Friday, July 17, 2015

Penerangan berkenaan hijrah




       Orang yang tidak mahu maju mengadakan kata-kata bahawa hijrah sebagaimana pada zaman Nabi (S.A.W.) sudah tiada sekarang. Ini suatu andaian yang salah dan ditolak. Yang jelasnya di sisi kami bahawa hijrah boleh dilaksanakan setiap masa jika diperlukan. Maka hijrah diperlukan hanya apabila tidak berdaya mengadakan satu gerakan revolusi dalam negeri. Maka pada waktu itu mereka terpaksa berhijrah sebagai persiapan dan menyerang mereka. Tempat berhijrah tidak disyaratkan negara Islām, malah mana-mana negara yang mampu untuk menjalankan urusan itu. Perhatikan Nabi (S.A.W.), pada mulanya berhijrah ke
Habasyah sedangkan di sana tiada seorang Islām pun. Kemudian baginda kembali ke Mekah. Kemudian baginda berhijrah ke aif. Selepas itu baginda berhijrah ke Madīnah yang di diami oleh orang Yahudi dan Naārā.
Orang Islām yang ada di situ hanya sebahagian orang Madīnah yang fakir yang beriman kepada Nabi (S.A.W.) di Aqabah pertama, kerana pendapat yang menyeluruh itu di sisi kami diambil dari persabdaan Nabi (S.A.W.) yang bermaksud: “Berhijrah ialah meninggalkan larangan Allāh”. Contohnya, apabila seseorang telah meninggalkan negaranya kerana tidak dapat melaksanakan programnya, tetapi dapat dilaksanakan di negara lain, di sana mereka membuat persediaan untuk menentang musuh.
Mereka dikira orang yang berhijrah tanpa sebarang keraguan. Sesiapa yang meninggalkan program āghūt dan menyertai sistem Al-Qurʾ ān, maka dia dikira orang yang berhijrah. (Golongan āghūt ialah golongan yang menyeru ke arah satu sistem yang bertentangan dengan kitab Allāh, contohnya seruan Rom atau Kristian yang meninggalkan kitab Allāh). Sekarang kami tidak dapati sebuah kerajaan Islām seperti yang terdapat pada zaman khalifah al Rāshidīn yang membolehkan kami menumpang markas kami dengan markas mereka untuk menguasai dunia. Maka kita tidak perlu menguasai semua orang Islām yang ada, kerana mereka telah sesat jalan seperti kita.
 (Oleh Haji Nik Mohd. Salleh haji Wan Musa dipetik dari tafsr al hakm karangan haji nik abdullah bin haji wan musa ).
Dipetik dari tafsr al hakm karangan haji wan abdullah wan musa (meninggal  pada 21 Ṣafar 1355H atau 24 Mei, 1935M)

No comments:

Post a Comment