Tuesday, February 23, 2016

Rahsia huruf mukataat sambungan

RAHSIA HURUF-HURUF SINGKAT DALAM
AL-QURAN (sambungan)

12. Huruf singkat ‘حمعسق  ’
Nilai huruf ‘ح’ ialah 8. Nilai huruf ‘م’ ialah 40. Nilai huruf ‘ع’ ialah 70. Nilai huruf ‘س ’ ialah 60. Nilai huruf ‘ق’ ialah 100. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 278 ( 8 + 40 + 70 + 60 + 100 = 278).
Maksudnya, selepas 278 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. hingga ke zaman Mu’tamad dari Bani Abasiah iaitu antara tahun 256 – 289 Hijrah,( 256<278<289) adalah zaman penghabisan ketinggian pemerintahan beraja dalam tamadun Islam.
Pada zaman ini telah dibukukan beberapa ilmu syarak seperti hadis dan ilmu alat untuk memahami hadis. Antara mereka yang masyhur membukukan ilmu hadis ialah Imam Bukhari, Muslim dan rakan-rakannya.
Pada zaman ini juga tertubuhnya kerajaan Samaniah Parsi di Bukhara. Pada zaman Mu’tamad juga dibangunkan kerajaan keturunan Fatimiah di negeri Mesir pada tahun 265 Hijrah. ( 256 Hijrah + 13 = 278).
Maksud 278 dalam surah Al-Syura, Allah menerangkan bahawa selepas tempoh 278 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. kemuliaan Arab dalam pemerintahan Islam mulai hilang dan tempatnya diambil beransur-ansur oleh kaum Ajam. Maksud surah tersebut mengingatkan supaya kaum Arab menukar corak kepimpinan mereka supaya sesuai dengan perubahan yang muncul dalam tempoh tersebut.

13. Huruf singkat ‘طسم ’
Nilai huruf ‘ط ’ ialah 9. Nilai huruf ‘س ’ ialah 60. Nilai huruf ‘م ’ ialah 40. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 109 ( 9 + 60 + 40 = 109).
Dalam surah Al-Syuara, Allah menerangkan bahawa selepas 109 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. , masyarakat Arab dan umat Islam seluruhnya akan menghadapi zaman perubahan. Jika mereka tidak dapat menyesuaikan pemerintahan Islam dalam arus perubahan itu, mereka dianggap golongan yang menenggelamkan pengajaran Islam dalam arus perubahan itu.
109 tahun ini ialah pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik menjadi khalifah, bersamaan dengan tahun 96 Hijrah (109 – 13 = 96).

14. Huruf singkat ‘كهيعص ’
Nilai huruf ‘ك ’ ialah 20. Nilai huruf ‘ه ’ ialah 5. Nilai Huruf ‘ي ’ ialah 10. Nilai huruf ‘ع’ ialah 70. Nilai huruf ‘ص ’ ialah 90. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 195 ( 20 + 5 + 10 + 70 + 90 = 195).
Dalam surah Maryam Allah menerangkan bahawa selepas 195 tahun Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sebagai rasul, akan muncul satu cabaran hebat daripada kaum Brahman dan Buddha, seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Harun Al-Rasyid pada tahun 182 Hijrah (195 – 13 = 182 Hijrah). **
Dalam surah ini Allah taala menyebut salasilah yang diwarisi oleh para nabi daripada nenek moyang mereka, semoga mereka ingat semasa cabaran ini bahawa mereka dibangkitkan untuk mempertahankan Islam sebagaimana tersebut dalam surah ini iaitu kisah doa Nabi Zakaria memohon kepada Tuhan supaya dikurniakan kepadanya anak yang akan membela kedaulatan dan agama Bani Israel. Demikian juga Allah mengingatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya beliau dan para sahabatnya memelihara salasilah yang akan membela agama itu dari semasa ke semasa. Tamat.

Jadual nilai huruf-huruf abjad.

Abjad
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Nilai se
ا
بَ
خُ
د
ه
و
ز
ح
ط

Nilai puluh
ي
ك
ل
م
ن
س
عِ
فِ
ص

Nilai Ratus
ق
ر
شَ
ت
ثُ
خَ
َذ
ض
ظَ

Nilai ribu
غ
*
*
*
*
*
*
*
*

Depetik dari al mukadimah haji nik mohd saleh haji wan musa.

Rahsia huruf mukataat

RAHSIA HURUF-HURUF SINGKAT DALAM
AL-QURAN


Pendahuluan

Dalam Al-Quran terdapat banyak huruf singkat yang digunakan bagi membuka surah. Contohnya, satu surah dibuka dengan satu huruf seperti huruf  ‘ص ’ , ‘قِ ’ , ‘ن ’. Pada masa yang lain sesuatu surah dibuka dengan dua huruf seperti ‘طه ’, ‘طس ’, ‘يس ’ dan ‘حمٓ ’. Pada waktu lain pula sesuatu surah dibuka dengan tiga huruf, seperti ‘الٓم  ’, ‘الٓر  ’ dan ‘طسٓمٓ ’. Ada juga surah-surah yang dibuka dengan empat huruf seperti ‘الٓمٓ ص  ’ dan ‘الٓمٓر  ’. Terdapat juga surah yang dibuka dengan lima huruf seperti, ‘كهيعصٓ ’ dan ‘حمعسق’.
Pada umumnya para ulama tafsir berpendapat semua huruf singkat ini tidak dapat difahami oleh makhluk. Maka di dalam tafsiran Al-Quran sering kita dapati tafsiran huruf-huruf singkat seperti ini ialah ‘ ⾯Rp± qn̯ tnÛ¯ä ’ yang bermaksud ‘Allah Taala jua yang mengetahui dengan kehendak-Nya’.
Perkara ini amat menakjubkan. Jika pendapat para ulama tafsir itu benar, maka bererti terdapat di dalam Al-Quran itu huruf-huruf, lafaz-lafaz dan ayat-ayat yang tidak diketahui dan tidak dapat difahami oleh makhluk termasuklah Jibril yang membawa wahyu dan Nabi Muhammad s.a.w. melainkan Allah taala. Sedangkan Allah taala telah menegaskan di dalam Al-Quran itu tidak mengandungi satu ayat atau huruf yang tidak dapat difahami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan kandungan Al-Quran adalah dalam bahasa Arab yang tulen. Maka Allah taala telah berfirman yang maksudnya: “Bahawa Al-Quran itu diturunkan untuk kamu mendapat kefahaman dan merenung kepada maknanya”.
Maka mustahil seseorang dapat memahami makna-makna Al-Quran jika terdapat di dalamnya ayat-ayat yang tidak dapat difahami maksudnya. Keadaan ini bercanggah dengan maksud firman Tuhan.
Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak dapat memahami setengah-setengah ayat seperti huruf-huraf singkat itu, maka pada ketika itu bererti Nabi Muhammad s.a.w. tidak layak menunaikan kewajipan sebagai mubaligh daripada Allah, kerana kelemahan-kelamahan yang dia tidak dapat menyampaikan sesuatu yang ia tidak mengetahuinya. Perkara ini amat mustahil.
Ringkasnya, sebarang kandungan Al-Quran sama ada ayat-ayat atau huruf-huruf semuanya dapat difahami oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Tuhan untuk mengajar dan menyampaikan rahsia-rahsia Al-Quran itu kepada umat manusia seluruhnya.
Maka saya berpendapat, pandangan ulama tafsir tentang masalah ini tidak lebih daripada kelemahan mereka memahami dengan tepat maksud yang dikehendaki oleh Allah di dalam rahsia huruf-huruf singkat itu. Pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama bahagian syariat yang meliputi halal, haram, makruh, wajib, sunat dan sebagainya. Kedua, bahagian pengajaran yang berhubung dengan rahsia ihsan yang membicara tentang roh dan cara berdamping diri dengan Allah.
Bahagian yang kedua ini tidak boleh difahami oleh semua ulama melainkan ulama yang muhakik. Maka kita tidak harus berpegang kepada seseorang ulama yang mentafsirkan Al-Quran selain daripada mereka yang terbilang dalam pengetahuan ini.
Syah Wali Allah telah menerangkan pegangan-pegangan tafsiran yang perlu dijadikan asas bagi umat Islam iaitu kitab tafsir yang ditulis oleh Imam Bukhari dengan riwayat yang sahih daripada Abdullah bin Abbas r.a. dan dari riwayat-riwayat ulama yang terpilih seperti Ibnu Taimiah dan lain-lain. Mereka telah bersependapat bahawa rahsia-rahsia huruf singkat di dalam Al-Quran dapat difahami dan tidak ada satu huruf pun yang tidak dapat difahami oleh makhluk. Tuhan Yang Maha Berhikmat telah menurunkan Al-Quran mengikut hikmat-Nya dan dapat difahami oleh hamba-Nya kerana kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang tidak terhingga.
Punca yang menyebabkan para ulama terpesong dari kefahaman yang betul dalam masalah ini ialah kerana mereka salah dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat di dalam Al-Quran. Ada ulama yang berpendapat bahawa ayat-ayat mutasyabihat itu tidak dapat difahami melainkan Allah. Sedangkan Tuhan telah menerangkan bahawa ayat-ayat mutasyabihat itu tidak dapat difahami oleh semua makhluk tetapi Allah dan ulama rasikhin dapat memahami rahsianya.
Dari ayat itu jelaslah bahawa Nabi Muhammad s.a.w., para sahabatnya dan para ulama yang kemudian daripadanya seperti Imam Bukhari dan seumpamanya dan mereka dari golongan rasikhin boleh memahami rahsia huruf-huruf singkat di dalam Al-Quran itu.
Setelah kita mengetahui segala pendapat para ulama dalam masalah ini, marilah kita memahami erti huruf-huruf singkat yang digunakan oleh Allah dalam pembukaan surah-surah Al-Quran itu.
Guru saya, Maulana Ubaidillah Sindi berkata: “Bermula huruf-huruf yang digunakan di dalam Al-Quran itu ialah bilangan yang diketahui di kalangan umat Yahudi, Nasara dan Arab pada zaman itu dengan kiraan abjad ”.

