Sunday, May 31, 2015



(dipetik bab dari hujjatullah al-baligah juzud 1 keluaran UIAM)
Bab 33
Cara Mendapat Empat Akhlak Ini Dan
Menyempurnakan Yang Kurang Dan
Mengembalikan Yang Hilang

Pendahuluan
[Shaykh berkata: Apabila kami menyebut perkara ini, inshāʾ Allāh kata-kataku ini tidaklah melampau, bahawa empat akhlak ini telah sebati dengan kejadian semua manusia; tetapi jika kita merujuk empat akhlak ini kepada orang Islām sahaja, maka kita tidak mampu menggambarkan spesies manusia selama-lamanya. Tambahan pula jika kita merujuk kepada semua manusia, kita dapati mereka semua beriman kepada Allāh sebagaimana dikatakan oleh orang ramai. Dan kita tidak dapati mereka semua tidak beriman dengan semua nabi dan semua kitab yang dibawa oleh para nabi, sebagaimana dikatakan oleh orang ramai. Malah mereka kufur dengan nabi yang khusus dan kitab yang khusus sahaja. Maksudnya, mereka kufur pada peringkat istilah sahaja atau kufur daripada sudut kata-kata. Kekufuran ini pun tidak mungkin dipastikan, kerana tidak mungkin dibuat keputusan ke atas mereka melainkan setelah disampaikan maklumat dengan sempurna kepada mereka sehingga sabit hujah ke atas mereka. Perkara ini tidak boleh didapati, kerana bagaimanakah kita mahu membuat keputusan bahawa mereka kufur; kerana anda telah membaca dengan baik bahawa jahil yang sungguh-sungguh tidak membahayakan. Setelah dakwah kepada mereka sampai secara sempurna sehingga tetap hujah, kemudian mereka menentang dan melawan, maka inilah yang dikatakan jahil berlapis yang membahayakan. Sekarang mereka semua boleh dikatakan jahil sungguh-sungguh (basit) dan bukannya jahil berlapis sebagaimana tanggapan orang ramai].
        [Shaykh berkata, kita tahu bahawa empat akhlak yang menjadi paksi kebahagiaan manusia itu ialah sifat suci (al-ahārah), patuh kepada kebenaran (al-ikhbāt), sedia memaaf (al-samāah) dan adil (al-ʿadālah). Empat akhlak ini telah sekata dalam kalangan ukamāʾ. Sesungguhnya semua sharīʿat (agama) dan millah juga telah sekata menetapkan empat akhlak ini. Akhlak-akhlak ini seperti bahan asas dan semua sharīʿat adalah seperti rupanya. Maka Shāh Walī Allāh berpendapat jika sharīʿat-sharīʿat tidak dapat menyempurnakan empat akhlak ini dalam tindakan dan tidak terdapat maksudnya, maka sharīʿat itu layak dihapuskan (nasah). Dari apa yang kami sebut bahawa jika kitab-kitab fikah yang terdapat di tangan umat Islām sekarang tidak menepati kehendak dan tuntutan semasa, kerana beberapa unsurnya telah berubah, maka seolah-olah kitab itu dihapuskan sekalipun kitab-kitab itu benar. Tambahan pula semasa kitab-kitab itu dikarang, kitab-kitab itu hanya merupakan undang-undang serpihan yang berbeza daripada Al-Qurʾān, kerana Al-Qurʾān tidak bercanggah dan tidak berubah dengan perubahan zaman dan  Al-Qurʾān juga merupakan kaedah umum. Shaykh berkata, kitab yang kita baca ini hanya merupakan berita-berita sebagai jalan untuk kita sampai kepada akhlak yang tersebut].
        Ketahuilah bahawa untuk mendapat empat akhlak ini melalui dua cara; cara yang berbentuk ilmu dan amali.

