Monday, April 28, 2014

LAILATUL QADAR


LAILATUL QADAR
1.      Terdapat dalam kitab-kitab lama tentang penentuan malan lailatul qadr, seperti malam yang tidak berangin, air penuh telaga, pokok chondong ke arah kiblat dan malam yang tenang dan luar biasa.
2.      Faktor itu sudah mula dilupakan kerana  di kalangan mereka selalu mengintai-intai pada malam-malam tertentu kalau-kalau suasana isyarat itu berlaku terutama malam sepuluh akhir atau pun malam ganjil.
3.      Setelah mengintai-intai sekian lama, keadaan yang dinanti tidak kunjung tiba dan mulalah di kalangan ustaz-ustaz baru tidak berminat memperkatakan seperti mana ustaz-ustaz lama tetapi ia masih kuat tentang perhitungan (mathematiklah kita katakan) bahawa berlaku satu malam yang boleh menyamai pahala sebanyak seribu bulan.
4.      Inilah yang dianggap sebagai hadiah subsidi terbesar yang disediakan kepada umat Muhammad s.a.w sedangkan sunah Allah dalam surah al-qadr tidak menyebut tentang pahala tetapi sekadar lebih baik dari seribu bulan.
5.      Malam ganjil bukan pada perhitungan kelendar iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. Adapun malam genap ialah satu keadaan yang seimbang di antara malakiah dan sifat bahimiah.
6.      Adapun di ertikan malam ganjil ialah satu keadaan sifat malakiyah lebih daripada sifat bahimiah. Sifat malikiah mengatasi sifat bahimiah. Kesan daripada amalan taat yang menyeluruh atau ‘tasabuh bil malaikat’(penyerupaan malaikat) iaitu maalikat tidak makan, tidak minum dan tidak sek, itulah maknanya penyerupaan malaikat yang akan  melahirkan suatu amalan taat yang menyeluruh dan berpuasa , ia akan melahirkan suatu cahaya amalan. Cahaya itu bersamaan dengan dengan cahaya malaikat ,apabila bercahaya cahaya amalan taat , manusia naik maka cahaya malaikat akan turut memantul sama, menjadikan di saat itu suatu cahaya amalan taat yang saling berpantulan dengan cahaya malaikat menerangi alam dalam penglihatan batin. Jadi, bila kita tercapai malam itu, merealisasikan budaya insaniyah yang menghidupkan suasana kasih sayang sesama manusia dan semangat tolong-menolong supaya dapat mengatasi budaya haiwan yang bersedia untuk bertarung dan apabila menang ia dikira berhak menguasai membolot dan memonopolikan segala-galanya. Demikianlah hidup manusia dalam sistem pendidikan hari ini adalah kearah menang dan mengalahkan seorang, ia dalam persedian itu menguasai ilmu kemahiran supaya ia dapat menang dalam persaingan dan tidak mengambil berat tentang ilmu ihsan dan adil. Maksudnya bila tercapai malam lailatu qadar itu, kita merealisasikan hidup kita ini dengan budaya insaniyah.kepada ahli-ahli ugama umum.
7.      Apabila keadaan itu berlaku(tasabuh bil malaikat), tercapailah oleh seseorang pada qadar fitrah insaniyah mengikut kadar seseorang.
8.      Setiap seratus tahun Allah jadikan seorang mujadid kerana setiap seratus tahun dunia akan berlaku perubahan ,di keranakan jarak masa yang panjang menjadi sebab salah pengenalan terhadap ugama Allah  boleh berlaku.
9.      Maka program Tuhan untuk mereformasikan agama itu melalui nabi-nabinya terdapat gambaran pada program sebenar atau pun jalan reformasi sebenar sesuai dengan sifat Tuhan “Tuhan sentiasa dalam urusan’.
10.  Malam laillatu qadar yang  turun kepada nabi Muhammad s.a.w  ada kaitannya dengan perancangan Allah untuk  memimpin umat manusia kepada kebenaran mengikut saiz manusia sejagat.