Rahsia huruf-huruf singkat.

1. Huruf singkat  ‘الٓم ’
Huruf  ‘الٓم ’ mengandungi bilangan 1, 30 dan 40. Huruf-huruf ini telah digunakan oleh Tuhan untuk pembukaan enam surah di dalam Al-Quran. Surah-surah itu ialah surah Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Rum, Al-Ankabut, Lukman dan Al-Sajdah.
Nilai huruf alif   (ا) = 1, huruf lam (ل ) = 30, huruf mim (م ) = 40. Jumlah nilai ketiga-tiga huruf itu ialah 71. Maksudnya, 71 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. mula-mula menerima wahyu di Gua Hira hingga ke zaman pemerintahan Muawiyah di negeri Syam. Inilah zaman yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya yang mengambil alih kerajaan Islam yang maha besar daripada umat Yahudi dan Nasara yang telah hilang kelayakan untuk mengekalkan kerajaan tersebut. Janji ini terkandung dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama ialah zaman ‘alif ’ iaitu isyarat kepada kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w.
Peringkat kedua ialah zaman ‘lam’ iaitu isyarat kepada 30 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira, maka kota Baitulmakdis sebagai pusat kerajaan Rom telah jatuh ke tangan kerajaan Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab pada tahun 15 Hijrah.
Jika dicampurkan tempoh 13 tahun dari mula-mula Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu di Gua Hira hingga baginda berhijrah ke Madinah, dengan tahun penaklukan Baitulmakdis pada tahun 15 Hijrah, maka jumlahnya adalah 28 tahun. Untuk menggenapkan nilai 30 sebagaimana isyarat pada huruf ‘lam’ maka hendaklah dicampur dua tahun lagi. Dua tahun itu ialah zaman Abu Ubaidah menakluki semua jajahan kecil seperti Antakiah, Munij, ‘Intab, Halab dan bandar-bandar di sekitarnya.
Peringkat ketiga ialah zaman huruf ‘mim’ iaitu isyarat kepada 40. Tahun 40 Hijrah ialah tahun Mu’awiah menjadi khalifah dan menjadikan negeri Syam sebagai pusat pemerintahannya.
Dalam tiga peringkat ini tamatlah kuasa pemerintahan kaumYahudi dan Nasara yang mengembang pengaruh kerajaannya, dan bertukarlah kepada Kerajaan Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya. Inilah maksud ‘الٓم ’.
i) Huruf ‘الٓم ’ dalam surah Al-Baqarah menunjukkan Kerajaan Islam yang dijanjikan kepada Nabi Muhammad telah sempurna dalam tempoh 71 tahun, dan hapuslah kuasa pemerintahan umat Yahudi dan Nasara.
ii) Huruf ‘ الٓم ’ dalam surah Al-Imran menyatakan Pemerintahan Islam yang diperoleh oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para pengikutnya diambil secara kekerasan daripada kaum Yahudi dan Nasara dalam tempoh 71 tahun.
iii) Huruf ‘الٓم ’ dalam surah Al-Rum pula menyatakan bahawa kemenangan yang tercapai oleh umat Islam dan keteguhan kerajaan Islam dalam tempoh 71 tahun itu menjadi asas bagi mengembangkan pengajaran Islam dan kerajaan Islam ke seluruh dunia.
iv) Huruf ‘الٓم’ dalam surah Al-Ankabut menyatakan bahawa kuasa pemerintahan yang didapati dalam tempoh 71 tahun itu dipimpin oleh Arab Quraisy sahaja. Maka mereka dikehendaki menjadi contoh pertama untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia.
v) Huruf ‘الٓم’ dalam surah Lukman menyatakan bahawa kaum Quraisy adalah satu umat yang mula membentuk satu sejarah yang gemilang untuk memikul falsafah Islam yang tinggi hasil daripada perjuangannya dalam tempoh 71 tahun.
vi) Huruf ‘الٓم’ dalam surah Al-Sajdah pula menyatakan contoh keyakinan dan kejayaan sebagaimana umat yang terdahulu setelah pendirian mereka teguh di pusat pergerakan untuk menyebarkan agama ke seluruh dunia ini akan mendapat kejayaan. Maka keteguhan dan asas kejayaan itu dapat dilihat dalam sejarah Islam dalam tempoh 71 tahun tersebut.

