Friday, July 17, 2015

Umat Islam malaysia meraba2 mencari2 falsafah perpaduan umat

Umat Islam  meraba tercari falsafah perpaduan

1.  Sepatutnya tajuk ini dibincang oleh ulama.dan sebenarnya falsafah perpaduan tidak boleh dibincang oleh orang yang terasa dirinya teristimewa oleh orang orang lain.
2.  Kerana mereka tidak memberi ruang kepada orang lain untuk mengemukan pandangan mereka.
3.  Mereka yang meletakkan dirinya beriman di bawah kerangka mazhab cuba untuk memazhabkan kepada peringkat antarabangsa.
4.  Saiz masyarakat antarabangsa ialah hikmat daripada al-quran yang mengiktirafkan milah sabiah dan milah sabie.
5.  Setiap kaum ada syariat nya dan agama yang satu ialah fitrah insaniyah mampu merangkumi dalam sebuah kesatuan yang berbagai syariat.
6.  Orang mukmin itu bersaudara. Orang Islam tidak semestinya mukmin, orang bukan Islam ada yang mukmin.
7.  Tidak semestinya persaudaraan itu disyaratkan bermula dengan orang Islam sedangkan ia tidak mukmin.
8.  Setiap kejadian Allah   iaitu manusia tiada yang sia-sia.
9.  Setiap manusia yang dilahirkan ada syariat dan fitrah.
10.                  Fitrah jibilah ialah budaya, fitrah insaniyah ialah prinsip kemanusiaan sejagat. Fitrah jibilah itu badan. Fitrah insaniyah itu adalah rohnya.
11.                  Gabungan antara ke dua2nya adalah mukmin.
12.                  Golongan ini Allah   utuskan pada setiap umat.
13.                  Sama saja Islam baka atau kafir baka, sama2 mendokong resam.
14.                  Kafir sebenarnya ialah mereka yang engkar setelah dia tahu itu adalah sesuatu dari Allah  .
15.                  Adapun mereka yang tidak sampai hujah yang sebenar dari Allah  , mereka itu adalah ‘ashabul araf’.
16.                  Adapun mukmin ialah yang beramal apa2 yang difaham dari Allah   dan besih dirinya daripada hijab resam, hijab tabie dan hijab ‘suun makrifat’(salah pengenalan).
17.                  Tidak ada satu nikmat melainkan di utus nabi (mereka yang menentang hikmah kenabian itu dinamakan kafir).
18.                  Tidak ada satu umat melainkan diutus rasul. (al fathil ayat 24). Yang menyampai kitab2 suci dalam bahasa mereka, sembahyang dan berdoa pun dalam bahasa mereka.
19.                  Dan golongan inilah yang dimaksudkan mukmin2 yang perlu dipersaudarakan.(urah al baqarah ayat 62).
20.                  Oleh kerana umat Islam bertaklid kepada fiqah bila mengukur manusia sejagat, mereka mengkafirkan semuanya.
21.                  Demikianlah gelagat umat Islam hari ini seperti kera sumbang yang mengharapkan orang lain turut selera dan ragam dia.
22.                  Untuk membuktikan kemampuan mereka ini, kerjanya memilih golongan ini ke perhimpunan PBB sebagai otak penyelesaian masalah sejagat. Apakah yang dapat memberikannya kepada masalah jalan penyelesaian ini? Mampukah mereka menyelesaikan permasalah manusia?
23.                  Mereka tidak minat mencari persamaan sesama manusia tetapi mereka hanya berminat mencari perbezaan dengan alasan semua kitab2 itu sudah di ubahsuai. Bukankah Allah  perintah kepada nabi Muhammad supaya bekerjasama dengan ahli kitab pada kalimah yang sama sedangkan kitab itu telah pun berlaku perubahan tetapi Allah  maha megetahui masih ada keasliannya dan persamaan di antara kitab2 Allah  (al-Imran ayat 64)
24.                  Allah   menjadikan manusia berbagai2 kaum utuk mengenal antara satu sama lain lebih2 lagi mengenali kitab2 mereka.
25.                  Justeru itu rukun iman disarankan supaya beriman dengan ssemua kitab.
26.                  Tetapi apa yang berlaku, ditolak semua kitab dan mereka sama2 menganggap di cap sebagai kafir.
27.                  Mereka mengkafirkan mengikut perkiraan syariat semata2 sedangkan hukum kafir mengikut saiz kemanusiaan sejagat ialah mereka yang bercanggah dengan fitrah insaniyah. (rom ayat 30).
28.                  Kekeliruan berkenaan kafir inilah menyebabkan pemimpin2 agama diperingkat atasan hidup dengan berpura2 apabila bercakap tentang perpaduan umah.
29.                  dibibir mereka menyeru perpaduan tanpa berlandaskan fakta yang kukuh dan memutar belitkan fakta dalam bentuk yang rapuh ataupun ciptaan sahaja.
30.                  Apabila di belakang, kaum-kaum itu mereka berbisik  sesama mereka di anu si anu itu kafir dan perpaduan hanya dibibir setakat sandiwara sahaja.
31.                  Inilah akibatnya kerana terlalu menjaga, mendewa2 ustaz2 cari makan. Dengan kata lain, ustaz lain diluar(mulut), lain dihati atau dengan kata lain mulut manis jubor(bontot/kentot) masam.
32.                  Diatas asas yang rosak tidak boleh diharapkan melahirkan kebaikan dan telah sampai ke satu tahap menghalang manusia yang berlainan syariat daripada berhujah dengna al quran.
33.                  Mereka mencipta suatu halangan al quran itu dariada dimashyurkan kepada umum sedangkan mereka yang mengaku diri ulama pun tidak mahu memperkasakan ilmu.
34.                  Sudahlah dia tidak mampu memperkasakan ilmu, dia menyekat orang lain pula.
35.                  Pandangan ulama yang membelakangkan al Quran punca perpecahan umat.

Oleh: hasan muhamad kampung tok ku.

No comments:

Post a Comment