Pendahuluan
Rencana ini ditulis untuk memenuhi kehendak sebahagian
umat Islam yang masih ragu tentang “Masalah ʿAurat, Pakaian Lelaki dan Pakaian Wanita”.
Manusia
hidup bermasyarakat. Setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza daripada
kebolehan orang lain. Keperluan manusia amat banyak. Maka setiap orang bekerja
dalam bidang tertentu bagi memenuhi keperluan masyarakat mengikut kebolehannya.
Dia menggadaikan dirinya dengan pekerjaan itu dan menuju kepada Allah. Allah taʿala
berfirman:
Maksudnya: “Setiap orang
bergantung dengan apa yang dia telah usahakan”. (Al-Qurʾan: 52: 21).
Kehidupan rakyat Malaysia semakin mencabar. Semenjak
dahulu lagi, wanita dan lelaki terpaksa bergiat dalam pelbagai bidang untuk
menampung pelbagai keperluan hidup dan keperluan negara seperti dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perniagaan, perkhidmatan kerajaan, bidang
pendidikan, perbankanan, pengangkutan, perkilangan, dan bidang-bidang lain.
Kebanyakan
pendapat dalam rencana-rencana tentang masalah ini yang disebarkan melalui
media, melarang dan menghukum dengan berat ke atas golongan wanita kononnya
mengikut hukum Islam. Keadaan ini menimbulkan keraguan dalam kalangan
wanita walaupun sebahagian besar wanita menelan bulat-bulat hukum itu tanpa
berfikir panjang.
Rencana
ini ditulis
i)
bukan untuk
menentang atau mempengaruhi mana-mana pihak.
ii)
bukan suatu fatwa
agama.
Rencana ini adalah satu hasil kajian yang mendalam dan
adil supaya setiap individu yang terlibat dalam masalah ini dapat memahami
hakikatnya dengan betul, kerana seseorang tidak dapat mengelak daripada masalah
ini, lebih-lebih lagi dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
Kebiasannya, sesuatu rencana mengenai masalah agama
menimbulkan salah faham. Mereka yang tidak jujur terhadap agamanya, sengaja
tidak mahu memahaminya kerana taksub dengan seseorang tokoh agama. Dalam
keadaan demikian:
i)
Mereka
mengeruhkan lagi keadaan tanpa memahami masalah sebenar, tanpa mengkaji secara
mendalam maksud pengajaran Allah dan sunnah Nabi (S.A.W.) kerana tidak secucuk dengan
kefahaman mereka.
ii)
Mereka terus
menyalahkan pendapat orang lain dan menganggap hanya pendapat mereka yang
benar.
Sikap mereka ini sungguh menghairankan orang yang
berakal. Adakah mereka tidak terbaca persabdaan Nabi (S.A.W.) :
EpºÀ
æFݧ ÖzF¼¯
Maksud:
“Perkhilafan umatku adalah rahmat.” (al-ḥadith).
Apakah
rahmat di sebalik perkhilafan pendapat para ulama umat Muḥammadiyah dalam sesuatu masalah? Jika tiada sebarang
kebaikan, adakah persabdaan itu salah? Allah taʿala
berfirman:
Maksudnya:
“Mereka sentiasa berselisih pendapat melainkan orang yang diberi rahmat oleh
Tuhan; untuk itulah mereka dijadikan”. (Al-Qurʾan:11: 118, 119)
Ayat
di atas menunjukkan dengan jelas kedunguan mereka yang menentang perkhilafan pendapat
para ulama dalam sesuatu masalah, kerana pada hakikatnya mereka menentang Allah;
sedangkan hikmat Allah Yang Maha Tinggi sengaja menjadikan manusia sentiasa
berselisih pendapat. Daripada perkhilafan itulah Allah
melahirkan rahmatNya kepada manusia.
Mereka
yang memahami perkhilafan itu mendapat rahmat daripada Allah dan dapat menyesuaikan diri dengan memilih
pendapat yang baik dan berguna untuk mereka.
AURAT, PAKAIAN LELAKI DAN PAKAIAN WANITA
Skop Analisis
Orang ramai ragu dalam masalah ʿaurat dan pakaian. Mereka dapati sebahagian isteri-isteri
para ulama Islam dan tokoh agama yang lampau tidak berpakaian seperti wanita
sekarang. Adakah para ulama dan tokoh ini tidak memahami hukum Allah, atau
mereka belum menjumpai hukum? Ini perkara mustahil, kerana kebanyakan ulama
menuntut di Tanah Suci. Tambahan pula mereka tidak pernah membebankan orang
ramai; memadailah jika orang ramai memakai pakaian yang menutup ʿaurat.
Para
ulama silam amat berjasa kepada agama. Jasa mereka tidak dapat dilupakan.
Dengan jasa merekalah umat Islam kini dapat menikmati kemanisan Islam. Para
ulama lampau mengamalkan Islam secara baik dan mudah. Kami yakin mereka adalah
ulama yang terdidik dan berpengetahuan luas serta benar-benar memahami masalah
agama, kerana mereka dibimbing oleh guru-guru yang taat kepada Allah,
muhakik dan ikhlas kerana Allah. Amalan mereka bertepatan dengan sunnah dan Al-Qurʾan.
Setelah generasi
ulama yang lampau ini meninggal dunia, mereka diganti oleh para ulama generasi
baru yang kononnya berpengetahuan tinggi dan tidak setanding dengan para ulama
silam. Maka timbul pelbagai kekeliruan dalam usaha mereka untuk menampung
keperluan masyarakat.
Analisis ini
bertujuan menghapuskan keraguan yang berpanjangan supaya umat Islam
sentiasa berada di atas landasan yang betul. Sebenarnya, hukum dalam masalah
ini sudah lama dipertikaikan dalam kalangan golongan ulama Islam.
Setiap golongan berpegang mati-matian dengan pendapat mereka tanpa menganalisa
secara teliti sumber-sumber asal iaitu:
i)
Al-Qurʾan,
ii)
Al-Sunnah
iii)
ijmaʿ para ulama.
Golongan
ini tidak memikir tentang hikmat perutusan Nabi Muḥammad (S.A.W.) yang umum dan Al-Qurʾan yang maha berhikmat.
