ADAM(a.s)
Bukan Manusia Pertama
Berdasarkan ilmu biologi, manusia merupakan salah
satu dari berbagai2 jenis spesies (al-nau’)
dimukabumi. Spesies (al-nau’) manusia
di namakan sebagai Homo sapiens
(bahasa Latin yg.bererti `manusia yg. tahu’).
Spesies (al-nau’)
manusia itu berasaskan dari `induk’ spesies manusia atau ‘gambaran spesies’ (imam al-nau’)
yg.merupakan tempat lahir tajjalli
al-a’zam yg. berada di alam atas/tinggi. Adam(a.s) yg.berada dibumi
mempunyai imam al-nau’ insan.
Adam(a.s) adalah manusia yg. utama (bukan yg.
pertama) kerana beliau mempunyai sifat2 imam
al-nau’ insan.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Allah(s.w.t)
berfirman: “Sesungguhnya Aku mahu jadikan seorang khalifah di bumi”.
Ayat ini bermaksud, Allah mahu jadikan Adam(a.s)
sebagai pemerintah/pemimpin kpd. kaumnya dibumi sebagaimana khalifah yg.diberi kpd. Daud(a.s) dan
bukannya khalifah yg.berada di langit.
Manusia diilhamkan secara semulajadi cara mendapat
faedah yg. bertepatan dgn. kehendak gambaran spesiesnya, tetapi setiap kaum itu
mempunyai gaya & adab yg.berbeza menyebabkan manusia berbeza. Akhlak yg.sejahtera dan tepat adalah syarat
kesejahteraan individu spesies yg. sihat.
Secara umumnya perkembangan spesies manusia itu ada
tiga(3) peringkat, sepertimana berikut;
1. Haiwan Natiq - hanya pandai berkata-kata
2. Boleh
menamakan alat-alat – iaitu merupakan manusia yg.mempunyai idea, kreatif dan
boleh berfikir utk. merekacipta sesuatu yg. dapat member manafaat kpd. manusia
sejagat.
3. Boleh
mengenal masalah
Peringkat kedua(2) dan ketiga(3) itulah yg.
dikatakan spesies (al-nau’) manusia
yg. mempunyai imam al-nau’.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 31, Allah berfirman:
“Dan Ia telah ajarkan kepada Adam nama-nama itu semuanya”.
Masalah teori evolusi tidak dibangkit oleh ulama mutaqaddimin(abad 1-3 Hijrah=abad ke 6-8 Masehi ~ 1 abad
= 100 tahun) kerana persoalan ini bukanlah suatu keutamaan di waktu itu.
``Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari
tanah’’ (Al-Mu’minun:12)
Ayat di atas merupakan firman Allah(s.w.t) yg
ditujukan kepada semua umat manusia kerana sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan
sebagai `panduan hidup’ bagi seluruh umat manusia tanpa mengira kaum
atau warna kulit dan juga tanpa membezakan manusia yg pertama atau
manusia seterusnya. Para ulama Mutakkhirin( 300 tahun dan seterusnya
selepas kewafatan Nabi s.a.w) telah mula di pengaruhi oleh golongan
ahlil kitab bangsa Yahudi yg banyak mendominasi bidang keilmuan pada zaman itu
(zaman Taurat) yg secara tidak langsung menyebabkan mereka(para ulama Mutakkhirin)
tenggelam di dalam ilmu yg hanya mementingkan rupa/zahir semata-mata tanpa
merenung hikmah atau falsafah disebalik penurunan kitab Al-Quran tersebut yg
merupakan panduan hidup seluruh umat manusia. Al-Quran adalah merupakan suatu
panduan yg praktikal dan realistik dan bukanlah hanya sekadar khayalan
semata-mata sptmana kisah `Hikayat Seribu Satu Malam’ yg begitu masyhur pada
suatu masa dahulu. Sewajarnya umat Islam hari ini membuat kajian yg lebih
jelas, sesuai dgn perkembangan ilmu yg tinggi dan mencabar di masa ini.
Para ulama Mutakhirrin telah cuba menyesuaikan
kisah2 atau cerita2 yg diperolehi dari ahlil kitab Yahudi dgn berdalilkan
firman2 Allah di dalam Al-Quran. Contohnya, ``Dan(ingatlah peristiwa) ketika
Tuhanmu berfirman kpd Malaikat : ``Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia
dari tanah liat yg kering, yg berasal dari tanah kental yg berubah warna dan
baunya’’(Al-Hijr:28) dan lagi ``Ia menciptakan manusia(lembaga Adam) dari
tanah liat kering seperti tembikar’’ (Ar-Rahman:14).
Kaedah penyesuaian pemikiran atau kisah2 yg
diamalkan oleh para ulama Mutakhirrin ini amat jauh terpesong jika dibandingkan
dgn kaedah yg digunapakai oleh para ulama Mutaqaddimin, iaitu menyesuaikan
kehendak hikmah Al-Quran ke dalam pemikiran/kehidupan manusia.