Cara Yang Berbentuk Ilmu

        Adapun saluran ilmu amat diperlukan kerana tabiat patuh kepada kekuatan ilmu; [Shaykh berkata, kami tidak mampu sampai kepada kefahaman ini melainkan setelah berlalu masa yang lama dan usaha yang gigih, kerana tanpa masa yang lama, manusia hanya dapat memahami ilmu tetapi mereka tidak mahir atau mendalam dalam ilmu. Bacalah dan cubalah memahami sekadar yang mampu. Apabila manusia berfikir dan mindanya telah penuh, maka tabiatnya akan tunduk dan patuh kepadanya; sehingga sebahagian manusia sanggup meninggalkan makan dan minum dan perkahwinan dan semua perkara; dan itulah yang disebut oleh Allāh Taʿālā dalam adīth qudsi:


Apabila hambaKu melakukan satu dosa, kemudian ia sedar bahawa ia mempunyai Tuan yang mengampun dosa dan bertindak kerana dosa; sesungguhnya Aku telah ampun hambaKu], kerana itulah anda dapat lihat keinginan nafsu seks akan hilang semasa dia teringat kembali perasaan malu dan takut dalam jiwanya. Apabila ilmunya dipenuhi dengan perkara-perkara yang sesuai dengan firah, itu mewujudkan kepastian di dalam jiwanya. Yang demikian dia berakidah bahawa dia mempunyai Tuan yang suci daripada kekotoran sifat manusia, tidak luput daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah di bumi dan di langit, tidak ada tiga yang berbisik melainkan Dia yang keempat, dan tidak ada lima yang berbisik melainkan Dia yang keenam; Dia bertindak apa yang Dia mahu dan membuat keputusan apa yang Dia kehendaki. Tiada siapa yang boleh menafikan keputusanNya dan menghalang perintahNya. Dialah yang memberi nikmat dengan asas kewujudan dan semua yang mengiringnya, termasuklah nikmat jasmani dan rohani. Dia yang membalas di atas perbuatan seseorang. Jika baik dibalas baik, jika buruk dibalas buruk, [shaykh berkata, akidah ini telah dipastikan oleh firah asal manusia, dan akidah ini tidak khilaf oleh semua nabi, dan akidah ini juga sebagai matlamat Al-Qurʾān dan adīth Nabi (s.a.w.). Adapun akidah-akidah yang dibincangkan dalam ilmu uūludīn (kalam) tidak memastikan atau tidak menyentuh kehendak firah yang asal, malah diperlukan untuk perdebatan sahaja], dan inilah firman Allāh Taʿālā (adīth kudsi):


Apabila hambaKu melakukan satu dosa, kemudian ia sedar bahawa ia mempunyai Tuan yang mengampun dosa dan bertindak kerana dosa; sesungguhnya Aku telah ampun hambaKu.
        [Shaykh berkata, akidah ini merupakan firah manusia yang tidak khilaf oleh semua nabi. Maksdunya, dengan pengetahuan ini Allāh menghapuskan dosanya].
       
Ilmu Akidah

Ringkasnya, dia berakidah dengan akidah yang kuat yang mewujudkan kehebatan dan kemuncak keagungan; tidak tertinggal walaupun sekadar sayap nyamuk di dalam hati kepatuhan dan kegerunannya selain daripada Allāh, dan berakidah bahawa kesempurnaan manusia ialah menumpu kepada Tuannya dan mengibadatkannya; dan keadaan manusia yang paling baik ialah manusia yang menyerupai dan menghampiri malaikat. Inilah perkara yang memperdekatkan dia kepada Tuannya. Dengannya  Allāh Taʿālā meredai mereka dan Allāh berhak ke atasnya dan pasti Dia sempurnakan. [Shaykh berkata, perenggan ini merupakan ilmu akidah sahaja. Sekarang kita dapati dalam kitab ʿulamāʾ uūludīn pelbagai istilah, sedangkan maksudnya tidak lebih daripada apa yang disebut oleh Shāh Walī Allāh di sini. Shaykh berkata, perhatikan apa yang disebut oleh Shāh Walī Allāh tentang ilmu akidah ini yang tidak lebih daripada tujuan menyampaikan empat akhlak ini seperti yang tersebut dalam bab yang lalu. Oleh sebab itu ilmu tawhid menjadi alat perantaraan sebagaimana ilmu nahu dan sorah, tetapi manusia sekarang menjadikan ilmu-ilmu ini sebagai matlamat dan ini satu kesilapan mereka; sedangkan matlamat asal adalah keʿadilan. Adapun tiga akhlak yang pertama itu merupakan alat perantaraan sahaja.
        Imām Ghazālī menyebut sedikit dalam kitabnya Ihya, dalam bab Amal bi al-Maʿrūf Nahi al-Munkar sekadar sebaris: “Bahawa sifat ʿadil itu dengannya tegak segala langit dan bumi, dan kerana sifat ʿadil juga dibangkitkan para nabi (a.s.)”.
        Kami dapati orang Islām pada umumnya dalam kalangan ahli ilmu semuanya lalai terhadap ilmu keadilan ini, sehingga seorang boleh berkata: “Membahas masalah keadilan ini, orang menuduh mereka dari golongan Muʿtazilah”. Oleh sebab itu aku sentiasa bimbang untuk membahas dengan mereka dalam masalah keʿadilan ini; kerana apabila mereka mendengar aku berkata demikian, mereka akan menuduh aku adalah Muʿtazilah. Buat masa sekarang aku tidak lagi meraikan mereka sama sekali; maka aku mampu menerangkan dengan jelas].