2. Huruf singkat ‘طه’
Huruf ‘ط ’ = 9, huruf ‘ه’ = 5. Nilai huruf ‘ط’ mengikut kiraan abjad ialah sembilan (9) sebagai isyarat kepada tahun yang kesembilan dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w., berlakulah peristiwa mikraj kepada baginda.
Beberapa ulama telah salah faham tentang tahun berlaku peristiwa Mikraj. Setengah ulama mengatakan Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu pada tahun yang ke-13. Ada juga ulama yang mengatakan peristiwa itu berlaku pda tahun ke-10. Ada juga ulama yang mengatakan peristiwa Mikraj itu berlaku dua kali.
Ringkasnya, setelah dikaji dan diselidiki dengan halus mengikut sejarah dan falakiah, maka Mahmud Basha Al-Falki, Mesir telah memutuskan bahawa pendapat yang muktamad tentang peristiwa Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. itu berlaku pada tahun ke-9 dari kebangkitan baginda menjadi rasul di Gua Hira. Inilah yang dimaksudkan dengan huruf ‘ط’.
Kedua ialah huruf ‘ه’ iaitu bernilai 5. Ini adalah isyarat kepada tahun ke lima (5) selepas huruf ‘ط’ tahun Mikraj, berlakulah peperangan Badar antara Nabi Muhammad s.a.w. dan Quraisy yang dipimpin oleh ketua mereka yang masyhur iaitu Abu Sufian.
Peperangan Badar adalah peperangan yang menentukan kalah-menang perjuangan antara Quraisy dengan Islam, kerana peperangan itu melumpuhkan semua kekuatan ekonomi orang Quraisy yang mana kekuatan ekonomi itu akan melumpuhkan kekuatan Nabi Muhammad yang mahu mengembangkan amanah Tuhan di muka bumi ini. Amanah dalam pengertian iman ialah adil dan berperikemanusiaan. Oleh kerana peperangan itu besar ertinya, maka Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Tuhannya: “Wahai Tuhanku, jika binasalah kumpulan ini (kumpulan orang Islam), nescaya tidak ada orang yang menyembah Engkau di bumi ini”.
Dalam peperangan ini orang Islam mencapai kemenangan yang gemilang dengan mengalahkan puak Quraisy dan merugikan mereka dengan amat teruk. Ramai pahlawan Quraisy yang terbunuh termasuklah Abu Jahal yang menjadi musuh ketat orang Islam.
Dalam surah ‘طه’ , ‘طه’ membawa erti persamaan antara dua orang nabi iaitu Nabi Musa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. yang menerima sembahyang pada tahun ke-9. Lima tahun selepas menerima sembahyang itu berlaku revolusi dan tegaklah kerajaan Islam untuk Nabi Musa a.s. dengan menghancurkan kerajaan Firaun. Bagi Nabi Muhammad s.a.w., selepas lima tahun menerima sembahyang, baginda dapat menghancurkan ekonomi bangsa Quraisy dalam peperangan Badar.
Jika dicampurkan nilai abjad huruf ‘ط’ dan huruf ‘ه’ jumlahnya ialah 14. Ini bererti 14 tahun selepas peperangan Badar (tahun 16 Hijrah), agama Islam telah tegak dengan teguh di Hijaz. Baitulmakdis ditawan pada tahun 15 Hijrah dan Halab di tawan pada tahun 16 Hijrah oleh panglima Islam bernama Abu Ubaidah. Perang Badar berlaku pada bulan Ramadan, pada tahun 2 Hijrah bersamaan 623 Masehi.

Kisah Nabi Musa.
Pada suatu masa, Nabi Musa telah membunuh seorang Qibti di istana Firaun kerana mahu menyelamatkan seorang Israel daripada menjadi mangsa penganiayaan orang Qibti itu. Firaun sangat murka kepada Musa kerana pembunuhan itu. Maka Musa dihalau dari istanannya. Nabi Musa berhijrah ke Madain dan bertemu dengan anak perempuan Nabi Syuib yang sedang menunggu untuk memberi minum air kepada kambing-kambing mereka. Nabi Musa menawarkan diri untuk menolong mendapatkan air dalam keadaan orang lelaki yang penuh sesak yang juga mahu mengambil air untuk kambing mereka. Nabi Musa menolong mengangkat tudung perigi yang tidak terangkat oleh anak Nabi Syuib itu.
Dalam peristiwa itu, salah seorang anak Nabi Syuib itu telah jatuh hati kepada Nabi Musa kerana kebaikannya menolong mendapatkan air dan peristiwa itu diceritakan kepada ayahnya Nabi Syuib. Nabi Syuib bersetuju supaya Musa dijemput ke rumahnya.
Setelah berkenalan dan memahami cita-cita kedua-dua pihak, maka Nabi Syuib mempelawakan kepada Musa supaya berkahwin dengan salah seorang anaknya dengan bayaran mas kahwin memelihara kambing anaknya selama lapan tahun.
Setelah genap lapan tahun Nabi Musa dan isterinya memelihara kambing mertuanya, maka pada tahun kesembilan Musa berazam mahu pulang ke negeri Mesir. Dalam perjalanan Nabi Musa dan isterinya tiba-tiba terpandang satu pokok yang bernyala-nyala di cerun bukit. Musa berkata kepada isterinya: “Berhentilah, kerana sesungguhnya aku melihat api, supaya aku bawakan untuk kamu sedikit daripadanya, atau dengan api itu aku dapat satu keterangan”.
Apabila Musa menghampiri pokok yang bernyala-nyala, terdengarlah suara di dalam api sambil berkata: “Wahai Musa! Akulah Tuhan kamu, tanggalkanlah dua kasutmu, sesungguhnya kamu berada di lembah suci Thuwa”. Wahai Musa. “Hendaklah kamu sembahyang dengan mengingati Aku, sesungguhnya revolusi akan datang dari kalangan kamu dengan tidak syak lagi”. Pergilah kepada Firaun kerana sesungguhnya ia adalah seorang yang telah melampau batas”.  dan menyampaikan apa yang Allah wahyukan kepadanya.
Maka jelaslah bahawa Nabi Musa menerima sembahyang pada tahun ke sembilan selepas ia dilantik menjadi nabi. Ia dilantik menjadi nabi semasa berada di rumah Nabi Syuib.
Selepas lima tahun ia pulang ke Mesir kerana menyampaikan perintah Allah kepada Firaun dan Bani Israel, maka berlakulah revolusi yang dijanjikan oleh Tuhan iaitu membebaskan Bani Israel dan hancurlah kerajaan Firaun. Keadaan ini sama tempohnya dengan peristiwa revolusi Badar bagi Nabi Muhammad. Demikianlah maksud surah ‘طه’.

3. Huruf singkat ‘طس ’
Nilai huruf ‘ ط ’ ialah  9. Nilai huruf ‘ س ’ ialah  60. Jumlahnya 69. Maksudnya, 69 tahun selepas kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, kerajaan Islam telah bertukar corak dari kerajaan yang memegang amanah rakyat kepada kerajaan beraja yang berkuasa yang bermula daripada Muawiah, walaupun pemerintahan Muawiah bukan merupakan pemerintahan beraja, melainkan pada zaman anaknya Yazid.
Keperibadian dan kepimpinan Yazid bin Muawiah telah diakui oleh ulama sejarah benar-benar menggambarkan seorang raja diktator (استبّداد  ). Beliau dilantik sebagai Putera mahkota pada tahun 56 Hijrah (69 tahun selepas Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu). Perlantikan itu membawa fitnah dan huruhara dalam kalangan menteri dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada orang ramai. Perlantikan itu bukan sahaja bertentangan dengan dasar para Khalifah Al-Rasyidin, malah mencabul perjanjian dengan Saidina Hussin dahulu. Maka terhapuslah dasar pemesyuaratan rakyat dan digantikan dengan dasar beraja atau monarki.
Tujuan ‘طس’ dalam surah Al-Naml bahawa Allah menerangkan peringkat pemerintahan Islam terbahagi kepada dua bahagian.
Pemerintahan zaman Khalifah.
Khalifah bererti pemegang amanah Allah untuk disampaikan kepada hamba-Nya atau dengan kata-kata lain pemegang amanah rakyat seperti Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab dan seumpamanya. Mereka tidak bertindak dalam pemerintahan melainkan setelah dipersetujui oleh orang ramai mengikut hukum Allah. Keadaan kehidupan para khalifah ini sama dengan orang ramai.
Pemerintahan zaman beraja.
Yazid bin Muawiah berbeza daripada Abu Bakar dan Umar. Beliau mengakui dirinya sebagai pemerintah yang berkuasa dan berdaulat. Dia menganggap dirinya seorang kerabat yang akan mewarisi takhta kerajaan Islam setelah Muawiah wafat.
Tindakan Yazid ini dianggap bertentangan dengan tindakan para khalifah yang terdahulu daripadanya. Walau bagaimanapun Islam tidak menafikan keharusan seseorang pemerintah ini melaksanakan kuasa diktator dalam pemerintahan jika perlu untuk kepentingan orang ramai. Tetapi keadaan ini tidak menjadi kaedah bahawa Islam mengamalkan pemerintahan beraja seperti yang dilaksanakan oleh Yazid itu.

