Sunday, March 27, 2016

Membangun perniagaan di celah-celah persaingan


Nabi di Madinah, tindakan beliau pertama sekali ialah membukan pasar ke dua
suasana kegiatan ekonomi masa itu di dominasi oleh kaum Yahudi yang menghalal riba dan air pun di jual kepada penduduk Madinah.
Setelah pasar kedua dibina oleh nabi berjaya memperluaskan kegiatan perniagaan dan pilihan pengguna akhirnya perniagaan secara bersih dapat dinikmati oleh semua pihak.
Kepatuhan perniagaan menjadi tersekat apabila ada pihak yang lebih berkuasa dan bermodal besar memonopoli bidang tersebut.
Persaingan dalam bidang perniagaan tidak dapat dielakkan.
Persoalannya bagaimana untuk membendung monopoli.
Apabila TPPA diwujudkan akan lahirlah gergasi bertaraf antara bangsa bersaing di segenap pelusuk.
Kaedah mengutamakan IKS dan kedai rakyat satu malaysia tidak menampakkan ke arah pencapaian pasar kedua yang mampu menyaingi pasaran arus perdana.
Pusat-pusat latihan kemahiran diwujudkan semata-mata sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan daripada pelabur bukan untuk memperkasakan peluang perniagaan untuk rakyat kearah market kedua.
Sebaliknya jika peluang pekerjaan tidak dapat di sediakan oleh pelabur, segala persediaan dan latihan itu menjadi sia-sia kerana saiz latihan itu terlalu bergantung kepada satu pihak dan memberi ruang kepada mereka yang memiliki kelulusan.
Projek wakaf yang dibuat oleh kerajaan Terengganu hanya elok pada peringkat permulaan sebagai pusat kemahiran.
Pada teorinya mereka menuju kepada perniagaan dan mereka akan ditawarkan pinjaman dan segala bantuan menjanjikan pinjaman dan segala bantuan tetapi apabila berada di luar daripada pusat latihan mereka berdepan dengan persaingan terdedah dengan kegagalan dan mereka tidak mencapai matlamat apa yang berlaku kepada Mara yang memberi pinjaman yang tidak berbayar sepatutnya menjadi petunjuk kepada perancang ekonomi seterusnya.
Bagi perancang ekonomi yang begitu ghairah mahu supaya semua rakyat yang terhimpit dalam kehidupan supaya di dorong kepada perniagaan seolah-olah perniagaan itu sesuatu yang mudah.
Kesukaran IKS memperkenalkan produk-produk baru mengikut kaedah biasa memerlukan iklan dengan kos yang tinggi akhirnya produk tersebut akan di tiru dan di rampas secara sistematik oleh orang lain. Perkara itu tidak berlaku kepada sesuatu organisasi pengguna yang membuatuntuk keperluan sara diri tanpa sokongan peringkat awal oleh pembeli, produk mereka berupaya dan terus beroperasi untuk sara diri.
Mereka terlepas pandang kepada ekonomi golongan yang paling terkebawah dan saiz ekonomi yang diukur dengan kemampuan dan keperluan golongan ini patut di majukan dalam bentuk perkongsian antara modal dan tenaga mereka membuat, mengguna dan menjual.

Sebagai contoh, jabatan Pertanian memperkenalkan produk arnab daripada memelihara sehingga peringkat memproses membuat satay, burger dan lain-lain. Tetapi oleh kerana pemasaran yang tidak berstrategi akhirnya segala usaha dan pusat teknologi yang berpusat dengannya di tutup.
Bermula dengan perkongsian antara modal dan tenaga membina pra pekerjaan, pra perniagaan dan pra-perusahaan.
Pekej ekonomi rakyat termiskin yang merangkumi seluruh bidang asas mengikut kemampuan mereka yang terlibat.
Sekirannya, pekej ini diperkasakan rakyaat miskin mampu menjana produk dan perniagaan yang menjadi pasaran alternatif dan pilihan kepada rakyat yang termiskin, rakyat yang terkebawah.
Dengan rangkaian yang menyeluruh rakyat miskin berada dalam sebuah kooperasi yang mampu berdikari tanpa membebankan negara.
Oleh Hasan Muhamad. Kg tok ku.

