Thursday, December 24, 2015

Pendahuluan al-buruj



Pendahuluan

Surah ini menerangkan bahawa dalam sejarah manusia, manusia terbahagi kepada dua peringkat millah yang besar.[1]
i.                  Peringkat pertama bermula pada zaman Nabi Adam (A.S.) hingga ke zaman Nabi Ibrahim (A.S.). Peringkat ini dinamakan Millah abiʾah. Ada juga yang berpendapat peringkat ini bermula pada zaman Nu (A.S.), kerana pada zaman Adam (A.S.) hingga ke zaman Nu (A.S.) keadaan pemikiran manusia masih terlalu rendah.
ii.               Peringkat kedua bermula pada zaman Ibrahim (A.S.) hingga ke zaman sekarang dan akan datang. Peringkat ini dinamakan zaman Millah anifi. Pelopor Millah anifi ialah Ibrahim (A.S.).

Millah Ṣabiʾah
Umat dalam Millah abiʾah menumpu perhatian kepada bintang-bintang. Mereka belajar ilmu bintang dan kesan-kesannya kepada seluruh alam serta perkaitannya dengan akhlak, kejadian diri mereka dan kehidupan mereka. Pemerintahan dan pembersihan akhlak mereka berdasarkan pemerhatian mereka terhadap kesan bintang-bintang.
Shaykh berkata, pada zaman itu manusia tidak menumpu kepada tajalli yang berada di tengah aẓirat al-quds yang dipanggil illat bagi semua illat atau sebab bagi semua sebab. Mereka hanya menumpu kepada sebab-sebab yang hampir. Setelah Ibrahim (A.S.) diutuskan, beliau membersihkan jalan pembersihan akhlak dan budaya mengikut cara yang dikehendaki oleh tajalli di tengah aẓirat al-quds.
Ahli Millah abiʾah yang masih wujud sekarang ialah penganut Millah Hindu,  Buddha, Confucius dan millah-millah lain. Mereka mencipta banyak lambang bintang pada bentuk bangunan dan rumah kediaman mereka. Bentuk bangunan itu menggambarkan satu rupa buruj yang mempunyai ‘khawas ke atas penghuni bangunan itu.
Pada peringkat pertama ini, ilmu bintang memang dibolehkan dan benar, tetapi setelah berlalu zaman, telah berlaku banyak penyelewengan dalam pelaksanaan ilmu bintang. Oleh kerana sering berlaku kesilapan, maka Millah anifi dan akhirnya pada zaman Millah Muhammadiyah, ilmu bintang dilarang secara menyeluruh, kerana walaupun manusia berhubung dengan bintang, mereka hanya berhubung dengan sebahagian dari tajalli Allah melalui makhlukNya.

Millah anifi
Perpecahan dalam Millah anifi membentuk tiga millah utama iaitu
i.                  Millah Yahudi
ii.               Millah Naṣara
iii.            Millah Muhammadiyah
Perpecahan ini berlarutan hingga sekarang, seolah-olah tiada penyelesaian, malah semakin lama semakin jauh terpisah. Sebenarnya perpecahan itu bermula dari sikap taksub ahli-ahli millah sahaja. Pada asasnya tiada perbezaan antara tiga millah ini. Malah matlamat dalam Millah abiʾah juga sama dengan matlamat Millah anifi, tetapi hanya berbeza daripada segi pelaksanaan kehendak al-din.
Pengikut Millah anifi dikehendaki berhubung secara terus dengan pusat tajalli Allah (S.W.T.) tanpa sebarang perantaraan. Dengan sebab itulah, Millah abiʾah dibatalkan kerana tidak sesuai dengan zaman dan tidak lengkap.
Semua peristiwa yang berlaku di bumi berasal daripada aẓirat al-quds. aẓirat al-quds adalah pusat yang melahirkan semua benda yang wujud di alam ini. aẓirat al-quds juga merupakan humpunan al-Malaʾ al-ala.
Setelah pemikiran manusia menjadi lebih matang, maka cara mereka berdamping diri kepada Allah perlu diperbaiki. Cara yang baru ini dibawa oleh Ibrahim (A.S.) mengikut kehendak tajalli ditengah aẓirat al-quds. Ini ditegaskan oleh Ibrahim (A.S.):
“Sesungguhnya aku tumpukan haluanku kepada Pencipta langit dan bumi dengan berpihak kepada yang benar dan aku bukan dari kalangan orang musyrik”. (al-An’am: 79).
Kita diarah membaca firman di atas dalam setiap kali sembahyang kerana mengingati penegasan Ibrahim (A.S.) sebagai garis pemisah dalam pegangan antara peringkat belum matang dan peringkat sesudah matang. Dengan doa ini kita dikehendaki menumpu perhatian kepada Pencipta yang awal sahaja.
Surah al-Buruj menerangkan kedua-dua peringkat perkembangan kematangan manusia yang dinyatakan dan memberitahu kepada ahli bintang tentang kiamat.

