Tuesday, April 19, 2016

AYAT QURAN DAN HADIS.

AYAT QURAN DAN HADIS.

Bila seseorang boleh memetik ayat Quran/Hadis, adakah perbincangan boleh selesai dan perbezaan pendapat dapat diakhiri?

Apakah dengan mengutip ayat, seseorang langsung merasa telah mewakili pandangan Tuhan, dan dengan demikian sudah pasti berada
dipihak yang benar?

Sebagai contoh, seringkali terjadi perdebatan tentang status bunga bank: apakah halal atau haram. Ada pihak yang berpendapat bahwa bunga bank haram, dan mengutip ayat dalam Quran yang mengharamkan riba. Sekurang-kurangnya ada dua ayat dalam Quran yang dikutip sebagai 'proof text' atau dalil bahwa riba haram: 2:275 dan 3:130.

Dengan mengutip dua ayat itu, pihak yang mengharamkan bunga bank itu langsung berfikiran bahwa dirinya berada di pihak yang benar, sebab di belakang dia ada Tuhan yang mendukung pendapatnya. Dia tidak pernah menyedari secara kritis, bahwa belum tentu apa yang disebut dengan bunga bank sama dengan riba.

Riba memang haram. Baik. Tetapi apakah bunga bank masuk dalam kategori riba? Di sini titik permasaalahannya.

Ketika dua ayat itu turun di zaman Nabi saw, lembaga perbankan sebagaimana kita kenal sekarang ini belum dikenal. Teori mengenai nilai wang juga belum lahir. Belum ada kesedaran tentang kaitan antara wang dan waktu serta perubahan valuation wang kerana perubahan waktu. Praktik peminjaman wang memang sudah ada. Tetapi meminjamkan wang secara personal –praktik yang sudah dikenal selama berabad-abad – jelas berbeza dengan lembaga perbankan. Sebab fungsi bank moden bukan sekadar berkaitan dengan praktik pinjam-meminjam yang primitif dalam masyarakat dahulu.

Penerapan status riba kepada praktik perbankan moden belum memenuhi apa yang dalam teori hukum Islam disebut 'tahqiq al-manat' – bagaimana mengaitkan suatu hukum dgn kes tertentu kerana adanya persamaan dalam 'illat'. Belum tentu riba boleh diterapkan dalam bunga bank sebab secara kategori keduanya berbeza.

Contoh bunga bank ini hanyalah kes kecil saja. Masih ada banyak contoh lain yang dapat kita kutip sebagai ilustrasi betapa kelirunya kita jika beranggapan bahwa pendapat kita pastilah benar dan mutlak sahih kerana ada satu-dua ayat yang kita anggap mendukung pendapat kita.

Ini semua terjadi kerana sebahagian umat Islam mengalami semacam kekacauan epistemologis. Mereka mencampur-adukkan antara pendapat dirinya dengan firman Allah swt. Seolah olah dia yang jadi pemandu kepada Quran bukannya Quran yang menjadi pemandu atau panduan kepada nya.

Dengan kata lain, pangkal masalah ini adalah kerana garis pemisah antara pendapat manusia dan firman Tuhan telah kabur disebabkan oleh hijab jibillah, resam dan salah pengenalan.

Dengan mengatakan ini semua, saya bukanlah hendak mencegah siapapun dari mengutip ayat. Tentu saja, seorang Muslim sudah seharusnya menjadikan Quran dan hadis sebagai landasan dlm kehidupannya. Tetapi, mengutip sebuah ayat atau hadis sekadar untuk membungkam lawan bicara adalah tindakan yang tidak sihat.
admin.

No comments:

Post a Comment