Saturday, February 21, 2015

Tajuk Masalah jin

 Tajuk Masalah jin
Surah ke 51 quran  ayat ke 56 petikan dari tafsr al hakm oleh haji wan abdullah bin haji wan musa.boleh didapati di perpustakaan uiam dengan permintaan kajian penyelidikan tesis.


Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu. (Al-Qurʾān: 51: 56).
Maksud istilah ialah manusia dan istilah ialah satu makhluk yang berada di lapisan alam al-mithāl yang paling dekat. Nasamah manusia menyerupai jin. Maka taklif merujuk kepada nasamah manusia dan jin yang berada di alam al-mithāl yang paling hampir. Jin ini diciptakan bersama-sama setiap manusia yang mana kedua-duanya ditaklifkan. Apabila mereka jadikan malaikat menguasai undang-undang, seolah-olah mereka tidak beribadat kepada Tuhan dan mereka berhubung dengan malaikat itu.

1.   Iktibar daripada maksud jin ialah menggambarkan peranan satu manusia dari dua alam iaiatu alam misal dan alam nyata.
2.   Ikhtibar daripada huaraian ayat
3.   Jin ialah satu nama yang menghimpunkan dua huruf iaitu jin dan nun
4.   Secara iktibarnya ia tidak dapat dilihat secara zahir.
5.   Misalnya janin (anak dalam perut), jannah (syurga), junub (sesuatu berkenaan sedang melakukan seks), benda ini yang tersembunyi.
6.   Ketiga-tiga misal ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat secara terbuka secara zahir.
Ikhtibar jin yang terdpat di dalam hadis-hadis bayangan sebagai contoh bukan untuk ditelan contoh tetapi jalan ikhtibar hanya difahami dari sudut hikmat bertujuan untuk pendekatan untuk menghayatinya.
7.   Pada manusia, pada makhluk, pada setiap makhluk ada alam yang tidak boleh dilihat ialah alam misal.
8.   Ada peranan pada mereka itu  dialam yang tidak boleh dilihat. Ada antaranya ahli seni dan ahli tadbir.
9.   Dan diluar tabir hanya pelakon atau jurucakap secara terbuka  boleh dilihat oleh umum. Dan kedua-dua pihak ini mempunyai peranan yang sama.
10.                    Satu misalan lagi, pengebom berani mati, ia boleh dikesan walaupun mayatnya terbakar hangus tapi
11.                    Yang berada dibelakang tabir itu yang memain peranan dibelakang tabir itu berada di alam ghaib. Alam ghaib itulah jinnya.
12.                    Di alam khayal yang memain peranan dari kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama.
13.                    Dialam khayal atau pun di alam misal mereka mampu mencipta sesuatu yang mengatasi orang lain seperti seorang yang anti amerika dan israil.
14.                    Dalam khayalannya dia dapat mencipta senjata yang kuat dan dapat menghancurkan kedua-dua negara itu dalam khayal itu.
15.                    Impian dalam khayalannya tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kata bekas presiden Iran ahmadinijab Israil boleh dihapus dari peta dunia.
16.                    Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh beliau itu adalah berlaku di alam khayal dan alam misal dari ledakan api yang bernyala, jadinya jin. Jin-jin itu terjadi dari ledakan emosi. Itulah jin.
17.                    Itu dinamakan jin, pengaruh jin itu bercakapp di luar kawalan.
18.                    Gambaran daripada pelukis kartun menterjemah daripada satu khayalan dalam bentuk peprangan mengggunakan tenaga solar, itupun berlaku di alam misal.   dan amerika dapat mengambil manafaat daripadanya dengan mencipta senjata daripada tenaga solar dan telah menjadi kenyataan tenaga solar telah digunakan dalam perubatan itu kenyataan. Ini fikiran manusia, tadi fikiran jin, gambar kartun fikiran jin. Perubatan fikiran manusia.
19.                    Ledakan emosi jadi api yang bernyala-nyala maka lahirlah pengaruh jin
20.                    Ada pun pengetahuan manusia yang norma lahir daripada bawah ataupun di iktibar daripada tanah.pengetahuan mereka mengambil kesan jatuh bangun dalam sejarah kehidupan manusia seperti nabi Mohd saw hidup sebagai anak yatim dan memelihara kambing, itu kefahaman dan kesedaran bermula daripada bawah, iaitu mula daripada tanah.
21.                    Nabi yusuf mendapat pengetahuan daripada penghuni penjara . sifat manusia yang terdedah kepada kesilapan dan belajar daripada kesilapan.
22.                    Firman Allah . : Aku amanah kepada makhluk lain, yang sanggup menerima amanah bumi ini hanya manusia.
23.                    Kerana disitu Allah menyebut manusia ada dua sifat.Manusia bersifat zalim, terlebih zalim, terlampau zalim, terlebih jahil. Kadang-kadang jahil berselindung disebalik digri  pun bankrap kerajaan-kerajaan di Gris, itu jahil juga. Berselindung di sebalik digri itu.
24.                    Allah jadikan dua sifat yang layak mengurus bumi. Lantaran itu manusia bertindak dengan jahil dan melakukan kezaliman. Berlakulah kesilapan demi kesilapan. Semuanya adalah sebagai persediaan manusia menerima qada dari Allah.
25.                    Setelah manusia sedar berada di dalalm qada Allah disebabkan kesilapannya, manusia berusaha mengatasi masalah daripada qada allah itu lalu meningkatlah manusia peringkat demi peringkat.
26.                    Daripada hikmat kejadian itulah ada makhluk yang ragu kenapalah Allah melantik manusia yang suka melakukan pertumpahan darah.
27.                    Sesungguhnya allah mendidik manusia menerusi dua cara iaitu menerusi iaitu hidayah dan din nul haq dari sudut din nul haq manusia diperintah supaya berjihad untuk mempertahankan kebenaran berlakulah pertumpahan darah.
Tamat.
Oleh hasan bin muhamad, kg tok ku.

