Wednesday, November 27, 2019
SALAM
Wednesday, November 13, 2019
Benarkah Nabi Muhammad (S.A.W.) Buta Huruf (ummī)?
Benarkah Nabi Muhammad (S.A.W.) Buta Huruf (ummī)?
Satu mukjizat yang nyata pada Al-Qurʾān al-ʿaẓīm yang amat menonjol pada zaman ilmu ini ialah isinya yang terbukti benar. Zaman ini adalah zaman yang dipenuhi dengan karya-karya sastera yang agung, zaman tulis baca yang merangkumi seluruh manusia, zaman pengetahuan dan pengkajian sains yang tinggi, zaman manusia berfikir secara rasional; tetapi Al-Qurʾān masih dapat mempertahankan kebenarannya.
Jika Al-Qurʾān dikatakan sebuah karya sastera, maka nilai estatika dengan bahasa dan gayanya masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana karya sastera pun di dunia ini. Jika Al-Qurʾān dikatakan sebuah kitab moden, maka kitab ini melahirkan banyak cabang ilmu seperti ilmu kemasyarakatan (ilmu tauhid), politik dan ilmu-ilmu lain. Jika Al-Qurʾān dikatakan sebuah kitab falsafah, maka kitab ini belum tertanding akan ketinggian falsafahnya. Keadaan ini amat jelas, kerana tiga per empat dari kandungannya terdiri dari ayat-ayat yang berfalasafah yang dinamakan ayat-ayat mutashābihāt. Makin dikaji ayat-ayat ini; makin jelas terbukti kebenaran hikmahnya. Al-Qurʾān inilah satu-satunya pusaka yang juga dikatakan mukjizat Nabi Muḥammad (S.A.W.)
Al-Qurʾān telah membuktikan terhapusnya suatu kebodohan manusia dalam masalah buta huruf, sebab pengajarannya yang pertama ialah menganjurkan supaya manusia pandai menulis dan membaca. Dengan pengetahuan menulis dan membaca itu manusia akan meninggalkan banyak karya falsafah, agama dan sebagainya yang akan diwarisi kepada generasi yang kemudian. Al-Qurʾān adalah sebagai bukti yang jelas bahawa zaman ini adalah zaman persuratan yang amat hebat, dan membuktikan bahawa mukjizat itu mengatasi semua hasil persuratan pada zamannya.
Apabila kita merenung kepada kebangkitan zaman persuratan sekarang ini dengan pesatnya, semuanya bergantung kepada hasil persuratan. Dalam penulisan semua ilmu falsafah dan agama dengan melihat kepada anjuran-anjuran Al-Qurʾān, dan Al-Qurʾān juga adalah salah sebuah karya yang terbesar; maka apakah pengajaran utama Al-Qurʾān dan adakah Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu seorang yang buta huruf – seorang yang tidak tahu membaca dan menulis?
Sesiapapun akan merasa hairan apabila dikatakan bahawa Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu tidak pandai menulis dan membaca berdasarkan kepada istilah ummī yang terdapat pada ḥadīth-ḥadīth dan Al-Qurʾān khususnya pada zaman moden sekarang. Pendapat yang mengatakan Nabi Muḥammad (S.A.W.) adalah seorang yang buta huruf menjatuhkan martabat baginda dan amat memalukan.
Amat mustahil daripada seorang yang buta huruf dapat memimpin umat pada satu zaman yang maha agung. Adakah Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu dikatakan buta huruf mengikut maksud istilah ummī; atau kerana kebodohan dan kebebalan kita tidak mengkaji dengan teliti dengan sebenarnya kandungan yang diperkatakan oleh Al-Qurʾān dengan istilah ummī itu.
Pelbagai alasan diberikan untuk menetapkan bahawa Rasūl Allāh (S.A.W.) itu sesungguhnya buta huruf dengan tujuan menafikan bahawa baginda tidak menulis Al-Qurʾān itu atau baginda meniru dari kitab-kitab agama lain yang terdahulu. Dalam satu ḥadīth pernah dikatakan bahawa Nabi (S.A.W.) berdoa supaya baginda dimasukkan ke dalam golongan umat-umat ummī. Al-Qurʾān banyak menyebut tentang ummī, sebagaimana Allāh berfirman:
Katakanlah kepada Ahl al-Kitab dan umat ummī: “Adakah kamu Islām?”. Maka mereka telah mendapat petunjuk. (Al-Qurʾān: 3: 20).
Allāh berfirman lagi pada surah yang sama:
Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak berdosa kami menganiayai orang ummī yang tidak sama dasar dengan kami. (Al-Qurʾān: 3: 75).
Di sini, istilah ummī menggambarkan satu umat sebagaimana dimaksudkan kepada umat Yahudi dan Naṣārā; dan umat ummī yang dimaksdkan itu ialah umat Quraish yang pintar dan berilmu, luas pengalaman dan masih berdikari, bebas dari penjajahan besar pada zaman itu iaitu kerajaan Rom Timur dan Parsi. Umat ummī inilah yang dimaksudkan oleh Allāh taʿālā sebagai umat terpilih yang akan lahir seorang nabi dari kalangan mereka untuk memimpin manusia hingga ke akhir zaman. Umat Quraish yang ummī ini terpilih dari kalangan bangsa ʿArab dengan tamadun induknya masih kekal.
Dalam umat ummī inilah Allāh melahirkan seorang rasūl sebagaimana firman-Nya:
Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang (ʿArab) yang Ummīyyīn, seorang Rasūl (Muḥammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allāh dan membersihkan mereka serta mengajarkan mereka Kitab Allāh dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Qurʾān: 62: 2).
