Saturday, November 23, 2013

Perbuatan Terletak Pada Niat



Perbuatan Terletak Pada Niat
Ada tanggapan niat hanya berkisar kepada naiwaitul apabila memulakan amalan fardu ain sahaja tanpa melibatkan prinsip perjuangan. Setiap manusia terdapat tujuan hidup masing-masing sekurang-kurangnya pada alam maya yang di istilahkan juga alam khayalan ataupun alam separuh sedar. Umumnya khayalan itu berkisar mencari kebaikan untuk diri,keluarga atau pun masyarakat.
Allah menjadikan dua sifat anak Adam yang berbeza iaitu yang lemah dan yang kuat dan menindas dan yang menjadi mangsa penindasan atau dinukilkan juga dengan kisah habil dan khabil.
Dua sifat ini sentiasa berchanggah dan berada dalam konflik dan kesannya, manusia sentiasa berusaha mengatasi masalah konflik itu dan terdedah kepada peningkatan tamaddun. Terdapat juga individu yang menjadi mangsa buli dan kezaliman daripada orang yang lebih kuat dan berkuasa. Mereka ini (mangsa buli) sentiasa mengharapkan ehsan dan adil daripada pihak yang menguasai mereka itu agar masalah yang mencengkamnya dapat di atasi dan harapan ihsan dan adil yang datang kepadanya menjadi  sifat adil dan ehsan sentiasa subur di hati.
Kedua, sifat itu menjadi semakin subur dalam impian dan khayalan mereka menjadi semakin kuat kepada sebuah cita-cita yang lengkap. Ia bercita-cita jika ‘aku’ menjadi kaya dan berkuasa nescaya ‘aku’ akan menterjemahkan harta dan kuasa itu kepada sifat ihsan dan adil kepada semua dan mengharap supaya mereka bersifat ihsan dan adil secara menyeluruh.
Pada zahirnya apa yang berlaku di alam maya (khayalan) tanpa memijak kepada kenyataan tetapi pada hakikatnya iktikad putus dari seorang hamba Allah yang beramal baik dan sanggup menghambakan dirinya kepada perintah Allah maka di sisi Allah adalah hakiki dan mendapat ganjaran di akhirat dan menjadi inspirasi kepada manusia selepasnyaiaitu (selepas dia mati)
Manusia perlu kembali kepada Allah dalam keadaan fitrah yang tidak tercemar jiwa dan rohani dan setiap manusia perlu di isi dengan dua sifat, iaitu Adil dan ihsan. Cita-cita untuk kebaikan di nilai pada dua sudut, iaitu peribadi dan kebaikan berserta masyarakat.
Solat ialah hubungan masyarakat dan berhubung dengan Allah, menghina diri memohon sumber kekuatan daripada Allah agar dapat menghubungi sesama manusia untuk membina ihsan atau kasih sayang sesama manusia beserta keadilan.
Kesempurnaan solat melaksanakan menentang segala fasiq dan mungkar di dalam masyarakat iaitu sesuatu yang berchanggah dengan fitrah dan peraturan-peraturan bermasyarakat . dalam surah Al Maun dikaitkankan dengan neraka wil orang sembahyang yang tidak menunai tanggungjawab kepada orang miskin dan anak yatim.
Di keranakan tugas membina ehsan dan adil itu tidak mungkin dapat dilakukan secara individu maka di shariatkan untuk menubuh organisasi. Kumpulan manusia yang sealiran dalam seperjuangan maka shariat mengajar manusia supaya bersembahyang jemaah dan matlamatnya ialah melahir organisasi yang dapat mendokong tugas membina masyarakat dengan sifat ehsan dan adil.
Shariat mengajar umat Islam supaya mengagung dan membesarkan syiar Islam secara beramai-ramai atau berjemaah supaya dapat mempamirkan bahawa umat Islam di lihat satu umat kuat dan bersatu.
Tetapi sebaliknya kumpulan yang banyak itu terdapat golongan munafik, kufur, syirik, jahil dan sebagainya. Maka di kehendaki umat Islam berjemaah bermohon dalam sembahyang supaya ditunjukkan kami jalan yang lurus berserta golongan ‘sirat’. Golongan ‘sirat’ ini ada dimana-mana dan mereka mempunyai kemampuan memimpin manusia kepada matlamat ehsan dan adil kepada masyarakat.
Sebaliknya manusia lebih berminat di pimpin oleh mereka yang ada status dan pandai bercakap dan(berkata-kata) tanpa menilai pencapaian matlamat kemanusiaan sebenar.
Allah menggelarkan ‘samiri’ atau lelmbu yang pandai bercakap iaitu kepada individu yang bodoh tetapi pandai bercakap sebagai pemimpin. Mereka itu berbangga dengan status dan ilmu kemahiran berkata-kata tapi mereka kosong dalam ilmu kemanusiaan.  Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 32  maksudnya’  Mereka menjadikan ulama feqah dan tasauh mereka itu(Tuhan) selain dari Allah,. ….’ Kata ibnu abbas dalam bukhari, mereka tidak sembah ulama tetapi mereka menerima kata-kata ulama tanpa menilainya dengan kitab Allah.
Oleh hassan muhammad, kampung tok ku