Al-Qurʾan bukan diturunkan untuk bangsa ʿArab sahaja, malah diturunkan untuk semua manusia di
dunia ini.
Manusia Yang Dicipta
Berbeza.
Allah
mencipta manusia. Manusia yang dicipta itu berbeza daripada segi keturunan dan kaum, kebudayaan yang
merangkumi cara hidup dan adat atau resam. Semua perbezaan ini mengandungi
hikmah yang mendalam bagi mereka yang memahaminya sebagaimana Allah taʿala
berfirman:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah
jadikan kamu dari lelaki dan perempuan; dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa
dan puak supaya kamu saling berkenalan; sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah yang lebih takwa di antara kamu”. (Al-Qurʾan:49: 13).
Al-Qurʾan Diturunkan Untuk Semua Manusia.
Allah taʿala
menurunkan Al-Qurʾan kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) semata-mata sebagai rahmat untuk alam
yang didiami manusia yang berbagai-bagai ragam. Maka terserlah dengan jelas
bahawa maksud Al-Qurʾan tidak semesti dirujuk kepada satu bentuk pelaksanaan
yang khusus; tetapi hendaklah dilihat pada maksud umum yang terdapat dalam
sesuatu ayat.
Nabi Muḥammad (S.A.W.) berbangsa ʿArab. Baginda mengasaskan dan melaksanakan syariatnya
berdasarkan kebudayaan kaum ʿArab yang serba sederhana. Akan tetapi perlu diingat
bahawa perutusan Baginda dan Al-Qurʾan yang diturunkan adalah untuk seluruh manusia – bukan
untuk bangsa ʿArab
sahaja. Ciri-ciri yang sederhana bangsa ʿArab pada zaman itu sebagai contoh terbaik untuk
manusia secara umum. Allah taʿala
berfirman:
“Demikianlah Kami jadikan
kamu satu umat pertengahan supaya kamu menjadi pembawa keterangan kepada
manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu”.( Al-Qurʾan: 2: 143).
Pengajaran Al-Qurʾan Dan Sunnah Nabi Menjurus Ke arah Kesederhanaan.
Rasul Allah
(S.A.W.) bersabda:
°ãcÂä§ÀuÝë§Rv¼
“Sebaik-baik perkara itu ialah
yang sederhana”.(al-ḥadith)
Maka
pengajaran Al-Qurʾan, sunnah Nabi (S.A.W.) dan ijmaʿ para ulama salaf semuanya menjurus ke arah
kesederhanaan. Bukan kehendak sharaʿ bahawa seseorang melaksanakan shariʿat dengan cara yang menyusahkan dan membebankan diri
dengan perkara yang tidak berguna lebih-lebih lagi mengganggu kecergasan
manusia. Allah taʿala
berfirman:
“Allah mahu
memberi keringanan kepada kamu dan tidak mahu memberi kesusahan kepada kamu”. (Al-Baqarah:
ayat 185).
Rasul Allah
(S.A.W.) berpesan kepada Abu Musa al-Ashʿari dan Muʿaz bin Jabal (R.A.) semasa baginda mengutus mereka ke
Yaman. Baginda bersabda:
°hnFN´
íä °Ìä °c´ä ¯Rhr´ íä ¯RV± ¯RTδ íä ¯RTç
“Hendaklah kamu berdua
memudahkan dan janganlah menyusahkan dan hendaklah kamu berdua mengembirakan
dan janganlah meliarkan dan hendaklah kamu berdua saling patuh dan janganlah
bertelingkah”. (al-ḥadith).
Baginda
bersabda:
sçRTÎÝ ¯uHÎC´ qÛä sçRTvÝ qFHα °pß«Õ
Maksudnya:
“Hanya kamu diutus untuk mempermudahkan dan kamu tidak diutus untuk menyukarkan.
(al-ḥadith).
Inilah kehendak Rasul Allah
(S.A.W.) iaitu setiap orang yang mahu menyeru orang ramai ke arah kebaikan
dilarang memilih jalan yang menyusahkan dan membebankan orang ramai. Inilah
kehendak asal agama.
Al-Imam Ḥujjat al-Islam al-Shah Wali Allah
(1702-1763M atau 1114-1176 H) telah membentangkan perkara ini seperti berikut.
Beliau berkata bahawa dalam pelaksanaan dakwah dan mengajak manusia ke arah
kebaikan, tidak seharusnya diketengahkan cara pelaksanaan amalan yang
menyusahkan dan membebankan mereka. Dan mereka digalak mengerjakan
amalan taat mengikut kecenderungan dan kegemaran tabiat mereka supaya tabiatnya
boleh membantu ke arah perkara yang dikehendaki oleh akal. Dengan sebab itu
saling berganding dua tenaga. Dari situlah maka disunatkan mengharumkan masjid,
membersihkannya dan mandi serta memakai bau-bauan pada hari Jumaat dan
disunatkan membaca Al-Qurʾan dengan suara yang lunak dan berlagu. Hendaklah
dihapuskan kesusahan daripada mereka dan perkara yang meliarkan tabiat mereka.
Itulah sebabnya makruh berimam kepada hamba dan orang desa dan seterusnya.
(Al-Imam Shah Wali Allah al-Dihlawi: Ḥujjat
Allah al-Balighah, halaman: 111, 112).
Definisi Aurat
Istilah
ʿaurat biasanya ditujukan kepada anggota yang haram dilihat
sama ada oleh lelaki dengan perempuan, perempuan dengan perempuan atau lelaki
dengan lelaki. Dalam bahasa Arab ʿaurat bererti keaiban atau sebarang anggota badan yang
apabila terdedah, ditutup secara tergesa-gesa kerana pendedahan itu memalukan.
Imam Shah Wali Allah mentakrifkan
ʿaurat seperti berikut:
“Ketahuilah
bahawa menutup ʿaurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang
mendatangkan keaiban kerana terdedah di hadapan khalayak ramai mengikut adat
umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraish pada
zaman itu. Menutup ʿaurat termasuk dalam asas tamadun yang diakui di sisi
setiap golongan manusia dan antara perkara yang membezakan manusia dari
pelbagai jenis haiwan. Oleh sebab itu shariʿat mewajibkan supaya menutup ʿaurat tersebut iaitu dua kemaluan (qubul dan dubur) dan dua
buah zakar, bahagian ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya
termasuklah dua pangkal paha yang jelas dikira daripada segi agama bahawa
termasuk ke dalam bahagian ʿaurat. Tidak perlu mendapat dalil pada perkara itu.