Rasūl yang dibangkitkan oleh Allāh dalam kalangan umat ummī ini ialah Nabi Muḥammad (S.A.W.)
Adakah semua umat ummī ini tidak pandai menulis dan membaca? Inilah satu kekeliruan besar yang pernah diperkatakan oleh para ʿulamāʾ Islām mengenai Nabi Muḥammad (S.A.W.) Mereka telah merendahkan martabat Nabi Muḥammad (S.A.W.) kerana tidak teliti dalam memahami kalimah-kalimah Al-Qurʾān; tetapi mereka mengatakan alasan itu adalah untuk mempertahankan Nabi Muḥammad (S.A.W.)
Maksud umat ummī di sini sudah jelas ditujukan kepada umat terpilih yang diisyaratkan oleh Allāh kepada Ibrāhīm (A.S.) dengan kalimah:
umat yang berserah diri kepadamu, (Al-Qurʾān: 2: 128).
Umat yang berserah diri kepada Allāh itu ialah bangsa Quraish. Dan maksud umat ummī itu ialah umat yang lebih mengutamakan amali daripada teori. Maksudnya, umat yang menjadikan contoh dalam pelaksanaan perjuangan, umat yang tinggi tahap pencapaian amali berbanding dengan umat-umat lain. Nabi Muḥammad (S.A.W.) adalah pemimpin umat ummī ini. Umat ini tidak bercakap sahaja, malah membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Maka perbuatan dan kelakuan Nabi (S.A.W.) dijadikan sunnah yang menjadi ikutan orang yang kemudian. Itulah sebabnya falsafah dan hukum dari Al-Qurʾān diambil dan dicontohi daripada perbuatan Nabi (S.A.W.); kerana baginda tidak menyebut sesuatu melainkan baginda membuatnya.
Al-Qurʾān berbeza daripada kitab-kitab yang lain seperti Zabur, Taurāt dan Injīl yang tidak mengandungi hukum-hukum selain daripada falsafah atau hikmah untuk memperbaiki akhlak umat, kerana tidak perlu mengutamakan amali. Keadaan Al-Qurʾān tidak demikian. Al-Qurʾān mengandungi hikmah atau falsafah yang diteruskan dengan hukum kepada manusia dan hukum-hukum itu hendaklah diamalkan secara fizikal. Maka Allāh (S.W.T.) mengatakan bahawa bangsa yang diutuskan Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu ialah umat ummī dan rasūlnya mestilah seorang yang ummī juga.
Umat ummī ini ialah umat yang terpilih. Umat yang menjadi contoh untuk semua manusia, iaitu umat yang lebih banyak bekerja untuk memajukan agama, negara dan seluruh manusia – bukan umat yang banyak bercakap dan membentangkan teori itu dan teori ini.
Umat ummī yang dikatakan itu bukannya Nabi (S.A.W.) seorang sahaja, malah semua bangsa ʿArab yang berjuang bersama-sama baginda adalah umat ummī.
Di sini kita perlu menyebut satu kekeliruan yang pernah dikatakan kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.), bahawa beliau diutus dalam umat jahiliyah, bodoh dan tidak bertamadun. Mungkinkah mereka dapat menerima segala pengajaran rasūl? Mungkinkah seorang yang bodoh dan bebal menerima pengetahuan daripada seorang profesor? Hanya umat yang pintar dan bijaksana, luas pemikiran dapat menerima pengajaran rasūl, sebagaimana hanya mahasiswa yang cerdik dapat menerima pengajaran yang tinggi daripada seorang profesor.
Maka umat ummī ini (umat Quraish) adalah satu bangsa yang bertamadun beribu tahun yang lalu. Mereka daripada keturunan Semite. Bangsa Semite ini sudah mulai tamadun sejak beribu tahun yang lalu di Babylon (Syria) dan Ethiopia. Serpihan daripada keturunan yang agung ini tersebar ke tanah ʿArab, Mekah yang dinamakan Quraish.
Kebanyakan nabi diutus dalam umat yang bertamadun – bukan diutus kepada umat jahiliyah yang buta huruf; kerana umat yang bertamadun itu sanggup menerima pengajaran yang tinggi yang mengandungi falsafah, kerana mereka mempunyai persediaan yang cukup dengan kepintaran dan pengetahuannya.
Sebenarnya, pada zaman itu ada tiga golongan bangsa ʿArab. Pertama, bangsa ʿArab Al-Badawah iatu penduduk asli yang mendiami kawasan dusun dan padang pasir. Kedua, bangsa ʿArab yang dinamakan ʿArab al-ʿAribah, iaitu bangsa ʿArab yang sudah bercampur keturunannya. Dua bangsa ʿArab ini tidak pintar kerana kedudukan dan pergaulan mereka yang terhad. Manakala golongan ketiga ialah ʿArab Al-Mastaʿribah iaitu berasal dari keturunan Ibrāhīm (A.S.).Golongan inilah yang dipilih oleh Allāh (S.W.T.) seorang rasūl iaitu Nabi Muḥammad (S.A.W.).