Saya berkata(penulis), sememangnya manusia ini
dijadikan dari bahan yg sama iaitu `tanah’. Iaitu dari air mani diproses dari
zat2 makanan yg berasal dari saripati tanah/bumi(tumbuh2an serta binatang2 dari
darat dan lautan). Sekiranya manusia
terdahulu(Adam) terjadi dari segumpal tanah secara langsung begitu, sudah tentu
ianya berbeza dari sudut kejadian manusia dan menyalahi `sunnatullah’
sebagaimana firman Allah (s.w.t): ``Yang demikian adalah menurut `Sunnahtullah’(undang2
peraturan Allah yg telah lalu) dan engkau tidak sekali2 akan mendapati sebarang
perubahan bagi `Sunnatullah’ itu’’ (Al-Ahzab:62). Oleh itu kalau hari
ini terjadinya dari air mani, maka dahulu pun sama jua dimana air mani tersebut
juga berasal daripada tanah.
Kisah Adam ada di ceritakan di dalam semua kitab2 yg
terdahulu. Adam dlm bahasa Sanskrit di
sebut `Atam/Atama’ bermaksud `Yg Utama’.
Dan Adam juga bukanlah hanya satu(1) orang sebagaimana fahaman umum. Adam
merupakan org yg utama yg telah diajarkan oleh Allah(s.w.t) dgn kebolehan
menamakan benda2 sebagaimana yg telah diterangkan sebelum ini. Seorang yg
mempunyai idea, kreatif dan ada kebolehan mencipta sesuatu alat dan
menamakannya. Nama2 tersebut contohnya spt kapak, lembing, pisau dan sebagainya,
telah dinamakan sejak lama dahulu dan seluruh umat manusia telah dapat menerima
nama2 tersebut dan faham akan fungsi alat masing2 hingga ke hari ini. Kemajuan
zaman yg semakin meningkat dan moden menyebabkan alat2 tadi telah diubahsuai
agar menjadi lebih mudah dan efisien sesuai dgn zaman sekarang.
Adam(a.s) merupakan khalifah atau pemerintah pertama
di mukabumi. Beliau telah menjadi pemimpin mengikut tahap kemajuan dan tahap
pemikiran yg sesuai dgn zaman beliau di seluruh benua dunia. Dan Adam(a.s) juga
bukanlah satu(1) orang sebagaimana fahaman umum. Sebenarnya sebelum dari
Adam(a.s) itu telah ada manusia yg hidup di mukabumi dlm bentuk jasad yg tidak
seperti manusia di zaman moden. Ada yg mengatakan spt monyet, gorilla dll. Rupa
paras bukan menjadi ukuran tapi apa yg penting berdasarkan kajian di dapati
manusia di zaman kuno( peringkat haiwan
Nul-Natiq ) itu mempunyai DNA manusia jua. Teori Evolusi oleh Charles
Robert Darwin(1859M – abad ke 18 Masehi) di dlm bukunya yg bertajuk `The Origin of Species’ mengatakan manusia
telah hidup di dunia ini 10 juta tahun yang lalu di zaman sebelum masehi
berdasarkan penemuan fosil-fosil (fosil yg ditemui dibuat kajian masa) oleh
ahli sejarah/archeologist
Akhir kata renunglah firman Allah (s.w.t), yg
bermaksud: ``Bukankah telah berlalu kpd manusia satu ketika dari masa(yg beredar),
sdg ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yg di sebut2,
( maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?:(Al-Insan:1). Yg
di maksudkan dgn `masih belum wujud lagi’ adalah belum wujud lagi
khalifah/pemimpin di kalangan mereka pada masa itu dan mereka hidup penuh
dengan kejahilan, menumpah darah dan melakukan kerosakan di mukabumi.
Berdasarkan fakta sejarah, di dapati Adam(a.s) yg merupakan salah seorang
khalifah bagi manusia pada masa dahulu di lahirkan pada 5472 sebelum
Masehi(SM). Nabi(s.a.w) dilahirkan pada 571 Masehi, maka jika dikira jarak
perbezaan masa dari Adam(a.s) hingga ke Nabi Muhammad(s.a.w) adalah kira2 6,043
(enam ribu empat puluh tiga) tahun lamanya, sedangkan fosil yg ditemui oleh
ahli arkeologi mengikut kajian sains moden adalah berumur kira2 10 juta tahun
lamanya. Adam(a.s) merupakan Nabi dan khalifah yg pertama yg diceritakan di dalam
Al-Quran utk umat Arab pada masa itu. Sedangkan masih ada lagi umat manusia yg
mendiami benua2 lain di dunia spt di Afrika, Eropah dan sebagainya tidak
diceritakan di dalam Al-Quran.
Firman Allah(s.w.t) yg bermaksud: ``Dan(Kami)
telah mengutuskan) beberapa org Rasul yg telah Kami ceritakan kpd.mu dahulu
sebelum ini, dan Rasul2 yg tidak Kami ceritakan hal mereka
kpd.mu.’’.(An-Nisa’:164)
Oleh admin...bukan aurat