Friday, April 22, 2016

Makanan halal atau haram.

Makanan halal atau haram.

Sebagai umat Islam kita berhak tahu dgn jelas status halal suatu makanan yg hendak dimakan. Oleh itu sijil halal atau logo halal merupakan perkara yg dititikberatkan dlm masyarakat. Sekiranya logo/sijil halal tidak dapat dipastikan maka seseorg itu mestilah bertanggungjawab melindungi dirinya dari sesuatu yg tidak halal.

Mengenai makanan, Islam sebenarnya memberi banyak kemudahan. Salah satu kemudahan yang diberikan adalah kita tidak perlu bertanya tentang sesuatu yang tidak perlu, apalagi kalau jawapannya nanti akan menyusahkan kita.

Jadi, makan saja makanan yang tersaji di hadapan kita apabila makanan tersebut jelas halalnya. Ini prinsip ajaran Islam berdasarkan rasional umum yg pada dasarnya masyarakat memiliki pengetahuan yang memadai atas berbagai hal yang terjadi dalam kehidupan mereka, dan pengetahuan itulah yang membimbing mereka untuk memutuskan dan bertindak.

Contohnya, ketika kita masuk ke kedai nasi sumatera, nasi padang dan lain2 lagi kita dibimbing oleh pengetahuan ini. Kita tidak perlu mengajukan pertanyaan bodoh seperti apakah rendang yang disajikan dibuat dari daging lembu atau babi.

Atas dasar ini kita boleh mengatakan sijil halal atas makanan tradisional yang secara common sense tidak diragukan kehalalannya.

Walau bagaimana pun pada zaman sekarang oleh kerana terlalu menitikberatkan kepada sijil/logo halal secara meluas maka isu halal dianggap masalah akhirat dan sementara isu lain seperti kesihatan adalah urusan dunia yg tidak di prioritise kan.

Sebenarnya isu kesihatan juga penting. Bukankah banyak orang yang keracunan bahkan mati setelah makan/minum makanan/minuman tertentu?

Kadang2 bila di luar negara kita terpaksa masuk Chinese restaurant, pada waktu itu kita sering bertanya dalam hati apakah makanan yang ditawarkan halal atau tidak. Pertanyaan atau keraguan ini wajar dan mendesak untuk dijawab.

Untuk mengatasi persoalan ini, setengah orang punya kaedah tersendiri. Biasanya mereka akan mengajukan pertanyaan sederhana kepada pelayan. 'No pork?' Bila dia menjawab 'no', maka mereka pun memesan makanan tersebut. Bila menjawab 'yes', mereka memesan makanan yang lain - "Sederhana".

Persoalan sederhana bagi seseorang ternyata tidak pernah sederhana bagi orang lain. Sebahagian orang beranggapan kaedah di atas masih tidak cukup. Alasannya, mungkin saja menu yang dipesan tidak mengandungi babi, namun bagaimana dengan minyaknya, kualinya dan seterusnya.

Baru-baru ini ada iklan baju melayu dan tudung 'halal'. Fonemena ini wujud apabila masyarakat menganggap kehalalan tidak hanya berkaitan dengan bentuk lahir sebuah benda (‘ainiyyah), tapi juga pada seluruh proses yang melahirkan benda tersebut.

Situasi begini jelas mengada-ngada dan tidak boleh diterima kerana ianya bertujuan utk kepentingan perniagaan mereka.

Keadaan ini sebenarnya akan menyusahkan masyarakat. Ianya juga telah terpesung dari hikmah agama iaitu untuk memberi kemudahan kepada manusia.

admin.

1 comment:

  1. Waah makasi banyak yaah artikelnyaa, sangat informatif sekalii. Sukses selaluu

    ReplyDelete