Kebahagiaan Manusia Bergantung Kepada Empat Akhlak
 
        Ringkasnya, dia yakin tanpa sebarang percanggahan bahawa kebahagiaan seseorang itu bergantung kepada usaha mendapatkan perkara ini [iaitu empat akhlak tersebut] dan kecelakaan apabila dia mengabaikannya dan dia pasti menggunakan cemeti untuk menyedarkan sifat haiwan dengan satu kejutan dan sergahan yang kuat.
        Cara-cara para nabi berbeza dalam perkara ini. Perkara terpenting yang Allāh turunkan kepada Ibrāhīm (a.s.) ialah memberi peringatan dengan tanda-tanda Allāh yang jelas, [Shaykh berkata, natijah daripada mengingati nikmat-nikmat Allāh dan bencana yang ditimpa oleh Allāh perubahan gaya dan pandangan manusia di dunia. Manakala natijah daripada penyampaian kesedaran dan berita gembira ialah mendapat perubahan gaya dan pandangan di akhirat. Kedua-duanya merujuk kepada galakan dan ugutan]. sifat-sifatNya yang Maha Tinggi, [perkara yang diturunkan kepada Ibrāhīm (a.s.) adalah seperti yang tersebut dalam firmanNya:

Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrāhīm dan Nabi Mūsā. (Al-Qurʾān: 87: 18, 19).

       Maksudnya, sebutan ini tercatat dalam suhuf, iaitu catatan diatas batu], dan nikmatNya yang sejagat dan perseorangan; supaya perkara itu boleh dipastikan dengan satu cara yang tidak boleh ditambah sesuatu bahawa dia layak menerima semua keseronokan dan supaya mereka mengutamakan mengingati Allāh dari yang lain dan supaya mereka benar-benar mengasihi Allāh dan beribadat kepadaNya sedaya upaya mereka; dan Allāh menambahkan bersama-sama ini [iaitu mengingati ayat-ayat Allāh] untuk Mūsā (a.s.), iaitu mengingati hari-hari Allāh yang menerangkan pembalasan Allāh Taʿālā kepada yang patuh dan yang derhaka di dunia [iaitu mengingati peristiwa revolusi yang berlaku di sesebuah negara], dan menukarkan nikmat dan kemurkaan sehingga tergambar di dalam hati mereka takut kepada maksiat dan keinginan yang kuat terhadap amalan taat. Dan ditambah kepada yang dua itu [ialah mengingati hari-hari Allāh dan ayat-ayat Allāh, dengan maksud nikmat Allāh ke atas mereka yang patuh dan seksaan Allāh ke atas mereka yang ingkar], untuk Nabi (s.a.w.) kita, iaitu mengancam dan memberi berita gembira dengan peristiwa-peristiwa di ʿālam kubur [peristiwa-peristiwa di ʿālam barzakh ini merupakan natijah semua perbuatan di dunia, dan digabungkan kepada Nabi (s.a.w.) dengan menerangkan khasiat kebajikan dan dosa. Maksudnya, para nabi yang lalu, tidak dinyatakan khasiat kebajikan dan dosa ini seperti yang dinyatakan kepada Nabi (s.a.w.). Pernyataan khasiat kebajikan itu seperti yang tersebut dalam firmanNya:
tegakkan alāt kerana mengingatiKu. (Quran: 20: 14).