Salah Faham Tentang Paksaan Dalam Peperangan
Beberapa golongan ulama telah salah faham, hingga mereka tidak sanggup taat kepada perintah ketua-ketua mereka semasa peperangan. Jika berperang, mereka mahu supaya diadakan mesyuarat serta saling meredai dalam kalangan mereka. Keadaan ini tidak boleh dilakukan dalam pentadbiran peperangan, kerana jika dilakukan demikian, nescaya tidak ada seorangpun yang sanggup mengorbankan dirinya dengan kematian. Maka pentadbiran dalam peperangan memerlukan hukuman yang keras.
Perbezaan tentang keburukan dan kebaikan antara pemerintahan khalifah dengan pemerintahan beraja seperti yang dilaksanakan oleh Yazid bergantung kepada sejauhmana kesanggupan pemerintah menjalankan hukum-hukum Allah yang menjadi asas kerajaan Islam.

4. Huruf singkat ‘ص’
Nilai huruf ‘ص’ ialah 90.
Dalam peperangan Dujail, Al-Hajjaj berjaya membunuh Ghazalah salah seorang pemimpin puak Khawarij yang terkenal. Peperangan ini berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan iaitu 90 tahun selepas Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu di Gua Hira, iaitu pada tahun 77 Hijrah. (90 – 13 = 77H).
Pembunuhan Ghazalah ini menamatkan penentangan puak Khawarij terhadap  kerajaan Islam. Puak Khawarij juga dikatakan salah satu puak yang mula-mula menentang kerajaan Islam.
Dalam surah ‘ص’ ini, Allah menerangkan cara-cara menegakkan pengajaran dan pemerintahan Islam di dalam gelombang perubahan zaman.

5. Huruf singkat ‘ق ’
Nilai huruf ‘ق’ ialah 100. Dalam surah ‘ق’ ini, Allah menerangkan bahawa tempoh 100 tahun bermula daripada Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, merupakan zaman keemasan pemerintahan dalam Islam. Sember pemerintahan pada zaman ini hanya Al-Quran.
Hadis-hadis dan sunah mula dibukukan selepas 100 tahun iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau disifatkan sebagai seorang mujadid dalam kurun kedua selepas hijrah. Pada zamannya lahirlah sunah nabi dan ijmak yang menjadi sumber perundangan negara iaitu dianggarkan pada tahun 87 hijrah.
Ringkasnya dalam surah ‘ق’ ini Allah menyatakan kelebihan dan keistimewaan zaman pemerintahan Islam yang berasaskan Al-Quran yang tulen.

6. Huruf singkat ‘ن ’
Nilai huruf ‘ن’ ialah 50.  Dalam surah ‘ن’ ini Allah menerangkan bahawa selepas tempoh 50 tahun dari perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. berlaku peristiwa tahkim Saidina Ali dalam peperangan Sifin dengan Saidina Muawiah pada tahun 37 Hijrah. (37 + 13 = 50).
Dengan peristiwa tahkim ini bererti Saidina Ali telah menyerahkan pemerintahannya kepada Muawiah untuk mengelakkan perang saudara yang mengorbankan berpuluh ribu jiwa rakyat kedua-dua pihak. Dengan tamatnya pemerintahan Ali, maka tamatlah tempoh 50 tahun sejarah Islam yang mempunyai pemerintahan para khalifah yang penuh dengan keadilan, ihsan dan takwa seperti yang disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Kemudian kami mempusakai akan Al-Quran ini kepada mereka yang telah Kami pilih dalam kalangan hamba-hamba Kami antara mereka ialah yang bersifat zalim, dan antara mereka pula yang sederhana dan yang mendahului kepentingan orang ramai”.
Tempoh 50 tahun itu merupakan zaman keemasan pemerintahan Islam seperti yang disifatkan oleh Allah di bawah pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali bin Abu Talib. Mereka adalah contoh pertama kepada dunia untuk menegakkan keadilan dan mengawal kepentingan orang ramai walaupun kepentingan diri mereka terancam.

7. Huruf singkat ‘يس ’
Nilai huruf ‘ي ’ ialah 10. Nilai huruf ‘س ’ ialah 60. Jumlahnya ialah 70.
Dalam surah ‘يس’ ini, Allah menerangkan bahawa pada tahun yang ke-10 selepas Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi nabi, berlakulah bai’ah pertama daripada penduduk Madinah dengan Rasulullah di Aqabah. Dalam bai’ah itu hanya terdapat enam orang. Manakala bai’ah kedua pada tahun ke-12 semenjak Nabi menjadi rasul ialah terdapat seramai 12 orang. Bersama-sama 12 orang penduduk Madinah ini Rasulullah s.a.w. menghantar sahabatnya bernama Mas’ad ibnu Umair untuk mengajar orang Madinah asas-asas agama Islam.
Pada bulan haji tahun itu juga datang lagi orang Madinah seramai 73 orang yang diketuai oleh Mas’ad sendiri untuk menjemput Rasulullah s.a.w. ke Madinah kerana orang Madinah sedia menunggu ketibaan baginda.
Pada tahun ‘س’ = 60, Allah menerangkan kelebihan orang Madinah dalam bidang ilmu atau semangat membela Islam masih tidak berubah sehingga akhir pemerintahan Muawiah iaitu selama 70 tahun (10 + 60 = 70).
Dalam tempoh 70 tahun tersebut roh pengajaran Islam terhadap orang Madinah telah teguh sebagaimana teguhnya kekuatan berjihad dalam kalangan Muhajirin dalam pemerintahan Islam.
Dalam tempoh tersebut juga semua qari dan penghafal Al-Quran hanya dari orang Madniah. Demikian juga ilmu faraid dan ilmu hadis dipelopori dan disebarkan oleh orang Madinah. Maksud yang dikatakan orang Madinah ialah selain daripada Quraisy, dan termasuklah golongan Muhajirin yang datang dari negara lain yang bermustautin di Madinah seperti Sulaiman Al-Farsi, Suhaib Al-Rumi dan Abu Hurairah dan Muawiah dari Bani Umaiyah. Walaupun Bani Umaiyah tidak berpindah bersama sahabat Rasulullah ke Madinah, tetapi tidak syak lagi bahawa kekuatan Islam meliputi jasa mereka kemudiannya. Maka setengah ulama berpendapat bahawa puak Umaiyah ini adalah tentera Islam.