Persabdaan Nabi (S.A.W.)
telah menunjukkan bahawa apabila seseorang kamu mengahwini hamba perempuan,
maka janganlah dia melihat pada ʿauratnya. Dalam riwayat lain Nabi (S.A.W.) bersabda: “Maka janganlah dilihat kepada anggota yang
di bawah pusat dan di atas lutut”. Nabi (S.A.W.) bersabda lagi: “Tidakkah kamu tahu bahawa dua paha
itu ʿaurat?” Sebenarnya ḥadith-ḥadith
yang datang dalam masalah ini didapati saling bercanggah, tetapi mengambil
dengan apa yang tersebut di atas ini adalah lebih cermat dan lebih hampir
kepada peraturan syarak”.[1]
Allah Menggariskan Tiga Bentuk Pakaian Manusia.
Hukum menutup ʿaurat dalam sharaʿ pada asalnya difahamkan daripada firman Allah taʿala:
“Wahai
anak Adam! Sesungguhnya Kami turunkan atas kamu pakaian yang menutup kemaluan
kamu dan pakaian menutup seluruh badan dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih
baik”. (al-Aʿraf: ayat 26).
Dengan ayat ini Allah
menggariskan tiga bentuk pakaian manusia.
i)
Pakaian yang
menutup dua kemaluan seperti pakaian Adam dan Hawa sebagaimana Allah
berfirman:
“Dan
mulalah mereka menutup atas mereka dengan daun
syurga”. (al-Aʿraf: ayat 22).
ii)
Pakaian yang
menutup seluruh badan seperti bulu pada burung. Ini adalah pakaian yang
menghias diri.
Pakaian yang berasaskan
kesederhanaan, kecergasan dan keadilan. Pakaian inilah yang lebih baik (åujFÛ¯
ðCÛ).
Para Imam
Menetapkan ʿAurat Yang Wajib Ditutup.
Para imam Islam telah
menetapkan ʿaurat yang wajib ditutup dan tidak wajib ditutup.
i)
Imam al-Shafiʿi telah
menetapkan ʿaurat mengikut adat atau resam dan perasaan bangsa ʿArab yang mana wanita ʿArab gemar menutup seluruh badan manakala lelaki ʿArab menutup sekadar tiga perempat badan.
ii)
Imam Abu Ḥanifah telah menetapkan ʿaurat mengikut adat ʿAjam yang hampir sama dengan adat ʿArab.
iii)
Imam Malik,
iaitu guru kepada Imam Shafiʿi (R.A.)
telah menetapkan ʿaurat mengikut adat atau resam orang Eropah. Beliau
membenarkan orang lelaki menutup dua kemaluan sahaja. Begitu juga dengan orang
perempuan. Jika kedua-dua payu dara dan belakang masih terdedah maka sembahyang
mereka masih dikira sah. Jika di luar sembahyang, kelonggaran itu lebih luas.
Memakai pakaian yang menutup seluruh badan adalah perkara sunat, bukan perkara
fardu dalam sembahyang.
Pendapat Abu Bakr Al-Jaṣṣaṣ.
Imam Abu Bakr
Al-Jaṣṣaṣ berkata:
“Sesungguhnya telah sekata
umat Muhammadiyah keseluruhannya pada tujuan yang ditunjukkan oleh ayat itu
kepadanya iaitu hukum wajib menutup ʿaurat”.[2]
Beliau
mengemukakan beberapa ḥadith
yang sahih daripada Nabi (S.A.W.) dan
athar sahabat untuk menerangkan maksud ʿaurat seperti yang terdapat dalam ayat: (Surah al-Aʿraf ayat 26): Beliau berkata:
Maksudnya: “Telah datang
beberapa athar daripada Nabi (S.A.W.) berhubung dengan masalah ini (menutup ʿaurat). Antaranya hadis Bahzun bin Ḥakim yang diriwayatkan daripada bapanya dan diriwayatkan
pula daripada neneknya, beliau berkata: “Aku bertanya Rasul Allah
(S.A.W.): ʿAurat kami, apakah yang kami gunakan dan apakah yang kami
tinggalkan?” Lalu Rasul Allah
(S.A.W.) bersabda: “Hendaklah kamu
peliharakan ʿaurat kamu kecuali isterimu atau perempuan yang kamu
milik”. Lalu aku bertanya: “Wahai Rasul Allah, jika kami keseorangan?” Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah lebih patut dimalukan kepadaNya”.
Abu Saʿid
al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi (S.A.W.) Baginda bersabda:
³§RpÛ¯
³ÀuÌ æÛª ³§RpÛ¯ íä o¸RÛ¯ ³ÀuÌ æÛª o¸RÛ¯ Rfrçí
“Tidak harus seorang lelaki
melihat ʿaurat seorang lelaki lain dan tidak harus seorang perempuan
melihat ʿaurat seorang perempuan lain.” (Al-Hadis).
Haram Melihat Aurat Berat
Orang Lain.
Pada ḥadith
yang lain baginda bersabda: Maksudnya:
tv¼§
³§u æÛª Rfß sÝ àuÎnÝ
“Dilaknat mereka yang melihat kemaluan saudaranya.”
(al-ḥadith)
Ḥadith ini
menunjukkan bahawa haram melihat ʿaurat berat orang lain tanpa pengecualian sama ada
perempuan dengan lelaki yang muhrim atau bukan muhrim, tetapi tidak ada kata
sepakat tentang ʿaurat ringan.
Allah taʿala
berfirman:
“Suruhlah muʾmin menundukkan sebahagian daripada pemandangan mereka
dan mengawal kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih baik untuk mereka”. (Al-Qurʾan: 24: 30).
Pada ayat
berikutnya, Allah taʿala
berfirman:
“Suruhlah muʾminat menundukkan sebahagian daripada pemandangan mereka
dan memelihara kemaluan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasan
mereka melainkan apa yang zahir daripadanya”. (Al-Qurʾan: 24 :31).
Maksudnya, lelaki muʾmin dan perempuan muʾmin disuruh merendahkan pemandangan mereka daripada melihat semua jenis
ʿaurat, kerana tidak khilaf tentang seseorang harus melihat
selain daripada ʿaurat.
