Tuesday, October 27, 2015

menyeleweng




Pendahuluan

Shaykh berkata, Imām Shāh Walī Allāh telah mensabitkan kewujudan manusia sebagai wujud yang berasingan seperti wujud kullī secara semula jadi pada zahir. Di dalam Al-Budūr al-Bāzighah, Imām Shāh Walī Allāh menyatakan, maksudnya: “Ketahuilah bahawa tabiat nauʿ manusia itu ialah wajib bersama-sama mahu setiap individunya berfikir, suka dan semua ketetapan yang pasti yang mana kewujudan tabiat nauʿ manusia itu tunggal”.[1] Individu hanya sebagai bayangan kepadanya seperti kami telah sebut dalam tafsiran ayat berikut:
Dan takutlah kepada Allāh yang kamu berminta-mintaan denganNya peliharalah hubungan keluarga. (al-Nisāʾ: 1).

Manusia Bahagia Apabila Segala Keperluannya Dipenuhi.
Manusia mendapat kebahagiaan apabila segala keperluannya dapat dipenuhi. Jika keperluan manusia tidak dapat dipenuhi, manusia akan menerima kecelakaan. Setiap manusia tidak mungkin hidup secara seorang diri. Mereka mempunyai persamaan dalam urusan seharian. Inilah asas kemajuan dan kekuatan manusia.
Dengan sebab itu persamaan dalam sesuatu, sama ada dalam muamalah, pertukaran dan penggantian pada harta, jualbeli; atau nisbah pada bangsa yang mana satu kaum tidak lebih mulia daripada kaum yang lain, atau jenis ini tidak lebih mulia daripada jenis itu, atau setengah agama tidak lebih mulia daripada agama yang lain, atau mazhab ini tidak lebih mulia daripada mazhab itu perlu dikekalkan. Keadaan melebih-lebihkan satu daripada yang lain merupakan pelbagai kecurangan atau ‘tafīf dalam muamalah dalam kalangan manusia dan tidak diharuskan di sisi syarak.

Kecurangan dalam Timbangan, Sukatan, Pemerintahan Dan Agama.
Shaykh berkata, pertama, kecurangan dalam timbangan dan sukatan. Kedua,  kecurangan dalam pemerintahan. Sebuah kerajaan dapat ditegakkan dan maju ke satu tahap yang dapat menyatu padukan pelbagai kaum dan bangsa serta mencapai kemuncak kekuatannya, selagi kerajaan itu tegak di atas asas-asas persamaan dalam kalangan bangsa. Tetapi awas, jika sikap mementingkan satu golongan tertentu meresap ke dalam pentadbiran, maka pada waktu itu kekuatan mulai merosot. Akhirnya kerajaan akan turut terhapus seperti maksud firmanNya:
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang merombak benangnya menjadi lepas sesudah dipintal teguh; kamu jadikan sumpahmu menjadi tipuan di antara kamu supaya menjadi satu umat lebih banyak daripada umat yang lain. Hanya Allāh menguji kamu dengan itu; dan tentu Ia akan terangkan kepada kamu pada hari Kiamat apa yang kamu perselisihkan”.[2]
Ketiga, melebih-lebihkan satu agama (sharīʿat) daripada agama (sharīʿat) lain. Ini satu kesilapan yang ketara kerana agama hanya satu iaitu peraturan nauʿ insan yang tersimpan dalam diri manusia.[3]
Shaykh berkata, pengajaran siasah Adam (A.S.) adalah untuk peringkat keluarga, manakala pengajaran siasah kenegaraan Mūsā (A.S.) adalah untuk peringkat negara, kerana Mūsā (A.S.) berjuang untuk membebaskan Banī Isrāʾīl dari penindasan Firʿaūn. Semua sharīʿat selepas Ibrāhīm (A.S.) mengikuti sharīʿat Ibrāhīm dan sharīʿat Ismāʿīl (A.S.), termasuklah sharīʿat Yahudi dan Naārā. Umat sebelum Ibrāhīm (A.S.) berpegang dengan sharīʿat Nū (A.S.). Nabi Muammad (S.A.W.) datang untuk melengkapkan pengajaran siasah kenegaraan dan menyempurnakannya. Allāh berfirman:
Allāh telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nū, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muammad), dan yang telah Kami perintahkan kepada Ibrāhīm dan Mūsā serta ʿĪsā, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allāh memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang kembali kepadaNya. (Quran: 42: 13)
Ayat (Al-Qurʾān: 42:13) membuktikan bahawa Al-Qurʾān merupakan inti pengajaran para nabi yang lalu dari Nū (A.S.) hingga Nabi Muammad (S.A.W.). Maksud agama ialah undang-undang firah.
Bolehkah dianggap bahawa kemanusiaan pada seseorang itu lebih daripada kemanusiaan pada seorang yang lain? Tidak! tanggapan demikian datang daripada syaitan.
Shaykh berkata, banyak ulama kita yang ditimpa bala dengan tanggapan gelap seperti ini. Mereka mengatakan Taurat dan Injīl yang ada sekarang semuanya salah. Yang betul hanya Al-Qurʾān. Sebenarnya Taurat dan Injīl yang ada sekarang memang dari yang asal tetapi kerana terdapat pada setengah-setengah bahagiannya bercampur aduk dengan yang bukan asal dan kelemahan penterjemahnya, maka sukar untuk membezakan daripada yang asal, melainkan orang yang benar-benar mendalami ilmu dapat mengenalinya. Para ahli ilmu dalam bidang hikmah mengatakan bahawa semua kitab itu masih terpakai hingga sekarang. Demikian juga dengan kitab suci Hindu dan Parsi dan lain-lain, jika ditinjau daripada sudut hikmah kita dapat meletakkan sesuatu di tempatnya. Maka tidak timbul pertelingkahan dalam kalangan ahli agama, malah semuanya berada di atas satu landasan dan tidak perlu melebih-lebihkan satu daripada yang lain.
Shaykh berkata, Bible di sisi umat Yahudi dan Naārā, dan Taurat dapat diletakkan dalam peringkat yang sama dengan kitab Muwaṭṭaʾ karya Imām Mālik. Kemudian empat kitab Injīl menyamai empat kitab sahih iaitu Bukhārī, Muslim, Termidhī dan Abū Dāʾd.
Keempat, kecurangan dalam kalangan empat mazhab. Pengikut mazhab Shāfiʿī meletakkan kelebihan hanya terdapat pada mazhabnya. Dan mereka menganggap pengikut mazhab lain tidak benar. Demikian juga tanggapan pengikut satu mazhab terhadap mazhab lain. Masalah ini telah menular ke semua peringkat umat Islam sekarang dan perlu dihapuskan oleh pemimpin kerana Allāh tidak ingin dibiarkan begitu sahaja.
Inilah pelbagai bentuk kezaliman yang sentiasa berlawanan dengan kebahagiaan manusia.
Rencana dipetik dari tafs al hakm pendahuluan surah al mutaffiffin karangan wan abdullah bin wan musa.



