Thursday, November 8, 2018

MISI PERUTUSAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

 PRAKATA

Pembentangan mengenai perutusan Nabi S .A.W. bukanlah suatu perkara yang asing bagi kita di Malaysia ini , lebih-lebih lagi dalam era kebangkitan Islam sekarang. Tulisan-tulisan mengenainya senang diperolehi. Walau bagaimanapun, pembentangan mengenai perutusan Nabi S . A . W. mengikut kaedah yang dipelajari daripada Al Imam Syah Waliyullah Ad Dahlawi R.T ., jarang sekali didengar. Justeru itu pembentangan ini mungkin terasa asing dan "Non-Islamic" oleh sesetengah pihak yang jumud. Namun begitu, kami merasakan pembentangan ini amat penting sekali kerana dua sebab.

Pertama: Kami merasakan jalan kefahaman Islam mengikut kaedah Imam Syah Waliyullah Ad Dahlawi R.T. adalah satu-satunya jalan kefahaman yang mampu menyatukan umat manusia sabagaimana dikehendaki oleh Islam. Dengan kesedaran itu kami mengemukakannya supaya masyarakat dapat menilainya sebagai satu alternatif.

Kedua: Sepanjang pengetahuan kami , teknik mempelajari agama secara "berguru" warisan Islam sudah hampir pupus di telan oleh teknik kesarjanaan yang dipelopori oleh Barat. Di zaman ini ada lah amat sukar bagi kita untuk mencari seorang guru yang boleh mendakwa dirinya menerima pelajaran yang sedang di ajarnya itu daripada mana-mana Imam , misaInya Imam Syafie atau Imam Nawawi ataupun Imam-imam yang lain ,melalui warisan guru-guru secara bermatarantai . Dalam hal ini kami merasa amat bersyukur kerana matarantai perguruan mengikut kaedah Imam Syah Waliyulla h Ad Dahlawi R.T. masih diteruskan.

Pertubuhan pengajian Islam negeri Kelantan
Ogos 1996





PENDAHULUAN

Tujuan Kertas ini adalah untuk membentangkan secara selayan pandang Misi Perutusan Nabi Muhammad S.A.W. berdasarkan kefahaman mengikut jalan Al Imam Syah Waliyullah Ad Dahlawi R.T. yang dipelajari secara "berguru" warisan Islam mengikut kaedah ulama Mutaqaddimin. Ia mengandungi empat Bahagian.

Bahagian Pertama kertas ini mengemukakan pengertian agama mengikut kehendak Al Quran, manakala
Bahagian Kedua menjelaskan tujuan perutusan Nabi S.A.W. dan cara-cara beliau melaksanakan dakwah. Bahagian Ketiga kertas pula menghuraikan bentuk Ukhuwah Islamiah yang diasaskan oleh Nabi S.A.W . seterusnya, dalam Bahagian Ke empat kertas ini mengemukakan asas-asas penyatuan millah di bawah Pemerintahan Islam.




















BAHAGIAN PERTAMA


PENGERTIAN AGAMA

Difinisi Agama.

istilah Al Quran yang biasa diterjemahkan sebagai agama ialah "DIN " , Perkataan "DIN" dalam bahasa Arab , mempunyai banyak makna . Antara makna "DIN" ialah fitrah , aqidah, taat, cara hidup (way of life),  undang - undang (syariat) , hukuman, pengadilan, dan beberapa makna lagi. Al Quran
menggunakan perkataan "DIN" untuk merujuk kepada maksud -maksud perkataan itu mengikut bahasa , bergantunglah kepada konteks ayat . Misalnya , dalam ayat "Bagi kamu DIN kamu, bagi kami DIN kami" (AI Kaafirun: 6), perkataan “DIN" merujuk kepada cara hidup. Dalam ayat "Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu DIN kamu" (AI Maaidah: 3) perkataan "DIN" merujuk kepada syariat . Walau bagaimanapun , kalau diperhatikan dengan teliti, perkataan "DIN" dalam bentuk definitif . "AD DIN", biasanya digunakan oleh Allah S.W.T. untuk merujuk kepada fitrah kemanusiaan . Malah Al Quran mendifinisikan "AD DIN" itu sebagai fitrah kemanusiaan .

Firman Allah S.W. T. :

Terjemahan: Maka tegakkanlah haluan engkau bagi AD DIN dalam keadaan cenderung kepadanya. (iaitu ) Fitrah ( ciptaan) Allah yang mana manusia diciptakan di atasnya. Tiada perubahan pada ciptaan Allah itu ( fitrah) . Itulah AD DIN yang tulen. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .
(Ar Rum: 30) .

Ayat di atas, selain daripada mendifinisikan AD DIN sebagai fitrah kemanusiaan, juga menyatakan bahawa fitrah kemanusiaan itu adalah sejagat dan tidak mengalami perubahan. Fitrah itu sama sahaja di kalangan manusia , tidak kira di mana ia berada dan di zaman mana ia di lahirkan. Allah menegaskan bahawa fitrah kemanusiaan yang sejagat itulah Ad Din yang tulen, dan diatas landasan fitrah kemanusiaan yang sejagat itulah manusia diperintahkan supaya menegakkan haluan hidup mereka. Dalam pada itu di akhir ayat Allah S.W.T . mengingatkan bahawa kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Fitrah kemanusiaan

Allah swt mencipta manusia di atas suatu fitrah, iaitu fitrah kemanusiaan: manusia (Insan) di tahap fitrah itu adalah amat seni (ruhani). Di tahap itu seorang insan adalah sama dengan insan yang lain, tidak kira di mana atau pun zaman mana ia dilahirkan. Di tahap ini ia adalah suci bersih, mengenal kebenaran, berlaku adil, patuh kepada Allah dan berkasih sayang sesama makhluk Allah .

Jibillah insaniah.

Sabda Nabi S.A.W. :

terjemahan: Setiap yang dilahirkan itu dilahirkan di atas fitrah. Ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi , atau Nasrani , atau Majusi .

Berpandukan hadis ini dapat difaham bahawa sungguhpun manusia itu di cipta di atas fitrah yang sama, setiap insan itu akan mempunyai peribadi (jibillah ) tersendiri apabila ia dicampakkan ke alam syahadah ini. Banyak faktor yang berpengaruh di alam ini akan menentukan pembentukan peribadi individu ataupun peribadi kaum. Syah Waliyullah Ad Dahlawi R. T. menerangkan bahawa faktor - faktor terpenting yang membentuk jibillah seseorang manusia ialah keturunannya , makanannya, iklim tempat ia dilahir dan dibesarkan, masyarakat sekitarnya , dan niat ibubapanya .

