Monday, May 23, 2016

SYIAR KEBENCIAN

SYIAR KEBENCIAN

Ceramah yang banyak mengutuk itu boleh dikatakan ceramah yang mempunyai 'syiar kebencian'.

Kritikan yang membina bagi membuka minda amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan syiar kebencian, kerana kritikan yg sihat boleh mewujudkan percambahan minda bagi menyesuaikan kehendak agama. Agama itu pula bukanlah suatu ideologi yang tertutup. Bahkan ianya suatu pegangan yang menjamin kebahagiaan
manusia sepanjang zaman.

Antara perkara-perkara yang boleh menimbulkan syiar kebencian adalah;

1) memahami Al-Quran secara zahir. Ianya tidak dikembangkan dalam konteks masyarakat.

2) selalu menganggap orang yang berbeza dengannya adalah kafir. Tidak pernah ada usaha untuk memahami manusia dengan pendekatan.

3) mimbar-mimbar dakwah digunakan untuk melepas perasaan sambil menyebarkan syiar kebencian. Mimbar dakwah menjadi mimbar ghibah.

4) dalam era globalisasi ini mereka memanfaatkan kebebasan memberi pendapat sebagai corong syiar kebencian. Dan yang paling berbahaya kerajaan tidak mampu melawan kelompok-kelompok ini.

5) faktor politik yang tertentu juga telah menyumbang kepada terjadinya syiar kebencian ini. Contohnya, orang yang tidak faham agama tapi mempunyai pengikut tertentu atas nama agama mudah mendapat sambutan.

admin.

No comments:

Post a Comment