Tuesday, March 8, 2016

Pengajaran Para Nabi Tersimpan Dalam Fiṭrah Manusia.

Pengajaran Para Nabi Tersimpan Dalam Fiṭrah Manusia.
Secara umumnya, ilmu itu tersedia, tersimpan dalam fiṭrah manusia. Para nabi datang hanya menerangkan dan mengingatkan kembali dan memperincikannya. Dengan sebab itu tidak dinafikan akan hilang mana-mana ilmu yang ada di samping mereka.
Allāh menguruskan haiwan dengan menumbuhkan rumput pada musimnya. Kemudian rumput itu kering kehitaman pada musim yang lain. Maka dengan sifat ketuhananNya yang agung, Allāh menguruskan manusia untuk mendapatkan makanan dengan menggunakan akal. Itulah kelebihan manusia berbanding dengan haiwan. Maka itulah sebabnya Allāh berfirman yang bermaksud: “Akan Kami bacakan kepada kamu”. Di sini “kamu” ditujukan kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) sebagai guru dan pemimpin yang mengajar manusia tentang kehendak manusia itu sendiri. Inilah maksud kalimah: “maka tidaklah kamu lupa”.

Ilmu Sentiasa Bertukar Ganti Mengikut Zaman Yang Berbeza.
Ilmu yang baharu diturunkan boleh dianggap seperti buah yang baru dipetik masih segar dan basah. Setelah berlalu masa buah itu akan hilang sebahagian juzuknya. Demikian juga ilmu yang sentiasa bertukar ganti mengikut masa dan berbeza semenjak diturunkan. Apabila ilmu bertukar tangan, ilmu itu tidak sama dengan ilmu yang asal.
Rasūl Allāh (S.A.W.) pernah berpesan bahawa jika kamu mahu belajar Al-Qurʾān, maka belajarlah daripada ʿAbd Allāh bin Masʿūd, kerana Al-Qurʾān yang kamu terima daripadanya itu sama seperti yang baru sekejap diturunkan. Ibaratnya seperti buah yang baru dipetik dari pokok dan terus dimakan. Itulah keistimewaan ʿAbd Allāh bin Masʿūd yang tiada pada orang lain.

Para Nabi Diutus Untuk Menyedarkan Dan Menerangkan Ilmu Yang tersimpan Dalam Fiṭrah Manusia.
Para nabi diutus untuk menyedar dan menerangkan ilmu yang tersedia dalam fiṭrah manusia. Maka manusia tidak dapat menafikan bahawa ia lupa tentang apa yang ada di sisinya. Itulah maksud: “Akan Kami bacakan kepada kamu, maka tidaklah kamu lupa”. 

Dipetik oleh hasan muhamad dari kitab tafsir al hakm karangan haji nik abdullah haji wan musa.