Wednesday, February 18, 2015

Takrif Ihsan mengikut pandangan tafsr al hakm.



Petikan dari tafr al hakm oleh wan abdullah bin wan musa dari kelantan meninggal 1932 dan boleh di dapati di uiam dengan permintaan untuk kajian tesus.

 ihsan
 
        Isan ialah keadaan seseorang bekerja dengan adil seolah-olah Allāh melihatnya dan dia melihat Allāh. Seseorang yang menduduki martabat isan seperti itu tidak akan meninggalkan sesuatu kepentingan orang ramai mengikut firah, sama ada ilmu atau perbuatan.
        Allāh berfirman:
Adalah mereka itu tidur sedikit pada malam hari. (Al-Qurʾān: 51: 17).
        Maksudnya, mereka sentiasa berfikir tentang kerosakan sistem kehidupan orang ramai dan mereka tahu bahawa perkara itu bukan daripada Allāh. Sebenarnya kerosakan itu disebabkan oleh hikmah Allāh memberi pilihan kepada sebahagian manusia terhadap sebahagian. Kezaliman berpunca hanya daripada sekumpulan manusia, dan Allāh tidak bersetuju dengan kezaliman itu selama-lamanya. Mereka sentiasa berfikir cara memperbaiki kerosakan ini. Inilah sifat manusia yang sempurna.
        Pada umumnya, demikianlah keadaan para sahabat nabi dari kalangan orang Islām pada zaman awal. Pada waktu malam mereka berfikir tentang Al-Qurʾān al-ʿaẓīm. Mereka tidak membaca Al-Qurʾān seperti kita membaca sekarang. Kami dapat tahu sebahagian dari kalangan orang yang ikhlas berfikir tentang satu ayat selama enam bulan. Ini juga satu nukilan daripada Nabi (S.A.W.). Baginda membaca satu ayat sepanjang malam. Ayat yang dibaca oleh Nabi itu ialah:
Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka itu hambaMu dan jika Engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Qurʾān: 5: 118).
        Nabi (S.A.W.) diperintah menyokong orang yang beriman dengannya dan melahirkan mereka mengatasi orang kafir yang tidak beriman dengannya. Semasa menunaikan kewajipan ini, tidak mungkin sebahagian mereka yang beriman mengalami keazaban, dan sebahagian orang yang kafir bukan kerana kedegilan mereka; tetapi kerana tidak jelas jalan yang benar kepada mereka; keadaan ini sentiasa berada di hati Nabi (S.A.W.). Setelah Nabi (S.A.W.) membaca ayat 118, surah al-Māidah, maka kalimah “Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka itu hambaMu”; maksudnya ditujukan kepada orang yang beriman. Manakala kalimah: “dan jika Engkau ampuni mereka” ditujukan kepada orang kafir.
        Sekarang aku mahu memastikan di hati Nabi (S.A.W.); bahawa perbuatannya tidak bertentangan dengan ayat itu sedikit pun. Untuk memperbaiki kehidupan manusia dalam bidang amali, memerlukan pemikiran yang lebih daripada itu. Allāh berfirman:
Sedang pada waktu akhir-akhir malam mereka meminta ampun. (Al-Qurʾān: 51: 18).
        Hasil pemikiran mereka ialah, mereka mengakui kelemahan sifat kemanusiaan mereka yang sejahtera. Setelah Nabi menyedari kesilapannya, dia mengetahui semua kekuatannya untuk memperbaiki kelemahan mereka (orang beriman), setelah dia mengetahui bahawa amalan mereka telah rosak kerana kelemahan mereka. Maka mereka bangun dengan semangat yang penuh untuk memperbaiki kelemahan mereka.
Firman Allāh:
Dan dalam harta-harta mereka, hak untuk yang minta-minta dan yang tak diberi. (Al-Qurʾān: 51: 19).

