Tuesday, April 19, 2016

IMAN

IMAN

Sungguh menyedihkan jika keadaan seperti ini berlaku: seorang yg sedang menghadapi penderitaan hidup, dan pada saat yang sama hilang harapan. Orang semacam ini seperti mengalami musibah dua kali. Ia terkena musibah karena penderitaan yg dialaminya sekaligus dia juga hilang/putus harapan utk dapat keluar dari kemelut yang sedang menimpanya.

Selain dari beriman atau percaya kpd Allah swt dan hal2 ghaibi, salahsatu cabang iman adalah 'harapan' serta kepercayaan bahwa sesuatu itu  boleh menjadi baik. (think positive).

Al-'Anbyā':90 - Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

Iman dan rasional adalah dua perkara yg berbeza. Rasional itu berdasarkan hubungan sebab-akibat (because of): manakala iman pula adalah menjaga terus harapan walau keadaan di sekitar kita sama sekali tak menyediakan alasan untuk terus berharap:(inspite of)

Memiliki iman adalah suatu keberkatan yang besar dalam hidup, sebab dengan demikian seseorang boleh terus berharap walau kedukaan yang mendalam sedang merundungnya.

Dalam situasi yang paling sulit, iman menjadikan seseorang tetap boleh senyum. Beliau masih boleh berharap utk secebis cahaya yg mungkin akan segera bersinar di hujung lorong.
(Faith is a hope)

Demi keutuhan suatu keimanan sudah pasti ianya perlu diuji. Kualiti ujian bergantung kpd situasi, samada dlm kesenangan atau dlm situasi yang menusuk jantung seseorang.

Maksudnya, iman seseorang itu tetap teguh dipegang pada saat ia terjatuh  dlm penderitaan yang membuatnya nyaris putus harapan – iman semacam itulah yang benar-benar menjadi 'life transforming' (mengubah seseorang dari dalam dan menjadikannya sebagai 'manusia baru').

Beriman dalam situasi normal tentu mudah akan tetapi beriman di saat hampir putus harapan jelas mengharukan. Inilah iman yang akan membuat hidup seseorang menjadi 'well examined'- istilah plato.
'Hidup yg lulus ujian'. Perlu ada keberanian yg tinggi - courage.

Al-Baqarah:214 - Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Saat ini kita selalu menyaksikan keghairahan beragama agak tinggi di kalangan umat Islam. Jumlah orang yang pergi ke tanah suci semakin meningkat. Haiwan yang disembelih semasa hari raya korban terus bertambah.Tetapi, kadang-kala menimbulkan juga pertanyaan: adakah iman di sana?

Bagi saya, tentu saja ada iman. Iaitu tahap iman yg diperolehi dgn. senang, serba mudah kerana dibantu oleh biaya yang berlimpah. Tidak ada rasa cemas jauh sekali penderitaan.

Iman dapat membantu orang-orang yang sedang terdampar dalam kedukaan hidup untuk terus memelihara harapan. Dengan harapan itu, dia terus memelihara keberanian untuk mengambil pilihan-pilihan yang sulit dalam kehidupannya.

Iman yang menyalakan terus harapan pada saat seseorang menghadapi situasi yang amat sulit dalam kehidupan, inilah yang layak disebut  iman yang sebenar-benar iman.

Oleh itu, berilah simpati kepada mereka yang lemah dan menderita. Sebab iman adalah kekuatan bagi orang yang sedang berduka.

oleh admin

No comments:

Post a Comment