Adapun maksud istilah jahiliyah atau hilang pedoman itu bukan bererti bodoh atau tidak berilmu; tetapi orang jahiliyah ini hanya terlalu bersikap perkauman dan fanatik kepada keturunan sendiri. Mereka bersuku-suku. Untuk memperbesarkan suku keturunan itu hingga membawa kepada peperangan dan perkelahian. Mereka membuat berhala untuk suku mereka dalam Kaʿbah. Dalam keadaan persukuan perkauman dan perseteruan inilah Allāh bangkitkan seorang rasūl untuk menyatukan mereka semula. Pengetahuan mereka sudah dalam. Itulah sebabnya, apabila para sahabat Rasūl Allāh (S.A.W.) menerima Islām, mereka mudah memahami sesuatu ilmu yang tinggi dari Al-Qurʾān. Mereka dipimpin ke dalam persatuan umat setelah mereka berpecah kerana kepentingan diri masing-masing; sebagaimana dinyatakan Allāh keadaan mereka dengan firmanNya:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allāh (agama Islām), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allāh kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allāh menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allāh itu orang Islām yang bersaudara. (Al-Qurʾān: 3: 103).
Dua kekeliruan ini sering ditonjolkan orang kepada kita. Mereka mengatakan Nabi Muḥammad (S.A.W.) itu buta huruf dan dibangkitkan pada zaman jahiliyah yang gelap gelita. Bolehkah seorang yang buta huruf yang dilahirkan dalam umat yang kuno dapat menyelaraskan pengajaran yang berhikmah seperti Al-Qurʾān ke seluruh dunia? Mungkinkah kaum yang primitif dapat melahirkan seorang nabi? Kemungkinan ini hanya berlaku dari satu bangsa yang besar dapat melahirkan pengajaran yang besar.
Marilah kita melihat Nabi Muḥammad (S.A.W.) sebagai pemimpin yang mengutamakan amali daripada teori dalam pengertian istilah ummī, - bukannya seorang yang buta huruf dalam kalangan umat jahiliyah. Allāh Maha Mengetahui.
(NHA03-05-15)
Muqadimah takwil quran.
Haji nik mohd Salleh haji wan Musa.
Tafsir hakm.
Monday, March 4, 2019
mereka yg berpegang dg ugama nenek moyang mereka
Jika mereka berdua mendesak supaya engkau mempersekutu aku dg sesuatu yg engkau dg fikiran sihat mu tidak mengetahui sungguh ada nya maka jangan lah engkau taat kp mereka . Surah Lukman ayat 15 . Maksud nya jika dua ibu bapa kamu menyuruh kamu shirik jangan lah kamu taat kp mereka , kefahaman ayat ini tidak harus ibu bapa memaksa anak mereka menerima seratus pratus pengajaran mereka tanpa d fahami , apbila anak itu faham dia mengikut , tetapi kemudian nya dia tinggal pada masa anak itu d nama kan se orang yg merdeka , jika anak itu mengikut secara paksa pasti berlaku shirik , jika bertembong dg mana mana hukum yg datang kp mereka , mereka tidak faham membeza antara kedua dn sukar menerima serentak , kerana pengajaran asal telah rosak yg merosak pemikiran nya , ini lah kesan paksaan ibu bapa terhadap anak secara semulajadi d kalangan manusia apbila ia keluar kp masyarakat . Demikian juga Pemerintah dg rakyat , ada pun Guru sekadar memberi pengenalan ilmu . Jika ada unsur melampau apbila d sebut kafir ia trus membenci tanpa menilai nya . Apabila d kata kp mereka turut lah apa yg telah d turun oleh Allah " mereka menjawab " bahkan kami hanya menurut apa yg kami dapati datuk nenek melakukan nya . Surah Lukman ayat 21 . Jangan lah engkau memalingkan muka mu kp manusia kp manusia dn jangan lah engkau berjalan d muka bumi dg berlagak sombong , sesungguh nya Allah tidak suka kp orang yg sombong lagi bangga diri . Surah Lukman 18 . Sekali pun seberat biji sawi serta tersembunyi d dlm batu besar atau d langit atau d bumi sudah tetap akan d bawa oleh Allahb (Tuhan mengetahui syirik kamu walau pun syirik yg kecil) surah Lukman ayat 16 . Kata Shayk perhatikan apa yg akan berlaku kp mereka yg shirik pd akhir nya , d sebab kan shirik dlm keluarga mereka mengikut perintah dn larang ibu bapa secara paksa tanpa faham dn soal yg membawa kesan akhir kp seseorang . Jika pengajaran d rumah itu betul maka akhirnya betul , jika pengajaran d rumah itu salah maka akhir nya salah . (Petikan dp tafsir hakim)
Hasan muhamad kg tok Ku.
Monday, February 25, 2019
SIAPAKAH YANG WAJIB PERGI HAJI.
SIAPAKAH YANG WAJIB PERGI HAJI.
Tidak dapat dinafikan pentingnya IBADAT HAJI sebagai rukun Islām yang kelima kepada perkembangan pemikiran dan persatuan umat Islām di seluruh dunia. Pentingnya bukan sahaja dipadang dari segi ibadat perseorangan, akan tetapi yang lebih utama dipandang dari segi PERSATUAN UMAT ISLĀM, yang merupakan “United nations” yang pertama dan terunggul bagi umat Islām. Mengunjungi Bait Allāh al- Ḥaram, yang disebut di dalam Al-Qurʾān sebagai Rumah pertama di dunia bagi umat Islām, menggiatkan kita seluruhnya kepada perjuangan Nabi Ibrāhīm AS yang telah berjaya meletakkan asas International Soceity bagi semua umat yang beragama mengikut Millah Ḥanīfī yang dibawa oleh Nabi Ibrāhīm AS itu.
Kunjungan untuk haji itulah satu-satunya jalan bagi umat Islām berkumpul kembali untuk menyatakan suka-duka, susah-senang dalam perkembangan fikiran dan pentadbiran dan bertukar-tukar fikiran untuk mencari jalan bagi terus berjuang memperkembangkan ajaran Islām ke seluruh dunia.
