Saturday, May 21, 2016

Sekularisme

Apakah sekularisme itu haram atau harus?.

Atas pandangan yang sangat sederhana serta situasi zaman yang terus berubah suatu hasil pemikiran (ijtihad) juga sudah pasti berubah. Ia tidak akan kekal sepanjang masa. Oleh itu ianya perlu dibuat kajian semula bila sudah tidak relevan. Meninggalkan hasil ijtihad yang kurang relevan hukumnya adalah wajib.

Bahkan tanpa sekularisasi umat Islam tidak akan dapat menggapai kemajuan. Tentu saja, sekularisasi dalam Islam itu berbeza dengan sekularisasi yang terjadi di Barat, baik dari sudut pandang titik tolaknya maupun hasilnya.

Sekularisasi di Barat dimulai dari pemisahan ilmu, politik, dan masalah dunia dari kongkongan gereja, maka sekularisasi dalam Islam bermula dari upaya melepaskan umat dari ikatan-ikatan tradisi pemahaman ulama tradisional untuk kembali kepada al Qur’an dan Hadis.

Dengan demikian, berdasarkan definasi diatas, sekularisasi sepadan dengan kata 'pembebasan'. Maksudnya, sekularisasi adalah pembebasan umat Islam dari dari ikatan-ikatan ajaran agama yang bersifat jumud.

Sebaliknya, mereka dianjurkan mengakses langsung dan 'maju bersama al Qur’an'.

Proses 'pembebasan atau sekularisasi' ini penting kerana tanpa sekularisasi, sebuah pemikiran (ijtihad) dan pemahaman terhadap agama tidak akan mampu berkembang dan menjadi statik. Kebebasan berfikir (intellectual freedom) akan terhalang. Pemikiran agama akan sentiasa terkongkong pada atmosfera pengalaman lama yang akan membuat umat gagap dalam menghadapi serbuan perubahan zaman (modernity).

Kerana terikat pada tradisi yang sempit, keagamaannya menjadi kaku.  Ringkasnya, pengharaman sekularisme menunjukkan gejala kemalasan/tidak mampu berfikir. Fenomena begini (secara teologi), amat berbahaya kerana mendekati syirik. Menghormati hasil ijtihad para ulama terdahulu itu perlu, tetapi menganggap pemikiran atau pemahaman mereka seperti seolah-olah firman Tuhan, itu yang harus ditolak.

Oleh karena itu, penilaian semula menjadi perlu. Proses ini boleh dilakukan bila kita mampu membezakan mana yang merupakan authentic agama dan mana yang menjadi penafsiran terhadap agama.

Kalau kita mahu jujur dan konsisten dengan keimanan, maka kita seharusnya lebih terbuka dengan idea-idea kemajuan.

Sebuah kemajuan tidak akan dapat diperoleh tanpa dikukuhkan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak akan pernah diraih tanpa adanya sikap keterbukaan terhadap idea-idea pembaharuaan.Ilmu pengetahuan itu bersifat dinamik dan bukan statik.

Sayangnya, kebanyakan ulama Islam masih sangat tradisionalis. Selain terlalu terpaku pada warisan tradisi yang berorientasi kepada masa lalu, mereka juga enggan, bahkan alergi terhadap progress of idea, terutama bila itu dicurigai berasal dari Barat.

Fanatik berlebihan juga masih memenuhi benak mereka. Ini semata-mata mereka lakukan untuk mempertahankan fahaman mereka dalam menafsirkan agama Islam. Sehingga sanggup mendakwa agama Islam itu tidak perlu kepada kemajuan sains. Mereka telah melemahkan semangat komuniti Islam dalam mempelajari ilmu.

Lantaran terlalu fanatik pada agama, mereka hanya menekankan pengetahuan yang bercorak 'keagamaan'(menurut fahaman mereka) kepada generasi muda dan menafikan pendidikan professional yang justru sangat diperlukan. Akibatnya, mereka tidak mampu menghadapi persoalan kekinian, malah semakin anti terhadap ilmu pengetahuan modern. Inilah, antara lain, yang membuat fatwa-fatwa mereka tidak compatible dengan aspirasi zaman.

Atas nama agama, mereka mengutuk peradaban Barat yang dibangun di atas foundation ilmu pengetahuan dan sains, tanpa pernah mau tahu kelebihannya.

admin .

No comments:

Post a Comment