Pendapat Ibn Al-ʿArabi.
Ibn
al-Arabi berkata:
“Sebahagian
ulama mengatakan bahawa ʿaurat lelaki hanya dua kemaluannya, manakala sebahagian
ulama pula mengatakan ʿaurat lelaki daripada pusat hingga ke lutut. Di sisi kami
(Ibn Al-Arabi) hanya dua kemaluan yang dikira ʿaurat yang hakiki iaitu anggota-anggota manusia yang
dicaci, dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan adalah tempat
kepada apa yang kami sebutkan itu adalah menepati haram, anggota-anggota selain
daripada dua kemaluan itu daripada pusat ke atas dan daripada lutut ke bawah
adalah menepati syubhah yang sepatutnya berjaga-jaga kerana menternak di
sempadan kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk ke dalamnya”.[3]
Dalam
Fasal Batasan ʿAurat Perempuan, beliau berkata:
“Sebahagian ulama mengatakan
seluruh badan perempuan ʿaurat melainkan muka dan dua tapak tangan. Ada ulama mengatakan demikian dengan tambahan bahawa
tapak kakinya tidak dikira ʿaurat. Ada yang
mengatakan perempuan, keseluruhannya ʿaurat. Mazhab kami (Ibn al-ʿArabi),ʿaurat pada perempuan hanya dua kemaluannya, sebagaimana Allah
berfirman: Maksudnya: “Mulalah mereka menutup atas kedua mereka dengan daun
dari syurga”. (al-Aʿraf: Ayat 22). Allah
samakan Adam dan Hawa pada tutupan ʿaurat kedua-duanya (iaitu dua kemaluan). Jika perempuan
dikehendaki menutup, itu adalah mazhab kami; tetapi bukannya tutupan itu kerana
ʿaurat, malah itu adalah undang-undang sharaʿ yang menuntut supaya ditutup dan tidak pasti sesuatu
itu ditutup kerana sesuatu itu ʿaurat”.[4]
Walaupun
semua nas dan pendapat ulama muhakik boleh dikatakan telah sekata dan ijmaʿ bahawa ʿaurat sebenar yang Allah
kehendaki manusia lelaki atau perempuan menutupnya hanya dua kemaluannya (qubul
dan dubur), dan penutupan itu membezakan manusia daripada haiwan mengikut
keterangan Shah Wali Allah al-Dihlawi,
tetapi menutup anggota-anggota yang
berhampiran dengan dua kemaluan ini seperti kedua-dua paha, buah zakar dan
ari-ari juga dikira bahagian ʿaurat.
Pada
akhir huraiannya, Shah Wali Allah menegaskan ḥadith-ḥadith
yang menerangkan masalah ʿaurat dan menetapkan batasan ʿaurat semuanya bercanggah. Ini bererti keterangan Nabi (S.A.W.) dalam masalah ini berbeza. Mengikut pendapat Shah Wali Allah, semua
ḥadith itu
sahih dan boleh dijadikan panduan. Namun demikian, adalah lebih cermat jika
berpegang dengan apa yang dinyatakan di atas; tidak salah di sisi hukum sharaʿ.
Umat ʿArab yang lalu memang mengetahui pengertian ʿaurat, iaitu qubur dan dubur, maka Al-Qurʾan dan ḥadith
Nabi (S.A.W.)
tidak menjelaskan erti ʿaurat dan batasan-batasan ʿaurat secara muktamad berhubung dengan batasan ʿaurat. Oleh sebab itu perkhilafan pendapat para ulama Islam yang
muhakik tidak timbul dalam masalah ini; tetapi apa yang berlaku sekarang adalah
sebaliknya.
Sumber perbahasan dalam
masalah ʿaurat.
1. Lafaz-lafaz hadis Nabi (S.A.W.) yang berbeza-beza.
2. Pendapat para ahli tafsir yang memberi keterangan di
bawah ayat-ayat yang tidak jelas sahaja.
Pendapat Imam Ibnu Rushd.
Oleh
sebab itu Imam Ibnu Rushd rahimallahu taʿala telah
menjelaskan seperti berikut:
Maksudnya:
“Para ulama, keseluruhannya telah sekata, mengatakan bahawa menutup ʿaurat adalah suatu kewajipan yang mutlak; tetapi mereka
berselisish faham tentang penutupan. Adakah penutupan itu merupakan suatu
syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat bagi sah sembahyang atau pun
tidak. Demikian juga kefahaman mereka berbeza tentang batasan-batasan ʿaurat pada lelaki dan perempuan; tetapi yang ternyata dalam
mazhab Malik bahawa menutup ʿaurat itu termasuk dalam perkara sunat dalam sembahyang
sahaja. Dalam mazhab Abu Ḥanifah dan al- Shafiʿi, menutup ʿaurat adalah sebahagian daripada amalan farḍu dalam sembahyang. Sebab perselisihan mereka dalam
menentukan perkara itu ialah keterangan ḥadith-ḥadith dan
athar sahabat yang menjadi tunjang kepada masalah itu
didapati saling bercanggah dan para sahabat telah berbeza dalam memahami maksud
firman Allah (Surah al-Aʿraf:
ayat 31) yang bererti: Wahai
anak-anak Adam! Pakailah perhiasan kamu pada setiap kali ke masjid”. Adakah suruhan Allah
menggunakan perhiasan itu menunjukkan suruhan wajib atau sunat sahaja”.[5]
Pendapat al-Imam
Assudi.
Al-Imam Assudi mengatakan maksud perhiasan (ErçSÛ¯) pada ayat itu
ialah pakaian yang menutup ʿaurat.
Pendapat Al-Imam
Abu Al-Walid.
Al-Imam Abu
Al-Walid pula mengatakan:
“Yang paling jelas di sisku
bahawa perhiasan itu ialah pakaian-pakaian yang dipakai untuk bergaya seperti
memakai sampin dan seumpamanya”.[6]
Pendapat Abu Ḥanifah.
Riwayat daripada Abu Ḥanifah, beliau berkata:
Maksudnya: “ʿAurat terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ʿaurat mughallazah - ʿaurat yang diberi penakanan iaitu qubul dan dubur. Kedua, ʿaurat mukhaffafah – ʿaurat yang tidak diberi penekanan, iaitu anggota-anggota
selain daripada apa yang tersebut ini juga termasuk dalam bahagian ʿaurat”.