Akan tetapi, sekarang, ibadat haji hanya merupakan ibadat perseorangan, pertemuan umat Islām yang beku dan tidak bermaya, perhimpunan yang lebih merupakan tradisi dan memaknakan ibadat ini sebagai suatu perhimpunan untuk meminta ampun kepada Tuhan dengan perbuatan-perbuatan yang aneh dan sia-sia. Dan kalau dipandang secara kasar sahaja, kehadiran umat Islām ke Makkah adalah amat merugikan sama sekali. Wang dihabiskan ribuan ringgit dengan masa yang dibuang percuma, dan ketika peluang tidak ada yang dibawa selain daripada ‘adat Arab’ dengan jubah dan egal sahaja. Dan lagi paling tinggi disebut ‘Tok Haji”, sedangkan pemikirannya tidak bertambah, pengalamannya sebagai mubaligh Islām tidak bertambah, malah kadang-kadang lebih aniaya (zalim) lagi setelah pulang dari haji.
Oleh sebab kita tidak pernah mendalami agak sebentar mengenai tujuan ibadat haji yang mengandungi pengertian-pengertian politik dan berhubung langsung dengan kekuasaan yang ofensif dari Islām, maka kita telah dihanyutkan oleh pengertian-pengertian jumud beku (jumud) dan statik daripada ʿulamāʾ-ʿulamāʾ kita. Kita tidak diberi pengertian yang sebenar. Kita tidak diberi pentafsiran yang jujur terhadap ayat-ayat Al-Qurʾān mengenai ibadat haji ini. Kita hanya digalakkan untuk pergi haji, tetapi kita tidak diberitahu untuk apa. Sebab, setiap perhimpunan mempunyai maksud yang luas dan mempunyai pengertian yang berlainan daripada ibadat-ibadat perseorangan seperti sembahyang lima waktu atau puasa bulan Ramadan.
Sebenarnya kita telah dihanyutkan oleh ʿulamāʾ-ʿulamāʾ kita yang beku, statik dan anti-sejarah, sehingga kita tidak mengerti sedikit pun untuk apa kita pergi haji.
Di dalam Al-Qurʾān Tuhan telah menyeru seluruh umat Islām supaya pergi haji, dari jauh dan dekat, dari setiap penjuru dunia, dengan kenderaan dan berjalan kaki, mesti berkumpul dan melihat atau berbincang tentang apa sahaja masalah, dan melakukan korban sebagai ingatan terhadap pengorbanan nabi-nabi yang lalu dalam menegakkan Islām. Ini perlu kita melihat kepada sejarah perkembangan Islām dan mempelajarinya.
Di dalam Al-Qurʾān, surah al-Imrān ayat 6, menyebutkan:
Sesungguhnya rumah yang mula-mula diperbuat tempat manusia beribadat, ialah Baitullāh di Makkah, yang mempunyai berkat dan untuk petunjuk kepada seisi alam.
Ini merupakan markas utama bagi umat Islām sedunia, sebagai satu perwujudan dari pelaksanaan cita-cita Ibrāhīm AS untuk menyatukan seluruh umat manusia yang menganut agama Ḥanīfī yang diasaskan oleh beliau. Walaupun penentangan-penentangan dilakukan oleh orang Yahudi dan Naṣrānī, itu hanyalah dari sikap beku dan fanatik mereka kepada nab-nabi yang diutus lebih dahulu dari Nabi Muḥammad SAW. Pada zaman Rasūl Allāh SAW mereka terus diseru supaya kembali kepada kitab-kitab mereka, kerana di dalam kitab-kitab itu mereka akan tersua dengan pengajaran Islām yang asas. Ini termaktub dalam ayat 64 dari surah ini juga. Apabila pengajaran yang asas itu ditemui bersama, maka mudahlah tercipta International Soceity sebagai yang dicita-citakan oleh Ibrāhīm A.S. dan dilanjutkan oleh nab-nabi Allāh yang lain.
Akan tetapi penyataan tentang kerasulan Muḥammad SAW telah ditolak mentah-mentah oleh kaum Yahudi dan Naṣārā. Mereka fanatik (syirik) dan mendewa-dewakan nab-nabi dalam kalangan mereka sahaja. Dan dari sifat fanatik dan memuja-muja nabi-nabi dalam kalangan mereka itulah maka Persatruan Umat tidak tercapai, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ibrāhīm AS iaitu ‘bapa’ dari semua millah Ḥanīfī.
Cita-cita inilah kemudiannya dilanjutkan oleh Nabi Muḥammad SAW dan beliau terus berjuang untuk menegakkan Persatuan Umat di seluruh dunia, iaitu dengan membenarkan kitab-kitab dan nabi-nabi yang dahulu, kerana dengan membuat pengakuan membenarkan perjuangan-perjuangan orang yang lalu sahajalah merupakan satu jalan yang ringkas ke arah Persatuan Umat itu.
Dan untuk ini, Nabi Muḥammad SAW telah mengubahkan kiblat umat Islām ke Baitullāh, tidak lagi ke Baitul Muqaddis. Dan ini bertepatan pula dengan saranan-saranan beliau sebagai nabi yang diutuskan di tanah Arab.
Untuk melihat perkembangan penyatuan umat inilah maka ibadat haji bukanlah ibadat biasa yang bersifat perseorangan, akan tetapi mengandungi cita-cita politik dan kekuasaan yang kental, yang dengan sedar dilakukan oleh Nabi Muḥammad SAW dan sahabat-sahabatnya.
