Friday, May 16, 2014

masaalah jihad



Masaalah Jihad
Sekarang ini ramai orang suka berbincang dan bercakap-cakap tentang perkara yang bersabit dengan Jihad  kerana telah dipengaruhi oleh badan politik tertentu di merata tempat di Dunia yang kononnya memperjuangkan Islam dan mengenepikan semangat kebangsaan yang kononnya semangat kebangsaan negara-negara tertentu itu bukan Islam dan hanya bangsa Arab sahaja yang Islam.
Dari itu maka ramailah yang termakan dengan janji-janji syurga yang telah di janjikan atau pun disogokkan oleh orang-orang tertentu yang kononnya orang ini ‘ulama’ yang tidak boleh di sanggah hingga  meresap kedalam badan bukan kerajaan (NGO) yang dikendalikan oleh orang yang kononnya Islam sehinggakan ada sesetengah NGO telah naik angin dan bertukar menjadi badan pengganas atau militan untuk menentang kerajaan yang kononnya tidak Islamik.
 Jihad ini jika di telitikan adalah sesuatu yang subjektif yang diterjemahkan dengan kaedah yang berbagai-bagai dan dari kepelbagaian itu boleh menghasilkan keganasan dan menentukan bentuk pemerintahan.
Yang pertama dan utama dan yang paling popular ialah jihad dengan nafsu. Kedua ialah jihad untuk meneroka kemajuan. Iaitu kearah ilmu pelajaran untuk memajukan diri dan negara. Ketiga, jihad untuk melepasi serangan luar, mengatasi serangan luar. Mempertahankan diri dari penindasan dan kezaliman bila sudah di takhluk atau di jajah. Keempat ialah jihad untuk melaksanakan sesuatu hukum agama yang difahamkan sebagai satu hukum allah. Itu pun jihad juga. Kelima, jihad untuk menghapuskan segolongan manusia perosak kerana daripada mereka yang jahat dan jika dibiarkan melakukan kejahatannya itu boleh merosakkan masyarakat. Jika dibiarkan kumpulan manusia ini, mereka boleh menjatuhkan satu tamadun dan kerajaan.
Jihad menjadi keliru apabila dikaitkan secara menyeluruh dengan ugama Islam yang boleh menyebabkan apa-apa yang berkaitan dengan jenama Islam semuanya akan dikaitkan dengan jihad tanpa di definasikan secara jelas tentang katogorinya.
Kekeliruan ini telah menjadi bertambah apabila mereka mengambil faham tentang jihad melawan hawa nafsu dikaitkan secara total dengan jihad. Ini boleh dilihat kepada pendakwah tabligh, mereka meninggalkan ahli dan keluarga untuk melawan nafsu dan serahkan kepada allah makan minum dan tanggungjawab mereka sebagai ketua dalam keluarga. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pula hanya berjihad dengan arak, babi dan tidak kepada dadah dan hanya terhad kepada orang bangsa melayu sahaja walau pun ada bangsa lain yang Islam. itu sudah tidak dikira kerana rupa berbeza daripada orang melayu.ahli ibadat hanya berjihad menahan mengantuk mendampingi tuhan untuk sembahyang malam, berzikir hingga kesubuh sedang di siang hari mereka tidak berbuat apa-apa melainkan tidur memanjang sepanjang hari. Sepatutnya mereka berbuat sesuatu untuk mengimarahkan muka bumi ini.
Kakitangan awam pula berjihad menuntut kenaikan gaji dengan mengugut kerajaan dengan berpaling kepada parti yang kononnya Islamik.
Pendakwah kerajaan hanya sekadar berjihad dengan perkara yang remeh temah dan satu daripadanya ialah memperjuangkan kain tudung tanpa dapat membezakan aurat dan kain tudung. Pada mereka bila di sebut kan aurat hanya tertumpu dan tertuju kepada rambut sahaja dan harus dibungkus supaya tidak kelihatan sehelai rambut pun.
Dr Mahathir terselamat daripada briged jihad kerana menentang parti politik pas yang kononnya parti Hizbullah (Parti Allah) sedang mereka sedikit pun tidak pernah memahami apa itu parti Allah yang sebenar-benarnya.
Sedikit penerangan berkenaan parti allah yang dipetik dari mukadimmah takwil quran oleh nik mohd salleh wan musa.
“ Parti allah ialah parti yang ditubuhkan nabi s.a.w. yang terdiri daripada semua millah (kaum yang pelbagai agama) yang terdapat pada zaman itu yang dipengerusikan oleh nabi s.a.w. dan dinamakan hizbullah atau parti allah, tugas kumpulan ini atau parti ini ialah untuk menegakkan kerajaan allah di bumi. Maka setiap umat dalam kumpulan ini patuh kepada semua prinsip dan asas yang dalam kalangan mereka. Sebarang kekeliruan dalam kalangan mereka dapat di selesaikan dengan mudah. Maka setiap orang yang beriman yang mahu kejayaan dalam penyampaian petunjuk ini hendaklah menarik ahli millah (ahli syariat/bangsa) mereka ke dalam  millah mereka dan menjauhkan diri dari sifat-sifat keji seperti gemar menyalahkan  orang lain, menghina usaha orang lain, gemar menegakkan sesuatu kehendaknya melalaui perdebatan......” – di fahami dari kitab al muqadimah haji nik mohd salleh haji wan musa.
Berteraskan kepada “Dinulhaq” iaitu keadilan yang mutlak – penulis.
Untuk mengekalkan kesepakatan itu  hendaklah kita  bertolak ansur dan jangan memaksa undang-undang adat kitab kita (hudud) untuk di laksanakan untuk mempertahankan kesepakatan itu, di bimbangi nanti pengerusi dan kepercayaan millah lain (kaum lain) menolak kita keseluruhan. – di fahami dari tafsir al hakm karangan haji nik abdullah wan musa.  – penulis
Sedikit petikan dari tafsir al furqan jilid satu karangan haji nik mohd salleh wan musa(tafsir al furqan) dan di gabungkan dengan karangan haji nik abdullah bin wan musa (tafsir al hakm)
[firman: Dan ibu-ibu itu menyusui anak-anak mereka dua tahun yang sempurna bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu, tetapi atas lelaki yang punya anak, memberi makanan dan pakaian bagi ibu itu dengan cara yang patut; tidak diberatkan seseorang melainkan kelapangannya; jangan disusahkan seorang ibu lantaran anaknya dan jangan seorang bapa lantaran anaknya dan atas waris itu sama dengan yang tersebut. (Al-Quran : 2: 233).