Di tahap jibillah ini manusia tidak sama antara satu dengan yang lain . Di tahap ini wujudlah perbezaan dikalangan manusia samada daripada segi peribadi , tabiat kaum,tempat ataupun zaman . Perbezaan jibillah ini juga mewujudkan perbezaan tabiat, adat resam dan pengenalannya terhadap sesuatu. Lantaran perbezaan adat resam di kalangan berbagai umat, yang lahirnya adalah sebagai pelaksanaan kehendak fitrah, wujudlah perbezaan di dalam syariat atau undang-undang yang mengukuhkan adat resam itu .

Pengaruh-pengaruh jibillah berperanan sebagai tabir (hiJab) yang menyelubungi kesucian fitrahnya menyebabkan sukarlah bagi kebanyakan manusia mengenal fitrahnya , seperti kebenaran, keadilan , dan kasih sayang. Oleh itu tindakannya kadang-kadang sesuai dengan fitrah dan kadang-kadang
melanggar kehendak fitrah .
Setiap umat Ada syariat, Manahij dan Manasik .  

Firman Allah S.W.T.:
Terjemahan: Bagi setiap umat dari kamu , Kami jadikan syariat dan manahij. ( AI Maaidah: 48 ) .

Firman Allah S .W .T.:
Terjemahan: Bagi mereka setiap umat Kami jadikan Manasik (cara ibadat) yang mereka kerjakan.
( AI Hajj: 67).
Allah S.W.T. , di atas limpah Rahmatnya kepada hambaNya , telah membangkitkan di kalangan setiap umat pada setiap zaman , para anbia yang berperanan bukan sahaja mengajar manusia akhlak-akhlak yang perlu bagi manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat (SAADAH HAKIKl ), dan cara -cara melakukan ibadat kepada Tuhan yang mencipta dan mentadbir mereka, tetapi juga membentuk asas-asas pentadbiran tamaddun. Sebenarnya , asas-asas pentadbiran yang bermanfaat ini adalah kehendak fitrah kemanusiaan, diakui oleh sekelian
manusia dan wujud di dalam mana-mana masyarakat sekalipun . Ia di akui dan dipertahankan dari satu abad ke satu abad , dan dari satu peringkat ke satu peringkat. Sesiapa yang melanggarnya akan ditentang oleh masyarakat.

Sungguhpun asas - asas pentadbiran yang bermanfaat itu disepakati  oleh sekelian manusia , bentuk pelaksanaan asas-asas pentadbiran itu , atau pun cabang-cabangnya, tidaklah sama di antara manusia di setiap pelusuk dunia dan setiap zaman . Dengan perkataan yang lain , bentuk perlaksanaan kehendak fitrah itu adalah berubah mengikut zaman, tempat dan kaum. Keadaan ini berlaku kerana penzahiran kehendak fitrah itu dipengaruhi oleh faktor - faktor jibillah; perasaan kaum , adat resam , alam sekitar dan sebagainya.

Agama di sisi Allah ialah Islam.

Firman Allah S.W.T.:
Terjemahan:
Sesungguhnya Ad Din (Agama) di sisi Allah ialah Islam
(Ali Imran : 19 ).

Ayat di atas menyatakan bahawa agama di sisi Allah hanyalah Islam. Perkataan “Aslama – Yuslimu” yang bermaksud tunduk patuh. Istilah “Islam” bermaksud kepaTuhan kepada Allah. KepaTuhan kepada Allah bermakna menjalani hidup di atas landasan fitrah kemanusiaan, cenderung kepadanya (Hanifan Musliman). Agama inilah yang diwahyukan oleh Allah kepada sekelian para Rasul  as supaya diajar kepada manusia dan ditegakkan. Firman Allah swt:
Terjemahan : Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepada engkau (Muhammad ) sebagaimana telah Kami wahyukan kepada Nuh dan sekelian para Nabi selepasnya. (An Nisa': 163).

kesimpulannya
Agama adalah sesuatu yang telah difitrahkan oleh Allah S.W.T . dan semulajadi kepada manusia. Agama terbahagi  kepada beberapa peringkat. Agama tulen ( Ad Din) ialah fitrah kemanusiaan yang sama di kalangan manusia dan tidak mengalami apa- apa perubahan. Di tahap ini agama adalah satu kerana
agama datang daripada sumber yang satu . Al Quran menamakan agama ini Al Islam, yang bermaksud kepaTuhan kepada kehendak fitrah kemanusiaan atau penyerahan total kepada Allah.

Apabila dizahirkan di dalam kehidupan manusia , agama berada pada tahap cara hidup atau syariat. Peringkat ini ialah peringkat pelaksanaan kehendak fitrah, di tahap ini agama mengalami bukan sahaja perbezaan mengikut umat tetapi juga mengalami perubahan mengikut zaman. Syariat yang dibentuk oleh Rasul yang diutus kepada satu umat tidak sama dengan syariat yang dibentuk oleh Rasul yang lain yang diutus kepada umat yang lain . Syariat yang dibentuk oleh Rasul terdahulu diubahsuai oleh Rasul yang kemudian. Perbezaan dan perubahan dalam syariat ini timbul lantaran perbezaan dan
perubahan dalam faktor - faktor  jibillah insaniah yang berperanan mempengaruhi pembentukan cara hidup dan syariat . Perbezaan dan perubahan dalam faktor-faktor jibillah seterusnya mempengaruhi cara-cara pelaksanaan kehendak syariat itu dalam satu-satu umat. Di tahap ini agama berada pada tahap mazhab (manahij). Wallahu A'lam.
















BAHAGIAN KEDUA

TUJUAN DIUTUSKAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
DAN CARA -CARA DAKWAH DILAKSANAKAN



Tujuan Diutus Nabi S.A.W.

Firman Allah S.W.T.:

Terjemahan : Dialah (Tuhan) yang telah mengutuskan RasulNya dengan Hidayah dan Dinul Hak (Keadilan Yang Tulen) supaya dizahirkannya di atas Ad Din (fitrah ) seluruhnya, walaupun dibenci oleh golongan yang musyrik. (Saf: 9).

