan persukuan perkauman dan perseteruan inilah Allāh bangkitkan seorang rasūl untuk menyatukan mereka semula. Pengetahuan mereka sudah dalam. Itulah sebabnya, apabila para sahabat Rasūl Allāh (S.A.W.) menerima Islām, mereka mudah memahami sesuatu ilmu yang tinggi dari Al-Qurʾān. Mereka dipimpin ke dalam persatuan umat setelah mereka berpecah kerana kepentingan diri masing-masing; sebagaimana dinyatakan Allāh keadaan mereka dengan firmanNya:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allāh (agama Islām), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allāh kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allāh menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allāh itu orang Islām yang bersaudara. (Al-Qurʾān: 3: 103).

    Dua kekeliruan ini sering ditonjolkan orang kepada kita. Mereka mengatakan Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu buta huruf dan dibangkitkan pada zaman jahiliyah yang gelap gelita. Bolehkah seorang yang buta huruf yang dilahirkan dalam umat yang kuno dapat menyelaraskan pengajaran yang berhikmah seperti Al-Qurʾān ke seluruh dunia? Mungkinkah kaum yang primitif dapat melahirkan seorang nabi? Kemungkinan ini hanya berlaku dari satu bangsa yang besar dapat melahirkan pengajaran yang besar.

    Marilah kita melihat Nabi Muḥammad (S.A.W.) sebagai pemimpin yang mengutamakan amali daripada teori dalam pengertian istilah ummī, - bukannya seorang yang buta huruf dalam kalangan umat jahiliyah. Allāh Maha Mengetahui.

(NHA03-05-15)

Muqadimah takwil quran.
Haji nik mohd Salleh haji wan Musa.

Tafsir hakm.