Friday, April 1, 2016

Beberapa Cara Menyeru Supaya Manusia Beriman Dengan Al-Qurʾān

.

“Kemudian dijadikan dari golongan muʾmin dan orang yang sentiasa berwasiat satu sama lain dengan sabar dan berkasih sayang”. (Al-Qurʾān: 90: 17).
Ada pelbagai cara menyeru orang ramai supaya menghayati dan beriman dengan Al-Qurʾān. Seseorang pendakwah hendaklah mengkaji dan mengenali fiṭrah jibillah orang yang hendak diserukan. Adakah seruannya membuahkan sebarang kebaikan. Setelah hati orang yang diseru menerima semangat yang baik, serulah dia supaya menganggotai kumpulan orang muʾmin. Kemudian dia akan berfikir dengan sendirinya jalan beriman dan kewajipan beragama.
Golongan fuqahāʾ mutakallimīn mahukan semua manusia memeluk Islām mengikut cara dan jalan mereka. Mereka mahu supaya orang ramai berakidah bahawa golongan mereka sahaja yang benar. Mereka mensyaratkan bahawa memeluk Islām dengan mengerjakan sembahyang lima waktu. Mereka menganggap orang yang baharu memeluk Islām seperti anak-anak yang baru belajar. Cara ini tidak mengikut kehendak fiṭrah manusia.
Mereka yang baharu memeluk Islām sepatutnya diserahkan kepada golongan bijak pandai tertentu, sehingga mereka dapat menumpu kepada Al-Qurʾān, menyertai kumpulan orang muʾmin yang berhasrat membasmi pelbagai bentuk kezaliman dan setiap kegiatan yang bercanggah dengan kehendak fiṭrah manusia.
Dengan demikian mereka dapat membiasakan diri dengan kewajipan bermasyarakat seperti sembahyang lima waktu, memikirkan cara menghapuskan syirik yang bercanggah dengan fiṭrah manusia. Inilah kesimpulan surah ini.

Kaum Kanan Ialah Mereka Yang Memeluk Islām Secara Faham.

“Itulah kaum kanan. (Al-Qurʾān: 90: 18).
Maksud kaum kanan ialah orang yang memeluk Islām secara berfikir, mengkaji dan berpegang dengan amalan. Setelah mereka berfikir ke arah petunjuk yang jelas, pemikiran itu mendorong mereka memeluk Islām.

Kaum Kiri Ialah Mereka Yang Menyangkal Keterangan Allāh.
Allāh berfirman:

“Dan orang yang menyangkal keterangan-keterangan Kami, itulah kaum kiri. Mereka mendapat api yang terkurung”. (Al-Qurʾān: 90: 19 & 20). 
Maksudnya, orang yang tidak mendapat pimpinan Al-Qurʾān untuk membelanjakan harta mereka. Mereka hanya mendapat keburukan, walaupun mereka mampu mengenali kebenaran. Orang kaya yang berakhlak buruk mengurung diri mereka dalam api seperti tersebut dalam surah al-Humazah. Oleh sebab mereka menolak petunjuk Al-Qurʾān, mereka mendapat api yang terkurung.
dipetik Dr tfsir al hakm hj Wan Abdullah hj Wan musa.

No comments:

Post a Comment