11.  Telah menjadi satu persoalan kepada nabi muahammad apabila dia dilantik menjadi nabi semasa umurnya empat puluh tahun itu dan skop tugasnya mencakupi seluruh dunia.
12.   Dari segi perhitungan masa, hanya dua puluh tahun sahaja Allah memperuntukkan  kepada nabi Muhammad s.a.w  sedangkan umur-umur nabi sebelum ini ianya panjang dan ada yang mencecah seribu tahun seperti nabi nuh tetapi tidak berjaya untuk menyeru  kaumnya sahaja.
13.   Jadi masa begitu panjang untuk menyeru kaum sedang kepada Nabi Muhamad s.a.w., masa yang begitu singkat untuk menyeru umat dunia. Itulah suatu persoalan?
14.   Sebagai pemecah kebuntuan soalan ini, maka nabi s.a.w dengan kemurahan Allah, berlaku di malam itu satu limpahan ghaibi kepada nabi dapat menyaksi suatu gambaran tentang pencapaian yang akan berlaku dalam lingkungan seribu bulan itu. Satu malam yang berlaku peristiwa itu adalah lebih baik dalam lingkungan seribu bulan itu.
15.    Sehari di sisi Allah adalah seribu tahun pada perhitungan dunia. maka seribu bulan adalah di nisbah kepada malam dan terbit fajar dalam lailatu qadar. Di saat itulah Allah turunkan segala persediaan dan malaikat untuk menjayakan program Allah itu di namakan turunnya segala malaikat pada malam itu.
16.    Adalah tidak sama lailatul qadr yang diturun yang turunnya al Quran dengan lailatul qadr yang berlaku setiap tahun seperti mana peringatan hari merdeka setiap bila sampai tanggal 31 ogos. Memperingati 31 ogos adalah tidak sama dengan berlaku 31 ogos 1957. Perbezaan ini adalah jelas dengan hari-hari memperingati. 
17.   Demikian juga malam lailatulqadar adalah  jelas malam turunnya  ada pun hari yang berikutnya adalah sebagai hari memperingati saja tanpa turunnya al quran.
18.   Adapun hari-hari lailatul qadr berikut sebagai bayangan sahaja tanpa melibatkan turunnya al Quran dan tanpa dikaitkan dengan seribu malam.
19.   Persoalannya, dimanakah titik perbezaan itu?
20.  Tidak  semestinya lebih baik itu dikira daripada sudut pahala.
21.  Apa yang berlaku pada nabi Muhammad s.a.w. pada zaman keemasan islam dealam lingkungan seribu bulan sebagaimana sabda nabi s.a.w.” sebaik-baik kurun itu ialah kurun aku, dan kurung sahabat dan kurung yang mengiringi saat itu bermula daripada nabi di gua hira’. Dari sudut hikmatnya Allah telah mengisyaratkan dalam ‘alif lam mim’ dan anda akan mengikut hurainnya selepas ini.
 Oleh hasan muhamad,kg tok ku kedai lalat