        Maksud ayat ini, sesuatu dalam rumah tidak harus dilakukan tanpa mesyuarat supaya terhasil persetujuan, kerana rumah tidak teguh tanpa persetujuan. Apabila keadaan rumah sudah rosak, maka tidak mungkin diteguhkan pemerintahan negara selama-lamanya, kerana persediaan berada di rumah. Begitu juga pemerintahan, tidak dapat diteguhkan tanpa mesyuarat. Diktator pasti merosakkan sesebuah pemerintahan ms 494
Apabila kita mencipta sebuah perlembagaan bagi kerajaan, yang merangkumi pentadbiran rumah tangga, maka dalam peraturan pentadbiran rumah tangga itu terdapat undang-undang yang memberi pimpinan kepada umat yang tidak bermusuhan, kerana beliau dapati ada persamaan antara bimbingan kepada umat yang tidak bermusuhan dengan masalah penyusuan yang beliau dapat mengambil pengajaran. Ms497] –petikan dari tafsir al furqan oleh haji nik mohd salleh wan musa,
Sementara  kita di beri kuasa mempengerusi barisan pakatan bangsa itu, jagalah kepercayaan mereka-mereka yang selain daripada kita itu. - penulis
Kelihatannya hampir sama dengan prinsip parti Barisan Nasional walaupun sedikit sebanyak BN telah dirosakkan oleh sebahagian besar ahli-ahlinya yang berkepentingan memfaraidkan negara.
Jihad Syaidina Abu Bakar ialah kepada yang tidak membayar zakat. Mereka enggang membayar zakat mengikut peraturan yang diturunkan al quran. Mereka enggang membayar zakat kerana tidak setuju dengan perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah dan dengan niat supaya pemerintahan Abu Bakar kelihatan lemah dalam tadbir urus pemerintahan. Namun demikian mereka tidak mengisytiharkan keluar agama. Mereka ini adalah pemberontak senyap.
Allah berfirman
 Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. (baqarah 254)
Hikmat ayat ini ialah perkaitan dengan ekonomi dalam mengurus tadbirkan politik. Kerajaan akan menjadi lemah bila urustadbir politik huru hara kerana orang ramai tidak lagi berminat kepada kerajaan atas faktor kewangan. Ekonomi menjadi lemah dan untuk membantu dan mewujudkan ahli perdagagan di kalangan umat islam tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan modal atau pun dana. Akibatnya, perdagagan akan kembali di monopoli lintah darat yahudi yang terkenal dengan kadar faedah atau riba. Itulah maksud ayat syafaat di dalam ayat ini. Perdagagan kembali di jajah dan pada masa itu sudah tidak adalah lagi perdagagan di kalangan umat. Bila huru-hara ekonomi dengan maksud ‘ kemiskinan melanda umat’(seperti apa terjadi kepada melayu di tanah melayu satu masa dulu), hari itu tidak akan wujud persahabatan dan persaudaraan kerana bila kita di jajah ekonomi dan di pecahbelahkan dengan makna sudah tidak ada syafaat lagi. Tidak ada shafaat yang maksudnya tidak ada semangat tolong menolong, kasih sayang sesama manusia dan bangsa. Hilang dengan maksud kerajaan jatuh di sebabkan tiada sumbangan atau pendapatan. Mereka yang cuai dalam menyumbang kearah membentuk kerajaan yang kecuaian itu dianggap zalim dan kafir kerana kerajaan perlu duit demi untuk menegakkan keadilan sejagat atau dinulhaq yang telah di warisi oleh nabi s.a.w.
Sedikit keterangan din nul haq yang dipetik daripada karangan haji nik mohd salleh dalam muqadimah takwil quran.
“Di samping menyampaikan petunjuk, Nabi Muḥammad (S.A.W.) menubuhkan satu kumpulan bernama  Hizb Allāh . Kumpulan ini terdiri daripada wakil daripada semua millah yang terdapat pada zaman itu dan dipengerusikan oleh Nabi (S.A.W.) sendiri. Tugas kumpulan ini ialah untuk menegakkan kerajaan Allāh di bumi. Maka setiap umat dalam kumpulan ini patuh kepada semua prinsip dan asas yang sama dalam kalangan mereka. Sebarang kekeliruan dalam kalangan mereka dapat diselesaikan dengan mudah. Maka setiap orang beriman yang mahu kejayaan dalam penyampaian petunjuk hendaklah:
i)                 menarik ahli millah ke dalam millah mereka.
ii)             menjauhkan diri dari sifat-sifat keji seperti gemar menyalahkan orang lain, menghina usaha orang lain, gemar menegakkan sesuatu kehendaknya melalui perdebatan.
Kedua, Dīn al-aq  atau keadilan yang tulen. Di samping menyampaikan hidayah, Nabi (S.A.W.) juga diperintah menegakkan keadilan yang tulen. Keadilan yang tulen termasuk dalam pembentukan undang-undang untuk masyarakat Islām.