8. Huruf singkat ‘حم ’
Nilai huruf ‘ح’ ialah 8. Nilai huruf ‘م ’ ialah 40. Jumlah nilai kedua-dua huruf ini ialah 48.
Huruf ‘ح’ menunjukkan pada tahun ke-8 orang Islam yang dipimpin oleh Othman bin Affan dan isterinya Rugayah binti Rasulullah mula berhijrah ke Habsyah. Rombongan itu terdiri dari 83 orang lelaki, 17 orang perempuan dan beberapa orang kanak-kanak.  Antara mereka termasuklah Al-Zubair ibnu Al-Auwam, Jaafar bin Abu Talib dan beberapa orang sahabat.
Jumlah nilai huruf ‘ح’  dan ‘م’ ialah 48. Ini bererti selepas 48 tahun Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, bersamaan tahun 35 Hijrah berakhirlah zaman keemasan dalam perkembangan sejarah Islam, sebagaimana persabdaan Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik kurun itu ialah masa hidupku, kemudian pada zaman yang mengiringinya, iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar Al-Siddiq r.a., kemudian zaman yang mengiringinya pula, iaitu dari zaman pemerintahan Umar  hingga zaman Uthman bin Affan”. Itulah maksud yang diisyaratkan dalam surah-surah ini.
Huruf singkat ‘حم’ digunakan dipermulaan enam surah berikut:
Surah Al-Mukmin
Surah Fusilat
Surah Al-Zukhruf
Surah Al-Dukhan
Surah Al-Jathiah
Surah Al-Ahqaf

i) Huruf ‘حم’  dalam surah Al-Mukmin
Allah menerangkan kesempurnaan zaman keemasan di dalam sejarah Islam tidak semestinya berlaku pada zaman hidup Nabi s.a.w. sebagaimana Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya janji Allah itu benar, sama ada Kami beri lihat kepada engkau setengah daripadanya apa yang Kami janjikan kepada mereka atau Kami matikan kamu. Hal ini terserahlah kepada Kami, dan kamu semuanya kembali kepada Kami’.

ii) Huruf ‘حم’ dalam surah Fusilat
Allah menerangkan bahawa segala pengetahuan, kerajaan dan bahasa yang digunakan dalam tempoh tersebut adalah bahasa Arab dan dikelolai oleh bangsa Arab. Maksudnya, dalam tempoh 48 tahun itu pemerintahan Islam belum dimasuki oleh bangsa-bangsa lain seperti Ajam dan sebagainya. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Kitab yang diterangkan ayat-ayatnya sebagi bacaan bahasa Arab untuk kaum yang (mahu) mengetahui”.  Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkan dia, bacaan yang berbahasa Arab supaya kamu fikirkan”. 

Satu peringatan
Bahagian ini termasuk dalam perutusan Nabi s.a.w. peringkat pertama untuk bangsa Arab. Dalam surah Al-Jumaat, Allah menyebut perutusan Nabi s.a.w. peringkat kedua untuk menyampaikan Islam seperti maksud firman-Nya: “Dan umat-umat yang lain daripada Arab apabila mereka menyambung usahanya yang telah dimulakan oleh Arab”.
iii) Huruf ‘حم’ dalam surah Al-Zukhruf
Dalam surah ini Allah menerangkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab.  Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Quran itu untuk peringatan bagi engkau wahai Muhammad dan bagi kaum engkau, mereka itu semuanya akan ditanya tentang tugas-tugas yang diberikan kepada mereka”.

iv) Huruf ‘حم’ dalam surah Al-Dukhan
Dalam surah ini Allah menerangkan bahawa kelayakan yang terdapat pada bangsa Arab untuk menyelenggarakan undang-undang dan mengembangkan pengajaran Al-Quran adalah mencukupi dan sempurna sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat dengan tujuan menakutkan umat manusia”. Dan dalam ayat yang lain pula Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami jadikan kamu umat yang terpilih dan umat yang bijaksana dalam golongan bangsa-bangsa pada zamannya”.

v) Huruf ‘حم’ dalam surah Al-Jathiah
Dalam surah ini Allah menerangkan bahawa sokongan dan keberkatan seperti yang diberikan kepada Bani Israel dahulu akan dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. tidak kurang sedikitpun. Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah Kami kurniakan kepada Bani Israel itu kitab Taurat dan pemerintahan dan kenabian, dan Kami berikan rezeki kepada mereka benda-benda yang baik seperti Kami perlihatkan maqam mereka di atas sekalian bangsa pada zamannya”. Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Kemudian Kami jadikan engkau wahai Muhammad seorang pembawa syariat mengikut perintah-Ku; maka hendaklah kamu ikuti dan janganlah kamu ikut hawa nafsu mereka yang tidak berpengetahuan”. Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Inilah beberapa contoh bagi manusia dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang yakin”.

vi) Huruf ‘حم’ dalam surah Al-Ahqaf
Dalam surah ini Allah menegaskan bahawa janji-janji yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu akan dilaksanakan sebagaimana dilaksanakan kepada Nabi Musa a.s. dan umatnya. Allah taala berfirman yang bermaksud: “Dan terdahulunya kitab yang diturunkan kepada Musa adalah menjadi ikutan dan rahmat”. Firman-Nya lagi yang bermaksud: “dan inilah kitab Al-Quran diturunkan untuk membenarkan kitab yang dahulu dalam bahasa Arab”. dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Hendaklah kamu sabar wahai Muhammad dalam menjalankan maksud-maksud yang tersebut sebagaimana rasul-rasul yang terdahulu telah menanggung segala penderitaan dan menempuh segala kesukaran dan janganlah kamu hendak bersegera mendapat kejayaan”.

9. Huruf singkat ‘الٓر ’
Surah-surah yang bermula dengan huruf singkat ‘الٓر’ ialah:
Surah Yunus
Surah Hud
Surah Yusuf
Surah Ibrahim
Surah Al-Hijri
Nilai huurf  ‘ا’ ialah 1. Nilai huruf ‘لٓ ’ ialah 30. Nilai huruf ‘ر ’ ialah 200. Jumlah nilai tiga huruf ini ialah 231. ( 1 + 30 + 200 = 231).
Allah menerangkan bahawa pada tahun 218 Hijrah, iaitu 231 tahun selepas Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, muncullah fitnah kaum Qatar (Turki) terhadap negara Islam pada zaman pemerintahan Raja Mu’tasim. Keluarga Abbas telah memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Baghdad ke Samara’ yang terletak di Timur sungai Dajlah. Maksudnya, Allah perintahkan kepada manusia supaya memelihara semangat atau roh revolusi Islam agar tetap hidup sebagaimana pada zaman Khalifah Al-Rasyidin.
Huruf ‘الٓر’ dalam surah Yunus
Dalam surah ini Allah taala berfirman yang bermaksud: “Hendaklah kamu ikuti apa yang diwahyukan kepada engkau dan hendaklah kamu bersabar sehingga Allah menjayakan cita-cita kamu, kerana Ia adalah Tuhan yang sebaik-baik yang menjadi hakim”.
Huruf ‘الٓر’ dalam surah Hud
Dalam surah ini Allah taala berfirman yang bermaksud: “Semua perkara yang tersebut itu adalah khabar ghaib yang Kami telah wahyukan kepada engkau, engkau sendiri tidak mengetahui dengannya dan kaum engkau sebelum daripada ini. Hendaklah kamu bersabar kerana balasan baik itu untuk orang yang berbakti”. Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan tiadalah Tuhan engkau itu membinasakan satu-satu negeri dengan zalim jika penduduk negeri itu berbuat baik”.
Huruf ‘الٓر’ dalam surah Yusuf
Dalam surah ini Allah taala berfirman yang bermaksud: “Apakah tidak mahu mereka berjalan di bumi, lalu mereka lihat bagaimana kesudahan orang yang sebelum mereka? Dan sesungguhnya negeri Akhirat lebih baik bagi orang yang bertakwa”.
Huruf ‘الٓر’ dalam surah Ibrahim
Dalam surah ini Allah taala berfirman yang bermaksud: “Ini satu kenyataan kepada manusia supaya mereka diancam dengannya dan supaya mereka tahu, bahawa hanya Dia-lah Tuhan yang satu dan supaya orang yang mempunyai fikiran suka ingat”.
Huruf ‘الٓر’ dalam surah Al-Hijr
Dalam surah ini Allah taala berfirman yang bermaksud: “Hendaklah kamu bertasbih dengan memuji Tuhan engkau dan hendaklah kamu daripada orang yang sujud kepada Aku dan hendaklah kamu sembah Tuhan engkau itu hingga datang kepada  engkau keyakinan”.

