Wednesday, May 4, 2016

BUKAN MENENTANG TAPI SILA LAH PERTIMBANGKAN.

BUKAN MENENTANG TAPI SILA LAH PERTIMBANGKAN.

Masyarakat hari ini amat ghairah sekali utk melaksanakn 'so-called' syariat Islam. Ini suatu petanda yg baik penerimaan masyarakat terhadap agama.

Berdasarkan pengalaman di Sudan atau pakistan atau negara Islam lain, nampaknya pihak yang mula-mula sekali merasakan kesan pelaksanaan syariat islam itu adalah kaum perempuan. Ini kerana banyaknya peraturan dalam Islam yg berkait dgn mereka. Misalnya, soal berpakaian, pergerakkan, ketaatan, kedudukan dlm masyarakat dan sebagainya. Yang kedua ialah kelompok non-muslim kerana mereka juga hidup bersama-sama dlm masyarakat yg majmuk.
Ketiga, sebagaimana yang terjadi di Sudan dan lain-lain, dengan pelaksanaan hukum hudud, orang-orang miskin telah menjadi korban paling utama.

Mengapa demikian?

Ianya kerana orang yg mencuri itu jelas dia telah mencuri sesuatu dan wajar dihukum potong tangan. Sementara bagi orang-orang yg melakukan corruption atau penyalahgunaan kuasa belum tentu jelas. Jadi mereka boleh terlepas.

Oleh itu sekiranya perkara ini tidak diberi pertimbangan yg sewajarnya dari semua aspek maka dikhuatiri kelompok yang memunculkan syariat Islam ini sebenarnya 'miskin' dari segi wacana atau gagasan-gagasan baru - tidak mengikut kesesuaian zaman - tidak memahami hikmah yg hendak ditegakkan demi mewujudkan keadilan serta ihsan di dalam masyarakat.

Apakah ada contoh-contoh negara muslim yg benar-benar berperanan bahawa syariat itu dapat membantu kepada hak-hak kaum perempuan?

Di arab saudi contohnya, kaum wanita terikat dgn polisi-polisi agama seperti wanita tidak boleh ada lesen memandu sendiri. Itu bersifat double-standard namanya. Masalahnya, apakah nanti perempuan terpelajar akan bangkit serta menggugat hal itu atau tidak?

Syariat yg tidak dapat disesuaikan dgn keadaan semasa akan juga menyusahkan orang-orang yg miskin.

Salah satu contoh: Karena dihimpit kemiskinan, seorang perempuan yang serba kekurangan lagi dhaif menjadi tidak ada pilihan, lalu terjebak dlm dunia pelacuran walaupun sebenarnya dia tidak menyukainya. Bila ia menjadi pelacur itu bukan kerana women choice. Tidak ada seorang perempuan yang bercita-cita jadi pelacur kecuali sangat terpaksa..

Lantas bila ada pelaksanaan syariat Islam, mereka kemudian ditangkap dan didera, direjam. Persoalan kemiskinan ini belum lagi dapat diselesaikan tiba-tiba timbul pula masalah yang lain dlm masyarakat. Dlm hendak melaksanakn syariat Islam itu sebenarnya tidak boleh melupakan akar persoalannya.

Orang-orang Islam yang miskin ini menderita dua kali. Pertama, secara sosial ia menderita dan kedua, secara syariah, ia menjadi victim yg pertama. Sementara, orang-orang yang menangkap mereka mula membayangkan diri sebagai orang yang paling suci melaksanakan syariat, kemudian merasa paling berhak merejam atas nama Allah.

Tapi ada juga yg mengatakan sekiranya mereka kuat imannya, pasti tidak akan mencuri?

Ya, tapi kalau orang yang tak boleh nak makan bagaimana nak memperkuatkan iman???

admin.

No comments:

Post a Comment