Undang-undang yang menjamin keadilan yang tulen hanya boleh diwujudkan dalam masyarakat jika undang-undang itu dipatuhi oleh semua golongan. Maka undang-undang itu hendaklah dibentuk berdasarkan kemahuan fiṭrah setiap manusia. Undang-undang itu datang daripada Allāh melalui nabi-nabi yang diutus seperti Nabi Muammad (S.A.W.). Nabi (S.A.W.) telah membawa kepada manusia keadilan yang tulen dan peraturan hidup yang bahagia seperti yang terdapat dalam Al-Qurʾān. Allāh taʿālā berfirman:
“Hendaklah engkau tegakkan haluan engkau dalam dīn anīfī mengikut ciptaan Allāh yang telah mencipta manusia di atas bentuknya yang tidak berbeza antara makhluk Allāh itu. Itulah agama yang sebenar”.[1]
Ayat di atas menggesa setiap orang dari mana-mana millah supaya menegakkan haluan hidup berpandukan semangat kemanusiaan yang satu. Kehidupan manusia saling bergantung daripada segi keperluan hidup seharian. Ahli falsafah telah berkata:    . Maksudnya: Manusia adalah makhluk yang mempunyai tabiat bergaul.
aḍrat ujjat al-Islām Shāh Walī Allāh menerangkan prinsip tamadun manusia dalam kitab ujjat Allāh al-Bālighah,[2] secara ringkasnya seperti berikut:
“Pengurusan tamadun tidak sunyi sekali-kali tentang adanya di dalam mana-mana masyarakat manusia walaupun di dalam mana-mana negara atau pun dalam sebuah benua yang didiami oleh umat manusia. Demikian itu juga mana-mana masyarakat umat manusia yang sederhana tabiat kejadiannya dan mempunyai akhlak-akhlak yang mulia dari zaman Nabi Allāh Adam (a.s.) hingga ke hari Kiamat, asasnya itu memanglah diakui di sisi mereka itu semuanya dari satu abad ke satu abad dan dari satu peringkat ke satu peringkat. Mereka sentiasa menentang sesiapa yang melanggar kepadanya dengan tentangan yang amat sangat, dan mereka memandang bahawa asas-asas itu suatu perkara yang telah biasa dipandang tentang buruk baiknya kerana kemasyhurannya dalam kalangan mereka; tetapi hal ini janganlah menimbul salah faham saudara-saudara dari apa yang telah saya sebut di atas tadi, kerana umat manusia dalam mencorakkan asas-asas tamadun di dalam masyarakat mereka, dan melaksanakan cabang-cabangnya, tidaklah sama dan serupa di sisi semua manusia itu. Contohnya, semua umat manusia bersetuju menghapuskan bau busuk bangkai manusia yang telah mati dan mahu menutup kemaluan mereka, tetapi mereka berselisih tentang rupa pelaksanaannya; setengah daripada mereka memilih dengan cara menanam di dalam bumi manakala setengah mereka pula memilih dengan cara membakar dengan api.
Mereka semua juga bersetuju mengistiharkan perkahwinan dan membezakannya daripada zina di hadapan beberapa orang yang boleh menyaksi perbuatan itu, tetapi mereka berselisih pula tentang rupa pelaksanaannya, setengah daripada mereka dengan cara memilih dua orang menjadi saksi semasa melakukan ijab kabul dan walimah; manakala setengah daripada mereka pula memilih dengan cara isytihar dengan permainan rebana, nyanyian atau memakai pakaian yang mahal harganya yang tidak pernah dipakai dalam resam mereka selain daripada hari walimah yang besar-besar.
Mereka juga bersetuju menakutkan orang yang berzina dan mencuri, tetapi mereka berselisih tentang pelaksanaannya; setengah daripada mereka memilih cara merejam dengan batu bagi mereka yang berzina dan memotong tangan bagi mereka yang mencuri; manakala setengah pula memilih dengan memukul yang menyakitkan atau menahan dalam kurungan yang memberi keazaban kepada mereka.
Walaupun keadaan seperti demikian, tetapi terdapat manusia yang menentang asas-asas pentadbiran tamadun tersebut di atas yang terbahagi kepada dua kumpulan.
i)                 Mereka yang sangat bodoh, hampir setaraf dengan haiwan, mereka  diakui oleh masyarakat manusia tentang kelemahan tabiatnya yang semula jadi dan cacat akalnya, mereka selalu melakukan perbuatan yang membuktikan kebodohan mereka atau perbuatan yang sesungguhnya terpesong jauh dari asas pentadbiran tamadun yang baik yang diakui oleh umat manusia itu.
ii)             Golongan orang jahat. Golongan ini jika diselidik secara mendalam perasaan dalam hati mereka, pasti akan didapati bahawa mereka juga beriktikad dengan asas-asas pentadbiran tamadun yang baik itu, dan dengan itulah perlu dilakukan oleh setiap orang dalam masyarakat yang sejenisnya. Tetapi mereka telah dipengaruhi oleh hawa nafsu sehingga mereka sanggup derhaka terhadap kepercayaan mereka sendiri seolah-olah mereka mengakui dan menyaksi bahawa diri mereka sebenarnya manusia yang jahat. Mereka melakukan zina dengan anak perempuan orang dan saudara perempuan orang yang mereka mendiamkan diri dan membisu seolah-olah mereka tidak sedikitpun melakukan kesalahan terhadap masyarakat. Tetapi apabila dilakukan perbuatan zina oleh seorang lain dengan anak perempuannya atau saudara perempuannya, mereka menzahirkan kemarahan yang amat berbeza dengan kesedaran perbuatannya sendiri itu dan mereka mengetahui dengan yakin bahawa manusia semuanya akan merasa sangsara sebagaimana ia juga merasa dengan yang demikian, dan dengan berlakunya atau berkembang kesangsaraan tersebut akan mencacatkan peraturan dalam sesebuah negara. Tetapi mereka telah dibutakan mata hati oleh hawa nafsu jahat itu sahaja. Seperti demikian itu juga halnya tentang perbuatan mencuri, merampas, menyamun, dan sebagainya. Mereka melakukan semua kesalahan itu dalam keadaan sedar bukan dalam keadaan tidak siuman atau hilang akal atau sebaginya”.