10. Huruf singkat ‘الٓمٓر ’
Nilai huruf ‘ا’ ialah 1. Nilai huruf ‘ لٓ  ’ ialah 30. Nilai Huruf ‘ ٓمٓ  ’ ialah 40. Nilai huruf ‘ ٓر ’ ialah 200. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 271 (1 + 30 + 40 + 200 = 271).
Selepas 271 tahun Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, pemerintahan Arab dan Islam mengalami perubahan yang menghilangkan kelebihan umat Arab berbanding umat-umat lain dalam bidang perkhidmatan mereka kepada agama dan ilmu.
Perubahan ini berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’tamad daripada keturunan Abasiah. Beliau dilantik pada tahun 256 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 289 Hijrah.
Pada zaman pemerintahan beliau golongan Fatimiah telah membangun sebuah kerajaan di Mesir untuk mengembangkan falsafah Greek. Di Parsi pula tertubuh sebuah kerajaan bernama Daulah Safariah pada tahun 259 Hijrah. Kerajaan ini dibangunkan oleh Yaakub bin Al-Laith. Tujuan Yaakub ialah untuk mengembangkan falsafah Parsi.
Dalam surah Al-Ra’d, Allah mengingatkan bahawa sebab-sebab muncul perubahan ini ialah percampuran antara pelbagai umat yang melemahkan kaum Arab sehingga kaum Arab terpaksa mengalah kepada kaum Ajam yang bersaing dengan mereka dalam perubahan itu.

11. Huruf singkat ‘الٓمٓص ’
Nilai huruf ‘ا’ ialah 1. Nilai huruf ‘ل’ ialah 30. Nilai huruf ‘م’ ialah 40. Nilai huruf ‘ص ’ ialah 90. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 161 ( 1 + 30 + 40 + 90 = 161).
Maksudnya, selepas 161 tahun Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu, kaum Ajam mengambil bahagian dalam pemerintahan Islam pada zaman Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.
Al-Mansur dilantik pada tahun 136 Hijrah dan beliau meninggal dunia pada tahun 158 Hijrah. Semasa pemerintahan beliau, pengaruh Parsi mula berkembang dengan pesat dalam pemerintahan negara menyebabkan pengaruh Arab mulai lenyap dan tersingkir sedikit demi sedikit hingga akhirnya pemerintahan Islam itu dikuasai sepenuhnya oleh orang Parsi. Pengaruh Parsi mula menular pada tahun 148 Hijrah. (161 – 13 = 148).
Khalifah Arab dalam Islam terbahagi kepada tiga zaman.
Zaman Khalifah Al-Rasyidin
Zaman ini disifatkan sebagai zaman Al-Quran. Pada zaman ini tiada sebarang kitab selain daripada Al-Quran. Setiap hukum atau perintah yang dijalankan oleh pemerintah adalah istinbat.
Zaman Kerajaan Bani Umaiyah atau dikatakan zaman sunah.
Zaman Kerajaan Abasiah atau zaman percampuran Arab dengan Ajam.
Pada permulaan zaman ketiga inilah mulai hilang beransur-ansur  kelebihan dan kebolehan  yang menjadikan Al-Quran sebagai hujah kepada manusia di dalam bahasa Arab, melainkan setelah diterjemah mengikut bahasa mereka.
Oleh kerana para ulama Islam tidak mengambil berat dengan sepenuhnya menegakkan roh Al-Quran mengikut kefahaman dan bahasa mereka, maka tertinggallah kebanyakan manusia mengikut fitrah mereka yang semula jadi. Mereka tidak benar-benar mendapat pimpinan atau suluhan dari pengajaran Al-Quran. Mereka mengambil panduan Al-Quran atau sunah hanya mengikut panduan ulama sekadar yang sesuai dengan pemikiran mereka atau kerana tekanan oleh pihak pemerintah. Mereka dinamakan Ashab Al- Aaraf.
Ashab Al-Aaraf bererti satu golongan manusia yang tidak sampai hujah kepada mereka dalam memahami syariat Nabi Muhammad. Mereka berada di antara dua golongan iaitu orang mukmin dan orang kafir, atau dengan perkataan lain mereka adalah satu golongan yang tidak mempunyai kesempurnaan dan kebahagiaan pada taraf kemanusiaan, mereka tidak dimasukkan ke dalam syurga atau neraka, tetapi pada akhirnya mereka dimasukkan juga ke dalam syurga.

12. Huruf singkat ‘حمعسق  ’
Nilai huruf ‘ح’ ialah 8. Nilai huruf ‘م’ ialah 40. Nilai huruf ‘ع’ ialah 70. Nilai huruf ‘س ’ ialah 60. Nilai huruf ‘ق’ ialah 100. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 278 ( 8 + 40 + 70 + 60 + 100 = 278).
Maksudnya, selepas 278 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. hingga ke zaman Mu’tamad dari Bani Abasiah iaitu antara tahun 256 – 289 Hijrah,( 256<278<289) adalah zaman penghabisan ketinggian pemerintahan beraja dalam tamadun Islam.
Pada zaman ini telah dibukukan beberapa ilmu syarak seperti hadis dan ilmu alat untuk memahami hadis. Antara mereka yang masyhur membukukan ilmu hadis ialah Imam Bukhari, Muslim dan rakan-rakannya.
Pada zaman ini juga tertubuhnya kerajaan Samaniah Parsi di Bukhara. Pada zaman Mu’tamad juga dibangunkan kerajaan keturunan Fatimiah di negeri Mesir pada tahun 265 Hijrah. ( 256 Hijrah + 13 = 278).

Ketua menteri sarawak

Adnan Satin
Tahniah diatas tindakan Tuan mengubah daripada Islam agama rasmi bebas kepada semua beragama, diharapkan kerajaan Tuan akan menjadi contoh kepada semenanjung yang menolak asas perpaduan diantara kaum atau agama.
Pada shariat dan amalan rukun agama yang pada zahirnya adalah berbeza tetapi pada hakikatnya semua agama berlandaskan prinsip agama yang sama.
nilai kafir atau mukmin seseorang di nilai pada fitrah.
manusia yang kembali kepada tuhan dalam keadaan fitrah yang tercemar,  akan di azab.
Perlunya diperkasakan peranan institusi agama, yang menjurus kepada adil dan kasih sayang sesama manusia kerana fungsi beragama adalah kembali kepada fitrah manusia semulajadi yang berkendakkan kepada keadilan dan kasih sayang sesama manusia.
Pemimpin-pemimpin daripada semua agama perlu memainkan peranan untuk memperkasakan prinsip fitrah dalam satu majlis semua agama dan merujuk kepada semua kitab-kitab suci.
Semua penganut agama menghormati ulama dan kitab suci mereka.
Semua penganut agama menghormati ulama dan kita suci mereka, sekiranya keputusan dibuat tanpa mengambil kira kitab suci dan ulama mereka, mereka tidak akan menghormati keputusan itu.
Pada dasarnya prinsip agama ini adalah sama. maka hendaklah mendorong mereka-mereka itu kembali kepada prinsip.
Ayat allah menyeru kepada ahli kitab “Marilah kita bekerjasama pada kalimah yang sama." Ayat 64 al-imran, “Orang beriman, Yahudi, Nasara, ugama dahulu (Sabiin) beriman dengan hari akhirat, amal baiknya akan mendapat ganjaran syurga.
Justeru itu, perlulah kerajaan Tuan menganjurkan kepada semua agama melahirkan formula kearah perpaduan dan keadilan sebagai ganti musabaqah Tilawah Al-Quran kerana fungsi untuk mengembalikan manusia kepada fungsi fitrah ialah mewujudkan suasana adil dan kasih sayang sesama manusia.
Oleh hasan muhamad.

