Sunday, May 15, 2016

AGAMA BUKAN PEDOMAN MATI

AGAMA BUKAN PEDOMAN MATI

Anggapan bahawa ajaran agama seolah2 seperti 'harga mati' yang berlaku di semua tempat dan situasi tanpa kompromi kerana mengelakan dari berlakunya dosa adalah suatu anggapan yang amat tidak sihat.

Agama itu sebenarnya adalah pedoman hidup yang saling berkait dengan alam kemanusiaan. Penerapan yang sesuai dengan situasi serta zaman adalah amat penting kerana agama itu untuk manusia dan bukan sebaliknya.

Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Arab Saudi tidak lama dulu boleh dijadikan sebagai iktibar/contoh untuk lebih memahami konsep 'pedoman mati'.

Sebuah sekolah berasrama penuh khas untuk perempuan sahaja telah terbakar. Dalam usaha menyelamatkan diri, murid-murid perempuan diarahkan agar berpakaian yang 'menutup aurat' terlebih dahulu. Petugas kebakaran yang datang juga dihalang dengan alasan yang sama; murid perempuan masih belum siap berpakaian yang selayaknya, tambahan lagi para petugas tersebut ialah 'non-muhrim' apalagi untuk melihat wanita yang tidak ditutup sempurna tubuh badan nya.

Akhirnya, puluhan orang murid perempuan mati 'terpanggang' akibat menganggap ajaran agama adalah 'harga mati' kerana jika melanggarnya dikira dosa.

Betapa mahalnya harga agama yang dianut sebagai 'pedoman mati', bukan pedoman hidup.

admin .

No comments:

Post a Comment