Sunday, March 29, 2015

berpeganglah kepada quran






Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3). Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.(4). (Al-Qurʾān: 53: 3,4).

 

Satu Peringatan  

Di sini, ramai ahli tafsir mutakhir telah sesat di mana mereka mentafsirkan semua percakapan Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Kesamaran ahli tafsir tentang martabat kewalian yang besar, yang mana tempat fananya dari wujud, tidak sempurna dan kekal dengan wujud rohani.
        Maka tidak lahir daripada jisimnya suatu pergerakan melainkan pergerakan itu suatu urusan rohani, tidak secara khayalan dan pemikiran yang dinisbahkan kepada jisim. Orang yang mahu memahami perkara itu, hendaklah membaca kitab Futu al-Ghaib oleh Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Jailānī . Beliau berkata: “Aku tidak makan dan aku tidak minum, sehingga dikatakan kepadaku makanlah dan minumlah”. Kiaskanlah dengannya semua perubahan lain.
        Tokoh-tokoh agung yang mendapat martabat wali besar dinamakan ibdāl . Itulah peringkat tertinggi bagi manusia. Kemudian ada beberapa peringkat ibdāl, di mana pangkat ketua mereka itu tidak dapat difahami oleh pemikiran orang ramai.
        Golongan mutakhir menyamakan martabat kenabian dengan martabat ibdāl,[1] kerana mereka mengetahui sedikit ilmu hakikat melalui pakar ilmu hakikat yang mendalam. Ramai  dalam kalangan orang ramai yang membincang hakikat dan menyebarkan kitab-kitab yang besar yang mana mereka ini tidak lebih dari golongan mubtadik.[2] Orang yang tidak mengetahui ilmu itu tertipu oleh tokoh-tokoh yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ilmu hakikat. Kesilapan mereka itu dimaafkan.
        Al-Imām Walī Allāh al-Dihlawī telah menetapkan bahawa sumber kenabian berbeza dari sumber kewalian, tetapi dari jenis yang sama. Para walī adalah dari golongan siddīq dan ukamāʾ sahaja. Apabila kita menerima ilmu kenabian dengan perantaraan seorang ukamāʾ, kita tidak jatuh ke dalam kesamaran dan keadaan seperti itu.
Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (Al-Qurʾān: 53: 3).
        Tidak ada bagi nabi melainkan pada masa Al-Qurʾān diwahyukan. Adapun pada masa-masa lain beliau adalah manusia biasa seperti saudara-saudaranya dan para sahabatnya. Jika orang ramai merujuk kitab  ʿAbaqāt dengan sempurna, nescaya terbuka kepadanya perbezaan antara nabi dan ukamāʾ.