Dalam surah tersebut juga (al-Imrān), ayat 97, dengan terang Allāh menyatakan orang yang diwajibkan haji:
Di sana (Makkah) beberapa tanda yang nyata, antaranya maqām Ibrāhīm. Sesiapa yang masuk ke Makkah nescaya mendapat aman sentosa. Allāh wajibkan atas manusia mengerjakan haji (hajjul bait) ialah orang yang layak (manistata’a) atas polisinya (sabillillah). Sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allāh maha kaya daripada sekalian alam.
Dalam ayat ini nyata bahawa Allāh menerangkan bahawa Makkah mempunyai lambang markas ketinggian perjuangan Nabi Ibrāhīm (A.S. Yang dimaksudkan dengan maqām Ibrāhīm itu ialah Baitullāh atau Ka‘bah yang dijadikan markas untuk Persatuan Umat bagi seluruh dunia. Maqām itu bukannya pusara Nabi Ibrāhīm sebagaimana yang kita diberitahu oleh ʿulamāʾ-ʿulamāʾ kita selama ini. Maqām yang sebenar ialah maqām ketinggian dan pelaksanaan dari cita-cita perjuangan pengasas agama Ḥanīfī itu. Maqām itu, iaitu Ka‘bah adalah lambang perjuangan yang mesti diteruskan oleh orang kemudian untuk menuju persatuan umat atau International Soceity itu.
Dan orang yang diwajibkan haji itu ialah orang yang terpilih, kerana kehadirannya ke Makkah adalah berhubung langsung dengan politik dan pemerintahan atau kekuasaan.
Perkataan ‘ḥaji’ dalam ayat ini ‘ḥijju-bait’ berasal dari ḥujja yang disebut juga sebagai ḥujjah ialah muzaharah (mempamerkan kekuatan) dari kekuatan atau perbarisan yang hebat dan ramai. Jadi pengertian yang tetap ialah Perhimpunan Perbarisan baik dalam ibadat atau pelaksanaan dari cita-cita politik dan kekuasaan Rasūl Allāh SAW Dan orang yang membuat perbarisan itu adalah mereka yang mempunyai kelayakan iaitu disebutkan dengan kalimah manistata’a.
Syeikh berkata, maksud haji ialah perhimpunan millah-millah Islām di Makkah; kerana agama perlukan perhimpunan seperti itu dan inilah perhimpunan yang tertinggi, manakala perhimpunan pertama ialah perhimpunan di rumah. Perhimpunan kedua ialah perhimpunan peringkat daerah. Perhimpunan ketiga ialah perhimpunan peringkat negeri. Perhimpunan keempat ialah perhimpunan peringkat antara-millah. Manakala Madinah adalah pusat perhimpunan kerajaan ‘Arab dan Makkah adalah pusat perhimpunan semua millah peringkat antarabangsa.
Dengan perhimpunan seperti itu dapat meyebarkan undang-undang Ilahi ke seluruh dunia dan perhimpunan peringkat keempat ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama perhimpunan golongan rendah, kedua golongan sederhana dan ketiga golongan tinggi.
Dalam perhimpunan ini ketua setiap millah diwajibkan hadir, tetapi di pusat perhimpunan itu tiada ketua. Jika tidak demikian perhimpunan itu akan menjadi paksaan ke atas semua millah. Jika ada ketua, maka semua millah lain akan menjadi hambanya dan merosakkan perhimpunan. Mereka hendaklah mempunyai kebebasan yang secukupnya dan terselamat dari menjadi hamba kepada sesiapa melainkan kepada Allāh yang Esa yang Maha Kuasa.
Apabila tiada ketua di pusat perhimpunan ini, maka setiap orang wajib berpegang teguh kepada Allāh dan berpegang kepada diri sendiri terlebih dahulu dan dari situ terbentuk satu peraturan. Peraturan perhimpunan ini tidak mungkin rosak selama-lamanya walaupun berlaku gegaran yang kuat. Jika sistem itu tidak terjadi dari diri mereka sendiri, kerosakan itu berlaku apabila berlaku gegaran yang meruntuhkan dan memusnahkan, kerana perhimpunan tidak boleh diadakan melainkan terdapat pada setiap seorang itu perkara yang berfaedah kepada orang lain atau boleh diambil faedah daripada orang lain. Jika tidak demikian, tidak mungkin berlaku perhimpunan.
Gegaran yang kuat boleh memusnahkan perhimpunan seperti itu dan perhimpunan manusia pada satu masa itu pasti terdapat keburukan dan pada masa yang lain terdapat kebaikan. Jika diandaikan tidak berlaku keburukan, andaian ini tidak mungkin diterima kerana fitrah manusia; tetapi apabila terdapat kebaikan lebih banyak daripada keburukan, maka perhimpunan itu dikira baik. Jika terdapat lebih banyak keburukan pada perhimpunan itu, maka perhimpunan itu dikira perhimpunan yang buruk.
Orang yang berihram memakai pakaian ihram selama tiga bulan seolah-olah mereka menunjukkan kepada kumpulan dalam perhimpunan bahawa mereka berpegang kepada sistem mereka sendiri dan tidak melakukan sebarang bentuk kezaliman termasuklah terhadap rambut, kuku dan lain-lain. Jika seseorang mahu menguasai perhimpunan itu secra paksaan, dia dianggap sebagai Firʿaūn. Allāh berfirman:
dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya. (Quran: 22: 25).
