Wednesday, October 29, 2014

pendekatan dengan agama



Pendekatan dengan agama
1.   Ijtihad ulama mazhab adalah satu pendekatan antara orang awam dan agama allah sebagai satu permudah cara sama seperti pendekatan nabi membina prinsip sejagat dan ianya bermula dengan sabiqun nal awalin yang penuh dengan keAraban(Arab). Islam peringkat awal membesarkan syiar, individu yang melihat islam dari sudut sejagat membesarkan prinsip fitrah insaniyah supaya islam dapat menjadi tunjang kepada kehidupan mereka seumpama seorang yang mahu berhijrah dengan perahu meredah lautan. Ia tidak akan selamat sekiranya segala diatas rumahnya dibawa bersama-sama diatas perahu yang kecil.
Demikian juga jika seorang pemimpin islam yang mahu memimpin PBB ia perlu mengutamakan prinsip islam yang menjadi keperluan seluruh umat manusia yang berbagai resam dan budaya.
Disinilah letaknya perbezaan antara matlamat dan jalan yang menuju kepada matlamat. Itulah jalan nabi akhir zaman iaitu jalan yang memberi rahmat kepada seluruh alam.
2.   Dari segi praktikal bermasyarakat, ini boleh dilihat kepada parti pemerintah yang perbandingannya kepada  antara umno dan barisan nasional. Ucapan perdana menteri tidak sama dengan ucapan presiden umno.
3.   Umno adalah pendekatan awal untuk membangkitkan kekuatan melayu tetapi matlamatnya ialah bagaimana untuk menjiwai barisan nasional yang mampu menggabungkan bangsa2 supaya menjadi suatu bangsa besar.
4.   Menyempurnakan perintah allah dibumi dengan mewujudkan adil dan ihsan.
Petikan dari tafsir al hakim
Adalah penting bagi orang jahil supaya tidak campurtangan untuk mendapatkan ilmu. Allāh berfirman:

Sesungguhnya mereka tidak akan dapat melepaskan daripada kamu sedikitpun dari Allāh. (Al-Qurʾān: 45: 19).
         Jika kamu bermuafakat dengan mereka, seolah-olah kamu tidak mengikuti perintah Allāh.

dan sesungguhnya orang zalim itu sebahagian mereka menolong sebahagian. (Al-Qurʾān: 45: 19).
Mereka tidak berfikir untuk menegakkan keadilan. Maka mereka diuji dengan kezaliman. Oleh kerana kamu tidak berfikir, maka kamu tidak menjadi ketua mereka.

dan Allāh Penolong bagi orang yang berbakti. (Al-Qurʾān  : 45: 19).
         Sesungguhnya didatangkan kepada kamu satu syariat dan menerangkan hati kamu supaya kamu dapat menegakkan keadilan dan Allāh adalah pengawas kamu. Maka janganlah kamu merasa lemah dalam menegakkan keadilan, kerana tidak mengetahui cara hidup pelbagai kaum dan perasaan zahir dan batin mereka.
         Setelah para khalifah al-Rāshidīn berjaya menakluk Madāʾin, mereka melantik penguasa ke atas negara itu seorang yang bernama Salmān al-Fārisī. Adakah penguasa ini tidak berfikir untuk mengetahui jiwa kaum-kaum? Orang ramai sekata mengatakan bahawa umat Islam pada zaman itu tidak dimasuki dalam kalangan mereka sesuatu, melainkan di bawah perintah Al-Qurʾān. Mereka memikir dan memahami Al-Qurʾān, bahawa menjaga perasaan manusia lebih menepati keadilan yang mereka lakukan dengannya.

Ini undang-undang bagi manusia, dan pimpinan dan rahmat bagi kaum yang yakin. (Al-Qurʾān: 45: 20).
         Di sisi kami, apabila kejadian campuran badan seseorang itu sempurna dan mempunyai kekuatan akal dan mahu menyusun sebuah pemerintahan mengikut hukum Al-Qurʾān, maka dia hendaklah merenung dan berfikir dan memerhatikan Al-Qurʾān, tindakan itu sudah cukup untuknya.[1]
Al-Qurʾān diturunkan hanya untuk mengadakan satu perubahan yang besar di dunia. Setiap orang yang mahu menyusun sebuah kerajaan revolusi selepas menghapuskan sebuah kerajaan yang batil hendaklah sentiasa menumpu kepada Al-Qurʾān. Dia akan dapati daripada Al-Qurʾān itu setiap perkara yang diperlukan dan inilah erti kata-katanya di sisiku seperti berikut:
“Di sisi kami apabila kejadian campuran badan seseorang itu sempurna dan mempunyai kekuatan akal dan mahu menyusun sebuah pemerintahan mengikut hukum Al-Qurʾān, maka dia hendaklah merenung dan berfikir, dan memerhatikan Al-Qurʾān sudah mencukupi untuknya”.
Jadi kita sabiqun nal awalin itu arab telan arab .
Sekiranya fanatik dengan umno nescaya mereka tidak mampu memimpin barisan nasional. Mereka fanatik umno itu memang tidak layak jadi pemimpin barisan nasional.
Oleh hasan muhamad


