Friday, July 18, 2014

Falsafah perpaduan



Falsafah perpaduan
          Fanatik kaum telah bertambah selepas 1,000 tahun dalam semua kaum. Tiada jalan untuk memperbaikinya melainkan melalui jalan falsafah dan hikmah yang menjadi sharīʿat Islām iaitu Al-Qurʾān dan Sunnah, ijmaʿ umat Islām. Semuanya terdapat dalam hikmah al-Imām Shāh Walī Allāh, dan untuk itu tidak mengambil kira kepentingan kaumnya dan semua kaum lain.
        Di sisiku (ʿUbayd Allāh al-Sindhī), bahawa pemikran semua kaum tidak mempunyai kelayakan mengikut persediaan diri mereka untuk menerima ilmu-ilmu itu. Maka kita mengalami kerugian.
        Pada masa kini, bangsa Eropah menguasai politik kaum-kaum, dan seruan Eropah supaya mengikuti hikmah sahaja. Umat Islām telah bersedia untuk sedar dan menerima ilmu-ilmu al-Imām Shāh Walī Allāh; tetapi yang mendukacitakan ialah mereka mengabaikan ilmu-ilmu Walī Allāh melainkan setelah ilmu itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris atau bahasa Perancis. – petikan dari tafsir al hakm wan abdullah wan musa al kelanti
                               
        Bermula dari alaf kedua, kami yakin bahawa hikmah dalam ilmu ini telah berpindah kepada penduduk India. Sultan Hindi bernama Jalaluddīn Muammad Akbar, seorang ukamāʾ yang bijaksana, ummī secara semulajadi; telah mengumpul semua ukamāʾ  dari golongan Islām, Yahudi Naārā, Hindu dan Majūs. Beliau memuliakan mereka dan menyeru mereka kepada sifat kemanusiaan yang menyeluruh yang terserlah dalam setiap sharīʿat dan setiap pengenalan. Juru bahasa ukamāʾ  dalam majlis perjumpaan itu ialah menterinya Abū al-Fal dan saudaranya al-Fai. Mereka menerima ilmu itu daripada ayah mereka daripada Shaykh al-Mubārak daripada seorang lelaki daripada al-Dawānī. Mereka semua dan sultan mereka adalah ukamāʾ  yang mempunyai firah yang sejahtera. Dalam Islām tidak pernah diadakan perhimpunan seperti itu dan tiada tandingannya, melainkan perhimpunan ukamāʾ  oleh Maʾmūn di Baghdād.
        Apabila para ukamāʾ itu berbincang dengan orang ramai,   mereka tidak berbincang mengikut istilah para fuqahāʾ dan ahli kalam . Maka para fuqahāʾ dan ahli kalam tidak bersetuju dan menuduh Jalaluddīn Muammad Akbar dan para ukamāʾ  kafir sebagaimana adat kebanyakan orang ramai. Perkara itu sudah menjadi sunnah Allāh yang tidak berubah
.-di petik dari tafsir al hakm wan abdullah bin wan musa al kelanti pendahuluan surah a’raf.