Dan menerangkan pula khasiat dosa itu seperti pada firmanNya:

Jangan kamu hampiri zina; sesungguhnya zina itu satu perbuatan keji, dan satu jalan yang jahat. (Al-Qurʾān: 17: 32)]. dan selepasnya dan menerangkan segala khasiat kebajikan dan dosa.
Prinsip ilmu tidak mendatangkan faedah dengan perkara-perkara ini, [perkara-perkara ini ialah mengingati nikmat Allāh dan bala daripada Allāh, memberi ugutan dan berita gembira dengan pelbagai peristiwa], malah pasti diulang-ulang [Shaykh berkata, itulah sebabnya manusia dituntut supaya mengulang membaca ayat-ayat Al-Qurʾān dalam sembahyang sama ada pada waktu malam atau siang dan pada setiap waktu sembahyang], dan menggambarkannya setiap masa, [itulah sebabnya diperintah mengulangi membaca Al-Fātiah dan Al-Qurʾān pada setiap kali sembahyang dan setiap rakaat untuk mencapai matlamat ini. Shaykh berkata, inilah tiga ilmu yang dinakan dalam Al-Qurʾān yang agung seperti yang tersebut dalam Al-Fawz Al-Kabīr juga. Hanya lima bidang ilmu yang dinakan dalam Al-Qurʾān. Dan Al-Qurʾān juga menyebut dengan tujuan untuk menyedarkan kepada maksud tawhid iaitu jalan untuk mendapatkan empat akhlak yang akan datang seperti diisyaratkan oleh Shāh Walī Allāh dalam tajuk bab ini. Matlamat utama empat akhlak ini ialah keadilan; manakala tiga akhlak sebelumnya merupakan penggenap sahaja], dan menjadikannya berada di hadapan matanya sehingga kekuatan ilmu penuh dengannya. Oleh sebab itu anggota tunduk kepadanya.
Tiga ilmu ini bersama-sama dua yang lain, pertama menerangkan segala hukum termasuklah wajib, haram dan lain-lain. Dan yang kedua mengenai berdialog dengan orang kafir. Inilah lima pokok di dalam Al-Qurʾān yang agung. [Seperti yang dinyatakan oleh Shāh Walī Allāh di awal Al-Fawz Al-Kabīr].

Cara Berbentuk Amali

Adapun asas pengurusan amali ialah sentiasa diselubungi gaya perbuatan dan perkara yang mengingatkan jiwa kepada perkara yang dituntut, [iaitu empat akhlak] dan menyedarkan jiwa terhadapnya, menggerak dan mendesak jiwa ke arah perkara itu. Kadang-kadang, kerana perhubungan adat yang biasa dengan jiwa dan akhlak atau kerana jiwa merupakan tanggapan akhlak mengikut keputusan yang sesuai dengan jibillah. Demikian juga manusia, apabila ia mahu menyedarkan dirinya untuk melahirkan sifat marah dan menggambarkan di hadapan matanya kemarahan itu, lalu ia khayalkan maki hamun seseorang terhadapnya yang menyebabkan dia merasa malu dan sebagainya; dan perempuan yang meratap, apabila dia mahu memperbaharui masa ratapannya dengan kesedihan jiwanya dapat mengingat dan mengkhayalkan semula keelokan orang yang mati dan mendorong fikirannya keadaan orang yang mati pulang berkuda dan berjalan kaki; dan bagi orang yang mahu melakukan perhubungan seks, dia berpegang kepada perkara-perkara yang mendorong ke arahnya; dan yang sebanding dengan perkara ini amat banyak. Tidak menghalang sesiapa yang mahu mengetahui aspek-aspek pebincangan seterusnya secara menyeluruh.
Demikian juga untuk setiap satu daripada perkara-perkara ini mempunyai beberapa sebab yang harus dilakukan. Untuk mengenali perkara-perkara ini hendaklah berpegang kepada kecapan batin (zouq) ahli-ahli kecapan batin yang sejahtera. [Iaitu mereka yang berada dalam peringkat keempat dalam akhlak. Mereka adalah tokoh pemimpin sebagaimana anda telah membaca dalam bab ‘Manusia Berbeza Dalam Mencapai Kebahagiaan’ ].