[1] Satu Fasal: Ini satu contoh.
         Kita lihat dan dengar tentang seorang Hindu yang bebas berfikir tentang Mahābhārata. Setiap masalah yang dikemukakan kepada orang ramai dipetik dari Mahābhārata kerana mindanya tercelup dengan Mahābhārata. Apabila akal mampu menyelesaikan masalah itu mengikut celupan itu, Allāh tadallī kepadanya untuk mengeluarkan hukum dari sebahagian kalimah Mahābhārata.
         Satu contoh lagi, guru kepada guru kami al-Haj Imdād Allāh al-Tānawī adalah ketua kumpulan Deobandī. Beliau sentiasa menumpu kepada kitab Al-Mathnawī. Setiap masalah yang dikemukakan oleh seseorang, dia menjawab masalah itu dari kitab Al-Mathnawī. Beliau seorang yang arif, sempurna dan memberi jawapan mengikut hatinya; tetapi celupan itu menyebabkan beliau mudah mengambil dan mengeluarkan dari Al-Mathnawī. 
         Kemudian kami perhatikan pula seorang lain iaitu guru kami Syeikh usīn bin Mahsan al-Muhaddith al-Yamānī al-Ansārī al-Bahwapālī. Kami bertanya beliau tentang ilmu hadis. Beliau menjawab kepada kami dari kitab Fat al-Bārī; sedangkan kami memiliki dan melihat kitab Fat al-Bārī. Kami rasa hairan beliau menumpu dengan kerajinan yang penuh. Kemudian mereka membawa segala masalah, dan beliau menyembunyikan dari kami contoh itu yang dikeluarkan kaedahnya dari Al-Qurʾān yang agung.

Thursday, October 23, 2014

Budaya berfikir


Budaya berfikir
                                     
1                  untuk menghidupkan budaya berkifir dikalangan orang-orang yang sentiasa mendekati Al Quran, perlu di adakan seminar pemikiran.
2                  Seminar berfikir dikalangan mereka bertajuk hala tuja dalam membina Islam bersama masyarakat yang boleh dicontohi oleh umum.
3                  Mereka ini perlu menghayati sifat-sifat pokok pengenalan dalam fardu pokok dalam agama iaitu din adalah fitrah. Fitrah adalah perkara yang kehendaki semualajadi oleh semua manusia. Perkara yang terangkum dalam empat akhlak induk.
1)   kebersihan dan kesuchian iaitu taharah .
2)   patuh kepada pencipta (ikhbar),
3)   tolak ansur dan sentiasa memaaf (samahah)
4)   adil dan ehsan.
 dalam huraiannya
1) berseh ,suci pada pakaian dan persekitaran , politik, ekonomi dan pergaulan . berseh secara batin, hati berseh dan akhlak  tercela seperti bakhil bangga diri,berseh batin menunjukan akhlak yang diredai.
2) patuh kepada pencipta melalui perhubungan dengan tuhan dan perhubungan dengan manusia. Perhubungan diri dengan masyarakat. Inilah yang dikehendaki.
3)          tolak ansur dan sedia memaaf kesalahan dan mengakui keslahan dan kekurangan diri sendiri sedia menerima kebenaran dan pendapat daripada orang lain
 4)         adil, keadailan merangkumi   semua bidang dalam kehidupan manusia iaitu meletakkan sesauatu ditempat yang sesuai dengannya  
5) ihsan, kebaikan, membuat kebaikan sesama manusia sebagaimana allah membuat kebaikan kepada kamu. Allah berfirman, buat baik sebagaimana allah membuat kebaikan kepada kamu. Tuhan berfirman dalam surah al qasas ayat 77; buatlah kebaikan sebagaimana  Allah  telah buat kebaikan kepada kamu dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi kerana sesungguhnya  Allah  tidak suka orang yang membuat kerosakan.
5)   Allah berfirman , Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.  Disini, Islam mendahului hidayah,peringkat yang kedua baru din nul hak  allah berfirman,  bangkit kan rasul untuk memberi hidayah tindakan din nul hak utk menzahirkan kebenaran atas semua agama . jadi dalam kontek hari golongan  yang mahu terlibat dalam negara Islam perlu memberi penjelasan tentang alternatif Islam itu sendiri yang berasaskan fitrah kemanusaian sejagat terutama dalam kontek dari dalam subjek keadilan sosial dan hak2 yang menjadi paksi kepada perhunbungan kepad sesama manusia .
Dibangkitkan rasul untuk memberi hidayah dan ‘din nul haq’ (keadilan tulen) untuk menlahirkan kebenaran di atas semua syariat (agama).  (9 surah as shaff)


