Monday, June 29, 2015

Pandangan dakwah tabligh memundurkan umat islam.





Mereka menumpu akhirat hanya selepas mati semata2 dan mereka menolak dunia tanpa membeza antara dunia mazratu akhirat (dunia tempat bercucuk tanam untuk akhirat.) dan dunia itu bangkai.
Dimaksudkan dunia itu bangkai ialah mengambil manafaat sementara, Seperti berjoli tanpa mengambil kira masa depan.
Adapun dunia akhirat ialah mereka ambil manafaat dunia secara berkekalan dengan mengambil kira kepentingan masa depannya, generasinya, masyarakat dan negaranya Hingga selepas mati.
Tetapi dikeranakan sifat syirik kepada ulama itu amat tebal, mereka melihat kitab2 sanjungan mereka itu lebih mutlak daripada al-Quran, maka andaian ulama dianggap sebagai mutlak.
Mereka sarankan supaya meninggalkan dunia, dalam andaian mereka dunia sentiasa mengejar kita seperti bayang2 yang mengejar kita sekuat mana kita lari sekuat bayang2 turut. Itulah kalimah mereka jaja sana sini.
Apabila manusia tinggal kepentingan dunia umat Islam akan hilang kuasa politik dan ekonomi secara tidak langsung mereka berusaha meruntuhkan politik dan ekonomi  bangsanya sendiri.
Dan kesannya akan berlaku apabila bangsa lain mengisi politik mereka akan menjajah umat Islam dan generasi akan datang menjadi mangsa kecuaian dan kesilapan mereka ini.  
Seruan mereka bercanggah dengan tujuan manusia dijadikan untuk mengimarahkan bumi dan sejauh mana seorang berjaya mengurus masyarakat kepada adil dan ihsan. Itulah nilai manusia mendapat ganjara Allah di akhirat.
Tanpa bumi dan kuasa politik tidak mungkin manusia yang mengaku hamba Allah dapat meletak hukum Allah dibumi.
 Beramal dan berjuang untuk semua manusia dan semua zaman kerana manusia memerlukan hidup dalam keadilan – kebenaran. Kenapa kita harus menunggu seseorang (imam Mahadi) sedangkan nabi telah meninggalkan kita al-Quran.
Mereka mendakwa imam Mahadi sedang bersiap sedia untuk turun bila2 masa, dijangka tahun 1500 daripada kebangkitan islam.
Dalam keadaan dunia kacau bilau akan bangkit imam Mahadi.
Kebangkitan imam Mahadi adalah iktikad Shiah tetapi ia ditelan bulat oleh Melayu Islam hari ini.Berhubung dengan iktikad cukuplah apa yang ada dalam al-Quran .Tidak memadai berpegang dengan hadis yang bersumberkan rowi daripada seorang sahabat sahaja.Hadis sahih yang sebenar sahih berhubung dengan iktikad sekurang-kurangnya bersumberkan rowi tiga sahabat dan perkara yang sama ada dalam al-Quran.
Shiah adalah bermula daripada kumpulan politik yang menentang pemerintahan Muawiyah. Dan muslihat politiknya supaya penyokong2 Shiah tidak menyokong kerajaaan pada masa itu. Terus sabar menyokong perjuangan mereka kerana akan lahir anak cucu ali yang akan menyempurnakan perjuangan islam.
Akan lahir imam Mahdi yang tiada tempoh yang sebenar semata2 kerana muslihat politik tetapi hari ini dan kebangkitan semula Imam Mahadi sebagai iktikad umat islam hari ini dan tertipu dengan muslihat.
Dalam keadaan meraba mereka hanya menumpukan akhirat dengan bermodalkan air sembahyang dan berjihad di atas sejadah.
Kalau mereka sembahyang pun hanya terhenti setakat rukun 13 sahaja. Mereka tidak membincangkan semangat sembahyang dan peranan dan tangungjawab orang sembahyang pada makhluk Allah dibumi.
Kesan kepada sembahyang nabi musa as 5 tahun  boleh jatuhkan kerajaan firaun dan kesan sembahyang nabi Muhammad saw 5 tahun dapat bina kerajaan di madinah dan di mekah.
Amalan bukan setakat fardu ain sahaja malah kerja harian yang berhubung dengan masyarakat, negara yang buat adalah amalan baik. Hari ini masjid2 tidak lagi dapat mengimarahkan ilmu al-Quran kalau hanya setakat melagu2kan tajwid, tidak memadai sekadar membaca tanpa niat untuk mengambil iktibar dan pedoman. dan masjid diletakkan bertaraf rumah ibadat yang tempat itu tidak boleh dirujuk ilmu daripada kalam Allah.
Untuk menutup kelemahan itu mereka hanya sekadar menghafal, melagu-lagukan taranum dan tajwid. Semakin dibesar-besarkan,sedangkan  umat Islam semakin teraba2.
Sejarah  kegemilangan Islam dapat mencipta hakikat tauhid iaitu meng Esa kan hakikat yang satu pada fitrah insaniyah yang sedia tercetak pada setiap manusia dan pada setiap kitab Ilahi yang ada pada milah hanifi, dan milah sabiah yang di anuti oleh semua manusia.
Sekiranya tidak wujud hakikat persamaan itu, Allah tidak utus nabi Muhammad saw supaya menyeru kepaa kalimah yang satu seperti firman Allah. Marilah pada kalimah yang satu....

Oleh hasan muhamad, kg tok ku

No comments:

Post a Comment