Ayat di atas menyatakan bahawa perutusan nabi Muhammad S .A.W. adalah membawa Hidayah dan Dinul Hak ( Keadilan yang Tulen ) kepada umat manusia. Tujuannya ialah supaya Hidayah dan Dinul Hak itu dizahirkan berdasarkan fitrah (Ad Din) seluruhnya . Usaha menzahirkan keseluruhan kehendak fitrah
itu sudah pasti dibenci oleh golongan musyrik, tetapi Nabi S.A.W. diperintah agar tidak menghiraukan
kebencian itu. Dengan perkataan lain , matlamat perutusan Nabi S.A.W. adalah untuk menzahirkan cahaya kebenaran dan keadilan di kalangan umat manusia. Inilah misi dakwah Nabi S.A .W., dan dakwah ini telah dilaksanakan oleh Nabi S.A.W. didalam dua peringkat , iaitu menyampaikan Hidayah dan menegakkan Dinul Hak.

Cara- cara Dakwah Dilaksanakan

Keseluruhan pengajaran Nabi S. A.W . adalah terkandung di dalam Al Quranul Azim , manakala Sunnah Nabi S.A.W. pula memberikan kita contoh atau model pelaksanaannya. Daripada nas-nas Al Quran , Hadis-hadis, dan catatan sejarah , kita mendapati teknik dakwah yang digunakan oleh Nabi S .A.W. di
peringkat menyampaikan Hidayah berbeza daripada teknik dakwah yang digunakan di peringkat menegakkan Dinul Hak .

Teknik dakwah Peringkat Menyampaikan Hidayah

Di peringkat menyampaikan Hidayah Nabi S.A.W. telah menyampaikan ajaran Al Quran kepada masyarakatnya dengan cara mengajar, mendidik , dan melatih setiap orang agar bersedia dan layak memikul perintah Allah S.W.T . Sikap yang diambil Dalam memberi hidayah kepada umat manusia adalah lemah lembut dan kasih sayang. Tujuannya ialah supaya manusia dapat mengenal hakikat kebenaran berdasarkan kemahuan fitrah yang semula jadi walaupun dalam pelbagai ibarat atau rupa, mengikut persediaan dan kebolehan seseorang, kerana mengikut kadar inilah manusia dipertanggunjawabkan dengan hukum Allah. Kesimpulan ini  dibuat berdasarkan pengiktirafan Nabi saw terhadap keimanan seorang perempuan hitam apabila ia menjawab dengan menunjuk kearah langgit dan berkata: “Maka ia menjawab dengan menunjuk kearah langgit dan berkata: “Di langgit” lalu Nabi saw bersabda: “Dia seorang perempuan mukmin.”
Terhadap ahli-ahli millah terdahulu yang telah banyak menyeleweng dari pada landasan fitrah dengan pelbagai bidaah , Nabi S. A.W . telah diarah supaya menjemput mereka, berunding,
dan bermesyuarat berdasarkan pengajaran Nabi - nabi mereka masing-masing , walaupun didapati istilah-istilah dalam menggambarkan hakikat kebenaran dan usul-usul akhlak yang dikehendaki itu berlainan. Mereka diajak berganding bahu melahirkan kebenaran yang tulen dalam syariat - syariat
terdahulu itu. Perhatikanlah firman Allah S.W.T. berikut :
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai Ahlul Kitab! Marilah kita bersama-sama dalam satu pengajaran yang sama antara kami dan kamu ,iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak  menyegutukanNya dengan sesuatu jua pun, dan tidaklah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain Sebagai orang-orang yang dipuja dan didewa - dewakan selain daripada Allah." Kemudian jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu ' bahawa sesungguhnya kami adalah orang - orang Islam (muslimun ) .. ( AI’ lmran: 64).

Ayat ini juga memberi kita faham bahawa sesiapa sahaja yang meyahut seruan Nabi S.A.W. itu, tidak kira daripada syariat mana, adalah dikira muslim dan dengan semangat inilah Nabi S.A.W. telah membentuk Ukhuwah Islamiah (persaudaraan muslimin)  yang bersatu padu untuk mengembangkan pengajaran Ilahi yang sama dalam semua Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka, dan menyatukan cara-cara melaksanakan pemerintahan di bumi ini, untuk menjamin hak-hak keadilan dan kasih sayang kepada seluruh umat manusia dan semua makhluk Allah.

Ayat-ayat Al Quran yang yang menggambarkan teknik dakwah  peringkat menyampaikan hidayah ini adalah banyak. Antaranya:
Firman Allah S. W.T.:

Terjemahan: Serulah mereka, itu kepada jalan Tuhan engkau berdasarkan hikmah dan nasihat yang baik dan hendaklah kamu bantahkan mereka dengan sesuatu yang lebih baik. ( An - Nahli: 125 ).

Maksudnya hendaklah diseru umat manusia daripada millah yang berlainan itu supaya kembali kepada kebenaran yang ditetapkan oleh Tuhan berdasarkan hikmah,, iaitu dengan memperkenalkan hakikat kebenaran pengajaran  yang sama dalam Kitab-kitab Ilahi yang menggambarkan kemahuan fitrah manusia , dan memberi nasihat - nasihat yang baik . Jika berlaku percanggahan pendapat, hendaklah dibantah dengan cara yang lebih baik .

Firman Allah S.W.T:

Terjemahan: Maka dengan rahmat daripada Allah, engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka. Jika engkau bersikap kasar dan keras hati, tentu mereka lari dari engkau . Oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah keampunan untuk mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam  urusan (pelaksanaan hukum) itu; kemudian apabila kamu telah berazam maka berserahlah kepada Allah , kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berserah kepadaNya. (Ali Imran: ayat 159).

Dalam ayat ini Allah S.W.T. memuji Nabi S.A.W. yang mempunyai akhlak yang tinggi dan pandangan yang jauh berhubung dengan cita-cita yang hendak dicapai . Kesanggupan Nabi S.A.W. untuk berlembut dengan orang-orang di sekelilingnya adalah suatu rahmat daripada Allah supaya usaha beliau berjaya. Oleh kerana itu mereka yang masih jahil itu hendaklah dimaafkan dan dibawa ke dalam majlis perundingan dan mesyuarat untuk menjalankan sesuatu hukum. Apabila persetujuan telah dicapai . maka Nabi S.A.W. diperintahkan supaya berserah kepada Allah dan terus laksanakan hukum itu sekiranya Nabi saw bersikap kasar dalam keadaan mereka itu belum memahami dan mengenali hakikat kebenaran pastilah mereka meninggalkan majlis perundingan nabi saw. Penentangan selepas dikasari tentulah lebih berbahaya daripada penentangan sebelum dikasari.

firman Allah swt:

terjemahan: dan janganlah kamu mencaci orang-orang yang menyeru selain daripada Allah nanti mereka akan mencaci Allah secara melampau tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menampakkan keelokan pada pandangan setiap umat itu akan amalan mereka. Kemudian kepada Tuhan mereka kembali, lalu diterangkan kepada mereka apa yang mereka lakukan. (Al –An’am: ayat 108).