Pendapat al-Imam Al-Qaḍi
Abu al-Walid.
Al-Imam Al-Qaḍi Abu
al-Walid meriwayatkan daripada Malik
dalam (ELȯuۯ)
sebagai sokongannya, antaranya beliau berkata:
Maksudnya: “Sesiapa yang
sembahyang pahanya terbuka, dia tidak dikehendaki mengulang sembahyangnya.
Sesungguhnya kewajipan menutup ʿaurat telah terlaksana,
dan ketiadaan pakaian yang menutup; sesiapa yang tiada pakaian yang
menutup ʿauratnya, hendaklah ia sembahyang sambil berdiri dan
sembahyangnya itu memadai. Al- Shafiʿi
berkata: Hendaklah dia sembahyang sambil duduk”.[7]
Kesimpulan
pada akhir huraian yang panjang oleh Ibn Rushd hanya tentang:
i)
menentukan ʿaurat dan batasan-batasan ʿaurat pada lelaki dan perempuan.
ii)
pembahagian
antara ʿaurat perempuan
merdeka dan sahaya berdasarkan panduan yang difahamkan daripada ḥadith-ḥadith
Nabi (S.A.W.),
athar sahabat yang saling bercanggah.
Percanggahan
itu menyebabkan setiap imam mujtahid dan ulama salaf menggunakan pendapat
daripada ijtihad dan istinbat masing-masing.
Dari
manakah fahaman mereka yang mengatakan hukum ʿaurat seperti yang terdapat dalam kitab-kitab fikah itu
diambil daripada zahir nas Al-Qurʾan, ḥadith dan
ijmaʿ dan
fahaman itulah sahaja yang betul? Mereka sanggup menyalahkan pendapat golongan
lain yang tidak sama dengan pendapat mereka. Adakah mereka lebih arif daripada
Imam Malik, Abu Ḥanifah, Imam Aḥmad dan para mujtahid yang lain dalam memahami mantuq
nas Al-Qurʾan dan maksud sunnah Nabi (S.A.W.)? Tindakan itu semata-mata kerana sikap fanatik
mereka. Sila anda insaf.
Menutup ʿaurat pada asalnya tidak termasuk dalam bahagian khitab
taklif yang mengandungi hukum suruhan atau larangan. Maka para ulama Ahl al-sunnah
wa al-jamaʿah telah sekata menetapkan bahawa menutup ʿaurat adalah sebahagian daripada syarat sah
sembahyang sahaja, tidak dimasukkan ke dalam bahagian rukun sembahyang.
Sahib Al-Ifsah
berkata, di halaman 35:
Maksudnya: “Para ulama telah
ijmak bahawa menutup ʿaurat daripada pemandangan mata itu adalah wajib dan
menjadi syarat bagi sah sembahyang; melainkan Imam Malik yang
berpendapat menutup ʿaurat itu wajib kerana sembahyang sahaja dan tidak menjadi
syarat bagi sahnya, yang bererti menutup ʿaurat itu sebahagian daripada perkara yang sangat
dikehendaki membuatnya”.[8]
Tujuan Rukun Tidak Sama
Dengan Tujuan Syarat.
Tujuan
rukun amat berbeza daripada tujuan syarat. Imam Nawawi
berkata:
Maksudnya:
“Ada pun perbezaan antara rukun dan syarat mengikut kata-kata Imam al-Rafiʿi pada
menerangkan permulaan sifat sembahyang; rukun dan syarat kedua-duanya bersekutu
daripada segi kedua-duanya sama diperlukan, tetapi bagaimanakah kedua-duanya
berbeza? Persoalan ini dijawab dengan katanya seperti berlainan sesuatu yang
umum dengan yang khusus. Syarat juga sesuatu yang perlu ada, mengikut kaedah
yang tersebut ini bahawa setiap rukun itu termasuk syarat, tetapi tidak
sebaliknya”.
Untuk
menambahkan penjelasan, beliau berkata:
Maksudnya: “Rukun adalah
perkara-perkara yang difarḍukan yang
bersambung yang mana permulaanya takbir dan kesudahannya salam dan tidak harus
tertinggal kerana rukun sesuatu yang kekal dan bersambung dan tidak boleh
disambung. Dan dikehendaki dengan syarat ialah perkara-perkara yang diakui
dalam sembahyang itu sebagai perkara yang disertakan dengan setiap yang diakui
tetapi daripada jenis yang lain”.[9]
Di
halaman 161, beliau berkata: Maksudnya: “Bahawa khitab sharaʿ terbahagi kepada dua bahagian. Pertama khitab taklif
(daripada Allah) berbentuk perintah membuat atau tegahan membuat
sesuatu”.
Kedua, khitab khabar, beliau berkata:
Maksudnya: “Bahagian kedua khitab
khabar (memberitahu) iaitu mengingatkan segala hukum dengan sebab dan
menetapkan sesuatu itu sebagai syarat adalah daripada bahagian ini; kerana
tujuannya jika tidak terdapat sesuatu perkara dalam suatu amalan, maka tidak
dikira dengan amalan itu”.
Huraian ini menunjukkan bahawa khitab Allah taʿala
berhubung dengan menutup ʿaurat dalam Al-Qurʾan,
sekali-kali bukan khitab taklif iaitu (jenis pertama), tetapi
hanya khitab khabar iaitu jenis kedua.
Para Ulama Mujtahid
Khilaf Tentang Batasan ʿAurat.
Maka
tidak hairanlah para ulama mujtahid berselisih pendapat tentang batasan-batasan
ʿaurat, dan membezakan ʿaurat kepada ʿaurat mughallazah dan mukhaffafah kerana
ketetapan itu tidak dinaskan dengan jelas semenjak dahulu lagi.
Perkara
itu terserah kepada ijtihad mengikut perasaan yang ditentukan oleh adat sesuatu
kaum di dunia, kerana terdapat suatu rahmat Allah yang
besar kepada manusia seperti maksud firmanNya,
“Kami tidak mengutuskan kamu
melainkan rahmat kepada alam sejagat.” (Al-Qurʾan: 21: 107).