Seperti yang telah saya katakan dahulu tentang persetujuan umat manusia dengan asas-asas pentadbiran tamadun untuk hidup, bukan bererti bersetuju dan sekata melakukan dengan sesuatu benda seperti sekata dengan satu jenis makanan atau satu jenis pakaian atau sebagainya di antara umat manusia yang hidup di Timur dan Barat. Ini adalah suatu perkara yang tidak mungkin dilakukan, kerana firah manusia telah menghakimkan bahawa setiap manusia di dunia ini tidak mungkin bersatu dan sekata dalam perkara-perkara yang tersebut itu dalam keadaan hidup mereka yang berlainan tabiat kejadian dan berjauhan benua tempat lahir dan berlainan mazhab di dalam hidup dan syariat-syariat yang dibentuk oleh nabi-nabi mereka masing-masing, melainkan kerana ada sesuatu persesuaian semula jadi yang lahir dari kehendak gambaran spesis manusia jua”.[3]
     Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa setiap manusia mempunyai perasaan dan akidah kemanusiaan yang sama dengan manusia lain. Maka perkara yang dibenci yang dilakukan oleh seorang manusia juga dibenci dan terasa berdosa jika ia melakukannya terhadap orang lain. Inilah satu perasaan semula jadi pada setiap manusia yang dijadikan asas oleh Allāh untuk meletakkan undang-undang keadilan bagi manusia seperti yang terdapat dalam Al-Qurʾān. Setiap manusia hendaklah mengenal hakikat dirinya dan dengan pengenalan itu ia patuh kepada kehendak fiṭrah untuk mendapat kemerdekaan dan kebahagiaan semua manusia lain. Oleh kerana dalam masyarakat terdapat dua golongan yang tidak patuh seperti yang tersebut dahulu, maka bahaya pasti menimpa semua golongan dalam masyarakat. Contohnya, dalam masyarakat terdapat kumpulan manusia yang gemar berjudi dan satu kumpulan lagi mengamalkan riba. Jika kegiatan dua golongan ini dibiarkan, sudah pasti membahayakan seluruh masyarakat. Maka perlu dihalang kegiatan mereka dengan undang-undang secara paksaan. Maka Allāh memerintahkan Nabi Muammad (S.A.W.) supaya menjalankan undang-undang keadilan ini untuk menjamin ketenteraman dan keselamatan semua pihak walaupun secara paksaan. Allāh taʿālā berfirman: 
“Hendaklah kamu lakukan dengan kekerasan terhadap mereka yang tidak beriman dengan pengajaran Allāh dan tidak beriman dengan kebangkitan nabi akhir zaman dan tidak mengharamkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allāh dan rasulNya dan tidak berlaku adil mengikut undang-undang keadilan yang tulen, dari golongan mereka yang telah dikurniakan kitab-kitab sehingga mereka membayar jizyah dan mereka hidup dalam keadaan hina”.[4]
Allāh taʿālā mengizinkan Nabi (S.A.W.) melaksanakan undang-undang keadilan ini secara paksaan demi untuk membentuk sebuah masyarakat yang benar-benar adil, bahagia dan merdeka, kerana kadang-kadang dalam masyarakat terdapat seorang jahat yang boleh merosakkan sekumpulan manusia menjadi jahat dan seterusnya kumpulan ini boleh meruntuhkan tamadun dan memusnahkan sebuah negara.
Maka pelaksanaan undang-undang keadilan yang diakui asas tamadun yang baik kadang-kadang perlu dilakukan secara paksaan demi untuk menjaga keselamatan semua, seperti secara jihad. Tetapi Allāh taʿālā menafikan paksaan itu sebenarnya bukannya paksaan yang bercanggah dengan kehendak fiṭrah manusia atau mencabul hak manusia, kerana setiap manusia telah mengakui kebenaran yang perlu dilaksanakan untuk keselamatan mereka.” – di petik daripada mukadimah takwil al quran oleh mohd salleh wan musa.
 Oleh kerana cuai dalam membayar zakat dan menyumbang kepada membentuk kerajaan yang benar, kecuaian itu di anggap zalim dan ke arah kafir, kerana kerajaan memerlukan perbelanjaan. Yang maknanya tuhan beri ugama ini hidyah dan din nul hak.
Dalam memberi Hidayah hendaklah di suruh dengan lemah lembut kerana untuk di beri kefahaman dan menegakkan keadilan yang sebenar. Menegak keadilan yang sebenar itu ialah menentang kezaliman dan ketidak adilan. Bila kezaliman telah tiada, maka adil akan mengambil tempat itu. Menentang kezaliman, menentang penjajahan bentuk baru dan ihsan itu adalah kesedaran kemanusiaan yang pada setiap penduduk. Itulah yang diharapkan oleh orang ramai. Ihsan ini termasuk juga dalam hidayah. Din nul hak termasuk dalam jihad dan menegakkan keadilan yang sebenar itu juga termasuk dalam jihad.
 Kalau hendak mempertahankan fardu ain mereka namakan jihad, itu sudah terkeluar daripada landasan. Jihad menegaakkan fardu ain  tak kena pada tempat. Jihad untuk menghapuskan kemungkaran mungkin lebih baik. Dengan menghapuskan manusia perosak keamanan yang menggalakkan masyarakat rosak. Jihad itu lebih baik lagi. Jihad mempertahankan tanah air daripada service bertukar tangan ada lah lebih baik.
Jihad yang satu lagi ada kaitannya dengan menghapuskan keganasan dalam masyarakat seperti apa yang di buat oleh mana-mana pemerintah di dunia ini. Jihad mengamankan ketenteraman ialah samalah juga dengan membuang daging yang rosak di dalam satu badan dan jika dibiarkan ia akan menjangkiti yang lain. Ddengan cara membuang yang rosak itu , maka akan terselamatlah dari jangkitan kuman yang ada padanya.
 Jadi , masyarakat perosak ini diwajibkan jihad untuk menghapuskannya.
Apa yang silap pada kita pada hari ini ialah di capkan atas nama islam, semua harus di jihadkan.
Kalau kita letakkan mempertahankan tanahair daripada di perintah oleh bangsa asing, bolehlah kita namakan itu jihad.
Begitu juga kalau kita mempertahankan sistem yang ada sekarang daripada perubahan yang hendak dibuat ,kalau dah sememangnya baik dan membawa keamanan dan keadilan, itu juga jihad. Mungkin ramai yang tidak setuju.
