Thursday, October 24, 2013

dimana sebabnya Arak itu haram?


Dimana Sebabnya Arak Itu Haram?
 Setiap ubatan ada kesan sampingan yang merosakkan jika dos pengambilan diambil berlebihan. Dos pengambilan lebih daripada yang diperlukan.
Antara yang memberi kesan ialah mabuk atau  mengantuk lebih-lebih lagi kesan buruk jika memandu.
Kebanyakan makanan mempunyai zat tertentu jika makan atau minum memberi kesan jangka panjang kepada seseorang mengikut mirzat tubuh badan.
Tubuh badan seorang memerlukan makanan seimbang termasuk zat yang boleh membawa kepada mabuk. Menagani elemen (barang yang memabukkan itu) perlulah mereka yang mempunyai pengentahuan yang dapat membezakan suasana iklim dan keperluan tubuh badan seseorang.
Kepada mereka yang menggunakan tenaga yang lebih dan keadaan iklim yang melampau memerlukan tenaga tambahan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.
Firman Allah yang maksudnya : Arak itu dosa yang besar tetapi ada sedikit kebaikan  untuk manusia.
Kebaikan kepada manusia itu pada prinsipnya sama yang di istilahkan kepada mereka yang berpengetahuan tentang dadah, mereka dapat mengambil manafaat daripadanya. Demikian juga arak adalah setaraf dengan dadah sebagai hukum yang bukan haram mutlak.
Ada pihak yang meletakkan hukum arak sebagai haram adapun dadah bukan haram mutlak kerana dadah  tiada dalam kitab. Mereka tidak sedar kenyataan itu bercanggah dengan realiti dan kajian saintifik bahawa kesan dadah lebih buruk daripada arak. Seorang penceramah tv terkenal mengatakan ayat mengenai arak ada tiga dan kita ada kaedah melangkah daripada dua ayat dan mengambil satu ayat.
Atau difahamkan dengan lain perkataan mereka ini mentafsir Al Quran mengikut faedah feqah semata-mata. Mana-mana ayat yang bercanggah dengan kaedah feqah, mereka tolak ayat-ayat iut dengan alasan feqah yang selaras dengan semangat ruhban.
Hinggalah ayat-ayat tertentu itu dianggap tidak boleh dipakai. Sekadar dibaca dan dilagu-lagukan. Dengan sewenang-wenangnya mereka mengkatogorikan ayat-ayat itu sebagai sudah di nasakh masuh. Walau apa pun alasan mereka, mereka golongan orang yang dimaksudkan oleh Allah yang ertinya: mereka beriman dengan sesetengah ayat dan engkar dengan setengah ayat. Itulah orang kafir. Mereka-mereka ini condong kepada semangat ruhban dan melihat Islam daripada sudut peribadi semata-mata tanpa matlamat dan agenda yang jelas untuk membangun masyarakat yang adil dan ihsan sebagai hukum Allah yang menepati undang-undang sejagat yang meliputi hukum setempat dan budaya-budaya normal. Sesungguhnya Al Quran sebagai kitab dan hukum mengenai arak yang tepat sebagai panduan memerintah dunia.
Ada pihak yang memberi alasan bahawa hukum pengharaman arak berlaku secara berperingkat-peringkat.
Pada peringkat awal untuk melayan mereka yang ketagih arak supaya tidak liar dengan Islam. Setelah mereka memahami Islam maka barulah diturunkan hukum arak secara haram mutlak. Mereka mengambil faham daripada firman Allah ayat yang ertinya jangan kamu hampir kepada sembahyang sewaktu mabuk. Ayat ini di istilah kepada arak itu dengan nama ‘ sukara’ . ayat tersebut hanya melarang mabuk bukan melarang minum. Kadang-kadang setengah peminum mempunyai ‘mirzat’ yang lemah dan mudah mabuk walaupun hanya minum sedikit dengan tujuan tertentu. Ada setengah peminum ‘khamar’ (ini adalah istilah kedua pada arak), mereka yang mempunyai kekuatan fizikal dan tahan daripada mabuk walaupun mereka minum banyak dengan tujuan bersukaria walau pun tidak mabuk hukumnya haram.