Monday, February 22, 2016

Allah mencabar orang kaya yang b

Allāh Mencabar Orang Kaya Yang Berjiwa Kurang Baik.

Manusia Dicipta Dalam Kesusahan.

“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia di dalam kepayahan”. (Al-Qurʾān: 90: 4).
Semua kesusahan untuk mendapat kesenangan. Tempat yang benar-benar tenang dan rehat hanya syurga.  Lumrah manusia di dunia, mesti menempuh kesusahan.

Allāh Mencabar Orang Kaya Yang Berjiwa Kurang Baik.
Terdapat juga orang kaya yang berjiwa kurang baik. Mereka menganggap dengan membelanjakan harta, mereka dapat menduduki kemuncak kesenangan. Pemikiran dan tindakan seperti ini salah.
Harta tetap berguna kepada seseorang untuk meningkatkan kehidupan dan asas kebahagiaan di akhirat. Satu kesusahan yang dihadapi manusia ialah memilih cara yang lebih baik membelanjakan hartanya.
Orang kaya yang berjiwa kurang baik akan membelanjakan harta sewenang-wenang, seolah-olah mereka adalah hakim ke atas diri mereka, dan tiada hakim lain yang menguasai mereka. Inilah maksud firman Allāh:

“Adakah dia mengira dia tiada seorangpun yang menguasainya?” (Al-Qurʾān: 90: 5).
Allāh mencabar mereka yang berjiwa demikian kerana kekayaan, mereka merasa diri mereka serba cukup yang menyebabkan mereka bertindak sesuka hati. Semangat ṭāghūt mulai bertapak di hati mereka. Seorang yang tidak yakin ada suatu kuasa yang mengatasi dirinya akan bertindak apa sahaja dengan menggunakan harta dan kuasa yang ada padanya.

Perbelanjaan Yang Bercanggah Dengan Fiṭrah Tidak Mendatangkan Kesenangan.
Di samping itu ramai juga orang kaya yang mengorbankan sebahagian besar harta mereka tetapi gagal menikmati kesenangan yang diingini. Lalu mereka berputus asa. Mereka gagal kerana tidak mengikuti kehendak fiṭrah manusia. Allāh menegaskan bahawa sememangnya dijadikan manusia berada dalam kesusahan. Allāh berfirman:

Dia berkata: “Aku telah membelanjakan harta yang banyak.” (Al-Qurʾān: 90: 6).
Harta yang dibelanjakan dan bercanggah dengan kemahuan fiṭrah manusia tidak akan mendatangkan ketenangan kepada pemiliknya. Dengan harta itu dia membeli pelbagai peralatan untuk mendapat kesenangan seperti tempat tidur yang selesa, perabot dan permaidani, buku-buku, istana, pembantu rumah, perempuan cantik dan remaja kacak untuk menyempurnakan keinginan seks. Demikianlah keadaan pengurusan harta yang terkeluar dari landasan kebenaran.

“Adakah dia mengira bahawa tiada seorangpun yang memerhatikannya?” (Al-Qurʾān: 90: 7).
Orang yang leka dengan kekayaan, pangkat dan kedudukan merasa segala tindakan mereka tidak diketahui oleh orang lain. Jika diketahui pun, tindakan tidak dapat diambil terhadap diri mereka. Maka mereka membuat sesuka hati kerana tiada sebab yang boleh menghalang.
Allāh mencabar orang yang bersikap seperti ini. “Adakah dia mengira bahawa tiada seorangpun yang memerhatikannya (bahawa dia telah menggunakan hartanya yang banyak)?” Bukankah Allāh melihat perbuatanya yang salah walaupun orang lain tidak mengetahuinya? Allāh tetap mengetahuinya.

Orang Kaya Hendaklah Berbelanja Untuk Mendapat Ketenangan.
Orang kaya boleh merasa senang dengan membelanjakan hartanya secara baik. Caranya boleh ditunjukkan oleh para ḥukamāʾ dan orang pandai di sekitarnya.

“Bukankah Kami telah jadikan untuknya dua mata? (8). Dan satu lidah dan dua bibir”. (9). (Al-Qurʾān: 90: 8, 9).
Maksudnya, perhatikan bagaimana bangsa-bangsa yang maju membelanjakan harta untuk mendapat ketenangan. Adakah mereka seperti kamu?  Perhatikan orang Islām pada zaman silam yang terdiri daripada Al-sābiqūn al-awwalīn seperti ʿUmar bin al-Khaṭṭāb dan para sahabat yang lain. Mereka hidup dengan tenang, menikmati kemerdekaan yang tulen dan memerintah.

Allāh Menunjukkan Dua Jalan Kepada Manusia.
Dengan berbincang dan bertanya kepada para ḥukamāʾ untuk mencari penjelasan, maka ilmu yang didapati daripada sumber melalui pancaindera ini ditunjukkan oleh Allāh seperti firmanNya:

“Dan Kami telah tunjukkan kepadanya dua jalan”. (Al-Qurʾān: 90: 10).
Kebanyakan ahli tafsir mengatakan maksud kalimah dua jalan (sçPJrÛ¯) ialah jalan jahat dan jalan baik. Di sisi kami kedua-dua jalan itu adalah baik. Perbezaan antara dua jalan itu hanya daripada segi darjah tinggi dan rendah. Dua jalan itu merupakan jalan yang susah untuk manusia sampai kepada Allāh. Dua jalan itu seolah-olah banjaran gunung yang sukar didaki oleh manusia. Jika manusia berfikir dengan teliti dan bertanya, pasti dia akan sampai kepada salah satu jalan itu, kerana kedua-dua jalan itu diketahui oleh manusia.

“Maka dia tidak berusaha menempuh jalan mendaki. (11). Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki itu?”. (12). (Al-Qurʾān: 90: 11, 12).
Ini gambaran sesuatu yang samar kepada manusia. Allāh datangkan kata-kata yang menunjukkan kehairanan dengan kalimat al-ʿaqabah. Jika manusia tidak sanggup menanggung risiko sejak awal sesuatu pekerjaan, maka tidak ada harapan kebaikan untuknya. Maka manusia berusaha menempuh al-ʿaqabah dan pelbagai kesulitan, merupakan sesuatu yang wajib dilalui.

Maksud Memerdekakan Hamba.
Maksud al-ʿaqabah diterangkan dengan firmanNya:

“Memerdekakan hamba”. (Al-Qurʾān: 90: 13).
Ahli-ahli tafsir telah sekata bahawa jika berlaku peperangan antara kerajaan Islām dengan kerajaan kafir, dan kerajaan kafir mendapat kemenangan kerana kerajaan Islām yang lemah, pada waktu itu seluruh orang Islām wajib bangun menuju ke medan pertempuran tanpa pengecualian untuk membebaskan mereka yang tertawan dari belenggu perhambaan. Maka maksud memerdekakan hamba ialah menghapuskan belenggu perhambaan di leher setiap orang.