Demikianlah sikap ahli fuqaha dan ahli kalam tidak
berubah hingga sekarang. Mereka tidak mahu kepada perubahan walaupun untuk kebaikan . mereka dibungkus oleh fanatik dan sikap taamu’ dan tasadu’ dibawah tempurung ciptaan sendiri. Mereka tidak sedar bumi Allah ini sentiasa berubah . sifat Allah itu, Allah sentiasa dalam urusan , maka perubahan bumi ini berlaku di atas suun illahi . sekiranya ulama fiqah masih beku di takup lama, maka segala perubahan yang berlaku akan meninggal sesuatu yang beku.
Sesuatu yang beku mengikut neraca ulama,mereka tidak segan-segan menolak kitab suci yang lain kononya kitab-kitab suci tidak akui lagi kerana mengalami perubahan walaupun mereka sendiri tidak pernah mengkaji kandungan kitab-kitab  suci itu dan tidak menyatakan dimana perubahan itu berlaku sedangkan Allah perintahkan kepada nabi muhammad, dan umat islam ,seru kepada ahli kitab marilah kita bekerjasama di atas kalimah yang sama. Allah turunkan ayat perintah ini dalam keadaan kitab-kitab tersebut telah berlaku perubahan. Allah yang maha megetahui. Perintah supaya berseru kepada bersatu dalam kitab tersebut yang telah berlaku perubahan. Dan Allah yang megetahui di celah perubahan itu masih terdapat kebenaran dan keasliannya. Jika tidak ada kebenaran dan keaslian di dalam kitab tersebut sudah tentu Allah tidak mengiktiraf persamaan yang masih ada di dalam kitab itu samada kitab hanifi atau pun kitab sabiah.
Mereka ulama fiqah dan ulama ahli kalam tidak mengutamakan kesatuan manusia iaitu tauhid yang maknanya bersatu di atas kesatuan manusia. Mereka cenderung kepada perpecahan iaitu syirik yang maknanya syirik itu ialah kearah perpecahan. Mereka taksub kepada ulama dan tidak kembali kepada kitabullah .
Sebagaimana Firman Allah
Mereka jadikan ʿulamāʾ fikah dan ʿulamāʾ taawūf mereka, tuhan selain daripada Allah . (Al-Qurʾān: 9: 31),
 sudah sewajarnya pihak kerajaan menubuhkan dewan ulama yang terdiri daripada semua ugama setiap manusia yang menganut agama menghormati ulama dan kitab-kitab suci mereka dan mereka tidak sanggup patuh kepada apa-apa keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira ulama dan kitab-kitab suci mereka.
FirmanNya lagi:
Dan sesungguhnya telah Kami utuskan beberapa rasul sebelum dari engkau wahai Muammad, sebahagian daripada mereka itu ialah rasul-rasul yang Kami telah ceritakan kepada engkau dan sebahagian lagi rasul-rasul yang Kami tidak pernah menceritakan hal mereka kepada engkau.[1] 
         Shaykh Thanā Ullāh menerangkan dalam tafsir Al-Qur’an berjudul Bikalam al- Ramān bahawa rasul-rasul yang pernah diceritakan Allāh ialah Nabi Mūsā, ʿĪsā, Zakariya, Ibrāhīm, Ismāʿīl, Isāq dan lain-lain. Rasul-rasul yang tidak pernah diceritakan ialah rasul yang diutus di negara-negara India, Parsi, Eropah, Afrika dan China.
Ringkasnya, kepada setiap umat di dunia ini Allāh mengutuskan rasul atau nabi. Selain daripada nabi-nabi yang diutus di semananjung ʿArab dan Timur Tengah, nabi dan rasul seperti Zahr Dahst di Irān, Krishnā di India, Socrates di Greece, Buddha di Burma, Confucius di China dan Shinto di Jepun.
ʿUlamāʾ Islām yang muhakik telah sekata berpendapat bahawa nama-nama yang tersebut di atas adalah dari golongan mufahhamūn yang bergelar nabi pada zaman mereka.[2] Mereka meninggalkan pengajaran mereka berbentuk suhuf dan kitab suci untuk umat mereka. Walaupun kitab-kitab mereka telah berubah kerana kelemahan semasa menterjemahnya, tetapi teks asal risalah suci mereka masih kekal hingga kini. Jika anda berpeluang membaca kitab-kitab itu, anda akan dapati kebenaran yang kami nyatakan. Jika teks asal telah hilang sudah tentu Allāh taʿālā tidak mengizinkan Nabi Muammad (S.A.W.) menyeru Ahli Kitab supaya bekerjasama dengan baginda untuk mengikuti pengajaran yang sama. Allāh berfirman:
Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allāh, dan kita tidak sekutukan dengan sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian yang lain jadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allāh, kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam”.[3] 
         Semua umat di dunia ini telah menerima utusan berupa seorang nabi yang menyeru mereka supaya kembali kepada kebenaran dan memimpin mereka supaya berusaha untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Anda perlu faham bahawa pangkat kenabian nabi yang diutuskan kepada satu umat itu tidak sama dalam martabat ilmu; kerana pengetahuan nabi yang diutuskan itu sesuai dengan kebolehan dan perkembangan akal dan pengetahuan dan usaha yang terdapat pada umatnya.
Maka ada umat yang diutus seorang kamil, manakala umat lain pula diutus seorang munzir, atau bagi umat yang lebih tinggi pengetahuan diutus seorang akīm atau atau seorang yang lebih tinggi lagi martabat kenabiannya.

 Ini merujuk kepada jalaludin yang menjadikan kitab-kitab suci itu sebagai panduan beriman dengan semua kitab suci. Adalah menjadi rukun iman kepada orang islam beriman kepada semua kitab suci. Tapi kerana pengaruh ulama yang berchanggah dengan rukun iman itu mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di dalam masyarakat melayu yang menjadikan kitab-kitab ulama mereka lebih mutlak dari kitab suci itu.