Hukum arak adalah sama dengan ubat batuk yang boleh diminum tetapi jika dibuat minuman bertujuan supaya mabuk hukumnya sama dengan minum arak.
Ada pihak yang membicarakan tentang hukum arak tetapi mereka gagal membezakan minum ‘khamar’ dan minum ‘sukar’ dan secara diambil mudah, mereka menutup jalan untuk memahami kerana mereka terperangkap dengan maksud hadis bahawa enam orang berdosa kerana bersubahat dengan seorang peminum. Sebenarnya minum yang dimaksudkan itu ialah minum khamar.
oleh hasan muhamad

Tuesday, October 8, 2013

PERANAN ISLAM MENYATU PADUKAN MASYARAKAT MANUSIA SEJAGAT

Penduduk Madinah pakar dalam bidang pertanian terutama tanaman pokok tamar. Antaranya, mereka kahwinkan(mendebungakan) bunga jantan dan bunga betina untuk menyubur dan memperbanyakkan hasil buah. Bila ditanya Rasulullah saw tentang hal ini, jawab baginda Rasulullah saw ,kalau tak kahwin (debunga)pun tidak mengapa. Bila berlalu musim buah, buah tamar yang bunganya tidak di debungakan didapati tidak sesubur dahulu dan Nabi saw pun bertanya kepada penghuni pasar di Madinah itu kenapa buah tamar tahun ini tidak sesubur dahulu. Mereka menjawab bukankah Rasulullah saw menyatakan kalau tidak mendebungakan pokok tamar itu tidak perlu? Jawab baginda Rasulullah saw , aku adalah manusia seperti kamu. Kamu lebih tahu tentang dunia kamu.
Ada pihak yang mentafsirkan seolah-olah Nabi saw serba tahu tentang semua hal-hal pengurusan  dunia, selain dari pemerintahan yang adil dan ihsan.
Sebenarnya pegentahuan dunia yang dimaksudkan oleh Nabi saw ialah ilmu kemahiran dan pertanian dan pembuatan adalah bidang ilmu yang Allah swt berikan kepada semua manusia sehingga manusia dapat mencipta sesuatu yang lebih canggih dan moden dan mencipta senjata sehingga berlaku kezaliman terhadap manusia lain kesan daripada tumpuan manusia hanya kepada ilmu sains dan teknologi semata-mata sehingga terlupa kepada ilmu falsafah kemanusiaan yang akibatnya kehidupan bermasyarakat  mereka semakin hilang semangat tolong menolong dan berkasih sayang antara satu sama lain sesama manusia.
Kata Jawarhela Nehru, Perdana Menteri India, manusia hidup dizaman batu jauh lebih baik dalam hal mengasihi dan megasihani  manusia lain dan hidup saling bekerjasama dan tolong menolong dalam kelompok masyarakat mereka dibandingkan dengan dunia yang pada hari ini ,dimana manusia zaman ini yang kehidupan mereka dalam serba moden dan masing-masing mahu berlepas diri antara satu sama lain dan lebih mementingkan diri sendiri.
Umumnya manusia tertumpu kepada bidang kemahiran dan teknologi hanya kejayaan peribadi semata-mata. Hidup manusia tidak sampai kepada matlamat yang sebenar apabila mereka lupa kepada fitrah kejadian asal manusia atau dipanggil juga (fitrah insaniyah atau sifat semulajadi manusia). Manusia memerlukan ilmu Nabi yang diwahyu oleh Allah swt supaya manusia saling berkasih sayang atau dipanggil juga (ihsan yang dalam bahasa Arab yang maksudnya lebih kurang mengasihani kepada yang lemah dan tertindas) dan bersifat adil (yang maksudnya tidak zalim). Dengan sifat kemurahan Allah swt ,telah diutuskan Nabi kepada manusia supaya mengajak manusia bersifat adil dan ihsan (mengasihani atau dipanggil juga falsafah kemanusiaan) kepada antara sesama manusia.
Hari ini untuk membina kerangka adil dan ihsan manusia perlu terlibat dengan suasana masyarakat (politik).