Nabi (S.A.W.)bersabda:
EpºÀ
æFݧ ÖzF¼¯
“Perkhilafan umatku adalah rahmat”.
Maksudnya,
mereka kekal dalam keadaan khilaf kerana:
i)
Para imam
mujtahid tidak sekata dalam masalah ini.
ii)
Teks ḥadith
Nabi (S.A.W.)
saling bercanggah.
iii)
Al-Qurʾan tidak menetapkan dengan jelas.
Maka keputusan terserah
kepada mereka yang berkenaan.
Bukti dan
huraian oleh para ulama yang muhakik dalam masalah ʿaurat dan pakaian menunjukkan sebenarnya bahawa:
i)
Batasan ʿaurat dan pakaian terserah kepada keadaan adat dan perasaan
sesuatu kaum yang berkenaan.
ii)
Mereka tidak
patut dibebankan atau disusahkan supaya mengikuti kemahuan dan perasaan kita
kerana Allah mencipta kebudayaan dan adat (resam) mereka berbeza
daripada kebudayaan dan adat (resam) kita.
Semasa menerangkan sebab-sebab turun ayat:
“Wahai anak Adam! Pakailah perhiasan kamu pada tiap-tiap
masjid”. (Al-Qurʾan: 7: 31) , beliau berkata:
Maksudnya: “Bahawa ayat di
atas itu diturunkan kepada mereka yang tawaf
di sekeliling Baitullah dengan
berkedaan bertelanjang. Mereka diperintah supaya memakai pakaian dan menutup ʿaurat. Demikian kata-kata Ibn ʿAbbas dan segolongan pengikutnya”.[10]
ʿAurat Yang Mesti Ditutup Hanya Dua Kemaluan.
Daripada nas-nas Al-Qurʾan, keterangan ḥadith-ḥadith
yang sahih, dan pendapat para sahabat Rasul Allah (S.A.W.); dapat difahamkan bahawa ʿaurat sebenar yang mesti ditutup oleh lelaki dan perempuan
hanya dua kemaluan iaitu (qubul dan dubur) yang dinamakan ‘³§uÂ’ mengikut istilah Al-Qurʾan.
Imam
al-Jalalaini rahimallahu taʿala
menerangkan erti istilah ‘³§uÂ’ seperti
berikut:
Maksudnya:
“Ternyatalah bagi kedua-duanya kemaluan kedua-dua mereka. Ertinya, telah
ternyatalah bagi setiap orang itu farajnya dan faraj yang satu lagi dan
duburnya, dan dinamakan kedua-dua kemaluan itu ‘³§uÂ’ oleh
kerana terbukanya itu mencemaskan tuannya”.[11]
Di bawah
tafsiran ayat 22, surah al-Aʿraf, Imam al-Baiḍawi
berkata:
Maksudnya:
“Dengan mewaswaskan itu, supaya kedua-duanya merasa cemas dengan sebab terbuka
aurat kedua-duanya, kerana itulah dikatakan kepada kedua-duanya itu ‘³§uÂ’pada ayat itu, sebagai dalil bahawa membuka ʿaurat di dalam bilik-bilik yang sunyi dan di samping suami
tanpa hajat itu adalah buruk dan dicemuh oleh tabiat”.[12]
Sebab-Sebab Datang Hadis
Yang Membezakan Antara ʿAurat Lelaki Dan ʿAurat Perempuan.
Keterangan
ayat-ayat Al-Qurʾan menyebutkan bahawa ʿaurat yang ditujukan supaya ditutup oleh Anak Adam lelaki
dan perempuan adalah sama. Hikmah disuruh menutup ʿaurat ialah:
i)
untuk memelihara
bahagian anggota yang mencemaskan jiwa manusia apabila terdedah di khalayak
ramai dan memalukannya.
ii)
untuk mengawal
perasaan kehaiwanan yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan sumbang
dan membezakan manusia daripada haiwan.
Menutup
ʿaurat adalah perkara fiṭrah yang
telah diitifak oleh semua manusia yang sempurna kejadiannya.
Perasaan
lelaki dan perasaan perempuan mungkin tidak dapat diseimbangkan semasa dalam
pergaulan. Maka Nabi (S.A.W.) menyuruh
supaya golongan perempuan menutup lebih banyak daripada golongan lelaki.
Suruhan itu:
i)
bukan kerana
hukum agama, tetapi sebagai muslihat
menjaga kesopanan sahaja.
ii)
satu daripada
adab sopan yang patut dihayati.
Ayat 53,
surah al-Aḥzab diturunkan,
ialah bahawa para isteri Nabi (S.A.W.)
disuruh berhijab:
i)
sebagai satu
kewajipan yang ditetapkan ke atas orang muʾmin
supaya menghormat dan mengagungkan baginda.
ii)
untuk
menghindarkan perkara-perkara yang membahayakan baginda dan menghapuskan segala
syubahah.
Ayat
59, surah al-Aḥzab, Allah menyatakan sebab disuruh menutup ialah:
i)
Supaya dapat
dikenal perbezaan antara perempuan muʾmin
yang merdeka dengan perempuan hamba.
ii)
Supaya mereka
tidak diganggu oleh orang munafik dan orang yang tidak berakhlak.
Maka
punca sebab (illat) ialah kebimbangan terhadap bahaya kejahatan lelaki
jahat. ʿIllat ini
sama dengan ʿillat dalam
ayat hijab. Orang lelaki sering buruk sangka terhadap perempuan yang
memperagakan perhiasan dan kecantikannya. Lelaki jahat ini sering mengganggu
dan inginkan mereka. Ahli agama dan orang yang berjiwa baik menjauhkan diri
daripada mereka.
Ayat
59 surah al-Aḥzab diturunkan kerana perempuan muʾmin yang merdeka berpakaian sama dengan pakaian
pembantu rumah yang rosak akhlak. Mengikut adat jahiliah mereka memakai baju
dan berkelubung. Kebanyakan perempuan membiarkan kain tutup kepala mereka terhulur
ke belakang, leher baju mereka terbuka dan menampakkan dada mereka.
Pada
masa tertentu mereka memakai jilbab iaitu pakaian luar yang menutup semua
pakaian. Apabila mereka keluar pada waktu malam untuk menunaikan hajat di
rumpun pokok, mereka membuang jilbab atau melepaskannya ke belakang.
