Monday, May 23, 2016

Sahsiah Yang Berbeza Pada Manusia Yang Berbeza.

Sahsiah Yang Berbeza Pada Manusia Yang Berbeza.
Allāh berfirman:

“Dan satu jiwa serta yang menyempurnakannya.(7). Dan menunjukkan kepadanya akan kejahatan dan kebaikan”.(8). (Al-Qurān: 91: 7, 8).
Ayat ini ditujukan kepada sahsiah yang berbeza pada umat manusia yang berbeza. Contohnya umat Hindu memandang buruk terhadap penyembelihan haiwan dan berbeza daripada umat Islām. Umat Hindu mengatak alam ini qadīm, manakala umat Islām mengatakan alam ini baharu. Sebenarnya perkhilafan ini adalah secara perbandingan sahaja, bukannya perkhilafan pada hakikat.
Jika kita berakidah alam ini qadīm, maka golongan mutakallimīn mengatakan kita kufur, kerana Allāh juga qadīm. Umat Hindu mengatakan alam ini qadīm, kata-kata ini bukan ditujukan kepada alam yang ada sekarang, tetapi ditujukan kepada alam yang belum wujud lagi, kerana alam yang wujud sekarang sebelum wujud sudahpun wujud dalam peringkat thubūt. Alam sekarang berada dalam peringkat wujud. Setiap benda yang wujud, mesti ada dalam peringkat thubūt. Kewujudan benda pada peringkat thubūt tidak boleh disentuh atau dimusnahkan. Setelah benda-benda itu lahir dan boleh disentuh, maka benda itu dikatakan baharu.
Perkhilafan di atas dipandang buruk oleh satu kaum tetapi dipandang baik oleh kaum yang lain. Maka baik-buruk sesuatu perkhilafan adalah relatif semata-mata.
Demikian juga keadaan kebudayaan sesuatu kaum itu berbeza daripada kebudayaan kaum yang lain. Perbezaan kebudayaan ini membolehkan kaum itu membangun tamadun mereka dengan baik dan sempurna yang mungkin.

Orang Yang Berilmu Dan Beramal Mengikut Ilmu Dan Akidah Itu Akan Berjaya.
Allāh berfirman:

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang membersihkan dia”. (Al-Qurān: 91: 9).
Maksud istilah tazkiyah ialah melaksanakan tugas mengikut akidah dan ilmu. Orang yang berilmu serta beramal mengikut ilmu dan akidah itu akan berjaya. Perkara yang berlawanan dengan akidah, contohnya umat Hindu tidak tertelan daging lembu jika mereka disuruh memakannya. Demikian juga umat Islām tidak memakan daging babi. Jika mereka makan secara terpaksa atau sengaja, mereka merasa bersalah. Maka jelaslah maksud tazkiyah ialah meninggalkan sesuatu yang mengguriskan perasaan dan tidak puas hati.
Akidah berbeza kerana kaum yang berbeza. Kenabian Rasūl Allāh (S.A.W.) dan nabi-nabi lain berada di atas landasan fitrah manusia. Nabi-nabi dibangkitkan mengikut kehendak manusia. Mereka dibangkit bukan untuk mengajar manusia perkara yang tidak diingini oleh manusia.

Dipetik dari tafsir al hakm.

No comments:

Post a Comment