Kata ibnu abas perubahan yang berlaku dalam kitab adalah perubahan yang tidak desegajakan.
Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran nik muhd salleh wan musa tentang tidak di segajakan.
Oleh kerana umat yang diutuskan Al-Qurʾān ini kebanyakannya golongan musyrik, maka Allāh menerangkan perkara-perkara di atas dalam surah-surah secara berulang-ulang dengan gaya yang berbeza dan diberi peringatan bersungguh-sungguh. Demikianlah Allāh tujukan kepada mereka yang jahil dan sesat mengikut hikmatNya.
Kaum Yahudi juga telah beriman dengan Taurāt tetapi mereka terpesong dan sesat kerana mereka mengubah hukum-hukum Taurāt dengan:
i)                  mengubah lafaz atau mengubah maksudnya. 
ii)                menyembunyikan ayat-ayatnya.
iii)             menyambung sesuatu yang tiada kaitan dengan tujuan Taurāt.
Mereka berbuat demikian untuk mendusta dan mempermainkan hukum-hukum Taurāt. Mereka sangat fanatik dengan mazhab mereka. Mereka menolak  kenabian Nabi Muammad (S.A.W.) secara tidak sopan dan mencaci baginda dan Allāh (S.W.T.). Dengan sifat-sifat itu disertakan sifat bakhil dan haloba mereka itulah mendatangkan bencana dan kecelakaan yang menimpa mereka.
Maksud “mengubah lafaz” ialah mereka mengubah lafaz dalam terjemahan Taurāt, bukannya mengubah lafaz pada teks asal Taurāt seperti yang disangka oleh mereka yang mengetahui hakikat  yang sebenarnya.                                           Shāh Walī Allāh menerangkan perkara ini seperti berikut:
 “Inilah yang sebenarnya di sisi saya iaitu kata-kata Saidina ʿAbd Allāh ibn ʿAbbās (R.A.)”.[4]
Imām Bukhārī memetik kata-kata Saidina ʿAbd Allāh ibn ʿAbbās dalam jamiknya “Kitab al-Tauhid” di bawah tafsiran firman Tuhan:
“Bahkan ia itu Qurʾān yang mulia di Laui Mafū.[5]
Beliau berkata:
 “Berkata Saidina ʿAbd Allāh ibn ʿAbbās (R.A.): “Erti mengubah iaitu membuangkan, tetapi tidak seorangpun berkuasa membuangkan satu lafaz tulisan yang terkandung dalam Kitab Allāh itu, malah mereka mengubahnya secara takwilan yang dilakukan tanpa mengikut prinsip takwilan yang sebenar”. [6]
Dari keterangan yang dipetik oleh Imam Bukhari daripada ʿAbd Allāh ibn ʿAbbās (R.A.) jelaslah bahawa perubahan yang dilakukan oleh kaum Yahudi dalam Taurāt dan kaum Naṣārā dalam Injīl dan semua kaum yang terdahulu dalam kitab Ilahi mereka masing-masing berlaku kerana kelemahan mereka menterjemah dan mentakwil maksudnya sahaja yang memesongkan tujuan asalnya. Inilah pegangan sebenar semua imām Ahl al-Sunnah Wa al- Jamāʿah semenjak lahir Islam hingga sekarang. Pegangan ini disahkan oleh Shāh Walī Allāh dan ʿulamāʾ-ʿulamāʾ muhakik lain dalam masalah ini.
Pendapat ini juga diterangkan oleh Ibni Khaldūn seperti berikut:
“Dan ada pun perkara yang dikatakan bahawa ʿulamāʾ-ʿulamāʾ mereka (Yahudi) telah menukarkan beberapa ayat dalam Taurāt mengikut kehendak nafsu mereka dalam beragama, sesungguhnya ʿAbd Allāh ibn ʿAbbās (R.A.) telah berkata mengikut apa yang disalin oleh Imām Bukhārī dalam jamik sahihnya bahawa kejadian yang demikian jauh sekali dari berlaku. Beliau berkata, demi perlindungan Allāh tidak mungkin sesuatu umat dalam dunia ini dengan sengaja mahu mengubahkan kitab yang diturunkan ke atas nabinya atau mengubah pengertiannya.
Berkata Ibn ʿAbbās, sebenarnya mereka telah menukar dan mengubah dengan jalan takwil. Hal ini dibuktikan dari firman Allāh taʿālā yang bermaksud: “Dan di sisi mereka itu Taurāt yang terkandung di dalamnya hukum Allāh, jika mereka telah mengubah lafaz kitab Taurāt itu, sudah pasti tiada lagi Taurāt yang sebenar di sisi mereka yang mengandungi hukum Allāh”.
“Dan apa yang tersebut dalam Al-Qurʾān al-karim tentang perbuatan mereka mengubah dan menukar ayat-ayat itu, maka tujuannya ialah takwilan mereka semata-mata. Ia mungkin berlaku perubahan dan pertukaran pada beberapa kalimah secara lalai dan lemah ingatan dan perubahan mereka yang tidak mengerti menulis ketika menyalinnya; maka hal-hal yang demikian itu harus berlaku pada adat”.
Dalam masalah ini Shāh Walī Allāh berpendapat:

“Dan erti mengubah pengertian itu ialah takwilan yang salah yang membawa erti itu kepada suatu makna yang tidak mengikut maksudnya yang asal, tetapi dengan cara tekanan dan terpesong dari jalan yang benar”.[7]
Antara perkara-perkara yang ditahrifkan ialah
i)                  perbezaan antara orang yang beragama, orang yang fasik dan orang yang kafir dalam setiap millah.
ii)                mensabitkan azab yang dahsyat serta kekal dalam neraka bagi orang kafir, dan mengharuskan orang fasik keluar dari neraka dengan shafāʿat para nabi.
Perbezaan itu ditujukan kepada orang yang beragama dalam setiap millah mengikut millah mereka. Darjah ini telah dinyatakan
i)                  dalam Taurāt untuk orang Yahudi.
ii)                dalam Injīl untuk orang Nasrani.
iii)             dalam Al-Qurʾān untuk orang Islām.
Asas pergantungan hukum untuk mendapat darjah tersebut ialah beriman kepada:
i)                  Allāh
ii)                hari akhirat
iii)             sanggup mengikuti nabi-nabi yang dibangkit kepada mereka serta beramal dengan syariat millah dan menjauhi segala tegahan dalam millah itu.
Erti tahrif itu bukan ditujukan kepada golongan yang khusus dengan nama itu sahaja. Malangnya, orang Yahudi menyangka keyahudian dan orang Naārā menyangka kenasranian mereka itulah menjadikan mereka berhak masuk syurga dan mendapat shafāʿat para nabi. Mereka tidak memerlukan sebarang amalan lain selain dari nama mereka.-di petik dari mukadimah takwil quran nik mohd salleh wan musa.
(demikian juga setengah daripada orang-orang islam mendakwa selain daripada orang islam tidak akan masuk syurga tetapi mereka tidak mengambil ittibar daripada kitab suci al quran dan mereka mewarisi kesesatan yang di dakwa oleh kaum yahudi dan nasara dan dakwaan mereka itu adalah sama dengan dakwaan orang islam sekarang)

Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran nik mohd salleh wan musa:(suntingan dari teks asal tahun 1970)

Hadratul islam shahwaliyullah al-dihlawi rahimahullah taala telah menjelaskan masalah kitab illahi ini dalam kitab “shataat” bilangan 22, beliau berkata:
“dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum dairpada al-quran al-karim kesemuanya adalah umpama hadis-hadis qudsi, kecuali mana-mana yang dikehendaki oleh Allah. Dan pada menerangkan maksud itu telah bersabda nabi muhamad s.a.w. wahyu yang seumpanya telah beriman dengannya oleh umat manusia, dan lazim bahawa di dapati pada kitab illahi itu dua perkara yang penting:
1.     salah satu daripadanya berkat yang diturun dari alam malakut dan memberi kebaikan serta redha pada tiap-tiap orang yang membaca kitab illahi itu serta berusaha menyampaikannya kepada orang ramai dan serta berusaha dengan bersungguh-sungguh menjalankannya.
2.     Yang kedua kitab itu mestilah kekal di dalamm sepanjang masa dan abad. Dan bahawa umat nabi itu ditaufikmemeliharakannya. Maka jika terhilanglah kedua-dua yang dikehendaki ini makatiadalah kitab itu boleh dikatakan kitab illahi sekali-kali, bahkan ia sebagai sebuah kitab dari anak adam yang mengumpul ilmu-ilmu nabi dengan ijtihadnya seumpama sahih bukhari dan sahih muslim di dalam milllah kita.
Dari keputusan dan penjelasan yang diterangkan oleh hujjatul islam al-imam al-shah waliyullah al-dihlawi rahimahullahtaala di atas ini nyatalah bahawa darjah kitab-kitab illahi yang dahulu kala seperti kitab-kitab yang ada di sisi kaum hindu, kaum majusi, kaum yahudi dan kaum nasarani, kesemuanya menepati kitab-kitab hadis seperti kitab sahih bukhari,sahih muslim dan lain-lain lagi pada darjatnya.

