Sunday, September 29, 2013

PEKEJ EKONOMI RAKYAT TERMISKIN



Tidak semua rakyat yang berpendapatan rendah mampu mengatasi masaalah kos sara hidup yang tidak seimbang dengan pendapatan secara bersendirian. Lebih-lebih lagi kaedah hidup bermasyarakat yang tiada semangat tolong menolong.  
Sebelum ianya menjadi lebih kronik, langkah awal perlu diambil dan mengenal pasti kumpulan sasar yang perlu dibantu dan persediaan sebuah kerangka plan bertindak perlu di asaskan sebagai saluran kepada orang yang memerlukannya dan mengelak daripada kelam-kabut dan terkejar-kejar untuk mengelak daripada tekanan hidup.
Dalam susun lapis masyarakat terdapat golongan yang tidak bernasib baik atau tersilap langkah sebagai penyebab mereka gagal dan sukar mendapat peluang kedua untuk keluar daripada masalah tekanan kemiskinan ,mereka terdiri daripada golongan muflis, ibu tunggal, anak yatim, penganggur dan mereka yang hilang tempat bergantung.
Golongan ini menjadi mangsa peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat, mereka boleh diketogorikan sebagai pesakit sosial yang boleh berjangkit dan merebak kepada masalah sosial yang lebih kronik.
Antara mereka ada yang berpengalaman atau bercita-cita dalam sesuatu bidang tetapi terbantut kerana tiada kemudahan.
Pengalaman daripada sistem negara maju ada memperuntukkan bantuan sara hidup kepada golongan penganggur dan miskin mungkin ketika negara banyak wang tidak timbul masalah kepada ekonomi negara tetapi kesannya akan terasa apabila kegawatan ekonomi berlaku. Di kalangan mereka terdapat tenaga dan pengalaman tertentu. Kenapa tidak dimanafaatkan tenaga dan pengalaman mereka. Tenaga dan pengalaman mereka adalah anugerah Tuhan dan jika di manafaatkan akan memberi faedah bersama makhluk-makhluk di bumi.
Penempatan sementara adalah langkah drastik sebagai jalan penyelesaian masaalah golongan terdesak  dan tiada tempat bergantung.
Mereka perlu dirawat sebagai pesakit ekonomi yang perlu dipantau dalam bentuk penempatan sementara yang dilenkapi dengan prasarana, bahan mentah dan permudah cara pengurusan yang merangsang kepada kegiatan ekonomi untuk memenuhi keperluan sara diri secara berkelompok.
kerangka perkongsian antara modal dan tenaga, penglibatan ajensi-ajensi kerajaan seperti tabung haji, majlis Ugama Islam, Petronas, Felda, Pertubuhan Peladang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain sebagai penyumbang bahan mentah untuk peserta penempatan sebagai anak angkat yang membolehkan mereka MEMBUAT, MENGGUNA DAN MENJUAL.
Penempatan sementara itu hanya sebagai pilihan kepada mereka yang tidak berpeluang berniaga atau mendapat pekerjaan daripada terdedah kepada gejala sosial.
Mereka perlu didedah dengan kegiatan-kegiatan dalam pakej yang merangkumi bidang pertanian, penternakan, pembuatan, pembukusan dan perniagaan.
Tenaga dan kemahiran yang ada pada mereka digabungkan dalam kelompok kekeluargaan yang besar akan menghasilkan sesuatu kekuatan dan kemampuan mengurus prasarana yang disediakan dan pemantauan berkala supaya dapat menghasilkan bahan keperluan sara diri dan tuntutan pasaran.
Peserta utama ialah mereka yang mempunyai kesanggupan bekerja dan mengurus prasarana dan kepada peserta yang sedang menunggu peluang pekerjaan, penyertaan mereka lebeh merupakan  pusat latihan.
