Wednesday, July 13, 2016

AGAMA SATU SYARIAT DAN MANAHIJ BERBEZA


Allah menyariatkan untuk kamu agama, apa yang Dia telah berpesan kepada Noh, dan yang telah Kami wahyukan kepada kamu dan apa yang telah Kami wasiatkannya kepada Ibarahim dan Musa dan Isa supaya mereka menegakkan Agama dan janganlah kamu berpecah-belah padanya.
Mujahid berkata: “Kami berpesan kepada kamu wahai Muhammada dan kepada mereka dengan agama yang satu.”  Allah berfirman:( Al-Mukminun: ayat 52 dan 53):
Sesungguhnya agama ini agama kamu, agama yang tunggal dan Aku adalah Tuhan kamu; hendaklah kamu bertakwa kepadaKu.  Lalu mereka pecahkan urusan mereka di kalangan mereka beberapa golongan; dan setiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka.
Maksudnya “millah kamu” adalah millah Islam; dan maksud “lalu mereka pecahkan urusan mereka: adalah Musyrikin, Yahudi dan Nasara.  Alllah berfirman: (Al-Maidah: ayat 67):
Bagi setiap umat daripada kamu, Kami jadikan syariat dan manahij.
Kata Ibni Abbas, maksudnya jalan dan sunah.  Allah taala berfirman: (al-Haj: ayat 67
Bagi setiap umat Kami telah jadikan untuk mereka syariat yang mereka beramal dengannya.
Maksudnya syariat yang mereka amalkan.
Para Nabi a.s. telah sekata bahawa asal agama satu.  Hanya syariat dan manahij berbeza.  Para nabi telah sekata mengesahkan:
Ibadat dan mohon pertolongan daripada Allah,
membersihnya dari perkara yang tidak layak baginya,
haram kufur terhadap nama-namanya,
hambaNya dikehendaki mengagungkannya tanpa kecuaian,
mereka menyerah jiwa raga kepadanya,
berdamping kepada Allah melalui syiar-syiarnya.
Allah menetap semua peristiwa yang berlaku sebelum Ia menciptanya,
Allah mempunyai malaikat yang tidak ingkar dan bertindak mengikut perintahnya.
Dia menurun kitab kepada hambaNya yang Ia kehendaki.
Dia wajibkan manusia taat kepadanya,
Kiamat itu benar,
Syurga dan neraka benar.
Para nabi juga sekata tentang
Pelbagai kebajikan termasuklah kesucian, solah, zakat, puasa, haji.
Perdampingan kepada Allah melalui amalan sunat seperti doa, zikir, membaca kitab Allah.
Perkahwinan, dan mengharamkan zina.
Menegakkan keadilan di kalangan manusia,
Mengharamkan kezaliman,
Menjalankan hudud ke atas penderhaka, memerangi msusuh Allah,
Berijtihada menyebarkan urusan dan agama Allah.
Inilah asas agama.  Maka Al-Quran tidak membahas hakikat perkara ini melainkan apa yang dikehendaki Allah kerana semuanya diterima oleh mereka yang diturunkan Al-Quran dalam bahasa mereka.
Perkara-perkara ini berbeza dari segi bentuk atau cara.  Misalnya:
Sembahyang dalam syariat Musa a.s. menghadap baitulmakdis, tetapi dalam syariat Muhammad menghadap ke arah Kaabah.
Dalam syariat Musa terdapat hukum rejam; tetapi dalam syariat Muhammad terdapat hukum rejam bagi yang telah berkahwin dan sebat bagi yang belum berkahwin.
Dalam syariat Musa terdapat hukum bunuh balas sahaja; tetapi dalam syariat Muhammad terdapat bunuh balas dan bayar denda.**
Mereka juga berbeza masa mengerjakan amalan taat, adab-adab dan rukun-rukun.
Ringkasnya, semua perkara khusus yang disediakan dan menjadi asas pelbagai kebajikan dan tamadun yang dibina adalah syariat dan manahij.
Semua amalan taat yang Allah perintah kepada semua agama:
Tercetus dari niat,
Mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada jiwa di akhirat,
Membantu dan menerangkan rupa niat,  Niat adalah neraca dan menguasai amalan itu.  Amalan tidak jelas tanpa mengenal niat.
Kadang-kadang seorang merasai cukup dengan perkara yang tidak mencukupi.  Misalnya dia sembahyang tanpa bacaan dan doa.  Maka sembahyangnya siasia.  Dia memerlukan pimpinan seorang yang:
Benar-benar mengetahui,
Dapat memastikan perkara sulit dan samar dengan tanda-tanda yang jelas.
Dengan tanda yang zahir itu:
Dapat dibezakan oleh orang bodoh dan orang cerdik,
Mereka dituntut supaya melaksanakannya,
Mereka boleh diambil tindakan kerana meninggalnya berdasarkan bukti Allah dan kemampuan mereka.
Kadang-kadang dosa menjadi keliru dengan bukan dosa.  Misalnya orang Musyrik berkata: “Sesungguhnya perdangangan itu seperti riba.” (Al-Baqarah: ayat 275), mereka berkata demikian mungkin kerana:
Mereka kekurangan ilmu atau,
Tujuan deduniaan yang merosakkan mata hati mereka.
...dan seterusnya.