Berpolitik untuk mencari kepentingan diri dan puak adalah tidak sama dengan berpolitik untuk kepentingan umum untuk manusia keseluruhan,selari  dengan sunah Nabi saw dengan ukuran manusia sejagat.
Allah swt telah mengingatkan kepada manusia supaya menghayati hikmah kejadian alam sebagai iktibar untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia.
 Antara alam yang paling dekat untuk difahami ialah alam diri manusia itu sendiri. (Diri sendiri).
Dalam diri manusia terdapat komponen-kompenan yang berbeza dan selera yang berbeza seperti mata mahu melihat yang comel-comel, telinga mahu mendengar  yang indah-indah dan elok di dengar ,lidah( ataupun selera) pula mahu mengecapi yang  sesuatu yang lazat dan wangi dan lain-lain lagi bersesuaian dengan pancaindera manusia itu sendiri .
Secara fitrah kerjasama berlaku antara kompenan yang berbeza  dan itu terarah kepada satu matlamat, iaitu memulihkan tenaga,sama ada  untuk tenaga zahir atau pun batin.
Seperti mata melihat makanan,selera pun tertarik, tangan terus menyuap mulut , hidung menghidu dan lidah mengecap, gigi mengunyah, leher menelan, perut terisi dan seluruh tenaga kembali pulih. Peranan-peranan tadi adalah untuk keperluan seluruh tubuh. Itulah yang utama. Menuju kepada satu matlamat.
Demikianlah juga manusia daripada kumpulan-kumpulan kaum yang berbeza dan keperluan yang berbagai-bagai dapat bekerjasama bila bertembung dengan keperluan kemanusiaan dan keadilan sejagat. Ketika itu manusia dapat melampaui semua kepentingan kaum tanpa mengira ‘ugama bangsa’  dan budaya.
Manusia sebagai khalifah Allah swt dibumi pasti mengambil pendekatan mengikut kaedah Allah swt yang menjadikan alam manusia( ini susah sikit untuk diterangkan secara terperinci apa itu alam manusia atau dalam bahasa falsafah arab ialah shakhsul asra). Walaupun shariat(peraturan) berbeza tetapi (matlamat) itu satu, iaitu menuju kepada Tuhan yang satu. Lebih lengkap lagi di panggil ‘Agama itu Tunggal’ atau ‘Agama Satu’.
Shariat Nabi Muhamad  saw perlu dipandang dari dua elemen. Yang pertama, Nasionalis Arab dan yang kedua , manusia sejagat. Peranan Nabi saw bermula dengan mendidik Arab untuk membina jemaah awal (sabiqun nal awaliq; bahasa arab lebih tepat tapi tiada dalam bahasa melayu mudah) dan daripada bangsa Arab yang memahami mesej Al Quran, berjaya meletakkan kerangka keadilan sejagat kepada semua bangsa manusia dengan perantaraan kuasa pemerintahan yang memantau perlaksanaan zahir. Dua elemen ini hanya bebeza antara matlamat sejagat dan jalan menuju kepada matlamat itu.
Hakikat ini sama seperti apa yang berlaku kepada Perdana Menteri Malaysia  dan pada masa yang sama  Presiden Umno yang berucap berdasarkan kebangsaan melayu tetapi menyeru supaya bersatu padu antara rakyat yang berbagai kaum bila berucap sebagai Ketua Negara.
Seruan kearah penyatuan dan kerjasama peringkat sejagat yang difirman kan oleh Allah dan dilaksanakan oleh Nabi saw perlu diteruskan oleh umat Islam hari ini yang memiliki Al Quran sebagai bukti kukuh mereka berketuakan (berpenghulukan) Nabi saw yang menyeru ayat-ayat Allah kepada pemimpin masyarakat dan pemimpin ugama terutamanya (tidak mengira dari shariat mana sekalipun). Cuba perhatikan  Ayat 64 surah al Imran yang maksudnya:
“katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah, kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggang menerimanya) maka katakanlah kepada mereka “saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
Pertama, siapakah ahli kitab hari ini? Dan yang kedua, apakah kalimah yang sama itu?