Di dalam ayat di atas Allah swt memberi jaminan hak kebebasan mutlak kepada setiap umat dalam urusan berdamping diri kepada Tuhan. Adat resam, kebudayaan, kelayakan dan tabiat umat yang hidup di benua yang berlainan, tentunya berbeza. Justeru itu akidah, istilah bahasa yang digunakan dan gambaran makrifat tentang kebenaran yang diajar oleh para nabi yang diutus kepada mereka juga berbeza. Oleh kerana perbezaan-perbezaan itu, nabi mereka telah memilih gaya amalan mereka dengan membentuk syariat-syariat yang khusus untuk mereka.

Dalam masyarakat majmuk yang terdapat cara akidah dan gaya ibadat yang berbeza, mungkin timbul perasaan saling mencurigai atau saling mencaci antara satu sama lain sekiranya setiap umat itu tidak memahami hakikat pengajaran Ilahi yang sama di kalangan mereka, ataupun sekiranya masing-masing umat itu tidak mempunyai pengenalan yang sebenar tentang perhubungan hakikat kebenaran yang asal mengikut sebutan yang digunakan oleh setiap umat (berdasarkan kebolehan mereka masing-masing) untuk mendampingi Tuhannya. Oleh itu, pada satu-satu  ketika mungkin ada pihak yang tidak mengkaji hakikat-hakikat yang sebenar itu, mencaci golongan lain yang beribadat kepada Tuhan mengikut perbuatan mereka sendiri.

Walaupun setiap umat itu melahirkan segala akidah dan amalan dengan pelbagai cara, Allah swt menegaskan bahawa semuanya adalah bersumber dari kebenaran yang sama. Malah, sebenarnya mereka melakukan amalan-amalan itu kerana Allah telah menampakkan kepada setiap umat itu keelokan amalan ibadat mereka masing-masing. Itulah sebabnya Allah swt melarang orang-orang beriman daripada mencaci mereka yang berbeza daripada segi sebutan dan istilah dalam akidah mereka, dan berbeza dalam gaya ibadat semasa mereka beribadat untuk berdamping diri kepada Tuhan pencipta mereka. Inilah suatu hakikat yang perlu disedari oleh orang yang mempelajari Al Quran, dan inilah pengakuan semangat Islam. Jika tidak demikian, tentulah Allah tidak membela perbuatan ibadat mereka itu.

Untuk menyampaikan hidayah Nabi saw membentuk satu Jemaah (Hizbullah) yang sanggup menjunjung segala pengajaran dan perintah Allah. Jemaah ini terdiri daripada semua golongan ahli millah yang wujud pada masa itu yang ditugaskan mendirikan pemerintahan Allah di bumi ini. Setiap umat dalam Jemaah itu sanggup mematuhi segala prinsip dan asas-asas yang sama di antara semua ahli millah dengan mudah. Segala kekeliruan dan salah faham di kalangan mereka dapat diselesaikan kerana setiap golongan dari millah berdepan dengan kumpulan Hizbullah yang dipengerusikan oleh Nabi saw sendiri.

Jika kita mengkaji teknik Nabi saw menyampaikan hidayah kepada umat di Hijaz, seperti kaum Yahudi dan Nasara, kita akan dapati Nabi saw memberi khabar bahaya yang akan menimpa mereka jika mereka tidak mengubah cara hidup kuno mereka itu kepada cara hidup yang lebih progresif yang ditunjukkan oleh Nabi saw berdasarkan perubahan-perubahan yang dipengaruhi oleh peraturan Ilahi, dan Nabi saw memberi penegasan bahawa hanya dengan cara hidup yang progresif yang beliau tunjukkan itu sahaja dapat dipertahankan keadilan, akhlak dan kasih sayang dikalangan makhluk Allah. Dengan teknik ini umat di hijaz itu telah sanggup menjunjung segala kebaikan yang dikehendaki kerana mereka adalah umat pertama yang terpilih untuk mewarisi kuasa memerintah di bumi sebagaimana janji Allah swt kepada keturunan nabi Allah ismail as.

Nabi saw tidak pernah menyampaikan hidyah secara berdebat dengan penduduk hijaz kerana perdebatan bukanlah cara yang boleh memikat golongan yang belum beriman dengan seruannya. Malah, kadang-kadang perdebatan menambahkan sakit hati dan melebarkan jurang penentangan antara puak, jauh sekali untuk menyemai pengaruh dikalangan mereka. Perkara ini tidak sukar difahami, kerana apabila sesuatu fahaman telah menjadi akidah kepada sesuatu golongan, maka mustahil lah seseorang yang tidak sealiran dengan mereka dapat menghancurkan akidah mereka walaupun iktikad itu tidak jelas. Maka Allah swt tidak mengizinkan nabi saw menyampaikan hidayah dengan secara kekerasan dan perdebatan kerana tidak mendatangkan  kebalkan kepada kedua-dua pihak. Akidah adalah suatu keyakinan yang tergambar ada setiap individu dan patut dihormati dan dihargai . Maka  Allah membela mereka sebagaimana firmanNya yang  bermaksud: "Demikian itu lah Kami menampakkan keelokan pada padangan setiap umat itu akan amalan mereka.

Imam AI-Ghazali  R.T. dalam kitabnya Faisalut-Tafriqah,  Menegaskan bahawa perdebatan untuk memikat musuh Islam kepada Islam adalah haram, kerana tujuan itu tidak mungkin berjaya, malah perdebatan itu akan meluaskan lagi Jurang perpecahan   antara satu sama lain. Kemudian beliau menyeru umat Islam supaya menjalankan dakwah mengikut jalan yang dibawa oleh Nabi S.A .W. dan sahabat- sahabatnya  sahaja. Itulah Jalan yang patut diikuti dan dicontohi oleh setiap mukmin sepanjang zaman.

