Wednesday, April 13, 2016

MEREKABENTUK SEMULA MASJID.

MEREKABENTUK SEMULA MASJID.

Pada zaman ini, kerja2 ubahsuai masjid atau pembinaan masjid merupakan suatu amalan yg menjadi keutamaan bagi sesetengah pihak.

Setiap kali kerja2 ubahsuai atau pembinaan dilaksanakan maka akan timbul berbagai2 isu yg menjadi topik perbincangan dikawasan2 yg berkenaan. Antara isu2 yg diperbualkan ialah seperti pengurusan yang kurang baik, dana yang tak cukup, kerja tak berkualiti, pemilihan tiles yg tak cantik dll lagi.

Tak ada dibincangkan soal membina ruangan utk kegiatan usahawan contohnya atau pusat aktiviti masyarakat yg boleh dimanafaatkan oleh masyarakat miskin.

Fahaman umum masjid hanya sebagai tempat ibadah spt solat, mengaji, berzikir dll. Padahal fungsi dan kegunaan masjid sebetulnya tidak hanya itu.

Di zaman Rasululullah, masjid tak hanya digunakan untuk beribadah tetapi juga menjadi tempat kegiatan sosial, budaya, pendidikan, ekonomi, bahkan politik. Kegiatan belajar-mengajar pun biasanya dilakukan di masjid. Tak hanya belajar agama, tapi juga pelajaran umum lainnya.
Membincang dan mencari solusi berbagai macam persoalan umat juga dilakukan di masjid.

Dengan berbagai kegiatan di atas, terlihatlah fungsi masjid tidak hanya sebagai pusat ibadah tapi juga pusat peradaban manusia.Itulah mengapa masyarakat senang mendatangi dan memakmurkan masjid.

Semangat masjid kini telah menjadi lemah. Jika dulu masjid dibangun sebagai pusat aktiviti positif umat, kini masyarakat hanya ingin berlumba-lumba membangun masjid, meski harus meminta sumbangan di jalan.

Tidak hairan jika di dalam satu2 kawasan itu biasanya terdapat lebih dari satu masjid, tetapi pengunjungnya sepi.

Mengembalikan fungsi masjid seperti di zaman Nabi saw adalah salah satu strategi penting untuk mengajak masyarakat memakmurkan masjid. Jangan biarkan masjid hanya berpenghuni pada jam-jam solat sahaja. Sementara di luar itu, ia hanya menjadi bangunan mati yang dipandang setiap orang yang melewatinya.

admin ulardls.

No comments:

Post a Comment