Pemuda-pemuda
akan terus mengganggu perempuan yang kurang tutupan di jalan-jalan, kerana
mereka menyangka perempuan ini adalah pembantu rumah yang sengaja mendedahkan
kecantikan mereka.
Adat
ini juga memberi peluang kepada orang munafik mengkhianati perempuan muʾmin termasuklah isteri-isteri Nabi (S.A.W.).
Setelah mereka ditanya kenapa mereka
berkelakuan tidak sopan, mereka menjawab bahawa mereka menyangka perempuan muʾmin itu adalah pembantu rumah. Maka Allah menyuruh
para isteri Nabi (S.A.W.),
anak-anaknya dan semua perempuan muʾmin
supaya melabuhkan baki kain jilbab, menutup kepala dan dada supaya mereka
dikenali sebagai wanita muʾmin yang
merdeka. Dengan berbuat demikian mereka tidak diganggu secara sengaja oleh
lelaki yang rosak akhlak. Orang munafik juga tidak dapat berdalih dengan
perbuatan sengaja mereka.
Kemudian
turun ayat 60 surah al-Aḥzab:
“Sesungguhnya jika tidak berhenti orang
munafik dan mereka yang di hatinya ada penyakit dan penghasut-penghasut di Madinah,
nescaya Kami bangkitkan kamu terhadap mereka, kemudian tidak akan mereka
berjiran dengan kamu di situ melainkan sebentar”. (Al-Qurʾan: 33: 60).
Ayat
ini dan ayat-ayat selepasnya merupakan amaran Allah taʿala kepada
orang munafik, orang yang lemah iman dan penghasut-penghasut, bahawa mereka
akan diazab dan dihalau dari Madinah oleh
Nabi (S.A.W.)
jika mereka terus melakukan perbuatan buruk itu. Perbuatan buruk itu tidak
dinyatakan dengan jelas, cuma disebut secara umum, termasuklah mengganggu dan
menyakitkan perempuan.
MASALAH HIJAB PEREMPUAN BANDAR.
Pakaian
yang dicipta di bandar yang menutup badan wanita lebih banyak termasuk dalam
bidang menutup peluang kerosakan, tidak termasuk dalam prinsip shariʿat.
Seluruh
umat Islam telah ijmak bahawa perempuan juga disyaraʿkan sembahyang di masjid dalam keadaan terdedah muka
dan dua tapak tangan, pada ihram wanita dalam ibadat haji dan umrah. Namun
demikian wanita sembahyang berjemaah dalam ṣaf
di belakang lelaki.
Pada
zaman Rasul Allah
(S.A.W.) dan zaman khalifah al-Rashidin,
wanita-wanita biasa melancong bersama-sama lelaki bukan muhrim, tawaf di Bait Allah dengan
bebas, wukuf di ʿArafah,
melontar jumrah-jumrah dengan disaksi oleh golongan lelaki, menyertai lelaki ke
medan jihad, bertugas sebagai jururawat, mengangkat air minuman bersama para
isteri Nabi (S.A.W.)
Muhajirin berperang bersama-sama golongan lelaki dalam peristiwa Yarmuk,
berkhidmat kepada tetamu, mengambil tempat lelaki berurusan dengan para
khalifah dan hakim.
Nabi
(S.A.W.)
pernah menyuruh lelaki yang mahu meminang supaya melihat perempuan tanpa
pengetahuannya, walaupun dilarang mengintai perempuan untuk mencari rahsianya.
Para
ulama khilaf tentang orang yang mahu meminang melihat wanita yang mahu
dipinang. Mereka ittifak melihat muka dan dua tapak tangan.
Al-Auzaiʿ
berpendapat, orang yang meminang boleh melihat bahagian berotot pada badan
wanita. Daʾwud berpendapat orang yang meminang boleh melihat
seluruh badan wanita yang ingin dipinang.
Perlu
difaham bahawa seseorang itu boleh melihat perempuan dalam keadaan biasa
seperti semasa ia berada di rumahnya. Pendapat ini disokong oleh ḥadith Jabir di
sisi Aḥmad dan
Abu Daʾwud. Beliau berkata, aku mendengar Nabi (S.A.W.) bersabda, maksudnya:
oÎhvnÕ
°ãº°lß æÛª âuÌPç °Ý °ãrÝ åRç ৠÀPjÕ ³§RpÛ¯ qÙPº§ Dc¼ ¯¿ª
“Apabila kamu mahu meminang
seorang perempuan, ditakdirkan dia melihat daripada perempuan itu akan anggota
yang mendorongkannya mengahwini dia, hendaklah ia lakukan”.
Abd al-Razaq dan Saʿid bin Manṣur telah
meriwayatkan bahawa ʿUmar telah meminangkan untuk ʿAli anak perempuannya, Ummi
Kalthum. Beliau memberitahu ʿAli tentang
kegenitannya. ʿUmar berkata: “Aku akan menghantar dia kepadamu, jika
kamu bersetuju, dia adalah isterimu”. Lalu beliau menghantarnya kepada ʿAli, lalu dia membuka betisnya. Ummi Kalthum
berkata: “ Jika kamu bukan sebagai ʿAmir al-muʾminin, tentu aku tempeleng muka kamu”.
Seluruh umat Islam ijmaʾ bahawa:
i)
Wanita diharuskan
menjadi saksi, kerana terdapat nas dalam kitab Allah mereka
dikehendaki menjadi saksi. Bolehkan mereka menjadi saksi tanpa melihat dengan
jelas.
ii)
Wanita harus
berniaga dan menguasai hartanya.
iii)
Wanita belajar
ilmu daripada lelaki dan sebaliknya untuk menjelaskan semua hukum farḍu ʿain dan farḍu kifayah.
Terdapat
banyak riwayat ḥadith
daripada wanita dari kalangan sahabat dan tabiʿin. Nama
mereka tercacat dalam buku sejarah dan buku kritikan ḥadith.
Semua
aktiviti di atas tidak berlaku di belakang hijab, kecuali keadaan dari kalangan
isteri Nabi (S.A.W.) selepas
turun ayat hijab yang dikhususkan kepada para isteri Nabi (S.A.W.) dengan nas yang jelas dan ʿillat hukum
yang terang.
