Friday, May 13, 2016

POLA BERFIKIR MEMPENGARUHI POLA HIDUP. Part 1:

POLA BERFIKIR MEMPENGARUHI POLA HIDUP.

Part 1:

Falasafah secara bahasa diambil dari perkataan philo dan sofi yg bererti cinta pada kebijaksanaan. Secara kefahaman bermaksud berfikir menurut tata tertib dengan sedalam-dalamnya, sehingga sampai ke dasar suatu persoalan dalam kehidupan manusia.

Golongan Mufahhamun juga merupakan ahli falsafah.

Falsafah terdiri dari tiga bahagian iaitu ontologi (theory of being), epistemologi (theory of knowledge), dan aksiologi (theory of value).

Perlu diketahui bahawa struktur dasar pengetahuan manusia selalu terarah keluar - mewujudkankan perbezaan pendapat.

Walaubagaimanapun perbezaan titik pijak itu sebenarnya membuka lembaran baru utk menjalani kehidupan yg sesuai dgn zaman sekiranya tidak mengabaikan 'hikmah'(sunnah) sebagaimana yg diajar oleh Nabi saw

Contohnya, 'sebungkus nasi air dingin' difahami dgn. nasi yg siap dibungkus itu sendiri atau difahami juga dengan benda-benda lain di sekitarnya, misalnya segelas air minum, bungkusan dari kertas serta sudu. Semua itu pula dilatar belakangi oleh meja. Meja pula berada dalam konteks yang lebih luas lagi, iaitu dalam kaitannya dengan kerusi, kabinet dapur dan semua yang berada disekitarnya - begitulah kaitannya kehidupan manusia di dunia.

Oleh kerana itu, manusia dan dunia tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Manusia ada kerana ada dunia, begitulah sebaliknya.

Dunia tersebut merupakan hasil pengetahuan manusia atas kenyataan di luar dirinya. Dengan kata lain, manusia memahami kenyataan sebagai suatu dunia. Misalnya dunia kampus, dunia pekerjaan, dunia seni, dunia organisasi, dan sebagainya.

Berbagai dunia ini menunjukkan paradigma-paradigma pembentuk pola fikir manusia. Kemudian pada akhirnya, berbagai ragam dunia tersebut dapat dirangkum dalam satu dunia, iaitu dunia kita ini atau dunia kita bersama.
Selanjutnya, pemahaman akan dunia sebagaimana diatas menjadi kesepakatan bersama.  Pengetahuan pada setiap individu itu dibawa dlm masyarakat yang beragam menjadi suatu dunia tersendiri.

Ringkasnya, dunia adalah hasil penafsiran sosial atas kenyataan. Buktinya, hal ini jelas dilihat dalam kebudayaan masyarakat seperti sistem ideologi, pola berfikir, pola hidup dan hal-hal lain yang ada dalam lingkungan kita.

Hal ini tidak hanya berlaku sekarang tetapi juga pada generasi-generasi yg sebelum ini. Ianya jelas boleh dilihat dlm sistem organisasi dan pemerintahan/politik mereka.

Jadi, dalam menganalisa struktur dasar pengetahuan, kita tidak boleh tidak harus memperhitungkan masyarakat dan kebudayaan yang menghasilkan dunia itu serentak berdasarkan pengetahuan dan kefahaman atas makna hidup utk menegakkan keadilan dan ihsan dalam masyarakat.
Dari Pola berfikir membawa kpd Pola Hidup. Menurut ahli falsafah, 'epistimologi problem' adalah pokok yang membentuk pola fikir dalam melahirkan ilmu, kemudian menguat menjadi pola hidup, dan akhirnya sebagai pegangan hidup.

Ini berlaku dlm semua masyarakat umum samada secara kita sedar atau pun tidak. Pegangan ini dijaga dan dipertahankan demi menegakkannya.

Pola berfikir masyarakat sekarang telah berubah. Ianya lebih saintifik serta moden. Dalam aspek keagamaan juga pola berfikir rasional kian dirasai di abad ini.

Semua ilmu memiliki asas dlm komuniti masing- masing. Metodologi atau pendekatan feqah mejadi pola hidup feqah oriented, pendekatan kalam menjadi pola hidup kalam oriented, pendekatan sufisme menjadi pola hidup tasawuf oriented.

Sederhananya, pola fikir yang benar akan menjadi pola hidup yang benar pula. Begitu juga sebaliknya, pola fikir  yang salah akan menjadi pola hidup yang salah pula.

Admin.

No comments:

Post a Comment