Hutang Dan Riba Menyebabkan Perhambaan.
Faktor utama menyebabkan perhambaan dalam kalangan manusia ialah hutang, riba dan bayaran lebih. Contohnya, seorang berhutang daripada seorang kaya yang mensyaratkan bayaran balik hutang itu lebih banyak dalam tempoh tertentu. Setelah berlalu masa yang lama, bayaran balik hutang yang tidak dapat dijelaskan pun berganda sehingga tidak berdaya lagi membayarnya. Pada tahap itu, orang kaya memaksa orang yang berhutang berkhidmat kepadanya sepanjang hayatnya kerana riba bertambah subur dengan berlalu masa. Maka amalan kebajikan yang tertinggi yang harus dilakukan oleh orang kaya ialah melucutkan beban hutang yang ditanggung oleh orang yang berhutang dengan memerdekakannya.
Umat ʿArab Jahiliah amat banyak mengamalkan riba. Orang kaya yang berpengaruh disokong dan dilindungi oleh pihak berkuasa dalam kegiatan hutang piutang dan riba. Maka masyarakat ʿArab perlu disedarkan supaya menentang kegiatan riba yang membahayakan masyarakat itu yang mana pihak berkuasa menyebelahi golongan kaya dan golongan pemodal. Akhirnya dua golongan ini dikalahkan oleh kumpulan Ḥisbullāh dan kerajaan mereka digulingkan.

Seseorang Hendaklah Berusaha Memenuhi Keperluan Asas.
Seseorang hendaklah berusaha memenuhi keperluan asasnya. Setiap ahli keluarga hendaklah bekerja untuk memenuhi keperluan ini mengikut kebolehan masing-masing. Maksud kedua kalimah al-najdain ialah:

“Atau memberi makan pada hari-hari kelaparan”. (Al-Qurʾān: 90: 14).
Telah banyak dibincang tentang perubahan, revolusi mental, politik dan sebagainya. Mula-mula masyarakat diberi kesedaran sehingga mereka benar-benar mengerti bahawa penindasan ke atas orang lain menyenangkan satu pihak tertentu, dilarang keras oleh syarak. Kemudian mereka disumbangkan peralatan yang sesuai dengan kebolehan mereka untuk menghasilkan keperluan mereka. Peralatan itu mempermudahkan kegiatan mereka dan menimbulkan semangat merdeka yang hakiki. Inilah maksud firmanNya: “Atau memberi makan pada hari-hari kelaparan”.

“Kepada anak yatīm yang terdekat. (15). Atau orang miskīn yang berbabring di tanah”. (Al-Qurʾān: 90: 15, 16).

  Dipetik dari tafsir al hakm. Surah al balad

Tuesday, February 16, 2016

dua sebab yang menimbulkan masalah dalam masyarakat

Dua Sebab Yang Menimbulkan Masalah Dalam Masyarakat.

  Allāh berfirman:

Adapun manusia apabila diuji oleh Tuhannya, diberi kemuliaan dan kesenangan hidup; maka ia berkata: “Tuhanku telah muliakan aku”. (15). Tetapi apabila Tuhan mengujinya dan mengurangkan rezekinya, maka ia berkata: “Tuhanku telah hinakan aku”. (16) (Al-Qurʾān: 98: 15, 16).
Shaykh berkata, pada masa tertentu amalan manusia sesuai dengan yang diredai. Maka manusia hidup dalam keredaan dengan senang dan aman. Pada masa lain pula manusia tersalah jalan, maka manusia hidup dalam kesusahan dan ketakutan. Inilah maksud firmanNya:

Tidak, (Al-Qurʾān: 89: 17).
Maksudnya, Allāh tidak menghina dan memuliakan seseorang melainkan dengan sebabnya, dan Allāh tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga sekalipun mereka sendiri mengubah keadaan mereka.

Dua Sebab Yang Menimbulkan Masalah Dalam Masyarakat.
 Allāh berfirman:

“bahkan kamu tidak muliakan anak-anak yatīm. (17). Dan tidak kamu gemar memberi makan orang miskīn”. (Al-Qurʾān: 89: 17, 18).
Shaykh berkata, satu sebab Allāh mendatangkan bala dan kekacauan dalam masyarakat ialah golongan pemerintah tidak mengambil berat terhadap golongan bawahan dan kekurangan keperluan asas sebagaimana mereka sepatutnya perolehi. Inilah falsafah Islām.
Inilah sifat manusia yang memuji Tuhan semasa senang dan mencaci Tuhan semasa susah. Allāh tidak menghina seseorang kerana dia miskīn atau Allāh memuliakan seseorang kerana dia kaya. Pentadbiran Allāh ke atas manusia mengikut sebab-sebab zahir dan sebab-sebab ghaib yang lebih kuat daripada sebab zahir. Ayat 17 dan 18, iaitu mereka tidak memuliakan anak-anak yatīm, bermaksud mereka tidak menghiraukan orang yang malang, tidak membimbing anak-anak yatīm yang hidup susah. Demikian juga keadaannya, mereka tidak gemar menolong orang miskīn.
Dua sebab di atas menimbulkan masalah kepada masyarakat. Tiada pembelaan terhadap golongan yang melarat, sedangkan falsafah Islām mengajar supaya mereka dibela.

Allāh Membela Golongan Yang Tertindas.
Allāh berfirman:

“Dan Kami mahu menumpahkan budi ke atas mereka yang ditindas di bumi itu; dan Kami mahu jadikan mereka pemimpin; dan Kami mahu jadikan mereka mewarisi (bumi)”. (Al-Qurʾān: 28: 5).

Cara Allāh Membela Golongan Tertindas.
Jika Allāh mahu menukarkan keadaan sesebuah negara yang diperintah secara zalim dengan membiarkan rakyatnya hidup tanpa tujuan, tanpa pembelaan terhadap golongan yang lemah yang berleluasa dan melebehi batasan kemanusiaan, maka Allāh mengubah keadaan masyarakat itu kepada yang lebih baik di mana golongan lemah dan tertindas akan mengambil alih pemerintahan dan mempusakai bumi.

Memakan Harta Anak Yatīm.
 Allāh berfirman:

“Dan kamu makan sungguh-sungguh harta warisan”. (Al-Qurʾān: 89: 19).
Harta peninggalan seorang yang mati dijaga oleh seorang untuk membiayai kehidupan anak-anak orang yang mati itu. Harta itu digunakan sepenuhnya oleh penjaganya sebelum anak-anak mencapai umur baligh dan pandai mengurus harta. Perbuatan ini berlaku kerana penjaga harta amat cintakan harta. Inilah maksud firmanNya:

“Kerana kamu terlalu mencintai harta kekayaan”. (Al-Qurʾān: 89: 20).
Kisah di atas menerangkan keadaan dalam satu keluarga di mana penjaga harta anak yatīm mengambil kesempatan memakan harta anak yatīm yang masih kecil.

Pemerintah Yang Mengikuti Dasar Golongan Pemodal.
Dalam pengertian yang lebih luas, katakan rakyat di sebuah negara tidak matang berfikir dan kurang mengetahui tentang pemerintahan dan pengurusan ekonomi dan kekayaan negara. Maka pihak pemerintah pula mengambil peluang mengumpul kekayaan sebanyak mungkin sedangkan rakyatnya terabai. Amalan seperti ini memang berlaku di mana-mana negara khususnya negara membangun yang baru mencapai kemerdekaan. Harta di bumi sesebuah negara adalah untuk semua rakyat, bukan untuk golongan tertentu di negara itu. Golongan pemerintah dianggap sebagai bapa kepada semua rakyatnya.
Ayat di atas juga merupakan satu gambaran tabiat pemerintah yang mengikuti dasar kaum pemodal yang sering menindas manusia, menyekat keperluan dan hak orang fakir dan miskīn.

 (di petik dari tafs al hakm karangan haji nik abdullah haj wan musa)