6)   harus membuktikan bahawa ideal Islam  itu lebih mengatasi daripada idea2 yang ada pada orang lain . kalau sekadar kita memberitahu nama Islam sahaja ,keistimewaannya tidak wujud, buat apa?.adakah hendak beritahu dan  nak jual nama Islam ni suatu subjek bertindak?!!!
7)   mereka2 yang menentang hidyah yang berhubung dengan pembalasan diakhirat . hidayah dan perhubungannya dengan pembalasan diakhirat dinamakan munafik.
8)   mereka yang menentang subjek yang kedua iaitu din nul hak itu, dinamakan kafir (itupun setelah orang itu faham baru boleh dicas kafir, kalau tak betul-betul faham , ia belum dikirakafir  lagi tapi jika dinisbah dengan undang2 din nul hak itu, mereka itu  kafirlah pada zahirnya , macamana pula yang  munafik tu ?!!), mereka faham dan  terima tapi mereka menentang kebenaran.  barulah dikira kafir   mukmin. Itulah.
9)   Sepatutunya pejuang IS(negara) itu, kefahaman  Islam lebih  ditumpu atau menumpukan perkara –perkara kepada dialog2  ilmu dan dapat mengemukakan pandangan yang  berlandaskan Al Quran dan semestinya  yang mgtasi idea2l dilkalangan mereka2 yant tidak Islam itu.
10)                    Tidak septutnya keliru antrara negara yang diprintah oleh orang  Islam yang diberi nama negara Islam dengan negara yang mengamalkan prinsip Islam walau pun tidak diberi nama negara Islam.
11)                    Ulama2 talibn serupa kita jugalah . Cuma ualama2 taliban tak dberi senapang. Ulama2 kita   yang menggalas quran kesana kemari ,mereka diberi gambran jihad dengan hanay sekadar membaca dan menghafAl Quran walupun negara ditangan mereka mereka, mereka tidak mampu untuk mejelaskan definasi negara Islam itu.
12)                    Quran hanya terhenti setakat membaca ketika belajar memebaca, ketika mengajar (memberi kuliah ugama), dan setakat hanya  beramal dengan membaca berterusan,  terhenti setakat baca. Mgaji baca, mengajar baca, amal baca. Semuaaya baca.
13)                    kaedah  beramal dgn Al Quran spt ini telah menjauh mereka daripada manusia dan bertamadun, budaya taklid dlm ilmu yg spt ini tidak dapat mengajak manusia supaya mengenal msyarakat dlm membina kehidupan
14)                    Sikap ego dikalangan para tahfiz  yang terhenti setakat membaca saja tidak terdorong melihat kepada sumber2 ilmu dalam kontek membina masyarakat.
15)                    Lihat sahaja pemimpin taliban yg memandang sepi segala subjek ilmu yg berkembang di dunia ini bertindak tanpa melihat kiri dan kanan shingga kuasa politik terlepas ketangan orang lain.
16)                    HafAl Quran kini (yang hendak diberitahu disini), walau  pun mereka sendiri sedar akan apa yang dah banyak itu ia sendiri tidak faham
17)                    Mereka yg terlibat di negara kita bnyak kelas2 tahfiz dihdupkan dan kelas tafiz tu dirujuk kepada perniagaan nak cari untung ekonomi. Para peserta tahfiz tidak banyak terlibat dgn kereja2 lain kerana mereka risau akan terlupa apa yg dihflnya atau dgn lain perkataan mereka itu tidak bekerja melainkan kerja2 yang berhubungan dgn mengahafal sahaja.
18)                    Fakir2 masa dahulu, mereka mmbaca Al Quran di kaki lima dgn mmbawa tempurung sebgai peminta sedekah  tetpi fkir2 moden hari ini mnyertai klas2 thfz semata2 utk mmdapat elaun yg diperuntukkan oleh ejensi-ejensi tertentu.
19)                    Rasa tidak puas hati dikalangan pembayar cukai akan menjadi isu berterusan  - akan mengheret negeri majoriti bukan Islam kepada memaksa kerajaan atau keluar dari Malaysia.
Oleh hasan muhamad kg tok ku, kota baru