Monday, April 14, 2014

ISLAM ISASI BOLEH MERUNTUHKAN KUASA MELAYU



ISLAM ISASI BOLEH MERUNTUHKAN KUASA MELAYU


1.    Islam isasi terkini boleh meruntuh kuasa melayu setelah ulama diberi kuasa lalu ia menguatkuasakan undang-undang kecil perbandaran berkenaan pemakaian kain tudung, pemerdagangan arak dan penyembelihan dan pemeliharaan babi.
2.    Arak dan babi sebenarnya bukanlah haram mutlak tetapi mereka yang bersifat melampau telah memutlakkan hukum yang tidak mutlak.
3.    Pengusaha kek yang menggunakan berus daripada bulu babi untuk memberus kek diharamkan ataupun produk keluarannya itu dikira haram sedangkan menyentuh babi tidak terdapat di dalam al Quran dan hadis.
4.    Maka Islam  di kalangan mereka-mereka yang mendakwa dirinya ulama sebenarnya berpandu kepada kitab-kitab lain selain daripada al Quran dan sunah.
5.    Golongan seperti inilah Allah menyifatkan dengan firman mereka jadi kan golongan ualama-ulama feqah dan ulama-ulama tasauf itu Tuhan selain daripada Allah.
6.    Mereka ini bila di soal dalam kubur tentang iman kamu mereka akan menjawab kitab fiqah. Ijtihad ulama bukan qatiie tetapi suatu kesesuaian untuk satu ketika dan sesuatu zaman dan ijtihad bukan sesuatu yang mutlak melainkan al Quran, ulama-ulama besar seperti imam syafie, abu hanifah dan malaik dan ahmad ibnu hambal tidak menggalakkan orang bertaklid kepadanya malah ia menggalakkan supaya umat Islam  merujuk kepada sumber qatie seperti al Quran dan sunnah.
7.    Mereka-mereka ini yang pandai membaca sebahagian daripada ayat Allah  untuk menyokong hukum-hukum yang sengaja di tokok tambah.
8.    Antaranya di sebabkan kain tudung dan baju kurung diperkenalkan di sekolah kebangsaan maka bangsa cina dan india telah memboikot sekolah kebangsaan dan mereka bangsa cina telah mengambil kesempatan menghimpun anak-anak mereka ke sekolah tertentu.
9.    Bertolak daripada keadaan itu cina telah membangkitkan bangsa mereka dengan semangat cauvinis dan perkauman.
Daripada kenyataan ketua MCA bahawa selera kaum cina sebelum ini yang ingin bersama melayu-umno mahu melihat suasana politik yang stabil dan mudah untuk berniaga telah  bertukar kepada orang-orang cina perlu kuasa yang lebih besar kerana mereka telah hilang kepada pemerintah kerana bertindak dengan tidak di ukur daripada dari segi sudut keperluan sejagat.
10.                      Lalu ia berpakat dengan pas dan pakatan rakyat di dalam suatu persepakatan (dengan maksud ia mempunyai kekuatan untuk memperalatkan dua kumpulan ini) walaupun mereka tidak menjawat jawatan menteri besar di perak dan kelantan.
11.                      Hampir 1/3 daripada tanah di perak dan kelantan telah bertukar milik kepada cina.
12.                      Inilah strategi yang dibuat oleh yahudi terhadap negara palastin bermula daripada pemilikan tanah.
13.                      Lebih-lebih lagi dengan kuasa ketua menteri di pulau pinang, dia telah menaikkan harga rumah diluar daripada kemampuan orang melayu dan orang melayu akan  kian terhimpit dari semasa ke semasa.
14.                      STRATEGI PENGAMBILAN TANAH YANG DI PINGGIR KOTA dengan kerjasama menteri besar kelantan  akan tertubuhlah bandar-bandar cina termasuklah di daerah bacok iaitu kampung chenok dan mengambil tanah-tanah kepunyaan melayu di kelantan untuk dibangunkan untuk tujuan dan kemampuan cina.
15.                      Di pulau pinang, peluang-peluang perniagaan orang melayu  telah terkubur sama sekali.
16.                      Menteri-menteri cina di dalam kerajaan semasa Chua Jui Meng  menjawat jawatan menteri kesihatan telah mengharamkan rumpai laut yang berasal dari selatan thai sebab rumpai itu telah di resapi oleh minyak walaupun resapan itu adalah sebahagian kecil daripadanya tetapi rumpai itu telah di haram sama sekali kerana perniagaan rumpai itu menjadi sumber ekonomi  orang melayu  dan  kegiatan perniagaan orang melayu.
17.                      Rokok di hukum haram oleh majlis fatwa kebangsaan, yang menjadi mangsa ialah orang melayu terdiri dari penanam-penanam tembakau hilang punca rezeki mereka sedangkan rokok di jual secara berleluasa.
18.                      Inilah hukum haram yang dibuat mengikut pandangan sebelah mata.
19.                      Tindakan-tindakan demikian itu melemahkan orang melayu.
20.                      Lee kuan yue pernah berkata malaysia akan bergabung dengan sigapura di suatu masa .
21.                      Sebelum ini singapura telah banyak menyumbang wang untuk pilihanraya di malaysia.
22.                      Menteri besar kelantan nik aziz nik mat pernah menziarahi kematian isteri lee kwan yue, kenapa tidak menteri besar lain?
23.                      Singapura juga telah memberi peluang kepada pemuda-pemuda cina masuk ke singapura sebagai pekerja, kemasukan mereka bukan sebagai pekerja biasa. Ia bermula dengan latihan tentera dan latihan-latihan tertentu dan kursus-kursus diberikan dan selepas itu mendapat kad kelulusan tertentu , dia diberi pekerjaan tertentu dan diberi bayaran di luar daripada sepatutnya.
24.                      Strategi mereka ialah supaya pemuda-pemuda cina di malaysia dapat memperkukuhkan kedudukan ekonomi.
25.                      Bila wang mereka telah terkumpul mereka pulang dan membuat strategi perniagaan dan berbagai-bagai lagi.
26.                      Saat yang mereka tunggu ialah akan saat berlaku 13 mei kedua. Di saat itu hak  singapura untuk  campur tangan secara langsung akan berlaku dan kesempatan itu mereka akan mengambil selatan semanjung dan menghalau orang-orang melayu ke utara dan orang cina akan berhimpun di selatan.
27.                      Lalu berlakulah proses pilihanraya di selatan semenanjung untuk membuat penentuan bergabung dengan singapura.
28.                       Kalau di Ukraine, Russia mampu membuatnya dan Yahudi mampu membuat di Pelestine di negara Arab , perhitungan yang sama bukanlah mustahil Singapura tidak mampu membuatnya. Firman Tuhan .... Hud 11:57. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. Al baqarah 254. Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. Q 9 31,Mereka jadikan ulama2 fekah dan tasauh tuhan selain daripada Allah. Mengikut istilah al Quran ayat Quran 2: 254, maksud kalimah “kafir” pada ayat ini ialah orang yang tidak sanggup berbelanja hartanya, kerana sesebuah pemerintahan tidak mungkin dibangunkan tanpa kekayaan. Orang kafir adalah orang yang zalim.
Syaikh(ubaidillah sindi) berkata, pengabungan jalan nabi dengan tamaddun berlaku dibawah undang-undang yang berkuatkuasakan oleh kerajaan.(rujuk tafsr al-hakm).
huraian, sebuah kerajaan memerlukan harta serta sumber2 yang boleh memperkukuhkan kerajaan, sekiranya dikalangan mereka enggang menyumbang sebahagian daripada rezeki itulah orang-orang yang zalim dan kafir. Kesan daripada sikap keengganan dan ingkar mereka itu menyebabkan kerajaan akan runtuh dan hilang segala persaudaraan dan perdagagan yang menjadi sumber rezeki akan tertutup kerana di monopoli dan dikongkong oleh kuasa penjajah.