Haji nik mohd saleh haji wan Musa
Sunday, January 27, 2019
TUJUAN DIUTUS NABI S.A.W. DAN ASAS PENGAJARAN AL-QURAN
4
TUJUAN DIUTUS NABI S.A.W. DAN
ASAS PENGAJARAN AL-QURAN
Pemesongan daripada asas-asas pengajaran Al-Quran menyebabkan agama Islam difahamkan sebagai suatu agama tanpa jiwa atau ilmu untuk memimpin manusia dalam kehidupannya. Salah faham ini perlu diperbaiki dengan mengkaji semula maksud kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. dan maksud penurunan Al-Quran kepada manusia, berdasarkan nas Al-Quran dan hadis nabi s.a.w., pendapat-pendapat alim ulama Islam dari golongan Ahli Sunah Wal-Jamaah yang muktabar. Semoga dengan kajian itu umat Islam tidak tergelincir daripada jalan yang lurus atau (qvjFTpÛ¯ b¯RÆ) yang diredai Allah s.w.t.
Allah s.w.t. berfirman:
Dialah Tuhan yang mengutuskan rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya beliau melahirkannya di atas semua agama pada keseluruhannya walaupun di benci oleh kaum yang musyrik.
Ayat ini menerangkan tujuan Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w. ialah membawa pimpinan berbentuk sebuah kitab Al-Quran yang mengandungi peraturan dan disiplin yang tersusun untuk setiap manusia yang mahu menegakkan pemerintahan Allah di bumi ini. Pimpinan ini telah berjaya dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam masyarakatnya melalui pengajaran, pendidikan dan latihan supaya setiap orang layak memikul perintah Allah.
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. diperintah supaya melahirkan kebenaran yang tulen dalam agama Allah yang telah diselewengkan melalui pelbagai bidaah oleh umat dari millah yang lalu.
Nabi s.a.w. menyeru dengan menjemput pemimpin-pemimpin negara pada pada zaman itu untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang besar berlandaskan kebenaran yang terdapat dalam setiap millah. Allah berfirman; maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu; iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun, dan janganlah sebahagian kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah.”; kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya), maka katakanlah kepada mereka: “saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam.”
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menegakkan Pemerintahan Allah di Madinah pada tahun 6 Hijrah, beliau mengutus surat melaui utusan-utusannya yang khusus kepada pemimpin-pemimpin negara seluruh dunia pada zaman itu. Nabi s.a.w. menjemput mereka berdasarkan kebenaran dalam millah mereka masing supaya bersatu dalam satu organisasi yang dinamakan Khilafah Islamiah.
Al-Tabri menyenaraikan pembawa-pembawa surat Nabi Muhammad s.a.w. kepada pemimpin negara di seluruh dunia seperti berikut:
Dihyah Ibn Khalifatul Kalbil Khazraji diutus kepada Maharaja Hirakla negara Rom.
Abdullah Ibn Kharafatul Sahmi diutus kepada Maharaja Kisra, negara Parsi.
Umar Ibn Umayata-Dharmi diutus kepada Maharaja Najasi, negara Habsyah.
Hatib Ibn Balta‘atu-Najmi diutus kepada Raja Muqaukis, gabenor Rom di negeri Mesir.
Salit Ibn Umarin Wal’amiri diutus kepada Hauzah Ibn Ali pemimpin negeri Yamamah.
Syuja’ Ibn Wahbin diutus kepada Al-Harith Ibn Abisytammar pemimpin negeri Ghashan.
Al-‘Ala Ibn Al-Madzrami diutus kepada Al-Munzir Ibn Sawa, pemerintah Bahrin.
Umar Ibn Al-‘As diutus kepada Jaifar dan ‘Abad anak kepada Al-Julanda.
Semua surat yang dihantar kepada raja-raja itu walaupun berbeza kata-kata dan cara seruannya, tetapi pada kesluruhannya baginda memberi peringatan dengan firman Tuhan, ayat 64 dari surah Al-Imran. Ada juga surat yang tidak disertai dengan firman Tuhan tersebut misalnya surat yang dihantar kepada Raja Kisra di negara Parsi.
Kebanyakan raja yang menerima surat Nabi s.a.w. menghargai seruan baginda dan membalas dengan hadiah yang bernilai kepada Nabi s.a.w. misalnya Gabenor Rom di Mesir iaitu Muqaukis. Antara hadiah yang dihantar ialah seorang jariah rupawan Mariatu Qibtiah yang akhirnya memeluk Islam dan menjadi salah seorang isteri Nabi s.a.w.
Kisra, Raja Parsi dengan angkuhnya mengoyak surat yang dihantar oleh Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w. mengetahui berita itu, baginda bersabda bahawa Tuhan akan mengoyak kerajaannya.
Cara dakwah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. mengikut asas pengajaran Al-Quran, berbeza dari cara yang dilakukan oleh ulama Islam selepas zaman keemasan Islam.
Nabi s.a.w. berdakwah untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan mengembang pengajaran Ilahi yang sama dalam semua kitab suci yang diturunkan kepada mereka, bekerjasama membangun sebuah kerajaan yang menjamin keadilan dan kasih sayang untuk semua manusia dan makhluk Allah.
Para ulama Islam pada zaman akhir ini berdakwah dengan cara mengiklankan gambaran tauhid, akhlak dan hukum-hulum tanpa membuat perancangan yang tersusun dengan matlamat untuk mendirikan sebuah kerajaan Ilahiah. Usaha mereka gagal dan sia-sia kerana bercanggah dengan usaha Nabi s.a.w. Malah timbul kesan-kesan negatif seperti perpecahan dalam sebuah masyarakat kerana perkara yang mereka bawa kadang-kadang memburuk-burukkan mana-mana pihak yang tidak secucuk dengan pendapat mereka. Perbahasan yang mereka adakan tidak berasaskan nas dan pegangan yang benar dan tidak meyakinkan, jauh dari kebenaran dan menimbulkan permusuhan dengan masyarakat.