Pakej perkongsian ekonomi pengeluaran yang berasaskan keperluan sara diri serta perniagaan berupaya melahirkan suasana mesra ekonomi bersama kampung-kampung yang berjiran sebagai pilihan mendapat produk keperluan yang lebih murah atau jalan keluar kepada sebahagian daripada individu yang kurang mampu daripada terperangkap dalam arus tekanan kos sara hidup yang tinggi di pasaran arus perdana.
Keistimewaan komuniti penempatan sementara ini ialah sebagai saluran untuk mempelbagaikan produktiviti pengeluaran negara sebagai pusat permulaan dan merealisasikan penemuan baru atau resepi mana-mana produk luar yang berpotensi untuk keperluan tempatan yang sukar mendapat sambutan di pasaran arus perdana. Jangka masa tertentu boleh membantu mepelbagai pengeluaran negara dan akan mengubah selera pengguna kerana yang hanya memerlukan barang-barang berjenama sahaja.
Antara produk yang tidak mendapat sambutan dipasaran seperti produk ternakan arnab, sate arnab, burger arnab yang pernah diperkenalkan oleh FAMA supaya pengguna dapat mengubah budaya permakanan dalam masa yang singkat.
Sekiranya prasarana yang berkaitan dengan produktiviti pengeluaran itu dilaksanakan oleh sesebuah komuniti penempatan sementara dan memiliki daya sebagai pengguna sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pasaran pada peringkat awal, saya percaya usaha seperti itu boleh berterusan dan pusat kajian teknologi yang berkaitan terus berfungsi.
jika produk-produk keluaran mereka mendapat sambutan di pasaran dengan baik, mereka akan menjadi kelompok manusia miskin yang mampu menyara diri tanpa menjadi beban jangka panjang masyarakat terhadap golongan miskin yang kian bertambah setiap masa.
Selain daripada kegiatan ekonomi komuniti penempatan perlu mengadakan kegiatan-kegiatan intergrasi nasional menghidupkan budaya kerjasama tolong-menolong dan saling bantu-membantu sebagai amalan harian yang perlu dimasyhurkan kerana ianya adalah sifat fitrah manusia lebih-lebih lagi amalan demikian kian terhakis dalam era kemajuan .
Amalan kemanusiaan adalah sebahagian daripada ilmu nubuwah yang Allah perintah supaya manusia MEMBINA KEADILAN DAN IHSAN SESAMA MANUSIA dan pendidikan negara perlu dititik beratkan ilmu falsafah kemanusian sebagai pencapaian kepada modal insan kearah perpaduan,dan untuk merialisasikannya dalam suasana manusia mengejar arus kehidupan yang serba moden, sebenarnya manusia masih mencari-cari bagaimana titik tolak yang harus dimulakan.
Tranformasi ekonomi peringkat bawahan perlu diperkenalkan supaya mereka terselamat daripada menjadi golongan yang meminta-minta dan menjadi lebih tertekan apabila kos sara hidup yang meningkat.
Kemajuan ekonomi sebenar ialah peranan semua peringkat daripada peringkat atasan yang kaya hingga kepada peringkat yang termiskin dapat menyumbang bersama menyuburkan daya pengeluaran negara dan menyelamat daripada gelombang kegawatan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.
Sekiranya pasaran arus perdana tidak mampu mempertahankan kepentingan umum daripada tekanan kos sara hidup yang tinggi maka perlu diwujudkan pasaran kedua seperti mana langkah awal Nabi Muhammad S.A.W. mula bertapak di Madinah. Keadaan pada masa itu pasaran didominasi oleh kaum Yahudi dan air terpaksa dibeli daripada kaum Yahudi dan Baginda rasulullah S.A.W. telah mewujudkan pasaran kedua dan akhirnya penduduk Madinah terselamat daripada tekanan daripada amalan riba dan mendapat air percuma.
Golongan miskin yang lemah dan serba kekurangan memerlukan prasaran dan peranan pihak berkuasa terlibat sama  supaya lebih aktik dan memecah kuasa monopoli.