Di sini kami suka menyarankan agar setiap orang beriman yang mahu berjaya dalam dakwah supaya menjemput juga ahli-ahli millah yang  lain untuk menyertai kumpul annya orang-orang beriman hendaklah menjauhkan diri daripada sifat-sifat keji seperti gemar menyalahkan orang lain, menghlna usaha orang lain , dan menegakkan sesuatu kehendak melalui perdebatan . Terhadap orang- orang yang memilih jalan perdebatan , kami berpendapat mereka sebenarnya (tanpa disedari) telah mendokong dasar penjajah yang mahu memecahkan perpaduan sesuatu bangsa supaya mereka (penjajah) berpeluang bertapak semula dalam bentuk baru.

Teknik Dakwah Peringkal Dinul Hak (Keadilan Yang Tulen)

Di dalam Surah Ar Rum, ayat 30. Allah S.W.T . telah memerintahkan setiap individu supaya menegakkan haluan hidup masing-masing berpandukan semangat kemanusiaan yang satu. Kita ketahui bahawa setiap manusia , tidak kira di mana dia berada , mempunyai perasaan semulajadi, walaupun tidak pernah bergaul dengan manusia lain. Lanjutan daripada itu , setiap manusia mestilah mengenal hakikat dirinya, agar dengan pengenalan itu ia dapat mematuhi kehendak fitrah demi kemerdekaan, kemakmuran dan kebahagiaan semua umat manusia .

Oleh kerana semangat kemanusiaan itu satu jua. Manusia adalah sekata di atas asas - asas pentadbiran yang bermanfaat. walaupun berbeza dalam bentuk pelaksanaan tamaddun seperti jenis makanan , bentuk pakaian dan sebagainya . Sebenarnya, kesepakatan dalam segala bentuk pelaksanaan tamaddun itu adalah mustahil kerana fitrah manusia telah menghakimkan bahawa setiap manusia tidak mungkin sekata dan sepakat dalam bentuk pelaksanaan tamaddun dalam keadaan kehidupan yang berbeza, tabiat yang berlainan, tempat tinggal yang berjauhan, dan mazhab yang dibentuk dari syariat yang dibawa oleh nabi-nabi mereka masing-masing berlainan, melainkan terdapat suatu persesuaian semulajadi yang lahir daripada kehendak gambaran kemanusiaan.
Sungguhpun pada umumnya manusia sepakat pada asas-asas pentadbiran yang bermanfaat, terdapat juga orang-orang yang menentang asas-asas pentadbiran ini. Megikut shahwaliallah ad dahlawai R.T. , orang-orang yang menentang itu terbahagi kepada dua golongan:
Pertama, orang-orang yang sangat bodoh yang darjahnya hampir sama dengan haiwan. Masyarakat manusia menganggap golongan ini mempunyai tabiat semulajadi yang lemah dan akal fikiran yang cacat kerana mereka sentiasa melakukan perbuatan yang membuktikan kebodohan atau perbuatan yang terpesung dari asas-asas peraturan hidup yang baik yang diakui umat manusia.,
Kedua, orang yang jahat. Sebenarnya, jika perasaan halus golongan ini dikaji, kita akan dapati bahawa di dalam sanubari mereka, mereka juga berikitikad dengan asas pentabdbiran yang baik dan dengan itulah perlu dilakukan oleh setiap manusia dalam masyarakatnya. Walau bagaimanapun, perilaku golongan ini sentiasa dipengaruhi hawa nafsu dan lantaran itu mereka sanggup menentang keprcayaan hati kecil mereka sendiri. Keadaan ini seolah-olah meeka sendiri menjadi saksi bahawa diri mereka sebenarnya jahat. Misalnya, apabila golongan ini melakukan zina dengan anak perempuan orang lain, mereka berdiam diri seolah- olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan sedikitpun kepada masyarakatnya. Tetapi, jika anak perempuan mereka sendiri di cabul, mereka akan malahirkan segala kemarahan . Mereka mengetahui dengan yakin bahawa semua manusia merasa sangsara sepertinya , dan jika kejahatan itu berlarutan, keamanan negara akan cacat. Namun demikian mata hati mereka dibutakan ol eh hawa nafsu jahat. Demikian itulah juga dengan perbuatan-perbuatan buruk yang lain seperti mencuri, merampas, menyamun dan sebagainya. Segala kesalahan itu mereka lakukan dalam keadaan mereka sedar, bukan dalam keadaan tidak siuman atau hilang akal atau sebagainya .

Oleh kerana di kalangan umat manusia itu wujud golongan yang menentang kehendak fitrah  kemanusiaan, Nabi S.A.W. juga diperintahkan supaya menegakkan Dinul Hak (Keadilan Yang Tulen), di samping menyampaikan Hidayah. Keadilan Yang Tulen tidak mungkin wujud dalam masyarakat sekiranya undang –undang  (syariat) yang dicipta tidak dipersetujui oleh semua peringkat dan golongan dalam masyarakat. Oleh itu bagi mewujudkan keadilan yang tulen yang menjadi asas bagi manusia mencapai kebahagian, mestilah ada suatu perlembagaan khusus berlandaskan kemahuan fitrah setiap manusia. Perlembagaan itu mestilah datang daripada Allah melalui rasulnya, seperti nabi saw yang telah membawa kepada umat manusia suatu perlembagaan keadilan yang tulen dan peraturan hidup yang lengkap yang terkandung di dalam al-quran.
Golongan-golongan yang menentang itu perlulah dihukum dengan kekerasan. Maka Allah swt yang maha berhikmat, maha adil dan maha kasih sayang kepada semua hambaNya telah mengarahkan nabi saw supaya menegakkan keadilan yang tulen itu untuk menjamin ketenteraman dan keselamatan semua pihak, walaupun dengan kekerasan. Firman Allah swt:
Terjemahan: hendaklah kamu lakukan dengan kekerasan terhadap orang-orang yang tidak beriman dengan penga jaran Allah dan tidak beriman dengan Hari akhir , dan tidak mengharamkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasulnya , dan tidak berbuat adil mengiku t perlembagaan Keadilan Yang Tulen dari golongan mereka yang telah dikurniakan kitab-kitab, sehingga mereka membayar jizyah dan mereka sanggup hidup dalam keadaan hina. (At Taubah: 29 ) .