Orang
mengatakan, hukum mengikut kaedah:
Maksudnya: Orang mengatakan hukum mengambil kira maksud kata-kata secara umum, bukan mengikut sebab yang khusus; sedangkan dalam ayat hijab kata-katanya adalah khusus – bukan umum.
Sunnah menunjukkan tidak wajib menutup muka dan harus
melihat wanita muhrim secara biasa, iaitu ḥadith
yang diriwayatkan oleh Ibn ʿAbbas seperti yang terdapat dalam Bukhari, Muslim
dan kitab ḥadith
yang lain.
Kesimpulannya,
riwayat-riwayat itu menyatakan bahawa Al-Fadlu menumpang di belakang tunggangan
Nabi (S.A.W.)
semasa mengerjakan haji wida’. Seorang wanita daripada kabilah Khashʿim yang amat cantik, berwajah bersih menahan baginda
dan bertanya bolehkah beliau mengerjakan farḍu
haji untuk bapanya yang uzur dan tidak dapat menaiki kenderaan. Lalu baginda
memberi fatwanya harus. Dalam peristiwa itu, Al-Fadlu dan wanita itu saling
menenung. Rasul Allah
(S.A.W.) memalingkan muka Al-Fadlu ke
arah lain. ʿAbbas
bertanya: “Wahai Rasul Allah! Mengapakah kamu memalingkan muka anak saudara kamu?”
Nabi (S.A.W.) bersabda:
“Aku lihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka aku merasa tidak aman oleh
syaitan kepada kedua-duanya”. Pada riwayat lain: “Aku tidak aman ke atas
kedua-duanya oleh fitnah”.
Ibni al-Qattan dan
lain-lain telah istinbat dari ḥadith ini
bahawa harus melihat perempuan semasa keadaan bebas daripada fitnah, dan Nabi (S.A.W.) tidak menyuruh wanita itu menutup mukanya. Tambahan
pula, jika Ibn ʿAbbas
tidak faham bahawa melihat wanita adalah
harus, sudah tentu beliau bertanya. Jika kefahaman itu salah, sudah tentu Nabi (S.A.W.) tidak ikrarkannya. Peristiwa ini berlaku selepas
turun ayat hijab semasa baginda mengerjakan haji widak pada tahun kesepuluh,
manakala ayat hijab diturunkan pada tahun kelima.
Kesimpulan
Secara tahkik dapat
dipastikan bahawa harus melihat anggota lelaki dan perempuan selain daripada ʿaurat. Jika melihat secara ghairah, maka tidak harus
mengulanginya. Jika bimbang berlaku fitnah yang mendorong ke arah perkara
haram, maka wajarlah pendapat yang mengatakan haram melihat, dengan tujuan
menutup peluang kerosakan, bukan kerana melihatnya, sama dengan melancong dan
berada di tempat-tempat sunyi. Orang yang mengatakan haram melihat perempuan
hanya berdasarkan dalil zanni.
Al-Imam Yaḥya dan
para fuqahaʾ yang sama pendapat dengan beliau mengatakan harus
melihat wanita walaupun secara ghairah. Manakala fuqahaʾ lain mengatakan haram melihat perempuan sama sekali.
Terdapat juga fuqahaʾ yang mengatakan perempuan wajib menutup mukanya.
Penduduk bandar di Mesir telah beramal demikian secara taklid dan berpegang
bahawa lelaki ajnabi dilarang melihat perempuan baligh dan dilarang
bercakap dengan mereka sekalipun di belakang tirai; malah mereka merahsiakan
nama perempuan. Terdapat juga para pelajar di Sham
menyuruh isteri mereka menutup kepala walaupun di dalam rumah hingga malaikat
pun tidak dapat melihatnya.
Penduduk
desa adalah penternak dan petani. Mereka juga orang Islam.
Wanita mereka tidak mengetahui tentang pakaian yang menutup badan secara
melampau. Tidak timbul keburukan dari kalangan mereka. Sedikit sekali berlaku
fitnah dari kalangan mereka berbanding dengan penduduk bandar.
Adab pada
perempuan dan lelaki disharaʿkan untuk menutup semua kemungkinan berlaku fitnah dan
kerosakan dalam masyarakat. Caranya berbeza kerana tempat dan zaman yang
berbeza. Perkara ḥaram ialah
perkara yang ditetapkan dengan nas qatʿi, riwayah
dan dilalah. Sebarang dalil zanni yang menggesa supaya sesuatu
perkara ditinggalkan itu adalah makruh.
Setiap
lelaki dan perempuan paling mengetahui:
i)
keadaan dirinya
dan niatnya,
ii)
keadaan kaumnya
dan keadaan persekitarannya.
Prinsip
umum dalam perkara ini adalah seperti persabdaan Nabi (S.A.W.) yang bermaksud:
trÌ æhÌ °pÝ uãÕ trÌ Gl °Ýä t±°FÙ æÕ tnÛ¯ ÞRº
°Ý Þ¯RLÛ¯ä t±°FÙ æÕ tnÛ¯ oº§ °Ý ÜzLÛ¯
“Yang ḥalal ialah perkara yang Allah ḥalalkan dalam kitabNya; yang ḥaram ialah perkara yang Allah ḥaramkan dalam kitabNya”. (Riwayat: Termidhi)
Nabi
(S.A.W.) bersabda,
maksudnya:
“Yang ḥalal itu jelas dan yang ḥaram juga jelas. Antara kedua-duanya perkara-perkara yang
samar. Kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang mengawasi yang samar,
sesungguhnya dia mahu membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang jatuh
ke dalam yang samar, ia telah jatuh ke dalam yang ḥaram; sama dengan gembala yang menternak di sekitar
kawasan larangan, dia hampir terjatuh ke situ. Ingatlah, bahawa setiap raja ada
kawasan larangan. Ingatlah, bahawa kawasan larangan Allah di
bumiNya ialah semua laranganNya. Ingatlah, bahawa terdapat pada jasad itu seketul darah, jika ia baik, baiklah
seluruh jasadnya; jika ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya; ingatlah, itulah
hati. (Riwayat Bukhari
dan Muslim). Dan Allah Maha
Mengetahui.
Oleh zainudin deris dipetik
dari tafsir al hakm (hj wan abdullah hj wan musa).
No comments:
Post a Comment