Allah telah jadikan unta Nabi Soleh A.S. bersifat bengis dan ditakuti oleh unta-unta lain dan ketika unta Nabi Solleh A.S. datang untuk minum dan ketika itulah unta daripada kumpulan kecil yang dimiliki oleh penternak miskin berpeluang meminum air.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar perkongsian pintar. Kaedah ini telah berjaya mewujudkan syarikat perniagaan yang berdaya saing. Sewajarnya dasar seperti ini diperluaskan kepada peringkat bawahan.
Seperti FELDA yang berfungsikan perkongsian antara tenaga peserta dan prasarana yang disediakan oleh kerajaan, dengan kerjasama antara dua pihak yang terlibat dengan Felda telah berjaya sebagai sebuah gerakan ekonomi yang perkasa.
Seterusnya perkongsian antara modal dan tenaga berkelompok perlu di perkenalkan.
Boleh diambil iktibar daripada Al-Quran  kisah kaum Nabi Solleh A.S. , dan kegiatan sosioekonomi kaumnya bergantung kepada memelihara unta, dan masalah kesukaran mendapat sumber air dikalangan penternak miskin yang memiliki beberapa ekor unta tidak berpeluang mendapat air kerana wadi tempat minum unta dimonopoli oleh penternak kaya yang memiliki kumpulan unta yang banyak.
Oleh: Hasan Muhamad.kampung Tok Ku,kedai lalat

Friday, September 27, 2013

DELIMA SYIAH TERKINI



DELIMA SYIAH TERKINI

Saya bersetuju usaha supaya ada sekatan terhadap perkembangan Syiah dibendung peringkat umum. Jika tidak umat Islam akan terdedah kepada peranan pihak ke tiga yang menjadi batu api sehingga tercetus daripada fahaman yang berbeza menjadi dua musuh dalaman Islam yang saling membunuh seperti pernah berlaku di Iraq dan Pakistan.
Mereka yang bersikap fanatik  dengan pegangan mereka hanya terhenti setakat sumber zanni (bukan Al Quran iaitu selain daripada Al Quran)  yang menjadi hujah kepada sebahagian ulama fiqh sehingga terhalang mereka untuk kembali kepada Al Quran.
Firman Allah dalam surah taubah ayat  32 menyatakan:
Yang maksudnya:
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama(Ulama) mereka sebagai pendidik-pendidik(Tuhan) selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Kata ibnu Abbas di dalam kitab hadis Bukhari menyatakan bahawa mereka bukan menyembah para ulama tetapi mereka mengikut apa yang dikata oleh ulama tanpa menilainya.( iaitu dengan Al Quran).
Berpegang kepada sesuatu mazhab adaalah baik untuk kefahaman sekelopok kaum pada sesuatu tempat dan keadaan yang berubah-ubah tetapi apabila melibatkan manusia-masyarakat sejagat ia mesti kembali kepada Al Quran sebagai sumber asas yaang mutlak tanpa syarat.
Antara Syiah dan sunnah terdapat golongan yang sederhana(tidak fanatik) yang berminat untuk kembali kepada Al Quran dan bertolak ansur perkara-perkara yang tidak mutlak (selain daripada Al Quran.)
Syiah bermula daripada sebuah organisasi politik dan isu kebangkitan semula imam mahadi adalah satu helah politik Syiah untuk mengalih perhatiah penyokong-penyokongnya supaya tidak menyokong khalifah umaiyyah dan helah politik ini masih menjadi akidah kepada penganut Syiah dan orang yang mengaku dirinya penganut sunni juga terperangkap dan turut bertaklid bersama-sama penyokong Syiah dalam masalah ini.
Hadis-hadis yang menyentuh soal akidah perlu bertaraf mutawattir iaitu hadis yang diriwayat dari sumber tiga orang sahabat. Ada pun hadis tentang kebangkitan imam mahadi hanya dari sumber seorang sahabat sahaja bererti hadis ini sekadar hadis ahad yang tidak boleh dijadikan asas kepada akidah.