 .
29.                      Demikianlah nasib malang generasi melayu ketika itu dan Mimpi ngeri terhadap bangsa melayu itu berlaku bermula dengan kebodohan pemimpin melayu yang telah memimpin setengah abad tidak mampu membina keadilan dan ihsan terhadap rakyat kerana terlalu memberi peluang kepada orang-orang yang mengaku yang dirinya ulama sebagai pewaris nabi tetapi mereka di hijab oleh salah pengenalan tentang prinsip perpaduan sejagat yang terkandung di dalam al Quran dan mengikut jalan hikmat dan ikhtibar dan mereka tidak mampu merialisasikan kalimah Allah untuk semua kepentingan manusia tetapi mereka bercakap tentang perpaduan yang di ukur dengan saiz kelompok-kelompok puak tertentu sahaja tetapi tidak layak bercakap tentang perpaduan sejagat.
30.                      Mereka sanggup bercakap tentang perpaduan tanpa berasaskan apa-apa prinsip sebagai penyebab skop pemerintahan hanya di ukur di atas fardu ain semata-mata tanpa di ambil kira prinsip sejagat  .Mereka membesarkan secara zahir semata-mata seperti taranum, tajwid, hafaz dan berdikir selawat perdana sebagai bahan hiburan dan dari sudut yang lain mereka menutup Quran itu daripada di buat kajian untuk di fahami mengikut jalan hikmat dan ikhtibar . mereka cuma   menggalakkan Quran di baca dengan kaedah tajwid dan taranum. Dan tafsir Quran mengikut kaedah nahu dan fiqah dan apa yang lahir hanya sebagai cerita.
31.                      Apa yang hendak diberitahu ialah apabila di beri peluang memerintah negeri, kerajaan telah memberi ruang kepada ulama dan ulama mengheret terlalu jauh yang menyebabkan keyakinan orang umum  terhadap BN/umno ini sudah hilang . bila keyakinan bangsa lain terhadap BN/umno hilang, mereka akan membuat strategi lain. Ini berlaku setelah diberi ruang kepada orang yang terlalu bercakap tentang aurat, kain tudung, kesan daripadanya keyakinan rakyat umum terhadap kerajaan telah hilang. kerana hilang prinsip persaudaraan, maka orang cina  hilang kepercayaan kepada pemerintah kerana( paksi mereka) sudah ada  di d singapura. Mereka ingat orang cina boleh dicucuk hidung begitu sahaja. Mereka orang-orang Cina sudah tumbuh taring dan kita ini tidak ada apa-apa, hanya meraikan/pelihara golongan-golongan sami melayu/tok lebai. Buat pelbagai jabatan untuk mereka dan beri apa saja yang mereka kehendaki yang bukan hanya merugikan wang rakyat sedang mereka tidak berbuat apa-apa untuk kemajuan negara melainkan melalaikan melayu Islam  selain dari merasuahkan umat dengan syurga sehinggakan melayu Islam  semakin ketinggalan kepada kaum lain berpuluh tahun ke belakang dalam arus kemajuan dunia  . Apa faedahnya mereka ini kepada negara? Jika dulu kerja mereka hanya berebut mayat orang mati untuk di kebumikan. Mayat orang mati pun mereka berebut!!???.apa matlamatnya? Yang dah mati tu biar-biarlah. Hendak bakar ke? Hendak tanam ke? Itu hanya untuk menghilangkan bau sahaja yang mungkin akan mengganggu ketenteraman orang yang masih hidup. Pada Tuhan tidak ada apa-apa.bila mati sudah tidak dikira dosa pahala, buku amal sudah tutup dan tiada siapa yang boleh membantu menambahkan pahala!!??. Itukah sahaja kerja mereka yang dibayar gaji lumayan yang menggunakan wang cukai rakyat. Cukupkah mereka dengan hanya berjihad dengan kain tudung dan mengintai-intai mayat orang mati dan makanan halal   selain daripada hanya berjihad dengan babi begitu sahaja? mereka-mereka ini hanya cukup dengan berjihad menentang penggunaan dan pemeliharaan babi sahaja.

Oleh hasan muhamad tokku kedai lalat