Saturday, May 14, 2016

JAMA'AH/IJMA'.

JAMA'AH/IJMA'.

Ahlussunnah wal-Jama’ah(ASWAJA) berarti 'Pendukung Sunnah Nabi Saw dan Jama’ah.' Para pendukungnya adalah orang-orang yang menjadikan Sunnah Nabi Saw dan Jama’ah/Ijma' sebagai tiang utama bangunan keislaman mereka.

Hilang salah satu dari keduanya, bangunan Islamnya goyang, bahkan boleh jadi hancur.

Penekanan pada Sunnah tidak berarti penafian terhadap al-Qur’an. Al-Qur’an adalah sumber Islam yang utama.

Tapi malangnya al-Qur’an yang merupakan panduan hidup manusia didunia ini telah ditafsirkan dengan berbagai-bagai pendapat mengikut kepentingan sekelompok jama'ah yang menjadikannya lebih sempit serta tidak meraikan keperluan umum manusia.

Al-Qur’an dijadikan alat untuk kepentingan suatu kaum sehingga apapun yang kamu sampaikan akan ada bantahannya yang juga diambil dari al-Qur’an. Masalah ini tidak timbul ketika Nabi saw masih hidup, kerana Nabi saw lah yang menjalankan fungsi penjelas wahyu dan pedoman umat masa itu.

Sepeninggalnya, masyarakat Muslim telah berpecah kepada berbagai-bagai pendapat. Bagi orang Sunni, kata sepakat jama'ah atau ijma' telah menjadi ‘wakil’ Tuhan di bumi.

Walau bagaimana pun, antara jama'ah itu seringkali berlaku salah faham dan berbeza pendapat. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan boleh merosakkan masa depan. Jadi, dakwaan mereka yang berada pada landasan ASWAJA menjadi persoalan?

Dizaman Nabi saw pengenalan terhadap Jama'ah dan Islam itu adalah  sama. Waktu menyeru kepada Islam, Nabi kadang-kadang mengggunakan kata-kata 'Masuklah Anda ke Jama’ah.' Maksudnya, masuklah Anda ke dalam Islam dimana Madinah pada ketika itu juga dihuni oleh kalangan non-Muslim (antara lain, Yahudi).

Jadi, bagaimanakah Nabi saw dapat mewujudkan kesepakatan itu?

Berasal dari bahasa Arab, jama’ah berarti ‘persatuan’atau ‘kebersamaan.’ Sembahyang berjama’ah artinya sembahyang bersama-sama. ‘Ijma’ adalah keputusan bersama.

Ianya lebih kepada menekankan aspek KEBERSAMAAN.

'Kebersamaan' merupakan 'instrument' yang penting dalam aspek hubungan kemanusiaan serta akur akan adanya perbezaan, 'participation' semua pihak, dan kelegaan bersama adalah sama-sama dipelihara. 'Kebersamaan' tidak dicapai dengan cara menghilangkan kelompok lain, tetapi dengan cara sama-sama kembali kepada satu titik pertemuan yang serupa bagi seluruh umat manusia. Itulah yang di panggil FITRAH.

Ketahuilah bahawa ini merupakan Sunnah Nabi Saw yang paling utama.

Āli `Imrān:64 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

admin.

No comments:

Post a Comment