[1] You should know that the nature of human spesies requires that all human individuals should possess specific attributes such as the power of speech and the gift of laughter. Certainly, these attributes are unique to man and endure in every human individual. If you can accept without question that there is a continued existence for that which perished in the dimension of finite time (zaman), an existence continuing in the dimension of transcendental time (dahr), then [you will understand how] man’s essential nature may survive even after it has perished. (Al-Budūr al-Bāzighah, pp. 23-24).
[2] Quran: 16: 92.
[3] Allāh taʿālā berfirman, maksudnya: “Allāh mensyariatkan untuk kamu agama, apa yang Dia telah berpesan kepada Nū, dan yang telah Kami wahyukan kepada kamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrāhīm dan Mūsā dan ʿIsā supaya mereka menegakkan agama, dan janganlah kamu berpecah-belah padanya (Al-Qurʾān: 42: 13). 
Allāh berfirman lagi, maksudnya:  “Sesungguhnya agama ini agama kamu, agama yang tunggal dan Aku adalah Tuhan kamu; hendaklah kamu bertakwa kepadaKu. Lalu mereka pecahkan urusan mereka dalam kalangan mereka beberapa golongan; dan setiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka”. (Al-Qurʾān: 23: 52, 53). Maksudnya, millah Islām ialah millah kamu dan maksud “lalu mereka pecahkan urusan mereka” mereka di sini bermaksud golongan musyrik, Yahudi, Naārā memecahkan urusan agama kepada beberapa golongan atau millah.
   Allāh berfirman: “Bagi setiap umat daripada kamu, Kami jadikan sharīʿat dan manahij”. (Al-Qurʾān: 5: 48).Ibn ʿAbbās berkata bahawa maksudnya jalan dan sunnah. [Maksud jalan ialah sharīʿat dan maksud manahij ialah sunnah. Pelaksanaan sharīʿat mengikut peraturan hidup sesuatu kaum], di mana Allāh berfirman: “Bagi setiap umat Kami telah jadikan untuk mereka sharīʿat yang mereka beramal dengannya. (Al-Qurʾān: 22: 67). Maksudnya, ialah sharīʿat yang mereka amalkan dengannya. Ketahuilah bahawa asal agama itu satu. Para nabi (A.S.) sekata tentangnya. Hanya terdapat perbezaan pada sharīʿat dan manahij. (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid 1, bab ‘EhnFNÝ Ká°rpÛ¯ä Ϧ¯RVÛ¯ä Pº¯ä sçPÛ¯ oƧ ৠà°v± ²°±’, ms. 86).