Thursday, April 21, 2016

FIQH

FIQH

Sebahagian dari umat Islam masih terikat dgn fahaman bahawa fiqh yang dihasilkan pada masa dahulu masih wajar dan dapat dilaksanakan pada zaman sekarang.
Tapi persoalannya sekarang ialah fiqh yg merupakan sebagai produk intelektual pada masa dan dalam konteks tertentu yang bersifat dinamis kini hampir berubah kearah seperti menjadi kaku.

Sebenarnya hakikat fiqh bukan mengajarkan kekakuan sebaliknya 'pelaksana fiqh' itu yg menganggapnya demikian.

Ada beberapa faktor yg menimbulkan kecenderungan mempertahankan produk fiqh klasik sampai kini.

1) Fiqh disamakan dengan syariat. Padahal, dari sisi bahasa, fiqh bererti 'faham'. Manakala syariat pula bererti 'jalan'.

Mengikut Ilmu Ushul Fiqh definasi fiqh ialah pengetahuan tentang hukum-hukum syariat yang diambil dari nas /dalil secara terperinci. Bermaksud, ianya merupakan pengetahuan mengenai soal syariat dan bukan hukum syariat.

Syariat yg sejati adalah ajaran-ajaran ilahi yang universal dan ditujukan untuk kemaslahatan seluruh manusia. Syariat dalam pengertian seperti itu tidak bersifat diskriminatif pada kelompok atau inidividu tertentu.

Sebagai suatu 'jalan', syariat merupakan suatu mekanisma bagi mengawal pengguna jalan agar selamat sampai tujuan. Berbeza dari fiqh sebagai pemahaman mengenai 'jalan'. Jalannya satu. Tapi, kerana setiap orang tidak tahu jalan yg sebenarnya, mereka lalu mengesan(detect) jalan tersebut dengan sudut pandang masing-masing, sehingga muncullah keragaman jalan.

Karena itu, dalam ruang lingkup pemahaman (fiqh), tidak ada yang memiliki authority tertinggi, sehingga dapat menyalahkan pemahaman lain atau mendakwa pandangannya sahaja  yang paling benar.

Fiqh selalu memberikan ruang yang luas bagi pemaknaan lain mengenai sebuah 'jalan' tersebut. Oleh itu, dalam sejarah pertumbuhan fiqh, perbezaan pendapat antara ulama bukan merupakan hal yg baru. Perbezaan antara Imam Syafii sebagai guru dan Imam Ahmad bin Hanbal sebagai murid tidak menunjukkan apa-apa bagi hubungan keduanya. Tidak ada yang mendakwa kebenaran berada di pihak mereka saja.

2) Ketika fiqh disamakan dengan syariat, kesannya fiqh akan dianggap suci kerana berdalilkan Al-Quran dan hadis. Betul, bahawa syariat pada hakikatnya adalah suci dan absolute. Karena itu, mengubah syariat adalah terlarang kerana syariat itu bersifat mutlak dan universal, boleh berlaku di segala tempat dan keadaan.
Berbeza dari fiqh, ia terbatas dlm konteks penafsir dan berlaku dalam kurun serta tempat tertentu.

3) Dominasi dikalangan konservatif yang sudah lama berkecimpung, sehingga dianggap memiliki authority tertinggi dalam menentukan hukum-hukum agama. Setiap saat mereka  diminta fatwa atau memfatwakan.

Pendek kata, berbagai2 kekeliruan yg timbul kerana tidak dapat memahami hikmah suatu hukum.

Akibatnya, konteks hukum yang selalu berubah mengikut perkembangan zaman yang menuntut participation fiqh tidak terlaksana. Pergantian dan perubahan dari satu hukum ke hukum lain sebenarnya merupakan suatu kewajipan yg pasti berlaku dlm ilmu usul fiqh.

Hukum muncul seiring alasan dan argument yang munasabah.Dalam bahasa fiqh, hal tersebut disebut illat, yaitu alasan mendasar ada-tiadanya hukum.

Oleh itu berkembang dan majunya produk fiqh sangat bergantung kpd pemaknaan setiap individu mengenai apa itu fiqh. Sebenarnya, fiqh memang harus selalu memberikan berbagai alternatif pandangan demi tujuan kemanusiaan yang lebih relevan serta bermaslahat.

oleh admin

No comments:

Post a Comment