Saturday, April 9, 2016

Wanita Dan Lelaki Sepatutnya Bekerja Dan Berjihad Bersama-sama

Wanita Dan Lelaki Sepatutnya Bekerja Dan Berjihad Bersama-sama.
Kaum wanita sepatutnya keluar bersama-sama kaum lelaki, bekerja dan berjihad seperti yang berlaku pada zaman khalifah al-Rāshidīn dan pada zaman Nabi (S.A.W.). Namun demikian, terdapat bangsa-bangsa yang mengurung kaum wanita mereka di tempat yang tertutup. Perbuatan itu satu kezaliman dan tidak diharuskan sharaʿ. Tidakkah kita dapati bahawa kemunduran orang Islām lelaki dan perempuan dalam bidang sosial, antaranya kerana mereka mengadakan hijab yang menghalang kaum wanita bekerja dan berusaha mencari rezeki bersama-sama kaum lelaki?
Sebenarnya, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang diperlukan dalam semua bidang dan pergaulan itu merupakan sebahagian dari tenaga yang boleh membantu kaum lelaki. Perkara ini tidak perlu dibahaskan lagi.
Banyak ulama yang menulis buku-buku mengenai hijab ini. Sebenarnya mereka adalah pendakwah talibarut kerajaan asing supaya wanita Islām mundur dalam bidang ilmu.
Akhiranya, masalah pakaian lelaki dan pakaian wanita. Bentuk pakaian mereka perlu diubah supaya mereka menjadi lebih cergas dan lebih sesuai dengan tugas mereka seperti yang terdapat pada bangsa-bangsa Eropah. Ini juga satu masalah yang tidak perlu dibahaskan di sini. Sila anda fahami. Allāh Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment