Sunday, January 31, 2016

Perjuangan IS adalah satu sambungan.

Perjuangan IS adalah satu sambungan.
Para ulama dan mufti pernah diminta supaya mengeluarkan hujah untuk mematahkan hujah IS tentang masalah jihad yang dapat mempengaruhi anak-anak muda yang berminat kepada perjuangan Islam supaya dapat mendapat alasan yang sebenar sebagai jawapan untuk membendung pengaruh IS yang berhujah tentang jihad.
Tetapi seruan itu hanya tinggal seruan, hanya mereka menekan supaya berpegang kepada wasatiah supaya umat Islam hidup secara sederhana dalam serba-serbi.
Mereka memaling matlamat jihad itu kepada yang lain seperti bersungguh-sungguh berjihad menanam padi, bersungguh-sungguh belajar, bersungguh-sungguh berjihad ekonomi dan di kalangan penunggu surau, mereka berjihad berjaga malam, sembahyang malam, berjihad membaca jam lima pagi mengganggu orang tidur.
Sebenarnya ilmu yang ada pada ulama dan para mufti di hari ini tidak mampu menyekat hujah pemimpin IS kerana mereka datang daripada bilik kuliah yang sama dengan pemimpin IS.
Oleh kerana mereka mendapat peluang hidup yang senang, mereka mahu menyekat orang lain merebut kerusinya dan jangan beritndak agresif. Kalau pun tidak setuju, menentanglah secara lemah lembut kerana mereka tahu cara demikian tidak menggugat kerusinya. Itulah matlamat wasatiyah.
Kepada mereka yang tidak berpeluang dalam kerajaan dan melihat kerajaan dari sudut yang bertentangan, mereka itu yang memalu gendang jihad dan menderma kepada mereka itu jihad, berceramah jihad, mengundi menyokong mereka pun jihad.
Dalam subjek jihad apabila diperangungjawab untuk berjihad jika lari maka kafir,
Adakah tidak mengundi Pas akan menjadi kafir? Sebenarnya mereka belum buat keputusan ini. (contoh), demikian juga jika mengabai belajar, ekonomi dan lain-lain. Adakah kafir jika mengabaikannya?
Hukum jihad jika tidak ditunaikan atau mengelak diri dari melakukannya maka kafir. Subjek jihad hanya satu sahaja iaitu menentang kezaliman dan menegak keadilan.
Dari satu sudut, ada pihak yang tidak sehaluan dengan pihak lain dan bermusuh secara terbuka. Risikonya mereka ditekan dan daripada tekanan itulah mereka mengatakan kerajaan zalim lalu mereka mengisytiharkan jihad secara terbuka dengan musuh mereka, tetapi apabila mereka menang mereka akan bertindak balas seperti mana apa yang dilakukan terhadap mereka dan gagasan keadilan yang di laung sebelum ini telah hilang sama sekali dan slogan jihad mereka itu adalah palsu dan bertopengkan Islam.
Ada pihak yang menamakan jihad Nabi untuk menegakkan syiar Islam dan syariat Islam. Kalau syiar yang menjadi matlamat jihad Nabi dan para sahabat kenapa baginda dan para sahabat tidak merobohkan gereja untuk dijadikan masjid. Yang kedua, syariat adalah satu amalan umum untuk mewujudkan organisasi peringkat awal matlamatnya ialah untuk mewujudkan keadilan dan ihsan (kasih sayang sesama manusia) dan hukum zalim yang disyariatkan itu bergantung kepada ijtihad atau pemudah cara sesuatu masa dan keadaan kearah melancarkan program untuk mencapai matlamat.
Dakwah tabligh syariatnya berjanggut, berserban, berkayu sugi dan pergi mengembara menjelajah masjid itu syariat dia. Syariat orang Taliban, berjanggut, berserban serta menyekat wanita dari bekerja dan belajar.
Pendapat iamam Ghazali, paksi bagi rukun iman ialah beriman pada takdir. Setiap manusia ditakdirkan ia faham dan yakin terhadap sesuatu kebenaran.
Ijtihad adalah sesuatu keperluan semasa dan perlu diselesaikan dengan keadaan berubah-ubah dan tidak mutlak melainkan al Quran. Ijtihad lebih menekankan hukum zahir yang mencorakkan cara falsafah matlamat tidak mengubah cara adalah suatu yang menyimpang daripada kaedah sebenar.