Kitab hadis yang telah dibuku seperti sahih bukhari, muslim dan sebagainya, meskipun telah dibuat dengan sehabis-habis cermat dan halusi tetapi darjah kitab hadis itu tidaklah boleh dikatakan sama dengan al-quran. Kitab-kitab hadis itu dari segi riwayatnya dan diroyahnya masih terbuka luas pintu kritik dan teguran kepada mereka yang mahir di dalam ilmu hadis setelah diperbandingkan dengan ittibar dan syawahid. Hal ini ialah kerana hadis itu di asas daripada khabar yang diriwayat oleh bermacam-macam golongan yang mungkin menjadi IHTIMAL benar dan salah.tetapi kitab-kitab ini di dalam istilah syara’ termasuk dalam panggilan kitab suci kerana di dalamnya terkumpul ajaran-ajaran nabi dan sirah mereka dan juga sirah sahabat-sahabatnya.
Seperti demikian itulah halnya pada kitab-kitab illahi yang ditinggal oleh nabi-nabi yang dahulu kala, meskipun kitab-kitab yang masih ada di tangan kaum hindu, majusi dan lain-lain umat sabiah tidak dapat hendak ditentukan bailakah masa kitab itu di tulis tetapi kitab-kitab seperti taurat dan injil mengikut tawarikh yang sahih telah ditulis setelah wafat nabi-nabi itu kemudian daripada ratusan tahun lamanya. Dengan ssebab itu segala kitab-kitab illahi selain daripada al-quran termasuklah hadis-hadis nabi muhammad s.a.w.dari dijadikan tiruan, i’tibar dan hidayah sahaja. Adapun tujuan yang asal dan utama bagi menentukan hukum-hukum mestilah dirujuk kepada al-quran itulah kitab ugama yang asasi dan mempunyai kebenaran yang MUTLAK.
Dari asas yang digariskan oleh hadrat hujjatul islam al imam shahwaliyullah al-dihlawi rahimahullahtaala berkenaan taraf kitab-kitab illahi bagaimana yang tersebut di atas ini, maka nyatalah bahawa cara da’wah islam yang dikehendaki oleh al-quran dan yang telah dijalankan oleh nabi muhammad s.a.w.serta sahabat-sahabat iaitu dengan secara menjalankan TATBIK.
Kepada maksud al quran, da’wah ini di suruh oleh Allah s.w.t kepada nabinya supaya melakukan dikalangan umat manusia dengan bertujuan menciptakan sebuah masyarakat yang bersatu padu diantara ahli-ahli millah dibawah naungan kebenaran yang sama yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu daripada Allah s.w.t.  Maka tidaklah berhak satu-satu ahli millah hendak meletakkan keistimewaan pada kitab-kitab illahi yang ada di sisinya termasuklah ahli-ahli millah muhamadiah sendiri kerana taraf kitab-kitab itu adlah serupa sahaja dari segi kebenaran dan kesalahan yang ada di dalamnya. Kerana kitab-kitab itu telah ditulis oleh pengikut-pengikut nabi selepas daripada wafatnya ratusan tahun kecuali al-quran sahaja yang tetap benar dan mempunyai asas-asas daripada mulannya lagi dengna riwayat yang mutawatir.
        

Oleh hasan muhamad kg tok ku kota bharu.
Tek asal ada dibawah(yang di sunting-sunting)



[1] Quran: 40: 78
[2]     Ghyasul Lughat Maktubat S. Serhindi,  m.s. 259 – P. 1, Sirah Nabi, Sh. No’mani Bast Wachar. Md. Qasim Irshad Rahmani, Janjanam.
[3] Al-Qurʾān: 3: 64.
[4]  Al-Fawz al- Kabīr fī Uūl al-Tafsīr, ms. 13.
[5] Al-Qurʾān: 85: 21,22
[6] Sahih Bukhari, juzuk 1, m.s. 1127.
[7] Shāh Walī Allāh Al-Dihlawī, Al-Fawz al- Kabīr fī Uūl al-Tafsīr, m.s. 13.