(oleh : Hassan muhammad, kg tok ku kedai lalat)

Sunday, September 22, 2013

AURAT-KENAPA TIDAK WAJIB BERTUDUNG


Menutup aurat adalah perintah Tuhan yang tidak boleh dipertikaikan dan ulama telah membuat tafsiran-tafsiran setakat mana batasan dan perbezaan itu antara golongan merdeka dan hamba sahaya, pakaian ketika sembahyang dan pakaian biasa.
1        Para ulama telah sekata tentang pakaian tentang sembahyang adalah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan tetapi ulama tidak membahas atau menetapkan batasan aurat dalam keadaan biasa sebagai suatu kelonggaran kepada wanita Islam yang lebih selesa dalam keadaan biasa mengikut keperluan dan budaya setempat. Tetapi ada pihak yang terkeliru dan menganggap ijtihad ulama tentang pakaian ketika sembahyang sebagai suatu fakta penetapan yang sama dengan pakaian diluar sembahyang. Mungkin penetapan itu benar kepada kaum lelaki yang dikira sah sembahyang dengan sekadar menutup suatu ruang antara pusat dan lutut.
2    Kelonggaran berpakaian juga terdapat di dalam kitab-kitab fikah terhadap perempuan-perempuan hamba sahaya iaitu berpakaian sekadar menutup antara pusat hingga lutut sahaja, walaupun hamba sahaya yang dipaksa sekarang sudah tiada tetapi hukumnya tetap ada.
Zamam perhambaan manusia secara paksa telah berlalu tetapi manusia terkeliru dalam memahami sunnatullah mereka kabur apabila tidak mengambil kaedah hikmat sebagai jalan untuk mengambil iktibar disebalik istilah yang dua serupa dedalam Al-Quran.
Allah telah menjadikan sebahagian besar daripada manusia mempunyai malakah atau persedian semulajadi sebagai hamba secara tabii iaitu manusia yang tidak mempunyai kekuatan sebagai pemimpin, kelemahan mental dan kurang keyakinan diri yang mengharapkan ada pihak yang merangsang dan memimpinnya supaya menepati sesuatu tindakan yang selari dengan kehendak fitrah insaniah sebagai matlamat kerukunan hidup bermasyarakat.
Mereka ini sanggup melakukan tugas-tugas kasar dan berat, pakaian mereka adalah sesuai dengan tugas-tugas yang lasak dan berat adalah tidak sama dengan pakaian pengurus mereka, sekiranya nilai harga pakaian di luar daripada kemampuan golongan ini maka diharuskan mereka memakai pakaian sekadar menutup kemaluan.
Firman Allah surah Al-A’raf ayat 26
Maksudnya- Hai anak adam sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian untuk menutup kemaluan dan pakaian untuk perhiasan dan pakaian taqwa itu lebih baik.
Allah telah menjelaskan pakaian asas manusia ialah menutup kemaluan dan apabila berlaku perubahan cuaca dan fesyen mereka memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh.
Antara kedua-dua pakaian yang terlalu singkat dan terlalu labuh adalah tidak salah  tetapi pakaian taqwa adalah lebih baik bukan perbandingan antara hak dan batil, adapun pakaian taqwa ialah pakaian yang mempunyai ciri-ciri kesederhanaan, kecergasan dan keselamatan seperti pakaian tentera untuk tugas-tugas lasak, pakaian berenang atau menyelam.
Adalah lebih baik pakaian menutup seluruh badan dengan penampilan yang hebat jika berada dikhalayak ramai dan lebih baik juga jika berpakaian sekadar menutup kemallluan sahaja jika berenang atau memanjat pokok.
Nabi Muhammad S.A.W. menggalakkan para sahabat berenang dan bagaimanakah pakaian berenang ketika itu dan kenapa belum ada fatwa oleh pihak berkenaan tentang pakaian berenang cara Islam.