Membunuh adalah salah tetapi kenapa dibolehkan untuk berjihad dan berjuang untuk menentang kezaliman matlamatnya untuk menegakkan keadilan. Itulah perjuangan jihad oleh Nabi dan sahabat dari perjuangan itu adalah hukum dengan perjuangan sejagat. Tidak harus keliru antara matlamat dan jalan yang menuju kepada matlamat.
Oleh kerana umat islam hari ini telah meletakkan fardhu ain syiar dan syariat dalam satu kesimpulan yang telah hilang matlamat sebenar dan mereka telah dikelirukan tentang pengenalan jihad.
Mereka sibuk dengan penampilan diri fardu ain dan syiar dan syariat matlamat sejagat dalam keadaan yang meraba-raba. Seindah mana penampilan zahir jika ia menyimpang daripada tujuan al Quran diturunkan untuk memimpin seluruh alam sebagai persediaan rahmat Allah untuk seluruh manusia, maksudnya ia adalah munafik kerana memenongkan matlamat Al-Quran diturunkan.
Wasatiah adalah satu teori dan ciptaan kosong yang tidak mampu berbuat kebajikan kebaikan kepada manusia dan menentang kemungkaran tetapi masih rakus menghukum orang yang dilahirkan oleh Allah sebagai bukan Islam itu kafir dan tidak membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah. Kafir yang sebenar, engkar perintah dari Allah tidak sama dengan mereka yang dilahirkan daripada kaum yang memiliki budaya dan resam mendekati diri kepada yang maha kuasa seperti berdoa dan sembahyang berhubung dengan Allah, berhubung rahim, kasih sesama manusia.
Firman Allah.
Apa yang dijadikan Allah tiada sia-sia.
Allah telah menampakkan keelokan pada amalan sesuatu kaum.
Al Quran juga tiada satu umat yang diutus Nabi dan rasal dan orang-orang yang beriman, Yahudi, Nasara, Sabie beriman dengna hari akhirat. Amal baik mereka akan dibalas syurga.
Umat Islam diwajibkan beriman dengan semua rasul dan semua kitab. Rukun iman.
Allah menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa supaya dikenali disebali (perbezaan syariat) itu ada hakikat persamaan dari sudut fitrah kejadian manusia adalah sama dan persamaan ini masih wujud atas sebab itu Allah perintah kepada Nabi Muhammad firman-Nya.
Wahai ahli kitab, marilah bekerjasama pada kalimah yang sama.
Sekiranya persamaan itu tidak wujud dan musnah sama sekali pada ajaran mereka tidak mungkin Allah perintah kepada Nabi Muhammad untuk bekerjasama pada prinsip yang sama.
Ada pihak yang mentafsirkan selepas bangkit Nabi Muhammad semuanya kafir, adakah kafir itu pada syariat? Atau kafir itu dinila pada fitrah? Itulah persoalannya.
Apabila tanggapan kafir ini suatu pihak yang di cap terhadap orang lain bermulalah semangat permusuhan dan semangat kebencian semata-mata diukur pada rupa zahir.
Disuatu pihak yang menjadi mangsa tanggapan kafir itu mereka pun sedar bahawa umat Islam yang mempunyai niat dalaman yang tidak ikhlas terhadap mereka dan mereka hanya bergaul sekadar pura-pura semata-mata untuk membalas dendan dan menjajah.
Hari ini umat Islam telah dijajah ekonomi serta di susuli oleh sosio budaya dan politik dan mereka dapat menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin masyarakat Islam hanya sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam walaupun individu yang memerintah itu Islam hanya sekadar jurucakap yang direstui oleh kuasa penjajah.
Episod balas dendam yang menyekat arus politik Islam dari semua sudut bermula dari semangat kebencian yang ditanam kesan daripada mengkafir sesuatu kaum dan tindakbalas bertentangan di sebaliknya.
Sumbangan daripada itu lahirlah IS yang mengembang semangat kebencian dan semangat balas dendam sanggup mengkafir yang menyeluruh dan cuba mengembalikan kuasa daulah islamiyah berpaksikan kepada syariat dan budaya taklid tetapi mereka hilang matlamat untuk mewujudkan manusia yang adil dan kasih sayang sesama manusia.
Matlamat IS ialah untuk mendapatkan kuasa pemerintah dan di sebaliknya ada tangan yang tersembunyi yang menggalakkan umat Islam bertelagah sesama sendiri dan menonjolkan isu kebencian kepaa pemerintahan yang dicap sebagai tidak Islam.