Lainlah halnya kalau kita mempertahankan pemerintah korup yang boleh merosakkan kehidupan rakyat dengan menentang revolusi yang terjadi. Itu lainlah. Harus diingatkan yang perang itu memang tidak membawa kebaikan. Yang mula terkena tempiasnya ialah rakyat dahulu. Yang mula-mula di serang pun rakyat dahulu. Terutama di kota-kota besar atau pun ibunegara seperti apa yang telah dibuat oleh pembangkang kerajaan.
Pada zamannya, syaidina abu bakar berjihad kepada sesiapa yang tidak membayar zakat.
Jakim yang hanya berjihad  mempamirkan dadah tiada bahaya apa-apa melainkan arak dan babi yang kononnya haram mutlak dan di samakan dengan makan racun. Pada saya yang hanya haram mutlak ialah makanan atau minuman yang boleh  membawa kematian seperti racun ikan buntal, ular ataupun racun yang ada cap tengkorak.
Ajaran al quran yang kita bawa telah banyak yang terpesong yang boleh menyebabkan terhalangnya ajaran nabi-nabi  lain kerana kononnya seakan-akan tuhan larang dan ajaran-ajaran nabi lain sudah tuhan mansuhkan . Prinsipsebenar  quran pun kita tidak faham . Berdakwah ini biar kena pada tempatnya. Masyarakat antarabangsa hendaklah di utamakan. Tengok saiz dahulu.
Jikalau prinsip kemanusiaan kita tidak faham, macamana hendak di amalkan hukum kitab kita.
Mereka yang memahami al quran yang tidak mengikut hikmat turunnya ayat-ayat ini menyebab terhalangnya ajaran nabi-nabi lain.
Oleh kerana kita orang-orang islam tidak faham prinsip ajaran al quran menyebabkan kita tidak boleh terima ajaran nabi lain.
Semua kitab di turun kan oleh tuhan yang sama. Tuhan yang kita sembah samalah dengan tuhan yang mereka sembah.
Semua apa yang berlaku di bumi ini tidak terlepas dari kehendak tuhan dan sememangnya tuhan berkehendak kan begitu.
Untuk mengetahui sesuatu kitab itu turun dari tuhan, kitab itu dipertahankan oleh penganutnya , diamalkan dan kekal hingga sekarang dan jika ada sesiapa yang iingin cuba menghina dan memperlekehkan ajaran kitab itu mereka sanggup mempertahan dengan nyawa. Kalau tidak menepati karekter itu, itu kitab rekaan manusia.
 sedikit petikan dari mukadimah takwil al quran oleh haji nik mohd salleh wan musa berkenaan kitab tulen dan palsu.
Mereka semua menegaskan bahawa umat Ṣābiʾīn juga memiliki kitab Ilahi. Itulah sebabnya Nabi (S.A.W.) memerintah supaya dipungut jizyah daripada Majūsī. Apabila Muḥammad Qasim al-Thaqafī menakluki negeri Sindh, beliau melaksanakan hukum jizyah ke atas umat Hindu dan umat-umat lain yang sama dengan mereka di India, kerana mereka yakin kitab Ilahi yang mereka miliki masih boleh dijadikan asas kebenaran semasa Al-Qurʾān diturunkan. Maka Allāh taʿālā mensabitkan kebenaran Al-Qurʾān dengan sokongan dan penyaksian kebenaran kitab Ilahi di sisi mereka.
Kedua, mereka mengatakan kitab Ilahi yang lain seperti Taurāt dihapuskan oleh umat Yahudi, Injīl dihapuskan oleh kaum Nasrani hingga seluruh keaslian kitab-kitab itu tiada lagi. Kandungan kitab-kitab itu kini  adalah semata-mata pendapat yang direka oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Inilah pendapat yang mereka bentangkan dalam karya-karya pada zaman ini.                                
Ahli debat yang termasyhur dalam kalangan mereka ialah Mawlānā Ramatullāh al-Hindi pengasas Madrasah  Al-Sulatiyah di Mekah. Beliau mengarang kitab Izhār al-aq ). Kitab ini menjadi rujukan ahli-ahli munazarah muda dalam bidang ini.
Ahli munazarah yang handal di Indonesia ialah Doktor Hasbullāh al-Bakri. Beliau mengarang buku berjudul Nabi ʿĪsā dalam Al-Qurʾān dan Nabi Muḥammad dalam Bibel. Buku ini ditulis berdasarkan pengkajian yang teliti dan meluas dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kelantan pada tahun 1966, tetapi malangnya kaedah munazarah dan jawapan yang dibentang dalam buku ini keseluruhannya sedikit pun tidak dapat membezakan antara masalah pokok dengan masalah ijtihad dalam agama mereka. Setiap masalah disifatkan salah dan dan dicaci sehingga menyentuh peribadi seseorang. Tindakan ini sesungguhnya terpesong dari pengajaran Al-Qurʾān seluruhnya kerana kaedah munazarah dalam kitab ini semata-mata untuk mencari kemenangan.
Ringkasnya, jika kaedah ini diakui benar dan tidak lebih dari mencari kesalahan yang membawa kerosakan, maka kaedah ini bukan mencari kebenaran untuk menegakkan perintah Allāh seperti yang diajar dalam Al-Qurʾān.
Maka bagi sesiapa yang mahu mencari jalan yang sebenar, dia hendaklah membezakan semua jalan ʿulamāʾ yang terpesong dan asas pengajaran Al-Qurʾān.