Dakwah Nabi s.a.w. berjaya memperbetulkan penyelewengan oleh umat dahulu, menyatukan umat yang berlainan keturunan dan adat resam dalam millah masing-masing hidup bersama sebagai satu keluarga yang bersatu dalam tujuan hidup secara bermesyuarat dan bertukar-tukar pendapat dan berkasih sayang. Akhirnya lahirlah kebenaran pada setiap individu, rasa persaudaran, tanggungjawab bersama, taat dan setia serta patuh kepada pimpinan Nabi s.a.w. Al-Quran dijadikan kitab panduan kitab-kitab mereka. Inilah kejayaan dakwah Nabi s.a.w. yang perlu diambil perhatian.
Haji nik mohd Salleh haji wan Musa.
Fitrah insaniyah .
Wednesday, January 23, 2019
fasal 19. CARA AL-QURʾĀN MESTI DITAFSIRKAN UNTUK MENGGAMBARKAN MAKSUD SEBENAR.
19
CARA AL-QURAN MESTI DITAFSIRKAN UNTUK MENGGAMBARKAN MAKSUD SEBENAR
Setiap orang yang membaca Al-Quran perlu mengetahui jalan sebenar yang dibawa oleh setiap pentafsir Al-Quran kerana para ulama tafsir terbahagi kepada beberapa golongan dengan jalan-jalan tafsiran mereka yang amat berbeza.
Golongan ahli tafsir yang menentukan matlamat tafsiran dengan riwayat yang dinaqal daripada Nabi s.a.w. berbentuk “marfuk” atau “mauquf” atau pendapat tabiin atau riwayat Israeliat untuk menerangkan maksud setiap ayat Al-Quran itu. Jalan ini dipilih oleh ulama hadis seperti Allamah Ibni Kathir dan Allamah Baghawi rahimallahu taala.
Golongan ahli tafsir yang menentukan matlamat tafsiran mereka untuk menerangkan takwilan yang betul yang boleh digunakan pada ayat sifat-sifat dan nama-nama Tuhan. Maka sebarang takwilan yang tidak sesuai dengan mazhab ‘’ iaitu (jalan mereka yang sebenar menyucikan zat Allah daripada menyerupai makhluk), mereka terpaksa memalingkan maksudnya dari yang zahir dan menolak kata-kata golongan yang menyeleweng dengan dalil yang berkaitan pada setengah-setengan ayat. Jalan ini dipilih oleh ulama Mutakallimin dengan tujuan mempertahankan akidah-akidah Islam dari penyelewengan oleh kumpulan bidaah, Muktazilah, Qadariah, Musyabbihat dan sebagainya.
Golongan yang menentukan matlamat tafsiran mereka untuk menerangkan jalan-jalan istinbat hukum fikah dan menyokong sebahagian masalah yang dicipta dengan ijtihad ke atas sebahagian yang lain. Cara ini kadang-kadang mendatangkan jawapan untuk mereka yang salah berpegang dengan nas. Cara ini dipilih oleh ulama usul fikah seperti Ibni Al-Arabi Al-Maliki, dan Al-Jashah dalam Ahkam Al-Quran.
Golongan yang menetapkan matlamat tafsiran mereka untuk menerangkan kaedah-kaedah nahu dalam Al-Quran dan lughah yang digunakan. Mereka membawakan beberapa ‘contoh dari perkataan-perkataan Arab yang menyokong dalam setiap bab dengan lengkap. Jalan ini dipilih oleh ulama nahu dan ulama bahasa Arab.
Golongan yang menetapkan matlamat tafsiran mereka untuk menerangkan keindahan Al-Quran daripada segi ‘maani’ dan ‘bayan’ dan ‘balaghah’. Jalan ini dipilih oleh Ahli Adab dalam bahasa Arab.
Golongan yang menentukan matlamat tafsiran mereka untuk menerangkan ‘’ dan cara bacaan Al-Quran yang diterima daripada guru-guru dan qari yang masyhur. Jalan ini dipilih oleh golongan qura’ ().
Golongan yang menentukan matlamat tafsiran mereka untuk menerangkan rahsia-rahsia yang berkaitan dengan ilmu suluk atau ilmu hakikat. Jalan ini dipilih oleh golongan sufi.
Ringkasnya, bidang ilmu tafsiran ini amat luas. Setiap golongan ulama itu mahu menerangkan maksud Al-Quran. Maka mereka menceburi sesuatu bidang pengetahuan secara gigih, menerang mengikut kadar kebolehan mereka. Maka kita dapati terlalu banyak jalan dalam bidang ilmu tafsir dan banyak kitab yang dikarang oleh mereka.
Sumbangan ikhlas para ulama dalam bidang yang berkaitan dengan ilmu tafsiran sangat besar untuk menjaga dan mengawal ilmu yang perlu untuk memahami Al-Quran daripada dipinda, dirosak, diubah seperti yang berlaku pada kitab-kitab agama dahulu, misalnya kitab-kitab Hindu, Majusi, Yahudi dan Nasara.
Usaha ulama Islam kepada Al-Quran yang berterusan sepanjang zaman membuktikan kebenaran jaminan Allah taala memelihara Al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami yang telah turunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami tetap akan memelihara untuknya”.
Al-Quran terselamat dari sebarang bentuk kerosakan dan perubahan dan tetap sebagai kitab panduan untuk semua manusia hingga hari Kiamat.