Oleh hasan muhamad.

Sunday, January 24, 2016

Allah yang menjadikan alam.



Alam terbahagi kepada tiga. Yang pertama alam semesta yang meliputi isi langit dan bumi. Pada umumnya ahli ilmu astranomi memahaminya antara kesan semua kandungan isi langit dan bumi yang beri impak kepada semua kehidupan.
 Yang kedua, alam diri manusian itu sendiri yang mempunyai berbagai-bagai organ dan berfungsi dan fungsi yang berbeza-beza tetapi matlamat untuk kesempurnaan kepada semua.
Bagi seseorang manusia seperti mata yang melihat akal yang menilai minat pun bermula, tangan mengambil peranan, mulut dan lidah merasa, perut pun kenyang dan segala anggota pulih dan bertenaga dan memberi kesan kepada semua..
Pada zahirnya mulu itu itu memakan bukan untuknya, sebenaranya untuk memenuhi keperluan untuk semua.
Sekiranya terdapat kecacatan mana-mana organ akan memberi kesan kepada semua seperti tidak dapat tidur, hilang selera makan dan minum, lemah segala anggota sendi.
Kerana akal dapat memberi kekuatan membantu menenangkan keadaan.
Pada dengan apa yang berlaku kerana disebaliknya ada hikmat kekuatan semangat itu untuk meneruskan semangat hidup dan menolong membaiki mana-maka kelemahan dan kecacatan.
Alam yang ketiga, alam antara manusia dengan manusia. Inilah alam yang diperintah kepada manusia untuk mengurusnya atau khalifah di bumi supaya terhasillah matlamat fitrah semula jadi bagi setiap manusia dapat mencipta suasana kehidupan yang adil dan kasih sayang sesama manusia.
Apabila matlamat itu tercapai adalah rahmat daripada Allah hasil daripada usaha dan ajenda seseorang selari dengan kehendak fitrah.
Dikeranakan manusia berada dialam benda dan suasana dipengaruhi oleh sifat haiwan dihijab oleh salah pengenalan, hijab tabiee dan hijab resam yang diperngaruhi oleh sifat haiwan dan beritndak semata-mata untuk perut dan poket, tamak dan haloba menjadi matlamat dan sanggup melakukan kezaliman terhadap orang lain, apabila mereka beranggapan harta benda semata-mata dapat menjamin kehidupan, mereka lupa pada hari yang berbangkit dan hari hisab yang menghitung segala kerja-kerja dan ajenda mereka, sesungguhnya hari itu hari yang dikuasai oleh Allah. Hasil kerja tangan dan kaki merka menjadi saksi diatas apa yagn mereka lakukan. Hakikat ini berlaku dalam kehidupan manusia dan jatuh bangun sesutu masyarakat.
Hari-hari Allah itu adalah berlaku di dunia lagi semasa hayat nya lagi diseksa oleh Allah sehingga hari kiamat dengan perantaraan untusannya. Justeru itu Allah mengutuskan Nabi dan Rasul atau hari ini pewaris Nabi dan Rasul ditugaskan untuk menyedarkan mereka supaya menentukan haluan hidup yang sebenar dan manusia kembali kepada hukum fitrah dan sanggup mengabdikan diri kepada seruan kebenaran kepada Allah dan mengharapkan perlindungan daripadanya. Usaha mereka peringkat asas memberi penjelasan secara lemah lembut untuk memberi kefahaman atau  amaran atau bertindak menghapuskan mereka secara revolusi.
Oleh hasan muhamad kg tokku.