Harus diambil kira kepada mereka yang berdepan dengan realiti kehidupan sesetengah masyarakat dan kaum primitif di pendalaman sekadar menutup kemaluan sahaja, sedangkan mereka itu juga memerlukan dakwah Islam, tetapi secara tidak langsung mereka dinafikannya dengan syarat-syarat yang sengaja ditokok tambah.
Antara para sahabat Nabi yang miskin hanya memiliki sehelai kain dan Baginda mengingatkan kepada kaum wanita yang bersembahyang di belakang saf lelaki supaya jangan cepat bangkit daripada sujud dan percepat sujud semasa lelaki di depan sujud disebabkan pakaian lelaki di hadapan tersangatlah singkat.
3         Secara khususnya masalah aurat dibentangkan di dalam Al-quran adalah kepada keluarga Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ketua pemerintah Negara dan keluarga. Baginda sebagai pembantu
Setiap pemerintah negara menyimpan rahsia negara yang tidak sepatutnya diketahui umum yang tersimpan dipejabat dan kakitangan jabatan itu dipertangungjawabkan menjaga rahsia tersebut dan mereka itu dipantau oleh kerajaan untuk mempastikan rahsia itu terpelihara.
Demikian juga kepada keluarga Nabi Muhammad S.A.W. seta Rumah Baginda sebagai markas pentadbiran dan segala maklumat pentadbiran serta politik hanya diketahui oleh keluarga Baginda manakala isteri-isteri Baginda pula memainkan peranan penting untuk menjayakan segala program Baginda.
Antara masjid dan rumah Baginda hanya ada tabir (hijab) pemisah, kepada mereka yang berurusan dikehendaki menjaga disiplin seperti memberi salam sebelum masuk, kalau dijemput makan atau bertanya dikehendaki supaya keluar setelah selesai berurusan dan tidak dikehendaki berehat sehingga ada yang tertidur, kerana dibimbangi kalau ada tersalah cakap sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui akan tersebar kepada pengetahuan umum.
Firman Allah surah Al-Ahzab ayat 53 maksudnya –Hai orang yang beriman janganlah kamu memasuki rumah-rumah nabi kecuali apabila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu sewaktu masak, tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan keluarlah tanpa ashek memperpanjangkan percakapan sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu nabi lalu nabi malu kepada kamu (untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar, apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan tidak boleh kamu menyakitai (hati) mereka dan Rasulullah tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat, sesungguhnya perbuatan itu amat besar (dosa) di sisi Allah.
Firman Allah surah ayat 59 maksudnya-Hai Nabi, katakan kepada isteri-isteri mmu, anak-anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin hendaklah kamu menghulurkan jalbatnya seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya lebih mudah untuk dikenali, kerana mereka tidak diganggu dan Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Justeru itu isteri-isteri nabi tidak dibenarkan berkahwin setelah wafat Nabi Muhammad S.A.W. semata-mata untuk menjaga rahsiaa-rahsia pentadbiran yang ada kepada penghuni rumah nabi supaya terkawal daripada bocor kepada golongan munafik.
Hal-hal demikian ada hubungan dengan ketetapan perintah Allah supaya keluarga Nabi Muhammad S.A.W. berpakaian khas supaya orang awam dapat mengetahui dan mengenali keluarga nabi dan tidak patut dilayan seperti orang awam.
Kaedah bahasa arab Al-Quran ada istilah khusus tetapi difokus kepada umum dan ada istilah umum difokus kepada khusus.
Asmak kakak kepada Aisyah (isteri nabi) yang selalu kerumah Nabi S.A.W.  dan pernah ditegur oleh Baginda supaya berpakaian sama dengan keluarga Baginda kerana beliau mempunyai peranan yang sama dengna keluaarga nabi sejak daripada usia yang masih muda pernah menghantar makanan kepada Nabi S.A.W. bersama ayahnya ketika bersembunyi di dalam gua.