Satu Kesilapan Besar

Mereka yang menyamakan martabat nabi dengan martabat ibdāl menumpu kepada ilmu adīth. Mereka mengesahkan setiap adīth yang diriwayatkan daripada para walī dan adīth-adīth itu dinisbahkan kepada Nabi (S.A.W.) oleh mereka yang tidak mengetahui perbezaan antara sumber kewalian dan sumber kenabian. Sesungguhnya telah masyhur dari kalangan ahli adīth yang kami tidak lihat orang āli sedikitpun yang lebih berbohong daripada mereka dalam bidang adīth.
        Kata-kata ini disalin daripada Muslim dalam aīnya, riwayat daripada Yayā bin Saʿīd Al-Qattān, kemudian dihuraikan oleh Muslim. Beliau berkata: “Pembohongan berlaku melalui percakapan mereka, dan mereka tidak berpegang dengan pembohongan, mereka tidak memperbanyakan riwayat adīth dan mereka tidak berpegang dengan kitab Jalaluddīn al-Sayūī dan Al-Muttaqā, malah mereka berpegang dengan kitab Al-Hafiz Ibn Hajar dan berpegang dengan kitab gurunya dari ʿIrāq dan kepada pengarang kitab Majma al-Dhawaʾid ; semua kitab itu menjauhkan orang ramai dari pangkat kenabian ke pangkat kewalian.
        Shaykh berkata, jika adīth-adīth itu berada dalam kumpulan orang Islām yang khusus, mereka bercakap dalam kalangan mereka, percakapan mereka tidak menzahirkan kesan yang membahayakan; tetapi jika adīth-adīth itu sampai kepada golongan yang bukan-Islām, kamu dapat lihat perkara itu merosakkan pengajaran Islām dan kamu dapati perkara itu meragukan seperti kesamaran dalam kitab Injīl dan Taurāt. Oleh sebab itu, menjadi kewajipan orang yang mempunyai kefahaman supaya tidak menerima adīth melainkan daripada para ukamāʾ, dan tidak berpegang dengan kitab-kitab adīth melainkan enam kitab adīth, iaitu Muwaṭṭāʾ, Bukhārī dan Muslim dalam peringkat pertama;[3] kemudian Abū Dāʾwūd, Termidhī dan Al-Nasāʾī dalam peringkat kedua.[4] Dirinya tidak mahu mengambil adīth selain daripada usul kitab adīth ini. Kenyataan ini tidak bererti menerima setiap riwayat dari enam kitab adīth ini; malah semua sanad disusun menjadi tiga martabat. Pertama, hadis mutawatir yang sedikit. Kedua, adīth mustafidh yang banyak. Ketiga, adīth gharib, termasuklah adīth aī dan adīth asan. Maka janganlah kamu menumpu kepada adīth peringkat ketiga melainkan adīth peringkat ketiga ini dipegang oleh akīm; kerana orang ramai lalai apabila mereka melihat adīth yang dinisbahkan kepada ususl-usul ini mereka terus menerimanya sekalipun diterangkan bahawa adīth itu lemah. Mereka tidak menerima kesulitan kerana bertolak ansur dengan sanad-sanad. Mereka tidak mengharuskan kitab-kitab itu kepada kepada orang ramai. Orang ramai haram mengikuti mereka. Manakala akīm tidak menerima adīth melainkan dari usul-usul itu sahaja dan beliau tidak menerima melainkan adīth mustafidh. Apabila beliau perhatikan adīth gharib, beliau lebih dahulu merujuk kepada Al-Qurʾān yang umum. Adakah Al-Qurʾān yang umum itu boleh menyokong adīth gharib. Mereka melihat kepada ahli kabinet negara umat Islām, adakah mereka sanggup menerimanya. Setelah kedua-duanya berpuashati, mereka menerima adīth-adīth gharib yang aī dan asan. Adapun adīth yang sudah dinaskan lemah atau telah diisyaratkan lemah, mereka menolaknya, melainkan jika mereka berpegang dengan pendapat mereka yang sama dengan adīth lemah itu. 
        Orang yang bodoh memahami bahawa akīm menerima adīth lemah dan mereka mahu mengikuti akīm dalam masalah ini. Bagaimanakah kaitan mereka dengan akīm?

 

Satu Fasal     

Jika Islām datang daripada Allāh untuk memimpin manusia dan membangun semua anutan, maka perhubungan Islām dengan Al-Qurʾān adalah amat pasti. Manakala adīth diterima secara contoh atau secara berpegang kepada fikiran. Al-Qurʾān telah menyerahkan urusan kepada fikiran dan pendapat kita. Fikiran kita bertepatan dengan adīth. Jika maksud Islām ialah membangun agama kepada kaum ʿArab dan ʿAjam yang di sekitarnya, bukan kepada semua manusia; maka sudah pasti lebih diutamakan berpegang dengan adīth daripada berpegang dengan Al-Qurʾān.[5] Tamat fasal.