dipetik dari buku.

Adil adalah 3 per empat daripada ugama.

Adil adalah 3 per empat daripada ugama.
Umat islam kini hanya tinggal rukun syiar semata2 tetapi prinsip yang tersusun yang menuju kepada adil dan ihsan yang merangkumi manusia seluruhnya.
Ajaran para nabi yang berpaksi  kepada insaniayah. Ajaran para hukama berpaksi kepada ananiyah. Ajaran kepuakan berpaksikan jibilah atau budaya nenek moyang, mereka berlumba mencipta formula kemajuan sehingga tenggelamnya keadilan.
Apabila diperkatakan tentang adil tergambarlah revolusi yang menjuruskan kepada sosialis dan komunis.
Sedangkan di dalam negara kapitalis seperti swissland, belgium norway dan lain2 dapat mewujudkan keadilan kepada rakyatnya tanpa di desakkan kepada revolusi sosialis dan komunis.
Kita tidak seharusnya melihat adil itu dari satu subjek sahaja.
Pernternak ayam dapat memahami tidak semua ayam ternakannya mampu berebut. Maka golongan kerdil dan lemah perlu diberikan tumpuan khas supaya semuanya mendapat hak mendapat kelangsungan hidup. Adalah mustahil apabila di perkatakan sesuatu agenda supaya miskin menjadi kaya.
Kalau ada pun, adalah terhad secara individu bukan satu kaedah penyelesaian umum terhadap kemiskinan rakyat.
Adalah lebih praktikal kalau sesuatu agenda untuk mempermudahkan orang miskin dapat membuat sesuatu untuk kegunaannya.
Apabila golongan yang paling  terkebawah dapat menyediakan keperluan sara diri . Itulah nilai keadilan dan 50 peratus ekonomi negara sudah di kira mantap.
Menepati dengan teori ekonomi islam iaitu sistem pembahagian rezeki diantara tolongan kaya dan golongan miskin.
Kepada golongan rakyat yang tiada tempat bergantung dan mengganggur di namakan kehidupan secara perkongsian antara modal dan tenaga. Disatu pihak kerajaan boleh memberi prasaran disatu pihak memberi bahan mentah dan satu pihak memberi tenaga , mereka membuat mengguna dan menjual. Kaedah ini boleh diurus oleh kerajaan badan berkanun atau individu.
Atau dengan lain perkataan satu daya penggerak tiap tenaga yang ada boleh menyumbang kepada produktiviti.
Sesuatu aktiviti ekonomi biasanya perlu mendapat restu daripada pasaran iaitu segolongan kaum kapitalis yang mendominasikan pasaran arus perdana dan bersekongkol dengan rakyat yang disogok dengan iklan yang meluas menyebabkan tidak banyak benda yang boleh dibuat oleh rakyat. Sebaliknya jika sesuaut perniagaan dibuat berasaskan skim sara diri banyak benda yang boleh dibuat dan diniagakan.
Kaedah ini boleh memperkenalkan produk2 baru tanpa menggunakan kos iklan yang besar. Itulah hala tuju atau pun halatuju kearah membina market yang dapat menyaingi, yang dapat mengimbang pasaran arus perdana.
Objektif inilah nabi membina pasaran kedua sebagai imbangan kepada pasar yang ada yang didominasi oleh kaum yahudi
Oleh hasan muhamad.