1. Terdapat
dalam kitab-kitab lama tentang penentuan malan lailatul qadr, seperti malam
yang tidak berangin, air penuh telaga, pokok chondong ke arah kiblat dan malam
yang tenang dan luar biasa.
2. Faktor
itu sudah mula dilupakan kerana di
kalangan mereka selalu mengintai-intai pada malam-malam tertentu kalau-kalau
suasana isyarat itu berlaku terutama malam sepuluh akhir atau pun malam ganjil.
3. Setelah
mengintai-intai sekian lama, keadaan yang dinanti tidak kunjung tiba dan mulalah
di kalangan ustaz-ustaz baru tidak berminat memperkatakan seperti mana
ustaz-ustaz lama tetapi ia masih kuat tentang perhitungan (mathematiklah kita
katakan) bahawa berlaku satu malam yang boleh menyamai pahala sebanyak seribu
bulan.
4. Inilah
yang dianggap sebagai hadiah subsidi terbesar yang disediakan kepada umat
Muhammad s.a.w sedangkan sunah Allah dalam surah al-qadr tidak menyebut tentang
pahala tetapi sekadar lebih baik dari seribu bulan.
5. Malam
ganjil bukan pada perhitungan kelendar iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. Adapun
malam genap ialah satu keadaan yang seimbang di antara malakiah dan sifat
bahimiah.
6. Adapun
di ertikan malam ganjil ialah satu keadaan sifat malakiyah lebih daripada sifat
bahimiah. Sifat malikiah mengatasi sifat bahimiah. Kesan daripada amalan taat
yang menyeluruh atau ‘tasabuh bil malaikat’(penyerupaan malaikat) iaitu
maalikat tidak makan, tidak minum dan tidak sek, itulah maknanya penyerupaan
malaikat yang akan melahirkan suatu
amalan taat yang menyeluruh dan berpuasa , ia akan melahirkan suatu cahaya
amalan. Cahaya itu bersamaan dengan dengan cahaya malaikat ,apabila bercahaya
cahaya amalan taat , manusia naik maka cahaya malaikat akan turut memantul
sama, menjadikan di saat itu suatu cahaya amalan taat yang saling berpantulan
dengan cahaya malaikat menerangi alam dalam penglihatan batin. Jadi, bila kita
tercapai malam itu, merealisasikan budaya insaniyah yang menghidupkan suasana
kasih sayang sesama manusia dan semangat tolong-menolong supaya dapat mengatasi
budaya haiwan yang bersedia untuk bertarung dan apabila menang ia dikira berhak
menguasai membolot dan memonopolikan segala-galanya. Demikianlah hidup manusia
dalam sistem pendidikan hari ini adalah kearah menang dan mengalahkan seorang,
ia dalam persedian itu menguasai ilmu kemahiran supaya ia dapat menang dalam
persaingan dan tidak mengambil berat tentang ilmu ihsan dan adil. Maksudnya
bila tercapai malam lailatu qadar itu, kita merealisasikan hidup kita ini
dengan budaya insaniyah.kepada ahli-ahli ugama umum.
7. Apabila
keadaan itu berlaku(tasabuh bil malaikat), tercapailah oleh seseorang pada
qadar fitrah insaniyah mengikut kadar seseorang.
8. Setiap
seratus tahun Allah jadikan seorang mujadid kerana setiap seratus tahun dunia
akan berlaku perubahan ,di keranakan jarak masa yang panjang menjadi sebab
salah pengenalan terhadap ugama Allah
boleh berlaku.
9. Maka
program Tuhan untuk mereformasikan agama itu melalui nabi-nabinya terdapat
gambaran pada program sebenar atau pun jalan reformasi sebenar sesuai dengan
sifat Tuhan “Tuhan sentiasa dalam urusan’.
10. Malam
laillatu qadar yang turun kepada nabi
Muhammad s.a.w ada kaitannya dengan
perancangan Allah untuk memimpin umat
manusia kepada kebenaran mengikut saiz manusia sejagat.
11. Telah
menjadi satu persoalan kepada nabi muahammad apabila dia dilantik menjadi nabi
semasa umurnya empat puluh tahun itu dan skop tugasnya mencakupi seluruh dunia.
12. Dari
segi perhitungan masa, hanya dua puluh tahun sahaja Allah memperuntukkan kepada nabi Muhammad s.a.w sedangkan umur-umur nabi sebelum ini ianya
panjang dan ada yang mencecah seribu tahun seperti nabi nuh tetapi tidak
berjaya untuk menyeru kaumnya sahaja.
13. Jadi
masa begitu panjang untuk menyeru kaum sedang kepada Nabi Muhamad s.a.w., masa
yang begitu singkat untuk menyeru umat dunia. Itulah suatu persoalan?
14. Sebagai
pemecah kebuntuan soalan ini, maka nabi s.a.w dengan kemurahan Allah, berlaku
di malam itu satu limpahan ghaibi kepada nabi dapat menyaksi suatu gambaran
tentang pencapaian yang akan berlaku dalam lingkungan seribu bulan itu. Satu
malam yang berlaku peristiwa itu adalah lebih baik dalam lingkungan seribu
bulan itu.
15. Sehari
di sisi Allah adalah seribu tahun pada perhitungan dunia. maka seribu bulan
adalah di nisbah kepada malam dan terbit fajar dalam lailatu qadar. Di saat
itulah Allah turunkan segala persediaan dan malaikat untuk menjayakan program
Allah itu di namakan turunnya segala malaikat pada malam itu.
16. Adalah
tidak sama lailatul qadr yang diturun yang turunnya al Quran dengan lailatul
qadr yang berlaku setiap tahun seperti mana peringatan hari merdeka setiap bila
sampai tanggal 31 ogos. Memperingati 31 ogos adalah tidak sama dengan berlaku
31 ogos 1957. Perbezaan ini adalah jelas dengan hari-hari memperingati.
17. Demikian
juga malam lailatulqadar adalah jelas
malam turunnya ada pun hari yang
berikutnya adalah sebagai hari memperingati saja tanpa turunnya al quran.
18. Adapun
hari-hari lailatul qadr berikut sebagai bayangan sahaja tanpa melibatkan
turunnya al Quran dan tanpa dikaitkan dengan seribu malam.
19. Persoalannya,
dimanakah titik perbezaan itu?
20. Tidak semestinya lebih baik itu dikira daripada
sudut pahala.
21. Apa
yang berlaku pada nabi Muhammad s.a.w. pada zaman keemasan islam dalam
lingkungan seribu bulan sebagaimana sabda nabi s.a.w.” sebaik-baik kurun itu
ialah kurun aku, dan kurung sahabat dan kurung yang mengiringi saat itu bermula
daripada nabi di gua hira’. Dari sudut hikmatnya Allah telah mengisyaratkan
dalam ‘alif lam mim’ dan anda akan mengikut hurainnya selepas ini.
Oleh hasan muhamad,kg tok ku kedai lalat.(ulangan
tahun lalu)
No comments:
Post a Comment