Sebab-sebab adath

Sebab-sebab adath ialah bahawa hati dipenuhi kehendak haiwan seperti menyempurnakan kehendak syahwah terhadap perempuan dengan mengadakan perhubungan seks dan cumbuannya, dan dia menyembunyikan penentangan terhadap kebenaran, [maksudnya mereka memahami kebenaran itu demikian dan demikian, kemudian mereka menyembunyikan dalam jiwa mereka penentangan terhadap kebenaran itu], dan diliputi laknat al-Malaʾ al-aʿlā terhadapnya; dan sejurus selepas kencing dan membuang air besar atau keluar angin, tiga perkara ini adalah sisa daripada perut; kotoran badan, bau mulut, hingus pekat, bulu yang tumbuh di ari-ari dan bulu ketiak, pakaian dan badan yang berlumuran dengan najis yang jijik, pancaindera yang dipenuhi dengan gambaran yang mengingatkan kepada kehendak haiwan seperti gambaran-gambaran yang keji, memandang organ jantina, melakukan perhubungan jenis dengan haiwan, perhatian yang penuh dengan perhubungan seks, mencaci malaikat dan orang āli serta berusaha menyakiti orang ramai.

Sebab-sebab Suci

Sebab-sebab suci ialah penghapusan perkara-perkara ini dan berusaha yang sebaliknya dan menggunakan ketetapan adat yang  paling bersih seperti mandi, berwuduk, memakai pakaian yang cantik, mengenakan bau-bauan harum kerana penggunaan perkara-perkara ini mengingatkan jiwa kepada sifat suci.

Sebab-sebab Kepatuhan

Sebab-sebab kepatuhan (al-ikhbāt) ialah tindakan ke atas dirinya sendiri dengan sifat pengagungan yang tertinggi di sisinya, [Shaykh berkata, rukuk, sujud, dan perbuatan lain dalam sembahyang merupakan adab-adab pengagungan yang tidak lebih daripada maksud itu] termasuklah berdiri dengan menundukkan kepala, sujud dan bercakap dengan kata-kata yang menunjukkan ke arah munajat dan menghina diri di hadapanNya dan memohon semua hajat kepadaNya; kerana perkara-perkara ini boleh menyedarkan jiwa secara kuat kepada sifat tunduk dan patuh.

Sebab-sebab Mudah Berbicara

Sebab-sebab mudah berbicara (al-samāah) ialah membiasakan diri dengan sifat murah hati dan memberi, memaafkan orang yang melakukan kezaliman dan bertindak ke atas dirinya sendiri dengan sabar semasa berhadapan dengan perkara-perkara yang dibenci dan sebagainya.

Sebab-sebab ʿAdil

Sebab-sebab adil (ʿadālah) ialah mengawal diri sentiasa berada di atas landasan petunjuk yang terpimpin secara terperinci. [Shaykh berkata, perhatikan Shāh Walī Allāh; beliau tidak menyebut dalam sebab-sebab keʿadilan melainkan sebaris sahaja; kerana jika beliau menyebut secara terperinci akan memerlukan  huraian yang amat panjang. Oleh sebab itu tiada siapa yang membacanya; tetapi jika dia menyebut secara ringkas dengan sendirinya difahami oleh orang ramai dengan akal mereka hingga ke peringkat yang tinggi. Di sisi mereka, antara keʿadilan dan Allāh; Allāh laksanakan apa yang Ia kehendaki dan ini bercanggah dengan fikiran orang ramai. Aku mampu menyesuaikan di antara sifat ʿadil Allāh dengan tindakan Allāh yang bercanggah dengan pemikiran manusia, di mana kedua-duanya tidak bercanggah dan tiada sesuatu pun. Shaykh berkata, seorang ʿalim di India melarang orang ramai berfikir tentang politik, berdasarkan sebuah adīth yang berbunyi:

Antara keelokan Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak penting.
        Perhatikan kebodohan dan kebingungannya.]

Dan Allāh Maha Mengetahui.

(NHA2012-10-23)