Penganut ugama di dunia terbahagi kepada dua. Pertamanya ialah Millah Hanifi iaitu  shariat Muhamad (yang juga panggil muslim ataupun Islam), Yahudi dan Kristian dan  yang kedua ialah Millah Sabiah iaitu shariat  Hindu, Budha, Majusi, Shinto, Lo Tse, Kung Fu Tze dan lain-lain lagi yang berselerakan di dunia ini dan tidak terkecuali juga bahai iaitu pegangan orang asli kemungkinan dari sabiah. Semua shariat-shariat yang ada pasti mempunyai 10 rukun sebagai  prinsip dalam kitab-kitab (perlembagaan kemanusian) mereka. Walaupun ianya dalam keadaan berserabut dan bercampur aduk dan sesetengah daripadanya mungkin telah menyimpang daripada maksud asal tetapi asas fitrah(falsafah ketuhanan) dalam kitab-kitab mereka masih tetap kekal.
Walaupun keutuhan kitab-kitab tersebut tidak setanding dengan Al Quran tetapi sekurang-kurangnya setanding dengan kitab-kitab hadis.
Sekiranya kitab-kitab tersebut telah hilang sama sekali kebenarannya tidak mungkin Allah telah memerintah supaya Nabi saw menyeru kepada berkerjasama pada kalimah yang sama iaitu manusia perlu bersatu berasaskan kesatuan ugama.
Pada zaman Nabi saw terdapat sebahagian  ahli-ahli kitab dikalangan Yahudi dan Nasara yang melampau mendakwa tidak masuk syurga melainkan dikalangan mereka sahaja. Dakwaan yang diucapkan oleh mereka yang melampau dikalangan Yahudi dan Nasarani berlaku pada zaman Nabi saw kerana menolak kerjasama pada kalimah yang sama (iaitu fitrah insaniyah ataupun kita panggil juga falsafah kemanusiaan).
Pada maksud yang sama berlaku hari ini oleh sebahagian umat Islam yang bersikap melampau dan mendakwa tidak masuk syurga melainkan dikalangan mereka sahaja dan dakwaan itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Al Quran dan sunah Nabi saw. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 101 yang maksudnya:
“Dan apabila datang kepada kamu seorang rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad saw), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka,sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan kitab ini melemparkan kitab Allah kebelakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui”.
Dakwaan mereka-mereka itu telah mewarisi dakwaan-dakwaan yang sesat sebagaimana yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasara  sebagaimana segolongan Yahudi dan Nasara yang sesat semata-mata untuk menghalang wujudnya kesatuan sejagat dikalangan umat manusia yang berbilang bangsa dan berbilang agama bahawa “Tuhan telah menampakkan keelokan pada amalan sesuatu kaum”. Ayat Quran  Surah baqarah ayat 62 yang maksudnya:
 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
 Maksud ayat di atas menunjukkan bahawa amalan baik daripada semua penganut-penganut ugama yang berbagai-bagai shariat akan mendapat ganjaran di sisi Allah dan  beriman kepada hari akhirat serta beramal baik tetap mendapat ganjaran di sisi Allah. Semua pengamal agama sejak Nabi Adam as ,Nuh as, Idris as adalah Islam.
Kepada pengikut Musa as digelar Yahudi, kepada pengikut Isa digelar Nasara. Perbezaan itu hanya pada istilah dan shariat (peraturan) sahaja. Pada hakikatnya mereka yang beramal baik selaras dengan fitrah insaniyah (falsafah kemanusiaan) adalah Islam dan layak mendapat ganjaran daripada Allah.
Menjadi fitrah kepada setiap kaum mengagungkan kitab suci mereka dan ulama-ulama(bijak pandai) mereka dan mereka tidak sanggup patuh kepada keputusan yang dibuat ke atas mereka tanpa mengambil kira kitab-kitab suci dan orang yang mereka sanjung.
Maka wajarlah pihak-pihak kerajaan menubuhkan dewan ulama yang terlibat daripada semua ugama mencari kata sepakat berasaskan persamaan yang wujud kepada semua kitab-kitab suci.
Manusia perlu ada asas untuk bersatu di peringkat sejagat dan kalimah Allah sebagai tonggak kepada perpaduan sejagat. Firman Allah surah al A’raf:172 yang maksudnya:
 Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Oleh Hasan Muhamad.kampung tok ku.