Firman Allah surah An-Nur ayat 31 maksudnya- Katakan kepada wanita beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang Nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain didadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau kanak-kanak yang bukan mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentak kaki agar diketahui perbiasanya yang tersembunyi dan bertaubatlah kamu kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Al-Qurtubi berkata sebab turunnya ayat ini ada hubungkait dengan wanita pada masa itu apabila menutup kepala dan lebihan menutup itu terbiar ke belakang sehingga terdedah dada, leher dan telinga maka Allah memerintah supaya menutup dada.
Penekanan ayat tersebut ialah menutup dada dan tidak termasuk menutup telinga dan leher, perhiasan bagi wanita ialah buah dada dan dilarang dengan gaya menghentak kaki kerana akan bergegar buah dada yang boleh menghairahkan mereka yang melihatnya.
Antara mereka yang terkecuali daripada penutupan aurat ialah keluarga terdekat kanak-kanak, sesama wanita, orang tua dan budak suruhan, sebenarnya mereka-mereka yang terkecuali daripada menutup aurat itu bukan bererti dibolehkan membuka semua sekali, persoalannya setakat manakah batasan kelonggaran yang membezakan antara penutupan bila bersama masyarakat umum dan kelonggaran khas apabila bersama keluarga.
Daripada keterangan ayat di atas menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Ibnu-Arabi tentang perbezaan antara aurat mughalazah dan aurat mkhapapah dan pengertian istilah aurat ialah malu.
Sempadan aurat yang menimbulkan perasaan malu yang amat sangat adalah sama dikalangan semua manusia iaitu menutup dua kemaluan qubul dan dubur walau pun dikalangan manusia yang primitif , mereka juga menutup dua kemaluan mereka dengan kayu, dan tidak harus membukannyka melainkan kerana tujuan sex bersama pasangannya.
Semua manusia malu dan cemas apabila ia sedar pakaian yang terkoyak dan terbuka mana-mana anggota badan utama yang ditutup, tetapi perasaan malu dan cemas itu berbeza apabila rambutnya terselak oleh angin atau sebagainya tetaapi mereka akan membetulkan kain tudungnya bukan kerana malu atau cemas tetapi kerana takutkan ancaman neraka yang membakar daripada perkhabaran ulama yang mereka taksub.
4         Rambut tidak di­katogorikan sebagai aurat sebabnya ialah menyentuh rambut tidak membatalkan wuduk adalah sekata pendapat semua mazhab tetapi kenapa apabila terdedah rambut menjadi satu kesalahan besar sedangkan lelaki yang melihat rambut wanita tidak merangsang kepada nafsu sexual.
Sesuatu yang dinamakan dosa adalah jelas ia itu kesan daripada melihat sesuatu yang boleh merangsang kepada melakukan sesuatu keburukan, Ada pun kesan daripada terdedah atau melihat rambut wanita tidak merangsang kepada melakukan keburukan.
Bertudung telah menjadi tradisi masyarakat Arab sejak zaman berzaman kerana mereka berada di persikataran padang pasir yang terdedah kepada ribut pasir, angin panas dan iklim berdebu yang menjadi faktor pengotoran rambut, lebih-lebih lagi apabila jarang mandi kerana faktor kekurangan air, oleh sebab itu mereka dalam keadaan bersedia dengan kain di atas kepala sama ada penganut Islam atau bukan Islam sama ada lelaki atau wanita.
Iklim panas khatulistiwa seperti Malaysia yang tiada ribut pasir, angin panas dan tidak berdebu boleh menimbulkan masalah dan tidak selesa kepada sesetengah mereka yang bertudung. Antaranya jika rambut ditutup kemas menyebabkan kepanasan dan peluh mendap ke akar rambut boleh mengganggu kesihatan kulit kepala seperti gatal dan bau yang kurang menyenangkan. Dan jika kerap menggunakan bahan pencuci rambut cepat gugur dan menjadi botak.