Kitab-kitab Ilahi yang asal masih benar semasa Al-Qurʾān diturunkan, walaupun kitab-kitab itu tersalah pada beberapa bahagian kerana terjemahan dan takwilan yang tidak mengikut kaedah, tetapi kebenaran dalam masalah pokok masih wujud dalam kitab-kitab itu. Maka Allāh memerintah Nabi Muammad (S.A.W.) menyeru mereka kembali kepada pengajaran Allāh dalam kitab mereka masing-masing dan bekerjasama dengan baginda membangun pemerintahan Allāh untuk menegakkan kebenaran. Jika kebenaran itu hilang seperti sangkaan ʿulamāʾ-ʿulamāʾ sekarang, maka bagaimana Allāh taʿālā mengakui kebenaran masih wujud. Kebenaran itu ialah suatu pengajaran yang sama di antara semua nabi. Allāh berfirman: 
Katakanlah (wahai Muammad), Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama di antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allāh, dan kita tidak sekutu denganNya sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian (dari) kita mengambil akan sebahagian yang lain, (untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan) selain daripada Allāh, kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima), maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami ialah orang Islām”.[5] 
Allāh taʿālā berfirman:
 
Katakanlah (wahai Muammad) Hendaklah kamu bawa dengan kitab Taurāt dan bacalah di dalamnya jika kamu orang yang benar.[6] 
Ayat-ayat ini menyatakan kitab Taurāt asal dan benar masih  ada pada zaman hayat Nabi Muammad (S.A.W.). Maka buruk benar pendapat mereka yang menyeleweng dari nas Al-Qurʾān dan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah kerana menafikan kewujudan kitab Taurāt yang asal di sisi umat Yahudi pada zaman Al-Qurʾān diturunkan hingga sekarang.
Oleh kerana pendapat-pendapat itu jauh dari kebenaran, maka usaha dakwah ʿulamāʾ Islām tidak membawa kesan selain daripada meluaskan lagi jurang perselisihan dan menambahkan perpecahan antara umat manusia. Inikah kemegahan yang diagungkan oleh ʿulamāʾ Islām zaman sekarang sebagai natijah dakwah mereka kepada Islām? Sesungguhnya perbuatan mereka ini satu bidaah yang perlu dihapuskan segera. – di petik dari mukadimah takwil al quran oleh haji nik mohd salleh wan musa .
Tidak seperti sesetengah ulama dalam syariat islam yang mengatakan kitab-kitab allah yang terdahulu di batalkan bermakna tuhan lalai dan tidak berilmu langsung. Kita tengok pandangan yang dipetik dari mukadimah takwil al quran haji nik mohd salleh.
Maka setiap orang Islām yang mahu mendakwah umat nabi-nabi dahulu hendaklah berpandukan kaedah dari pengajaran Al-Qurʾān, sunnah Nabi Muḥammad (S.A.W.) dan sunnah para khalifah.
Shāh Walī Allāh menerangkan masalah kitab Ilahi ini di dalam kitabnya Al-Saṭa’āt bilangan 22. Beliau berkata seperti berikut:
“Dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum Al-Qurʾān al-karīm, semuanya umpama ḥadīth-ḥadīth qudsī, melainkan mana-mana yang dikehendaki oleh Allāh. Pada menerangkan maksud itu telah bersabda Nabi (S.A.W.): Sesungguhnya adalah diturun ke atas Nabi (S.A.W.) wahyu yang seumpamanya telah beriman dengannya oleh umat manusia, dan lazim bahawa didapati pada kitab Ilahi itu dua perkara penting: (1) Salah satu daripadanya berkat yang diturun dari alam malakut dan memberi kebaikan dan keredaan al-Malaʾ al-aʿlā kepada setiap orang yang membaca kitab Ilahi itu serta berusaha menyampaikannya kepada orang ramai serta berusaha dengan bersungguh-sungguh menjalankannya. (2) Yang kedua, bahawa kitab itu mestilah kekal sepanjang masa dan abad. Dan bahawa umat nabi itu ditaufik memeliharanya. Maka jika hilang kedua-dua yang dikehendaki ini maka tiadalah kitab itu boleh dikatakan kitab Ilahi sekali-kali, malah sebuah kitab daripada seorang anak Adam yang mengumpul ilmu-ilmu nabi dengan ijtihadnya seperti Ṣaḥī Bukhārī dan Ṣaḥī Muslim di dalam millah kita (millah Muammadiyah)”.
Dari huraian ini dapat disimpulkan bahawa kitab-kitab Ilahi dahulu seperti yang terdapat di sisi umat Hindu, umat Majūsī, umat Yahudi dan umat Nasrani  adalah sama darjah dengan kitab-kitab ḥadīth seperti Ṣaḥī Bukhārī, Ṣaḥī Muslim dan kitab-kitab lain yang setaraf dengannya.
ʿUlamāʾ Islām telah membukukan ḥadīth Nabi Muammad (S.A.W.) selepas satu abad sejak hijrah Nabi (S.A.W.). Pada zaman itu periwayat ḥadīth terpaksa dikaji secara teliti kerana zaman itu umat Islām berpecah dan banyak pengaruh luar masuk untuk melemahkan umat Islām.
ujjat al-Islām al-Imām Shāh Walī Allāh al-Dihlawī Raḥīmahullāhu taʿālā berkata di dalam kitabnya   seperti berikut:

 “Dan ḥadīth Nabi (S.A.W.) tidak pernah ditulis pada masa mula-mula, kemudian lahir perasaan mengambil berat mahu menulisnya selepas seratus (100) tahun lamanya dan sempurna disusun dan dikarang kemudian daripada ratusan yang kedua. Inilah yang membawa bercabang-cabang sanad-sanad dan terbahagi ḥadīth-ḥadīth itu kepada mustafidh, masyhur, ṣaḥīḥ, ḥasan, daif dan mursal dan amat memerlukan kepada perhatian daripada segi iktibar dan shawahidnya”. 
Walaupun kitab-kitab ḥadīth seperti Ṣaḥī Bukhārī dan Ṣaḥī Muslim itu ditulis dengan cermat dan teliti tetapi tarafnya tidak sama dengan Al-Qurʾān. Daripada segi riwayat dan dirāyah kitab-kitab ḥadīth ini masih boleh dikritik dan ditegur oleh mereka yang mahir dalam ilmu ḥadīth setelah dibandingkan dengan beberapa iktibar dan shawahīd, kerana ḥadīth-ḥadīth itu berasaskan khabar yang diriwayat oleh pelbagai golongan yang mungkin menjadi ihtimal benar atau salah, tetapi syarak memanggilkan kitab-kitab ini kitab suci kerana mengandungi pengajaran nabi dan sejarah mereka dan sejarah sahabat-sahabatnya.