Sekiranya Nabi S.A.W. tidak diizinkan oleh Allah S.W.T. supaya menguatkuasakan undang-undang (syariat ) dengan paksaan dan kekerasan, mustahilah dapat dibentuk sebuah masyarakat yang adil, bahagia, dan merdeka; kerana kadang-kadang seorang sahaja yang jahat boleh merosakkan satu kumpulan , dan sekumpulan yang terpengaruh itu pula boleh meruntuhkan tamadun dan menghancurkan sebuah negara. Oleh yang demikian , penguatkuasaan undang-undang ( syariat ) yang diakui olehsetiap manusia sebagai asas pentadbiran yang baik dan diperlukan untuk keselamatan semua manusia , walaupun dilaksanakan oleh Nabi S. A.W. secara jihad dan pelbagai kekerasan, tidaklah dianggap sualu paksaan oleh Allah S.W.T. ini adalah kerana segala kekerasan yang di laksanakan itu bukanlah suatu perkara yang berlawanan dengan kehendak manusia ataupun suatu pencabulan terhadap hak-haknya, kerana jiwa manusia sebenarnya lelah menyaksi dan mengakui
kebenarannya dan menuntut pelaksanaan peraturan i tu demi untuk mengekalkan keselamatan semua umat manusia . ini lah maksud Firman Allah S.W.T.:

Terjemahan: Tidak ada paksaan dalam urusan keadiJan , kerana sesungguhnya telah ielas kebenaran itu daripada kesesasatan.( Al- Baqarah : ayat 256 ) .

Dalam masalah ini kami amat dukacita kerana ramai cendikiawan Islam di zaman akhir ini telah terkeliru dalam memahami maksud ayat 256, Surah Al Baqarah ini. Berdalilkan ayat ini mereka berpendapat dan berakidah bahawa Islam disebarkan oleh Nabi S.A.W. tanpa menggunakan kekerasan , dan dengan takwilan sedemikian mereka cuba menolak dakwaan penjajah bahawa Islam di sebarkan melalui pedang. Oleh kerana terlalu ghairah untuk menyanggah dakwaan penjajah itu mereka sebenarnya telah termakan racun berbisa yang disuapkan oleh penjajah. Akibalnya dengan bersenjatakan "Tiada paksaan dalam agama" penjajah dapat bermaharajalela di tanah jajahan tanpa takut mereka akan dihukum. mereka bebas melakukan segala kemungkaran .

Pada pendapat kami, menggunakan ayat 256 Al Baqarah sebagai dalil untuk mengatakan Islam disebar tanpa paksaan adalah tidak tepat , kerana tidak selaras dengan ilmu usul tafsir dan fakta sejarah bagaimana Nabi S.A.W. bertindak untuk mencapai kejayaan . Lagipun mengalakan Islam tidak boleh disebar deng an kekerasan adalah bercanggah dengan nas-nas Al Quran berhubung dengan perintah Tuhan supaya menegakkan kebenaran Islam di kalangan manusia. WAllahu A' lam.






















BAHAGIAN KE TIGA
BENTUK IKATAN PERSAUDARAN Islam MENGIKUT PENGAJARAN AL-QURAN

Islam ialah agama yang menggambarkan hakikat fitrah kemanusiaan yang diredai Allah, Agama inilah yang diwahyukan kepada Nabi-nabi semenjak adam as. hinggalah Muhammad S.A.W. Dan melalui penyampaian hidayah dan jihad menegakkan Keadilan Yang Tulen, Nabi S.A.W. diperintahkan supaya menzahirkan kehendak fitrah kemanusiaan itu . untuk itu nahi S.A.W. membentuk Jemaah muslimun herdasarkan prinsip-prinsip kebenaran yang sama yang dibawa oleh para Nabi.

Iman dan Amal Soleh Asas Persaudaraan Islam

Firman Allah S.W.T.:


Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Nabi S.A.W. dan mereka yang beriman kepada Musa (Yahudi ), mereka yang beriman kepada Isa (nas ra), dan mereka yang beriman kepada para Nabi dahulu kala (Sabiin) , sesiapa sahaja yang beriman dengan Allah (Al-Quran) dan hari akhir serta membuat amalan - amalan yang baik; maka tiada kebimbangan ke atas mereka dan tidak pula mereka merasa dukacita. (Al-Baqarah: ayat 62).

Daripada ayat di atas kita mendapat kepastian bahawa asas persaudaraan Islam ialah iman dan amal soleh, dan setiap umat yang berkeyakinan dengan mana-mana  Nabi yang diutus kepada mereka dan mana-mana Kitab atau Suhuf Suci yang diturunkan kepada mereka melalui Nabi-nabi itu semuanya dikira ke dalam golongan mukmin, Inilah di antara antara asas pengajaran AIQuran iaitu wajib beriman kepada Allah, Hari Akhirat, semua Kitab Suci dan semua Rasul.

Ayat-ayat Al Quran yang menggambarkan iman sebagai asas persaudaraan Islam adalah banyak. Antaranya ialah:

i) Firman Allah S.W.t.:


Terjemahan: Hanya orang- orang yang beriman itu bersaudara , ' maka hendaklah kamu berbaik - baik dikalangan saudara kamu. ( AI-Hujarat: ayat10) ,

Ayat ini menerangkan bahawa orang-orang yang beriman, samada beriman dengan sempurna atau beriman dengan sebahagian daripada perkara - perkara yang dikehendaki beriman (seperti mereka yang beriman dengan Kitab  dan Nabinya sahaja), adalah dikira mukmin yang tergolong di dalam persaudaraan Islam bersama-sama umat mukmin yang lain. Dengan ikatan persaudaraan ini Nabi .S.a.w. diperintahkan supaya membimbing dan memperbaiki Iman mereka ke arah keimanan yang sempurna.

ii) Firman Allah S.W.T. :
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail , Ishak, Yaakub , dan anak-anaknya , dan apa yang dikurniakan kepada Musa , Isa dan sekelian Nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza -bezakan seorang pun di antara mereka dan kami semua  tegak di atas perintah Tuhan dengan semangat Islam. Dan sesiapa yang mencari selain daripada Islam itu agama (jalan hidup ) maka tidak diterima daripadanya . Dan ia pada akhirnya kelak termasuk orang-orang yang rugi. Bagaimana Allah akan memberi hidayah kepada satu kaum yang ingkar sesudah mereka beriman dan sesudah mereka menyaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. membawa pengajaran yang benar dan setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan yang Jelas. Allah tldak akan memberikan hidayahNya kepada kaum yang zalim. (Ali Imran: 84,85,86).
iii) Firman Allah S.W.T.:
Terjemahan: wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua beriman kepada Allah  dan RasuI-rasulNya ,dan Kitab yang telah diturunkan kepada RasulNya dan Juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa ingkar kepada Allah dan malaikat -malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan RasuI-rasul Nya dan hari akhirat maka sesungguhnya ia telah tersesat kejalan yang amat jauh. ( An - Nisa: ayat 136 ) .