[1] Shaykh berkata, dalam istilah ūfī, lelaki yang bijaksana dinamakan ibdāl. Martabat nabi lebih tinggi daripada martabat ibdāl. Ibdāl ini telah tetap melalui kasyaf dan rohani dan tidak ditetapkan melalui Al-Qurʾān dan adīth aī di sisi pakar imam adīth. Malah mereka hanya isyaratkan seperti yang disebut oleh Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Jailānī dalam Futu Ghaib dan disebut oleh Shāh Walī Allāh al-Dihlawī.
[2] Mubtadik ialah orang yang menjadikan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
[3] Secara kajian, peringkat pertama hanya ditetapkan kepada tiga kitab iaitu Muwaṭṭāʾ, aīBukhārī dan aī Muslim. Imām Shāfiʿī berkata bahawa kitab yang paling sah selain daripada kitab Allāh ialah Muwaṭṭāʾ Imām Mālik, dan ahli-ahli adīth telah sekata berpendapat bahawa semua adīth dalam Muwaṭṭāʾ adalah aī berdasarkan pendapat Imām Mālik dan mereka yang sama dengannya. Adapun dua kitab aī [aī Bukhārī dan aī Muslim] telah sekata oleh para ahli adīth bahawa semua adīth dalam kedua-duanya adalah dari kalangan adīth muttasil yang marfuk dan tetap aī dan kedua-duanya mutawatir sampai kepada pengarang-pengarangnya; dan setiap mereka yang memandang rendah urusan kedua-duanya dikira mubtadik yang tidak mengikuti jalan orang beriman. (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 133).
[4] Peringkat kedua ialah kitab-kitab yang tidak sampai ke tahap Muwaṭṭāʾ dan dua kitab aī, tetapi kitab-kitab itu berada selepasnya, di mana pengarangnya terkenal dengan sifat lebih dipercayai, adil, hafal dan melaut dalam pelbagai ilmu adīth. Dalam kitab mereka ini, mereka tidak reda dengan sikap bermudah-mudah tentang apa yang mereka tetapkan sebagai syarat-syarat ke atas diri mereka. Maka kitab-kitab mereka diterima oleh orang selepas mereka dan ahli-ahli adīth, dan ahli perundangan Islām mengambil berat dengan kitab-kitab mereka generasi demi generasi dan telah masyhur dalam kalangan manusia, dan kaum telah berpegang dengan kitab-kitab itu untuk menerangkan kalimah-kalimah yang ganjil dan mengkaji periwayat-periwayat dan menghasilkan kefahamannya. Di atas adīth-adīth itulah terbina kebanyakan ilmu; seperti Sunan Abū Dāʾwūd, Jamiʿ Al-Termidhī dan Mujtaban al-Nasāʾī. (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 134). Sila rujuk bab yang sama untuk keterangan kitab-kitab hadis peringkat ketiga, keempat dan kelima.
[5] Kami hanya memanjangkan perbahasan ini oleh guru kami Mawlānā Muammad Qāsim di Deoband daripada guru kami Shaykh al-Hind, yang mana mereka adalah ukamāʾ atau orang yang menerima daripada ukamāʾ pada masa itu.
                Di sisi kami, ilmu adīth adalah satu bidang ilmu. Kemudian guru kami Shaykh al-Hind meninggalkan Deoband. Beliau diganti oleh muridnya Anwār Shāh. Kefahaman Anwār Shāh sama dengan kefahaman Imām Sayūī. Mereka yang belajar daripadanya menjadi fuqahāʾ anafī yang muhakik, sedangkan mereka lemah dalam bidang adīth dan menyakitkan kita.
                Sekarang urusan ini kembali kepada Shaykh usīn Amad yang tidak mampu memperbaiki kerosakan oleh Anwār Shāh, melainkan dengan mengambil masa selama dua puluh tahun.
                Shaykh Anwār Shāh adalah seorang alim yang zahid dan seorang imām dalam ilmu balaghah. Ilmunya merangkumi usul yang difikirkan dan semua adīth sama ada adīth aī atau adīth lemah. Kemuncak cita-citanya ialah melahirkan pelbagai jalan bagi mazhab Abū anīfah dan menjawab mereka yang mengkritik mazhab anafī dari kalangan orang dahulu dan orang semasa. Dalam bidang itu beliau adalah seorang tokoh dalam mazhab anafī. Beliau seorang yang bertakwa. Beliau mengajar orang ramai bahawa setiap percakapan Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Manakala Imām Walī Allāh telah menerangkan dengan jelas dalam kitab Fat Al- Ramān bahawa kata-kata nabi tidak lebih daripada Al-Qurʾān.