Jaminan ini diakui oleh seluruh umat Islam; akan tetapi jaminan ini tidak bererti kepada umat Islam yang menjunjung Al-Quran itu sekarang hidup dalam keadaan hina dan menimbulkan keraguan kepada mereka yang sedar terhadap janji Allah itu. Pada hari ini umat Islam terpaksa mencari panduan dan pemikiran untuk mencapai kemajuan dari falsafah Barat, sedangkan Al-Quran sebagai kitab suci dan selamat menjadi sebuah kitab berkat sahaja. Keadaan ini sungguh menghairankan. Adakah janji Allah dalam ayat di atas:
“dan sesungguhnya Kami tetap akan memelihara untuknya”.
sekadar menjaga tulisan, huruf dan bacaan dalam Al-Quran sahaja? Sedangkan perkara yang lebih penting yang termasuk dalam jaminan Allah ialah:
membangunkan pemerintahan (khilafah)
membangun jiwa umat manusia yang hidup dengan Al-Quran
kemuliaan dan kebesaran umat Islam
falsafah Al-Quran tetap dipelihara dan manusia tidak perlu mencari falsafah hidup yang lain
Inilah jaminan Allah taala selagi manusia mengikut pengajaran Al-Quran. Jaminan ini hanya terdapat dalam Al-Quran, tetapi malangnya umat Islam telah dipengaruhi oleh salah faham dan hilang keyakinan sehingga mereka tidak dapat mengenal dan tidak dapat membezakan antara kebenaran dan sebaliknya.
Oleh sebab itu ilmu tafsiran yang pelbagai aliran yang tersebut di atas hanya merupakan pengetahuan furuk, sedangkan pengetahuan usul (prinsip) yang menjadi roh ilmu tafsir sukar dinyatakan, sukar dibukukan kerana ilmu ini perlu dipelajari secara usul bukan secara furuk.
Selain daripada itu pengetahuan tafsir yang sebenar mesti diterima oleh pelajar daripada gurunya secara bersahabat, seperti para sahabat menerima limpahan cahaya ilmu tafsiran hasil persahabatan mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w. dahulu.
Umat Islam sekarang mengenepikan asas-asas pengajaran ini, tidak mengikut sunah yang ditetapkan oleh Allah taala dan Rasul-Nya. Itulah yang menyebabkan mereka tidak dapat mengenal hakikat ilmu yang sebenarnya.
Usul (prinsip) yang dimaksudkan di sini ialah hikmat atau falsafah dalam pengajaran Al-Quran. Mereka yang mahu memahami Al-Quran hendaklah mengikuti beberapa kaedah penting apabila membaca Al-Quran.
Mendekatkan sesuatu yang sukar difaham.
Menjauhkan perselisihan tentang sesuatu yang berada antara dua dalil atau sesuatu yang didapati berselisihan antara yang manqul dan yang dima’qul.
Mengasingkan antara dua perkara yang samar.
Menyesuaikan (tatbik) antara dua yang berselisihan.
Menerangkan kebenaran janji-janji yang telah diisyaratkan di dalam ayat.
Menerangkan kaifiat perbuatan Nabi Muhammad s.a.w mengikut nas Al-Quran.
Hujjatul Islam Al-Imam Syah Wali Allah Al-Dihlawi rahimallahu taala berkata:
“Ada pun cara-cara ulama Mutakallimin menjalankan takwil yang jauh pada ayat-ayat mutasyabihat dan menyatakan sifat Allah, maka cara-cara itu sesungguhnya amat jauh daripada jalan saya, kerana jalan saya dalam perkara itu ialah mengikut mazhab Imam Malik, Imam Sufian Al-Thauri, Imam Ibni Al-Mubarak dan semua ulama Mutaqaddimin, iaitu ayat-ayat mutasyabihat hendaklah diamal dengan zahir jua, dan janganlah campur
ganggu dengan takwil dan permusuhan pada hukum-hukum yang diistinbat dan jangan mengukuhkan sesuatu mazhab yang khalis ( ) dan mentahkik mana-mana yang tidak dipersetujui pendapatnya, dan jangan menjalankan helah untuk menolak dalil-dalil Quran yang surih. Ini semua tidak benar di sisi saya”.
Kemudian beliau berkata bahawa jalan yang benar bagi membaca Al-Quran itu ialah seperti berikut:
“Dan hanya sesungguhnya yang wajib supaya mencari tunjukan ayat dan menjadikan tunjukan ayat itu suatu jalan, ke mana pun ia berjalan, berjalanlah ke arahnya sama ada bersetuju atau berselisih (dengan fikiran manusia) dan ada pun bahasa Al-Quran, maka hendaklah diambil daripada “istikmal” Arab Quraisy (yang awal menerima Al-Quran itu) dan hendaklah berpegang pada keseluruhannya di atas athar sahabat dan tabiin”.
Maka Al-Quran hendaklah difahami dengan cara yang tidak tertakluk di bawah mana-mana pemikiran, pendapat dan ikatan yang khusus dalam bahasa, asbab al-nuzul dan sebagainya.
Bacalah Al-Quran seperti asalnya sebagai kitab Allah yang diturun untuk semua umat manusia. Pada masa itu barulah lahir hakikat, hikmat dan falsafah yang tinggi itu pada Al-Quran.
Hakikat dan hikmat ini telah difirmankan oleh Tuhan bagi menerangkan kebesaran dan kehebatan mukjizat Al-Quran itu:
Katakanlah: “Jika berkumpul manusia dan jin buat membikin seperti Quran ini, mereka tidak akan bisa membikinnya, walaupun sebahagian dari mereka jadi pembantu bagi sebahagiannya”. (Quran: 17: 88).
Muqadimah takwil Quran haji nik leh fitrah insaniyah.