Ayat -ayat di atas menyenaraikan rukun-rukun iman sebagai asas persaudaraan Islam. Seterusnya dapatlah difaham bahawa dengan beriman kepada semua Rasul (yang telah membawa perutusan yang sama) , baharulah asas seruan yang sama itu dan penyatuan semua pengajaran yang diturunkan di dalam Kitab-kitab itu akan membolehkan umat manusia daripada berbagai bangsa dan akidah , melahirkan semangat kebenaran yang sama untuk mewujudkan perasaan kasih sayang dan ihsan di kalangan mereka  dan semangat bekerjasama dan adil yang menjadi teras utama dalam pembentukan sebuah masyarakat merdeka dan bahagia yang menjamin keselamatan umat manusia.

Iman Itu Berlebihkurang

sifat iman pada diri seseorang adalah berlebihkurang. Nabi S.A.W. membandingkan iman seperti pokok yang berbatang dan berdahan, bukannya satu sifat yang bulat yang dapat dilengkapi oleh seseorang pada dirinya dengan sekali gus. Imam Muslim Ibn AI-Hajaj meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W . bersabda:

Terjemahan: iman mempunyai tujuh puluh cabang lebih dan sifat malu juga satu cabang daripada iman.

Hadis ini menjadi hujah yang jelas bahawa orang mukmin meliputi umat mana-mana millah yang beriman kepada Nabi dan Kitab mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, iman mereka itu tidak sempurna dan memadai untuk zaman tamadun dan umat yang berkembang mengikut kehendak Allah S.W.T. Justeru itu Nabi S.A.W . diperintahkan supaya menyeru mereka (berdasarkan prinsip-prinsip iman yang terdapat dalam hati mereka ) supaya menyempurnakan iman mereka masing -masing ( yang terbatas mengikut pengetahuan yang khusus pada zaman dibangkitkan Nabi-nabi mereka dahulu ) dengan beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan AI -Quran .

Amal Soleh

Tindakan yang lahir daripada seseorang yang  beriman seperti di atas akan membuktikan dla sebenarnya mukmin mengikut  istilah al-Quran kerana Islam bukanlah sesuatu yang boleh di warisi oleh seseorang anak daripada bapanya    tetapi boleh dilengkapkan dengan iman yang sempuna mengikut pengajaran Allah S.W.T. di dalam AI-Quran . 0leh itu  hendaklah mengenai hakikat Islam ini daripada pengajaran Al Quran.

Seseorang Islam mestilah mempunyai suatu akidah dan faIsafah hidup yang dibentangkan oleh AI-Quran, dan bertindak sabagaimana yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad S.A.W . sahabat-sahabatnya dan khalifah-khalifahnya pada zaman keemasan Islam dahulu . Umat Islam pada zaman Nabl. S.AW.. dan khalifah-khalifah yang terpuji mempunyai sifat-sifat terpuji seperti bercita-cita tinggi, berperasaan mulia ,sabar dan  sedia mempertahankan hak-hak kemanusiaan dan kewatanan, clntakan keadilan, bersifat ihsan atau kasih sayang kepada semua makhluk Tuhan , saling menghormati keistimewaan . orang lain dalam menggambarkan akidah dan kebudayaan, berkorban jiwa dan harta benda untuk hak-hak dan kebahagiaan hidup semua umat manusia mengikut asas-asas kebenaran Ai-Quran dan mengikut disiplin yang dilatih oleh Nabi S.A.W. Dengan sifat-sifat itu Allah S.W.T. telah mewariskan pemerintahan kepada keturunan Nabi Allah Ismail A.S. dan perlaksanaannya telah sempurna dalam tempoh beberapa tahun sahaja .

Maka setiap orang Islam wajib mengembang semula cahaya petunjuk AI-Quran (hidayah ) dan menegakkan "Dinul-Hak "· dengan bercontohkan amalan Nabi S.A.W. dan para sahabat yang telah berjaya . Inilah kewajipan setiap orang Islam yang beriman kepada Allah, malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, serta qadha dan qadar. Dan untuk itu orang-orang Islam sekarang perlulah berjihad seperti mereka yang terdahulu.

Jemaah Muslimun yang dibentuk oleh Nabi Muhammad S.A.W. berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran yang sama yang dibawa oleh para Nabi itu adalah satu jemaah yang majmuk . dianggotai oleh bangsa Quraish dan bukan Quraish termasuklah ahlul Kitab. Keadaan ini amat berbeza dengan persatuan-persatuan Islam yang ditubuhkan pada hari di mana keanggotaannya tidak dibuka kepada umat millah Nabi-nabi yang terdahulu, tetapi terhad kepada pengikut-pengikut Nabi Muhammad ·S.A.W. sahaja . Keadaan ini berlaku mungkin kerana tanggapan bahawa Ukhuwah Islamiah atau persaudaraan Islam itu hanya terhad kepada pengikut Nabi Muhammad S. A.W. sahaja. Wal lahu A'lam .







































BAHAGIAN KE EMPAT

Al QURAN MENYATUKAN FALSAFAH MILAH-MILAH DALAM SYARIAT HANIFIAH


Jemaah muslimun yang telah dibentuk oleh nabi saw yang dianggotai oleh umat berbilang bangsa itu, dinamakan “Khilafah” mengikut istilah al-Quran, Jemaah ini terdiri daripada pelbagai golongan manusia dengan pelbagai pendapat dan kecenderungan.

Untuk menyertai Jemaah muslimun ini nabi saw telah menetapkan syarat-syarat ke atas setiap ahli millah dari kaum yahudi, nasara, masjusi, hindu dan lain-lain berdasarkan ikrar persefahaman dan mematuhi beberapa prinsip dalam syariat hanifiah seperti berikut:

Sekata tentang ke esaan Allah SWT (tauhid) dan kesucianNya daripada segala kekurangan serta bersifat dengan kepujian dan kesempurnaan.

Sekata tentang menjauhi semua jenis dan bentuk syirik dalam amal ibadat, memohon pertolongan, zikir , sembelihan haiwan, nazar, sumpah dan mensucikan Allah daripada sifat beranak, beristeri, lupa, lalai, lemah, jahil, bakhil dan zalim.