Dipetik dari tafsr al hakm, haji nik abdullah bin haji wan musa.


[1] Lihat carta al-din, millah dan mazhab dalam lampiran I dan II di akhir surah ini.

Sifat Haiwan Dan Sifat Malaikat Pada Manusia.



Sifat Haiwan Dan Sifat Malaikat Pada Manusia.
Pada manusia terdapat sifat haiwan yang boleh dilihat dan sifat malaikat atau al-nafs al-naṭiqah yang tidak dapat dilihat. Ada dua cara menyampaikan pengajaran kepada nauʿ manusia.

i.                 Cara yang mengutamakan kehendak sifat malaikat dan mengabaikan kepentingan sifat haiwan. Cara ini menganggap bahawa sifat haiwan tidak boleh dibawa bersama-sama roh menemui Allah, khususnya untuk memasuki syurga. Cara ini diamalkan oleh pengikut millah abiʾah seperti sami-sami Buddha yang mementingkan kehendak sifat malaikat sahaja. Mengikut cara ini manusia berada dalam keadaan rebutan atau saling menarik antara sifat haiwan dan sifat malaikat. Dua sifat ini menarik ke arah yang berlawanan untuk menyempurnakan kehendak masing-masing. Cara ini berlawanan dengan fiṭrah manusia dan sukar diamalkan. Misalnya sukar bagi seseorang itu berpuasa sepanjang hayat, sedangkan agama itu mudah dan secucuk dengan fiṭrah manusia.
ii.             Cara yang menjaga dan meraikan kehendak sifat haiwan dan sifat malaikat serentak. Cara ini dinamakan cara perdamaian dan sesuai dengan fiṭrah manusia, senang diamalkan dan dihayati oleh setiap peringkat manusia seperti orang tua, orang muda, lelaki dan perempuan. Para nabi diutus untuk menerangkan cara yang kedua ini. Inilah jalan para nabi.
Oleh kerana dua cara ini tidak dibezakan secara jelas, maka timbul salah faham dalam kalangan ahli ilmu semasa menyesuaikan ilmu yang dibawa oleh para nabi. Ahli-ahli ilmu terkeliru antara pendapat para ukamaʾ yang bercanggah dengan pendapat para nabi.
Hanya Shah Wali Allah dapat menerangkan dengan jelas tentang dua cara ini. Perkara ini disebut kerana masyarakat memandang masalah ini tidak penting dan sering diabaikan. Akibatnya orang ramai tidak dapat membezakan antara jalan yang mudah dan jalan yang susah.

Al-Quran Menerangkan Hanya Perkara-perkara Penting.
Al-Qurʾan menerangkan hanya perkara-perkara penting. Maka untuk mengetahui lebih lanjut, umat Islam terpaksa merujuk kepada kisah yang ditulis oleh ulama Yahudi dan diselitkan dalam tafsiran Al-Qurʾan. Pendapat mereka ditelan bulat-bulat oleh orang Islam tanpa meragui tentang kebenarannya. Pentafsiran yang sedemikian tidak berguna untuk memahami hikmah pengajaran Al-Qurʾan. Sebagai contoh, apakah hikmah Allah taʿala mengutuskan Musa (A.S.)? Mengapakah Allah jadikan Asiah sebagai isteri Firʿaun? Dengan membaca pentafsiran yang didapati sekarang semua kisah dalam Al-Qurʾan tinggal sebagai kisah sahaja dan dua soalan di atas tidak terjawab.

Dipetik dari tafsr al hakm karangan haji nik abdullah haji wan musa.