Satu Peringatan
        Memperbaiki masyarakat bukannya memperbaiki pemikiran sahaja. Paksinya, ialah mensabitkan hak masyarakat pada harta mereka yang khusus. Itulah matlamat yang disedarkan oleh para hukama kemasyrakatan. Mereka yang khusus menguasai orang ramai dengan memiliki akhlak yang buruk. Ayat ini memastikan manusia supaya berfikir. Aku telah menulis rencana sanadku yang pertama berdasarkan ayat ini.
        Yang kami maksudkan dengan “harta” di sini ialah harta kami dan harta mereka. Dalam harta itu ada hak orang yang meminta dan yang tidak meminta. Jika demikian, orang miskin dari kalangan kita hanya mengambil hak mereka dan kami menganggap bahawa kami utamakan pemberian kami kepada mereka.
        Setiap kali orang Islām merujuk untuk memperbaiki kesalahan ini, mereka bangun dengan segera. Al-Quran telah menetapkan perkara itu:
 
harta yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas kehidupan kamu; (Al-Qurʾān: 4: 5).
    Sesuatu umat tidak dapat bangun selama-lamanya tanpa harta-harta itu. Mereka perlu berfikir. Inilah ilmu mereka selepas berfikir. Inilah asas penyatuan. Penyatuan adalah rupa penyusunan sahaja. Para ʿulamāʾ yang berhak dinamakan sebagai orang bodoh, telah berusaha sedaya upaya membangun rupa penyatuan tanpa asas dan tanpa roh penyatuan.
Allāh berfirman:
Dan di bumi ada beberapa tanda bagi orang yang yakin. (Al-Qurʾān: 51: 20).
        Maksudnya, apabila manusia meminta keterangan keadaan bumi, dia akan dapati saksi-saksi terhadap tuntutan ini yang disebut oleh Al-Qurʾān. Maka saksi-saksi itu menjadi sebab mereka lebih yakin daripada keyakinan yang pertama.
        Pada ayat ini diisyaratkan bahawa wajib berfikir untuk menyokong penyelidikan. Hikmah itulah yang diambil oleh orang Eropah dengan mengumpul persediaan bagi setiap sesuatu. Pusat-pusat pengajian kita yang tidak mempunyai kefahaman mengejek orang yang mengkaji segala keadaan yang mereka terima daripada pengikut Aristotle bahawa bukti mendatangkan keyakinan; penyelidikan boleh menimbulkan tanggapan yang teguh.

Dan seterusnya boleh dirujuk di perpustakaan uiam dengan permintaan kajian tesus.
Petikan dari tafsr al hakm oleh haji wan abdullah bin haji wan musa(tuan tabal ) meninggal pada tahun 1932M