Sekata tentang perlu mensucikan semua nama Allah daripada sesuatu yang boleh mewahamkan kekurangan atau kecacatan.

Sekata tentang tidak membicara bagaimana Allah swt bersifat dengan semua kesempurnaan yang sabit padaNya dan setiap orang mengakui sabit semua maksud nama-nama itu pada zat Allah swt sahaja dengan semangat tidak menyerupaiNya sesuatu pun.

Sekata tentang perlunya mengakui segala pengurusan yang pasti dilakukan untuk menjaga kepentingan millah hanifiah dan menegakkan asas-asasnya.

Seterusnya baginda membezakan di antara mereka yang mengakui  asas keailan yang dinamakan "dinul hak" dan mereka yang belum menerimanya. Seterusnya. golongan kedua ini pula dikategorikan kepada dua golongan:

i )  mereka yang menerima hidayah yang dibawa oleh baginda.

i i)   Mereka  yang belum menerima hidayah itu mengakui asas keadilan pada zahirnya tetapi keimanan tidak meresap ke lubuk jiwa rnereka.

Taraf keahlian ataupun  kerakyatan  seseorang didalam Khilafah itu dibezakan mengikut dua tahap  Iman. Peringkat Pertama ialah beriman  secara pengakuan zahir yang ditetap  diatasnya urusan dan undang-undang masyarakat dan tamadun Islam, seperti  seseorang yang beriman itu terselamat dari dibunuh, selamat dari dirampas hartanya dan sebagainya. Dalam bahagian  lni Nabi S.A.W. menentukan asasnya lalah ikrar yang zahir sahaja. Sabda Nabi S. A,W.:
Terjemahan: Sesiapa memakan sembelihan kita dan sembahyang seperti sembahyang kita. dan menghadap kiblat kita, maka mereka orang Islam yang termasuk dalam jaminan jaminan Allah dan Rasul Nya .

Iman Peringkat Kedua ialah mereka yang benar – benar beriman di mana iman mereka itu menyelamatkan mereka daripada azab kubur dan mendapat balasan baik daripada Allah. Asas iman peringkat ini yang ditetapkan oleh Nabi S.A.W. ialah setiap akidah yang benar, amalan yang diredai Allah dan akhlak yang mulia. Iman seseorang dalam bahagian ini boleh bertambah dan boleh berkurang seperti sebatang pokok yang dinisbahkan kepada batang, dahan-dahan, ranting – ranting, daun-daun dan buahnya semuanya dinamakan pokok. Apabila buahnya dipungut, rantingnya dipotong dan dahan-dahannya dipecahkan, pada waktu itu pokok itu masih dinamakan pokok sehingga dicabut seluruh batang, umbi dan akarnya, barulah dikatakan pokok itu sudah hilang . Demikian juga iman seseorang . ltulah sebabnya Allah berfirman:

Terjemahan: sesungguhnya orang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah lalu merasa takut di dalam hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka menyerah diri. ( al-anfal: ayat 2).
Orang-orang yang menentang iman peringkat pertama dinamakan kafir manakala orang-orang yang menentang iman peringkat kedua dinamakan munafik. Mengikut syahwaliyullah ad dahlawi R.T., golongan munafik terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama, ialah mereka yang tidak terlukis penentangan dan keingkaran, tetapi mereka bergaya seperti seorang beriman dalam masyarakatnya untuk menyelamatkan diri dari sebarang tindakan undang-undang Negara. Pada hakikatnya mereka ini disifatkan Allah sebagai kafir, bukannya munafik mengikut takrif di atas. Allah swt berfirman:
Terjemahan: sungguhnya mereka yang munafik disediakan tempat kembalinya di lapisan yang bawah dalan neraka. (an_nisa: ayat  145)
Kedua. ialah mereka yang tidak mendustakan, tetapi tidak mengakui dan menjunjung perintah kerana halangan nafsu haiwan, atau adat resam keluarga dan bangsanya atau jahil dengan pengetahuan yang benar atau terlalu sayangkan harta dan pangkat sehingga timbul perasaan ragu dan keliru dengan pengajaran AI -Quran dan pimpinan Nabi S.A.W. mereka sukar melahirkan  ketegasan dalam usaha membela kebenaran atau mengembangkan pengajaran AI-Quran.

Kehendak Allah S.W.T. ialah supaya Nabi S.A.W. membentuk sebuah pemerintahan yang membimbing umat manusia ke arah kebahagian abadi. Maka perlulah ditanamkan semangat taat kepada "Dinul Hak" melalui:

i) Undang-undang, hudud , jihad dan setia dengan
hidayah; dan

ii) Pendidikan, persahabatan, mesyuarat dan dakwah.

Pelaksanaan kedua-dua peringkat dakwah ini adalah pasti untuk menegakkan sebuah pemerintahan yang dikehendaki oleh Al-Quran. Falsafah hidup ini dapat menghindar umat Islam daripada semangat kesamian (ruhbaniah) yang mementingkan kebaikan peribadi dan  faedah yang khusus. umat Islam mesti sanggup mengorbankan kepentingan diri demi. untuk kebaikan seluruh umat manusia .Tanpa taat dan setia mereka tidak mungkin menjunjung falsafah hidup yang dibawa oleh AI-Quran, kerana asas pengajaran  Al-Quran ialah setiap orang mestl mengenepikan kepentingan diri  apabila bertembung dengan kepentingan Umum. sebagalmana firman Allah S.W.T.:

Terjemahan:  Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa  mereka  akan memperoIehi  syurga supaya mereka berjuang dijalan Allah  maka mereka membunuh dan terbunuh dengan janji yang benar dalam Taurat dan Injil dan Al -Quran, Dan siapakah yang lebih menyempurnakan janji daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jalan yang kamu jual beli dengan nya . Itulah kemenangan yang amat besar. (At-Taubah : ayat 111),

Dan sebagaimana firmanNya :

Terjemahan : Katakanlah ( wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu dan anak - anak kamu dan isteri-isteri kamu ( atau suami -suami ) dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu  usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah kediaman yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu sayangi Iebih daripada (pengajaran Allah dan pengajaran rasul ) dan berjihad dijalannya, maka tungguJah sehingga  Allah mendatangkan balasannya, Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik . ( At-Taubah : .ayat 24) .

Wallahu A’lam.