Demikian juga kitab-kitab Ilahi daripada nabi-nabi dahulu, walaupun kitab-kitab yang masih ada di tangan kaum Hindu, Majūsī dan umat-umat Ṣābiʾah yang lain, tidak dapat ditentukan bilakah kitab-kitab itu ditulis; tetapi mengikut sejarah, kitab Taurāt dan Injīl ditulis selepas ratusan tahun wafat nabi-nabinya.
Maka martabat semua kitab Ilahi dan ḥadīth-ḥadīth Nabi (S.A.W.) selain daripada Al-Qurʾān, hanya boleh dijadikan sebagai contoh, iktibar dan hidayah. Ada pun tujuan asal dan utama bagi penentuan hukum-hukum mestilah dirujuk kepada Al-Qurʾān sebagai kitab induk agama yang asas dan mengandungi kebenaran yang mutlak.- di petik dari mukadimah takwil al quran oleh nik mohd saleh wan musa
Tidak sebagaimana orang Khurdiani yang kita katakan bukan islam itu yang telah pergi ke amarika dan berdakwah mengikut gaya yang tersendiri, mereka telah membuang jihad bersejata dan segala bentuk keganasan dalam berdakwah dan mempamirkan kesejahteraan dalam mengamalkan cara hidup. Dengan sikap tolong-menolong di kalangan ahli beserta kasih sayang sesama manusia, dan daripada semangat tolong menolong itulah kaum kapitalis yang semangat tolong-menolong memang tiada pada mereka melainkan semangat haloba selain mempergunakan manusia lain untuk kemewahan dan keunggulan. Maka akan Kelihatan apa yang telah dibawa oleh Kurdiani ini baik dan cantik untuk di tiru dan telah menarik perhatian ramai tumpang formula dan nampaklah kehebatan islam di amerika yang lebih tersusun dan paling tersusun di dunia hari ini berbanding di afghanistan yang kononnya paling islam di dunia di bawah atur cara dan pentadbiran taliban . taliban adalah contoh yang pas hendak bawa.
Dan kalau kita hendak ambil kaut semua untuk di isyitiharkan jihad seperti pergi mendengar orang baca rawi, selawat berdikir, dengar quran di baca seawal pukul lima pagi setiap hari di masjid yang hanya sekadar untuk di iklan kan “inilah Islam”. lama-kelamaan orang umum akan naik muak apalagi orang- yang bukan dari kalangan kita umat islam. Inilah yang dibawa oleh rabbai-rabbai (tok lebai) dalam islam malaysia yang lebih kepada penjajahan arab. Atau melayu arab.
Yang akhirnya syariat islam  kelihatan cara hidup yang tidak membawa apa-apa pembaharuan tamadun untuk manusia sejagat. Hanya sekadar membuang masa untuk mengejar syurga selepas mati sedang di dunia kita tidak membuat apa-apa kebaikan untuk memakmurkan manusia.

Sedikit rujukan dari mukadimah takwil berkenaan perlembagaan undang-undang yang dipetik dari mukadimah takwil quran haji nik mohd salleh bin wan musa
Jika Nabi (S.A.W.) bersikap kasar dan keras sebelum mereka mengenal hakikat kebenaran itu, sudah pasti mereka tidak sudi berunding dengan Nabi (S.A.W.) dan keadaan ini lebih berbahaya dari penentangan mereka terhadap Nabi (S.A.W.) sebelumnya.
Allāh taʿālā berfirman: 
“Dan jangan sekali-kali kamu merasa benci kepada sesuatu kaum kerana mereka pernah menghalang kamu dari Masjid al-arām itu mendorong kamu melakukan kezaliman dan hendaklah kamu saling menolong dalam perkara kebajikan dan mempertahankan keadilan (takwa) dan janganlah kamu saling menolong melakukan bencana dan perseteruan; bertakwalah kepada Allāh kerana sesungguhnya Allāh amat menyeksa”.[7] 
Dalam ayat ini Allāh taʿālā mengajar orang muʾmin adab sopan dalam pergaulan secara meluas merangkumi pelbagai akidah, kebudayaan. Pergaulan itu pasti menimbulkan sesuatu masalah yang boleh menghalang orang muʾmin menunaikan fardu ain di Masjid al-arām. Keadaan itu mungkin mendorong orang muʾmin marah, menentang dan tidak sanggup berlaku adil terhadap mereka. Dalam keadaan demikian pun, Allāh tidak mengizinkan orang muʾmin bertindak kasar, malah mereka diperintah menguatkan semangat saling menolong melaksanakan kebajikan dan menegakkan keadilan. Orang muʾmin ditegah sama sekali membuat sesuatu bencana atau permusuhan antara kaum dan mengawal diri dengan bertakwa kepada Allāh.
Allāh taʿālā berfirman: 
“Dan janganlah kamu mencaci mereka yang menyeru (beribadat) yang lain daripada Allāh; nanti mereka akan mencaci Allāh secara melampau, dengan ketiadaan fahaman demikian itulah Kami menampakkan keelokan pada pandangan setiap umat itu dengan amalan mereka, kemudian kepada Tuhan tempat bagi mereka kembali semuanya; di situ akan diterangkan kepada mereka apa yang mereka lakukan”.[8]
Dengan ayat ini Allāh taʿālā menjamin hak kebebasan yang mutlak kepada setiap umat berdamping diri kepada Tuhan. Umat yang hidup di negara  berlainan, berbeza dari segi  adat dan kebudayaan, kelayakan dan tabiat mereka. Ini menyebabkan perbezaan dalam akidah mereka, istilah dan bahasa yang mereka gunakan untuk menggambarkan makrifat kebenaran yang diajar oleh nabi mereka juga berbeza. Perbezaan-perbezaan ini menyebabkan nabi mereka memilih gaya amalan bagi membentuk syariat yang khusus untuk mereka.