Thursday, February 12, 2015

Isu banjir di kedai kopi




1.   Mereka berpendapat banjir adalah bala daripada Allah berpunca daripada perbuatan manusia yang berlaku di kuala lumpur. Bila ditanya kenapa? siap berlaku di kuala lumpur maka bala itu datang ke kelantan.jawabnya bala itu tidak mengira tempat atau pun sesiapa dan melibatkan kepada semua.
2.   Sudah berlalu 28 tahun sejak tok guru menjadi Menteri Besar tidak pernah  banjir besar sebelum itu, beliau menambah kepada hujjah,jika ada awan hujan yang akan turun, nescaya awan itu akan beralih ke arah lain.
3.   Daripada reaksi dan pandangan individu2 itu menampakkan betapa kuatnya sifat fanatik puak dan parti orang kelantan dan terhadap pemimpin mereka yang mereka anggap serba sempurna dan mempunyai sifat-sifat keramat.
4.   Mereka yang seumpama itu tidak mahu faham betapa banjir lumpur yang datang daripada bukit-bukit yang telah dibotakkan secara besaran yang dijangkakan ribuan ekar adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kelantan yang meluluskan perbuatan tersebut. Yang dijangka, yang diboneka, adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kelantan yang meluluskan perbuatan tersebut.
5.   Mereka merasa tidak berslah dan berchanggah dengan Islam kerana kerakusan menebang pokok itu tidak di sebut dalam kitab feqah dan al-Quran, cuma mereka mensabitkan bala Allah hujan batu kepada mereka-mereka yang durhaka tetapi tidak berbentuk bala bila hujan lumpur berlaku yang berupaya meruntuhkan banggunan dan rumah-rumah kediaman dan  balak telah meruntuhkan jambatan.
6.   Sepatutnya rakyat kelantan telah menerima hakikat kesan daripada perbuatan yang tidak mengikut etika yang sepatutnya.
7.   Tetapi rakyat kelantan yang diselubugi oleh individu yang dianggap keramat tetapi tidak berani membuka mulut kerana takut kan keramat yang ada pada bekas MB itu walaupun semua pihak tahu tindakan belaiau itu adalah semata-mata kerana wang kerana wang mereka menjadi kan semua bukit-bukau adalah bahan yang dijadikan makanan.
8.   Demikianlah satu episod yang lahir di kelantan sebagai makhluk perosak bumi.Sanggup melakukan kerosakan memenuhi selera makan juk makjuk yang besar.
9.   Dengan lahirnya makhluk perosak bumi itu akan berlaku satu kiamat kecil selepas ini dan suun alam akan menghukum kaum yang tak bersalah.
10.                    Kebanyakan umat Islam telah disedari bahawa syirik itu adalah satu dosa yang besar tetapi mereka tujukan syirik itu kepada pemuja keramat atau pun kubur, mereka tidak membayangkan syirik kepada ulama dan orang yang berkuasa adalah sesuatu yang nyata. Mereka sembunyikan syirik kepada ahli ilmu dan syirik kepada orang yang berkuasa.
11.                    Firman Allah. Mereka jadikan ulama feqah dan tasauh tuhan selain Allah
Ulama tasauh yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah akhbar dan ruhban ialah ahli ilmu tentang undang-undang dan ahli ilmu tentang akhirat.
12.                    Meraka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran al Quran dan mengenal hala tuju Islam ialah untuk membina adil dan ehsan di kalangan manusia. Persoalannya, pernahkah seminar tentang adil dan ehsan ini pernah dibuat  untuk diterjemah kepada bentuk masyarakat sekarang samada pihak kuala lumpur dan pihak kota bharu perlu menyedarinya. Setiap manusia dianugerahkan akal dan ilmu untuk menterjemahkan adil dan ehsan sebagai perintah Allah untuk dilaksanakan di bumi.
13.                    Manusia sebagai khalifah atau pengganti Allah untuk mengurus bumi ini supaya nilai terjemahan itu menuju kepada kebenaran yang dikehendaki oleh al Quran itu.
14.                    Hala tuju dan niat seseorang itu menjadi matlamat perjuangan seseorang, itulah dinamakan , in namal a’mal lubil niat. Setiap perbuatan disertai niat.
15.                    Kita tidak boleh mengharapkan Islam itu terlaksana mengikut kaedah ulama cari makan kerana mereka menggunakan ceramah-ceramah Islam yang disulami dengan lagu-lagu dan lawak jenaka semata-mata untuk membuat harta tanpa menyentuh perkara pokok. Mereka membesar-besarkan perkara kecil seperti kain tudung, arak ,anjing dan babi.
16.                    Sudah terlalu banyak mereka memperkatakan Islam mengikut penafsiran sendiri tanpa mengikut kaedah di dalam pengajaran al Quran tidak akan menepati jalan penyelesaiaan dan masalah masyarakat manusia.tamat.
Oleh hasan bin muhamad, kg tok ku.