Saturday, January 9, 2016

Rakyat disaran supaya membuat dua kerja


Dalam keadaan rakyat yang semakin tertekan pada akhir-akhir ini, barang umumnya naik harga yang tiada harapan turun kembali kerana belum ada pelan bertindak supaya harga barangan akan turun.
KDNKK menunding jari kepada perniaga yanag sengaja menaikkan harga barangan keperluan dan membuat operasi di kedai-kedai apabila setiap kali menghampiri hari perayaan dan kedai yang didapati menjual barangan keperluan sekolah apabila hampir masa sekolah dibuka.
Kalau dahulu alasan dibuat kerana minyak mahal sebagai penyebab barang naik tetapi apabila minyak turun, barang terus juga naik.
GST sebagai sebab utama naik harga. Alasan pihak kerajaan tiada sebab barang naik kerana GST  sebab GST harga mengenakan cukai 6% sedangkan SST dikenakan 9% sebelum itu, bererti barang boleh turun 3% selepas perlaksanaan GST.
Entah dimana silapnya turun 3% itu langsung tidak wujud malah sebilangan rakyat bosan apa yang berlaku kenaikan daripada 9% campur 6%.
Lalu berkatalah orang-orang bijaksana yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, di syorkan rakyat miskin hari ini membuat dua kerja. Ini menunjukkan kerajaan belum ada pelan bertindak kearah menurunkan harga barang.
Terdapat sebilangan rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang ini terdorong kepada tekanan demi tekanan.
Tekanan demi tekanan akhirnya arus kebencian rakyat akan menajdi semakin meluas dan Dap berpeluang dengan memperalatkan kroni-kroni parti-parti yang didokong oleh orang Melayu akan menentukan hari hisab lima tahun sekali (maknanya hari pilihanraya umum).
Berkatalah pula orang politik yang berpakaian ulama bahawa Nabi saw  mendorong supaya orang kaya membantu orang miskin. Biasanya orang yang mengaku dirinya ulama ini hanya pandai memakai hadis daripada bahasa Arab kepada bahasa melayu tetapi tidak tahu maksud hadis itu dalam kontek hari ini. Kalau nak tahu, itulah ulama separuh masak.
Parti Pas memerintah kelantan hampir 26 campur 8 tahun. Pernahkah hadis itu dibaca dan diterjemah. Terjemah maksud itu dalam pelan bertindak sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Pas.
Mungkin dana sebuah kerajaan negeri belum cukup untuk menaja sebuah program untuk rakyat miskin. Takkanlah impian seorang pemimpin Islam yang bertaraf ulama tidak mampu mencatat impiannya di atas kertas untuk dijadikan bahan kajian kepada mana-mana pihak yang ingin beritndak.
jangan jadi seperti kata-kata timbalan mentari besar kelantan hari ini, Nik Mohd Amar, bila di kemukakan masalah penyelesaian rakyat, maka jawabnya, kalau nak tahu, berilah peluang kepada kita terajui  pusat. Bukankah baik kalau dia memberi ideal yang baik dan berguna untuk rakyat, siapa saja yang melaksanakannya itu perkara kedua.
Prinsip dan ajenda untuk rakyat terlaksana itulah persoalan pokok. ‘Din’ itu nasihat dan pandangan beguna untuk ditiru oleh orang lain, itulah satu dakwah yang mulia bagi Islam.
Manalah tahu kot-kot ada orang yang berkuasa yang diberi hidayah untuk melaksanakan ideal yang baik itu. Hadis Nabi, hendaklah tolak kemungkaran jika kamu berkuasa, jika tidak dengan lidah.
Persoalannya bagaimana orang miskin dibantu oleh orang kaya?
Lihat saja orang kaya Islam hari ini, mereka pergi ke Mekah berulang kali sedangkan mereka diperintah hanya sekali.
Mengikut kajian yusuf qardawi, 70% mereka yang pergi haji dan umrah adalah mereka yang berulang kali. Kalau dicampur keseluruhan wang, perbelanjaan rakyat malaysia telah membelanjakan rezeki yang Allah kurniakan hampir 60 billion setahun. Bayangkan kalau 70% daripada jumlah tersebut di bina dana yang boleh dimanafaatkan oleh orang-orang yang memerlukannya. Betapa ramainya orang yang dapat menikmati daripada wang tersebut.
Golongan yangberlebihan harta yang seperti ini patut menerima dakwah yang secukupnya sebab mereka belum faham sebab apa rezeki yang di amanahkan kepada seseorang.
Oleh hasan bin muhamad. Kampung tok ku.