Sunday, March 6, 2016

Siapa umat ashabul kahfi

Siapa umat Ashabul Kahfi?
Umumnya para mufasirin melihat kisah itu dalam bentuk cerita dan meletakkan unsur cerita itu kepada kuasa Allah semata-mata.
Persoalannya, apa yang di sebut di dalam al Quran itu harus di lihat dari sudut ikhtibar yang dinisbahkan kepada masyarakat manusia hari ini.
Umat Ashabul Kahfi ialah umat yang tidur yang tidak sedar dan perubahan yang berlaku. Umat itu hanya sekadar menonton perubahan yang di lakukan oleh orang lain. Amalan di sisi Allah taala tidak termasuk sekadar orang yang menonton sahaja. Imam mereka hanya sekadar impian yang tidak berpijak pada amal yang cenederung kepada perubahan dan persengketaan kerana itulah matlamat hidup manusia untuk mengimarahkan bumi.
Mereka tenggelam dalam cerita dan mereka lupa, bahawa al-Quran adalah iktibar di sebalik sesuatu kesah dan kesah as-habul Kahfi itu menuju kepada siapakah umat yang tidur hari ini. Mereka yang tidak, sedar apa yang berlaku, mereka sekadar menonton dan tidak berperanan kepada corak sesuatu perubahan seolah-olah mereka tidak sedar perubahan di alam ini di dalam pengetahuan Allah. Firmannya.
Allah sentiasa dalam urusan.
Pada mereka yang tidak terlibat dalam perubahan dalam urusan Allah itu menjadi mangsa perubahan seperti mereka menjadi pengguna semata-mata dan tidak berpeluang membuat apa-apa.
Sesuatu perubahan tidak berlaku tanpa sebab seperti jatuh bangun sesuatu pemerintahan adalah hikmah daripada Allah. Bangsa yang menyanjung sesuatu yang beku adalah kaum yang tidur, mereka sibuk dengan urusan yang tidak menuju kepada kitab Allah. Mereka menyanjung al-Quran hanya setakat lagu, taranum, tajwid dan hafal dan tidak menuju kepada maksud sebenar al-Quran diturunkan iaitu pencetus fitrah iaitu adil dan kasih sayang sesama manusia.
Mereka menganggap sesiapa yang cuba meroboh tembok dan tradisi yang beku itu sebagai pehak yang sesat.
Ugama sabiah termsasuk Hindu dan Budha telah berlaku takrif dan terpesong dari ajaran sebenar seolah-olah mereka yang melibatkan diri dengan agama telah mendapat lesen untuk meminta sedekah daripada orang ramai dan mereka tidak berpeluang untuk menyediakan makanan untuk diri sendiri. Kerana sibuk dengan urusan yang atas nama agama yang di tokok tambah.
Tanpa disedari sindron itu telah merebak kepada semua agama termasuk Islam yang terdorong menjadi umat yang tidur.
Hafal Quran pada zaman sabahat utuk memperkasakan ilmu tetapi hafal Quran pada hari ini bertujuan untuk mencari elaun sebagai kaedah baru sebagai peminta sedekah.
Demikianlah semangat ruhban meresap ke dalam semua agama seperti mana sami-sami Hindu dan Budha, mereka tidak belajar menamam padi. Mereka menjual agama untuk mendapat sepingang nasi. Begitulah juga apa yang berlaku pada umat islam hari ini mereka mendidik generasi agama yang tidak pandai mencari rezeki tetapi pemimpin-pemimpin mereka membuat pelbagai helah supaya kawan-kawan mereka mudah mendapat wnag, mereka di latih berpakaian berketrampilan agama dan gaya tertentu tetapi lebih moden daripada sami-sami Hindu dan Budha. Mereka bercakap soal-soal agama hanya selepas mati.
Golongan tidur juga berlaku kepada mereka yang bertaklid kepada mana-mana aliran atau mazhab atau tok guru dan mengurung minda mereka dalam tempurung yang amat terhad. Mereka beranggapan ilmu di luar dari tempurung mereka bukan daripada Allah sedangkan firman Allah. Ayat-Ayat Allah di langit dan di bumi. Sesungguhnya ilmu Allah itu dibahagikan kepada seluruh makhluk di bumi yang mendorong manusia bersikap adil dan kasih sayang sesama manusia.
Khatib-Khatib di masjid selalu mengingatkan perintah Allah supaya melakukan keadilan dan kasih sayang sesama manusia tetapi mereka meraba-raba tentang memperaktikkannya.
Firman Allah.
Wahai orang beriman. kenapa kamu berkata atau membaca sesuatu yang kamu tidak buat sesungguhnya Tuhan benci pada orang yang seperti itu.
Sebaliknya mereka mendakwa membaca sahaja al-Quran dikira ibadat. Persoalannya, Adakah mereka itu mempunyai niat untuk memahami dan untuk mengamalkannya?
Sesungguhnya membaca tanpa niat untuk mengamalkannya tidak termasuk di dalam amalan kerana membaca dan membuat itu adalah sesuatu yang berlainan.
Demikianlah umat yang tidur pada hari ini berlaku kepada semua agama.
Di dasampin kesahumat ashabul Kahfi, Allah menyebut kesah yang kedua iaitu Zulkarnain yang berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dan Allah berfirman:
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. (Q18:7).

Oleh Hasan muhamad.