Dalam masyarakat yang terdapat pelbagai akidah dan gaya ibadat, pasti mencetuskan perasaan saling mencurigai dan saling mencaci apabila setiap umat belum memahami hakikat pengajaran Ilahi yang sama antara mereka. Maka mereka tidak mendapat pengenalan yang sebenar tentang perhubungan antara hakikat kebenaran asal yang dipanggil oleh setiap umat mengikut kebolehan mereka untuk berdamping dengan Tuhan.
Pada satu ketika, satu golongan mungkin mencaci golongan lain yang menyeru Tuhan mengikut istilah mereka untuk berdamping diri kepada Tuhan tanpa mengkaji hakikat yang sebenar. Walaupun cara dan gaya perbuatan yang melahirkan akidah setiap umat itu berbeza, tetapi semuanya berasal dari kebenaran yang sama. Maka Allāh menegah orang beriman mencaci mereka yang didapati berbeza mengikut istilah akidah mereka, kerana Allāh telah menampakkan keelokan ibadat bagi setiap umat.
Allāh menegaskan semua perbezaan itu berasal dari kebenaran yang satu. Kebenaran yang satu itulah dinamakan semangat Islām iaitu suatu hakikat yang mesti disedari oleh mereka yang mempelajari Al-Qurʾān. Jika tidak, Allāh tidak membela ibadat mereka, dan untuk mengetahui kebenaran itu perlu dirujuk kepada Al-Qurʾān.  
     Allāh taʿālā berfirman:
 “Dan jika menghendaki Tuhan engkau (wahai Muammad) nescaya berimanlah mereka yang di dalam bumi ini semuanya; adakah engkau mahu memaksa manusia supaya mereka semuanya beriman?”[9]  
Ayat ini menerangkan Allāh jadikan setiap manusia di dunia ini berbeza dalam kebolehan, pengetahuan dan keyakinan. Maka tidak wajar mereka dipaksa supaya beriman seperti Nabi Muammad (S.A.W.). Nabi Muammad (S.A.W.) ditugaskan memimpin, mendidik dan menunjuk mengikut kelayakan dan kebolehan mereka untuk menggambarkan tindakan ke arah satu cita-cita yang sama.
Allāh taʿālā berfirman: 
“Maka ingatkanlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat. Bukan engkau seorang yang boleh memaksa ke atas mereka”.[10]
Nabi Muammad (S.A.W.) ditugaskan memberi peringatan berdasarkan perkara-perkara fitrah pada setiap manusia. Jika baginda membawa perkara di luar kemahuan fiṭrah, maka pelaksanaannya mestilah dengan paksaan, tetapi sunnah Allāh jadikan sesuatu itu mengikut hikmatNya. Dalam pelaksanaan hidayah, mula-mula Nabi Muammad (S.A.W.) menyampaikan kepada umat-umat di ijāz seperti ʿArab, Yahudi dan Naṣārā. Mereka diberi amaran bahaya (À¯Qߪ) yang akan menimpa mereka jika tidak mengubah dengan segera, sikap kolot mereka kepada sikap yang lebih progresif yang ditunjukkan oleh Nabi (S.A.W.). Sikap yang progresif ini dapat mempertahankan keadilan, akhlak dan kasih sayang. Jika mereka menerima sikap yang progresif ini, mereka menjadi umat pertama dan terpilih untuk mewarisi Khilafah Allāh di bumi seperti yang dijanjikan kepada keturunan Nabi Ismāʿīl (a.s.).
Nabi (S.A.W.) menyampaikan hidayah kepada umat-umat di ijāz bukan secara perdebatan, kerana perdebatan tidak boleh menarik golongan yang belum beriman supaya beriman dengan seruan oleh Nabi (S.A.W.). Malah perdebatan boleh menambahkan sakit hati dan meluaskan jurang permusuhan.
Perkara ini mudah difahami, kerana apabila suatu fahaman menjadi akidah di sisi suatu golongan, maka tidak mungkin seseorang yang tidak sealiran dengan akidah itu dapat merobohkannya walaupun akidah yang menjadi pegangan itu tidak jelas kepada mereka. Maka Allāh melarang Nabi (S.A.W.) menyampaikan seruan secara berdebat dan paksaan  memandangkan kesannya lebih buruk kepada kedua-dua pihak.
Akidah atau kesimpulan yang tergambar pada setiap manusia patut dihormati dan dihargai. Maka Allāh membela mereka dengan firmanNya yang tersebut dahulu, maksudnya:
“Demikianlah Kami menampakkan keelokan pada pandangan setiap umat itu akan amalan mereka”.[11]
Imām al-Ghazālī dalam kitab   telah mengharamkan perdebatan yang bertujuan menarik musuh Islām ke dalam Islām. Langkah ini melebarkan lagi perpecahan antara satu sama lain. Beliau menyeru ʿulamāʾ Islām supaya berdakwah mengikut jalan Nabi (S.A.W.) dan para sahabat sebagai satu-satunya jalan yang perlu dicontohi oleh setiap orang beriman setiap masa. – di petik dari mukadimah takwil al quran karangan haji nik mohd saleh bin haji wan musa (tuan taba).
oleh  hasan muhamad kampung tok ku, kedai lalat.


[1] Al-Qurʾān: 30: 30
[2] ujjat Allāh al-Bālighah, bab  µ°×°h´Àí¯ ÜuƧ ænÌ Ã°rÛ¯ Ø°h´¯ ²°±’, jilid 1, ms. 48.
[3] ujjat Allāh al-Bālighah, juzuk 1, m.s. 151.
[4] Al-Qurʾān: 9: 29
[5] Al-Qurʾān: 3: 64
[6] Al-Qurʾān: 3: 93
[7] Al-Qurʾān: 5: 2
[8] Al-Qurʾān: 6: 108
[9] Al-Qurʾān: 10: 99
[10] Al-Qurʾān: 88: 21,22
[11] Al-Qurʾān: 6: 108