Jika musia dingin rambut tidak sempat dikeringkan dengan sempurna sebelum memakai tudung yang kemas juga akan menimbulkan masaalah kesihatan dan berbau hapak.
Masaalah demikian tidak berlaku kekpada mereka yang tinggal di negara yang beriklim panas kering seperti negara Arab jika bertudung boleh mengurangkan panas dan musim panas yang luar biasa boleh mengakibatkan hidung berdarah kepada mereka yang kurang ketahanan diri mereka memakai purdah atau kain penutup muka.
Sememangnya menjadi budaya kepada mereka yang tinggal di negara-negara yang beriklim panas dan padang pasir mendorong mereka bertudung dan menutup muka atas sebab-sebab persekitaran.
Teringat saya kepada peristiwa yang berlaku kepada seorang gadis berbangsa cina yang berminat kepada ajaran Islam setelah membaca buku-buku yang berkaitan dengan ajaran Islam. Beliau seterusnya ke pejabat Perkim dan pihak Perkim menyarankan supaya beliau memakai tudung, gara-gara bertudung akhirnya diketahui oleh keluarganya dan mereka pun bertidak dengan berbagai-bagai cara untuk menghalang gadis itu daripada memeluk Islam.
Ada sesetengah individu bukan Islam yang tidak minat bertudung dari awal lagi menjauhkan diri daripada cuba mengambil tahu tentang Islam kerana mereka menganggap Islam itu bertudung. Sepatutnya bertudung tidak menjadi syarat wajib dalam Islam. Kekpada mereka yang berminat dari sudut kefahaman dan falsafaah Islam yang berpaksikan prinsip fitrah kemanusiaan harus ada pengenalan yang membezakan antara dua subjek yang berlainan.
Kepada mereka yang terlalu ghairah dengan fesyen bertudung telah menetapkannya ssebagaai fakta tambahan beragama Islam dan menjadi satu sebab hilangnya daya penarik kepada Islam bagi orang yang bukan Islam yang tidak minat bertudung.
Lebih-lebih lagi kepada orang politik yang cuba mencetuskan suasana kelainan yang menggambarkan Islam segera lalu sengaja membesar-besar isu bertudung tanpa mempedulikan struktur utama sebagai asas pembinaan asas pembinaan tamaddun Islam.
5        Bermulanya tindakan pihak pemerintah berhubung dengan pakaian waanita secara melampau berlaku pada zaman beraja di Baghdad kerana hobi raja dan pembesar yang suka beristeri ramai telah menggunakan kesempatan kuasa mewujudkan satu kaedah pakaian wanita yang menutup seluruhnya supaya dapat menghilangkan perasaan bimbang dan cemburu terhadap sebahagiaan daripada isteri-isteri yang tidak mendapat giliran pada malam-malam tertentu. Dengan berpakaian yang tertutup seluruh isteri-isteri mereka tidak dapat dipandang oleh lelaki lain.
Ulama yang mempunyai hobi yang sama dengan raja dan pembesar-pembesar diberi peranan utama dan merekalah yang mentasirkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis yang dicipta khas untuk tujuan yang tersirat dan dapat melindungi maksud yang sebenar.
Dengan sengaja diada-adakan dan dibesar-besarkan hadis-hadis yang memberi ancaman neraka yang panas membakar hingga gelegak otak jika kaum wanita menampakkan rambut.
Segala alasan yang sengaja di ada-adakan itu semata-mata untuk memperkukuhkan hujah supaya mendorong kaum wanita berpakaian menutup seluruh tubuh dan muka. Mereka jadikannya sebagai fakta teks pendidikan dan mentakrifkan batasan aurat wanita sejajar dengan muslihat mereka.
Oleh: Hasan Mohd (kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan) sempena pembetangan mesyuarat jawatankuasa PPINK(Pertubuhan Pemikir Islam Negeri Kelantan). 2012 suku penggal pertama